Anda di halaman 1dari 99

1.

0 PENGENALAN
Tugasan Pengantar Sejarah ini adalah satu kursus pengenalan kepada pelajar-pelajar
PPISMP semester pertama yang khususnya akan membuat pengkhususan/major
dalam bidang sejarah. Sebagai kursus pengenalan, kursus ini membincangkan tentang
perkara-perkara asas atau pokok dalam ilmu sejarah. Justeru itu kursus ini akan
bermula dengan latar belakang perkembangan ilmu sejarah sejak zaman klasik
sehingga ke zaman moden, yang menunjukkan bahawa ilmu sejarah ini adalah antara
ilmu tertua dalam sejarah perkembangan manusia. Cabang-cabang ilmu sejarah juga
akan difokuskan seperti sejarah politik, ekonomi, sosial, pemikiran, agama dan falsafah
untuk menggambarkan betapa luasnya cabang-cabang dalam ilmu sejarah. Tidak
ketinggalan juga aspek-aspek penyelidikan sejarah, pentafsiran serta ilmu bantu yang
penting untuk menghasilkan sesuatu kajian sejarah.

1.1 MATLAMAT KURSUS

Antara matlamat utama kursus ini ialah memberi pendedahan atau pemahaman tentang
apa yang dikatakan ilmu sejarah itu. Sejarah yang dikenali pada peringkat yang lebih
rendah itu ketika di sekolah, tidak lebih daripada mempelajari peristiwa-peristiwa
penting yang telah berlaku pada masa dahulu. Hakikatnya sejarah adalah lebih
daripada itu. Justeru itu kursus ini bermatlamat untuk membetulkan persepsi umum
tentang sejarah.

Untuk mencapai matlamat tersebut maka aspek-aspek penting dalam ilmu sejarah ini
menjadi tumpuan seperti membincangkan tentang pengertian sejarah itu sendiri, ruang-
lingkup sejarah yang dikaji, sumber-sumber sejarah dan pentafsirannya, penjelasan
dalam sejarah, objektiviti dan juga tentang pengadilan moral. Aspek-aspek ini akan
dibincangkan berdasarkan pendapat sarjana-sarjana sejarah dalam usaha untuk
membolehkan para pelajar melahirkan buah fikiran yang bernas dalam setiap aspek
berkenaan.

1
2.0 PENGERTIAN SEJARAH

Bermula pada pertengahan kurun kesembilan belas seorang tokoh ahli fikir sejarah iaitu
Leopold Von Ranke dari Jerman telah mengatakan bahawa sejarah itu haruslah dikaji
(wie es eigentlich gewesen) bermaksud seperti sebenarnya berlaku. Peristiwa sejarah
haruslah benar-benar dikaji dengan berhati-hati kerana ia adalah peristiwa yang unik
serta mempunyai taraf yang sama antara satu sama lain atas hakikat bahawa setiap
satunya adalah ciptaan Yang Maha Berkuasa. Pada pandangan beliau lagi sejarah
haruslah terdiri daripada peristiwa yang benar-benar berlaku dan tidak terdiri daripada
peristiwa yang bercampur aduk dengan kisah dongeng serta mitos yang tidak berasas
juga sejarah haruslah benar dengan berasaskan sumber-sumber yang sahih. Secara
tidak disedari konsep yang ditunjukkan oleh beliau telah membawa kepada
perkembangan didalam ilmu pensejarahan dengan munculnya beberapa orang
sejarawan yang merasakan bahawa penulisan sejarah yang saintifik,lengkap dan tepat
akan dapat dilakukan dalam waktu yang singkat.

Pensejarahan yang telah diwujudkan oleh Ranke telah membuka mata J.B Bury dengan
penuh yakin menyatakan bahawa sejarah itu sebenarnya Sains. Tetapi tanggapan J.B
Bury telah di sangkal oleh beberapa sejarawan lain seperti Croce dari Itali, Charles A.
Beard dari Amerika Syarikat, R.G.Collingwood dan E.H Carr dari Britain, sejarawan-
sejarawan ini tidak mempersetujui tradisi Ranke dan pandangan J.B Bury. Bagi mereka
pandangan seperti itu tidak benar dan berasas dan tidak boleh dilaksanakan. Bagi
mereka sejarah bukanlah sains,malah sejarah tidak perlu dianggap demikian. Oleh itu
Croce telah menyuarakan bahawa semua sejarah adalah sejarah sezaman dan
Collingwood pula menyuarakan bahawa sejarah itu pemikiran dan seterusnya E.H.Carr
pula mengatakan sejarah itu suatu proses interaksi yang berterusan diantara sejarawan
dengan fakta-faktanya,suatu dialog yang tidak putus-putus diantara masa kini dan masa
lalu.

Terdapat beberapa istilah lain dalam pengertian sejarah yang telah diberikan oleh ahli-
ahli serajah atau sejarawan. Dari sudut etimologi, Kamus Dewan, sejarah bererti

2
sastera lama,asal-usul (keturunan), salasiah,peristiwa yang benar-benar berlaku pada
masa lampau. R.O. Winstedt dalam kamusnya juga mengatakan bahawa Istilah sejarah
juga dikatakan berasal daripada perkataan arab, iaitu Syajaratun yang bermaksud
pohon atau pokok. Syajaratun juga bermaksud salasiah,riwayat,keturunan dan asal
usul,beliau juga menyatakan sejarah itu sebagai salasiah, tawarikh dan babad.Sejarah
juga adalah satu ilmu pengetahuan dalam kehidupan amali manusia bermula dengan
prinsip kesatuan dan keseluruhan dengan agama dan kepercayaan (unified and
holistic). Walau bagaimanapun, hubungan makna di antara Syajaratun dengan sejarah
belum ada yang dikatakan dengan mendalam dan pasti

Di barat, perkataan sejarah itu disamakan dengan perkataan history (Bahasa Inggeris)
pada dasarnya berasal dari perkataan Yunani Purba yang bererti Penyelidikan. Oleh itu
sejarawan Yunani yang terkenal dan terlah diberikan gelaran bapa sejaraholeh Cicero
dari Rumawi iaitu Herodutus. Beliau mengatakan sejarah itu adalah berkenaan tentang
tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. Taraf Herodutus itu sendiri
telah terangkat menjadi seorang yang dianggap berjasa dalam hal mewujudkan suatu
bentuk pengajian sejarah yang telah mengandungi beberapa ciri pensejarahan yang
masih boleh diterima hingga ke hari ini iaitu perkataan history(sejarah) yang asalnya
perkataan Yunani yang bermaksud Penyelidikan, telah dimaksudkan sebagai peristiwa
yang pernah berlaku pada masa lalu danjuga ingatan yang tercatat mengenai masa
lalu.

Sejarah sebagai masa lalu dimaksudkan sebagai semua kejadian serta peristiwa dan
pengalaman yang telah berlaku atau berlalu iaitu perkara yang telah berlaku itu adalah
sebahagian daripada masa lalu dan sebahagian daripada sejarah. Pada pengertian lain
pula sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang
khusus. Contohnya seperti apa yang telah kita ketahui dan alami terus mencatatnya
sebagai sebahagian sejarah dalam hidup. Para sejarawan ataupun orang yang
berminat mengenai sejarah serta menyedari tentang beberapa prinsip penting yang
berkait rapat dengan usaha mencatatkan peristiwa masa lalu serta sebagai catatan
tentang masa lalu hendaklah di kaji dengan penyelidikan. Seperti menurut Ibnu Khaldun

3
sejarawan islam yang terbilang telah membicarkan tentang, masyarakat manusia, atau
peradaban dunia,tentang perubahan-perubahan yang telah berlaku pada sifat-sifat
masyarakat itu,seperti kebiadapan, keramahan dan perasaan setiakawan segolongan
tentang revolusi dan pemberontakan oleh sesuatu golongan manusia terhadap manusia
lain dan mengakibatkan terbentuknya kerajaan dan Negara.

Oleh itu secara umumnya sejarah adalah penyelidikan terhadap peristiwa lalu.
Sejarawan pula menyelidiki rekod-rekod lalu bagi mengkaji sejarah atau peristiwa yang
telah berlalu. oleh itusegala rekod dan peristiwa yang telah berlaku itu biasanya
dianggap sebagai sejarah. Ramai penulis sejarah menggunakan istilah sejarah untuk
menunjukkan cerita sejarah, pengetahuan sejarah atau gambaran sejarah,
pengetahuan sejarah atau gambaran sejarah yang semuanya itu sebenarnay adalah
sejarah dalam erti kata yang subjektif iaitu dengan memuatkan unsur-unsur dan isi-isi
tulisan pengarang. Sebenarnya pengarang yang akan menentukan baik atau buruknya
pengetahuan mahupun gambaran sejarah berdasarkan hasil gambaran daripadanya
sendiri yang memuatkan sifat-sifat atau gaya bahasa, struktur pemikirannya,
pendangannya dan lain-lain lagi.

Berdasarkan gambaran awal (tradisional) tentang sejarah, menjelaskan bahawa sejarah


adalah suatu pengkajian tentang perkara yang telah sebenarnya memang telah berlaku.
Perkara yang telah berlalu sebenarnya memang telah berlaku. Pengkajian tersebut
perlulah jelas iaitu, bukannya untuk keseronokan tetapi mempunyai unsur-unsur moral
yang berharga dalam pembelajaran dan sejarah akan menjadi kesahihan atau
penjelasan yang tepat melalui kaedah-kaedah saintifik yang mengekalkan objektiviti
nya dan kita boleh menentukan faktanya yang sebenarnya telah berlaku.
Herodutus yang digelar bapa sejarah merupakan orang yang mula-mula menggunakan
perkataan sejarah atau historis dalam karyanya iaitu Histories yang bermaksud
penyelidikan atau penyiasatan terhadap segala peristiwa silam mahupun sezaman
(R.Suntralingam,1993.Pensejarahan Barat. Kuala Lumpur:Fajar Bakti,halaman 1)
herodutus telah membuat pengkajian yang mendalam terhadap segala peristiwa yang
ditulisnya agar karya yang berasaskan peristiwa yang sebenarnya berlaku. Beliau telah

4
mengumpul segala bukti tentang peristiwa pahit yang melanda Yunani (perang Parsi-
Yunani) untuk dijadikan tatapan generasi akan dating. Daripada penyiasatan yang
dibuat itu, maka sejarawan mengambil perkataan historia yang membawa maksud
penyiasatan terhadap peristiwa lalu. Persoalan utama yang menjadi asas pengertian
sejarah ialah segala peristiwa yang berlaku.

Sejarah Malaysia, khususnya sejak zaman kedatangan kuasa penjajah Barat ke rantau
ini, kebanyakkannya ditulis dengan menggunakan pendekatan Rangkakerja Imperialis.
Dalam istilah lain, pendekatan yang tersebut diatas juga dikenali sebagai "European
Centric". Pada umumnya, sentrik (centric) bolehlah diistilahkan sebagai satu
kecenderungan atau satu pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada
sesuatu perkara. la merupakan satu unsur yang boleh muncul dalam bentuk
pendekatan yang digunakan atau tema yang diutamakan di dalam penulisan sejarah.
Misalnya, ada penulisan yang boleh dikatakan sebagai bersentrik subjek (politik,
ekonomi, sosial dan sebagainya) dan terdapat pula penulisan yang bersentrikkan negeri
atau kaum seperti Barat sentrik, Malaysia sentrik dan sebagainya. Misalnya, apabila
dikatakan sesebuah penulisan sejarah Malaysia itu bersentrik Malaysia, ia membawa
maksud bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkan itu ditulis dengan memberikan
penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia sendiri.

Pendekatan di atas adalah sama-sekali berlawanan dengan penulisan sejarah Malaysia


yang ditulis berdasarkan kepada Barat Sentrik. Kerana pendekatan Barat sentrik lebih
mengutamakan seseorang tokoh atau segala kepentingan pihak Barat. Sebelum
perbincangan yang selanjutnya, kita seharusnya terlebih dahulu memahami tentang
apakah yang dimaksudkan dengan pensejarahan Malysia. 'Pensejarahan
Malaysia' secara umumnya merujuk kepada karya-karya sejarah mengenai samada
keseluruhan Malaysia atau satu-satu bahagian yang terkandung dalam entiti politik ini.
Sejarah Malaysia dikatakan bermula lebih kurang pada abad yang ke 15 iaitu sesuai
dengan masa adanya karya-karya sejarah dalam erti kata yang lebih tepat. Tulisan-
tulisan yang dimaksudkan umumnya tertumpu kepada kesultanan Melaka. Satu-
satunya karya sejarah tempatan yang amat bernilai ialah Sejarah Melayu yang boleh

5
dianggap sebagai karya sejarah mengenai Malaysia yang pertama. Contoh lain ialah
Syair Perang Siak, Hikayat Raja-Raja Pasai dan sebagainya. Secara bandingan kalau
diteliti karya-karya sejarah Malaysia dalam tempoh kurun ke-16 hingga Perang Dunia
kedua akan didapati bahawa lebih banyak diselenggarakan oleh orang barat daripada
orang tempatan Walaubagaimanapun ada juga penulis tempatan misalnya Munshi
Abdullah yang dikatakan telah muncul di tengah-tengah para penulis British. Karyanya
seperti Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah kini termasyur dalam lipatan
sejarah Malaysia.

