Anda di halaman 1dari 18

Kaum Jakun

1.0 SEJARAH

Rumpun bangsa Jakun atau disebut juga Orang Ulu dikatakan berasal dari Yunan,
selatan China. Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang
terdapat di Pahang, Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari Mongoloid Selatan.
Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala).
Penempatan utama mereka adalah di kawasan pantai Pahang, Rompin, Pekan dan Johor
Utara. Kebanyakan dari mereka masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi
oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya.
Mereka mula berhijrah ke semenanjung tanah melayu kira-kira 5000 tahun yang lalu Mereka
kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.

Mereka mengamalkan animisme. Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar


seprti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka percaya kampung
mereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggar pantang larang.
2.0 ADAT RESAM

2.1 ADAT RESAM PERUBATAN ORANG ASLI SUKU KAUM JAKUN

Terdapat beberapa kaedah dalam perubatan orang asli suku kaum Jakun. Antaranya
kaedah Berubat. Kaedah Berubat memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang. Antaranya
bomoh, penjaga kakas (menjaga barang-barang perubatan) dan tukang pukul rebana. Terdapat
beberapa lagu untuk memanggil ' anak antu ' yang digunakan bomoh dalam kaedah perubatan.

Sebelum memulakan kaedah berubat, alatan-alatan seperti kapur sireh dan pinang,
kemian, bertih, bonglai, tepung beras dan alatan pemainan ' anak antu ' disediakan. Bomoh
akan berselubung di dalam kain sebagai tanda permulaan Berubat. Bertih akan dicampakkan
ke arah bomoh oleh pembantunya. Bertih tadi merupakan tanda ' anak antu ' telah masuk ke
dalam badan bomoh. Bomoh akan mula menyanyi dalam bahasa yang sukar difahami. Rebana
akan dipukul mengikut rentak nyanyian oleh bomoh. Seterusnya bomoh akan mengambil
penyakit ketika upacara berlangsung. Penjaga kakas akan memberikan alatan-alatan yang
diminta oleh bomoh. Upacara berakhir apabila bertih dicampakkan kepada bomoh bertujuan
untuk menghalau ' anak antu 'keluar daripada badan bomoh.

2.2 PERKAHWINAN SUKU JAKUN

Adat perkahwinan suku kaum ini bermula dengan rombongan merisik yang diketuai oleh
ketua keluarga pihak lelaki bersama Tok Batin. Amalan ini dilakukan secara senyap dan hanya
diketahui oleh keluarga sebelah lelaki dan perempuan sahaja. Setelah kedua belak pihak
mencapai kata sepakat maka diikuti dengan upacara meminang serta hantaran diikuti dengan
penetapan tarikh majlis perkahwinan. Cincin belah rotan digunakan sebagai tanda
pertunangan, pengeras (batu kepala) satu suku(dua puluh lima sen) ,dan kelengkapan serba
satu (sepasang pakaian, sepasang kasut, alat-alat solek, sehelai sapu tangan dan satu set
perkakas jahitan iaitu gunting, jarum, dan benang).

Lazimnya, rombongan peminangan terdiri daripada ibubapa pihak lelaki, saudara mara
terdekat, dan Tok Batin. Tok Batin bertindak sebagai saksi dan penasihat adat perkahwinan.
Jika sekiranya dari kampung atau wilayah berlainan maka melibatkan kedua-dua Tok Batin dari
wilayah atau kampong tersebut hadir sama sebagai penasihat dan saksi. Jika perlu, peranan
Tok Batin jugaboleh bertindak sebagai wali, dalam situasi tertentu.Seterusnya, dan sebelum hari
perkahwinan, bermula dengan jemputan rasmi kepada anggota keluarga yang terdekat. Lebih
terhormat lagi jemputan ini dilakukan dari rumah ke rumah oleh pihak pengantin lelaki atau
perempuan yang berkenaan terhadap saudara mara atau waris masing-masing. Jemputan juga
dilakukan terhdap sahabat-handai, rakan-rakan dan jiran. Biasanya kedua-dua belah
pihakberkumpul di rumah pengantin perempuan sehari sebelum. Pada malamnya dimulakan
dengan upacara malam berinai yang merupakan sebahagian daripada persiapan sebelum
majlis persandingan pada keesokan harinya.

Sebelum majlis persandingan bermula dengan perarakan pengantin lelaki ke rumah


perempuan dan seterusnya ke jinjang pelamin .Perarakan ini diiring oleh kaum keluarga
terdekat beserta dengan bunyi gong dan gendang . Setelah sampai di halaman rumah salah
seorang dari kumpulan perarakan pengantin lelaki memberi salam dalam bentuk pantun, dan
pantun dibalas oleh pihak pengantin perempuan.

Setelah berbalas pantun, gendang dipalu lagi diikuti dengan tarian lian buah pukul(silat
menyambut kedatangan pengantin lelaki) oleh pihak pengantin lelaki serta pihak pengantin
perempuan, dan kebiasaannya juga dua orang. Di atas pelamin menurut adatnya juga
pengantin perempuan duduk sebelah kiri pengantin lelaki.Adapun, pasangan pengantin di atas
pelamin itu juga di sebut Raja Sehari . Seterusnya, diikuti dengan tarian (silat) sembah
pengantin .

Tempung Tawar direnjis tanda restu anggota keluarga, saudara mara, sahabat handai
dan tetamu.Selesai upacara persandingan kedua-dua pengantin diiringi masuk kedalam rumah
dan diikut dengan majlis amanat dari generasi tua waris terdekat kepada pasangan pengantin
yang diketuai oleh kedua-dua Tok Batin.Masyarakat Orang Asli mengaanggap perkahwinan
sebagai sesuatu yang suci dan perceraian sebagai sesuatu yang durjana. Aspek kasih sayang,
persefahaman, keserasian, dan seumpamanya lagi merupakan elemen-elemen penting
dalamperkahwinan.Seseorang Orang Asli yang memohon perceraian dikatakan telah
mengabaikan tanggungjawab orang dewasa dan memutuskan komitmen sepanjang
hayat.Perceraian dianggap sebagai tidak bermoral dan bertentangan nilai dan norma suku
kaum itu, masyarakat Orang Asli.
3.0 PANTANG LARANG

1. Ladang Padang
(a) Dilarang mencabut atau mengubah kayu-kayu yang ditanam atau dijadikan sebagai
sempadan antara satu ladang dengan ladang lain. Jika tidak seseorang akan jatuh
sakit atau terkena pawang yang akan menyebabkan segala tanaman di situ tidak
menjadi dan dimusnahkan oleh musuh tanaman.
(b) Sangkak yang ditanam dalam kawasan ladang sangat penting untuk pemujaan
hantu dan syaitan supaya menjaga segala tanaman serta membawa hasil yang
lumayan kepada ladang tersebut.
(c) Seseorang dilarang mengambil buah-buahan di dalam ladang yang baru sebelum
pawang memulakannya terlebih dahulu atau membuka pantang.

2. Makanan
Bagi tetamu yang menolak jamuan, hal ini adalah kurang sopan. Hal ini kerana suku
Jakun mengeratkan hubungan silatulrahim antara tetamu dengan tuan rumah melalui
menikmati jamuan yang diberi oleh tuan rumah.
Sebelum meninggal rumah,tetamu biasa akan meninggalkan pesanan yang baik dan
tuan rumah akan membalas dengan ucapan selamat dan mengharap tetamu akan
datang lagi pada musim buah-buahan atau menuai.
Pantang larang berikut perlu dipatuhi:
(a) Air yang bertakung di dalam tin dan botol ataupun di batang-batang kayu tidak boleh
dilangkah atau didekati kerana seseorang boleh mendapat sakit busung.
(b) Dilarang makan buah-buahan yang pokoknya tumbuh di bawah kayu teras atau
berapit serta dahan atau batangnya bertakung air kerana dikhuatiri akan mendapat
sakit.
(c) Mengeji dan mengata kepada benda-benda makanan akibatnya boleh
mendatangkan sakit cirit dan kembung perut yang berpanjangan
(d) Kanak-kanak dilarang makan daging rusa, kijang, burung helang. Mereka akan
dapat sawan.

