Anda di halaman 1dari 21

PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

Mengarang

Panduan Umum

1. Baca dan fahami kehendak soalan.


2. Garisi kata kunci soalan ketika membaca.
3. Pilih soalan yang paling mudah untuk menjawab berdasarkan pengalaman dan
mempunyai banyak idea untuk menjawab.
4. Merangka idea-idea penting karangan:
a. Pengenalan
b. Idea(empat isi)
c. Penutup
5. Menulis karangan lengkap berdasarkan idea yang telah dirangka.
6. Sebaik-baiknya tulis 6 perenggan iaitu masing-masing satu perenggan untuk
pendahuluan dan penutup.Empat lagi untuk idea.
7. Setiap idea perlu ada contoh dan keterangan lanjut atau kesannya.
Contoh:

Antara faedah yang dapat kita peroleh jika membantu ibu bapa di rumah ialah
dapat meringankan beban mereka. (Isi)
Contohnya,mengemas rumah,mencuci pinggan,menyapu sampah,menyiram pokok
bunga dan sebagainya. (Contoh)
Kesannya ibu bapa kita dapat berehat setelah sepanjang hari melakukan kerja-
kerja rumah. (Kesan)

8. Selepas menulis karangan semak semula:


a. kosa kata
b. ejaan
c. tanda baca
d. imbuhan
e. struktur ayat

CADANGAN PEMBAHAGIAN MASA

AKTIVITI MASA
Baca dan fahami kehendak soalan 2 minit
Analisis soalan 3 minit
Merangka idea-idea penting 10 minit
Menulis karangan lengkap 20 minit
Menyemak karangan 5 minit

45
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

Penskoran Bahagian B

Penskoran Kriteria

Cemerlang Menggunakan ayat yang gramatis bertepatan


24 30 dengan tugasan.
(28 30)
Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas sesuai
dengan tugasan.
(24 27) Olahan idea sangat baik dan penyampaian
yang jelas,tersusun dan menarik.
Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

Baik Menggunakan ayat yang gramatis bertepatan


17 23
dengan tugasan.
(20 23) Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana sesuai
dengan tugasan.
(17 19) Olahan idea sangat baik dan penyampaian
yang jelas,tersusun dan masih menarik.
Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca
tetapi tidak menjejaskan karangan.

Memuaskan Penggunaan ayat kurang gramatis


11 16
Menggunakan ayat tunggal
(14 16) Kata dan kosa kata terhad
Olahan idea yang mudah dan ringkas
(11 13)
Penyampaian kurang menarik
Penggunaan ejaan dan tanda baca yang terhad serta
terdapat banyak kesalahan.

Pencapaian Guna ayat tunggal tetapi tidak gramatis.


Tahap Ayat tidak bertepatan dengan dengan tugasan.
Minimum
Kata dan kosa kata terhad
01 10
Olahan idea tidak jelas/tidak tepat/tidak berkaitan
(06 10) dengan tugasan.
Penyampaian tidak menarik
(01 05) Tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan dan

46
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

tanda baca
Tidak menjawab tugasan

Panduan:
1 Bayangkan diri kamu benar-benar sebagai sesuatu benda seperti buku,kucing,telefon,
dan sebagainya.
2 Kamu hendaklah menjadikan benda itu berperasaan dan berfikiran seperti manusia.
3 Murid digalakkan menulis nilai murni diakhir cerita.

Contoh Soalan UPSR:


Tulis sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebiji Bola.

Jawapan Contoh:

Aku bernama Roma.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam.Badan aku


dibuat daripada getah.
Semua orang sangat suka akan aku.Mereka mengisi angin ke dalam perutku.
Angin tersebut menyebabkan perut aku kembung.Aku selalu dimainkan di padang.
Badanku berwarna putih dan hitam.Setelah aku siap diproses,aku dihantar ke
sebuah kedai peralatan sukan di Johor Bahru.Apabila aku sampai di kedai itu,aku
dipamerkan di dalam sebuah almari kaca.Seorang budak lelaki yang datang ke kedai itu
untuk mencari sebiji bola.Dia tertarik akan bentuk dan warnaku yang cantik.Aku dibeli
oleh budak itu dengan harga RM60.
Nama tuan baru aku ialah Hakimi.Setiap petang,aku dibawa oleh tuan aku ke
padang.Di sana,Hakimi dan kawan-kawannya memainkan aku.Aku disepak, ditanduk,
ditangkap atau dilambung. Walaupun begitu aku tetap bersabar,kerana itulah tujuan
kejadian aku.
Selepas bermain aku akan dibasuh oleh tuan aku.Kemudian,tuan aku akan
mengelap aku dan menyimpan aku di bawah katil di dalam biliknya.
Lama-kelamaan perut aku menjadi kempis.Walaupun telah diisi semula angin
namun aku tidak kembung lagi seperti dulu.Tuan aku kecewa dengan aku.Akibatnya,aku
dibuang oleh tuan aku ke dalam timbunan sampah.Maka berakhirlah kisah hidup aku
sebagai sebiji bola.

