Anda di halaman 1dari 6

TEMA: SEJARAH EKONOMI

TAJUK: PERKEMBANGAN KEGIATAN PERUSAHAAN KEROPOK AMPLANG


DI KAMPUNG MUHIBAH JAYA, DAERAH TAWAU ( 2005 2015 )

1.0 Pengenalan

Amplang ialah sejenis makanan ringan yang kebiasaannya berbentuk bulat dan
berwarna putih serta berasaskan ikan. Amplang merupakan produk yang dikenali berasal dari
ketapang Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia. Sekitar tahun 1990-an, amplang mula
diperkenalkan dan dijual di Malaysia apabila mendapat sambutan yang menggalakkan.
Daerah Tawau merupakan perintis dalam menghasilkan dan memasarkan produk amplang
bersesuaian sebagai tempat yang memperkenalkan makanan itu kepada masyarakat Sabah.
Terdapat sebuah kawasan perusahaan keropok amplang yang terkenal di daerah tersebut,
iaitu di Kampung Muhibah Jaya, Tawau iaitu kilang Syarikat Rosmie Bersaudara.
Perusahaan keropok amplang di kawasan tersebut telah mengalami perkembangan yang pesat
dan ia menjadi satu tajuk yang sesuai untuk dikaji.

2.0 Objektif Kajian

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk menyelidik sejarah awal perusahaan
keropok amplang di Kampung Muhibah Jaya. Dengan adanya kajian ini, masyarakat dapat
mengetahui bagaimana kegiatan perusahaan keropok amplang di kampung tersebut mula
dijalankan.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjelaskan sumbangan yang diberikan oleh
Syarikat Rosmie Bersaudara yang bertapak di kampung tersebut dari tahun 2005 sehingga
2015. Penulisan ini membolehkan dapat mengenalpasti sumbangan yang diberikan oleh
perusahaan keropok amplang kepada masyarakat Tawau.
Malah, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh Syarikat Rosmie Bersaudara semasa kegiatan perusahaan keropok amplang
dijalankan. Ini kerana dalam tempoh kajian tersebut banyak masalah yang dihadapi oleh
syarikat tersebut di Kampung Muhibah Jaya.
3.0 Permasalahan Kajian

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui bagaimana kegiatan


perusahaan keropok amplang mula dijalankan oleh Syarikat Rosmie Bersaudara. Ini kerana
kegiatan perusahaan keropok amplang ini pada mulanya dapat dikaitkan dengan makanan
tradisi masyarakat di daerah Tawau. Ini menjadikan kajian ini menarik untuk dijalankan.

Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk meninjau apakah sumbangan
yang diberikan oleh kilang Syarikat Rosmie Bersaudara di Kampung Muhibah Jaya kepada
msayarakat Tawau. Melalui kajian ini dapat mengetahui sumbangan - sumbangan yang telah
diberikan oleh kilang perusahaan keropok amplang tersebut kepada masyarakat Tawau.

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi oleh
syarikat tersebut yang menjalankan kegiatan perusahaan keropok amplang dalam lembah
kajian. Melalui kajian ini dapat melihat cabaran - cabaran yang dihadapi oleh syarikat
keropok amplang tersebut.

4.0 Skop Kajian

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh
kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada kawasan
Kampung Muhibah Jaya yang terletak di daerah Tawau. Kawasan ini terletak 7 km dari
pusat Bandar Tawau. Ini kerana hanya kilang Syarikat Rosmie Bersaudara sahaja yang
menjalankan kegiatan perusahaan kerupuk amplang di kawasan tersebut.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini menjadi tempoh masa dari tahun 2005
sehingga 2015. Tempoh kajian selama 10 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut
berlaku perkembangan yang pesat dalam kegiatan dan pengeluaran keropok amplang di
kawasan tersebut.

