Anda di halaman 1dari 3

SJKT LADANG KAMPAR

31900 KAMPAR, PERAK.

KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA 2015


PERUNTUKAN BANTUAN SUKAN SEKOLAH (BSS)

1.PENDAHULUAN

Sukan merupakan suatu aspek yang perlu diberi penekanan dalam


perkembangan mental dan fizikal murid-murid di sekolah. Kegiatan-kegiatan yang
berunsurkan sukan perlu dijalankan kerap kali di sekolah untuk meningkatkan
penglibatan murid-murid secara menyeluruh dalam bidang sukan. Selaras dengan tujuan
berkenaan, sekolah akan mengadakan suatu program di bawah dasar 1 Murid 1 Sukan
iaitu program Sukaneka 2015.

2.MAKLUMAT PROGRAM

Melalui program ini, pencapaian murid-murid dalam bidang ko-kurikulum


dapat dinilai dengan lebih teliti. Sukaneka ini akan dijalankan dengan kerjasama guru-
guru dan sokongan ahli PIBG sekolah. Program ini dijalankan sebagai susulan kepada
Temasya Sukan Tahunan yang telah berlangsung beberapa bulan lepas dan 1 Murid 1
Sukan.

3.OBJEKTIF

Melahirkan murid-murid yang cergas dari segi tubuh badan dan secara mental
dengan penglibatan murid yang menyeluruh.

Memupuk sifat bekerjasama serta semangat kesukanan yang tidak berbelah bagi
semasa Sukaneka dijalankan.

Melahirkan generasi muda yang cergas dan cerdas serta bersemangat kesukanan.

4.KUMPULAN SASARAN

Murid-murid SJK(T) Ladang Kampar yang terdiri daripada murid-murid tahun 1


hingga ke tahun 6.

5. TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 10 Oktober 2015


Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pg 12.30 tgh
Tempat : Padang Sekolah SJK(T) Ladang Kampar.
6. TENTATIF & JANGKAMASA PELAKSANAAN

Masa Aktiviti
10.00 Taklimat Program
10.30 Aktiviti Sukaneka
12.15 Ucapan Penutup
Penyampaian Goody Bag
12.30 Jamuan Makan Murid
Bersurai

7. TEMPOH PELAKSANAAN

2 Jam 15 Minit

8. PERBELANJAAN UNTUK PROGRAM SUKANEKA 2014


TUJUAN ANGGARAN PERBELANJAAN (RM)
1. Goody Bag
Buku Catatan 23 murid X RM3.50 = RM 80.50
Kotak Pensil 23 murid X RM2.50 = RM 57.50

Jumlah = RM138.00

2. Makanan Murid
Bihun Goreng 23 murid X RM2.00 = RM46.00
Minuman Teh 2 jug X RM8.00 = RM16.00
Jumlah = RM62.00

JUMLAH KESELURUHAN RM200.00

9. JAWATANKUASA PELAKSANAAN

PENASIHAT : PN. JAGATHESUARE A/P RAJABATHER ( GURU BESAR )


PENGERUSI : PN.SARASWATHY A/P RAMALINGGAM (GPK KO-KURIKULUM)
SETIAUSAHA: EN. CHRISTOPHER A/L SAMUEL
AJK: SEMUA GURU

10. PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar dan
warga guru pada masa akan datang. Pelaksanaan program ini dijangka dapat mencapai
objektif yang telah dirangka.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

................................. ................................... ..
(En. S. Christopher) (Pn. R. Saraswathy) (Pn. R. Jagathesuare)
Setiusaha 1M1S Guru Kanan Kokurikulum Guru Besar
SJK(T) Ladang Kampar

Anda mungkin juga menyukai