Anda di halaman 1dari 8

Amali 2

Pengenalan sistem tuas dan jenis pergerakan

Tuas didefinisikan sebagai satu struktur tegar yang bergerak pada satu titik
tetap. Tuas terdiri daripada fulkrum, beban dan daya. Tempat paksi tetap dinamakan
fulkrum, daya luar yang bertindak ke atas struktur tegar dinamakan daya dan
rintangan yang bertindak dinamakan beban. Terdapat tiga kelas tuas, iaitu tuas kelas
pertama, tuas kelas kedua, dan tuas kelas ketiga. Klasifikasi tuas adalah ditentukan
oleh tiga kedudukan, iaitu kedudukan fulkrum, kedudukan beban, dan kedudukan
daya.

Dalam anatomi manusia, terdapat juga sistem tuas. Badan manusia


mempunyai bentuk yang tersendiri yg berasaskan kepada keadaan dan struktur
tulang. Tulang-tulang ini akan bersambung antara satu sama lain melalui sistem
persendian dan bertindak sebagai tuas yg memindahkan tenaga otot terhadap objek
yang menghasilkan pergerakan. Tuas jasad manusia terdiri daripada tulang sebagai
palang, sendi sebagai fulkrum, penguncupan otot sebagai penghasilan daya, dan
rintangan atau kerja sebagai beban. Menurut Mc Ginnis (1999), biomekanik ialah
kajian daya dan kesannya pada sistem khidupan.Menurut Hay (1985), biomekanik
ialah kajian tentang tindakan daya dalaman dan luaran pada tubuh manusia dan
kesan yang dihasilkan melalui tindakan tersebut. Biomekanik berkaitan dengan
pergerakan yang melibatkan sistem otot,sistem rangka dan prinsip mekanikal dalam
pergerakan manusia.

Klasifikasi Sistem Tuas Kedudukan fulkrum, beban, dan daya

1) Kelas Pertama

2) Kelas Kedua

3) Kelas Ketiga
Kepentingan amali dengan kontek pembelajaran PJ

Biomekanik berkaitan dengan pergerakan yang melibatkan sistem otot, sistem


rangka, sistem sendi dan prinsip mekanikal dalam pergerakan manusia. Kepentingan amali
dengan kontek pembelajaran pj ialah membantu meningkatkan kecekapan dan prestasi
dalam aktiviti fizikal. Hal ini kerana, setiap klafikasi tuas terdapat kelebihan yang dapat
membantu tingkatkan kecekapan dan prestasi. Sebagai contoh, tuas kelas pertama,
menghasilkan keseimbangan pergerakan, berupaya meningkatkan kelajuan & meningkatkan
fungsi daya berpandukan kepada kedudukan paksi. Tuas kelas kedua, membantu dalam
menangani beban yang berat dan tuas kelas ketiga pula menghasilkan kelajuan dan
pergerakan yang berterusan.

Selain itu, membantu dalam merancang program latihan yang lebih berkesan dan
selamat. Ilmu mengenai sistem tuas membantu dalam perancangan sesuatu aktiviti. Hal ini
dalam jenis penggunaan dan pergerakan sesuatu bahagian badan. Seterusnya juga
mmelihara keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Objektif Amali

1) Mengenalpasti jenis tuas yang wujud dalam pergerakan manusia.


2) Mengaplikasikan pengetahuan mengenai sistem tuas dalam pergerakan
harian.

Langkah-langkah Amali

Melakukan pergerakan seperti berikut:

1. Menjaring bola jaring secara statik

2. Aktiviti kereta sorong

3. Aktiviti menyepak bola

4. Memukul bola tenis dengan reket.

5. Memanah.

Peralatan
Tiang gol
Bola jaring, bola sepak, bola tenis
raket tenis
Kereta sorong.
Alat memanah.