Soalan Praktis UPSR

1. Aku sepasang kasut sekolah.

2. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Kereta.

3. Andaikan kamu ialah seutas jam tangan.Tulis sebuah karangan selengkapnya.

47
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

4. Saya sebuah kotak pensel.

Panduan:

1 Karangan biografi adalah karangan tentang manusia.


2 Karangan ini menceritakan latar belakang tokoh seperti nama,umur,tempat lahir,
tempat tinggal,pekerjaan dan sebagainya.
3 Karangan ini juga menceritakan tentang perjalanan hidup dan perkembangan diri
watak.

Contoh Soalan UPSR:


Tulis sebuah karangan tentang adik anda.

Jawapan Contoh:

Iman adik saya.Umurnya 10 tahun tahun dan kini dia belajar dalam tahun empat.
Dia sangat rajin dan suka membaca.Oleh sebab itu dia maju dalam pelajarannya.Dia
selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.
Iman dilahirkan pada 18 November 2001.Iman tidak suka membuang masa.Pada
waktu lapang dia membaca buku.Pada waktu petang,dia bermain dengan rakan-
rakannya. Kadangkala dia membantu ibu menyapu sampah,mengemas rumah,membasuh
pakaian dan sebagainya.
Iman menghormati orang tua,bersifat jujur dan patuh kepada ajaran agama.Kami
sekeluarga sayang kepadanya kerana dia berperangai mulia.
Iman disayangi rakan-rakannya kerana dia seorang budak yang baik.Dia
dihormati kerana sikapnya yang peramah,lemah-lembut,rajin dan tidak membesar diri.
Iman menjadi contoh kepada murid-murid lain di dalam kelasnya.Oleh sebab itu
dia dilantik oleh gurunya sebagai ketua kelas.
Kami sekeluarga berharap Iman akan terus maju dalam pelajarannya dan
berperangai mulia.

Soalan Praktis UPSR

1. Anda mempunyai seorang guru yang disayangi.Tulis sebuah karangan tentang guru
kesayangan anda tersebut.

2. Tulis sebuah karangan tentang orang paling anda kagumi.

3. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Ayah Saya.

4. Anda mempunyai seorang jiran yang baik hati.Ceritakan tentang jiran anda tersebut.

48
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

Panduan:
1. Karangan jenis ini melaporkan maklumat tentang aktiviti,pertandingan,lawatan dan
mesyuarat.
2. Laporan yang ditulis berdasarkan pengalaman yang pernah dialami atau melalui
pembacaan.
3. Kandungan penulisan mesti mempunyai tarikh,masa,tempat dan aktiviti.
4. Format Menulis Laporan:
a. Tajuk laporan: Huruf awal setiap perkataan ditulis menggunakan
huruf
besar dan digaris.

b. Isi Laporan
i) Pengenalan/Pendahuluan isi
Di manakah tempat
Bilakah tarikh,hari,masa
Siapakah yang terlibat
Apakah peristiwa/kejadian yang berlaku
Mengapakah sebab peristiwa/kejadian itu berlaku
ii) Isi-isi penting
Bagaimanakah punca/cara berlaku/tujuan
Tindakan/Cara mengatasi/Bantuan/Persiapan
Perkembangan peristiwa/keadaan
Kesudahan/keputusan/akibat/kesan
iii) Penutup isi pengajaran/pengalaman/kesimpulan

c. Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri laporan selepas


perenggan
terakhir.
Contohnya: Disediakan oleh

d. Tarkh laopran ditulis di sebelah kanan laporan,iaitu sebaris


dengan
Pengakuan:
Contohnya: 28 APRIL 2010

e. Tandatangan ditulis di bawah pengakuan pelapor.

49
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

f. Nama pelapor ditulis dengan huruf besar dan di dalam


kurungan.Di
bawahnya ditulis jawatan dan nama persatuan.

Contoh Soalan UPSR:


Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kantin baru-baru ini.Kamu telah ditugaskan
untuk menulis laporan tentang aktiviti tersebut.Tulis laporan itu selengkapnya.

Jawapan Contoh:
LAPORAN HARI KANTIN

Pada 15 Mac 2010,Sekolah Kebangsaan Tun Aminah telah mengadakan Hari


Kantin. Acara itu diadakan di kantin dan sekitar kawasan sekolah.Hari Kantin itu telah
bermula pada pukul 8.30 pagi.
Majlis itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan PIBG,Tuan Kasim bin Islah.
Penganjuran Hari kantin itu bertujuan mengumpul dana untuk membeli komputer bagi
kegunaan pusat sumber.
Beberapa hari sebelum Hari Kantin tersebut diadakan,guru-guru,AJK PIBG serta
murid-murid begitu sibuk membuat persiapan.Antaranya menyediakan bahan-bahan
jualan dan menyusun atur gerai-gerai jualan di kantin sekolah.
Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan.Selain menjual
makanan dan minuman,turut diadakan pertandingan teka kacang,rumah hantu dan
aktiviti menunggang kuda.Untuk menarik perhatian pengunjung,cabutan nombor bertuah
turut diadakan.Pelbagai hadiah menarik disediakan.
Kehadiran ibu bapa dan murid-murid sungguh menggalakkan.Ini disebabkan
promosi yang meluas dilakukan oleh guru-guru melalui kertas edaran dan gantungan
sepanduk.
Hari Kantin ini telah berakhir pada pukul 3.00 petang.Sebelum bersurai,guru-
guru dan murid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.Secara
keseluruhannya,Hari Kantin telah berjaya mencapai sasarannya.

Disediakan oleh, 20 MAC 2010


Arenawati
.
(ARENAWATI MAHMUD)
Murid Tahun 6 Amanah.

Soalan Praktis UPSR

1. Tulis sebuah laporan tentang Sukan Tahunan di sekolah anda.

2. Sebagai setiausaha,tulis sebuah laporan tentang perkhemahan sebuah unit beruniform


di sekolah anda.

50
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

3. Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda telah mengadakan Minggu Bahasa


Melayu.Sebagai setiausaha persatuan tersebut,anda diminta untuk melaporkan
kempen tersebut.

4. Baru-baru ini,sekolah anda mengadakan lawatan ke sebuah kilang.Sebagai


setiausaha,tulis sebuah laporan selengkapnya.

Panduan:
1 Biasanya ditulis kepada sahabat dan ahli keluarga.
2 Antara tujuan menulis surat ini adalah untuk mengucapkan tahniah atau takziah,
bertanya khabar dan untuk mengundang seseorang.
3 Dalam penulisan surat tidak rasmi,harus menggunakan bahasa baku dan tanda baca
yang sesuai.
4 Surat tidak rasmi mempunyai format khusus yang harus kamu ikuti.Formatnya
adalah seperti di bawah ini:
a. Alamat pengirim
b. Tarikh
c. Pendahuluan surat
d. Kata panggilan/kata ganti nama diri penerima
e. Isi-isi penting
f. Penutup surat
g. Pengakuan pengirim
h. Tandatangan

51
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

Contoh Soalan UPSR:


Seorang rakan kamu telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan bercerita
peringkat negeri.Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu itu untuk mengucapkan
tahniah kepadanya.

Jawapan Contoh:

53,Jalan melati 6/2B,


Taman Bunga Rampai,
53000 Kuala Lumpur.

28 April 2010.

Ke hadapan suadari Marlia yang kini berada di Jelapang,Perak.Ketika ini,saya


dan keluarga berada dalam keadaan sihat.

Saudari,
Apa khabar sudari di sana?diharapkan saudari dan keluarga dalam keadaan sihat
hendaknya.Saya telah telah terbaca berita gembira tentang kejayaan saudari dalam
akhbar Berita Harian baru-baru ini.Tahniah saya ucapkan kerana saudari telah berjaya
menjadi johan dalam pertandingan bercerita peringkat negeri yang saudari sertai.
Bukan mudah untuk memenangi sesuatu pertandingan peringkat negeri.Saya
yakin tentu saudari bekerja keras membuat persediaan untuk pertandingan itu.Saya juga
amat kagum dengan kefasihan dan kepetahan sudari bercerita sehingga berjaya
mengalahkan peserta-peserta dari daerah lain di negeri saudari.Sudah tentu aksi dan
keletah saudari telah dapat mencuit hati pendengar dan para hakim.Kalau sudi,bolehlah
saudari kongsikan rahsia kejayaan itu dalam balasan surat kepada saya nanti.
Saya berharap semoga saudari akan terus berjaya dalam pertandingan yang lain
pada masa akan datang.Semoga bakat saudari akan terus dipupuk.Sekian dahulu daripada
saya buat saudari.Sampaikan salam saya buat keluarga saudari.Sehingga bertemu lagi
dalam surat lain.

Yang benar,
Rohaya

Soalan Praktis UPSR

1. Rakan kamu telah mengirim surat kepada kamu untuk mengetahui persediaan-
persediaan yang kamu lakukan untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
Balas surat rakan kamu itu.

52
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

2. Keluarga kamu tidak dapat pulang ke kampung pada cuti persekolahan yang akan
datang.Tulis sepucuk surat kepada nenek kamu untuk menerangkan keadaan yang
berlaku.

3. Kamu akan menyambut hari ulang tahun kamu yang ke-12 tidak lama lagi.Tulis
sepucuk surat kepada kawan kamu untuk mengundangnya ke majlis tersebut.

Panduan:
1 Karangan cerita boleh ditulis berdasarkan khayalan,pengalaman atau kehidupan
makhluk lain.
2 Cerita karangan ini hendaklah logik.
3 Jika sesuai masukkan unsur-unsur suspen supaya cerita itu menjadi lebih menarik.
4 Karangan yang ditulis juga hendaklah mempunyai nilai-nilai murni.

Contoh Soalan UPSR:


Kamu pernah mengadakan majlis hari jadi di rumah kamu.Ceritakan kenangan manis
sambutan hari jadi kamu itu.

Jawapan Contoh:

Setiap orang mempunyai tarikh lahir masing-masing.Sesetengah daripada mereka


akan menyambut hari lahir dan ada juga yang tidak menyambutnya.Tarikh 31 Ogos
setiap tahun merupakan tarikh lahir saya.Saya berasa sangat gembira apabila tiba tarikh
itu setiap tahun.
Ketika hari lahir saya pada tahun ini,ayah saya telah membeli sebuah basikal
yang cantik.Saya sangat suka dengan pemberian ayah itu.Basikal itu masih dijaga dengan
baik.Ibu saya pula memberikan saya sehelai baju yang cantik.Saya amat menghargai
pemberian ibu saya.
Selain itu,saya juga memperoleh banyak hadiah yang diberikan oleh sepupu dan
kawan-kawan saya.Pada hari tersebut ayah dan ibu mengadakan majlis hari lahir untuk
saya.Ramai saudara mara dan rakan-rakan diundang.Mereka dihidangkan dengan
hidangan yang istimewa seperti nasi ayam,bihun goreng,kek dan sebagainya.Ibu telah
menyediakan sebiji kek yang ditempah di kedai kek,siap bertulis SELAMAT HARI
LAHIR ADELINA.Kek kecil dan comel itu disisip dengan beberapa batang lilin
berwarna-warni.
Saya berharap majlis seperti itu akan disambut lagi pada tahun hadapan kerana
sambutan hari lahir saya pada tahun ini merupakan kenangan yang terindah bagi diri
saya.

Soalan Praktis UPSR

1. Tulis sebuah karangan tentang hari pertama anda memasuki sekolah baharu.

53
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

2. Anda dan beberapa orang rakan pergi berkelah di suatu tempat.Ceritakan tentang
perkelahan anda rakan-rakan sepanjang hari tersebut.

3. Pada suatu petang rumah jiran anda terbakar.Ceritakan kejadian tersebut.

4. Tulis sebuah cerita tentang kenangan yang paling menggembirakan anda.

Panduan:
1 Karangan jenis ini juga dikenali sebagai karangan gambaran.
2 Anda perlu menulis tentang sesuatu keadaan atau peristiwa yang pernah
dialami,dilihat atau didengar.
3 Karangan ini juga boleh direka,tetapi ceritanya mestilah logik.

Contoh Soalan UPSR:


Pada tahun ini,anda telah berhari raya bersama nenek di kampung.Perihalkan
pengalaman anda menyambut Hari raya Puasa di kampung nenek anda.

Jawapan Contoh:

Tiga hari sebelum menjelang Hari raya Puasa,saya sekeluarga telah pulang ke
kampung nenek untuk berhari raya.Kampung nenek saya di Kedah.
Kami pulang ke kampung dengan menaiki kereta api.Kereta api sesak dengan
para penumpang.Kami tiba di Stesen Kulim ketika hari hampir senja.
Sebaik sahaja tiba di rumah nenek,saya lihat Pak Ngah sedang mengacau
dodol.Setelah bersalam-salaman dengan nenek dan Pak Ngah,saya pun membantu
mengacau dodol.Nenek kelihatan gembira akan kepulangan kami.
Malam pertama kami di sini adalah malam tujuh likur.Suasana di kampung
terang-benderang dengan cahaya pelita.Saya dan sepupu saya bermain bunga api dan
mercun.
Apabila tiba 1 Syawal,saya sekeluarga bersembahyang di masjid.Selepas
sembahyang Hari Raya,kami mengunjungi pusara datuk.Selepas itu,kami mengunjungi
sanak saudara.
Pada hari raya ketiga,kami pulang ke Kuala Lumpur.Kami berasa seronok berhari
raya bersama nenek.

Soalan Praktis UPSR

1. Anda telah menyaksikan satu kemalangan jalan raya.Perihalkan kejadian tersebut.

2. Anda telah menyaksikan perayaan Hari Kebangsaan di tempat anda.Perihalkan


suasana sambutan Hari Kebangsaan itu.

3. Anda telah mengikut ibu anda ke pasar malam di tempat tinggal anda.Ceritakan

54
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

pengalaman anda ketika membeli barangan di pasar malam.

4. Anda telah mengalami satu peristiwa yang tidak dapat anda lupakan.Ceritakan
pengalaman anda itu.

5. Gambarkan apa yang akan kamu lakukan jika mendapat wang sebanyak sejuta
ringgit.

Panduan:
1 Surat karangan rasmi berbentuk formal dan untuk tujuan rasmi.
2 Surat rasmi digunakan untuk memohon pekerjaan,cuti,membuat aduan,pesanan
barang serta urusan pejabat,perniagaan dan sekolah.

55
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

Contoh Soalan UPSR:


Sebagai setiausaha Kelab Bahasa Melayu,tulis sepucuk surat kepada guru besar
sekolah untuk memohon dewan sekolah dan pelbagai peralatan bagi mengadakan
pertandingan bercerita peringkat sekolah.Tuliskan surat tersebut selengkapnya.

Jawapan Contoh:

Kelab Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Seafield,
47610 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
_______________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seafield,
47610 Subang Jaya,
SELANGOR DARUL EHSAN 18 FEBRUARI 2010

Tuan,

Memohon Menggunakan Dewan

Saya dengan hormatnya ingin memaklumkan bahawa Kelab Bahasa Melayu akan
menganjurkan pertandingan bercerita peringkat sekolah.
2. Sehubungan itu,pihak kami ingin memohon penggunaan dewan sekolah berserta
peralatan,iaitu pembesar suara,kerusi,meja dan perhiasan pentas bagi menjayakan
pertandingan itu.
3. Untuk makluman pihak tuan,pertandingan bercerita tersebut akan diadakan seperti
berikut:
3.1 Hari : Sabtu
3.2 Tarikh : 26 Februari 2010
3.3 Masa : 8.00 11.30 pagi
3.4 tempt : Dewan sekolah
4. Pihak kami berharap agar permohonan ini mendapat kelulusan daripada pihak
tuan.Kami berjanji akan menjaga kebersihan dan keselamatan semua peralatan.

Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan,terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi


terima kasih.

Sekian.

56
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

Yang benar,

Amirul Izzat
...
(AMIRUL IZZAT)
Setiausaha Kelab Bahasa Melayu.
Sekolah Kebangsaan Seafield.
Soalan Praktis UPSR

1. Anda sebagai ketua pasukan bola sepak sekolah diminta menulis sepucuk surat
kepada sebuah sekolah lain di daerah anda.Nyatakan yang pasukan bola sepak
sekolah anda ingin mengadakan perlawanan persahabatan.Tulis surat tersebut
selengkapnya.

2. Sebuah persatuan sekolah anda akan menyertai pertandingan kuiz peringkat


sekolah.Anda selaku setiusaha persatuan tersebut dikehendaki menulis sepucuk surat
kepada guru besar untuk memohon menggunakan dewan untuk mengadakan
pertandingan tersebut.Sediakan surat anda selengkapnya.

3. Tuliskan sepucuk surat kepada guru besar anda.Nyatakan yang anda ingin memohon
cuti kerana ingin melawat nenek yang sakit di kampung.Tulis surat anda
selengkapnya.

4. Anda selaku setiausaha pasukan pengakap di sekolah diminta menulis sepucuk surat
kepada guru besar anda untuk memohon kebenaran mengadakan perkhemahan. Tulis
surat anda itu kepada guru besar selengkapnya.

57
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

Panduan:
1 Karangan jenis ini merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau
sesuatu peristiwa.
2 Cara penulisannya terbahagi kepada dua iaitu catatan untuk sehari dan catatan untuk
beberapa hari.
3 Jika catatan untuk sehari,nyatakan hari,hari bulan dan tahun.Kemudian diikuti
susunan waktu berlakunya sesuatu kejadian.
4 Jika catatan untuk beberapa hari,nyatakan hari,hari bulan dan tahun.Waktu tidak perlu
dinyatakan kecuali jika terlalu penting sahaja.

Contoh Soalan UPSR:


Kamu telah berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang
menarik.Tuliskan catatan kamu tentang lawatan tersebut.

Langkah 1
Memahami kehendak soalan
Baca dan fahami keseluruhan soalan
Cari dan garisi kunci soalan(lawatan sambil belajar ke tempat-
tempat yang menarik)
Kenal pasti kehendak soalan,jenis dan format karangan
(format karangan catatan)
Langkah 2
Merangka karangan
pilih mana-mana kaedah merangka karangan yang dikuasai
dengan baik(peta minda/melakar isi/penyoalan)

58
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

Jawapan Contoh:

Sabtu,7 Januari 2010.

8.30 pagi
Seramai 40 orang murid daripada Persatuan Bahasa
Melayu,Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah
menyertai lawatan ke Kuala Lumpur.Selepas mendengar
taklimat daripada Cikgu Suraya,kami pun menaiki bas
menuju ke Kuala Lumpur.

10.00 pagi
Kami sampai di Dewan Bahasa Pustaka.Kami berpeluang
melihat proses penerbitan buku.Kami juga membeli buku
terbitan DBP di situ.

1.30 petang
Kami menuju ke Taman Tasik Perdana.Kami makan dan
berehat di situ sambil menikmati suasana yang nyaman
dan persekitaran yang indah.

2.00 petang
Kami melawat Muzium Negara.Kami dapat melihat
pelbagai artifak dan khazanah negara.Kami juga dapat
mengetahui tentang sejarah negara.

2.30 petang
Kami melawat Taman Burung.Kami berpeluang melihat pelbagai spesies burung yang
cantik bukan sahaja ditemui di negara ini,tetapi juga luar negara.

3.30 petang
Destinasi terakhir kami ialah ke Petrosains yang terletak di Pusat Beli-belah KLCC.
Terdapat pameran interaktif tentang keunikan alam sains dan kaitannya dengan
kehidupan manusia.

5.30 petang
Walaupun keletihan,kami berangkat pulang dengan perasaan gembira.Kami berharap
agar dapat melawat tempat menarik di ibu negara lagi nanti.

Soalan Praktis UPSR

59
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

1. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah.Tulis catatan harian


sepanjang hari tersebut.

2. Tulis sebuah catatan harian kamu pada suatu hari minggu.

3. Baru-baru ini kamu menyambut Hari Ibu kamu bersama keluarga.Tulis sebuah
catatan harian sempena majlis tersebut.

Panduan:
1 Karangan peribahasa boleh ditulis menggunakan dua teknik,iaitu huraian dan cerita.
2 Anda mestilah memahami maksud peribahasa yang diberi.
2 Anda perlu menghuraikan maksud peribahasa tersebut dengan menceritakan makna
ungkapan yang terdapat dalam peribahasa.
3 Berikan contoh peribahasa tersebut dalam kehidupan sebenar.
4 Cerita di dalam karangan ini ada hubung kait dengan peribahasa yang diberi.

Contoh Soalan UPSR:


Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.

Jawapan Contoh:

Pada hari itu,cikgu telah mengembalikan kertas ujian bulanan Bahasa Inggeris.
kesedihan menyelubungi diriku apabila aku hanya mendapat gred C.
Aku hamper menangis dan berasa malu.Tambahan pula aku hanya mendapat gred
B bagi mata pelajaran yang lain.Aku berasa takut untuk memberitahu ibu bapaku.Namun
akhirnya bapaku tahu juga apabila beliau terjumpa kertas ujianku.
Ibu dan ayah menasihatiku agar meningkatkan usaha dan tidak berputus
asa.Rakan-rakan juga berharap agar aku tidak putus harapan kerana masih ada masa
untuk membaiki pencapaianku.
Aku kembali bersemangat dan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh.Setiap
hari aku membuat ulang kaji dan latihan.Aku juga sering bertanya guru.
Alangkah gembiranya aku apabila usahaku membuahkan hasil dalam peperiksaan
pertengahan tahun.Aku mendapat gred B bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan gred A
bagi mata pelajaran yang lain.
Aku bertambah yakin semasa menduduki UPSR.Apabila keputusan diumumkan,
aku melonjak kegembiraan kerana mendapat 7A.Benarlah kata pepatah Di mana ada
kemahuan,di situ ada jalan.

Soalan Praktis UPSR

1. Tuliskan sebuah karangan peribahasa yang bertajuk Bagai Aur Dengan Tebing.

2. Tuliskan sebuah cerita yang berdasarkan peribahasa, Seperti Kacang Lupakan


Kulit.

60
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

3. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa Sedikit-sedikit lama-lama menjadi


bukit.

4. Harapkan Pagar,Pagar Makan Padi.Berdasarkan peribahasa tersebut,tulis sebuah


karangan cerita.

Panduan:
Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik,anda perlu:
Mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.
Sebelum menulis,pastikan pelajar mempunyai fakta yang cukup tentang tajuk
yang dikemukakan.
Isi yang diberikan perlu lengkap,tersusun dan menepati kehendak soalan.
Cara penyampaian perlu ringkas serta menggunakan ayat yang mudah difahami.
Nyatakan sekurang-kurangnya empat isi penting,pendahuluan dan penutup.
Pendahuluan mengandungi definisi atau penerangan tentang tajuk
Isi membincangkan tentang tajuk secara tepat dan bukannya rekaan
Penutup memberikan pendapat anda tentang perkara yang ditulis.

Contoh Soalan UPSR:


Tulis sebuah karangan tentang pentingnya kelab dan persatuan di sekolah.

Jawapan Contoh:

Mengapakah banyak kelab dan persatuan di tubuhkan di sekolah?Apakah


faedahnya yang kamu peroleh dengan menyertainya?
Kelab atau persatuan yang ditubuhkan di sekolah merupakan nadi penggerak
untuk menjalankan pelbagai aktiviti kokurikulum.Contohnya,Persatuan Pengakap boleh
menjalankan aktiviti perkhemahan,lawatan,gotong-royong dan sebagainya.
Wujudnya kelab dan persatuan ini juga akan dapat melahirkan bakal pemimpin
dan dapat membentuk warga negara yang berdisiplin dan berguna kepada agama,bangsa
dan negara.Pastinya negara tidak akan ketandusan pemimpin yang berwibawa dan
berwawasan pada masa hadapan.
Selain itu,kelab dan persatuan juga menjadi tempat pelajar mengisi masa terluang
dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang berfaedah.Justeru,para pelajar tidak akan
melepak atau membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Kita sedia maklum negara ini mempunyai penduduk yang berbilang kaum.
Dengan adanya pelbagai kaum dalam sesebuah kelab dan persatuan,akan bertambah
eratlah hubungan mereka.Makan akan lahirlah sebuah masyarakat dan negara di mana
rakyatnya hidup bersatu padu.
Oleh itu,setiap pelajar mestilah melibatkan diri dalam kelab dan persatuan di
sekolah. Dengan cara itu,kita akan dapat melahirkan warga negara yang terhebat.

61
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

Soalan Praktis UPSR

1. Tulis sebuah karangan tentang Tanggungjawab Seorang Murid.

2. Tulis sebuah karangan tentang Faedah-faedah Perpustakaan kepada Murid.

3. Tulis sebuah karangan tentang Cara-cara Mengisi Masa Lapang dengan Berfaedah.

Panduan:
1. Ucapan biasanya disampaikan pada majlis meraikan seseorang,majlis perpisahan,
majlis perasmian atau sempena mengingati hari-hari tertentu.
2. Format karangan ini perlu ditulis dengan betul untuk mengelak pemotongan markah.
3. Antara formatnya ialah:
*Kata alu-aluan *Panggilan hormat *Penutup ucapan

Contoh Soalan UPSR:


Sekolah kamu akan menganjurkan Majlis Perpisahan Tahun Enam.Kamu dipilih untuk
berucap di majlis tersebut.Sediakan ucapan kamu itu selengkapnya.

Jawapan Contoh:

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar,guru-guru dan rakan-rakan


sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan dan ribuan terima kasih kerana saya diberi
peluang untuk berucap dalam majlis ini.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Sebagaimana yang kita ketahui,hari ini adalah merupakan hari terakhir kami
menjadi murid Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini.Selepas ini,kami akan
melangkah ke alam sekolah menengah pula.Selama enam tahun di sekolah ini banyak
kenangan yang tidak akan kami lupakan.
Memang tidak dapat dinafikan perkara yang paling tidak dapat dilupakan adalah
sikap guru-guru yang baik di sekolah ini.Segala titik peluh yang guru-guru sekalian
sumbangkan dalam memberi didikan dan tunjuk ajar sejak mula kami tahu membaca,
menulis dan mengira sehinggalah kepada segala ilmu yang dicurahkan.Budi yang guru-
guru taburkan tidak termampu kami balas.
Hadirin sekalian,
Kesempatan yang ada ini juga,saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun jari
sepuluh memohon kemaafan.Hal ini kerana sepanjang tempoh enam tahun berada di
sekolah ini,sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan.
Harapan saya semoga rakan-rakan akan terus berusaha dengan gigih apabila
berada di sekolah menengah nanti.Semoga guru-guru di sekolah akan terus mendoakan
kejayaan dan dan kesejahteraan kami.Sekian,terima kasih.

Soalan Praktis UPSR

1. Anda selaku ketua kelas dikehendaki memberi ucapan sempena Hari Guru di kelas

62
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

anda.Tulis ucapan itu selengkapnya.

2. Anda murid baharu di sebuah sekolah.Anda diminta menyampaikan sebuah untuk


menceritakan tentang diri anda dan sekolah anda yang lalu.Tuliskan ucapan itu.

3. Guru kesayangan kamu akan bertukar ke sekolah lain.Sebagai wakil kelas,kamu


diminta untuk menyampaikan ucapan.Tuliskan ucapan itu.

Panduan:
Format karangan berita:
a) Nama tempat atau bandar ditulis dengan huruf besar.
b) Tarikh atau hari ditulis selepas nama tempat setelah tanda koma dan diikuti
dengan tanda sempang(-).
c) Karangan berita perlu menjawab enam perkara asas:
* di mana tempat berlaku peristiwa tersebut
* bila masa peristiwa itu berlaku
* apa apa yang berlaku/tujuan
* siapa yang terlibat dalam peristiwa itu
* mengapa sebab peristiwa/kejadian itu berlaku
* bagaimana kejadian itu berlaku

Contoh Soalan UPSR:


Sebagai wartawan,anda diminta menulis sebuah berita tentang kemalangan jalan raya.

Jawapan Contoh:

SKUDAI,12 Julai Dua orang pelajar perempuan di sebuah sekolah telah terlibat dalam
sebuah kemalangan jalan raya lewat petang semalam.Kejadian itu berlaku ketika kedua-
dua orang murid itu baru keluar dari kawasan sekolah mereka.
Kedua-dua orang pelajar tersebut dipercayai adik-beradik.Darina,11tahun dan
Dalina,9 tahun,dilanggar oleh sebuah van roti ketika sedang melintas di Jalan Skudai,di
hadapan sekolah mereka..
Dalina meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital.Manakala Darina
mati di tempat kejadian.Pemandu van yang melanggar mereka tidak mengalami sebarang
kecederaan.Pemandu van dan seorang saksi memberi keterangan dan membuat laporan
di balai polis.
Ketua Polis Daerah,berkata pihak polis akan mengawasi lalu lintas berhampiran
sekolah terbabit bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi.
Murid-murid juga dingatkan agar menggunakan jejantas dan berhati-hati sewaktu
melintas jalan.

Soalan Praktis UPSR

1. Pasukan pakaian seragam yang kamu sertai telah mengadakan perkhemahan.Tuliskan

63
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

sebuah berita tentang perkhemahan tersebut.

2. Kamu dikehendaki menulis satu berita tentang kebakaran yang berlaku di tempat
tinggal anda.Tuliskan berita itu selengkapnya.

3. Baru-baru ini banjir kilat telah melanda satu kawasan perumah.Tuliskan satu berita
tentang kejadian itu.

Panduan:
1. Karangan ini melibatkan perbualan antara dua orang atau lebih pihak.
2. Ayat yang digunakan ayat yang ringkas dan padat.
3. Isi-isi karangan ini seharusnya mengandungi perkara-perkara yang berikut:
a) bertanya khabar/sapaan
b) perbincangan/perbualan
c) mohon undur diri

Contoh Soalan UPSR:


Anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.Kamu menghubungi rakan kami melalui
telefon untuk memberitahunya.Tuliskan perbualan kamu itu.

Jawapan Contoh:

Rahim : Helo!Boleh saya bercakap dengan Steven?


Steven : Ya,ini Steven bercakap.Boleh saya tahu siapa di sana?
Rahim : Saya Rahim.Saya meminta jasa baik kamu untuk memberitahu Cikgu
Kasim yang saya tidak dapat hadir kesekolah selama beberapa hari.
Steven : Kenapa Rahim?Kamu tak sihatkah?
Rahim : Sebenarnya sejak semalam saya berasa kurang sihat.Ayah saya telah
membawa saya berjumpa dengan doktor.Menurut doktor saya menghidap
demam campak.
Steven : Oh,begitu.Patutlah saya lihat semalam muka kamu ada bintik-bintik
merah.Berapa lama kamu tidak dapat hadir ke sekolah,Rahim?
Rahim : Doktor memberi saya cuti selama lima hari.Saya akan membawa surat
daripada doktor ke sekolah setelah saya sembuh.
Steven : Baiklah Rahim,saya akan memberitahu Cikgu Kasim nanti.Jangan kamu
risau.
Rahim : Terima kasih,Steven.
Steven : Sama-sama.

Soalan Praktis UPSR

1. Kamu pergi ke hospital untuk menziarahi seorang rakan kamu yang ditimpa
kemalangan.Tuliskan perbualan itu selengkapnya.

64
PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 2010

2. Kamu ingin mengajak kawan baik kamu pergi ke perpustakaan.Tuliskan dialog


antara kamu dan kawan baik kamu itu.

3. Tuliskan perbualan kamu dengan seorang murid yang telah lulus Peperiksaan
Akhir Tahun.

65