Perkembangan pensejarahan Malaysia sebenamya akan jelas memperlihatkan kepada


kita bahawa usaha untuk bukan hanya menulis sejarah Malaysia tetapi juga
menerbitkannya muncul dengan lebih ketara mulai pertengahan kurun ke-19 iaitu
semasa British telah mempergiatkan penguasaan rantau Selat Melaka. Secara
keseluruhannya, penulisan pada pertengahan abad ke 19 lebih banyak menulis tentang
negeri-negeri selat yang menjadi tanah jajahan British daripada negeri-negeri
Semenanjung yang masih merdeka pada dewasa itu.

Penulisan sejarah Malaysia moden di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua
peringkat utama iaitu peringkat pra perang dunia kedua (penulisan sejarah moden
sekolah Barat sentrik) dan peringkat pasca perang dunia kedua (penulisan sejarah
moden sekolah tempatan sentrik). Sejarah Malaysia khususnya sejak zaman
kedatangan kuasa barat ke rantau ini kebanyakkannya di tulis menggunakan
pendekatan rangka kerja imperialis yang juga dikenali sebagai pendekatan "european
centric" atau barat sentrik.

Jika dilihat, konsep penulisan sejarah barat^senirik banyak memaparkan mengenai


sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Penulisan yang
menggunakan falsafah dan prinsip-prinsip barat ini sering sahaja merendahkan
ketepatan sejarah tradisional. Barat sentrik lebih menumpukan terhadap penulisan
mengenai politik dan ekonomi sesebuah negeri sementara Malaysia sentrik pula lebih
memusatkan pandangannya terhadap persoalan-persoalan yang berkait dengan

6
kemasyarakatan. Sejak timbulnya kesedaran mengenai kepentingan penulisan semula
sejarah Malaysia banyak kritikan di lemparkan terhadap golongan Barat sentrik.
Misalnya Profesor Dieter Geyl dari Universiti Utrecht berpendapat;

"Bagaimana jujur tujuan seorang penulis sejarah Barat untuk mengenepikan


pandangan Eropah sentrik, dia tidak akan benar-benar teriepas dari keadaan diri
sendiri, dari warisan kebudayaannya."

Walaupun terdapat juga sejarawan barat yang menyeru agar bahan-bahan tempatan
digunakan dalam penulisan, tapi ia menjadi perbahasan dikalangan sejarawan yang
ingin menulis mengenai sejarah tempatan. Salah seorang penulis sejarah yang
menggunakan pendekatan barat sentrik ialah Sir Frank Swethenham melalui karyanya
yang berjudul British Malaya (1906). Judul buku tersebut sudah memberi gambaran
tentang isi kandungan, idea utama atau temanya yang sudah pasti tidak lari dari
menghuraikan peranan dan kejayaan pihak imperialis British di Tanah Melayu. Mereka
sebenarnya cuba mendakyahkan kepada rakyat tentang kebagusan dan kehebatan
sistem penjajahan.

Penulisan Sejarah moden berbentuk tempatan sentrik lebih kepada mengambarkan


tentang kesedaran di kalangan penulis bagi menonjolkan keadaan masyarakat dengan
tidak lagi menjustifikasikan tentang kedudukan penjajah semata-mata. Contohnya
Ibrahim Yaakob yang telah berjaya mewujudkan "Melayu Raya" di dalam
bukunya Melihat Tanah Air . Dengan tidak segan silu mengkritik sikap golongan elit
Melayu yang tidak mahu mengikut arus perkembangan perasaan orang-orang Melayu
ketika itu. Oleh sebab itulah, maka penulisan sejarah moden Tanah Melayu mulai
mengambil kira aspek-aspek luar istana dengan memasukkkan unsur-unsur ekonomi
dan sosial.

Penulisan Barat sentrik adalah berdasarkan kepada sumber mengenai aktiviti-aktiviti


pihak barat yang mudah diperolehi sebagai rujukan. la juga bersifat topikal iaitu
menyentuh tempat atau kawasan-kawasan tertentu yang berkepentingan kepada

7
kerajaan kolonial. Penulisan tempatan sentrik menggunakan sumber tempatan dan
tafsirannya dilakukan menurut kaca mata tempatan dengan menumpukan kepada
perlakuan orang-orang tempatan berdasarkan fakta-fakta tempatan.

Ketika penjajahan British di Tanah Melayu, kebanyakkan hasil tulisan adalah berbentuk
laporan rasmi atau penulisan yang mempunyai tujuan rasmi. Teks sejarah yang terhasil
biasanya terlalu bias kepada pihak kerajaan iaitu pihak British. Sebagai buktinya segala
peristiwa-peristiwa perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh tempatan pada zaman
itu di gelar sebagai penderhaka atau pemberontak.ACsalnya pemberontakan Tok
Janggut di Kelantan. Penulisan sejarah berpendekatan tempatan sentrik ditulis oleh
para sejarawan tempatan dan juga beberapa sejarawan barat. Hal ini membimbangkan
pendokong Barat sentrik yang takut segala aktiviti barat akan dilihat negatif. Misalnya,
tokoh yang dulunya dianggap oleh mereka sebagai pemberontak akan dianggap
sebagai seorang wira. Ini kerana mereka menganggap bahawa hasil penulisan
tempatan sentrik sebenarnya adalah untuk membangkitkan semangat nasionalisme
kepada rakyat. Contohnya, Abd. Hadi Hj.Hassan yang terkenal sebagai seorang
pejuang kebangsaan Melayu telah memainkan peranan dalam menyalakan perasaan
cintakan bangsa dan nusa dikalangan penuntut Maktab Perguman Sultan Idris (MPSI).
Hasil tulisannya diterbitkan dan dijadikan sebagai buku teks di sekolah aliran Melayu
1950-an.

Faktor-faktor Kemunculan
Kewujudan atau kemunculan sesuatu pendekatan tidak kira samada pendekatan Barat
sentrik atau Malaysia sentrik adalah didorong oleh beberapa faktor penting. Jika ditinjau
secara teliti, dapatlah dikatakan bahawa faktor sebenar yang telah menimbulkan
perbahasan mengenai penulisan semula sejarah Malaysia adalah akibat perbezaan
pendekatan yang digunakan, semangat nasionalisme terhadap negara sendiri dan
kesediaan bahan rujukan mengenai sejarah Malaysia. Oleh kerana kebanyakkan
penulis sejarah Malaysia adalah terdiri daripada para penulis Barat, maka wajarlahjika
difikirkan bahawa golongan ini adalah terpengaruh atau dipengaruhi oleh persekitaran
atau pendidikan Barat dan tidak dapat lari dari mempunyai perasaan bangga terhadap

8
peradaban mereka. Menurut Prof. Zainal Abidin Wahid , Oleh kerana mereka adalah
orang Barat, mereka telah dididik dan dibesarkan^feh tradisi, budaya, nilai dan norma-
norma Barat. Warisan kebudayaan inilah/yang telah menghalang mereka daripada
menaruh penghargaan terhadap sejarah Malaysia.

Walaupun kedapatan penulis tempatan yang menulis mengenai sejarah Malaysia,


namun kebanyakkan mereka turut dipengaruhi oleh pendekatan Barat sentrik kerana
teknik, tema dan metodologi penulisan sejarah yang di gunakan oleh mereka adalah di
perolehi dari ilmu dan para ilmuan Barat.

Selain itu, kita harus mengakui bahawa penulisan sejarah Malaysia secara keseluruhan
dan berterusan sebenarnya masih belum pernah wujud dalam erti kata yang
sebenarnya. Apa yang dimaksudkan di sini ialah penulisan Sejarah Malaysia adalah
bersifat topikal iaitu hanya menyentuh sesuatu tempoh atau sesuatu kawasan tertentu
sahaja. Perkara ini di pengaruhi juga oleh faktor kesediaan sumber rujukan. Di mana,
data-data dan rekod mengenai aktiviti Barat boleh diistilahkan sebagai berlambak dan
mudah di perolehi untuk dijadikan sebagai bahan rujukan berbanding sumber tempatan
yang terhad dan dianggap lekeh dari segi nilai sejarahnya. Di antara satu contoh
penulisan Sejarah Malaysia yang bersifat Barat sentrik ini ialah British Malaya yang
ditulis oleh Sir Frank Swettenham.

Berbanding dengan sejarah tradisional yang mementingkan keharmonian dan pelajaran


kepada masyarakat, penulisan sejarah moden adalah muncul akibat perkembangan
rasional dan objektif menurut pemikiran seseorang sejarawan. Sikap kritis yang wujud
ini telah menyebabkan timbulnya keinginan untuk menulis atau mencatatkan sesuatu
perkara atau peristiwa berdasarkan kepada apa yang sebenarnya berlaku. Penulisan
pada peringkat pra perang dunia ke dua ( Barat sentrik ) yang muncul akibat
kedatangan pihak kolonial untuk meluaskan kawasan tanah jajahan adalah bertujuan
untuk melicinkan serta memudahkan segala urusan pentadbiran kolonial serta untuk
mendapatkan sokongan rakyat bagi menjamin kedudukan mereka sebagai penjajah di
Tanah Melayu. Penulisan pada peringkat pasca perang dunia kedua pula telah

9
membentuk satu perubahan besar dalam penulisan sejarah Malaysia. Perkembangan
politik dan nasionalisme pada ketika itu telah menyebabkan sejarawan di Asia Tenggara
meluaskan lapangan pemikiran mereka kepada teknik-teknik penulisan barat dan maju
dalam penulisan sejarah berbentuk moden. Di antara faktor yang mewujudkan
penulisan sejarah berbentuk tempatan atau Asia sentrik sebenarnya ialah faktor
perubahan masyarakat, ekonomi dan politik seperti yang berlaku di Malaysia khususnya
selepas perang Dunia yang ke-2.

Zaman pendudukan Jepun misalnya, telah mengalakkan perkembangan politik


dikalangan penduduk tanah Melayu. Selepas detik ini, timbul kesedaran nasionalisme
yang kuat di kalangan masyarakat tempatan untuk menentang penjajah. Sekiranya
dilihat kepada penjelasan di atas, penyuaraan untuk mewujudkan penulisan yang
bersifat Malaysia sentrik sebenarnya boleh dikaitkan dengan keperluan bagi membina
negara bangsa berikutan kemerdekaan yang baru dicapai. Umumnya, penulisan
tempatan sentrik adalah lebih berorientasikan kepada Asia, berwadahkan aktiviti
masyarakat pribumi dan tempatan, melihat apakah yang dilakukan dan dialami oleh
orang-orang tempatan, meneliti apakah tindakan dan reaksi mereka^terhadap kuasa
pihak kolonial.

Perkembangan Sentrik
Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, telah berlaku perkembangan-perkembangan di
Tanah Melayu yang dikatakan telah berjaya menarik perhatian masyarakat di seluruh
dunia. Oleh itu muncul pelbagai hasil tulisan melalui pelbagai jenis majalah yang
menceritakan tentang masyarakat majmuk dan juga mengenai perubahan yang berlaku
di dalam sistem berpelembagaan di Tanah Melayu. Kegiatan penulisan sejarah
Malaysia ini kian diberi perhatian pada tahun 1949 iaitu setelah penubuhan Universiti
Malaya di Singapura yang telah membentuk sebuah jabatan Sejarah. Walau
bagaimanapun, kebaayakkan jawatan di jabatan itu dipegang oleh para sarjana Britain.
Orang pertama yang memegang jawatan ketua di jabatan ini ialah Profesor N.C.
Parkinson. Di antara pensyarahnya pula terdiri daripada C.D. Cowan, Eric Stokes dan
lan Macgregor.

10
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah bukan mengenai penubuhan dan monopoli
orang Barat dalam jabatan tersebut, tetapi apa yang ingin diberi penekanan di sini ialah
mengenai polemik atau perbahasan yang muncul setelah penubuhan jabatan itu yang
dikatakan sebagai satu detik penting terutamanya dalam perkembangan penulisan
pensejarahan Malaysia. Hal ini adalah berikutan pertambahan jumlah masyarakat
tempatan yang telah berani melibatkan diri dalam penulisan sejarah mengenai Malaysia
yang dahulunya didominasi oleh orang-orang Barat yang menulis sejarah menurut kaca
mata mereka. Melalui penyeliaan Profesor Parkinson, para pelajar sejarah waktu itu
digalakkan untuk mengkaji, meneliti dan seterusnya meHulis pelbagai aspek sejarah
mengenai Malaysia. Mereka turut mempelajari tentang kaedah research serta kaedah
menyusun sejarah berdasarkan kepada prinsip akademik. Pusat kegiatan penyelidikan
pada masa itu ialah di Raffles Museum. Kegiatan ini diteruskan selama beberapa tahun
dan kajian ilmiah kemudiannya diwajibkan diperingkat kepujian. Dengan ini,
pensejarahan Malaysia kian diperkaya kerana para mahasiswa waktu itu telah
menghasilkan penulisan mengenai sistem pentadbiran, perkembangan ekonomi. Raja-
raja Melayu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pada awal 1960 rancangan
tersebut dikatakan telah terhenti. dan tambah malang, kebanyakkan kajian yang
dikatakan berjumlah lebih kurang 150 buah kajian tidak diterbitkan sehingga kini.

Selain pengkajian dan penulisan sejarah di Universiti Malaya, minat untuk mengkaji dan
menyelidik mengenai Sejarah Malaysia telah wujud di beberapa pusat pengajian tinggi
Barat seperti London School Of Oriental dan African Studies. Oleh itu tidak hairanlah
pada tahun 1960 terdapatnya beberapa orang barat yang boleh dianggap pakar tentang
Sejarah Malaysia seperti C.D.Cowan, Norman Farmer dan David Bassett. Selain tokoh
yang disebut di atas, telah muncul juga beberapa sarjana terkemuka yang telah
memberikan sumbangan kepada pensejarahan Malaysia. Mereka yang dimaksudkan
ialah K.G Tregonning, Emily Sadka dan David Mac Intyre.

Pada 1959 telah berlaku pemisahan di antara Universiti Malaya di Kuala Lumpur
dengan Universiti Malaya di Singapura. Berikutan itu sebuahjabatan sejarah baru telah

11
ditubuhkan di Kuala Lumpur. Di mana, jabatan ini telah diketuai oleh John Bastin yang
kemudiannya diambil alih oleh Wang Gungwu. Apa yang menarik di sini ialah, terdapat
sedikit kelainan di sini kerana para penuntut pra ijazah tidak lagi diwajibkan untuk
menjalankan pengkajian mengenai Sejarah Malaysia. Sebaliknya,
kegiatan research hanya digalakkan diperingkat lepas-ijazah. Di antara para sarjana
yang giat mengkaji mengenai sejarah Malaysia adalah terdiri dari beberapa siswazah
asing seperti J.de Vere Allan, R.K.Vasil , Margaret Clarke dan sebagainya dan siswazah
tempatan seperti J. .Kathirithamby, R.R. Bonney, Goh Yoon Fong dan sebagainya.

Pendek kata, tahun 1950an sebenamya adalah satu detik yang amat penting dalam
pensejarahan Asia. Pada waktu inilah para sejarawan telah menunjukkan minat
mengenai pendekatan dan pentafsiran perihal sejarah Asia. Pada waktu itu juga, arus
perkembangan semangat kebangsaan di Tanah Melayu sedang mengharungi satu
tahap yang memang menarik penulisan sejarah bangsa kita oleh wakil-wakil penjajah
mesti ditolak. Hal mi sesuai dengan pendapat profesor C.H.Philips: 96 yang menyebut;
"Between the years 1956 and 1958 the School of Oriental and African Studies,
University Of London, held a series of study conferences to survey and evaluate the
coursce and character of historical writing on the peoples of Asia. The subject is large
and to bring it down to managable parts the method of analysis be region was adopted;
and South Asia , South East Asia, the Near, Middle, and Far East world in turn
examined".

Pada tahun 1960-an, telah berlaku satu perbahasan yang hebat di antara dua golongan
iaitu golongan yang menjadi pendokong sejarah yang bersifat Malaysian Sentrik di
bawah Professor K.G. Tregonning di^Singapura dengan golongan pendokong Barat
Sentrik seperti Professor John "Bastm di Kuala Lumpur.8 Reaksi dari para pendokong
pendekatan Barat Sentrik atas tuntutan penggunaan pendekatan Malaysia sentrik
dalam penulisan Sejarah Malaysia menyebabkan berlaku polemik hangat untuk
beberapa tahun. Di mana, para pendokong Barat sentrik telah menafikan tentang
penulisan sejarah Malaysia yang setakat ini dikatakan kurang objektif dan kurang tepat.
Bagi mereka, penulisan yang bersifat Malaysia sentrik jika dihasilkan juga sudah pasti

12
akan dicemari oleh unsur nasionalisme yang sempit. Polemik yang wujud ini telah
memberi kesan yang positif kepada penulisan Sejarah Malaysia. Golongan yang
menganjurkan agar Sejarah Malaysia ditulis menurut wadah orang Malaysia, dikatakan
tidak berjaya mengetengahkan kaedah yang konkrit mengenai maksud mereka. Tetapi
jika ditinjau dengan teliti, sebenarnya perbahasan ini wujud atau berputar di sekeliling
soal tema atau bahan-bahan mengenai sejarah Malaysia.

Walaupun perbahasan tahun 1950-an dan 1960-an wujud akibat salah faham dan
kekeliman, namun tempoh itu merupakan satu zaman peralihan yang sangat penting
dalam pensejarahan Malaysia. Walaupun penulisan Sejarah Malaysia yang
menonjolkan peranan penjajah masih lagi diteruskan, tetapi para penulisnya telah
mencuba sedaya mungkin agar penonjolan itu tidak keterlaluan atau digelar bias
kepada Barat. Sebenarnya penyuaraan untuk menggunakan Malaysia Sentnk-llaiam
penulisan Sejarah Malaysia adalah berkait rapat dengan faktor tauladan yang di
pamerkan oleh beberapa penulisan Sejarah Malaysia oleh penulis Barat yang dianggap
tidak terlalu bias pada Barat. Contohnya hasil tulisan Rupert Amerson (Malaysia: A
Study In Direct and Indirect Rule), J.M. Gullick (Indigenous Political Syistem Of Western
Malaya) dan sebagainya yang disempumakan sebelum tahun 1960 telah menjadi
tauladan atau landasan untuk mempersoalkan mengenai kesesuaian penerusan
pendekatan Barat Sentrik. Rupert Emerson adalah seorang sejarawan Barat yang cuba
menulis tentang sejarah Malaysia dengan lebih objektif dan saintifik. Akibatnya selepas
1960-an penulisan Sejarah Malaysia pula mengalami perubahan. Di tengah-tengah
polemik tentang pendekatan dan pentafsiran sejarah Malaysia, telah terbit sebuah buku
oleh J.M. Gullick yang bertajuk Indigenous Political Systems of Western Malaya. la
merupakan hasil percantuman antara bidang Sejarah dengan bidang Antropologi Sosial
kerana tulisan asalnya adalah merupakan sebuah tesis diploma dalam jurusan
Antropologi Sosial. Selain itu kajian ini juga adalah ditulis berdasarkan kepada rekod-
rekod sejarah.

Dari segi pensejarahan Malaysia pula, hasil penulisan ini merupakan satu break
through yang sungguh menarik. Walaupun beliau bukan seorang sejarawan tempatan,

13
namun hasil penulisannya jika ditinjau tidak terlalu bersifat Barat Sentrik. Sebelumnya
boleh dikatakan bahawa tiada ahli sejarah yang menghasilkan sebuah karya mengenai
institusi-institusi yang wujud dalam masyarakat secara serius. J.M Gullick, pula secara
jelas memaparkan bahawa soal centricism bukanlah mempakan perkara asas dalam
penulisan sejarah. Walau bagaimanapun buku Gullick ini, pada tahun 1950-an tidak
memberikan pengaruh yang begitu berkesan kepada para penuntut sejarah di Universiti
Malaya di Singapura. Namun terdapat juga penulis Barat seperti J.C. Bottoms yang
mengatakan bahawa; "sejarah bagi orang Melayu bukan satu ilmu atau seni. Apa yang
paling digemari ialah lagenda, fantasi dan omong kosong...". Pendapat ini temyatalah
tidak diterima oleh para sarjana Indonesia dan Malaysia yang menegaskan bahawa
karya itu dapat digunakan sebagai bahan sejarah secara kritis. Namun kita boleh
memperkatakan bahawa beliau bukanlah seorang Melayu dan oleh sebab itu, agak
sukar baginya untuk memahami kebudayaan Melayu.

Persoalannya kini ialah, mengapakah permintaan dan tuntutan seperti ini di tampilkan
seolah-olah segala hasil penulisan sejarah mengenai Tanah Melayu sebelumnya iaitu di
sepanjang zaman kolonial yang memperkenalkan penulisan yang di hasilkan oleh
sejarawan dan pegawai tadbir seperti Frank Swettenham, K.G. Tregonning, L.A. Mills
dan sebagainya tidak berjaya mewujudkan satu penghasilan sejarah yang jawapannya
bukanlah begitu, kerana pada hakikatnya, penulisan mereka juga penting sebagai
memperkayakan sumber mjukan bagi pensejarahan Malaysia. Namun, tohmahan yang
dilemparkan terhadap sejarah Melayu yang dikatakan bukan untuk mencari realiti dan
satu usaha untuk mencipta satu bentuk kekudusan dikalangan kerabat dan Raja-raja
Melaka dengan menggunakan unsur metos dan ajaib adalah amat keterlaluan.
Memanglah benar bahawa pengarang Sejarah Melayu menyatakan " maka fakir
karanglah hikayat ini ....supaya akan menyukakan Duli Hadhrat Baginda". Tetapi ini
tidak bermakna ia tidak cuba untuk mencari kebenaran kerana beberapa peristiwa yang
tercatat di dalamnya terbukti kesahihannya apabila dibandingkan dengan sumber-
sumber luar negeri seperti tulisan Siam, China dan Portugis. Contoh-contoh yang diberi
turut memaparkan tentang kelemahan Sultan dan kerabat DiRaja.

14
Buku Sejarah Melayu sebenarnya adalah satu sumber sejarah yang amat penting
sebagai bahan rujukan terutamanya dalam mengkaji sejarah Kesultanan Melayu
Melaka. Selama ini boleh dikatakan bahawa tidak ada satu pun sumber sejarah yang
lain yang dikatakan boleh member! maklumat yang sebegitu banyak mengenai Melaka
dalam bahasa Melayu. Tome Pires melalui bukunya The Suma Oriental Of Tome'
Pires juga turut menyatakan tentang kepentingan buku Sejarah Melayu.

Pentadbir British yang menulis tentang sejarah Malaysia seperti R.J Wilkinson pula
telah menunjukkan sikap yang begitu subjektif, sinis dan dikongkong oleh nilai
budayanya dalam menulis dan menafsir beberapa sejarah tempatan. Oleh kerana dia
seorang pentadbir yang mewakili pentadbiran, politik dan kepentingan barat, dia
sebenarnya tidak bermaksud untuk menghasilkan satu karya yang ilmiah. Apa yang
nyata ialah beliau sendiri telah memutar belitkan kenyataan atau laporan yang didapati
tentang empayar Melaka. Sebenarnya para orientalis jahil dalam menjalankan
penyelidikan tentang latar sosial budaya masyarakat Melayu , tentang pemikiran dan
norma-norma sosial yang berhubung dengan alam sekelilingnya. Persoalannya ialah,
mengapa penulis-penulis Barat itu menulis tentang Malaysia mengikut 'lenggang' Barat
dan tidak lenggang Malaysia. Tetapi jika kita perhatikan, kebanyakan daripada mereka
sememangnya tidak boleh bertutur dan membaca dalam bahasa Melayu, malah
kebanyakkannya bukan penyelidik sejarah tetapi terdiri dari para pegawai atau
pentadbir dan sebagainya. Oleh itu, kita seharusnya melihat sejarah Melayu dari
konteks fahaman masyarakat Melayu sendiri kerana hanya kita sahaja yang memahami
selok-belok adat dan kebudayaan Melayu.

Hakikatnya, sehingga kini pun kebanyakkan ahli sejarah masih lagi menumpukan
perhatian mereka kepada beberapa peristiwa tertentu sahaja dalam sejarah Malaysia.
Misalnya, mengenai Francis Light dengan Pulau Pinang, Stamford Reffles dengan
Singapura, Hubungan British dengan Belanda atau Siam dan sebagainya. Oleh itu,
seharusnya sejarah Malaysia ditilik dan dikaji semula dimana peristiwa-peristiwa yang
sama akan dikaji semula dengan lebih mendalam dengan tidak mengabaikan tentang
sikap masyarakat tempatan terhadap orang Barat. Percubaan-percubaan untuk

15
menghasilkan sejarah Malaysia berbentuk baharu tidak akan berjaya hanya setakat^kita
melihat kepada peristiwa-peristiwa lama dari beberapa sudut baru. Tambahan pula,
jarang kedapatan tajuk-tajuk baru dalam research dan hasil penulisan. Ini bermaksud
bahawa lompang-lompang dalam pensejarahan Malaysia tetap tidak terisi. Misalnya,
penulis buku-buku teks Sejarah Malaysia tidak memberikan perhatian wajar kepada
sejarah negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan atau Terengganu kecuali untuk
menghuraikan hubungan British-Belanda atau Siam. Selain itu, perkembangan sistem
birokrasi di Johor juga seakan tidak disedari atau di ambil peduli. Seharusnya perkara
sebegini tidak sepatutnya terjadi. Tregonning sendiri melalui karyanya 'Malayan History'
telah menyatakan pendapatnya mengenai penulisan sejarah Malaysia iaitu;
"....The study of Malayan history is under going a swift change. For many years it has
been regarded in Europe centric fashion. It has been written either as the history of the
European in Malaya, or it has been looked at from outside : or both. Norn it has become
generally accepted that the Malayan Comminity itself must be the centre of studies."

Sesungguhnya perkembangan penulisan sejarah Malaysia pada masa kini adalah agak
memuaskan. Sungguhpun penulisan dalam bentuk buku masih boleh di pertingkatkan
jumlahnya tetapi bilangan makalah agak menggalakkan. Selain itu, peranan Jabatan
Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan
Pustaka sejak awal lagi telah berjaya menerbitkan tujuh buah buku yang diasaskan
kepada latihan ilmiah iaitu satu latihan ilmiah di terbitkan oleh pihak universiti dan satu
lagi diterbitkan oleh pelajar sendiri. Apa yang penting dan ingin ditekankan di sini ialah,
latihan ilmiah yang tidak diterbitkan ini telah menjadi sumber rujukan kepada tenaga
pengajar dan pelajar tahun iv di Jabatan Sejarah. Projek ini telah dapat mengisi ruang
kekosongan yang begitu besar dari segi sumber rujukan dan penerbitan penulisan
dalam bahasa Melayu. Zainal Abidin bin Abdul Wahid (Malaysia : Warisan dan
Perkembangan) dalam memperihalkan tentang sumber rujukan menyatakan;
"....Bilangan buku sejarah Malaysia untuk orang awam, para pelajar dan pelancong
adalah terhad.Yang ada hanyalah yang diulang-cetak dari naskhah yang diterbitkan
bertahun-tahun lalu. Oleh itu, isi kandungan, tahap perkembangan dan tafsiran tidak
banyak berubah daripada penulisan sejarawan British.

16
Kesudahan
Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa menjelang 1970 pemikiran tentang
pensejarahan Malaysia telah bertambah jelas dan nyata. Bertambah jelas kepada para
sejarawan generasi tua bahawa golongan sejarawan yang lebih muda sebenarnya
tidaklah bertujuan untuk menyimpang dari lunas-lunas saintifik dalam pengkajian dan
penulisan sejarah. Sungutan mereka pula bukanlah timbul berhubung dari sikap anti
kepada mana-mana aliran atau pemikiran. Tetapi, oleh kerana skop sejarah begitu luas,
maka soalan-soalan yang dapat diketengahkan tentang sejarah memang tidak terkira
banyaknya. Ada baiknyajika generasi sejarawan baru terus berminat dalam
menghasilkan perkara-perkara yang kurang diutamakan pada waktu dahulu. Ini kerana,
tulisan-tulisan yang berkaitan dengan perkara-perkara baru akan dapat membantu
melengkapkan pensejarahan Malaysia itu sendiri.

Tambahan pula, sejarah bukanlah satu bidang pengajian akademik yang statik . Oleh itu
ahli sejarah seharusnya mencuba untuk mengaitkan konvensyen lama dengan
keperluan semasa. Melalui sejarah, situasi masa kini akan lebih mudah difahami dan
kadang-kala menjadi ikhtibar iaitu tidak semua yang berlaku di masa lampau itu baik
dan tidak semua dalam masa kini itu buruk. Jika dilihat, penulisan sejarah dalam
beberapa dekad ini samada pada zaman Portugis atau British ia menunjukkan bahawa
ahli sejarah adalah manusia yang sangat sensitif dengan perkembangan-
perkembangan sekelilingnya. Sejarawan pula seharusnya jujur ketika menghadapi
bahan-bahannya dan berani pula dalam memberikan tafsiran yang objektif terhadap
bahan-bahannya. Berani di sini bukanlah bermaksud keberanian yang melulu dan
sentiasa mencari kesalahan serta melakukan tohmahan terhadap sesuatu peristiwa
atau seseorang tokoh itu.

Tidak cukup dengan itu, pada masa kini kegiatan research dan penulisan yang berlaku
dikalangan para penuntut sejarah di semua institusi pengajian tinggi telah
memperlihatkan tentang adanya kesedaran tentang konsep sejarah yang baru.
Tuduhan bahawa para sejarawan negara ini lebih mengagong-agongkan zaman yang

17
gilang gemilang tidak adil. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahaja telah
kedapatan banyak penulisan mengenai sejarah Malaysia telah dihasilkan oleh para
penuntut sejarah di beberapa institusi pengajian tinggi dan boleh dikatakan lebih kurang
90% daripada hasil tulisan berkenaan adalah membicarakan mengenai sejarah
Malaysia abad ke 20. Di mana, topik penting yang dahulunya kurang di bicarakan, kini
diberikan perhatian teliti untuk mewujudkan keadaan yang lebih seimbang dan lengkap
dalam pensejarahan Malaysia. Penuntut kini menyedari tentang perlunya mencari
kebenaran dalam pengkajian sejarah. Pada masa hadapan berkemungkinan besar
standard texts yang digunakan kini perlu dikaji semula setelah hasil karya generasi
muda diterbitkan.

Kewajarannya ialah, penulisan sejarah yang memberi fokus kepada Malaysia lebih
sesuai untuk dijadikan santapan generasi baru demi mewujudkan perasaan cintakan
negara dan bangsa. Oleh itu, berbagai usaha telah di jalankan oleh para sejarwan
tempatan untuk memenuhi keperluan tersebut. Contohnya, HITAM iaitu persatuan
Gabungan Para Guru sejarah Sekolah, Universiti dan orang perseorangan telah
berusaha mencetuskan kesedaran tentang kepentingan sejarah kepada para pelajar.

Namun, Akta Rahsia Rasmi. (Official Secret Act.) pihak kerajaan telah melenyapkan
persoalan sentrik. Salah satu perkara yang terkandung dalam akta ini ialah bahan-
bahan sulit atau rahsia sesuatu kementerian hanya boleh dibaca oleh orang ramai
dengan kebenaran menteri berkenaan. Hal ini merumitkan pihak Arkib Negara Malaysia
apabila mereka terpaksa menghadapi fail-fail yang sudah berumur lebih daripada 25
tahun dan sehubungan dengan itu, perkara ini turut menimbulkan masalah kekurangan
bahan rujukan mengenai sejarah Malaysia..

Walau bagaimanapun, kita seharusnya berbangga kerana persoalan mengenai


penulisan sejarah Malaysia menurut kaca mata tempatan telah mendapat perhatian
yang agak menyeluruh. Di dalam Seminai Sejarah Malaysia I dan II (1972, 1973) telah
dikemukakan beberapa perkembangan baru untuk sukatan matapelajaran sejarah
sekolah agar generasi baru lebih mengenali sejarah tanah air sendiri.

18
Setelah diteliti dan difahami tentang pengertian sebenar dan juga bagaimana
kemunculan pendekatan Barat Sentrik dan juga Malaysia Sentrik, dapat diambil
pendirian bahawa kedua-duanya mempunyai perbezaan dan sedikit persamaan.
Walaupun masing-masing cuba untuk mempertahankan pendekatan mereka, namun
mereka seakan lupa bahawa dalam membicarakan tentang sejarah Malaysia kedua-
dua pendekatan seharusnya diambil-kira untuk mengelakkan wujudnya sifat bias di
dalam penulisan mereka. Sejarah sepatutnya dikaji secara "both side of the coin" dan
bukannya menyebelahi mana-mana pihak demi menjaga keobjektifannya.

Dengan kata lain, samada pendekatan Barat Sentrik mahupun Malaysia Sentrik,
keduanya mempunyai kaedah dan tujuan tertentu yang tidak dapat lari dari cuba
mengutarakan mengenai tokoh dan peranan masing-masing. Kedua-duanya boleh
dikatakan tidak dapat berfungsi sebagai sejarah ilmiah yang sebenamya kerana
ketepatannya masih boleh diragui atau dipertikaikan.

Tahun-tahun 1950-an dan 1960-an telah memperlihatkan kepada kita mengenai


kesungguhan ahli-ahli sejarah Tanah Melayu yang telah berusaha demi memastikan
keutuhan Sejarah Malaysia yang seharusnya mempunyai keperibadian yang tersendiri
dan bukan sekadar satu kajian pinggiran kepada Sejarah British. Pergolakan ilmiah
yang berlaku pada waktu itu sedikit sebanyak telah berjaya memberi ruang yang agak
terjamin kepada Sejarah Malaysia. Oleh itu boleh kita katakan bahawa perbahasan
yang berlaku adalah wajar dan amat perlu terutamanya untuk masa depan sejarah
Malaysia sendiri.

Apa yang kita kehendaki, bukanlah sejarah dari sudut pandangan imperialisme dan
tidak pula dari sudut pandangan nasionalisme yang sempit. Kedua-dua konsep ini
merupakan penyelewengan dari garis kebenaran.Yang kita kehendaki ialah satu
sejarah kebangsaan yang objektif dan saintifik, yang dapat menghuraikan proses
sejarah dengan mendalam dan benar.

19
Tidak salah jika dikatakan bahawa bentuk penulisan Sejarah Malaysia kebelakangan ini
sememangnya telah mengalami perubahan atau telah semakin terkeluar dari belenggu
rangkakerja imperialis. Namun, beberapa pembetulan mengenai liputan penulisan perlu
dilaksanakan dan segala perubahan serta pembetulan tersebut tidak akan bermakna
sekiranya kesedaran tentang peri pentingnya sejarah dalam proses pembangunan
negara bangsa tidak di cetuskan dikalangan generasi muda.

Walaupun polemik 1960-an itu, tidak berjaya mencetuskan satu ketetapan yang
muktamad tentang "sentrik" manakah yang akan menjadi landasan utama bagi
penulisan Sejarah Malaysia pada masa akan datang, tetapi penyuaraan tersebut paling
kurang telah berjaya memulakan proses penilaian semula kepada bentuk penulisan
Sejarah Malaysia yang telah di sempurnakan. Ini kerana, dalam usaha untuk menafsir
Sejarah Malaysia ketelitian amat di perlukan agar gambaran yang salah tidak berlaku.
Tegasnya, bagi mengatasi masalah kekurangan sumber dan penguasaan bahasa,
kerajaan Malaysia seharusnya perlu membuat satu dasar untuk memperolehi bahan-
bahan Sejarah Malaysia dari seluruh dunia. Selanjutnya latihan bahasa perlu diberi
kepada pegawai-pegawai yang akan mengendalikan projek ini untuk menjamin
kelancarannya.
Semua penulisan samada penulisan barat sentrik mahupun tempatan sentrik
sebenarnya tidak dapat lari dari melakukan bias. Oleh kerana itulah persoalan sentrik
ini boleh dianggap sebagai satu persoalan yang pada pendapat kami tidak akan selesai
sampai bila-bila. Buktinya, sejak dulu lagi lagi sehingga membawa kepada selepas
perang dunia ke-2 dan sehingga kini pun rasanya masih tidak ada satu sumber sejarah
pun yang dapat lari dari memihak kepada sesuatu sentrik. Oleh itu, perbahasan demi
perbahasan dan kesedaran demi kesedaran amat perlu untuk mewujudkan sebuah
penulisan sejarah khususnya sejarah Malaysia yang bukan sahaja tepat malah mantap
dari segi huraiannya. Atas kelemahan inilah perlunya diwujudkan penulisan sejarah
yang menggunakan pendekatan autonomi dan pendekatan sejarah total iaitu penulisan
yang berdasarkan kepada peristiwa yang benar-benar berlaku, saintifik dan objektif.
Akhir sekali,"Sebelum mengkaji sesuatu penulisan sejarah, kajilah dulu ahli sejarah
yang menulisnya" (E.H. Carr).

20
Pengertian sejarah menurut E.H Carr
Menurut E.H Carr, sejarah adalah satu dialog antara perkara yang telah berlaku pada
masa lalu dengan masa kini. Sejarah juga merupakan interaksi antara sejarawan
dengan fakta-faktanya. Carr menolak pandangan empirical kerja ahli sejarawan sebagai
satu pertambahan fakta dan beliau mendakwa bahawa sebagai karut. Carr juga
mendakwa kepercayaan di dalam teras fakta-fakta sejarah yang sedia ada secara
objektif dan bebas daripada tafsiran ahli sejarah adalah satu kesilapan yang tidak
munasabah tetapi ia amat sukar untuk dicegah. Carr juga mengakalkan adanya satu
kuantiti yang luas maklumat dalam era moden bahawa sejarah sentiasa memilih fakta
dan beliau memutuskan untuk membuat penggunaan. Daripada definisi yang diberi oleh
Carr, menunjukkan bahawa sejarah berfungsi untuk menyimpan dan meneruskan
pengalaman-pengalaman secara kolektif dari satu generasi ke satu generasi berikutnya
dan dengan itu berlakunya proses pembudayaan, sosialisasi dan pendidikan secara
terus-menerus. Di sini Carr cuba menunjukkan bahawa sejarah adalah suatu tindak
balas pembaca terhadap penulisan sesebuah buku iaitu fakta-fakta yang ditulis oleh
sejarawan. Walaupun sejarah di tulis dengan menggunakan fakta yang sebenar-
benarnya namun penerimaan terhadap kandungan buku tersebut mungkin seperempat
sahaja kerana pembaca mungkin mempunyai pandangan sendiri tentang sesuatu idea
atau peristiwa sejarah yang dibaca atau dialaminya.

