Anda di halaman 1dari 5

BIL.

PERKARA CATATAN

1. Ketibaan & pendaftaran peserta.


2. Kata-kata Aluan Pengacara Majlis.

Tatang puan tatang cerana,


Tatang duduk seri rama,
Datang tuan datanglah nyawa,
Datang duduk bersama-sama.

1. Yang Berusaha, __________________________________,


Penceramah Jemputan, Program Bengkel Pengucapan
Awam dan Kesantunan Bahasa.

2. **Yang Berusaha, Ustaz Haji Muhammad Kamil


bin Jaafar,
Pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pindidikan Islam dan
Moral, IPG Kampus Sultan Mizan, merangkap mentor
pelajar 3pismp Bahasa Arab.

3. ** seterusnya para peserta program Bengkel


Pengucapan Awam dan Kesantunan Bahasa
yang dikasihi sekalian.
3. Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. Selamat
Datang diucapkan kepada para peserta Bina Insan Guru
Fasa 3 2015.

Alhamdulillah, Allah juga yang dipuji dengan lidah dan


hati, kerana dengan limpah dan izinNya, membolehkan
kita berkumpul pada petang yang hening ini.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan


mengalu-alukan, kehadiran hadirin ke Bengkel
pengucapan Awam dan Kesantunan Bahasa
bersempena dengan program Bina Insan Guru Fasa 3,
3pismp Bahasa Arab.

4. Bacaan Doa.

Sebelum meneruskan
agenda program, majlis
dengan segala
hormatnya
mempersilakan saudara
Faris Najmi bin Zainal
untuk mengetuai
bacaan doa.
Dipersilakan.
*** Bacaan doa***

Amin, Ya Rabbal
Alamin. Terima kasih
diucapkan kepada
saudara Faris Najmi bin
Zainal atas bacaan doa
sebentar tadi.

5. Hadirin-hadirat sekalian,
Kata pujangga, tak kenal maka tak cinta. Justeru, molek
kiranya kita kenali terlebih dahulu empunya gerangan
penceramah jemputan kita pada hari ini.
** Biodata penceramah jemputan **

Seterusnya, tanpa melengahkan masa, saya


menyerahkan slot pertama program Bengkel
Pengucapan Awam Dan Kesantunan Bahasa ini kepada
penceramah jemputan kita,
___________________________________. Majlis dengan ini
mempersilakan.
** Slot 1 (Teori) **

5. Tamat sesi slot 1.

Baiklah, slot pertama kita telahpun tamat. Semua


peserta dibenarkan untuk berehat dan slot kita yang
seterusnya akan bermula pada jam 3.45 petang. Sekian,
terima kasih.
** rehat **

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, kita teruskan kepada slot
yang kedua. Dipersilakan penceramah jemputan untuk
meneruskan slot ceramah beliau.

6. Penyampaian Cenderamata

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian


cenderamata sebagai penghargaan kepada penceramah
jemputan kita. Dengan itu, majlis mempersilakan yang
berusaha mentor bagi unit 3pismp Bahasa arab, ustaz
mohd kamil bin jaafar untuk meyempurnakan acara
penyempaian cenderamata.

Begitulah tadi berakhirnya kketiga-tiga sesi bagi


program Bengkel Pengucapan Awam Dan Kesantunan
Bahasa kita pada hari ini. Semoga segala ilmu yang
diperoleh, bukan sahaja dapat diamalkan dalam
kehidupan seharian bahkan, dikongsi bersama rakan-
rakan lain dalam menuju kegemilangan peradaban insan
dalam bidang Pengucapan khususnya. Sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud: Sampaikanlah daripadaku
walaupun sepotong ayat.

Bertiup bayu di pantai indah,


Burung kedidi terbang melayang,
Mana yang kurang silap dan salah,
Jangan menjadi bekalan pulang.

Akhir kalam, saya mewakili jawatankuasa pelaksana


program ini memohon ampun andai ada tersilap cara
terkhilaf bicara sepanjang berlangsungnya program ini
samada yang disedari mahupun sebaliknya. Kita
tangguhkan majlis dengan bacaan Surah Al-Asr
danTasbih Kaffarah.
** Bacaan Tasbih Kaffarah & Surah Al-Asr **
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum W.B.T.
~ TAMAT ~

Anda mungkin juga menyukai