4.0 KEPERCAYAAN
Suku bangsa Jakun di negeri Johor percaya wujudnya dua tuhan (Tuhan Atas dan
Tuhan Bawah), dewata, keramat dan roh-roh penting dalam kehidupan mereka. Tuhan Bawah,
suami kepada Tuhan Atas yang mana tugasnya menjaga bumi. Tuhan Atas pula adalah sebagai
isteri yang memayungi bumi atau Tuhan Bumi. Mereka mempunyai
pegangan ruyub dan raib (kitab suci masyarakat jakun dalam bentuk lisan) yang diwariskan
dalam bentuk lisan.

PERAYAAN

1. Hari perayaan

Perayaan ini akan diadakan pada setiap tahun. Kebiasaannya diadakan semasa cuti Tahun
Baru Cina. Hal ini disebabkan pada hari tersebut, semua penduduk ada di kampung dan
mendapat cuti sempena Tahun Baru Cina tersebut. Tujuan mengadakan perayaan ini adalah
memuja dan menjauhkan dari segala bencana untuk kampung dan semua penduduk kampung
tersebut. Perayaan ini juga ditetapkan dan didahului oelh seorang Tok Pawang atau bomoh
kampung.

Pada ketika ini, kunjung-mengunjung tidak digalakkan, malah tidak dibenarkan


langsung. Orang luar tidak dibenarkan masuk ke kampung yang sedang menjalankan istiadat
ini. Hal ini dipercayai disebabkan takut hantu-hantu jahat mengikut masuk bersama mereka
tersebut.

Tok Pawang akan mendahului upacara dengan mengadakan satu tempat khas bagi
memuja dan menghalau segala syaitan. Di kawasan upacara ini dipasangkan sangkak dan
disediakan satu tempat makan bagi sajian hantu dan syaitan dan hantu yang dipanggil untuk
bersama-sama makan. Perkara ini hanya diketahui oleh Tok Pawang sahaja. Pada saat ini, Tok
Pawang dan pengiringnya memuja dan mengelilingi sangkak yang telah disediakan dengan
penuh adat istiadat dan kepercayaannya.

Penduduk lain yang diketuai oleh ketua kampung atau batin akan menyediakan
makanan yang agak luar biasa dari hari kebiasaannya. Juadah tersebut seperti lemang, kuih-
muih dan lauk yang lazat seperti ayam, daging dan lain-lain.

Selama tiga hari orang kampung dilarang :-

Mencangkul tanah atau membajak


Mandi secara riuh rendah
Memetik segala daun-daun yang hidup seperti pucuk ubi.
Mengupas batang pisang atau kulit kayu yang menyerupai cahaya putih.
Membenarkan orang kampung lain masuk ke kampung yang telah dibela (pagar).

2. Berjerom

Orang Jakun masih percaya kepada hantu, keramat, dewa-dewa dan adat istiadat
mengubat pesakit secara berjampi dan ia masih diamalkan sehingga kini. Semangat puaka
yang berkaitan dengan tuhan atas dan tuhan bawah masih tebal dalam ingatan mereka.

Upacara berjerom akan diadakan di tempat berpuaka seperti batu besar, gua batu, lubuk
sungai, pokok-pokok seperti pokok sena, pokok beringin, ara, merbau dan meranti. Oleh itu,
sekiranya orang luar yang tidak mengetahui tempat-tempat yang telah diberjerom ini tidak
debenarkan sama sekali mengusik barangan yang telah diletakkan di tempat-tempat tersebut.

Pada hari itu, mereka akan menurunkan segala ilmu tangkal jampi serta kepandaian
bomoh kepada individu yang terpilih. Semua penduduk kampung akan berkumpul dalam
upacara tersebut di mana sebelah malamnya, bomoh-bomoh akan menurunkan segala tangkal
jampi kepada bakal bomoh yang baru.

5.0 KEBUDAYAAN DARI KELAHIRAN HINGGA KEMATIAN

KELAHIRAN ANAK SUKU JAKUN

Si suami atau jiran akan menghebahkan berita kepada jiran yang berhampiran apabila
sudah sampai masanya si isteri akan bersalin.Pada ketika ini, kaum wanita akan datang
menolong sehingga bayi dilahirkan.

Hal ini sudah menjadi adat dan kepercayaan bagi masyarakat Orang Ulu di mana suami
terpaksa turut sama berpantang semasa isterinya mengandung. Suami dilarang memakan atau
menyentuh benda-benda yang menyerupai dan mempunyai bentuk dan sifat seperti haiwan dan
menjala ikan kerana ia dipercayai boleh mendatangkan kesusahan kepada si ibu semasa
hendak melahirkan anak dan membawa akibat yang buruk kepada bayi yang akan dilahirkan
nanti. Suami dan isteri juga tidak dibenarkan memakan daging rusa dan kijang. Pelawat adalah
dilarang memuji kecantikkan bayi tersebut.
KEMATIAN SUKU JAKUN

Ketika berlaku kematian sebilangan penduduk di kampung atau wilayah itu akan datang
menziarahi si mati. Berita sedih kematian disampaikan oleh pihak keluarga si mati. Aktiviti
harian seperti berladang, memburu, berotan, dan sebagainya dihentikan seketika bagi
mengelakkan ditimpa malapetaka. Derma ikhlas dilakukan samada wang, berupa makanan dan
minuman atau barang-barang masakan kepada keluarga si mati dilakukan mengikut
kemampuan masing-masing untuk persiapan upacara pengembumian. Setelah menerima
khabar kematian biasanya, telinga kanak-kanak diconteng dengan kapur sireh atau arang yang
telah dijampi bagi mengelakkan tersampuk (terkena gangguan roh si mati atau hantu syaitan).

Sebelum mayat dikebumikan, dimandikan terlebih dahulu dengan air biasa seterusnya
badan si mati disapu bedak tepung tawar. Setelah selesai dimandikan, simati dikapankan
menggunakan kain putih tujuh lapis, dalam keadaan terbujur tangan bersilang di dada,
bahagian muka dibuka, serta mayat diikat tujuh dan dimasukkan ke dalam keranda.
Dikebumikan di kawasan perkuburan nenek moyang dengan menggali lubang berbentuk empat
segi bujur sedalam tidak kurang melepasi paras dada. Sudah menjadi amalan nenek moyang
mereka dimana kedudukan keranda iaitu bahagian kepala mayat ditanam ke arah matahari
terbenam.

Dalam suasana kesedihan, anggota keluarga, sudara mara serta rakan-rakan dan lain-
lain yang hadir diberi peluang mencampakkan segengam tanah ke lubang kubur sebelum
ditimbus sepenuhnya sebagai tanda bekalan dan melepas si mati kembali kepada asal usul
kejadian manusia, kembali tanah (bumi). Seterusnya, tiang nisan didirikan dengan tujuh lilitan
tali kain kapan (cebisan tepi kain kapan). Ahli keluarga dan saudara mara juga berkesempatan
menyiram air di atas kubur, malahan ada juga yang bersiram, masing-masing mengucapkan
kata selamat ke alam baru dan mengingati roh si mati jangan mengacau ganggu ahli keluarga
serta sudara marayang masih hidup.

Biasanya juga ahli keluarga si mati akan membawa bersama makanan (termasuk kapur
sireh dan rokok) serta air (tea / kopi / milo / susu / air biasa dan / atau kesemuanya), diletakkan
pada bahagian kaki kubur si mati, danmemasang api. Pokok Bunga Cempaka atau lain-lain
pokok bunga yang bersesuaian ditanam sebagai tanda peringatan dan keindahan alam baru si
mati.Anggota keluarga, sudara mara serta rakan-rakan, masing-masing meninggalkan tanah
perkuburan dengan tidak menoleh kebelakang, sejauh tujuh langkah dari kubur. Sekembali dari
upacara pengkebumian, daun limau selit di dinding rumah agar roh simati tidak lepas masuk ke
dalam rumah dan terhenti di situ sahaja. Orang yangterlibat dalam aktiviti pengebumian
hendaklah mandi terlebih dahulu sebelum naik ke rumah. Sementara pakaian yang dipakai
semasa menziarahi kematian, alatan seperti cangkul, pengali, dan sebagainya, juga tidak boleh
dibawa naik terus kedalam rumah dan biasanya diletak bejauhan atau luar rumah.Ahli keluarga,
dan sudara mara terdekat juga akan mengadakan kenduri kecil setelah genap tujuh hari
pemergian si mati atau disebutnujuh hari .

Jenis masakan dan minuman biasa dihantar ke kubur awal pagi. Setelah genap seratus
hari, sekali lagi dibuat kenduri besar sedikit disebut meratus Seluruh warga kampung dijemput
datang. Seperti biasa juga, masakan dan minuman biasa dihantar ke kubur berserta unggun api
dipasang.

Selepas meratus hari semua harta benda atau harta pusaka kepunyaan si mati
diagihkan kepada ahli keluarga atau waris yang layak atau juga sekiranya diwasiatkan oleh si
mati sebelum meninggal. Barangan pusaka atau barangan peninggalan yang tidak diperlukan
akan dibakar, manakala barangan harta benda yang selalu sangat digunakan oleh si mati
semasa hidup, biasanya dihantar ke kubur beliau.
(a) PILIH SATU KUMPULAN ETNIK / KAUM DAN
JELASKAN ASPEK SEJARAH, ADAT
RESAM, PANTANG LARANG,
KEPERCAYAAN DAN KEBUDAYAAN
BERMULA DARI KELAHIRAN HINGGA
KEMATIAN DALAM BENTUK ESEI

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan


memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya
dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Implikasi kepelbagaian sosio-budaya ini
melibatkan guru,sekolah, kurikulum tersirat dan terutamanya murid.

Kelas sosial serta penempatan merupakan implikasi sosiobudaya terhadap murid.


Terdapat tiga golongan iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Iainya wujud daripada taraf
pendidikan dan sosioekonomi keluarga. Murid yang berkelas sosial rendah akan mengalami
kesukaran dalam pembiayaan pembelajaran serta pendedahan meluas terhadap pendidikan.
Mereka kebiasaannya bertempat dikawasan luar Bandar seperti di pendalaman. Berbeza
dengan golongan sederhana dan tinggi kerana penempatan mereka di pinggir Bandar dan
Bandar memberi impak kepada pendedahan pendidikan yang lebih luas dan jelas.

Selain itu, gender murid. Secara jelasnya bahawa murid lelaki dan perempuan
mempunyai perbezaan yang ketara di dalam penerimaan pembelajaran. Murid lelaki
kebiasaannya akan mendapat lebih perhatian dan mempunyai interaksi yang baik terhadap
guru berbanding murid perempuan. Tetapi murid perempuan mempunyai daya ketekunan yang
tinggi didalam kelas berbanding murid lelaki dan ini akan memberi tamparan yang hebat kepada
seorang guru dalam mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran terhadap mereka.

Murid-murid juga mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya,


agama dan persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosiobudaya di dalam
kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup mereka.
Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang
berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan
proses pembelajaran.

Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus
dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling percaya dan
mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan
agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat
dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan
seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran memacu pembangunan Negara.
Murid digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek
mengikut kaum hendaklah dielakkan, murid mesti diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan
menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan laras bahasa yang tepat mesti diamalkan dalam
situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya
tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan
membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan


jantina. Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat
seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu
perkara dengan lebih jelas. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam
interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid harus diberikan peranan dan
tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas mereka.
Ahli jawatankuasa keceriaan kelas perlu diujudkan disamping jawatan ketua dan penolong
ketua kelas. Dengan ini setiap murud dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam
kelas mereka.

Kepelbagaian sosiobudaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan masalah


didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai contoh,
seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku sahabatnya yang bermasalah
apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu peka terhadap perubahan murid agar
tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di
ubah sikapnya.
(b) BINCANGKAN IMPLIKASI KEPELBAGAIAN
SOSIOBUDAYA DALAM KALANGAN
PELAJAR TERHADAP PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
DALAM BILIK DARJAH
(c) CADANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENANGANI KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN
BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR DI
DALAM KELAS.
Di dalam bilik darjah yang berbilang kaum, terdapat beberapa strategi yang boleh
digunakan oleh guru untuk menangani masalah tersebut. Setelah guru mampu memahami serta
mengenali setiap jenis pelajar di dalam kelas, impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan
daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Guru harus melibatkan murid secara aktif dalam bilik darjah. Lave dan Wenger (1991)
mencadangkan seseorang individu akan menjadi berpengetahuan dan berkemahiran dalam
penglibatannya. Beliau boleh mengembangkan identitinya serta perasaan kepunyaannya
terutama sebagai ahli kepada sesuatu kumpulan. Wenger (1998) mengembangkan pandangan
mengenai pembelajaran melalui penglibatan sosial berkenaan. Guru mesti menolong murid
membentuk Konsep Kendiri Positif supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan
perasaan yang seronok.

Guru harus memberi penerimaan dan layanan yang adil kepada murid. Mengikut Noriati
at el mengenali latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam,
kepercayaan dan agama akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada
individu pelajar. Guru tidak seharusnya melayan pelajar sebagai satu kelompok individu,
kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang
mempunyai keunikan. Justeru, guru perlu memberi layanan yang adil mengikut keperluan
individu pelajar.

Guru hendaklah mengajar tanpa mengira kaum atau status sosial seorang murid dengan
mewujudkan kumpulan pelbagai kategori supaya murid-murid yang tercicir tidak merasa
tersisih.Guru perlu melayan keperluan murid ke arah memperkembang potensi mereka secara
optimum. Mereka dapat berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain tanpa ada perasaan
rendah diri. Menurut Rohand Meighan (1986), Kelas Sosial mengambarkan perbezaan cara
hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

Guru juga harus mengurangkan prasangka dan streotaip murid. Guru perlu membantu
pelajar supaya bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-
rakan mereka dengan cara memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif
terhadap ras dan kelompok lain. Cara kedua ialah menambahkan kontak pelbagai latar
belakang dengan aktiviti-aktiviti terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif.
Dalam kaedah ini, pelajar bekerjasama belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh
pelajar berbilang kaum, kebolehan dan keistimewaan.
Bilik darjah juga harus diurus dengan sesuai. Pengurusan hal-ehwal murid dalam bilik
darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan guru dapat menjinakkan mereka,
bercakap bahasa lembut, menegur dan membetul kesilapan dengan cara berhemah, di
samping menggunakan segala sifat akan mempercepat proses kecintaan dan kesetiaan murid
terhadap gurunya. Guru perlu melayan keperluan murid ke arah memperkembang potensi
mereka secara optimum. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum
dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku
dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan
tepat.

Menurut Noriati A Rashid et al mengurus pelajar yang ramai berlainan latar belakang
bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai satu komuniti kecil di dalam bilik darjah, kawalan
tingkah laku dianjurkan melalui peraturan dan rutin harian bilik darjah. Pematuhan peraturan
menjadi satu keperluan untuk mewujudkan suasana yang terkawal.

Tambahan pula, guru harus menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran mengikut


tahap pencapaian murid. Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah
akademik murid yang lemah melalui pelbagai kaedah yang sesuai seperti penganjuran kem-
kem motivasi dan sebagainya. Masa pengajaran dapat digunakan semaksimumnya untuk
melakukan banyak aktiviti yang merangsangkan minda. Ini boleh dilakukan dengan
menggunakan kata-kata bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka (Sense
Humour).

Guru juga perlu menghormati murid-murid, bersikap adil, hukuman berbentuk deraan
tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan murid dengan guru akan
renggang serta memberi teguran umum berbentuk nasihat tetapi bukan leteran. Guru perlu
bertanggungjawab untuk membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan
latar belakang dari pelbagai Sosio-Budaya.

