Anda di halaman 1dari 64

KANDUNGAN

Penghargaan.........................................................................................................................2
Objektif................................................................................................................................4
Jadual Latihan......................................................................................................................5
Latar Belakang Firma..........................................................................................................6
Pengenalan.......................................................................................................................6
Matlamat..........................................................................................................................8
Pentadbiran Dan Pengurusan...........................................................................................9
Kakitangan Tetap.........................................................................................................9
Kakitangan Sokongan................................................................................................10
Carta Organisasi.............................................................................................................11
Strategi Pemasaran.........................................................................................................12
Program Dan Kursus Yang Ditawarkan.........................................................................14
Kursus Sijil Kemahiran Malaysia..............................................................................14
Kursus Peringkat Diploma.........................................................................................16
Latihan Dan Kursus Profesional................................................................................16
Kemudahan Fizikal Dan Peralatan................................................................................17
Kesimpulan....................................................................................................................20
Ringkasan Kerja.................................................................................................................21
Laporan Kerja....................................................................................................................22
Tugasan 1: Membaik Pulih Perkakasan Dan Perisian Komputer..................................22
Tugasan 2: Memasang Komponen-Komponen Komputer............................................24
Tugasan 3: Merekabentuk Risalah (Kursus Artis Pengarangan)..................................27
Tugasan 4: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Maklumat)...................................30
Tugasan 5: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Komputer)....................................33
Tugasan 6: Merekabentuk Risalah (Pembantu Luar Ukur Tanah)................................36
Tugasan 7: Merekabentuk Risalah (Versi Hitam Putih)...............................................39
Tugasan 8: Merekabentuk Laman Web Kolej................................................................42
Tugasan 9: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat (Rekabentuk 1)......................45
Tugasan 10: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat (Rekabentuk 2)....................48
Tugasan 11: Membangunkan Sistem Pengurusan Inventori..........................................51
Tugasan 12: Membangunkan Sistem Pengurusan Perpustakaan...................................54
Tugasan 13: Merekabentuk Dan Membangunkan Rangkaian Komputer......................57
Cadangan Dan Komen.......................................................................................................62
Kesimpulan........................................................................................................................63
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke
atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta
para sahabat baginda yang terpilih.

Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana keizinan,


rahmat dan hidayatNya membolehkan saya menamatkan program Latihan Industri,
menyiapkan penulisan laporan ini dan seterusnya melayakkan saya untuk menerima
diploma.

Sepanjang penglibatan saya didalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan
ini, saya telah mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan dan segi nasihat, sokongan
moral dan spiritual, dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohaizi Bin Mohamad,
Pengurusi Geomatika yang telah sudi mengambil saya di syarikatnya bagi membolehkan
saya menimba sedikit sebanyak pengalaman bekerja di sana. Ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Cik Aisha Rozaida yang dengan
sabar menyelia dan menguruskan hal-ehwal latihan industri di syarikat tersebut. Ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pekerja yang
telah berkerjasama dengan saya sepanjang tempoh latihan.

Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Cik Saidah Binti Mohamed,
Penyelaras Program Kerjasama UTM-EDI yang telah bertungkus-lumus membantu
menjayakan program Latihan Industri ini, dan tidak lupa juga kepada Cik Rosmaini Bt
Sulaiman, Penyelia Latihan Industri yang juga telah banyak membantu menguruskan
hal-ehwal latihan industri.

2
Dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih dan
seribu penghargaan kepada penyarah-penyarah, staf-staf EDI serta individu-individu yang
terlibat sepanjang sepanjang saya mengikuti pengajian saya selama 3 tahun dalam kursus
Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) di EDI.

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli
keluarga saya terutamanya kepada ayah dan ibu saya, Azhar Bin Shariff dan Hamidah
Bt Ismail yang telah banyak memberi galakan dan dorongan. Demikian juga kepada
rakan-rakan seperjuangan terutamanya Zuwairiie Bin Serajudin yang telah sama-sama
mengharungi pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan industri ini.

Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan terima
kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Mohamad Azri Azhar


April 2003

3
OBJEKTIF

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada siswa
tentang berbagai-bagai aspek dalam bidang Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik,
Kejuruteraan Mekanikal, Sains Komputer, Pengurusan Teknologi, Penilaian dan Ukur
Tanah serta peranannya dalam masyarakat.

Objektif yang asas bagi latihan ini adalah seperti berikut:

1. Untuk membolehkan siswa melihat dan mengambil bahagian dalam amalan-amalan


selain daripada pelajaran teori yang dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan
memberikan mereka satu peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempraktikan
pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas.

2. Untuk membolehkan mereka mengenali melalui penglibatan secara langsung dalam


berbagai-bagai aspek seperti konsep perancangan, rekabentuk, pembinaan dan
pentadbiran projek.

3. Seperti yang diketahui bahawa kerja-kerja Kejuruteraan dan Pengurusan tidak


selalunya didasarkan kepada kerja-kerja pejabat sahaja tetapi melibatkan kerja-kerja di
tapak yang berkemungkinan terletak di pendalaman yang sangat mencabar. Maka adalah
diharapkan bahawa latihan ini mendedahkan tapak yang sebenarnya.

4. Untuk mendedahkan siswa kepada struktur organisasi jabatan atau firma tempat
latihan dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam organisasi tersebut.

5. Latihan industri ini juga memberi peluang melatih siswa menulis laporan teknikal
yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang mereka tulis itu tentunya akan menjadi
latihan yang penting bagi kerjaya mereka di masa depan.

4
JADUAL LATIHAN

Tarikh mula latihan industri: 6 Januari 2003

Tarikh tamat latihan industri: 19 April 2003

Waktu kerja: 8.30 AM sehinnga 5.45 PM

Waktu rehat: 1.00 PM sehingga 2.00 PM

Cuti: Sabtu dan Ahad

Tarikh penyerahan markah Latihan Industri kepada penyelia: 25 April 2003

5
LATAR BELAKANG FIRMA

Pengenalan

Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah pemilik kepada Pusat Geomatika Technology
Sdn. Bhd. (Kod Pusat L00632) yang beralamat di 11-G, Jalan Jelatek 2, Pusat Perniagaan
Jelatek, 54200 Kuala Lumpur. Pusat ini adalah pelopor tunggal Pusat Latihan dalam
teknologi Geomatik. Ia diwujudkan bagi menyahut seruan Perdana Menteri kita iaitu
mewujudkan sekurang-kurangnya 50,000 jawatan dalam bidang ini menjelang tahun
2010. Ini kerana, IPTA sedia ada hanya mampu melahirkan 150 pelajar setiap tahun
dalam bidang ini untuk peringkat Ijazah dan Sarjana. Manakala untuk peringkat Diploma
dan Sijil adalah terlalu berkurangan. Kini Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. sedang
menjalankan program pendidikan dengan usahasama Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK) dalam kursus Pembantu Luar Ukur Tanah-Kejuruteraan
(Kejuruteraan Sains Geoinformasi).

Pusat ini pada asalnya ditubuhkan dengan nama Center of excellence for Geographical
Information System (CEGIS), yang mana ia menyediakan latihan dan kursus profesional
kepada agensi-agensi kerajaan mahupun swasta. Bertitik-tolak daripada sambutan
menggalakkan terhadap latihan dan kursus yang dianjurkan, maka terhasilnya idea untuk
membangunkan satu Pusat Latihan yang menjurus ke arah bidang pendidikan yang lebih
meluas iaitu Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd.

"Menyediakan pendidikan dan latihan untuk melahirkan tenaga kerja berkualiti,


berpengetahuan, berkemahiran, produktif dan relevan dengan perkembangan teknologi
serta keperluan pembangunan sektor ekonomi negara"

Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah dimiliki oleh Hj. Mohaizi Bin Mohamad, bekas
Pegawai Kanan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang telah berkhidmat

6
dengan kerajaan selama 19 tahun. Semasa berkhidmat dengan kerajaan, beliau telah
pernah menjawat jawatan Pengarah Latihan dan R&D selama 5 tahun. Beliau juga adalah
pengasas pembangunan Institut Latihan Ukur dan Tanah (INSTUN), Kementerian Tanah
dan Pembangunan Koperasi yang sedang beroperasi sekarang. Berbekalkan ilmu
teknologi yang terkini dan pengalaman latihan dan pendidikan selama 5 tahun dengan
kerajaan, beliau berjati diri untuk menubuhkan Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd.

Geomatika Technology Sdn. Bhd. mempunyai Modal Berbayar sebanyak


RM5,000,000.00 dan Modal Dibenarkan sebanyak RM5,000,000.00. Disertakan bersama
senarai Ahli Lembaga Pengarah Geomatika Technology Sdn. Bhd. (Borang 24 dan
Borang 49 seperti di Lampiran 1).

Geomatika Technology Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang memiliki kekuatan
dalam bidang Geomatik. Ia menjalankan pelbagai perkhidmatan dengan menggunakan
peralatan dan perisian terkini. Berdasarkan kepada faktor tersebut juga, Pusat Geomatika
Technology Sdn. Bhd. ditubuhkan. Ia bertujuan untuk mengembangkan kepakaran serta
pengetahuan, di samping memanfaatkan peralatan dan perisian yang dimiliki.

7
Matlamat

Penubuhan Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah berteraskan kepada beberapa
objektif berikut:

Objektif utama penubuhan adalah untuk mengisi kekurangan tenaga kerja mahir
terutama bumiputera dalam bidang Geomatik iaitu Pemetaan, Kartografi, Geologi,
Fotogrametri, GIS, Gambarfoto Udara, Remote Sensing, Ukur Kejuruteraan,
Hidrografi, Radargrammetry, Geosains, Pentadbiran dan Pembangunan Tanah,
Perancangan, GPS, dan Web GIS, di samping bidang ICT iaitu Sistem Komputer, e-
commerce, e-business, Komunikasi, Security dan Keusahawanan.

Memberi peluang kepada para pelajar supaya senang diserap ke syarikat swasta yang
memerlukan pekerja berkemahiran dalam melaksanakan projek-projek menggunakan
perkakasan dan perisian terkini. Ini kerana kurikulum yang digunapakai di Pusat ini
adalah berorientasikan 70% kemahiran (competency) dan 30% pendidikan.

Perkembangan bidang ekonomi dan teknologi maklumat yang begitu pesat


membangun di negara ini menjadi satu titik tolak kepada penubuhan Pusat ini.

Menyediakan program-program pendidikan tinggi dan latihan-latihan kemahiran


sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan pembangunan negara.

Menyediakan peluang kepada belia-belia lepasan sekolah dalam pendidikan tinggi dan
latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan pembangunan sektor-sektor
ekonomi negara.

Menyediakan peluang pendidikan tinggi dan latihan kemahiran berterusan kepada


tenaga kerja bagi peningkatan kemahiran, pengetahuan, produktiviti dan inovatif
mereka sejajar dengan arus perkembangan dan pembangunan teknologi.