Keputusan

1. Aktiviti menjaring bola jaring secara statik ialah sistem tuas ketiga.

2. Aktiviti kereta sorong ialah system tuas kedua

3. Aktiviti menyepak bola ialah sistem tuas kelas ketiga

4. Memukul bola tenis dengan raket ialah sistem tuas kelas ketiga

5. Aktiviti memanah ialah sistem tuas kelas kedua

Laporan Amali

Bagi aktiviti yang pertama iaitu menjaring bola jaring


ianya merupakan sistem tuas ketiga kerana daya berada di
tengah, fulkrum ataupun sendi dan beban atau bola jaring
berada di antara daya. Gambar rajah di sebelah menunjukkan
daya berada di tengah antara fulkrum dan juga beban. Otot
yang terlibat dalam menghasilkan daya ialah bicep dan juga
tricep.

Bagi aktiviti yang kedua pula iaitu dengan


menggunakan kereta sorong, ianya merupakan tuas
kelas kedua. Hal ini kerana gambar rajah di sebelah
menunjukkan beban ataupun pasir berada di tengan
antara daya dan juga fulkrum. Daya daripada tangan iaitu
carpal ataupun pergelanggan tangan dan jari iaitu pollex
dan digit. Otot yang terlibat ialah bicep, palmaris longus
dan flexor caripi ulnaris.

Bagi aktiviti ketiga iaitu aktiviti menyepak bola, merupakan sistem tuas ketiga. Dalam
sistem tuas ketiga daya berada di tengah antara fulkrum dan beban. Sistem tuas ketiga
diaplikasikan dalam aktiviti menyepak bola iaitu daya ataupun otot berada di tengah antara
fulcrum atau sendi lutut dan beban ataupun bola. Kesemua otot
kaki digunakan semasa melakukan aktiviti antaranya, otot rectus
femoris, vastus medialis, tibialis interior, soleus dan banyak lagi.

Bagi aktivit keempat pula iaitu


memukul bola tenis dengan
menggunakan raket merupakan tuas
kelas ketiga. Prinsipnya sama seperti
menyepak bola iaitu daya berada di tengah antara fulkrum dan
beban. Hal ini dapat dilihat melalui gambar rajah di sebelah. Antara
otot yang digunakan ialah bicep dan juga triceps.

Fulkrum

Beban

Daya

Bagi aktiviti yang


kelima iaitu memanah, ianya menggunakan sistem tuas kelas ketiga, hal ini kerana daya
berada diantara fulkrum dan juga beban. Semasa menarik alat memanah, otot bicep dan
tricep digunakan bagi menjana daya dan siku sebagai fulcrum.

Kesimpulan dan Cadangan

Kesimpulannya, terdapat tiga jenis klasifikasi sistem tuas yang telah dipelajari iaitu
sistem tuas kelas pertama, kelas kedua dan kelas ketiga. Perbezaan diantara kelas ialah
kedudukan bagi setiap fulkrum, beban dan daya. Dalam anatomi manusia juga terdapat
aplikasi sitem tuas ini. Sebagai guru pendidikan jasmani kelak ilmu mengenai sistem tuas ini
boleh diaplikasikan dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani dan melakukan aktiviti fizikal di sekolah. Hal ini bagi menjamin
kecekapan dan keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal mencapai tahap maksimum.

Sebagai cadangan,diharapkan semua guru pelatih pendidikan jasmani cakna dan


hendaklah memahami sistem tuas ini dengan lebih mendalam kerana ianya penting semasa
proses pengajaran dan pembelajaran serta masa hadapan. Selain itu, pengetahuan ini
haruslah diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Rujukan

Marieb, E. & Hoehn, K. (2008). Anatomy & physiology (1st ed.). San Francisco, Calif.:

Pearson/Benjamin Cummings.
Pearce, E. (1975). Anatomy and physiology for nurses (1st ed.). London: Faber.

Anatomi Dan Fisiologi | Kuliah Bidan. (2017). Kuliahbidan.wordpress.com. Retrieved 11

February 2017, from https://kuliahbidan.wordpress.com/tag/anatomi-dan-fisiologi/


Lampiran