Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Pada zaman teknologi ini, semua perkara menjadi mudah dan mempercepatkan proses
kehidupan seharian setiap manusia berjalan tanpa sebarang sempadan. Perkembangan
tamadun manusia pada masa kini, membantu manusia pada masa sekarang mengamati
kehidupan yang selesa dari pelbagai aspek. Manusia mengalami perkembangan dari segi
komunikasi, perhubungan, keperluan, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Walaupun,
perkembangan ini sesuatu yang wajar pada masa kini, tetapi ia juga dapat meninggalkan
kesan yang buruk kepada masyarakat jika tidak mempraktikkannya secara betul. Oleh itu,
bagi menjamin kesejahteraan semua pihak, setiap individu perlu memainkan peranan
penting dalam menjaga keselamatan diri, keluarga, masyarakat di era globalisasi ini.Aspek
keselamatan perlu diberikan fokus utama oleh setiap individu dalam menjalani kehidupan
seharian bagi mengelakkan sebarang musibah yang tidak dijangka.

Istilah keselamatan sinonim dengan perkataan kesejahteraan, keamanan dan juga


selamat. Secara umum, keselamatan juga bermaksud keadaan yang terlindungi daripada
masalah fizikal, sosial, politik, perasaan, pekerjaan dan psikologi serta terlindung dari
sebarang kajadian yang berkaitan kesihatan (kecedaraan) dan ekonomi. Bahaya boleh
menimpa sesiapa dimana-mana sahaja, jika seseorang individu tidak peka terhadap aspek
keselamatan. Disebabkan sikap tidak peduli dan cuai di kalangan masyarakat terhadap
aspek keselamatan, malapetaka seperti kemalangan, penculikan, kes samun, pecah rumah,
lemas, semakin menular. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran yang mendalam
mengenai aspek keselamatan agar dapat mengharungi cabaran kehidupan pada masa kini.

Dengan mengambil kira perkara ini, kerajaan telah mula mengambil inisiatif dengan
mengaplikasikan beberapa strategi bagi menyemai kesedaran akan kepentingan ilmu
keselamatan di kalangan setiap individu. Antaranya adalah, aspek keselamatan diterapkan
di kalangan masyarakat dengan menggunakan saluran pendidikan. Penekanan terhadap
keselamatan diberikan sejak dari bangku sekolah agar kanak-kanak juga dapat menjaga diri
mereka dari sebarang kecelakaan yang tidak dijangka. Ilmu keselamatan yang diberikan
perlu merangkumi persekitaran sekolah, rumah, semasa rekreasi dan juga jalan raya. Dalam
perkara ini, guru memainkan peranan penting dengan menjadi media informasi yang
menyalurkan maklumat mengenai keselamatan kepada para murid. Maka, guru perlu
menyediakan diri mereka dengan pengetahuan yang mendalam mengenai aspek
keselamatan dan peka terhadap isu-isu semasa berkait dengan keselamatan. Guru perlu
menyedarkan murid akan punca berlaku sesuatu malapetaka dan cara mencegahnya
melalui hubungkaitkan dengan isu-isu semasa agar dapat memberikan gambaran jelas
kepada murid.

1
2.0 PENGERTIAN REKREASI

Rekreasi dapat diertikan sebagai penggunaan masa lapang untuk keseronokan bersama
ahli keluarga atau sesuatu aktiviti yang tidak melibatkan kerja lain. Kebiasaannya, aktiviti
rekreasi dijalankan agar dapat menyegarkan minda dan memastikan kecergasan badan
seseorang individu. Rekreasi juga merupakan sesuatu aktiviti terancang bagi mengisi masa
lapang dan diluangkan bersama orang yang tersayang. Perkhemahan, berkelah,
melancong, jungle tracking adalah antara contoh-contoh aktiviti yang berhubung kait
dengan rekreasi. Aktiviti melancong juga dapat diklasifikasikan sebagai aktiviti rekreasi.

Aktiviti rekreasi dapat dikategorikan kepada dua bentuk iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif.
Rekreasi aktif adalah aktiviti yang melibatkan pergerakan badan seseorang individu secara
aktif seperti melakukan aktiviti sukan seperti berjogging, berlari, main futsal dan sebagainya.
Aktiviti rekreasi pasif pula tidak memerlukan sebarang pergerakan badan individu tetapi
hanya dikehendaki bergerak dari satu ke satu tempat seperti berkelah, bersiar-siar ataupun
melancong. Hal ini dapat dipraktikkan pada bila-bila masa mengikut peruntukkan masa yang
telah dirancangkan sama ada di taman rekreasi, padang permainan, pantai dan lain-lain.
Terdapat beberapa jenis tempat rekreasi yang sering menarik perhatian masyarakat
setempatan atau pelancong adalah seperti taman permainan, air terjun, pantai, kolam
renang, gunung dan sebagainya.

Pada musim cuti perayaan dan cuti sekolah tempat rekreasi mendapat sambutan
baik dan bilangan pelancong juga meningkat. Dalam kesibukan meluangkan masa di tempat
rekreasi, terdapat juga pihak yang tidak mengambil peduli dan mengamalkan sikap leka dari
segi mempraktikkan aspek keselamatan. Terdapat beberapa kes yang telah difailkan
berkaitan musibah yang telah diharungi oleh sesetengah kumpulan individu semasa
meluangkan masa di tempat rekreasi. Kebiasaannya, hal ini berpunca daripada sikap
individu sendiri yang tidak memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan
berwaspada dengan pesekitaran yang berbahaya. Seterusnya, akan dibincangkan satu isu
semasa yang menunjukkan berlakunya malapetaka di tempat rekreasi.

2
3.0 ISU SEMASA - BOT KARAM DI LAUT

Di surat khabar Utusan Malaysia, yang bertarikh 31.01.2017 telah dipaparkan satu berita
utama mengenai pelancong dari negara China telah menjadi mangsa tragedi bot karam.
Perkara ini direkodkan oleh pihak polis telah berlaku pada 30 Januari 2016 dan tempat
kejadian adalah di kawasan perairan Pulau Menggalum, Sabah. Sebab utama yang
mengakibatkan berlakunya tragedi ini adalah tindakan pengusaha yang mengendalikan
sebuah syarikat pelancongan telah menggunakan bot Catamaran untuk memuatkan
pelancong lebih dari had muatan yang ditetapkan.

Di bot Catamaran, telah dimuatkan sebanyak 31 orang yang terdiri daripada 28


pelancong warga China dan tiga krew bot. Bot tersebut telah bertolak dari Jeti Tanjung Aru
dan menuju ke Pulau Menggalum sekitar pukul 9 pagi. Muatan yang lebih di bot tersebut
telah mengakibatkan bot berkenaan pecah akibat dipukul ombak setinggi lebih empat meter
dan air telah masuk ke dalam bot dan akhirnya bot karam di perairan tersebut. Tambahan
pula, bot tersebut kebiasaannya digunakan oleh para nelayan dimana memuatkan enam
hinga lapan orang sahaja. Faktor ini secara tidak langsung, telah mengakibatkan bot yang
berlebihan muatan tidak dapat bertahan dengan lautan yang bergelora sehingga
menyebabkan kesemua mangsa terhumban ke dalam laut.

Menurut Datuk Seri Shahidan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam surat
khabar ini, telah menyatakan bahawa sebanyak 25 mangsa telah ditemukan pada hari
kejadian tersebut dan tiga daripada mereka telah meninggal dunia. Enam mangsa lagi
masih lagi dalam proses pencarian dan luas kawasan pencarian adalah kira-kira 200
kilometer persegi dimana membabitkan perairan Pulau Menggalum, Pulau Tiga, Pulau
Semarang dan perairan negara Brunei. Tentera Udara Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin telah membantu dalam memudahkan proses
pencarian mangsa yang telah karam dalam tragedi ini.

Perkembangan dalam kes ini adalah, didapati bahawa jumlah mangsa yang masih
belum ditemui ialah lima bukannya enam. Pencanggahan ini berlaku disebabkan senarai
nama yang diberikan berbeza dengan senarai yang berada di atas bot semasa kejadian.
Seorang pelancong yang telah berdaftar tidak dapat menaiki bot tersebut kerana tidak ada
tempat kosong. Jadi, mangsa yang masih dalam proses pencarian adalah lima dan keadaan
mereka masih belum diketahui. Ini adalah antara salah satu kes yang menunjukkan
berlakunya tragedi di tempat rekreasi disebabkan sikap kecuaian yang tidak mementingkan
aspek keselamatan oleh pemilik syarikat bot tersebut dan juga ketidaksedaran di kalangan

3
pelancong juga mengenai kriteria keselamatan. Ini adalah antara satu contoh yang
menunjukkan berlakunya kemalangan di tempat rekreasi iaitu di pantai.

4.0 PUNCA KEMALANGAN DI TEMPAT REKREASI

Terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya kemalangan di tempat rekreasi


seperti di air terjun, taman permainan, gunung, pantai dan sebagainya. Faktor pertamanya
adalah kekurangan pengetahuan dan pemahaman tentang aspek keselamatan yang
mengakibatkan sikap yang tidak mementingkan keselamatan semasa berada di tempat
rekreasi. Kebanyakan individu tidak menyedari keperluan mengetahui ilmu keselamatan
ketika berada di sesuatu tempat yang mungkin secara tidak langsung mengakibatkan
sebarang kemalangan. Setiap individu perlu menyediakan diri mereka dengan pengetahuan
yang merangkumi aspek keselamatan semasa meluangkan masa untuk beriadah di tempat
rekreasi. Setiap individu perlu peka dengan risiko yang bakal dihadapi di tempat rekreasi
dan mengetahui cara untuk menghindarinya. Contoh kes yang membuktikan pernyataan ini
adalah dimana terdapat seorang pelajar perempuan tingkatan dua lemas di Sungai Chiling,
kuala Kubu Bharu ketika menyertai perkhemahan.

Punca yang kedua mengakibatkan berlakunya kemalangan di tempat rekreasi adalah


kemudahan yang telah disediakan tidak ada unsur keselamatan. Di tempat rekreasi
biasanya dapat dilihat beberapa kemudahan disediakan bagi memenuhi kehendak
pengunjung serta menarik minat mereka. Tetapi, adakah di semua tempat rekreasi
kemudahannya mempunyai aspek keselamatan yang tertinggi? Contohnya, kita dapat dilihat
dimana di Sabah bot yang dinaiki seramai 31 orang telah karam kerana melebihi had
muatan yang ditentukan. Perkara ini membuktikan masih terdapat juga, di sesetengah
tempat rekreasi kemudahan yang disediakan tidak menitikberatkan aspek keselamatan.

Punca yang seterusnya adalah di tempat rekreasi terdapat peralatan yang telah
tamat tempoh atau tidak boleh digunakan masih dibiarkan untuk pengunaan pengunjung. Ini
secara tidak langsung dapat mendatangkan risiko kecedaraan atau kemalangan kepada
pengguna. Contohnya, aktiviti elemen tinggi seperti mendaki tembok tiruan, talinya perlu
ditukarkan jika melebihi tempoh masa penggunaannya. Tetapi kebanyakan pihak pengurus
tidak memberi perhatian terhadap perkara ini dan boleh mengakibatkan kecederaan kepada
pengguna di tempat rekreasi.

Faktor yang keempat mengakibatkan berlakunya risiko kemalangan di tempat


rekreasi adalah kegagalan mengumpulkan maklumat tentang peserta yang menyertai
aktiviti. Pihak pengurus di tempat rekreasi perlu peka dan berusaha mengumpul maklumat
mengenai peserta bagi memastikan aktiviti yang turut serta oleh mereka tidak akan memberi
kesan buruk. Kegagalan mendapatkan maklumat mengenai rekod kesihatan atau biodata

4
diri seseorang peserta akan menyebabkan maklumat mengenai risiko yang mungkin terjadi
tidak dapat dikenal pasti.

Seterusnya, terdapat juga individu yang tidak mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan ketika berada di kawasan rekreasi. Individu seperti ini mempunyai tanggapan
bahawa peraturan yang tertera di papan tanda di tempat rekreasi tidak penting dan hanya
untuk tatapan umum sahaja. Terdapat juga individu yang tidak mengambil serius dengan
perkara ini dan melanggarnya sesuka hati mereka. Contoh yang dapat membuktikan
pernyataan ini adalah kes yang berlaku sekitar tahun 2014, dimana berlaku tragedi maut
melibatkan pendaki. Seorang pelancong warga Jerman yang bernama Viktoria Paulsen
meninggal dunia semasa berdiri di luar kawasan tali keselamatan ketika merakam terbitan
matahari. Perkara ini menunjukkan sikap individu yang tidak mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan di tempat rekreasi mengancam nyawanya sendiri.

Faktor yang keenam adalah tidak ada pengawasan orang dewasa ketika berada di
tempat rekreasi. Kanak-kanak yang turut serta dalam aktiviti rekreasi perlukan bimbingan ibu
bapa atau para guru bagi memastikan tidak berlaku sebarang kecelakaan. Tanpa
pengawasan orang dewasa risiko kemalangan sangat tinggi kepada kanak-kanak di tempat
rekreasi. Ini disebabkan kanak-kanak tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam
mengenai aspek keselamatan di tempat rekreasi dan mereka memerlukan bimbingan dari
orang dewasa. Peralatan permainan seperti buaian, palang bergayut, gelungsur dan
jongkang jongkit dapat mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak.

Selain itu, ketiadaan penyeliaan visual yang berterusan di tempat rekreasi menjadi
salah satu faktor berlakunya kemalangan di tempat rekreasi. Ketiadaan penyeliaan visual
boleh mengakibatkan seseorang individu berani melanggar peraturan yang telah ditetapkan
di tempat rekreasi. Contohnya, di taman permainan tanpa penyeliaan visual kanak-kanak
diancam dengan bahaya yang tidak dapat dijangkakan seperti penculikan, kecederaan dan
lain-lain. Di tempat rekreasi seperti di air terjun, pantai, penyeliaan visual tidak diberikan
penekanan dan melambatkan proses pengenalan sesuatu masalah yang berlaku di tempat
rekreasi.

Seterusnya, sikap kecuaian pihak pengurus tempat rekreasi juga turut memainkan
peranan dalam mengancam keselamatan seseorang individu. Terdapat beberapa tempat
rekreasi seperti taman tema diusahakan oleh pengurus swasta dan mereka tidak memberi
perhatian terhadap aspek keselamatan. Disebabkan sikap kecuaian, mereka tidak
memastikan alat permainan yang terdapat di taman tema dapat menjamin keselamatan
pihak pengunjung. Contohnya, pada tahun 2016, satu kes yang berlaku di negara Beijing,
dimana dua orang pengunjung dicampak dari satu permainan hiburan. Perkara ini berlaku

5
disebabkan sikap kecuaian kakitangan taman tema tersebut tidak memberikan masa yang
secukup untuk memasang tali pinggang kepada mangsa kejadian.

5.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TEMPAT REKREASI

Bagi mencegah berlaku sebarang risiko kemalangan di tempat rekreasi adalah disarankan
beberapa langkah yang perlu dipraktikkan agar dapat menangani sebarang ancaman
bahaya. Langkah pertamanya adalah pihak berkuasa perlu memainkan peranan dalam
memeriksa semua kawasan rekreasi di bawah bidang kuasa mereka bagi menjamin
keselamatan di tempat tersebut. Semua kawasan rekreasi perlu diperiksa dengan teliti dan
diberi kebenaran beroperasi setelah mendapati tempat tersebut berupaya memberikan
keselamatan yang sepenuhnya kepada pengguna. Jika didapati tempat rekreasi tersebut
mengugat keselamatan para pengunjung, pihak berkuasa hendaklah menutup tempat
tersebut dari beroperasi. Tambahan pula, pihak berkuasa perlu dimaklumkan kepada orang
ramai melalui papan tanda keselamatan dan notis amaran yang mudah dilihat mengenai
kebahayaan sesuatu tampat rekreasi. Contohnya, jika di air terjun yang terletak di
pedalaman terdapat gerakan binatang liar maka, pihak penguasa perlu memberi amaran
untuk melarang orang ramai beriadah di kawasan tersebut.

Langkah seterusnya bagi mengatasi masalah ini adalah dengan memastikan semua
kawasan rekreasi dilengkapi dengan peralatan keselamatan. Perkara ini amat penting bagi
menjamin keselamatan pihak pengunjung dan menghindari sebarang risiko kemalangan
yang tidak dijangka di tempat rekreasi. Contohnya, semasa menaiki feri atau bot, jaket
keselamatan perlu memenuhi kadar bilangan individu yang terlibat. Pengawal atau
penyelamat hendaklah ditempatkan di pantai dan kolam renang bagi memantau pengunjung
terutamanya kanak-kanak agar dapat menjamin keselamatan mereka.

Seterusnya, masyarakat perlu diberikan penyedaran mengenai kepentingan


keselamatan di tempat rekreasi dengan mengadakan ceramah. Terdapat satu agensi iaitu
Majlis Keselamatan Aktiviti Air (WASC) bertanggungjawab dalam mengurus dan
memberikan penyedaran kepada masyarakat mengenai keselamatan air bagi menangani
kes lemas sama ada di laut, air terjun,kolam renang dan lain-lain. agensi ini berperanan
dalam mengalakkan budaya keselamatan air semasa melakukan aktiviti air sama ada untuk
sukan atau rekreasi.

Selain itu, kemudahan dan peralatan rekreasi juga perlu mempunyai aspek
keselamatan bagi mengatasi kemalangan di tempat rekreasi. Peralatan dan kemudahan
yang disediakan di tempat rekreasi juga perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan terkini.
Contohnya, di pantai perkhidmatan pelampung yang disediakan perlu mempunyai ciri
keselamatan dimana tidak mudah angin bocor yang dapat mengakibatkan seseorang

6
individu lemas. Di taman permainan pula, reka bentuk landskap, papan tanda sesuai, laluan
basikal berasingan, dan halangan fizikal (pagar), membaik pulih lampu dapat memastikan
keselamatan kanak-kanak.

Langkah yang seterusnya bagi menjamin keselamatan di tempat rekreasi adalah


sikap bertanggungjawab yang perlu ada dalam diri seseorang individu semasa beriadah di
tempat rekreasi. Setiap individu perlu bersedia dan memberi keutamaan kepada aspek
keselamatan agar tidak berlaku sebarang kecedaraan atau kemalangan di tempat rekreasi.
Sikap bertanggungjawab ini dapat memastikan seseorang prihatin terhadap keselamatan
diri sendiri dan juga keluarga. Di tempat rekreasi peratus untuk berlaku risiko kemalangan
amat tinggi, maka sikap bertanggungjawab ini penting untuk menjadi banteng keselamatan.
Contohnya, di taman permainan ibu bapa perlu memastikan anak mereka mengamalkan
langkah keselamatan dan juga perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada
peralatan di taman permainan tidak selamat.

Di samping itu, di tempat rekreasi seperti di pendakian bukit beberapa langkah perlu
diberi perhatian oleh seseorang pendaki bagi mengelak dari sebarang risiko kemalangan.
Dalam ekspedisi mendaki, langkah keselamatan pertama adalah mematuhi arahan
pemandu arah kerana mereka lebih arif dan berpengalaman. Semua pendaki perlu memberi
perhatian semasa taklimat keselamatan diberikan oleh pemandu arah sebelum memulakan
pendakian. Semua pendaki juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal agar dapat
menempuhi cabaran semasa mendaki bukit. Pendaki juga perlu perhatikan sebarang
halangan semasa meneruskan pendakian di sepanjang laluan sama ada terdapat lubang,
tunggul kayu, licin dan lain-lain.

Langkah yang seterusnya adalah perlu melantik pegawai atau petugas yang
berkelayakan dan berkemahiran di tempat rekreasi seperti di taman bertema. Aspek ini perlu
diberi perhatian agar keselamatan pengunjung dapat dijaga dari sebarang permasalahan
yang tidak diingini. Kebanyakan kes-kes kemalangan terjadi akibat daripada kurang
pengawasa, komunikasi yang tidak berkesan dan juga tidak mempunyai perancangan
lengkap dalam mengendalikan situasi kemalangan atau kecemasan oleh sesetengah
pegawai yang ditempatkan di tempat rekreasi. Perkara ini dapat dibuktikan dengan satu kes
yang terjadi di negara Beijing dimana dua pengunjung taman tema dicampak dari permainan
disebabkan kecuaian kakitangan yang memulakan operasi permainan sebelum sempat
memasang tali pinggang keselamatan dengan betul oleh dua mangsa tersebut.

7
Langkah yang seterusnya adalah didikan mengenai keselamatan secara spesifik
perlu disalurkan kepada setiap individu sejak dari bangku sekolah. Perkara ini sesuatu yang
asas dimana setiap individu perlu mengetahui punca,akibat dan langkah keselamatan
mengenai sesuatu isu keselamatan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Contohnya, ilmu
mengenai keselamatan di tempat rekreasi dapat membantu kanak-kanak
mengaplikasikannya semasa meluangkan masa lapang di air terjun, kolam renang, pantai
dan sebagainya. Penerapan aspek keselamatan sejak dari tahap kanak-kanak dapat
mendorong murid lazim dengan perkara tersebut dan mempraktikkannya sepanjang umur
hidup mereka.

Seterusnya, pihak pengurusan yang menganjurkan aktiviti rekreasi juga perlu


memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan para penjunjung. Dalam
mengurangkan risiko kemalangan di tempat rekreasi pihak pengurusan boleh menggunakan
polisi atau garis panduan keselamatan yang meangkumi pengguna mahupun pengurusan
kemudahan sebagai bahan rujukan. Pihak pengurusan juga perlu memberi keutamaan dari
segi peralatan, pegawai dan staf berkelayakan, pemasangan papan amaran dan
sebagainya. Pihak pengurusan perlu mengambil kira perkara ini dan mengambil tindakan
bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Di tempat rekreasi seperti air terjun dan pantai, beberapa langkah perlu diberi
penekanan bagi menjamin keselamatan para pengunjung. Langkahnya adalah perlu
mengaktifkan amaran awal ketika berlakunya hujan, petugas khas perlu ditugaskan sebagai
penyelemat semasa musim cuti sekolah, peralatan bantuan asas seperti pelampung dan tali
perlu disediakan untuk membantu mangsa lemas sehingga menunggu pasukan
keselamatan. Air terjun Pelangi, Air Terjun Chamang antaranya yang merekodkan kes
lemas. Sebelum memulakan riadah di tempat rekreasi ini, memeriksa keadaan cuaca yang
dilaporkan dalam berita perlu dititikberatkan sebelum memulakan perjalanan. Inilah antara
langkah-langkah yang perlu diberi penekanan bagi menangani risiko kemalangan di tempat
rekreasi dengan kerjasama semua pihak.

8
6.0 KESIMPULAN

Aktiviti rekreasi merupakan salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran masyarakat
yang dilaksanakan pada waktu lapang untuk mententeramkan minda dan mencergaskan
badan. Aktiviti rekreasi ini mendapat sambutan yang baik semasa musim cuti persekolahan
dan menjadi tumpuan orang ramai. Terdapat variasi tempat rekreasi untuk meluangkan
masa lapang bersama keluarga, kawan dan sebagainya. Melalui aktiviti rekreasi ini
seseorang individu dapat menimba berbagai faedah seperti dapat mententeramkan
minda,mengeratkan hubungan silaturahim, mengurangkan tekanan dan sebagainya. Melalui
aktiviti rekreasi ini walaupun seseorang individu mendapatkan pelbagai faedah tetapi ianya
bergantung cara seseorang mengaplikasikan aspek keselamatan semasa berada di tempat
tersebut. Terdapat beberapa punca berlaku risiko kemalangan dan cara menanganinya perlu
diketahuai oleh semua pihak yang ingin terlibat dalam aktiviti rekreasi. Terdapat beberapa
punca berlakunya risiko kemalangan di tempat rekreasi seperti kurang penyedaraan, sikap
cuai, tidak memeriksa alatan, tidak melantik pegawai yang berkelayakan, tidak ada alat
pemantau dan sebagainya. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian; maka setiap
pihak hendaklah mencari jalan penyelesaian bagi risiko kemalangan di tempat rekreasi.
Langkah-langkah yang dapat mengurangkan risiko kemalangan di tempat rekreasi adalah
seperti bersikap bertanggungjawab, memantau kawasan berisiko tinggi, memberi amaran
melalui papan tanda, bersedia dari segi mental dan fizikal, mematuhi peraturan,
mengadakan ceramah, pendidikan kesedaran dan sebagainya. Mencegah lebih baik dari
mengubati.

9
10