Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI

NO & TAJUK TUGASAN

NO.3
ULASAN ARTIKAL

NAMA PELAJAR :

YUWARANI A/P KUMARASAMY


(880505086558)

M20122001253

NAMA PENSYARAH

Profesor Dr.Shahril @ Charil bin Hj Marzuki

(1)Ulasan Artikal
Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar dengan
Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan Kurang Murid
Gemilang Tujuh Segamat, Johor.

Hishamuddin Shah Bin Mokri


Manamia15@yahoo.com
Mohd Rizal Bin Atan
nabiluqail@yahoo.com.my
Supian Bin Hashim
sufiansegamat@gmail.com
Universiti Teknologi Malaysia(UTM)

Tajuk :

Penulis jurnal ini berasal dari Universiti Teknologi Malaysia. Penyelidik telah
menggunakan bahasa yang mudah difahami dan diteliti. Tajuk ini juga jelas
memperlihatkan maklumat yang ingin diperolehi oleh para penyelidik. Banyak kajian
telah dijalankan atas tajuk ini, tetapi bagi pendapat saya ini merupakan salah satu kajian
yang dapat melihat maklumat yang terperinci dan memberikan input yang banyak kepada
para pembaca.

Pendahuluan :

Dalam pengenalan kajian, penyelidik telah menerangkan tentang betapa pentingnya


pendidikan di Malaysia. Beliau juga memberikan beberapa contoh ataupun bukti tentang
pembentangan bajet bagi tahun 2012 oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Selain itu,
penyelidik juga menyatakan bahawa Tan Sri Muhiddin Yassin telah memberitahu
mengenai Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan yang diadakan di Institut Aminuddin
Baki. Ini adalah disebabkan Kepimpinan Berprestasi Tinggi perlu dipupuk bagi
meningkatkan prestasi sekolah. Pengenalan ini merupakan pengenalan yang amat sesuai
dengan tajuk kajian penyelidik tersebut.

Objektif Kajian :
Penyelidik telah menyatakan tujuan bagi kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan
gaya kepimpinan transformasi guru besar dan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah
Kebangsaan Kurang Murid Gemilang 7 Daerah Segamat. Penyelidik juga mengutarakan
sebanyak 3 objektif untuk kajian tersebut. Objektif tersebut adalah khusus dan tidak
memeningkan kepala. Ketiga-tiga objektif ini terus menuju ke kajian yang hendak
dijalankan. Bagi pendapat saya, 3 objektif kajian sudah mencukupi untuk kajian ini.

Persoalan kajian:

Penyelidik telah mengutarakan sebanyak 6 soalan yang berkaitan dengan objektif


tersebut. Persoalan pertama adalah berkaitan dengan tahap gaya kepimpinan transformasi
dan keduanya pula berkaitan dengan tahap kepuasan kerja guru. Manakala 4 persoalan
berkaitan hubungan signifikan yang dikategorikan sebagai dimensi karisma, timbang
rasa, merangsang Intelek dan motivasi inspirsi yang terkandung dalam gaya transformasi.
Apabila membacanya persoalan kajian dapat memahami ataupun dapat gambaran tentang
kajian tersebut.

Metodologi kajian:

Populasi bagi kajian ini adalah guru besar-guru besar yang berkhidmat dan terlibat secara
langsung dalam penyelidikan tersebut di tujuh buah Sekolah Kebangsaan Gemilang 7
Daerah Segamat, Johor. Manakala Persampelan kajian pula, dipilih seramai tujuh orang
guru besar dan 100 orang responden yang dipilih secara rawak yang mengajar di Sekolah
Kebangsaan Kurang Murid Gemilang 7.

Lokasi yang dipilih oleh penyelidik adalah kawasan luar Bandar daerah Segamat.
Sebanyak 7 buah sekolah kebangsaan yang dinamai Gemilang 7 yang merupakan satu
program yang diwujudkan sejak tahun 2005.
Instrumen yang digunakan oleh penyelidik adalah untuk menilai kepimpinan
transformasi melalui soal-selidik yang diperolehi dari Bass dan Avilio yang diadaptasi
melalui Multi Factor Leadership Questionnaire manakala soal selidik bagi kepuasan
kerja menggunakan soal selidik yang dipopularkan Speed(1979). Soal selidik ini juga
dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A mengukur
maklumat peribadi guru iaitu sebanyak 9 item, Bahagian B pula mengukur Tingkah Laku
Kepimpinan guru besar iaitu sebanyak 34 item, 12 item berkaitan dengan kepimpinan
transaksi guru besar dan Bahagian C pula mengukur kepuasan kerja guru yang
mengandungi 12 item. Tahap kebolehpercayaan dan kesahan adalah merupakan andaian
awal penyelidik dan jawapan soal selidik.

Dapatan Kajian:

Data yang diperoleh oleh penulis dianalisis dengan menggunakan Statistikal Package for
the Sosial Sciences (SPSS). Beliau telah menggunakan spss ini untuk mencari nilai min
dan tahapnya bagi kepimpinan transformasi guru besar dan juga tahap kepuasan kerja
guru. Beliau juga menunjukkan korelasi antara karisma guru besar, timbang rasa guru
besar, merangsang intelek dan motivasi inspirasi melalui jadual. Data yang diberi juga
dijelaskan di dalam sebuah jadual supaya mudah difahami oleh para pembaca. Selain itu,
data yang dianalisis juga mempunyai maklumat yang terperinci dan diasingkan dengan
satu jadual dengan jadual yang lain supaya mudah dibaca.

Rumusan dan Cadangan kajian:

Berdasarkan kepada dapatan kajian serta perbincangan yang dibuat, penyelidik telah
mengemukakan beberapa cadangan dalam kajian ini bagi tindakan susulan bagi manfaat
semua pihak. Antaranya ialah, mengambil kira faktor-faktor lain yang mungkin
mempunyai perbezaan yang signifikan. Seterusnya ialah kebajikan para guru perlu diberi
perhatian dan memberikan ganjaran yang setimpal kepada para guru. Selain itu, peluang
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perlu ditambah kepada semua guru. Ini semua
adalah cadangan yang diberikan oleh penyelidik supaya tindakan susulan memberikan
manfaat kepada ramai orang.

Implikasi kajian kepada pendidikan di Negara:

Melalui kajian ini dapat memberikan kesan yang ketara kepada para guru. Melalui kajian
ini hubungan dua hala guru dan guru besar dapat dipertingkatkan lalu pembelajaran dan
pengajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah. Dengan ini pencapaian pendidikan
di Negara kita akan meningkat dan dapat berganding bahu dengan Negara-negara Barat.
Selain itu kepimpinan seseorang guru besar perlu memberikan kepuasan kerja kepada
para guru. Ini adalah bagi tujuan mempertingkatkan kaedah PdP di dalam kelas dan dapat
meningkatkan target pendidikan di sekolah dan juga Negara kita.
(2)Ulasan Artikal
Gaya Kepimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru:
Kajian Perbandingan Antara SMKA dengan SMK.

Mohd Nor Jaafar & Jazmi Md Isa


Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia
m.nor@uum.edu.my

Tajuk Kajian :

Penyelidik yang menyelidik kajian berkaitan dengan Gaya Kepimpinan Pengetua dan
Kepuasan Kerja Guru amat bersesuaian dengan era kini. Penyelidik ini berasal dari
Universiti Utara Malaysia yang terletak di Kedah. Tajuk yang diberikan oleh penyelidik
amat singkat dan mudah memahami. Bilangan perkataan yang digunakan tidak terlalu
panjang dan mudah untuk memahaminya. Tajuk yang panjang terlalu bersifat deskriptif
dan tidak perlu sama sekali (Ahmad Mahdzan Ayob, 1985). Apabila membaca tajuk, para
pembaca juga teringin untuk melihat kajian yang penuh untuk melihat apakah
jawapannya bagi tajuk ini.