8
Pentadbiran Dan Pengurusan

Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. terdiri daripada kakitangan tetap dan kakitangan
sokongan seperti berikut (struktur organisasi keseluruhan seperti di Lampiran 2) :

Kakitangan Tetap

Tuan Hj.Mohaizi Bin.Mohamad CEO


Puan Maraton Binti.Hj.Yahya
- Sarjana Muda Ekonomi (Gunaan), UM Pengetua
- Sarjana Pentadbiran Perniagaan, UKM
Puan Marzaroten Bt.Hj Yahya
- Sarjana Muda in Quantity Survey,UK Pengurus MLVK
- Diploma in QuantitySurvey,UTM
Cik Nurmiza Bt Ahmed Zulkifli Penolong ketua/Pengurusan/ Unit
- Sarjana Muda Sains Geomatik, UiTM Kurikulum
Cik Aisha Rozaida bt. Mohd Ridzuan
- Sarjana Muda Sains in Computing and
Pendaftar/Pengurusan
Information Systems, NCC London
Guildhall University
En. Mohd Suhairi b. Saad Ali
- Sarjana Muda in Built Environment and
UnitPembangunan/ Tenaga Pengajar
Mapping Science, University of Luton,
Bedfordshine, England
Cik Emilia Bt. Md. Noah
Unit Pembangunan
- Diploma Sains Komputer, UTM

9
Kakitangan Sokongan

En. Saheran b. Jasmani


Tenaga Pengajar
- Diploma Ukur Tanah, UTM
En. Zuhairy b. Ibrahim
Tenaga Pengajar
- Sarjana Muda Sains Geomatik, UiTM
En. Ivin Amri b. Musliman
Tenaga Pengajar
- Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM
Cik Mohrini bt. Suaidi
Tenaga Pengajar
- Diploma Ukur Tanah, UTM
Cik Siti Nazwatul Farha bt. Idris
Tenaga Pengajar
- Sarjana Muda Sains (Komputer), UTM
Cik Zamzarina bt. Ali
Tenaga Pengajar
- Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM
Cik Kam Haryatie bt. Abdul Mutalib
Tenaga Pengajar
- Sarjana Muda Sains (Komputer), UPM
Cik Norhaizum Fazira bt. Mohd Yusuf
Tenaga Pengajar
- Sarjana Muda Sains (Komputer), UTM

Cik Nurhanim bt. Baba Tenaga Pengajar


- Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM
Puan Erni Yusniza
Tenaga Pengajar
- Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM
Puan Rodziah bt. Puteh Shaari
- Sarjana Muda in Information Technology Tenaga Pengajar
Swansea Institute of Higher Learning, UK

10
Carta Organisasi

11
Strategi Pemasaran

Sebagai sebuah Pusat Latihan yang bertujuan melahirkan para pelajar yang
berketerampilan dan berpengetahuan tinggi, Pihak kami bertanggungjawab untuk
memasarkan kursus yang ditawarkan khasnya dan Pusat ini sendiri amnya. Ini bertujuan
untuk menarik lebih ramai belia lepasan Sekolah Menengah agar berminat untuk
melanjutkan pengajian dengan menyertai kursus yang ditawarkan di Pusat ini.

Strategi pemasaran yang dilaksanakan juga adalah mengambilkira faktor perkembangan


sektor-sektor ekonomi negara serta kajian pasaran terhadap peningkatan tenaga kerja
yang meluas dalam bidang Geomatik dan ICT

Berikut disertakan Jadual Unjuran Tenaga Kerja bagi bidang Geomatik dan ICT sehingga
tahun 2010.

2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Jumlah

Sijil 600 1000 1500 2000 2500 3000 3500 4000 4500 22,600
Diploma 1000 1200 1400 1600 1800 2000 2200 2400 2600 16,200
Ijazah 400 500 600 700 800 900 1000 1100 1200 7,200
Jumlah 2000 2700 3500 4300 5100 5900 6700 7500 8300 46,000

Berdasarkan kepada Jadual Unjuran di atas, didapati negara memerlukan tenaga kerja
yang tinggi dalam kedua-dua bidang bagi kesemua peringkat. Peningkatan keperluan
negara terhadap tenaga kerja adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut :

Perkembangan berterusan dalam sektor-sektor ekonomi negara termasuk pembinaan,


perindustrian, perkhidmatan, keselamatan dan politik.

Perkembangan teknologi ICT di mana Malaysia mempunyai MSC, Satelit TiungSAT1


dan MEASAT, MACRES, Balai Cerap (Planetarium) dan sebagainya.

12
Untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bagi membentuk satu masyarakat dan negara
yang berteknologi tinggi.

Memandangkan peningkatan yang memberangsangkan, maka Pusat ini berhasrat supaya


penubuhannya dapat memenuhi keperluan negara. Antara strategi pemasaran yang
dijalankan adalah :

Menawarkan kursus yang mempunyai permintaan pekerjaan tinggi di pasaran dengan


menyediakan kemudahan yang bersesuaian.

Mengiklankan kursus yang ditawarkan di akhbar tempatan seperti Mingguan Malaysia


dan New Straits Time (ruangan Bits and Bytes) setiap sesi pengambilan dibuka.

Melantik agen yang berkelayakan untuk mendapatkan pelajar.

Mendapatkan senarai nama pelajar lepasan Sekolah Menengah dari semua sekolah di
seluruh Semenanjung Malaysia.untuk dibuat sampling bagi tujuan penghantaran surat
jemputan mengikuti kursus yang ditawarkan.

Menghantar risalah ke sekolah dan rumah.

Mengadakan sesi dialog (bengkel) kerjaya bersama kaunselor di sekolah menengah


untuk mempromosikan dan memberi pendedahan berkaitan kursus yang ditawarkan.

Menawarkan insentif kepada pelajar-pelajar sedia ada untuk membawa rakan atau
saudara mengikuti kursus di Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd.

