Anda di halaman 1dari 1

KISAH ORANG KERDIL MENGALAHKAN GERGASI

Raja Orang Kerdil dan rakyatnya tinggal di atas bukit. Mereka saling menolong dan
hidup dengan aman. Ada pelbagai jenis orang kerdil yang hidup bersama. Ada orang
kerdil lelaki, orang kerdil perempuan, orang kerdil kanak-kanak dan lain-lain.

Pada suatu hari, Raja Orang Kerdil mendapat berita buruk. Sekumpulan gergasi
yang mencari makanan sedang mendaki bukit itu. Seorang orang kerdil
memberitahu kepada Raja Orang Kerdil bahawa ramai orang kerdil mati dipijak
gergasi. Dia meminta Raja Orang Kerdil untuk menyelamatkan rakyatnya.

Akhirnya, Raja Orang Kerdil pergi berjumpa Raja Gergasi. Raja Orang Kerdil
mengadu yang banyak rakyatnya mati dipijak gergasi. Raja Orang Kerdil meminta
gergasi pergi mencari makanan di tempat lain dan tidak mengganggu kawasan
tempat tinggal mereka.

Raja Gergasi amat angkuh. Raja Gergasi tidak mahu mencari makanan di tempat
lain. Raja Orang Kerdil berasa sangat marah. Raja Orang Kerdil mengajak rakyatnya
untuk berperang dan mempertahankan tempat tinggal mereka.

Raja Orang Kerdil mengumpul kesemua rakyatnya untuk berperang. Jumlah


rakyatnya sampai beratus ribu orang. Raja Orang Kerdil memberi semangat kepada
rakyatnya agar tidak berputus asa.

Perang yang hebat berlaku antara rakyat Raja Orang Kerdil dengan rakyat Raja
Gergasi. Rakyat Raja Orang Kerdil sangat berani walaupun lawannya itu berbadan
besar lagi kuat. Beribu-ribu orang kerdil mati dipijak gergasi atau dihempap tubuh
gergasi. Banyak juga orang kerdil yang tercedera.

Namun askar orang kerdil terlalu ramai. Mereka memanjat pada badan gergasi lalu
menggigitnya sekuat hati. Akhirnya Raja Gergasi mengangkat berdera putih tanda
mengaku kalah. Raja Orang Kerdil yang bijak berjaya mendera Raja Gergasi dan
rakyatnya.

Anda mungkin juga menyukai