Pendahuluan :

Pendahuluan yang diberikan untuk keseluruhan kajiannya, amat bagus dan teringin untuk
membacannya. Secara keseluruhannya, beliau menyatakan bahawa kepemimpinan
pengetua di sekolah pada masa kini. Pengetua juga diberi penekanan yang tinggi dalam
kajian ini. Ini kerana peranan pengetua adalah sangat penting tidak setakat memastikan
kesinambungan struktur dan sistem yang sedia ada malah perlu menggerakkan orang
bawahannya untuk berubah supaya organisasi berkenaan akan lebih sensitif dan
bergandingan bagi menangani arus perubahan yang melanda sistem pendidikan. Tumpuan
kajian ini juga adalah untuk melihat konsep kepuasan kerja yang berhubungkait terus
dengan tingkah laku atau gaya kepemimpinan pengetua yang wujud di Sekolah
Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
Objektif Kajian :

Penyelidik telah mengemukakan 6 objektif bagi kajian ini. Antara keenam-enam objektif
ini adalah untuk mengenal pasti hubungan atau korelasi antara gaya kepemimpinan
transformasi dan gaya kepemimpinan transaksi dengan kepuasan kerja guru di SMKA
dan SMK. Keenam-enam objektif ini sangat khusus dan mudah memahami oleh para
pembaca. Keenam-enam objektif ini juga terus menuju kepada kajian yang dilakukan
oleh penyelidik.

Persoalan Kajian :

Berdasarkan objektif kajian, penyelidik telah mengutarakan soalan-soalan kajian.


Sebanyak enam soalan telah dibina oleh penyelidik. Kesemua soalan ini adalah berkaitan
dengan hubungan atau korelasi antara gaya kepemimpinan transformasi dan gaya
kepemimpinan transaksi dengan kepuasan kerja guru di SMKA dan SMK. Soalan yang
dibina mengikut objektif adalah selaras dan tiada sebarang kesalahan yang boleh dikesan.

Metodologi kajian:

SMKA dan SMK dalam negeri Kedah dipilih sebagai sampel penyelidikan oleh
penyelidik. Manakala kajian ini juga menggunakan kaedah persampelan yang rawak
berlapis (strata). Pendekatan ini dijalankan apabila elemen dalam rangka persampelan
atau sampling frame bersifat heterogenous. Populasi bagi kajian ini adalah guru besar-
guru besar yang berkhidmat di SMKA dan SMK di negeri Kedah.

Instrumen yang digunakan oleh penyelidik adalah soal selidik. Soal selidik
kepemimpinan transformasi adalah semakan daripada MLQ-Form 5 dibentuk oleh Bass
(1985). Soal selidik kepemimpinan transaksi pula diubahsuai daripada Bass dan
Avolio,1995). Manakala satu lagi soal selidik bagi kepuasan kerja telah diambil daripada
soal selidik yang dibentuk oleh speed (1979). Segala soal selidik yang digunakan untuk
kajian ini telah diambil daripada orang-orang yang terkenal dalam soal selidik. Beliau
juga membuktikan bahawa soal selidik ini tidak direka sendiri dan boleh mempunyai
100% kepercayaan terhadap soal selidik yang digunakan.

Dapatan Kajian:

Data yang diperoleh oleh penyelidik dianalisis menggunakan Statistikal Package for the
Sosial Sciences (SPSS) 15.0 Windows (2003). Penyelidik menggunakan spss ini untuk
mencari min dan tahap bagi kepemimpinan pengetua di SMKA dan SMK. Beliau telah
menerangkan dengan jelas tentang min, tahap dan korelasi secara satu demi satu.
Penerangan yang diberikan sangat teratur dan menggunakan bahasa yang mudah
difahami oleh semua golongan. Bagi pendapat saya, jika penyelidik menganalisiskan
maklumat dengan menggunakan jadual, lagi senang untuk dibaca. Walaupun sebegini,
beliau tetap memberikan penerangan yang terlalu terperinci supaya mudah difahami.

Rumusan dan Cadangan kajian:

Berdasarkan kepada perbincangan pengkaji dapat menganalisis bahawa pengamalan gaya


kepemimpinan transformasi adalah dominan diamalkan oleh pengetua di SMKA dan
SMK. Pada masa yang sama, penyelidik juga mencadangkan beberapa cadangan untuk
tujuan kajian selanjutnya. Penyelidikan seterusnya perlu menumpukan kepada hubungan
kepemimpinan dengan ketaatan dan keikhlasan guru terhadap kerja yang dikira sebagai
suatu ibadah. Kajian sebegini perlu dilaksanakan memandangkan kajian-kajian
kepemimpinan sedia ada hanya mengaitkan dengan kepuasan kerja guru, motivasi guru
dan juga komitmen guru. Cadangan ini merupakan satu cadangan yang sangat bagus dan
dapat menambahkan ilmu pengetahuan bagi semua pihak.

Implikasi kajian kepada pendidikan di Negara:

Kajian sebegini dapat menambahkan lagi nilai dan kualiti kepemimpinan sekolah-sekolah
di seluruh Malaysia. Ini kerana bidang kepemimpinan merupakan salah satu bidang yang
amat perlu dititik beratkan supaya pengurusan dan pentadbiran sekolah dapat dijalankan
dengan lancar dan bersistematik. Ini kerana kepemimpinan seseorang pengetua yang akan
menentukan hala tuju bagi sesebuah Negara. Sebagai seorang pengetua perlu
mewujudkan perubahan yang positif dan melahirkan guru-guru yang bermuafakat demi
untuk kecemerlangan sekolah. Oleh itu, seseorang pengetua perlu berganding bahu bagi
menangani segala perubahan yang berlaku di dalam sistem pendidikan. Pentadbiran yang
bagus dapat mewujudkan sekolah yang berprestasi tinggi dan juga sekolah berkesan.
(3) Ulasan Artikal

Amalan Membuat Keputusan Dalam Kalangan Guru Besar


Baharom Bin Mohamad
Jamaludin bin Hashim
Ahmad Esa
Rafiza Binti Hassan

Fakulti Pendidikan Teknikal


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
baharom@uthm.edu.my
Jamaldin@uthm.edu.my
johdi@iium.edu.my
ahmad@uthm.edu.my
rafidah@uthm.edu.my

Tajuk :

Berdasarkan jurnal, penulis artikal ini merupakan penyelidik dari Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia, Fakulti Pendidikan Teknikal. Bilangan perkataan yang digunakan adalah 6
patah perkataan dan mudah difahami. Jurnal ini juga ringkas dan bermaklumat. Ini dapat
memberi kesan yang baik terhadap penulisannya. Tajuk ini juga jelas memperlihatkan
maklumat yang ingin diperolehi oleh beliau iaitu Amalan Membuat Keputusan Dalam
Kalangan Guru besar. Tajuk ini juga memberikan penjelasan tentang amalam membuat
keputusan dikalangan guru besar. Sekiranya penyelidik membuat kajian yang tidak
berkaitan dengan tugas penyelidik, kajian penyelidik sudah pasti mempunyai tahap
kepenggunaan yang rendah (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999).

Pendahuluan:

Dalam pendahuluan, penyelidik telah menyatakan tentang kepentingan membuat


keputusan. Mereka juga menyatakan pelapor-pelapor yang memberitahu tentang
membuat keputusan. Bahasa yang digunakan oleh penyelidik memudahkan para pembaca
untuk memahami. Pendahuluan ini amat sesuai dengan tajuk kajian.
Tumpuan kajian ini juga adalah untuk melihat amalan membuat keputusan dikalangan
guru besar di negeri Johor.

Objektif Kajian :

Dalam kajian ini penyelidik telah mengemukakan empat objektif untuk melaksanakan
kajian tersebut. Antara keempat-empat objektif kajian adalah mengenal pasti keadaan
emosi dalam membuat keputusan, mengenalpasti kesediaan mengambil risiko,
mengenalpasti penerimaan kritikan dan juga mengenalpasti perbezaan antara amalan
membuat keputusan dari segi pengalaman. Keempat-empat objektif ini sangat jelas dan
mudah difahami. Bagi pendapat saya, keempat-empat objektif ini memadai untuk
menjalankan kajian. Objektif yang dikemukakan juga sangat berkaitan dengan kajian
yang dilakukan.

Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, para penyelidik tidak menyatakan persoalan kajian mengikut objektif
yang dibuat. Hanya menyatakan pernyataan masalah dan juga hipotesis. Untuk membuat
sesebuah kajian penyelidik perlu mengemukakan persoalan kajian mengikut objektif
yang dibentuk. Jika penyelidik mengemukakan empat objektif maka terpaksa membina
empat persoalan kajian bagi memudahkan pelaksanaan kajian ini.

Metodologi kajian

Segala input mengenai metodologi kajian telah diasingkan satu demi satu dan
menjelaskan reka bentuk kajian, populasi, sampel, tempat dan juga instrumen yang
digunakan bagi menjalankan kajian tersebut dengan jelas dan mudah difahami. Reka
bentuk kajian yang dipilih oleh penyelidik bagi kajian ini adalah berbentuk kuantitatif
yang berbentuk kajian tinjauan semasa. Populasi bagi kajian ini adalah guru besar yang
mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar di tiga daerah di negeri Johor iaitu
Muar, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Seramai 60 guru besar dipilih untuk persampelan
rawak mudah. Kajian ini juga dijalankan di Sekolah Kebangsaan yang berada di tiga
daerah di Negeri Johor. Insrumen yang digunakan bagi menjalankan kajian ini adalah
soal selidik kerana mendapatkan data daripada responden. Soal selidik piawai telah
digunakan yang telah diubahsuai dan diuji kesahan dan kebolehpercayaan. Item soalan
soal selidik adalah berdasarkan adaptasi kajian Robert Heller (1999) Effective
Leadership, Chek Mat(2003) Kemahiran Memimpin dan Muhamed Awang (1990)
Membuat Keputusan. Instrumen yang digunakan juga boleh dipercayai keran telah
menyatakan bahawa dari mana soal selidik tersebut dipilih dan diubahsuai.

Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini dianalisis mengikut 3 bahagian, iaitu bahagian A demografi dan
bahagian B dan C pula perkara-perkara yang menjurus kepada objektif kajian. Dapatan
kajian ini dianalisis mengikut Statistikal Package for the Sosial Sciences (SPSS).
Penyelidik menggunakan spss ini untuk mencari min dan melakukan ujian ANOVA
sehala bagi menguji hipotesis. Data demografi dibina untuk mendapatkan maklumat latar
belakang responden. Antara ciri demografi responden yang diambil dalam kajian adalah
tempat pengajian, umur, jantina, jabatan dan pengalaman. Analisis bagi bahagian B dan
C, sangat jelas dan mudah difahami. Penyelidik telah menyatakan objektif satu demi satu
dan membuat analisis mengikut objektif tertentu. Ini dapat memudahkan pembaca senang
untuk mendapat tahu min dan juga tahap. Selain itu, penyelidik juga membuat Ujian
ANOVA Sehala untuk menguji hipotesis yang dibuat oleh penyelidik.

Rumusan dan Cadangan Kajian

Berdasarkan kepada perbincangan penyelidik telah merumuskan bahawa, nilai skor min
keseluruhannya bagi ketiga-tiga objektif adalah tinggi. Objektif yang keempat ialah,
menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan antara amalan
membuat keputusan dari segi pengalaman. Ini kerana kebanyakkan daripada guru besar
telah mendapat pengalaman daripada ikhtisas pendidikan yang mereka terima sepanjang
tempoh mereka berkhidmat. Dalam kajian ini, penyelidik tidak memberikan cadangan
kajian bagi kajian seterusya.

Implikasi kajian kepada pendidikan di Negara:

Hasil kajian yang diperoleh daripada kajian ini memberi input yang banyak dan
bermakna kepada piha-pihak yang berkenaan sebagai panduan dan penambahbaikan. Ini
kerana pihak yang berkenaan menjadian panduan semasa melaksanakan dasar dan
tindakan untuk pembangunan pendidikan Negara. Dengan membuat keputusan,
pemimpin dapat menyumbangkan keputusan yang baik dan menghasilkan pengurusan
yang berkesan dan cemerlang.
(4) Ulasan Artikal

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru


Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka.

Mohd Safiee Hj. Idris, Hj. Ashari Sikor, Siti Zahara Binti Mohd Ariff, Mohd Zaid
Mustafa, Ahmad Rizal Madar dan Latifah Md. Ariffin

Fakulti Pendidikan Teknikal


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
asafiee@uthm.edu.my , ashari@uthm.edu.my , mzaid@uthm.edu.my

Tajuk :

Penulis-penulis jurnal ini berasal dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Penyelidik
telah membina tajuk yang jelas memperlihatkan maklumat yang terperinci. Apabila
membacanya tajuk, para pembaca dapat memahami dengan jelas. Ini kerana penyelidik
telah menggunakan bahasa yang mudah difahami. Perkara yang hendak dikaji oleh
penyelidik ialah komunikasi Interpersonal di kalangan Guru-guru Teknikal di Negeri
Melaka.

Pendahuluan

Para Pengkaji telah menekankan tentang komunikasi yang efektif dalam perhubungan. Ini
keran komunikasi adalah salah satu proses yang penting dalam sesebuah pentadbiran
supaya tidak berlaku konflik antara pengurus dengan pekerja. Penyelidik juga
menggunakan teori-teori dengan penjelasan yang memudahkan para pembaca untuk
memahami. Penyelidik juga menyatakan tentang kemahiran interpersonal, komunikasi
lisan (verbal) dan juga komunikasi bukan lisan (nonverbal). Penerangan yang diberikan
adalah tersusun dan memudah memahaminya.
Objektif Kajian :

Terdapat enam objektif yang ingin dicapai oleh para penyelidik melalui kajian ini. Antara
objektif yang dicapai adalah bagi mengenalpasti penguasaan kemahiran interpersonal,
penguasaan komunikasi lisan, penguasaan komunikasi bukan lisan, mengenalpasti
perbezaan penguasaan komunikasi berdasarkan jantina, kelulusan akademik dan juga
pengalaman mengajar. Segala objektif yang dinyatakan itu spesifik dan jelas sekali.
Keenam-enam objektif terus menuju kepada kajian yang dilaksanakan oleh para
penyelidik.

Persoalan kajian :

Persoalan kajian yang dibina oleh para penyelidik adalah mengikut objektif yang dibina.
Persoaln kajian yang dibina adalah sebanyak enam soalan mengikut objektif kajian.
Antara soalan yang dibina adalah sejauhmanakah penguasaan kemahiran interpersonal,
penguasaan komunikasi lisan, penguasaan komunikasi bukan lisan. Tiga soalan lagi
berdasarkan apakah wujud perbezaan yang signifikan dalam penguasaan komunikasi
berdasarkan jantina, kelulusan akademik dan juga pengalaman mengajar. Soalan-soalan
yang dibina sesuai dengan objektif kajian.

