Anda di halaman 1dari 7

Isi Kandungan

Soalan Tugasan i
Penghargaan 2
1.0 Penulisan Akademik

1.1 Keperluan Terapi Seni Kepada Murid Masalah Pembelajaran 3

1.2 Kesesuaian Terapi Seni dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bilik 4

Darjah
Kesimpulan 4
Rujukan 5
Lampiran 6

Penghargaan

1
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya telah
diberi ruang, peluang dan kesihatan yang sihat untuk menyiapkan tugasan kerja kursus
Terapi dalam Pendidikan Khas (PKBK 3083)

Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada
pensyarah bimbingan saya, Puan Satariah binti Kamis kerana banyak menerangkan dengan
lebih terperinci mengenai kerja kursus ini. Beliau tidak pernah jemu untuk menjawab setiap
pertanyaan dan inkuiri yang saya ajukan dalam tempoh pembikinan tugasan ini.

Selain itu, tidak dilupakan sahabat seperjuangan dan rakan sekelas yang banyak
memberi tunjuk ajar secara langsung mahupun tidak langsung serta ibu bapa di kampung
yang sentiasa menyumbang semangat juang yang tinggi untuk saya menyiapkan tugasan
yang diberi dengan bersungguh-sungguh.

Akhirnya, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan dengan jayanya. Secara tidak langsung juga, saya ingin menyatakan ribuan
terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana banyak
menyediakan kemudahan kepada saya sepanjang tugasan ini dilaksanakan.

Akhir kata, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya saya ada salah dan silap dalam ulasan sepanjang proses menyiapkan tugasan
kerja kursus ini berlangsung. Saya dengan berbesar hati berharap agar apa yang
dirumuskan menepati kehendak tajuk tugasan yang telah diberi.

Sekian, terima kasih.

1.0 Penulisan Akademik

2
Berdasarkan artikel tentang terapi seni visual yang bertajuk Art Projects for
Inclusion Student karya Patty Simons yang telah saya baca, Menurut American
Art Therapy Association terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang
menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan
menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu dibawah semua peringkat
umur. Menurut Paul (2008) medium lukisan, atau seni, termasuk menghasilkan
skulptur, lagu, skor muzik dan sebagainya, boleh menjadi satu bentuk terapi di
mana seseorang itu dapat meluahkan diri mereka yang sebenar. Beliau juga
mengatakan bahawa, seni dapat membantu menggambarkan perasaan yang
sukar untuk diluahkan dalam bentuk perkataan, kerana bukan semua orang
dapat berkata-kata dan menyampaikan mesej secara lisan dengan baik. Malah
cara ini sebenarnya menggalakkan curahan perasaan menggunakan pendekatan
yang selamat dan diterima ramai.

1.1 Keperluan Terapi Seni Kepada Murid Masalah Pembelajaran

Berdasarkan artikel yang telah dibaca, penulis berpendapat bahawa terapi


seni visual juga mempunyai matlamat yang menjurus kepada memenuhi
keperluan perasaan klien (murid bermasalah pembelajaran). Aktiviti seni
dalam kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran bertujuan
untuk mengembangkan potensi kanak-kanak bermasalah pembelajaran
supaya mereka dapat mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang diperolehi (Jamila, 2005). Tambahnya lagi, proses dalam pengajaran
dan pembelajaran seni dapat mengembangkan bakat, kreativiti kanak-
kanak tersebut serta menggalakkan perkembangan sosial mereka
menerusi nilai yang dipelajari.

Kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas ialah bagi meningkatkan


kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran persepsual-motor dan
kreativiti seni (Razhiyah, 2005). Sebagai contoh, apabila melaksanakan
projek cat air, guru boleh menggunakan berus atau span yang lebih besar
bagi mendorong mereka untuk memegang pensil dengan betul. Selain itu,
seni juga digunakan sebagai medium meluahkan perasaan dan ekspresi
murid bermasalah pembelajaran (Razhiyah, 2006). Apabila mereka
menghasilkan sesuatu karya, hasil karya tersebut dapat menggambarkan
emosi dan perasaan seseorang murid. Menurut, apabila seseorang

3
individu menggunakan warna yang gelap seperti warna hitam, individu
tersebut mungkin bersifat pemarah atau ada sesuatu perkara yang
membuatkannya merasa gera.. Menurut komen yang diberikan oleh
pembaca artikel tersebut, beliau mengatakan bahawa aktiviti terapi seni
juga dapat membantu murid bermasalah pembelajaran meningkatkan
kemahiran bersosial di kalangan mereka. Sebagai contoh, apabila
menjalankan aktiviti membuat capan, mereka akan sama sama
menyiapkan tugas yang diberi dan sedikit sebanyak dapat melahirkan
semangat berpasukan dalam sesuatu kumpulan.

Seterusnya, terapi seni visual ini sangat bermanfaat kepada murid


bermasalah pembelajaran kerana apabila murid melukis, mereka akan
menggunakan medium tersebut sebagai alat untuk berkomunikasi. Hal ini
dikatakan demikian kerana lukisan merupakan bentuk komunikasi awal
kanak kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ia juga dijadikan
alat perhubungan yang berkesan untuk mereka berinteraksi. Terapi seni
juga dapat meningkatkan daya penguasaan kendiri (self esteem). Sebagai
contoh, aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada murid
bermasalah pembelajaran dalam meluahkan apa yang dilihat lalu
memindahkannya semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut
tahap pemahaman mereka disamping dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera mereka.

1.2 Kesesuaian Terapi Seni dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Bilik Darjah

Aktiviti terapi amat membantu murid Pendidikan Khas khususnya


bermasalah pembelajaran sama ada di dalam proses pembelajaran atau
kehidupan seharian mereka. Seperti yang diketahui, murid-murid
Pendidikan Khas mempunyai masalah tersendiri sehinggakan ada di
antara mereka yang tidak dapat menguruskan diri dengan baik dan
mempunyai halangan dalam menjalani kehidupan seharian.

Terapi seni ini sangat sesuai dijalankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid bermasalah pembelajaran khususnya kerana aktiviti
ini dapat membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan

4
kesihatan murid ini. Melalui aktiviti terapi, murid Pendidikan Khas dapat
meningkatkan keupayaan mereka dalam mengawal mental dan emosi
dengan baik. Sekiranya mereka dapat mengawal mental dan emosi
dengan baik, maka kesihatan diri mereka juga dapat dijaga dengan
baik.Sebagai contoh, terapi main yang membantu murid dalammengawal
mental dan emosi mereka ketika bermain dengan kawan-kawan selain
membantu mereka menyihatkan tubuh badandalam bentuk riadah.
Seterusnya, terapi seni ini dapat membantu dalam proses perkembangan
fizikal dan tubuh badan murid. Murid-murid Pendidikan Khas yang
mempunyai masalah dalam psikomotor mereka boleh dipulihkan dengan
melakukan terapi yang sesuai. Sebagai contoh, melalui aktiviti terapi seni
ini, murid murid akan dapat meningkatkan kebolehannya dalam
memegang objek seperti berus cat, pensil warna dan sebagainya.

Melalui terapi seni juga, murid murid dapat merangsang pemikiran dan
kreativiti mereka melalui hasil karya yang telah dibuat. Aktiviti terapi juga
dapat membantu murid Pendidikan Khas dalam pemikiran dan kognitif
mereka. Sebagai contoh, aktiviti mencipta, membina dan membentuk
hasil seni atau pergerakan melalui pemikiran mereka. Secara tidak
langsung, terap seni ini dapat menggalakkan murid untuk menggunakan
keupayaan kognitif mereka ke tahap yang maksimum. Selain itu, terapi
seni ini juga mampu mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta
emosi kerana murid Pendidikan Khas biasanya menghadapi gangguan
atau tekanan mental dan emosi sama ada dari keluarga atau persekitaran
mereka. Oleh yang demikian, melalui aktiviti terapi ini dapat membantu
mereka dalam menenangkan perasaan, emosi dan mental. Hal ini kerana
terapi seni dalam membuatkan mereka melupakan tekanan atau trauma
yang pernah dihadapi dalam kehidupan melalui lukisan, idea dan
imaginasi yang diluahkan.

5
Rujukan

Jamila K.A. Mohamed (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.


Pahang: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

K.A.Razhiyah (2006), Anak Istimewa. Kuala Lumpur: (M BS Print) Sdn. Bhd.

K.A.Razhiyah (2005), Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Percetakan


Zafar Sdn. Bhd.

6
7