Anda di halaman 1dari 3

10 Tips Mengajar Anak Kecil

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi
pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi
anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten.
Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan
warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda
terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda
mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga
boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi
anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran
yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti span pada usia ini, ia
menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang,
terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya
sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan
ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini
memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap.
Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba
bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah
dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ne ne
yang mewakili susu atau mam mam untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi
anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka
memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata adik pandai
sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan
dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda.
Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi
sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh
memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia
melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk
mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku.
B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil
bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku
itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia
melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan
membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan
cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak
anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula
mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan
pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf
atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-
kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena
bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda
tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran
sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar


memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau
anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil
untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk
anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti
yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira.
Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat
untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari.
Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat
mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk
melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad.
Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek
antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10Teruskan!

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran


setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya
anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu
tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk
dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus
supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai