Anda di halaman 1dari 27

1.

0 TEORI KONSTRUKTIVISME

Bruning, Schraw, & Ronning, 1995 menyatakan bagaimana teori ini mampu
melahirkan insan yang mampu merangka dan membentuk sesuatu pengetahuan yang
difahami dan dipelajari oleh mereka manakala Driver, Squires, Ruswork &Wood, 1994,
pula berkata konsep utama konstruktivisme ialah pelajar membina pengetahuan
danbukan hanya disebarkan oleh individu.

Pembelajaran Konstruktivisme boleh dibezakan daripada teori pembelajaran yang lain


berdasarkan prinsip berikut.

1. Dalam diri pelajar sudah terbentuk pengetahuan dan kepercayaan:

Bukannya menganggap pelajar sebagai tin kosong, teori alam dan pembelajaran
Konstruktivisme menganggap pelajar membawa pengalaman dan kefahaman ke bilik
darjah dan kesannya, mereka bertemu dengan maklumat baru di luar konteks, tetapi
menggunakan apa yang mereka tahu untuk mengasimilasikan maklumat ini, dan
menyesuaikan apa yang mereka sedia tahu kepada penemuan baru. Proses
pemerolehan pengetahuan adalah interaktif misalnya, murid mencampur warna asas
dengan warna asas akan mendapat warna sekunder.

2. Pelajar meletakkan makna peribadi dalam pengalaman mereka:

Nilai dan kepercayaan mereka yang sedia ada membantu pelajar menginterpretasi dan
meletakkan nama seperti interaksi mereka dengan pelajar lain. Makna dibentuk oleh
pengalaman lampau pelajar. Dengan itu dua orang pelajar yang membaca puisi yang
sama akan menginterpretasikan makna puisi dari segi luarannya dahulu menurut
skema masing-masing dan melalui interaksi mereka dengan pelajar lain.
3. Aktiviti pembelajaran membolehkan pelajar mendapat pengalaman,
pengetahuan dan kepercayaan:

Pendekatan Konstruktivisme terhadap pembelajaran membolehkan pelajar


menggunakan apa yang mereka tahu untuk menginterpretasikan maklumat baru dan
membentuk pengetahuan baru. Soalan yang dikemukakan kepada pelajar sepatutnya
mendorong penulisan mereka berkaitan apa yang mereka tahu dan percaya. Apabila
perkaitan ini dibuat, pelajar mengeluarkan apa yang mereka tahu dan membentuknya
semula menjadi suatu yang baru dan memberi makna yang baru.

4. Pembelajaran pelajar secara individu dan kolektif dipengaruhi oleh budaya,


bangsa, status ekonomi:

Identiti dan asal usul pelajar mempengaruhi pengalaman mereka di dalam dan di luar
sekolah dan pelajar perlu dibantu untuk memahami bagaimana asal usul dan status
ekonomi mereka mempengaruhi mereka di sekolah dan di luar. Kemiskinan dan pelajar
minoriti kerap dianggap sebagai tidak menyumbang kepada seni, sastera, sejarah atau
ekonomi masyarakat mereka kerana kebolehan dan pengalaman mereka tidak
digunakan dalam kurikulum rasmi.

1.1 MENGAPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME KE DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI.

Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar sememangnya digalakkan sentiasa


mengembangkan idea utama kepada percambahan idea-idea baru agar dapat
menghasilkan karya yang lebih kreatif, estetika dan berkualiti misalnya melalui
kemahiran asas teori warna pelajar dapat melontarkan idea mereka dengan mengadun
warna asas dengan warna sekunder bagi menghasilkan warna-warna baharu bertujuan
diaplikasikan di dalam karya seni visual mereka.

Dalam pembelajaran pendidikan seni visual, guru boleh menjelaskan dan


memperkenalkan warna dan pasangan warna iaitu warna yang bertindak positif dan
negative. Dalam warna terdapat warna yang boleh mewujudkan suasana yang harmoni,
kontra, sejuk, panas dan sebagainya.

Pelajar akan memperolehi maklumat, pembentukan konsep-konsep melalui


pembelajaran konstruktif dan mereka juga mampu mengelas dan membandingkan
warna-warna yang pelbagai misalnya, kombinasi warna hijau untuk latar dan putih
untuk tulisan sesuai pada papan tanda tetapi kombinasi warna hijau dan merah tidak
sesuai untuk papan tanda kerana ia bertindak negatif.
Apabila sudah menguasai pemahaman dan konsep asas ini pelajar akan dapat
menghasilkan grafik atau lukisan dengan membuat kombinasi warna mengikut
kesesuaian bagi menghidupkan suasana yang diperlukan iaitu suasana sejuk, harmoni,
ceria, panas, sedih, dan sebagainya.
PENGENALAN TEORI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Teori Pengajaran dan Pembelajaran

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan . Ia juga
merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan
untuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat baru. Pada asasnya, teori-teori
pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada behavioris, kognitif, humanis, psiko-
analitik dan kontrukstivisme.

1.1.1 Teori Behaviourisme

Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan
Skinner. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan
tingkah laku. Kajian mereka kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan juga pemerhatian yang
dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka
menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang
menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa
pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar
sama ada baik atau sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku
murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

1.1.2 Teori Kognitif

Teori Kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku
dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli
psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis
pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat
umur dan kebolehan murid. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara
pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan
pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, di mana semasa proses
pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di
dalam ingatan.
1.1.3 Teori Humanis

Teori Humanis berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan
perasaannya. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang
berbeza. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid itu.
Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk
mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah mengambil kira kendiri murid dan
memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

1.1.4 Teori Psiko-Analitik

Teori Psiko-Analitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Pendekatan teori ini berdasarkan
kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi yang tidak sedar
(kita sendiri tidak sedar). Ia berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau
membincangkan seni visual. Terapi psiko-analitik merangkumi teori perkembangan personaliti,
falsafah sifat manusia(nature) dan kaedah psikoterapi yang memfokus kepada faktor-faktor di
luar kesedaran (unconscious) yang mempengaruhi tingkah laku. Dalam konteks kemahiran seni
kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan hasil
karya mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi. Sehubungan dengan itu penggunaan
seni visual dalam rawatan mental dan emosi adalah sangat penting bagi kanak-kanak. Ia
dikenali sebagai kaedah psikoterapi.

Menurut Freud, seni mampu meluahkan emosi seseorang. Beliau percaya bahawa seni visual
adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah
sedar manusia . Tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang
terlibat dalam penghasilan seni visual

1.1.5 Teori Konstruktivisme

Teori Konstruktivisime sebagai satu proses pembelajaran menerangkan bagaimana


pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama
dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan
universiti.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh dipindahkan


daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu
pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada
usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar bagi pihak murid. Blok binaan asas bagi
ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema aktiviti mental yang digunakan oleh murid
sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan
menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid
adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan
pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka sendiri.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuai dan
diserapkan menjadi sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah sesuatu bentuk ilmu
pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli
konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu
bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

1.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

1.2.1 Pendekatan Proses dan Produk

Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah mengumpul
data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan
melaporkan. Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai
objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk
mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian proses ialah cara pengajaran dan
pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti
oleh guru.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan
kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara,
kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat. Adalah diharapkan suasana yang
diwujudkan dapat memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan
PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan seharian.

Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian yang


beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak memeranjatkan. Penilaian
produk tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian produk
dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar
juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan
pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan
mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat
proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan
penerimaan. Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat
menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.

1.2.2 Pendekatan Discipline Based of Art Education (DBAE)

DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada awal
1980an oleh Getty Center For Art Education (dikenali sebagai Getty Education Institute). Ianya
merupakan sebahagian daripada J.Paul Getty Trust sebuah yayasan swasta yang
mendedikasikan sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori yang
asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada
teori-teori pendidikan yang lain (contoh; Visual Thinking Strategies).

DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni


i. Produk Seni
Murid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri.

ii. Sejarah Seni


Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa bagi
memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan tentang perhubungan
dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.

iii. Kritikan Seni


Murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat penilaian sesuatu hasil
karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi seni.

iv. Estetika
Murid akan menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang
menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya
seni itu. Di samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.

Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara beransur-ansur
terarah mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ia juga digunakan dalam
kepelbagaian bidang pendidikan, seperti penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat,
muzium seni tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.

Seperti kedua-dua Visual Thinking Strategies (VIS) dan New Muzeum Model (NMM), DBAE
merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya kepada murid
dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal mereka. Inkuiri
secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang
penting di dalam kurikulum dan bilik darjah di mana guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam
proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM) kerana mempunyai
matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta kurikulum yang lebih terarah.

1.2.3 Pendekatan Chapman

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran
seni iaitu:
(i) Pemerhatian
(ii) Penerokaan
(iii) Penghasilan (pembuatan)
(iv) Apresiasi dan perlanjutan
Pemerhatian yang aktif

Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi
kepada perkara berikut:

pengetahuan sedia ada murid

benda yang konkrit

minat, kecenderongan dan latar belakang murid

bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi

mencetus idea dan imaginasi

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan

Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan
dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian
kepada perkara berikut:

ii. Penerokaan

aktiviti kecil mudah ringkas

cuba mencuba, suaikenal dengan bahan

penemuan oleh murid sendiri, uji menguji

mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain

bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba

aktif melibatkan pelbagai kecerdasan

menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

Penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik

tatacara, langkah dan proses membuat

amalan tertib kerja

keselamatan semasa bekerja

penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil


iii Apresiasi

Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis aktiviti Apresiasi. Aktiviti
yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap
pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna,

ton, rupabentuk dan bentuk

aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda

aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik

penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya

perasaan, penghargaan dan refleksi diri

penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi.
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan
kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
Jenis Tahap Penerangan
Mengamati hasil seni dan
Menggambar menggambarkan sifat-sifat tampak
(description) seperti warna, garisan, bentuk, rupa,
jalinan dan elemen-elemen gubahan
iaitu prinsip dan struktur
Menganalisa perhubungan sifat-sifat
tampak seperti unsur-unsur seni,
Menganalisa prinsip dan struktur.
(analisis) Menganalisa kualiti ekspresif seperti
mood dan suasana.
Menghuraikan stail sesuatu karya.
Mencari makna-makna yang terdapat
pada sifat-sifat tampak seperti subjek,
Tafsiran simbol, unsur-unsur seni, prinsip,
(interpretation) struktur corak dan bahan.
Mencari metafora-metafora
(ibarat/kiasan) dan analogi-analogi
(persamaan) untuk menjelaskan
makna tersebut.
Membuat penilaian berdasarkan
kepada kriteria yang bersesuaian
seperti keaslian, gubahan, teknik dan
Penilaian fungsi.
(evaluation) Menilai hasil seni berdasarkan kepada
pengertiannya (significance) dari segi
individu, sosial, keagamaan dan
kepercayaan, sejarah serta
keseniannya.
Jadual 1.1: Proses persepsi dan intelektual Feldman dan Smith

Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam
pelajaran seni iaitu:

(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan

Laura H. Chapman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses penghasilan/artistik.


Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam
menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah guru PSV harus menguasai bidang seni
visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar murid.

1.2.4 Pendekatan PSV KBSR

Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:


Pemerhatian secara aktif
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Apresiasi seni visual secara mudah
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Pemerhatian secara aktif:

Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci


Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual
Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia
Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke arah
perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan:

Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan


kreatif dengan menggunakan alat dan bahan
Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.

Apresiasi seni visual secara mudah:

Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan
kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi
Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan:


Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran
dan kehidupan mereka
Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan
kepekaan.

1.2.5 Pendekatan Pendidikan Seni John A. Michael

Pendidikan Seni Visual di sekolah memberikan tumpuan yang khusus dalam empat
bidang utama iaitu :-
Menggambar
Membuat Corak dan Rekaan
Membentuk dan Membuat Binaan
Mengenal Kraf Tradisional.

Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan
kemanusiaan. Ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi
peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan
kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat
paling asas iaitu:
Mengenali diri sendiri
Mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka
Peka tentang perasaan
Memiliki konsepsi diri

Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita mengeksploitasi


kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara berkesan dalam meningkatkan
kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Mengikut John A.
Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi
Seni iaitu:

(a) Pendekatan secara logik


Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-
mata.Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu
karya seni tersebut.
(b) Pendekatan secara psikologi

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi,
lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu
karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan
dan mendalam. Secara ini lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapat
orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.
\

Pendekatan chapman
Pendapat Chapman 1986- 4 aspek utama
i. pemerhatian
ii. penerokaan
iii. penghasilan
iv. apresiasi dan perlanjutan.

III. Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran PSV

a) Kontruktivisme membina konsep berdasarkan


pengetahuan sedia ada. Pelajar digalak mencari idea,buat
kajian, yakin diri dan dpt berintraksi. Kerja yg dilaku sendiri
akan menguat minda manusia.
b) Teori kecerdasan pelbagai kebolehan meny. Masalah,
menjana masalah baru dan membuat sesuatu. ( meniru aksi
, menggaya aksi , meniru bunyi, meniru muzik, menyebut
ejaan , membanding panjang objek dgn jari , membilang )
Naturalis, verbal-lingustik, logik-matematik, visual-ruang ,
intrapersonal, interpersonal, muzik , kinestetik.
c) ICT satu alat tambahan/ sokongan kpd P&P yg
berkesan berpandukan ICT.
d) Pembelajaran akses kendiri pelajar belajar sendiri dgn
pengawasan dan bimbingan guru.
e) Pembelajaran Masteri P&P berfokuskan kpd murid x
faham ( pemulihan), faham ( pengayaan).
f) Kajian masa depan pelajar diajar cara berfikir bagi
meransang minda berdasarkan ramalan , imaginasi and
kreativiti.
g) Pembelajaran secara kontekstual keadah menggabung
isi kandungan dgn pengalaman individu melalui aktiviti handon,
mind-on.
h) Kemahiran berfikir proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan meny. Masalah.
i. KB kreatif kebolehan mencerna dan
mhasilkan idea asli.
ii. KB kritis kebolehan utk menilai
kemunasabahan idea

4. Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam pengajaran dan pembelajaran PSV


Pendekatan Individu dan kumpulan dalam
PSV
Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek,
akses kendiri, dan lawatan
Teknik soal jawab, teknik memberi arahan,
Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik
bercerita, kawalan kelas, menggunakan
Sumber Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Teknik penerangan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber P & P
Teknik Penutup

IV. Pengajaran mikro


V. Pengajaran makro
Pengajaran Mikro dan Makro

1. Set induksi proses terawal pengajaran utk menarik


perhatian pelajar. Tujuan ( membina aliran fikiran,
mendapatkan perhatian, menimbulkan perasaan ingin tahu,
mengaitkan pelajaran baru dgn yg lalu, menggalakkan
penglibatan murid, menyediakan struktur.
2. Penyampaian berkembang berasaskan senang kpd
susah, dekat kpd yg jauh, konkrit kpd abstrak, sudah
diketahui kpd yg belum diketahui.
3. Kemuncak Proses menilai pelajar Perlunya kerana :
a) mengukur pencapaian pelajar
b) mengukur kecekapan guru
c) mengukur pencapaian obj
d) tindakan susulan sebelum ditamatkan
e) refleksi guru terhadap penguasaan ilmu.
4) Penutup kesimpulan, penilaian, tugasan susulan, dan
ulasan kendiri.
a) kesimpulan kognmitif beritahu apa yg diajar,
menyampaikan ilmu, merumus dapatan pengajaran.
b) kesimpulan sosial sikap pelajar, psikologi, komitmen,
perasaan pelajar, kesan P&P.
5) Koleksi ABM PSV
a) Hasil kerja pelajar yg baik
b) Hasil kutipan benda maujud
c) keratan akhbar
d) koleksi gambar
e) koleksi transparensi
f) filem bergerak g) muzik h) risalah i) perisian berbantu
komputer.
6) Penilaian kendiri Satu proses bersistem bagi menetukan
obj pengajaran telah dicapai. Menurut Rowntree satu
proses mendapat dan mentaksir maklumat ttg pengetahuan,
kemahiran, sikap seseorg.
7) Refleksi Micheal J. Wallace proses merenung kembali
pengetahuan dan pengalaman yg relevan utk membantu kita
menilai sesuatu masalah profesional supaya dapat
diselesaikan.