Dalam bidang pendidikan, Akta pelajaran 1961 menekankan penggunaan bahasa


kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Penggunaan bahasa merangkumi penggunaannya
secara betul dan jitu di dalam dan di luar bilik darjah. Contohnya, di dalam kelas sebaik-baiknya
hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan kerana memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran walaupun terdapat pelbagai kaum di dalam kelas tersebut supaya satu
persekitaran yang kondusif dapat terbentuk.
Menurut Syed Ismail Syed Mustapa (2012) aspek bahasa harus diberi pertimbangan
yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah menyebabkan
berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi impak kepada pembelajaran.
Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan.

Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang sama rata kepada murid
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Pembelajaran Faktor ini mendesak guru
menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting
kepada guru untuk memahami tingkahlaku danbudaya murid supaya sebarang tindakan dapat
dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan
untuk membentuk perangai murid kadang kala mengambil masa yang agak lama. Apabila
berlaku perubahan ke arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih.

Sebagai seorang pendidik sudah menjadi tanggungjawab guru untuk membimbing


pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik dan sosial. Kepelbagaian
sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian yang
sesuai bagi membolehkan setiap pelajar mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang
berkesan.
BIBLIOGRAFI

- BUKU RUJUKAN
Zaki Yaakob 1964. Prinsip Ilmu Masyarakat. Kota Bahru Pusta Dian Press.
Surojo 1978. Penghantar Asas Hukun Adat, Dalam Penghantar Undang-undang Adat di
Malaysia(Terjemahan) Abdullah Sidek. Kuala Lumpur: Penerbitan:Universiti Malaya.
Abdullah Sidik 1975. Penghantar Undang-undang Adat di Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Ali@Zainalabidin Syed Mohamed. 2006. Impak Perwartaan Taman Negara Endau
Rompin Dan Penswastaan Rancangan Pengumpulan Semula Terhadap Masyarakat
Jakun Di Bekok, Johor. Projek Penyelidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azizalfarizy. 24 Jun 2012. Melestarikan dan Menjaga Aset Bangsa. Atas Talian :
http://azizalfarizy.wordpress.com/2012/06/24/melestarikan-dan-menjaga-asetbangsa/[12
Febuari 2013].
Faridatul Akma Abdul Latif & Siti Rasidah Md Sakip. 2005. Pengekalan dan
Pemuliharaan Landskap Budaya Kampung Melayu. Kajian Kes : Kampung Pulau
Duyong, Kuala Terengganu. Shah Alam : Universiti Teknologi Mara.
Haliza Abdul Rahman. 2010. Penglibatan Masyarakat Peribumi Dalam Isu Berkaitan
Persekitaran. Tinjauan Terhadap Suku Mah Meri Di Pulau Carey, Kuala Langat,
Selangor. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Hood Salleh. 2004. Dunia peribumi
dan alam sekitar: Langkah ke hadapan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Juli Edo. nd. Adat Dan Nilai Masyarakat Orang Asli. Kuala Lumpur : Universiti Malaya

- SUMBER INTERNET
Senoipraaq, 12 Jan 2014, Orang Asli - Kaum Jakun, retrieved pada 25 Feb 2015 from
http://abdul-ucop.blogspot.com/2014/01/orang-asli-kaum-jakun.html.
Edy_1808, 4 Sept 2011, Kaum Orang Asli Malaysia, retrieved pada 2 Mac 2015 from
http://edika93.blogspot.com/2011/09/suku-kaum-jakun.html
Tok Janggut Aur, 14 April 2009, Kaum Jakun, retrieved pada 17 Mac 2015 from
http://tokjanggutaur.blogspot.com/2009/04/kaum-jakun.html

- Jurnal
Noraida binti Harun (2010). Akta Orang Asli 1954(AKTA 134): Sejauh Mana Melindungi
Hak Orang Asli, (m/s 56-112), Kuala Terengganu: Percetakan Nasional Malaysia
Berhad.
Jamuluddin Samsudin(1999).Dialek Negeri Sembilan- Satu Pandangan, (m/s 34-
87), Warisan: Jurnal PersatuanSejarah Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan.

Anda mungkin juga menyukai