13
Program dan Kursus Yang Ditawarkan

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (MLVK)


Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. sedang menjalankan kursus dengan usahasama
MLVK di peringkat Sijil beorientasikan kemahiran bagi lepasan SPM iaitu Pembantu
Luar Ukur Tanah - Kejuruteraan (sedang diusahakan penukaran nama baru kepada
Kejuruteraan Sains Geoinformasi) selama 13 bulan. Kursus ini telahpun bermula pada 27
Mei 2002 bagi pengambilan sesi pertama dan pengambilan sesi kedua pada bulan
September 2002. Kursus yang ditawarkan ini terdiri daripada bidang-bidang seperti :

Kejuruteraan Geomatik
Merupakan satu bidang pengukuran bagi sesuatu kawasan dan pengumpulan data-data
di lapangan (field data collection).

Ia melibatkan proses mendapatkan jarak, ketinggian dan arah (sudut) di sesuatu


kawasan.

Bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi memetakan atau penyediaan pelan


kedudukan kerja-kerja ukur kejuruteraan, ukur hakmilik, ukur kadaster (lot) dan ukur
pengesanan utiliti bawah tanah (underground detection).

Penekanan diberikan kepada penggunaan alat pengukuran dan perisian terkini bagi
menghasilkan maklumat daripada data-data yang telah dicerap di lapangan.

Sistem Maklumat Geografi (GIS)


Merupakan satu bidang melibatkan sistem berasaskan komputer yang direkabentuk
untuk menguruskan perancangan data-data yang berkaitan dengan gunatanah secara
sempurna bagi tujuan membolehkan pembangunan strategik bagi sesuatu kawasan.

14
Sistem ini bertindak sebagai alat untuk menyokong perolehan, penyimpanan,
pengolahan dan penganalisaan data-data tersebut bagi tujuan pemaparan senario-
senario pembangunan gunatanah secara digital.

Penekanan diberikan kepada penggunaan perisian terkini bagi mengendalikan kerja-


kerja yang melibatkan aktiviti-aktiviti gunatanah.

Penderiaan Jauh (Remote Sensing)


Merupakan satu bidang sains dan teknologi angkasa lepas yang melibatkan
pengumpulan, pengolahan dan analisis data-data saintifik mengenai atmosfera dan
permukaan bumi dengan bantuan alat penderia yang diletakkan pada kapal angkasa
atau satelit.

Data-data (segmen angkasa lepas) yang dikumpulkan oleh penderia akan dihantar ke
stesen penerima bumi (segmen bumi) untuk pemprosesan selanjutnya bagi
menghasilkan maklumat yang berguna untuk pelbagai tujuan saintifik (segmen
pengguna).

Teknologi Penderiaan Jauh merangkumi tiga komponen utama iaitu;


o Segmen angkasa lepas
o Segmen bumi
o Segmen pengguna.

Penekanan diberikan kepada pemprosesan data-data menggunakan perisian terkini


untuk mengeluarkan maklumat-maklumat saintifik yang berguna di dalam bidang
aplikasi seperti kejuruteraan, pemetaan, pengurusan sumber alam, alam sekitar dan
perancangan strategik (ketenteraan).

15
Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. juga akan menawarkan beberapa kursus
tambahan (selain dari kursus V-010-3), yang mana sedang diusahakan pentauliahan dari
MLVK
Yuran Pengajian adalah melalui pinjaman yang boleh dipohon oleh pelajar dari Tabung
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber. Pinjaman akan dibayar semula setelah 6
bulan tamat pengajian atau sebaik sahaja mendapat kerja

Kursus Peringkat Diploma


Selain dari itu, Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. akan turut menawarkan kursus-
kursus di peringkat Diploma seperti :

Sains Komputer dan Teknologi Maklumat


Pengajian Perniagaan
Kejuruteraan Ukur dan GPS
Sistem Maklumat Geografi (GIS)
Penderiaan Jauh (Remote Sensing)

Latihan dan Kursus Profesional


Selain daripada menawarkan Kursus Peringkat Sijil dan Diploma, Pusat ini juga masih
terus menawarkan latihan dan kursus profesional kepada agensi-agensi kerajaan mahupun
swasta. Kursus dan Latihan ini lebih menjurus kepada bidang GIS, Remote Sensing dan
Geomatik dengan metodologi serta pengisian yang efektif.

16
Kemudahan Fizikal dan Peralatan

Premis lokasi Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. terletak di kawasan Pusat
Perniagaan Jelatek yang mana ia merupakan satu kedudukan yang strategik dari aspek
keselamatan dan kemudahan asas. Dari aspek keselamatan, terdapat sebuah Balai Polis
mini berhampiran yang akan memudahkan laporan dirujuk sekiranya berlaku sebarang
kejadian kecurian, kemalangan dan sebagainya yang berkaitan dengan kes jenayah.

Beberapa kemudahan asas yang terdapat di sekitar Premis adalah seperti:

Stesen LRT, perhentian bas dan teksi


Surau dan masjid
Bank
Klinik.
Stesen minyak.
Pejabat Pos mini.
Gerai makan.
Kedai buku dan alatulis.
Pusat Internet dan Multimedia.
Taman permainan dan rekreasi.

Kemudahan yang disediakan di Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. dikategorikan


seperti berikut:

1 Bilik Kuliah / Bilik Seminar Korporat


o Merupakan bilik untuk diadakan kuliah yang tidak melibatkan penggunaan
komputer.
o Boleh menempatkan 30 orang pelajar dalam satu masa.

17
3 Bilik/Makmal Komputer
o Merupakan bilik/makmal yang dilengkapi komputer untuk kegunaan
setiap pelajar.
o Terdapat 1 bilik/makmal yang boleh menempatkan 40 orang pelajar dan 2
bilik/makmal yang boleh menempatkan 30 orang pelajar setiap bilik/makmal.

1 Bilik Multimedia / Perpustakaan


oMerupakan bilik rujukan bagi pelajar, yang mana terdapat pelbagai buku dan
bahan rujukan bersesuaian. Ia juga merupakan bilik di mana Latihan dan Kursus
Profesional dijalankan.