Manakala dari aspek yang dikaji pula terdapat 3 aspek difokuskan. Ia tertumpu
kepada asal usul permulaan perusahaan keropok amplang dilakukan oleh Syarikat Rosmie
Bersaudara di kampung tersebut. Dengan kajian ini dapat mengetahui bagaimana permulaan
kegiatan perusahaan keropok amplang dijalankan. Malah kajian ini juga berfokus kepada
penelitian terhadap masalah - masalah yang dihadapi oleh Syarikat Rosmie Bersaudara
dalam menjalankan kegiatan perusahaan keropok amplang pada sepanjang tempoh kajian.
Dengan ini dapat mengenalpasti adakah masalah - masalah tersebut berbeza atau berulang.
Selain itu, kajian ini memberi tumpuan kepada sumbangan yang diberikan oleh Syarikat
Rosmie Bersaudara di Kampung Muhibah Jaya kepada masyarakat Tawau.

5.0 Sorotan Kajian Lepas

Secara umumnya terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan kegiatan
perusahaan keropok amplang di Malaysia. Tambahan lagi daerah Tawau sahaja yang
merupakan tempat pengeluaran keropok amplang yang terbesar di Malaysia. Namun hanya
perusahaan keropok amplang Rosmie Bersaudara sahaja yang merupakan sebuah perusahaan
yang terkenal di daerah tersebut. Antaranya adalah penulisan yang dihasilkan oleh Assim
Hassan, bertajuk Keropok Amplang Popular di Sabah dalam www.utusan.com. Penulisan
ini dibahagikan kepada 3 iaitu menerangkan tentang perusahaan kilang Syarikat Rosmie
Bersaudara , latar belakang lokasi kajian dan sejarah perusahaan keropok amplang. Hasil
pembacaan, ia menjelaskan bagaimana perusahaan kilang Syarikat Rosmie Bersaudara yang
bertapak di kawasan kajian iaitu Kampung Muhibah Jaya telah menjalankan kegiatan
perusahaan keropok amplang. Dalam bahagian ini, dijelaskan tentang beberapa perkara
seperti jumlah pengeluaran keropok amplang di Syarikat Rosmie Bersaudara setiap hari dan
jenis - jenis bahan yang digunakan untuk membuat keropok amplang. Ia suatu yang
menarik untuk dibaca kerana didapati setiap kawasan yang menjalankan perusahaan keropok
amplang pasti mempunyai cara tersendiri dalam menghasilkan keropok amplang yang sangat
sedap. Dari kajian ini menarik minat pengkaji untuk mengupas kajian yang belum lagi
dilakukan terhadap perkembangan kegiatan perusahaan keropok amplang di Kampung
Muhibah Jaya.

Satu lagi kajian berkaitan kegiatan perusahaan keropok amplang juga terdapat di
artikel yang dihasilkan oleh Ninie Gumbang yang bertajuk Keropok Amplang, Makanan
Ringan Popular Di Sabah di dalam laman web www.pressreader.com. Dalam artikel ini juga
menyelitkan jua perkembangan kegiatan perusahaan keropok amplang pada zaman dahulu
yang merupakan hanya makanan tradisional penduduk desa kini berjaya menembusi pasaran
Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Hasil pembacaan ini menarik minat pengkaji untuk
meneroka kajian perkembangan kegiatan perusahaan keropok amplang di Kampung Muhibah
Jaya.

Satu lagi penulisan yang menerangkan tentang perushaan keropok amplang yang
bertajuk Amplang Semakin Digemari oleh Zulhisham Ishak dalam
http://ww1.utusan.com.my/. Penulisan ini juga menerangkan tentang salah satu makanan
tradisional masyarakat melayu berketurunan Bugis di Sabah iaitu keropok amplang. Terdapat
juga penerangan tentang perkembang kegiatan perusahaan keropok amplang di mana
makanan tradisional tersebut telah dikomersialkan oleh pengusaha industri kecil dan
sederhana ( IKS ) di negeri ini. Penulis menyatakan bahawa terdapat ramai pengusaha IKS
keropok amplang di Tawau yang memasarkan produk mereka ke seluruh Sabah terutama ke
bandar - bandar utamanya. Kajian yang dilakukan pasti akan menarik minat pengkaji untuk
menghasilkan kajian perusahaaan keropok amplang di Kampung Muhibah Jaya.

6.0 Kaedah Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan 3 kaedah untuk mendapatkan


maklumat. Pada mulanya, penulis menjalankan kaedah kepustakaan bagi memperolehi
sumber primer dan sumber sekunder. Kaedah kepustakaan dijalankan di Perpustakaan Negeri
Cawangan Tawau dan Mini Perpustakaan Merotai. Ini dilakukan untuk mendapatkan rekod -
rekod berkenaan berkaitan kegiatan perusahaan keropok amplang bagi Kampung Muhibah
Jaya.
Malah penulis juga mendapatkan maklumat melalui kaedah lapangan. Penulis akan
turun ke kawasan kajian iaitu kilang Syarikat Rosmie Bersaudara di Kampung Muhibah
Jaya, Tawau. Melalui kaedah ini, penulis dapat meniliti kawasan kegiatan perusahaan
keropok amplang di Syarikat Rosmie Bersaudara dan mengambil beberapa gambar sebagai
bukti penulis telah pergi ke kawasan kajian.

Selain itu, penulis juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Soalan -
soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Antara yang terlibat
adalah pengusaha kilang Syarikat Rosmie Bersaudara. Maklumat yang diperoleh akan dicatat
dan dirakam.
7.0 Pembahagian Struktur Esei

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu


bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan
menjelaskan kegiatan perusahaan keropok amplang yang dijalankan di Kampung Muhibah
Jaya. Bahagian ini juga menerangkan secara umum latar belakang Kampung Muhibah Jaya
yang menjadi kawasan kajian. Seterusnya penulis akan mengaitkan dengan tujuan kajian
dijalankan secara umum.

Pada bahagian isi pula, penulis akan membincangkan fokus dan isu kajian yang
terbahagi kepada 3 aspek. Aspek yang pertama adalah meninjau permulaan atau asal usul
kegiatan perusahaan keropok amplang yang dijalankan oleh kilang Syarikat Rosmie
Bersaudara. Seterusnya penulis akan menghuraikan masalah - masalah yang dihadapi oleh
pengusaha yang mengusahakan kilang keropok amplang dalam tempoh kajian. Malah penulis
juga akan menjelaskan sumbangan yang telah diberikan oleh kilang Syarikat Rosmie
Bersaudara kepada masyarakat Tawau.

Aspek terakhir iaitu bahagian kesimpulan, penulis akan merumus hasil kajian
berkenaan.

8.0 Penutup

Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini akan dapat menambahkan lagi khazanah
tentang kegiatan perusahaan keropok amplang terutamanya di kawasan yang agak asing bagi
masyarakat luar. Ini sekaligus akan membolehkan Kampung Muhibah Jaya akan dikenali
ramai bukan sahaja sebagai kawasan petempatan tetapi jua degan kegiatan perusahaan
keropok amplang yang unik.
9.0 Bibliografi

Sumber Primer

Laporan Tahunan Majlis Perbandaran Tawau 2015

Laporan Tahunan Industri Kecil dan Sederhana di Bawah SEDCO Tawau 2015

Sumber Sekunder

Assim Hassan, Keropok Amplang Popular di Sabah , www.utusan.com (diakses pada 31


Januari 2017)

Ninie Gumbang, Keropok Amplang, Makanan Ringan Popular di Sabah,


www.pressreader.com (diakses pada 30 Januari 2017)

ZulHisham Ishak, Amplang Semakin Digemari, ww1.utusan.com (diakses pada 31 Januari


2017).

Sumber Lisan

Temu bual dengan Ketua Kampung Muhibah Jaya, Tawau

Temu bual dengan Pengusaha kilang Syarikat Rosmie Bersaudara, Tawau

Temu bual dengan kaki tangan pekerja di kilang Syarikat Rosmie Bersaudara, Tawau

Temu bual dengan Temubual dengan Pegawai Pembangunan IKS SEDCO Cawangan,

Tawau

Temubual dengan Pegawai Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Tawau.

Anda mungkin juga menyukai