VI. Persediaan P&P


Perancangan dan persedian mengajar
1. Format RP Tahunan kegiatan/bidang, jenis aktiviti, isi
kandungan, kemahiran, bahan/alat, catatan.
2. Format RP Mingguan mata pelajaran, tahun, kemahiran, isi
kandungan, aktiviti, alatan.
3. RPHarian Bidang , tajuk, obj, kemahiran, aktiviti,alatan/bahan,
nilai murni.
4. Tiga faktor hasil pembelajaran yg harus digabungkan
a) unsur-unsur seni ( garisan, bentuk , warna, jalinan,
ruang)
b) kegiatan yg dicadangkan ( 4 bidang PSV)
c) Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya
dan persepsi
5. Faktor penting merancang program pendekatan berkumpulan
- obj pelajaran tepat,jelas, dan dapat diukur
- tidak terlalu banyak kemahiran di dalamsesuatu aktiviti
- tentukan masa mencukupi
- alat dan bahan mesti cukup atau guna bahan kutipan/gantian.
- rancang aktiviti mudah tetapi menarik dan berkesan.
Contoh : melukis dan membuat gambar Tajuk Hari kebangsaan ,
aktiviti pelbagai seperti lukisan, catan, kolaj, resis.
6. Kaedah pengajaran
a) Kaedah inkuiri penemuan- pelajar mengingat kembali, memerhati,
mendengar, menyaol, menyiasat, mengkaji dll
b) Penernagan/ demonstrasi tunjuk carautk menghasilkan objek
2D/3D
c) Projek individu/kumpulan aktiviti yg mengambil masa lama
d) Lawatan kajian penerokaan
e) Tayangan bahan visual- beri motivasi serta menimbulkan
perasaan ingin tahu.

VII. Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


Bahan Bantu Mengajar
Alat dan Bahan penghasilan
Pemilihan dan Penyediaan Sumber
Penggunaan Sumber Bahan Cetak dan Elektronik
Apakah Pembelajaran Masteri?

satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam
sesuatu perkara yang diajar. (Bloom, 1968)
berasaskan kepada falsafah bahawa semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan
atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang
mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. (Bloom, 1968)
satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk
belajar secara konsisten idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik,
membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang
mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas.
(Anderson & Block, 1975)
Rumusan:
Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

2. Rasional:

1. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.

2. Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

3. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.

3. Prinsip Pembelajaran Masteri

1. Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.

2. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.

3. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran
yang ditentukan.

4. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

4. Ciri-ciri Pembelajaran Masteri

1. Hasil pembelajaran perlu ditentukan.

2. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.

3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan


menyeronokkan.

4. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria(URK)


5. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

6. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran
sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.

7. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.

8. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.

5. Langkah Pembelajaran Masteri

1. Penentuan hasil pembelajaran.

2. Pengajaran dan pembelajaran.

3. Penilaian.

4. Tindakan susulan.

Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir
sesuatu unit pembelajaran.
Hasil Pembelajaran perlu ditentukan bagi:

1. Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid.

2. Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.

3. Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajr.

4. Membantu membina ujian formatif dan sumatif.

TEORI KONSTRUKTIVISME

1. Pengenalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid
secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian
mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain,
guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan
bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan
dan minat.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara
bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera,
atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan
cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

2. Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan


disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak
begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan
daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu
pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada
usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai
bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi
realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti
yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil
kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang
hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan
miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal
mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan
seperti yang dikehendaki oleh guru.

3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme.


Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara
objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan
bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah
untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam
paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid.
Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk
menghuraikan fenomena yang diperhatikan.
Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa
yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini
menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh
pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan
menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan
guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang
produktif dan berpengetahuan luas.
Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam
menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan
peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan
pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan
dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran
berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara
penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami
prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa
hasil yang diperolehi
Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik
sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan
lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan
memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi
dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep
merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu
sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap
pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar
bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi
memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan
sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan
sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab
membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak
boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam
pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang
dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama
dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan,
soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya
menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan
sahaja.
Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan
munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep,
rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.

Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan


Tanggapan Utama

Kesan

Respons Guru

TUNJUK CARA

Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah. Kaedah ini dipilih
terutamanya sebagai satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti
oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya.
Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang
menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara
tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat sesuatu yang
menunjukkan mereka telah menguasai maklumat, proses atau prinsip tertentu. Langkah-langkah
untuk menjayakan kaedah ini adalah seperti berikut:

Langkah 1

Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti dikuti oleh mereka untuk melakukan tugas
yang diberi. Murid juga perlu dimaklumkan tentang sifat tugas itu.

Langkah 2

Beri tindak balas kepada soalan murid tentang tunjuk cara yang telah dibuat. Guru juga perlu
bertanyakan soalan kepada murid untuk memastikan mereka benar-benar faham akan arahan
yang diberikan.

Langkah 3

Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid. Murid mesti jelas dengan langkah-
langkah aktiviti. Adalah baik jika guru menulis setiap arahan untuk memastikan tiada arahan yang
tertinggal semasa aktiviti berlangsung.

Langkah 4

Secara rawak, guru perlu memilih beberapa orang murid untuk membacakan turutan langkah-
langkah betul yang telah dilakukan oleh mereka.

Langkah 5

Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh mereka. Kaedah tunjuk cara
apabila dirancang dan dilaksanakan boleh memberi kefahaman kepada murid. Pada bahagian
awal tunjuk cara, guru boleh mengambil sedikit masa untuk mengingatkan murid tentang objektif
yang diberi penekanan. Disebabkan guru menjadi pusat perhatian dalam kaedah tunjuk cara ini,
adalah mudah baginya untuk membantu murid mengingat kembali maklumat yang telah dipelajari
sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.

SIMULASI

Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-
konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan
supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau
dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini,
guru mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya:

memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan.
memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi.
mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan.
menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkah-langkah ini
termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan, serta peraturan
yang mempengaruhi tindakan murid tersebut.
Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau pihak
yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam
satu simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir,
bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada
amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga
digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

EKSPERIMEN

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran
sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau
idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.
Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran
manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti masalah
2. Membuat hipothesis
3. Merancang eksperimen:
- mengawal pemboleh ubah.
- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- menentulkan langkah menjalanakan eksperimen
- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
4. Melakukan eksperimen
5. Mengumpul data
6. Menganalisis data
7. Mentafsirkan data
8. Membuat kesimpulan
9. Membuat laporan

Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang
dibimbing oleh guru murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang
merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan
bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.

Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang
sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat
orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.

Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan
tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.
Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan
seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau
lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain.

Lawatan

Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan
ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh
menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.
Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para
pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan
selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi
merupakan salah satu contoh keadaan ini.

Kajian masa depan

Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada
masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan
murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam
sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

Penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat
keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti
seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian
masalah melibatkan langkah berikut:
1. Kenal pasti dan faham masalah
2. Jelaskan masalah
3. Cari alternatif penyelesaian masalah.
4. Lakukan operasi penyelesaian.
5. Nilaikan penyelesaian