1 Bilik Pengetua dan 1 Bilik Timbalan Pengetua.

1 Bilik Tenaga Pengajar


oMenempatkan 3 orang tenaga pengajar.

1 Ruang Pentadbiran
o Merupakan bahagian Pentadbiran dikendalikan.
o Menempatkan Pendaftar dan Kerani.

1 Bilik Stor

Kelengkapan/Kemudahan/Peralatan yang diperolehi dari Pihak Luar :

Kelengkapan/kemudahan/peralatan lain yang bersesuaian akan dibeli dari semasa ke


semasa mengikut keperluan kursus yang dilaksanakan. Pusat ini juga bercadang untuk
mendapatkan khidmat dan bantuan dari beberapa pihak luar untuk tujuan meminjam,

18
menggunakan atau membeli kelengkapan, kemudahan dan peralatan dari semasa ke
semasa bagi memenuhi keperluan kursus.

Berikut adalah senarai peralatan yang disediakan:

Komputer Pentium 4 - 100 unit


A4 Digitising Tablet - 30 unit
Plotter - 1 unit
Laser Printer - 1 unit
Scanner - 1 unit
Mesin Fotostat - 1 unit
Mesin Faks - 1 unit
Telefon - 8 unit
Server - 1 unit
Total Station - 5 unit
Digital Camera/Video - 2 unit
GPS Leica & NAVCOM - 2 unit
PenBase Computer - 2 unit
TDS Logger - 2 unit
Laser Ace 300 - 2 unit
Locator - 2 unit

19
Kesimpulan

Berdasarkan kepada beberapa objektif penubuhan Pusat Geomatika Technology Sdn.


Bhd. yang dibuat merujuk kepada kajian pasaran semasa, Pihak kami berharap agar
kursus-kursus yang ditawarkan bersesuaian dan bertepatan dengan perkembangan
teknologi dan keperluan pembangunan sektor-sektor ekonomi negara.

Pihak kami juga berhasrat dapat melahirkan dan seterusnya mengisi kekurangan tenaga
kerja mahir terutama bumiputera yang berilmu, berpengetahuan dan berketerampilan
tinggi.

Diharapkan juga dengan penubuhan Pusat ini dapat memenuhi seruan kerajaan dan
negara iaitu Pihak swasta terus memainkan peranan dalam bidang pendidikan serta
latihan agar semakin maju dan berkembang selaras dengan era globalisasi.

20
RINGKASAN KERJA

Tugas saya di sini merupakan sebagai pembangun dan penyelaras sistem, rekabentuk dan
juga pembantu teknikal di mana segala kerja-kerja berkenaan teknologi maklumat,
multimedia, membaiki peralatan komputer dan perkakasan teknologi maklumat,
membangunkan sistem untuk syarikat dan mengawal segala peralatan komputer dan
makmal komputer adalah di bawah bidang tugasan saya.

Tugasan saya merangkumi kerja-kerja membangunkan sistem pangkalan data


menggunakan Microsoft Access dan Microsoft Visual Basic. Selain itu saya juga mereka
bentuk laman web, brochure, logo kerja-kerja teknikal di mana saya perlu mengawal serta
menjaga perkakasan-perkakasan komputer dan keperluan makmal komputer di organisasi
ini dari semasa ke semasa dan juga membangunkan sistem untuk kegunaan kolej tersebut.
Saya menjalankan tugasan saya bersama-sama dengan rakan sejawat di bawah
pengawasan juruteknik komputer yang bertugas di Geomatika.

Oleh kerana ini merupakan pusat yang baru, maka kadang kala saya terpaksa bertugas di
bawah bidang pentadbiran. Walaupun begitu ianya tetap merangkumi bidang yang saya
ceburi iaitu Sains Komputer (Teknologi Maklumat)

21
LAPORAN KERJA

Tugasan 1: Membaik Pulih Perkakasan dan Perisian Komputer.

Tugas pertama saya semasa menjalani Latihan Industri ini adalah melakukan kerja-kerja,
membaik pulih perkakasan dan perisian komputer. Tugas-tugas ini juga dilakukan apabila
perlu, sebagai contoh, apabila komputer pekerja atau pelajar mengalami masalah, kolej
membuka makmal komputer baru dan sebagainya. Kadangkala penyelesaian kepada
masalah tersebut adalah dengan memformat komputer tersebut dan memasang (install)
semula sistem operasinya kembali. Langkah-langkahnya adalah seperti di bawah:

Cara untuk memformat sebuah cakera keras yang sudahpun ada perisiannya.

Untuk memformat semula sesebuah cakera yang sudah digunakan, katakan pemacu C:,
apa yang perlu dilakukan adalah dengan memanggil arahan format dengan menaip
FORMAT C:. Arahan ataupun program untuk format ini biasanya terkandung di dalam
disket startup (ataupun boot / system) serta dalam direktori c:\dos ataupun
c:\windows\command. Tetapi awas, kerana semua data yang ada di dalamnya akan
dipadamkan. Jika perlu alihkan data-data yang penting ke dalam disket terlebih dahulu.

Cara jika hendak memformat sebuah cakera keras yang baru (belum digunakan).

Untuk memformat sebuah cakera keras yang belum pernah digunakan, apa yang
dilakukan dilakukan adalah dengan memasangnya ke komputer, kemudiannya hidupkan
komputer tersebut menggunakan disket `startup' dan seterusnya jalankan program atau
arahan FDISK dari prom A:\>. Gunakan FDISK untuk mencipta partisi DOS (Create
DOS Partition) yang utama ataupun yang tambahan (extended). Seterusnya komputer

22
akan mengarahkan anda supaya mengulang-hidup (reboot). Kemudian gunakan disket
startup itu sekali lagi untuk memformatnya seperti jawapan di atas

Gambar di atas menunjukkan salah satu makmal komputer yang di baik pulih semasa
Latihan Industri. Selain itu kerja-kerja membaiki komputer juga dijalankan di pejabat
pengurusan.

23
Tugasan 2: Memasang Komponen-Komponen Komputer

Untuk menjimatkan kos, syarikat menghendaki saya untuk memasang komponen-


komponen komputer dengan sendiri. Komputer-komputer tidak dibeli secara lengkap,
sebaliknya dibeli berasingan dan memasangnya dengan sendiri.

Untuk memasang komponen-komponen komputer, secara ringkasnya langkah-langkah


berikut dilakukan:

Papan utama (motherboard) diambil dan atur posisi konektor "jumper", sesuai dengan
yang tertulis dalam manual. Cabut konektor plastik "jumper" penghubung antara pin
yang ada pada motherboard pindahkan pada posisi lain yang menghubungkan sebuah
kaki pin dengan kaki pin lainnya sesuai dengan apa yang tertulis dalam buku panduan
(manual) papan utama (motherboard). Biasanya buku panduan tersebut akan
memberitahu posisi "jumper" tertentu sesuai dengan jenis processor yang akan

24
dipergunakan. Konektor "jumper" dipasang sesuai dengan keperluan dengan
mengikuti buku panduan (manual) yang didatangkan sekali dengna papan utama.
Sesuaikan posisi jumper tersebut dengan jenis processor yang akan anda pasang.
Pemasangan posisi "jumper" memungkinkan motherboard memberikan listrik yang
tepat dan sesuai dengan keperluan listrik pemproses (processor) yang dipasang. Jika
tersalah pasang boleh mengakibatkan pemproses rosak.

Pemproses dipasang pada tempatnya, tanda pada processor harus ditempatkan sesuai
dengan tanda yang ada pada soket tersebut (tidak boleh terbalik). Tangkai pengunci
yang biasanya terdapat disisi soket processor dikunci. Kod titik atau sisi processor
dengan bentuk miring merupakan petunjuk agar bahagian pemproses itu dipasang
pada bagian slot yang memiliki tanda sama. Pemasangan pemproses pada soket
ataupun tempat yang ada di papan utama tidak boleh terbalik karena dapat
mengakibatkan papan utama (motherboard) atau pemproses (processor) rosak.

RAM dipasang pada tempatnya dengan baik, sudut memori yang biasanya berlekuk
harus ditempatkan pada tempatnya secara hati-hati. Jika terbalik, maka memori akan
susah untuk dimasukan.

Masukan papan utama (motherboard) ke dalam kotak komputer (casing), pengait


plastik yang biasa disediakan dikaitkan ke dalam lubang yang terdapat pada papan
utama (motherboard).

Kabel khusus dapasangkan pada papan utama (motherboard) yang ada pada sumber
kuasa (power supply). Biasanya dituliskan P8 dan P9. Jika jenis papan induk adalab
ATX, kabel kuasa (power) khusus tersebut dipasang pada slot kuasa ATX yang
terdapat pada papan utama tersebut.

Cakera keras (hard disk), pemacu disket (floppy drive), pemacu CD-ROM dipasang
pada tempat yang telah tersedia dalam casing CPU, kedudukannya dikuatkan dengan
berhati-hati.

25
Kabel dari sumber kuasa ke slot kuasa yang terdapat di cakera keras, pemacu disket
dan pemacu CD ROM disambungkan.

Kabel pita (kabel data) pada dudukan cakera keras, pemacu disket dan pemacu CD-
ROM disambungkan . Kabel ini berfungsi untuk menghubungkan peralatan tersebut ke
papan utama. Sisi kabel berwarna merah harus ditempatkan pada kaki nombor satu.
Jika terbalik, komputer tidak akan bekerja denganbaik dan dapat merosakkan
peralatan-peralatan tersebut.

Kabel dari pemacu disket ke slot untuk pemacu disket disambungkan, begitu juga
dengan kabel dari cakera keras ke slot IDE nombor 1, dan kabel dari pemacu CD-
ROM ke slot IDE nombor 2. Kabel berwarna merah harus menepati kaki nombor satu
pada tiap slot.

Kad VGA dipasang pada slotnya, jika kad tersebut jenis ISA, ianya harus ditempatkan
pada slot ISA di papan utama. jika kad tersebut jenis PCI, ianya harus ditempatkan
pada slot PCI.

Konektor kabel penghubung tombol "Reset" ke pin "Reset" yang terdapat pada papan
utama (motherboard) dihubungkan. Konektor kabel penghubung suara (speaker)
dhubugnkan ke pin bertuliskan speaker yang ada pada papan utama (motherboard).
Biasanya ditulis dengan kod LS.

Kotak komputer (casing) ditutup dan skru dipasang.

26
Tugasan 3: Merekabentuk Risalah (Kursus Artis Pengarangan)

Saya juga ditugaskan untuk merekabentuk risalah atau brosur (brochure) yang
mengandungi maklumat-maklumat mengenai kursus yang ditawarkan oleh kolej tersebut.
Risalah pertama yang harus disiapkan adalah mengenai kursus Multimedia Artis-
Pengarangan dan Perekabentuk Artis-Pengarangan.

Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti
dibawah:

Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.

27
Brochure artis pengarangan.

28
--------

29
Tugasan 4: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Maklumat)

Risalah (brochure) seterusnya adalah mengenai kursus Pembantu Takbir Sistem


Maklumat dan Penyelia Takbir Sistem Maklumat.

Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti
dibawah:

Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.

30
Brochure sistem makluamu

31
---

32
Tugasan 5: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Komputer)

Risalah (brochure) seterusnya adalah mengenai kursus Pembantu Juruteknik Sistem


Komputer dan Juruteknik Sistem Komputer

Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti
dibawah:

Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.

33
Brochure sistem komputer

34
-----------

35
Tugasan 6: Merekabentuk Risalah (Pembantu Luar Ukur Tanah)

Risalah (brochure) seterusnya adalah mengenai kursus Pembantu Luar Ukur Tanah.

Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti
dibawah:

Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.

36
Pembantu luar ukur tanah

37
---------

38
Tugasan 7: Merekabentuk Risalah (Versi Hitam Putih)

Risalah (brochure) seterusnya adalah mengubahsuai kesemua risalah-risalah yang telah


dibuat ke bentuk tidak berwarna (hitam putih). Ia akan digunakan mengikut kesesuaian
dan untuk menjimatkan kos. Disebabkan kesemua risalah tersebut adalah sama, cuma
satu contoh sahaja akan dipaparkan.

Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti
dibawah:

Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.

39
Brochure hitam putih

40
----------

41
Tugasan 8: Merekabentuk Laman Web Kolej

Tugasan seterusnya adalah merekabentuk laman web kolej. Melalui laman web ini, orang
ramai khususnya para lepasan SPM boleh mengunjunginya untuk mengetahui mengenai
kolej, kemudahan-kemudahan yang ada, hal-ehwal pinjaman, aktiviti kolej, pendaftaran,
dan sebagainya.

Alamat laman web: http://www.geomatika.edu.my/


Perisian HTML yang digunakan : Macromedia Dreamweaver
Grafik: Adobe Photoshop 7
Animasi: Adobe ImageReady 7
Scripting: Javascript

Gambaran muka hadapan:

42
Gambaran laman web pada halaman seterusnya:

43
Gambaran seterusnya:

44
Tugasan 9: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat
(Rekabentuk 1)

Tugasan seterusnya adalah merekabentuk laman web ibu pejabat syarikat. Melalui laman
web tersebut, orang ramai boleh mengunjungi laman web tersebut untuk mengetahui
maklumat mengenai syarikat, perkembangan terkini, maklumat pekerja, kepakaran
syarikat dan sebagainya.

Alamat laman web: http://www.geomatika.com.my/ ( Tidak sempat upload )


Perisian HTML yang digunakan : Macromedia Dreamweaver
Grafik: Adobe Photoshop 7

Gambaran muka hadapan:

45
Gambaran halaman seterusnya:

46
Gambaran halam seterusnya:

47
Tugasan 10: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat
(Rekabentuk 2)

Alamat laman web: http://www.geomatika.edu.my/


Perisian HTML yang digunakan : Macromedia Dreamweaver
Grafik: Adobe Photoshop 7
Animasi: Adobe ImageReady 7
Scripting: Javascript

Gambaran muka hadapan:

48
Gambaran halaman seterusnya:

49
Gambaran halaman seterusnya:

50
Tugasan 11: Membangunkan Sistem Pengurusan Inventori

Kerja yang perlu disiapkan seterusnya adalah membangunkan suatu sistem pangkala data,
ianya ditulis dalam bahasa inggeris. Ianya dikenali sebagai Geomatika Inventory
Management System. Ia digunakan untuk merekod segala peralantan yang terdapat di
pejabat bagi tujuan penyemakkan.

Bahasa Pengaturcaraan: Microsoft Visual Basic 6


Pangkalan Data: Microsoft Access 2002 (converted)

Berikut adalah paparan semasa memulakan (loading) sistem tersebut:

51
Seterusnya sistem akan meminta kata laluan bagi melindunginya daripada digunakan oleh
orang yang tidak berkenaan.

Jika kata laluan yang dimasukkan salah, pengguna tidak akan dapat memasuki sistem:

52
Seterusnya menu utama dipaparkan. Disini pengguna boleh merekodkan segala
peralantan atau inventori yang ada bagi memudahkan proses pengurusan dan
penyelenggaraan. Pengguna boleh menambah (add), hapus (delete), batal (undo), dan
sebagainya. Ianya amat mudah digunakan dan mesra pengguna.

53
Tugasan 12: Membangunkan Sistem Pengurusan Perpustakaan

Tugasan seterusnya adalah membangunkan Sistem Pengurusan Perpustakaan atau lebih


dikenali sebagai Geomatika Library Management System. Ia dibangunkan bagi
merekodkan buku-buku yang ada di perpustakaan dan menguruskan para peminjam buku
bagi mengelakkan kehilangan dan kecurian. Antaramuka yang digunakan adalah sama
dengan antaramuka sistem sebelum ini bagi memudahkan pengguna mengadaptasi sistem
yang baru.

Bahasa Pengaturcaraan: Microsoft Visual Basic 6


Pangkalan Data: Microsoft Access 2002 (converted)

Berikut adalah paparan semasa memulakan (loading) sistem tersebut:

54
Seterusnya sistem akan meminta kata laluan bagi melindunginya daripada digunakan oleh
orang yang tidak berkenaan.

Jika kata laluan yang dimasukkan salah, pengguna tidak akan dapat memasuki sistem:

55
Seterusnya menu utama dipaparkan. Disini pengguna boleh merekodkan buku-buku yang
ada dan memasukkan senarai nama peminjam, tarikh pinjam, tarikh pulang dan
sebagainya. Peminjam yang lambat akan dikenakan denda dan sebagainya.

56
Tugasan 13: Merekabentuk Dan Membangunkan Rangkaian
Komputer

Saya juga dikehendaki untuk menjalankan kerja-kerja merekabentuk dan membangunkan


rangkaian komputer di makmal kolej yang mempunyai 9 buah komputer.

Perkakasan-perkakasan yang digunakan adalah seperti berikut:

Switch

Hub/Switch digunakan pada network yang menggunakan topologi bintang (star


topology). Ia merupakan tempat pertemuan peranti rangkaian (PC, printer dan
sebagainya).Hub biasanya disimpan didalam kabinet rangkaian dan mempunyai
sambungan RJ45 kepada peralatan komputer atau kepada plate dinding terlebih dahulu.

57
Unshielded Twisted Pair (UTP Cat 5) Cable

UTP (10 BaseT) cabling digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan
topologi bintang. Amat sesuai bagi rangkaian yang memerlukan flexibiliti dan realibiliti
dalam penggunaanya. Bagi UTP cabling ini setiap PC mempunyai network card yang
disambungkan dengan kabel UTP ini ke hub atau switch. Secara amnya sambungan
rangkaian UTP adalah lebih "reliable" jika hendak dibandingkan dengan sambungan
coaxial dimana penggunaan hub/switch banyak membantu dalam memperbaiki "data
errors" dalam sambungannya. Selain dari itu UTP cabling tidak akan mengakibatkan
seluruh rangkaian "down" jika salah satu komputer atau sambung cabling rosak
(berbanding dengan sambungan coaxial yang akan menyebabkan seluruh network
"down" hanya disebabkan oleh satu sambungan rosak) Dari segi sejarah pada awal
penggunaan sambungan 10Base-T, kabel kategori 3 (Cat 3) digunakan untuk sambungan
10Mbs. Kabel Cat 3 ini hampir sama dengan kabel telefon yang kita gunakan di rumah.
Tetapi sekarang kabel Cat 5 adalah lebih banyak digunakan kerana kualiti signal yang
lebih baik dihasilkan untuk kegunaan sistem 10Base-T.

58
RJ 45

RJ 45 connector biasanya digunakan untuk network cabling dan aplikasi telefon. Ianya
juga digunakan untuk serial connection bagi kes-kes tertentu. Walaupun ianya
mempunyai pelbagai kegunaan, RJ-45 connector paling banyak digunakan untuk 10 Base
T dan 100 Base TX Ethernet connection.

59
Network Interface Card (NIC)

Network Interface card (NIC) digunakan untuk menyambungkan komputer kepada


rangkaian Ethernet. Card ini menyediakan antaramuka kepada media. Ianya dipasang
dekat expansion slot di motherboard. Kebanyakan NIC di reka untuk jenis network yang
tertentu.

Modem ADSL

Modem berkelajuan tinggi untuk kegunaan rangkaian, ia menggunakan teknologi ADSL


yang menampung servis-servis seperti Streamyx, Time Broadband, Maxis Broadband dan
sebagainya.

60
Topologi yang digunakan adalah topologi bintang (Star)

Ringkasan rangkaian setempat makmal komputer tersebut adalah seperti berikut:

61
CADANGAN DAN KOMEN

Latihan industri yang dijalani benar-benar telah membuka pandangan mengenai alam
pekerjaan sebenar. ini kerana ia telah:

Menyedarkan kepentingan latihan industri


Membantu pelatih menghayati realiti kehidupan di alam pekerjaan
Memberi pengalaman dan pengetahuan terhadap operasi dan perlaksanaan yang
sebenar dalam realiti pekerjaan.
Memanfaatkan pengetahuan yang telah dipelajari dan organisasi mengenai
bagaimana organisasi beroperasi.
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan prosedur kerja.
Memberi keyakinan untuk menempuh alam pekerjaan pada masa akan datang.
Memberikan peluang untuk meluaskan kemahiran serta pengetahuan yang
dipelajari di tempat latihan.

Tetapi beberapa kelemahan perlu diatas:

Pelajar sepatutnya tidak disuruh membuat kerja-kerja office boy seperti


menghantar surat, pergi ke bank dan sebagainya.

Elaun yang diberi tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Pelajar
digunakan secukup-cukupnya oleh majikan.

Pelajar seharusnya diberikan tunjuk ajar oleh majikan, bukannya menyerahkan


kerja tersebut bulat-bulat dan menggesa supaya menyiapkannya dengan segara.

62
KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah latihan industri ini adalah satu perkara
yang penting kerana ia dapat melatih kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar
sepanjang pembelajaran di dewan kuliah di mana ia dapat diaplikasikan dengan berkesan.
Latihan industri ini juga adalah merupakan satu cabang untuk membina keyakinan din
dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi
pada masa akan datang.

Ini kerana latihan industri ini telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang selok-
belok pekerjaan demi menyiapkan diri pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Di samping
itu ia juga telah dapat membolehkan saya mengetahui segala kegunaan bagi pelajaran-
pelajaran dalam bidang sains komputer yang telah saya pelajari.

Latihan industri ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri saya bagi
menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi turut juga membantu saya memperbaiki cara
saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama daripada kakitangan di tempat
latihan juga amat baik dan ini telah mengajar saya betapa besarnya erti kerjasama. Saya
berasa amat berbangga dan beruntung kerana mendapat peluang menjalani latihan
industri ini. Ini kerana, pada masa sekarang untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana
syarikat, kita hendaklah mempunyai kemahiran mengenai jawatan yang kita mohon.

63
Mohamad Azri Bin Azhar. Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam apa juga bentuk dan cara
sama ada dengan cara penyampaian lisan, elektroknik, fotokopi, tulisan tangan, mekanik
atau cara lain tanpa mendapat izin betulis dari penulis. Semua hakcipta teks dan ilustrasi
adalah milik pemegang hakcipta masing-masing. Jika terdapat sebarang pelanggaran
hakcipta di dalam teks ini, ianya adalah tidak disengajakan. Jika ini berlaku sila hubungi
penulis untuk menukarnya kembali.

Segala kerja-kerja Latihan Industri dan dokumen laporan ini boleh dimuat turun
(download) di: http://azri.free.fr/ bermula dari 5 Mei 2003.

Mohamad Azri Bin Azhar. 12.50 PM 24 April 2003.

64

Anda mungkin juga menyukai