Metodologi Kajian :

Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif yang berbentuk kajian tinjauan semasa.
Instrumen yang digunakan oleh para penyelidik adalah soal selidik dan juga
pemerhatian. Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru sekolah menengah teknikal di
Negeri Melaka. Populasi bagi kajian ini seramai 100 orang dan sampel kajian adalah
seramai 80 orang guru teknikal. Sampel dipilih secara rawak kelompok atas kelompok
bersistematik. Kajian ini juga dilaksanakan di empat buah sekolah menengah teknik
yang berada di negeri Melaka iaitu Sekolah Menengah Teknik Melaka Bukit Piatu,
Sekolah Menengah Teknik Jasin, Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah Bukit Katil
dan Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd. Zain, Alor Gajah.

Dapatan Kajian :

Penyelidik telah mengasingkan dapatan kajian mengikut persoalan kajian. Dibawah


setiap persoalan penyelidik telah membina satu jadual analisis bilangan, Min, Peratusan
dan Min keseluruhan Responden bagi setiap item yang dikaji. Penyelidik juga
memberikan penerangan yang jelas mengikut jadual yang dibina. selepas memperolehi
dapatan kajian, penyelidik telah merumuskan dapatan kajian dengan ringkas sekali
supaya orang ramai boleh memahaminya. Para penyelidik telah menganalisis data bagi
ketiga-tiga persoalan kajian dan dipamerkan dengan menggunakan jadual. Manakala bagi
menjawab persoalan keempat, kelima dan keenam telah menganalisis dengan
menggunakan Ujian T dan juga ANOVA.

Rumusan dan cadangan :

Melalui perbincangan dapat merumusan bahawa guru-guru teknikal menguasai


kemahiran interpersonal dan komunikasi dengan baik. Komunikasi yang baik dan
berkesan dapat menyampaikan maklumat, idea atau pengetahuan kepada penerima
dengan baik, tepat dan sama makna tanpa menimbulkan kekeliruan atau salah faham.
Para penyelidik juga mengemukakan beberapa cadangan untuk memeprtingkatkan
kemahiran komunikasi interpersonal di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah
teknik yang boleh dilaksanakan untuk kajian lanjutannya.

Implikasi kajian kepada pendidikan di Negara:

Komunikasi merupakan satu proses yang berjalan terus-menerus tanpa henti. Setiap hari
semua orang berkomunikasi sama ada secara langsung dan tidak langsung. Di dalam
sesebuah sekolah guru perlu berinteraksi social dengan murid-murid dan rakan
sekerja.Selain mendidik guru juga memainkan peranan sebagai membentuk sahsiah bagi
seseorang murid. Jika seseorang guru itu lemah dalam komunikasi maka akan
menimbulkan masalah. Oleh itu, komunikasi yang baik meningkatkan prestasi bagi
seseorang guru, sekolah dan juga Negara. Komunikasi yang efektif boleh menyelesaikan
kebanyakkan masalah yang timbul dalam perhubungan antara pihak-pihak tertentu. Maka
komunikasi yang baik dapat meningkatkan pengajaran yang efektif.
Bibliografi

Mohd Safiee Hj. Idris, Hj. Ashari Sikor, Siti Zahara Binti Mohd Ariff, Mohd Zaid
Mustafa, Ahmad Rizal Madar dan Latifah Md. Ariffin (2008). Komunikasi
Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah
Menengah Teknik Di Negeri Melaka. Universiti Teknologi Malaysia.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000). Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur:
Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.

Hishamuddin Shah Bin Mokri, Mohd Rizal Bin Atan dan Supian Bin Hashim. Hubungan
Antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru Di
Sekolah Kebangsaan Kurang Murid Gemilang Tujuh Segamat, Johor. Universiti
Teknologi Malaysia(UTM).

Mohd Nor Jaafar dan Jazmi Md Isa. Gaya Kepimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja
Guru: Kajian Perbandingan Antara SMKA dengan SMK. Pusat Pengajian
Pendidikan dan Bahasa Moden. Universiti Utara Malaysia.

Baharom Bin Mohamad, Jamaludin bin Hashim, Ahmad Esa dan Rafiza Binti Hassan.
Amalan Membuat Keputusan Dalam Kalangan Guru Besar. Fakulti Pendidikan
Teknikal. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai