Anda di halaman 1dari 16

HIKMAH DAN KELEBIHAN

HAJI
HAJI ialah syariat yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad
SAW sebagai
membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim AS. Fardhu haji
juga merupakan
perintah Allah atau menyahut seruan Illahi yang diwajibkan keatas Umat
Islam pada tahun
ke 5 atau ke 6 Hijrah tetapi mula dilaksanakan pada tahun ke 9 Hijrah
dimana pada tahun
itulah Rasulullah SAW mengarahkan Saidina Abu Bakar Assiddiq RA
mengetuai satu
rombongan Umat Islam supaya mengerjakan haji.
Ibadat haji adalah syariat daripada Agama Allah yang utama untuk
menyempurnakan
Rukun Islam disamping banyak mengandungi rahsia2 dan hikmah2.
Diantara hikmah2 yang dapat diselami didalam ibadat haji adalah
bertujuan :

1. Melatih Umat Islam yang berada di alam ciptaan Allah ini supaya bersatu
haluan dalam mempertinggikan syiar Islam, berganding bahu untuk
menegakkan agama Allah, juga supaya perhubungan diantara
masyarakat Islam terjalin lebih erat, lebih mesra lagi tanpa mengira
warna kulit biar pun berlainan bahasa percakapan, adat resam dan
kebudayaan.

2. Ibadat haji juga merupakan lambang perpaduan Umat Islam supaya


sentiasa berada
dalam ikatan yang kukuh bagi menghadapi cabaran2 dunia yang beranika
ragam yang
boleh disifatkan sebagai cuba hendak menodai dan menjatuhkan maruah
Umat Islam
serta kesucian agama.
Umpama di Padang Arafah, dengan jelas didapati semangat perpaduan
dan
persaudaraan Umat Islam begitu erat sekali diantara sesama manusia,
tidak kira raja,
rakyat jelata, miskin atau kaya sama sahaja taraf mereka dan semuanya
berpakaian seragam bersama2 mengabdikan diri kepada Allah Rabbil
Alamin Yang Maha Esa lagi
Maha Agong.

3. Manakala melontar pula adalah melambangkan tanda kesucian rohani


dalam memperhambakan dan kesabaran terhadap perintah2 Allah supaya
Penganut2 Islam menjadikannya sebagai tauladan diatas pengorbanan
Nabi Allah Ibrahim AS sewaktu hendak menyembelih anaknya Nabi Allah
Ismail AS sebagai ganti qorban. Maka betapa sabarnya Nabi Allah Ibrahim
menerima ujian dari Allah Subhanahu Wataala. Disamping
itu pula syaitan dengan segala tipu daya dan helah mencuba untuk
memperdayakannya. Namun begitu Nabi Allah Ibrahim berjaya juga
didalam menempoh ujiannya lalu
dilontarnya syaitan dengan bersungguh2 hati, dan kita diperintahkan
supaya melakukan ibadat itu sebagai lambang ketaatan yang tidak
berbelah bahagi.

4. Begitu juga saie mencerminkan peristiwa Siti Hajar iaitu isteri kepada
Nabi Allah Ibrahim
yang berlari2 berulang alik diantara Sofa dan Marwah kerana mencari air
ditengah2
padang pasir yang kering kontang untuk minuman anaknya Nabi Allah
Ismail AS yang
baru lahir sehingga terpancar air zamzam dari bumi yang diberkati.
Peristiwa ini boleh menanam semangat perjuangan kedalam jiwa setiap
Umat Islam supaya terus berusaha dan tidak mudah berputus asa
didalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

5. Manusia adalah makhluk Tuhan yang paling istimewa sekali berbanding


dengan makhluk2 yang lain kerana dikurniakan kepadanya akal dan
nafsu. Dengan ini manusia akan beroleh darjah yang paling tinggi
sekiranya ia mempergunakan akalnya itu dengan sempurna.
Akan tetapi sebaliknya pula ia akan menerima padah yang amat
menyedihkan kalau
hawa nafsu dapat mempengaruhinya. Walau bagaimana pun manusia itu
sentiasa
terdedah kepada salah silap dan kesilapan menjadi perkara yang tidak
dapat dielakkan melainkan sesiapa yang dipelihara oleh Allah. Oleh yang
demikian salah satu jalan untuk memohon keampunan dosa itu dan
segera kembali balik kepangkuan jalan yang diredhai Allah ialah dengan
menunaikan fadhu haji.

DIANTARA HIKMAH DAN


FALSAFAH HAJI

Pengorbanan. Gambaran Kematian dan


1. 7. Akhirat.

Pengampunan dosa. Melawan Hawa Nafsu.


2. 8.

Persamaan. Fadhilat.
3. 9.

Satu Cita2. 1 Mengabdikan Diri.


4. 0.

Sabar dan Tabah. 1 Dugaan.


5. 1.

Persaudaraan.
6.
ANTARA ADAB2 SEBELUM MENGERJAKAN
IBADAT HAJI

1. Niat yang ikhlas.

2. Bertaubat bersungguh2.

3. Perbelanjaan yang halal.

4. Perbelanjaan dan bekalan yang mengcukupi.

5. Mencari teman untuk ingat mengingati dan bantu membantu.

6. Banyakkanlah berdoa dan berzikir.

7. Membuat atau meninggalkan wasiat.

8. Memohon maaf dan memberi kemaafan.

Menyucikan hati dengan Sifat2 Mahmudah.


9.

Menghindarkan hati dari Sifat2 Mazmumah.


10.

Istiqamah mempelajari ilmu mengenai cara2 mengerjakan ibadat


haji.
11.

PENYUCIAN JIWA

Aqidah yang jelas.


Menguasai ilmu.
Tunaikan solat 5 waktu.
Amalkan tuntutan2 amalan yang sunat seperti :
- berqiamullail atau bersembahyang sunat taubat.
- bersedekah.
- banyakkan berdoa atau berzikir.
- banyakkan amalan2 amal kebajikan.
- banyakkan membaca Al Quran.
Elakkan bergurau senda yang melampau dan dari percakapan2
yang sia2.

KELEBIHAN HAJI DAN UMRAH

Menjadi tetamu Allah.


Mendapat ganjaran yang besar.
Selamat daripada Yahudi dan Nasrani.
Mendapat syafaat ( keampunan ) daripada Rasulullah.
Membersih dosa seperti bayi yang baru dilahirkan.
Merupakan jihad yang paling utama.
Mendapat haji yang mabrur ( balasan syurga )

PANDUAN MENGERJAKAN HAJI

SEBELUM MENGERJAKAN SEMASA MENGERJAKAN


HAJI HAJI
Niat ikhlas. Sempurnakan rukun dan wajib
dengan betul.
Bersiap diri dengan ilmu.
Membayar dam dan tinggal
Melakukan Rukun Islam larangan semasa berihram.
dengan sempurna.
Tidak melakukan Sifat2
Mazmumah.

DIANTARA SIFAT2 TERPUJI ( MAHMUDAH ) DAN SIFAT2 TERCELA


( MAZMUMAH )

SIFAT2 TERPUJI SIFAT2 TERCELA


( MAHMUDAH ) ( MAZMUMAH )

Sabar Pemarah

Bertanggungjawab Penipu / Pembohong

Tolong Menolong Pemalas

Menepati Janji Mungkir Janji

Penyayang Pemarah

Berjimat Cermat Pemboros

Amanah Khianat

Taubat Kufur Nikmat

Bertimbang Rasa Hasad Dengki

Mengingati Mati Tidak Mengingati Mati

Pemurah Kedekut
Rajin Pemalas

Redha Keji Mengeji

Ikhlas Bermuka2

Syukur Takabur / Riak

Sombong / Bermegah2

TEMPAT2 YANG PERLU DIZIARAHI / DILAWATI


DI MADINAH

1. Masjidin Nabawi.
- Bersembahyang di Masjidin Nabawi adalah seperti 1,000 kali
sembahyang ditempat2
yang lain melainkan di Masjidil Haram, di Mekah.
- Bersembahyang Jumaat di Masjidin Nabawi juga adalah seumpama
1,000 kali
sembahyang Jumaat ditempat2 yang lain.
2. Masjid Qaba
3. Maqam Rasulullah SAW.
4. Maqam Saidina Abu Bakar Assiddiq RA.
5. Maqam Saidina Umar Al Khattab RA.
6. Perkuburan Al Baqi
- Perkuburan Ahli2 Madinah dikatakan hampir 10,000 orang sahabat2
dimaqamkan disitu
termasuklah Saidina Othman bin Affan, Isteri2 Junjungan dan
anak2nya.
7. Jabal Uhud.
- Disebelah utara Bandar Madinah, jauhnya lebih kurang 4 km.
Disitu terdapat kubur
Saidina Hamzah dan Para2 Syuhada Islam yang terkorban di Medan
Peperangan Uhud.

Berpuasa sebulan Bulan Ramadhan di Madinah adalah


seumpama
berpuasa 1,000 bulan ditempat2 yang lain.

SEMBAHYANG QASAR DAN JAMA DALAM


PERJALANAN

1 PENGERTIAN QASAR
.

- Mengerjakan dua rakaat sahaja bagi sembahyang zohor,


asar dan isya tidak bagi
sembahyang maghrib dan subuh.
SYARAT2 SEMBAHYANG QASAR

1 Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara


.

2 Jarak jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada 2 marhalah
. iaitu lebih kurang
56 batu bersamaan 91 km.

3 Berniat qasar didalam takbiratul ihram.


.

4 Tidak berimamkan dengan orang yang bersembahyang tamam ( sempurna )


.

5 Sembahyang yang diqasarkan itu hendaklah sembahyang yang 4 rakaat.


.

PERINGATAN

1 Jama Takhir boleh dikerjakan dengan menunaikan sembahyang isya


. kemudian diikuti
dengan fardhu maghrib atau sembahyang asar diikuti dengan fardhu zohor
tetapi sunat didahulukan sembahyang maghrib kemudian diikuti dengan
sembahyang isya begitu juga sembahyang zohor diikuti dengan
sembahyang asar melainkan jika waktunya sempit tidak meluluskan dua
fardhu sembahyang maka wajib didahulukan sembahyang yang empunya
waktu.

2 Sembahyang jama dibuat dengan satu azan dan dua iqamah.


.

3 Jika sembahyang itu dilakukan dengan berjamaah maka mamum hendaklah


. menambah kalimah mamuman dan imam dengan kalimah imaman
sebelum perkataan
Lillahi Taala

4 Niat didalam sesuatu ibadah adalah wajib tetapi melafazkan niat itu adalah
. sunat.
2 PENGERTIAN JAMA
.

- Menghimpunkan antara sembahyang zohor dengan asar dan


maghrib dengan isya

1 JAMA TAQDIM 2 JAMA TAKHIR


. .

Maksudnya : Maksudnya :

- mengerjakan - mengerjakan sembahyang


sembahyang zohor dan zohor dan
asar didalam waktu asar didalam waktu asar atau
zohor atau maghrib
maghrib dan isya dan isya didalam waktu isya
didalam waktu
maghrib.

SYARAT2 NYA : SYARAT2 NYA :

1. - mengutamakan yang empunya 1. - hendaklah berniat jama dalam


waktu waktu
seperti mendahulukan yang pertama ( zohor dan maghrib
sembahyang )
zohor daripada asar dan
maghrib
daripada isya

2. - berniat jama taqdim dalam 2. - berkekalan perjalanan hingga


sembahyang yang pertama memberi salam sembahyang yang
sebelum kedua.
salam ( afdhalnya dalam
takbiratul
ihram )

3. - berturut2 diantara sembahyang yang


dijamakan itu.

4. - berkekalan perjalanan hingga takbiratul


ihram sembahyang yang kedua.

- berkeyakinan adanya waktu


5. sembahyang yang pertama ( zohor atau
maghrib ) berkekalan sehingga didirikan
sembahyang yang kedua ( asar atau
isya )

IBADAT
HAJI
&
UMRAH
( NOTA RINGKAS )

DIANTARA PERKARA2 SUNAT SEBELUM


BERIHRAM IALAH :

Mengerat kuku.
1.

Menanggalkan bulu ketiak, bulu ari2, mengandam misai,


2. janggut dan rambut.

Mandi sunat ihram.


3.

Memakai minyak rambut dan bau2an.


4.

Sembahyang sunat ihram.


5.
Memperbanyakkan bacaan talbiah selepas berniat.
6.
PEREMPUAN DATANG HAID ATAU NIPAS SEMASA
MENGERJAKAN HAJI

Adapun perempuan haid atau nipas dalam masa mengerjakan haji


tidak sunyi dari 3 keadaan.
Walaubagaimana pun pada tiap2 keadaan itu maka tidaklah haid atau
nipas menegah sesaorang
perempuan daripada menunaikan kerja2 ibadat haji seperti berniat
haji atau umrah, wuquf
di Arafah, saie, bermalam di Muzdalifah, melontar jamrah dan lain2
kecuali tawaf.

KEADAAN PERTAMA :

Perempuan mengerjakan haji dengan cara tamattu ( mengerjakan umrah


dahulu sebelum mengerjakan haji ) samada haid atau nipas itu datangnya
sebelum ihram atau semasa sedang berihram, manakala ia sampai di Mekah,
hendaklah ia menunggu hingga suci. Sekiranya ia suci sebelum berangkat ke
Arafah menunaikan ibadat haji iaitu hari ia memakai ihram dan berniat ihram
haji maka hendaklah ia mengerjakan tawaf ( tawaf umrah ) kemudian bersaie
dan bergunting.

Jika haid atau nipas itu terus berlaku hingga ia hendak berangkat ke Arafah
maka hendaklah
ia berniat ihram haji ketika itu dan jadilah ianya haji qiran. Dengan demikian
wajiblah ia menyempurnakan dam sebagai dam qiran dengan syarat2
yang tertentu.

KEADAAN KEDUA :

Perempuan yang haid mengerjakan haji dengan cara ifrad atau qiran
hendaklah ia menyempurnakan semua kerja2 haji kecuali tawaf, dan tawaf
hendaklah dikerjakan setelah
ia bersuci.

KEADAAN KETIGA :

Sekiranya haid atau nipas itu masih berkekalan pada salah satu daripada dua

Anda mungkin juga menyukai