Manakala sejarah dalam erti kata yang objektif menunjukkan kepada kejadian atau
peristiwa itu sendiri iaitu proses sejarah dalam keadaan yang sebenarnya berlaku.
Kejadian sejarah hanya berlaku sekali sahaja dan tidak akan berulang lagi. Orang yang
mengalami suatu kejadian sebenarnya berkesempatan mengalaminya, mengamati dan
mengikuti sebahagian daripada keseluruhan kejadian tersebut. Mustahil baginya
mengetahui keseluruhan peristiwa tersebut kerana boleh jadi pada ketika itu satu
kejadian yang sama berlaku di lokasi yang lain. Oleh itu, dia tidak akan mempunyai
gambaran keseluruhan tentang kejadian yang berlaku. Dengan penjelasan ini, maka
sejarah boleh kita katakana sebagai pelbagai bentuk penggambaran pengalaman

21
kolektif pada masa lampau yang dijelmakan dalam bentuk penulisan,foto,filem dan
sebagainya.

2.1 PENDAPAT PARA AHLI SEJARAH TENTANG SEJARAH

* Pengertian sejarah Menurut Costa (Burger, 1970: 44)


sejarah dapat didefinisikan sebagai "record of the whole human experience". Dimana
pada hakikatnya sejarah merupakan catatan seluruh pengalaman, baik secara individu
maupun kolektif bangsa/nationdimasa lalu tentang kehidupan umat manusia.

* Pengertian sejarah Menurut Cleveland (Burger, 1970; 46)


"history is viewed as a mean by which to understand human life" yang berarti bahwa
sejarah itu dipandang sebagai maksud untuk memahami kehidupan manusia.

* Pengertian sejarah Menurut Bernheim (seorang sejarawan Jerman)


sejarah adalah sebuah ilmu yang menelusuri serta menempatkan peristiwa- peristiwa
tertentu dalam waktu dan ruang mengenai perkembangan manusia, baik secara
perorangan maupun kolektif, sebagai mahluk sosial dalam hubungan sebab dan akibat,
lahir maupun batin.
* Pengertian sejarah menurut henri Pirenne Iseorang sejarawan Perancis)
mengartikan sejarah sebagai cerita tentang peristiwa-peristiwa dan tindakan-tindakan
manusia yang hidup dalam masyarakat.

* Pengertian sejarah Menurut Sartono Kartodirdjo


sejarah dapat didefinisikan sebagai berbagai bentuk penggambaran pengalaman
kolektif di masa lampau. Setiap pengungkapannya dapat dipandang sebagai suatu
aktualisasi atau pementasan pengalaman masa lampau. Menceritakan suatu kejadian
ialah cara membuat hadir kembali (dalam kesadaran) peristiwa tersebut dengan
pengungkapan verbal.

22
* Pengertian sejarah Menurut Daniel dan Banks (1996: 6)
Daniel berpendapat: bahwa sejarah adalah kenangan pengalaman umat manusia.
Sedangkan Banks berpendirian bahwa semua kejadian di masa lalu adalah sejarah dan
sejarah adalah sebagai aktualitas.

* Pengertian sejarah Menurut Carr (1982: 30)


Menyebutkan bahwa "history is a continuous process of interaction between the
historian and his facts, and undending dialogue between the present and the past" yang
berarti bahwa sejarah merupakan proses berkesinambungan dari interaksi antara
sejarawan dan fakta-fakta serta dialog antara masa kini dan masa lalu.
* Pengertian sejarah Menurut W.J.S Poerwodarminta dalam kamus umum bahasa
Indonesia :
Sejarah mengandungi 3 pengertian, iaitu kesusasteraan lama, salasiah dan asal usul,
kejadian yang benar-benar berlaku di masa lampau dan sejarah itu ilmu pengetahuan.
* Pengertian sejarah Menurut Abramowitz (Burher, 1970:42)
"history as a chronology of events" yang berarti bahwa sejarah merupakan sebuah
kronologi atas suatu kejadian.

* Pengertian sejarah Menurut Sunnal dan Haas (1993: 278)


"history is a chronological study that interprets and gives meaning to events and applies
systematic methods to discover the truth" yang berarti: sejarah merupakan studi
kronologis yang menafsirkan dan memberikan arti peristiwa dan berlaku metode
sistematis untuk menemukan kebenaran

2.2 KEPENTINGAN PEMBELAJARAN SEJARAH

Matlamat adalah sebahagian daripada persoalan yang terdapat dalam ilmu sejarah.
Terdapat beberapa matlamat dalam mempelajari sejarah. Antaranya ialah:

23
1. Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
Menurut R.G. Collingwood, tujuan asas mempelajari sejarah adalah untuk
mendapatkan pengetahuan diri manusia. Kita sebagai manusia seharusnya mengetahui
akan diri kita dan mengetahui keupayaan diri kita sendiri. Sekiranya kita seorang
Melayu, Cina ataupun India. Kita sebenarnya telah mewarisi cara atau tradisi
berpakaian termasuklah tabiat makan dan minun daripada bangsa kita sendiri. Jika kita
lupa akan sejarah masa lalu dan tidak menjadikannya sebagai pengetahuan kepada
kita. Maka kita akan lupa akan asal usul, adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita
sendiri.

Jelasnya sejarah memang memberi pengetahuan kepada kita akan segala aspek
kehidupan sesuatu bangsa sehingga lahirnya semangat kekitaan. Menurut Lester D.
Stephens, sejarah mewujudkan semangat kekitaan dan tanpa sejarah kita tidak akan
tahu siapa diri kita sama ada secara individu atau kumpulan.

2. Memberi pendidikan kepada masyarakat


Begitu jugalah sejarah turut memberi pendidikan kepada kita terutamanya pendidikan
moral. Ini dapat dibuktikan melalui peristiwa-peristiwa dalam sejarah melayu yang
memberi pendidikan moral kepada kita. Misalnya, antara factor kejatuhan kerajaan
Singapura adalah satu akibat kezaliman rajanya yang mengaibkan rakyatnya iaitu sikap
Raja Iskandar (Raja Singapura) yang telah menjatuhi hukuman yang mengaibkan di
hadapan khalayak ramai terhadap gundik kesayangannya setelah difitnah berlaku
curang oleh gundik-gundik lain yang cemburu kepadanya.

Di samping pendidikan moral, sejarah yang juga penting dalam pembinaan intelektual.
Apabila kita memperoleh maklumat daripada sejarah dan tamadun. Kita boleh
menggunakan warisan sejarah tersebut dalam mendidik masyarakat hari ini dan akan
dating. Pembinaan moral danintelektul dikalangan masyarakat adalah penting
keranatanpa kedua-dua aspekini maka masyarakat yang akan lahir itu merupakan

24
masyarakat yang kurang matang dalam segala aspek kehidupan dan tidak mampu dan
tidak bersedia untuk mengahadapi dunia akan datang.

3. Untuk mematang minda dan diri manusia


Pembelajaran sejarah berupaya mematangkan minda dan diri manusia. Ini kerana
melalui pengkajian sejarah maka kita akan memperoleh ilmu pengetahuan dan
maklumat. Dengan ilmu dan maklumat ini,maka minda kita akan memproses dan
menganalisis pertumbuhan mental dan pnnya dengan perkembangan yang ada
hubungan dengan persekitaran.

Dengan kematangan minda, maka manusia akan dapat meningkatkan keyakinan diri
setelah melihat keterlibatan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh tokoh-tokoh
sejarah yang bertindak sebagai ejen sejarah terutamanya mereka terlibat dalam proses
perkembangan tamadun dunia. Sudah tentu sumbangan tokoh-tokoh ini menjadi
penting dalam sejarah hari ini kerana melalui sumbangan mereka terutama dalam
pelbagai displin akan memberi keyakinan diri kepada masyarakat untuk memperbaiki
kehidupan mereka hari ini dan masa depan. Malahan sesuatu yang perlu dilakukan
ialah mereka perlu dilakukan ialah mereka perlu bersaing dengan usaha yang telah
dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut atau sekurang-kurangnya membuat yang terbaik
darpada sesuatu yang telah mereka lakukan.

4. Sebagai warisan untuk generasi akan datang


Sebenarnya setiap perkara yang baik kita lakukan sudah pasti kita mahu perkara itu
diwarisi dan dipeturunkan kepada generasi kita akan datang. Begitu jugalah
keadaannya dengan sejarah. Setiap peristiwa yang telah berlaku itu ada kebaikan
dankeburukannya. Maka generasi akan datang yang akan menentukan kehidupan akan
datang. Contoh yang terdekat ialah adat masyarakat Melayu. Adat ini masih lagi
diamalkan walaupun terdapat perubahan serba sedikit daripada yang asalnya. Jadi
boleh kita katkan bahawa adat tersebut diketahui melalui sejarahnya. Daripada
persoalan inilah maka sejarah perlu dipelajari agar sesuatu yang dipusakai akan terus
kekal diwarisi dan tidak hilang daripada ingatan masyarakat moden. Jika dilihat

25
daripada pensejarah Melayu seperti Tuhfat al-Nafis, kita dapati karya ini merupakan
salah satu hasil tinggalan zaman lampau. Menurut Raja Ali Haji:
Belum aku dapat nama suaminya dan anak-anaknya pada ketika aku membuat
salasialah ini melainkan siapa-siapa di belakang daripada anak cucu aku harap akan
menambah karanganku itu,jika dapat.

Perkara yang ingin disampaikan dalam peyikan itu adalah tentang kepentingan dari segi
jurai keturunan dan juga sejarah yang ditulisnya ini perlu diteruskan oleh generasi akan
datang. Jadi, boleh dikatakan bahawa mempelajari sejarah adalah penting bagi
mengetahui khazanah atau warisan atau pengalaman manusia masa lalu yang telah
memberi sumbangan yang besar kepada sesuatu tamadun. Daripada khazanah yang
ditinggalkan itu akan lebih menyakinkan kita dalam menghadapi dugaan pada hari
muka.

5. Sebagai pendidikan dan pengajaran kepada kita serta generasi akan datang
Pendidikan dan pengetahuan sejarah amat penting bagi setiap manusia dan perkara ini
tidak harus dikesampingkan begitu sahaja. Ini kerana setiap perkara itu sama ada ia
merupakan suatu idea, penciptaan ilmu yang pelbagai displin dan sebagainya ada
sejarah tersendiri. Walau apapun pengetahuan sejarah itu seharusnya dijadikan sumber
kesedaran kepada masyarakat dalam memupuk semangat baru bagi memperbaiki
segala kelemahan, menilai kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat tradisi,
memulihkan semula kekuatan moral dan mental bagi kemajuan individu, masyarakat
dan Negara. Selain kita boleh mengetahui tentang sejarah yang telah berlaku melalui
pendedahan pengalaman masyarakat dahulu kala bagi memberi pemahaman dan
pengajaran kepada kita dalam menghadapi masalah masa sekarang dan akan datang.
Pengalaman itu memang mempunyai nilai yang sangat penting,berharga dan bermakna
kepada kita. Melalui pengalaman kita lebih berkemampuan dalam membuat
pertimbangan dan keputusan yang baik. Kita boleh katakana bahawa pengalaman
merupakan suatu latihan yang baik untuk kita berhadapan dengan masalah. Menurut
Stephen Vaugh dengan mengkaji sejarah, kita membuat persediaan dengan lebih
baik bagi menghadapai sebarang kemungkinan dalam kehidupan moden. Contohnya

26
dalam peristiwa 13 Mei 1969, banyak membawa kesan dan pengajaran kepada
penduduk Malaysia.

Sejarah juga dapat memupuk perasaan kea rah mewujudkan perpaduan social. Jika
melalui sejarah 13 Mei, memang banyak kerosakan harta benda dan nyawa yang
terkorban, keadaan fizikal dan harta benda dan nyawa terkorban, keadaan fizikal dan
harta benda awam banyak yang musnah. Di samping itu juga, perintah berkurung telah
dilakukan untuk mengawal keselamatan dan kestabilan Negara sehingga masyarakat
tidak bebas mencari nafkah dan juga berinteraksi antara satu sama lain. Contohnya
kawasan Kuala Lumpur pada masa itu telah diletakkan dalam perintah berkurung yang
bertujuan bagi meredakan keadaan huru haradan rusuhan yang tercetus di sekitar
kawasan yang terlibat.

Keadaan dan peristiwa yang pahit ini telah menuntut masyarakat agar mengekalkan
perpaduan dengan mengikis sikap etho-centric atau perkauman supaya keamanan
semua pihak dapat dicapai dan peristiwa tersebut tidak akan berulang lagi. Walaupun
peristiwa hitam itu telah berakhir, namun masyarakat masih mengingati kesannya
sehingga hari ini. Sekiranya kita tidak menjadikan sejarah sebagai landasan
hidup,maka kita akan terumbang ambing dalam menghadapi dunia yang penuh dengan
rintangan. Walaupun sejarah yang sama tidak akan berulang pada masa dan keadaan
yang sama,namun perkara yang akan berulang ialah bentuk yang umum sifatnya.

6. Untuk meningkatkan pemikiran


Pembelajaran sejarah bertujuan menjadikan manusia lebih arif dan bijaksana seperti
yang terungkap dalam History and Historian karangan Boardman iaitu sejarah
menjadikan manusia lebih bijak. Melalui pembelajaran sejarah, maka akan dapat
menajamkan pemikiran manusia agar bersifat kritikal terhadap segala perkara dan
permasalahan sama ada yang berkaitan dengan hubungan mahupun kemanusiaan.
Dengan ini segala kesilapan lalu akan dapat dielakkan agar perkara tersebut tidak terus
berulang dan mereka akan bersikap bijak dalam mencari jalan penyelesaian baru
terhadap segala masalah yang dihadapi. Jadi boleh kita katakana dengan adanya

27
sedikit pengetahuan tentang peristiwa lampau,makaakan dapat membantu manusia
memahami keadaan mereka pada masa sekarang.

Pembelaaran sejarah juga penting dalam pembinaan pemikiran sesuatu bangsa.


Sejarah menyentuh tentang pengalaman manusia semenjak kelahiran manusia di atas
muka bumi. Jadi pembelajaran sejarah menolong manusia membentuk pemikiran untuk
pembinaan sesuatu tamadun. Jika kita tidak mengambil pengalaman lalu sebagai
pengajaran sesuatu bangsa akan berlaku kucar kacir dan pergaduhan antara satu
sama lain. Kita mengambil warisan barat sebagai pengalaman yang boleh dijadikan
ikhtibar tetapi kita boleh menyelesaikan maslah dalaman terutama konflik yang berlaku
dalam Negara kita.

7. Untuk pembagunan bangsa dan Negara


Pembelaran sejarah juga bertujuan untuk mempertahankan kegemilangan
danpencapaian yang pernah dicapai oleh seseorang ataupun sesebuah Negara.
Walaupun demikian perngorbanan yang dilakukan oleh manusia dahulu tidak wajar
dilupakan kerana sejarah mengajar kita supaya mengingati bukan melupakannya.
Contohnya Negara kita pernah dijajah kuasa Barat sehinggalah Negara kita menapai
kemerdekaan pada 31 ogos 1957. Disebalik itu juga kita harus mengingati semua
perjuang Negara yang terkorban dalam membebaskan Negara daripada serangan dan
cengkaman musuh. Secara tidak langsung ini akan menanamkan semangat cintakan
tanah air di kalangan generasi-generasi muda supaya mewarisi perjuangan pahlawan-
pahlawan yang telah berjasa kepada Negara.
Selain itu kita perlu juga memberi pemahaman tentang hubungan budaya yang lalu
dengan budaya mesyarakat hari ini untuk membuat perbandingan bagi membangunkan
dan memajukan masyarakat serta Negara pada hari inidan hari depan. Contohnya di
Barat, sejarah dilihat dari pelbagai sudut seperti sains dan tradisi lama untuk
memperbaiki masyarakat mereka.

28
2.3 PENGENALAN KONSEP OBJEKTIVITI DAN SUBJEKTIVITI DALAM
SEJARAH

Bidang Sejarah adalah merupakan bidang yang amat mementing aktiviti penelitian ke
atas fakta-fakta sejarah (peristiwa) dengan penuh bertanggungjawab demi mencari dan
mewujudkan kebenaran mengenai kehidupan pada masa telahpun berlalu atau yang
lampau. Sejarawan akan mengumpulkan fakta-fakta sejarah dan menghasilkannya
dalam bentuk penulisan atau pensejarahan.
Dalam membicarakan persoalan objektiviti dan subjektiviti di sini, permasalahan
yang pertama perlu ditekankan ialah keterlibatan (involvement) seseorang sejarawan
terhadap penyelidikannya atau kajiannya. Iaitu sama ada dia harus
terikat (attached) atau terpisah (detached) daripada kajiannya. Ini kerana, menurut
Edward Hallet Carr bahawa fakta-fakta yang dikumpul oleh ahli sejarah dari dokumen-
dokumen, surat-surat dan sebagainya adalah ibarat ikan di atas papan penyiang si
penjaja ikan'. Sejarawan itu memungut ikan itu, membawanya pulang, memasak dan
menghidangkannya dalam apa cara yang menarik baginya. Justeru itu, sejarah yang
tulen ialah sejarah yang mempunyai pemisah mutlak di antara pengkaji dan kajiannya.
Maka dari sinilah, sejarawan menghadapi dua bentuk konsep yang menjadi penghalang
(straitjackets) kepada segala usaha penelitian sejarahnya, iaitu konsep objektiviti dan
konsep subjektiviti dalam pensejarahan.

Hingga kini, perbahasan sudah berlarutan mengenai sama ada sejarah itu sewajarnya
objektif atau subjektif. Persoalan yang menjadi isu paling penting dalam perbahasan
para sejarawan ialah mengenai keupayaan ahli-ahli sejarah untuk menghasilkan
penulisan yang bersifat objektif. Hakikatnya, ramai sejarawan tidak merasa senang
dengan persoalan ini menyebabkan tidak wujud penyelesaiannya yang
muktamad. Terdapat dua aliran yang telah mempengaruhi pengertian sejarah ialah
Aliran rasionalisme dan aliran emperisme. Aliran rasionalisme bersifat subjektif dan
didokong tokoh-tokoh seperti Benedetto Croce dari Itali, Arnold Tonybee dan R.G.
Collingwood dari England. Manakala aliran emperisme bersifat objektif dan didokong

29
oleh tokoh-tokoh seperti Leopold Von Ranke dari Jerman, Lord Acton dan J.B. Bury dari
England.

Pengertian Konsep objektiviti


Objetiviti timbul dari kata asal objektif. Kamus Dewan memberi maksudnya sebagai
suatu kenyataan atau fakta sebenar yang tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh
perasaan atau prasangka sendiri.

Menurut pandangan Abdul Rahman Haji Abdullah dalam penulisan bertajuk Pengantar
Ilmu Sejarah (1994), beliau mendefinisikan sejarah objektif sebagai sejarah
sebagaimana terjadinya(histoire-realite). Pandangan ini selari dengan teori terkenal
oleh Leopold Von Ranke, iaitu wie es eigentlich gewese yang bermaksud seperti
sebenarnya ia berlaku.

Muhd Yusof lbrahim mendefinisikan konsep objektif sebagai salah satu daripada
beberapa sifat atau hakikat sejarah itu sendiri dan ia merupakan persoalan yang hakiki
bagi sejarah dan pensejarahan.
Menurut Barzun dan Graf dalam karya mereka bertajuk The Modern Researcher (1970)
bahawa objektif adalah apa yang semua orang menyetujuinya atau pandangan yang
benar.

Aliran objektif ini didasari oleh tradisi emperisme John Locke dan positivesme Aguste
Comte yang melihat adanya pemisahan di antara subjek dan objek. Karya sejarah yang
dikatakan bersifat objektif ini pada asasnya adalah suatu penulisan yang merupakan
tafsiran atau penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan berdasarkan
kepada sumbemya yang masih kekal. Hasil itu haruslah dipertahankan kebenarannya
untuk sementara waktu sehinggalah wujudnya pentafsiran baru yang akan mengambil
alih tempat tersebut.

Empat perkara dasar yang dilihat di dalam penulisan sejarah ialah ketepatan dan
kesahihan di dalam fakta, kesempumaan di dalam menyampaikan bukti, struktur logikal

30
yang berkesan serta kelancaran persembahan. Bagi mencerminkan sifat
objektif di dalam penulisan sejarah, seseorang sejarawan haruslah menyingkirkan sifat
subjektif di dalam hasil penulisannya. Sebagai satu istilah ilmu sejarah, maka konsep
objektif itu biasanya dilihat daripada dua sudut pengertian yang berbeza.

Pengertian yang pertama ialah objektif itu bermakna tujuan atau sasaran sesuatu
sejarah itu dikaji atau ditulis. Maknanya ialah untuk apa atau siapa sejarah itu dikaji?
Sebagai contoh ialah Tun Seri Lanang telah memperbaiki semula 'Hikayat Melayu' yang
dibawa daripada Goa dan dinamakan Sulalatus Salatin dengan tujuan untuk memenuhi
permintaan Sultan Abdullah Ma'ayah Syah serta menyukakan hati baginda untuk
teladan serta iktibar bagi keturunan yang akan datang.

Pengertian yang kedua adalah lebih kontrovesi dan memerlukan perbincangan yang
lebih luas serta mendalam lagi. Ini kerana ia dianggap sebagai sifat sejarah itu sendiri.
la adalah merupakan persoalan yang intrinsik bagi sejarah dan pensejarahan. Objektif
adalah dianggap sebagai sains tulin yang menganggap kebenaran sebagai sesuatu
yang mutlak dan tepat. Leopold Von Ranke adalah sebagai pengasas agung aliran
sejarah objektif ini. Ranke berpendapat bahawa, sejarawan seharusnya berusaha untuk
membuat satu persembahan tulen fakta-fakta yang berpandukan kepada penyelidikan
rapi ke atas peristiwa-peristiwa lepas yang khusus dan nyata, dan berasaskan kepada
tafsiran sumber-sumber yang asli dan kemasukkan unsur moral hanya mendedahkan
sejarah kepada prasangka dan berat sebelah yang boleh menggugat kewibawaannya
sebagai satu bidang ilmu yang sahih.

Tradisi emperisme John Locke dan positivisme Aguste Comte telah menjadi asas
kepada aliran sejarah objektif yang diperjuangkan oleh Leopold Von Ranke (1795
-1886). Kita juga sedar bahawa, matlamat pengajian sejarah adalah untuk
menggambarkan kejadian-kejadian sebagaimana yang berlaku. Menurut Pieter
Gayl, "historisme" bermakna menjauhkan diri dari pengadilan, penerimaan atau
pengakuan yang tidak ada darjah-darjah kecuali apa yang dibekalkan oleh proses
sejarah itu sendiri.

31
Pada tahun 1896, Lord Acton (1834 - 1902) telah melancarkan projek penulisan yang
terkenal bertajuk "Cambridge Modern History" untuk melahirkan karya sejarah objektif.
Dalam kata-kata aluannya, beliau menyatakan bahawa, biarlah gambaran para
sejarawan tentang sesuatu peristi\va itu serupa sahaja dan memuaskan hati setiap
pihak tanpa sebarang perasaan subjektif atau sikap berat sebelah (bias). Aliran objektif
ini adalah berasaskan kepada keyakinan tentang kemampuan memperolehi fakta
sejarah secara muktamad. Selain daripada itu, sejarah adalah sejenis sains dan ia
mampu menghasilkan karya sejarah yang bersifat saintifik dan objektif.

Kesimpulannya ialah penulisan sejarah, tafsiran atau penerangan yang objektif adalah
menjadi matlamat seseorang sejarawan yang tulen. Di dalam mewujudkan hasil karya
sejarah yang bersifat objektif, beberapa perkara harus diambil kira iaitu;
a. Harus mencerminkan sikap yang jujur.
b. Tidak ada bias tetapi adil dan berkecuali di dalam penulisan.
c. Perlu memahami kaedah penyelidikan sejarah dan mengamalkannya di dalam
penulisan.
d. Seorang sejarawan haruslah menggunakan sumber yang secukupnya untuk
mendapatkan fakta dan maklumat yang membolehkan ia membuat tafsiran
secara adil dan saksama atau bersikap kritis.
e. Sejarawan tidak boleh membuat pentafsiran secara sesuka hati mengikut
perasaannya demi untuk menyukakan sesuatu pihak atau mendapatkan
keuntungan dan kepentingan.
f. Tafsiran itu pula haruslah menggambarkan kebenaran tanpa memasukkan unsur
pengadilan terhadap sesuatu peristiwa sejarah yang dikajinya itu.

Pengertian Konsep subjektif


Subjektiviti pula timbul dari kata dasar subjektif. Kamus Dewan memberi makudnya
sebagai sesuatu yang terbit daripada atau berasaskan pandangan orang atau pihak
yang melihat atau menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang dilihat atau
dinilai).Konsep subjektif menurut Muhd. Yusof Ibrahim ialah merujuk kepada

32
pensejarahan tradisi yang ditulis secara bebas atau sesuka hati sejarawan sahaja.
Penulisan-penulisan mereka adalah bersifat memihak dan bertujuan menyanjung atau
memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang dikaji, menyerapkan nilai budaya
atau 'world-view", mahupun ideologi serta memuatkan pelbagai unsur kesusasteraan.

Dengan kata lainnya, konsep sejarah subjektif ialah sejarah yang ditulis dan telah diolah
oleh pengarang dengan memasukkan unsur mitos, lagenda dan lain-lain unsur
kesusasteraan untuk mengindahkan lagi hasil penulisan. Sejarah dikatakan subjektif
kerana ia ditulis oleh seorang penulis atau sejarawan dengan rekaan atau diciptakan
sendiri.

Walau bagaimanapun, hakikat bahawa penulisan sejarah subjektif tidak dapat dielakkan
dan ia dianggap sebagai suatu yang penting dan unggul. Ini adalah disebabkan
manusia mempunyai sifat semulajadi iaitu kita akan memihak kepada sesuatu yang kita
minat dan juga yang kita anggap penting. Seorang ahli falsafah Jerman bernama G.
Litchenberg menyatakan bahawa, manusia mempunyai sifat memihak. Jika tidak
memihak, orang itu termasuk di dalam golongan tidak memihak yang merupakan suatu
pilihan.

Pensejarahan subjektif dapat dilihat dengan jelas di dalam pensejarahan tradisional.


Penulisan mereka bersifat memihak, yang bertujuan menyanjung atau
memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang mereka kaji, menyerapkan nilai budaya
atau world-view, ideologi dan unsur kesusasteraan. Tun Seri Lanang telah memperbaiki
semula Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa dan seterusnya
menamakannya Sulalatus Salatin dengan tujuan memenuhi perintah Sultan Abdullah
Ma'ayah Syah serta menyukakan hati baginda untuk teladan serta iktibar bagi
keturunan akan datang. Pembentukan aliran sejarah subjektif adalah disebabkan oleh
dua perkara.

33
Perkara yang pertama ialah faktor naluri atau kecenderungan semulajadi manusia itu
sendiri yang suka memilih (select). Kita sendiri sedar bahawa manusia akan memilih
sesuatu yang penting dan mengenepikan sesuatu yang dianggap tidak penting.

Manakala, faktor yang kedua pula ialah faktor agama dan ideologi. Faktor ini dapat
membentuk pegangan dan tindakan seseorang. Manusia yang semakin kuat
komitmennya, berkemungkinan besar bersikap subjektif. Maka penulisannya akan
bersifat memihak. Penulis aliran subjektif tidak bertujuan untuk mengenepikan
kebenaran sejarah, tetapi mereka kurang mementingkan konsep kebenaran yang
objektif.
Konsep sejarah subjektif boleh dijadikan ikhtibar yakni alat untuk melakukan serangan
psikologi untuk menegakkan keunggulan sesuatu kuasa atau bangsa ke atas sesuatu
yang lain. Kita tahu bahawa salah satu sebab yang menyebabkan penulisan sejarah
subjektif ialah tiada kesedaran yang jelas dan luas tentang sejarah Sejarawan tersebut
hanya tahu bahawa fungsi sejarah adalah untuk mendapat pengajaran sahaja. Maka,
dengan sebab itulah penulisan sejarah itu dicampuradukkan dengan unsur-unsur
sastera seperti mitos, lagenda dan lain-lain. Melalui dongengan ini, hasrat sejarawan
untuk memberi iktibar akan lebih mudah lagi untuk mencapai objektifnya. Pengaruh
nilai, budaya dan adanya kepentingan yang hendak ditonjolkan juga merupakan salah
satu sebab kepada kewujudan penulisan sejarah subjektif.

Hal ini dapat kita lihat dengan jelas melalui karya-karya sejarah tokoh-tokoh penjajah
terhadap sejarah tanah air kita. Secara tidak langsung, penulisan sejarah ini, boleh
digunakan untuk melakukan serangan psikologi bagi bangsa yang terjajah. Sejarawan
Barat seperti R.J. Wilkinson, R.O. Winsted dan lain-lain lagi telah mencemuh dan
memperkecilkan peristiwa-peristiwa sejarah, peranan dan tokoh-tokoh tempatan. Bagi
mereka, Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan lain-lain pejuang nasionalisme
dianggap penderhaka. Tokoh-tokoh Barat diperkenalkan kepada masyarakat kita dan
watak mereka itu diperhebatkan. Mereka menghuraikan dengan terperinci tentang
semangat yang ada pada diri J.W.W. Birch, Sir Francis Light dan lain-lain lagi yang bagi

34
kita, mereka ini ialah penjajah yang datang menjajah ke negeri kita dan mengaut segala
hasil kekayaan negara kita.

Sehubungan dengan perbincangan tadi dapat disimpulkan di sini bahawa persoalan


subjektiviti dalam sejarah ialah merujuk kepada bentuk hasil sejarah yang ditulis
dengan memasukkan unsur-unsur penambahan yang pada pandangan sejarawan itu
adalah penting. Masalah bias adalah merupakan kesan terpenting yang wujud hasil
daripada tercetusnya penulisan secara subjektif ini.
Kesimpulannya, penulisan sejarah mestilah bersifat objektif. Ini adalah untuk
membuktikan kesahihan dan kewibawaan sesuatu fakta. Terdapat beberapa
tokohyangm e n u l i s s e j a r a h s e c a r a o b j e k t i f i a i t u J o h n L o c k e , A u g u s t e C
o m t e d a n L e o p o l d Von Ranke. Pelbagai karya telah ditulis oleh tokoh-tokoh ini
secara objektif. Penulisan sejarahyang objektif akan membiarkan dokumen bercakap
dengan sendirinya. Ini bermakna parasejarawan tidak memerlukan penjelasan untuk
menulis menulis sesuatu sejarah. Penulisan sejarah yang objektif haruslah mempunyai
ciri-ciri seperti tidak berat sebelah, menggunakan sumber yang dikaji dengan
menggunakan proses penyelidikan yang sistematik.

35
3.0 TAMADUN MANUSIA

Sebelum munculnya tamadun manusia, kehidupan manusia di peringkat awal dikenali


sebagai manusia Zaman Batu (Stone Age). Pada zaman batu ini manusia dianggap
sebagai tidak bertamadun. Manusia zaman prasejarah hidup dalam keadaan primitive
dan tebatas dalam segala aspek kehidupan mereka. Zaman pra sejarah terbahagi
kepada dua iaitu:

Zaman prasejarah terawal


Masyarakat prasejarah terawal ditemui pada zaman Pleistocene (Zaman ais) dikenali
sebagai Australopithecines di kawasan timur dan selatan Afrika. Masyarakat awal
prasejarah ini berkembang dan hidup merangkumi dalam dua zaman iaitu zaman
Paleolitik dan Mesolitik. Manusia pada awal paleolitik awal, tengah dan akhir juga
dikenali sebagai Homo erectus (Pithecanthropines) yang dikatakan hidup pada zaman
Paleolitik Pertengahan kira-kira 500,000 B.C ataupun dikenali sebagai Zaman Batu
Lama. Manusia Hono erectus ini dikatakan telah hidup pada zaman pertengahan
Pleistocene (Middle Pleistocene) dan boleh ditemui di beberapa kawasan dunia pada
zaman lampau seperti di Afrika, Jawa serta Peking (China).

Manusia pada zaman Paleolitik digambarkan mereka hidup secara berpindah randah
dari satu tempat ke satu tempat yang lain, memburu binatang, memungut hasil hutan
dan menggunakan peralatan batu yang kasar untuk memotong makanan. Manusia
yang hidup pada zaman Paleolitik Akhir (Upper Pleistocene) dan zaman Mesolitik
sekitar 50,000 10,000 B.C dikenali sebagai manusia Homo sapien. Ciri manusia
zaman ini digambarkan mereka mula tinggal kawasan gua-gua berhampiran di tepi-tepi
sungai. Mereka juga telah menggunakan alat-alat batu merepih yag lebih halus
daripada batu-batu sungai dan tajam untuk kegunaan pemotongan, mula memburu,
menangkap ikan dan mereka mula melukis serta mengukir di dinding-dinding gua.
Wujud beberapa tapak arkeologi dunia yang menggambarkan kehidupan masyarakat
tersebut adalah seperti di Afrika (Olduvai George) di Eropah (Monsterian) dan di China
(Choukou Tienian)

36
Gambar 1 menunjukkan Lukisan purba yang ditemui di Gua Badak,Lenggong Perak

Gambar 2 menunjukkan beberapa motif lukisan purba asli di Gua Badak, Lenggong Perak

37
Zaman Prasejarah Akhir

Masyarakat prasejarah akhir adalah manusia yang hidup pada zaman Neolitik sekitar
3,500 B.C. dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Ciri-ciri manusia pada zaman tersebut
dikatakan sudah mula tinggal menetap di satu kawasan, mereka juga telah membentuk
organisasi social yang menwujudkan petempatan seperti kampong kemudiannya
Bandar dan akhirnya menjadi empayar. Mereka telah mula menukar aktiviti sebelumnya
seperti berburu kepada aktiviti menternak binatang dan bercucuk tanam. Penciptaan
dan penggunaan alat-alat batu telah dibentuk seperti pisau, kapak yang lebih halus dan
cantik. Manusia Neolitik juga meneroka penciptaan sistem sistem tulisan untuk merekod
dan mempunyai bahasa tersendiri.

Zaman prasejarah akhir merujuk kepada zaman neolitik yang bermula pada 7000 S.M
hingga 3500 S.M. Zaman prasejarah akhir bermula selepas berlaku revolusi pertanian
sekitar tahun 7000 S.M. Kebudayaan neolitik diasaskan oleh sekumpulan masyarakat
dari Asia Barat yang terlibat dalam aktiviti pertanian, penternakan binatang dan
menetap di kampung. Perkembangan pertanian telah mengubah corak hidup manusia
daripada kehidupan bersifat nomad kepada kehidupan tetap, stabil dan selamat. Zaman
neolitik membawa impak yang penting kepada peradaban manusia kerana pada zaman
inilah bermulanya ciri-ciri kehidupan yang lebih teratur dan cekap.

Ciri-ciri peradaban manusia dapat ditinjau daripada pelbagai aspek seperti ekonomi,
sosial, politik dan agama. Ciri-ciri yang paling penting dalam zaman neolitik ini boleh
dilihat dari aspek perkembangan pertanian dan penternakan. Aktiviti pertanian bermula
di Asia Barat sekitar 7000 S.M di Tepe Yahya, Jarmo, Jerico, Hacilar. Antara contoh
tanaman yang ditanam di pada zaman ini di Asia Barat ialah seperti gandum, barli dan
kacang. Aktiviti pertanian ini dijalankan secara sistematik dan lahirlah masyarakat yang
bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan dan keperluan asas bagi
mereka. Masyarakat pada zaman ini juga menjalankan aktiviti penternakan binatang
seperti kambing, biri-biri, dan khinzir. Perkembangan pertanian dan penternakan

38
menyebabkan berlaku perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan
berasaskan pertanian.

Seterusnya ialah petempatan yang kekal yang mengakibatkan perkembangan


peradaban manusia. Masyarakat neolitik mula tinggal dan menetap di kampung-
kampung dan membina rumah kediaman. Perkampungan neolitik didirikan berhampiran
sumber air kerana sumber air amat diperlukan dalam aktiviti pertanian dan
penternakan. Rumah yang dibina diperbuat daripada kayu, batu dan tanah liat.
Petempatan neolitik yang terawal ditemui di Jarmo dan Catal Huyuk. Antara ciri-ciri
petempatan yang didirikan pada zaman neolitik ialah rumah dibina daripada tanah liat,
kegiatan pertanian dan penternakan dijalankan, terdapat tradisi penggunaan tembikar
yang diperbuat daripada tanah liat dan juga rumah ibadat yang didirikan.

Tambahan pula, selepas berlakunya revolusi pertanian berlaku pertambahan penduduk


dalam sesuatu kampung atau petempatan menyebabkan kawasan itu berkembang
menjadi sebuah bandar. Seperti contoh, bandar Jerico mempunyai seramai 2000 orang
penduduk sekitar 7000 S.M. Pada zaman ini bandar dibina tembok pertahanan
disekelilingnya bagi menjamin kehidupan dan persekitaran yang lebih selamat dan
stabil. Perkembangan dalam aktiviti pertanian menyebabkan bandar-bandar
berkembang dari segi saiz, dan bilangan.

Selain itu, peradaban manusia berubah apabila berlakunya peningkatan teknologi.


Perkembangan aktiviti pertanian menyebabkan berlaku kemajuan dalam teknologi
pertanian. Pada zaman neolitik manusia sudah mula mencari alternatif untuk mencipta
peralatan seperti tenggala yang dicipta sekitar 3000 S.M untuk membajak tanah bagi
tujuan pertanian. Seterusnya penciptaan roda untuk kereta kuda dan lembu digunakan
untuk mengangkut hasil pertanian ataupun kenderaan pada masa itu. Selepas
berlakunya revolusi pertanian, menyebabkan terusan dan tali air dibina untuk mengairi
kawasan pertanian. Sejurus selepas itu, manusia mula mencipta rakit dan perahu
menyebabkan berlakunya migrasi neolitik yang membolehkan manusia meneroka
kawasan baru untuk didirikan petempatan baru dan menaikkan taraf hidup dan

39
kedudukan ekonomi. Pada akhir zaman neolitik, manusia mula mempunyai kemahiran
mencipta logam.

Kesan revolusi pertanian memnyebabkan kesan kepada peradaban manusia juga.


Seperti kepercayaan, masyarakat neolitik percaya kepada kuasa-kuasa luar biasa yang
dianggap suci (animisme). Mereka percaya kuasa-kuasa ghaib ini menentukan untung
nasib kehidupan mereka dan mereka juga percaya semangat atau tuhan yang megawal
alam semesta. Masyarakat ini juga melakukan upacara pemujaan untuk
mententeramkan semangat unsur-unsur alam untuk mengelakkan sebarang bencana
alam yang memusnahkan hasil pertanian. Peradaban manusia juga boleh dilihat
apabila adanya upacara ritual dan amalan korban yang dijalankan bagi meningkatkan
kesuburan tanaman dan ternakan. Seperti contoh masyarakat Red Indian menarikan
tarian ritual untuk menjamin bekalan makanan mencukupi.

Tambahan pula, institusi politik berlaku akibat peradaban manusia yang semakin
berkembang. Kemajuan dalam bidang pertanian menyebabkan sistem pentadbiran
yang sistematik perlu untuk mengawasi kerja-kerja pembinaan empangan dan terusan.
Ketua-ketua dilantik untuk mengarahkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan
terusan serta ketua juga berperanan menyelesaikan hal berkaitan dengan pertanian
dan pertikaian mengenai hak milik tanah. Perkembangan ini menyebabkan muncul
sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berperanan menyelesaikan hak masyarakat
yang semakin kompleks, pengagihan kekayaan sama-rata, mewujudkan kawalan
sosial, menjalankan penaklukan dan mempertahankan Negara dari ancaman musuh.

Kesimpulannya, revolusi pertanian yang berlaku pada zaman neolitik telah membawa
kepada banyak perubahan pada peradaban manusia. Peradaban manusia dan cara
hidup manusia telah banyak memberi kesan kepada manusia kini. Dengan perubahan
ini, iaitu dari sektor politik, agama, dan ekonomi, manusia pada zaman neolitik banyak
member perubahan dan impak yang besar dalam masyarakat kini. Dari segi teknologi,
pembandaran, dan pertanian juga boleh dilihat dengan jelas perubahannya.

40
Gambar 3 menunjukkan tinggalan pyramid Khafre yang wujud semasa tamadun Mesir

Gambar 4 menunjukkan tinggalan monument Angkor Wat

41
3.1 PENGENALAN SUMBER-SUMBER SEJARAH

Dalam usaha untuk menganalisa kegunaan dan keterbatasan penggunaan sumber-


sumber yang tidak bertulis , kita seharusnya mengetahui dahulu takrif sumber . Sumber
merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau
penulisan . Sumber berbeza dengan ilham kerana sumber tidaklah bersifat abstrak
dalam bidang keilmuan.

Sumber dari segi sejarah pula , bermaksud punca , dokumen atau rekod . Sumber
sejarah juga diertikan sebagai bahan bertulis dan bercetak . Namun ia dianggap
sebagai pendapat yang sempit kerana masih banyak lagi sumber-sumber lain yang
tidak dalam bentuk bertulis. Sumber tidak bertulis ini adakalanya dianggap sebagai
sumber utama atau primer apabila ia belum diolah dan berkeadaan asli seperti fahaman
Arthur Marwick yang mungkin terdiri daripada sumber bertulis atau tidak bertulis ,
Gottschalk pula berpendapat sumber primer itu ialah apabila adanya seseorang yang
mengalami sendiri sesuatu peristiwa itu yang mungkin boleh diertikan sebagai sumber
lisan .

Apapun tafsiran mereka , jelaslah disini bahawa samada pendapat Marwick atau
Gottschalk betul atau tidak , mereka mengakui sumber bukan bertulis mempunyai
peranan dan wibawa tersendiri dalam usaha menghasilkan sesebuah penulisan .
Lazimnya terdapat tiga kategori besar didalam sumber tidak bertulis iaitu sumber lisan ,
sumber multimedia dan sumber artifak . Kita akan mengkaji apakah kelebihan dan
kekurangan sumber-sumber jenis ini jika dibandingkan dengan sumber-sumber yang
bertulis dan antara sumber-sumber tidak bertulis itu sendiri

Sumber lisan ialah suatu bentuk sumber yang sudah lama wujud . Sumber lisan sudah
wujud semenjak pemikiran dan kebudayaan manusia mulai berkembang . Sumber lisan
juga wujud seiring dengan perkembangan bahasa dan pertuturan manusia yang masih
belum tahu menulis.

42
Sumber lisan ialah suatu bentuk pertuturan dan perkhabaran seseorang tentang
sesuatu peristiwa . Sumber lisan biasanya tidak dirakam oleh si pencerita , sebaliknya
hanya bergantung kepada ingatan dan pemahamannya sahaja . Apabila ada seseorang
penyelidik datang membuat temuramah , temubual dan sebagainya barulah perucapan
itu dirakamkan dan direkodkan.

Sumber lisan ini boleh sahaja terdiri dalam dua kategori sumber , samada sumber
utama atau primer dan sumber kedua atau sekunder . Sumber lisan berada dalam
kategori primer apabila seseorang yang dijadikan rujukan itu menceritakan pengalaman
dan pandangan sebenar sesuatu peristiwa yang mana dia turut ada dan terlibat dalam
peristiwa itu . Jika pencerita hanya menceritakan kepada khalayak , ia adalah sumber
lisan tetapi jika pencerita menulis dan merakamnya , ia sudah berubah bentuk menjadi
sumber bertulis dan sumber multimedia.

Sumber lisan dalam kategori sumber kedua pula ialah apabila terdapat penceritaan
daripada orang yang tidak mengalami sendiri peristiwa itu , sebaliknya hanya
menceritakan apa yang didengarnya dari orang lain .
Sumber jenis ini juga berkait rapat namun berbeza dengan konsep tradisi lisan yakni
sesuatu warisan yang disampaikan secara lisan secara turun temurun dan sengaja
tidak direkodkan walaupun mereka tahu membaca dan menulis .

Sumber Multimedia pula ialah suatu bentuk sumber hasil kemodenan teknologi dan
berada ditengah-tengah sumber lisan dan artifak . Malah , adakalanya dalam bentuk
sumber bertulis . Jika sumber lisan ialah sumber yang dipertuturkan oleh si pencerita
kepada seseorang secara langsung dan berhadapan . Sumber multimedia pula wujud
sekiranya percakapan itu tadi dirakamkan melalui pita rakaman , video dan lain-lain alat
perakam .

Sumber asal akan berubah apabila ianya sudah dirakam kerana bentuk dan kaedah
memperolehinya juga telah berubah . Jika sumber lisan memerlukan kita berjumpa

43
sendiri dengan seseorang untuk menemuramah , sumber multimedia memadai jika kita
mencari rakaman sesuatu temuramah dan merujuknya menggunakan alat-alat bantuan
Seperti pemain video.

Sumber artifak juga boleh menjadi sumber multimedia apabila sumber-sumber dalam
bentuk asal seperti keris lama , peta , manik-manik dan sebagainya dirakamkan melalui
teknik fotografi,video dan sebagainya.Sumber artifak itu tidak dirujuk secara berdepan
dan nyata , sebaliknya hanya dilihat melalui gambar-gambar dan video-video yang
dirakamkan . Ianya juga sudah berubah bentuk , iaitu daripada sumber yang nyata ,
menjadi sumber multimedia iaitu sebagai salah satu ilmu bantu dalam proses
pengkajian sejarah.
.
Sumber artifak juga dinamakan sebagai sumber visual , sumber berbentuk dan sumber
arkeologi . Sumber artifak ini ialah suatu bentuk sumber yang biasanya jauh daripada
zaman sejarah dan selalunya sumber-sumber sebegini mengambarkan kebudayaan
dan cara hidup zaman pra sejarah yang mana pada zaman pra sejarah ini langsung
tiada sumber mentah yang bertulis.

Namun sumber artifak tidak semestinya ialah sumber dari zaman yang terlalu tua
semata-mata . Setiap sumber yang dapat dilihat , disentuh , dan bersifat nyata lazimnya
adalah sumber artifak . Cuma dalam konteks kajian sejarah , sumber artifak ini
biasanya memang sudah berusia dan paling tua jika hendak dibandingkan dengan
sumber bertulis , lisan dan multimedia .

Pengkaji-pengkaji yang mengkaji sumber-sumber sebegini lazimnya digelar ahli


arkeologi . Sumber-sumber artifak ini biasanya terdiri daripada tinggalan-tinggalan objek
masa lampau seperti senjata , barangan kesenian seperti tembikar , pakaian seperti
tekstil-tekstil , patung-patung , batu nisan , bangunan dan pelbagai objek lagi . Bahkan ,
sumber artifak atau arkeologi ini juga boleh terdiri daripada rangka badan manusia dan
haiwan , sisa-sisa makanan dan sebagainya .

44
Sumber artifak ini dianggap sebagai sumber primer yakni sumber mentah yang belum
diolah dan diinterpretasi oleh mana-mana pengkaji . Dengan sifatnya yang nyata dan
dapat diuji secara fizikal , sumber sebegini dianggap sebagai suatu bentuk sumber
yang kuat dan jelas .

Sumber lisan berguna dan memainkan peranan penting kepada golongan yang tidak
dibenarkan merekod dan menulis sesuatu berkaitan dengan adat dan warisan mereka .
Hal ini juga lazimya dipanggil sebagai tradisi lisan iaitu sesuatu perkara itu memang
sengaja diperturunkan dari suatu generasi ke generasi yang lain melalui kaedah lisan
dan tidak direkodkan walaupun mereka tahu menulis dan membaca .

Ianya mungkin untuk memelihara kerahsiaan sesuatu warisan dan mengelakkannya


dari diketahui oleh orang lain jika ianya direkodkan . Jika inilah situasinya , jelas sekali
terlihat kepentingan dan kegunaan sumber lisan sebagai penerus tradisi dan warisan .
Dalam tradisi lisan ini , sumber lisan dilihat sebagai sumber yang harus diterima bulat-
bulat dan dipercayai kesahihannya kerana ianya adalah suatu sumber yang mutlak dan
tidak dapat dipertikaikan lagi melalui kritikan sumber baik dari segi eksternal mahupun
internal .

Sebagai suatu contoh , suku kaum Narum di Sarawak yang mengambil sumber lisan
sebagai sumber mutlak dalam meneruskan tradisi lisan kaum mereka tanpa adanya
sumber-sumber lain untuk dibandingkan . Mereka mempelajari adat dan warisan
keturunan semata mata daripada penceritaan orang-orang tua melalui tradisi lisan yang
diamalkan itu . Mereka menerima ajaran dari oran-orang tua mereka tanpa banyak
persoalan dan pertimbangan . Dalam situasi sebegini , jelas terlihat akan kepentingan
sumber lisan yakni satu-satunya sumber yang ada untuk mereka memahami dan
mewarisi budaya kaum mereka yang tidak boleh digantikan dengan sumber bertulis .

Sumber lisan juga berperanan sebagai suatu kaedah untuk pengkaji dan pembaca
sejarah menilai sejarah dengan lebih mendalam . Kepentinganya terlihat apabila kita
membaca sesuatu karya sejarah dan merasakan bahawa seolah-olah terdapat sesuatu

45
fakta yang cuba di sembunyikan atau merasakan karya penulis itu kurang lengkap . Jika
tiada karya-karya lain untuk dirujuk dan dipertimbangkan , maka kita boleh merujuk
kepada seseorang yang arif dalam peristiwa tersebut tetapi tidak menulis berkenaan
peristiwa itu . Pendapat dan penceritaan daripada pencerita itu , sudah menjadi sumber
lisan yang pasti akan membantu kita memahami dan mendapat gambaran sejarah dari
sudut yang berbeza .

Dengan merujuk kepada sumber lisan primer juga , mungkin kita akan dapat
mengetahui peristiwa-peristiwa yang tidak atau belum diceritakan dalam mana-mana
karya sejarah. Sumber lisan juga secara tidak langsung dapat mengesahkan
kenyataan-kenyataan yang dimuatkan didalam buku dan dapat menampung
kekurangan sumber-sumber lain dalam sesuatu proses pensejarahan.

Kita perlu akur , bukan semua orang yang mengalami sesuatu peristiwa bersejarah ,
menulis pengalaman mereka . Maka disini dapat dilihat akan berkuranglah sumber
bertulis berkenaan sesuatu perkara . Jika kita merujuk sumber lisan yakni mereka yang
mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu perkara , maka sedikit sebanyak
kekurangan itu dapat ditampung.

Kita juga perlu tahu ramai daripada penulis sejarah sesuatu peristiwa , tidak pun berada
ditempat dan ketika peristiwa itu berlaku . Justeru , penulis yang tidak mengalami
sendiri peristiwa sejarah itu mungkin tidak mendapat keseluruhan fakta dan kebenaran
sesuatu peristiwa itu . Maka disinilah kita sebagai pengkaji atau pembaca dapat
merujuk sumber lisan untuk mengesahkan sesuatu pensejarahan itu .

Kegunaan utama sumber multimedia ialah sebagai satu alternatif untuk para pengkaji
mendapatkan sumber-sumber sukar diperolehi . Sebagai contoh , untuk menemubual
seseorang tokoh penting yang sudah meninggal dunia misalnya , sudah pastinya ia
suatu yang mustahil , tetapi penyelidikan perlu diteruskan dan tiada pula sumber yang
bertulis , maka kita dapat merujuk kepada rakaman yang mungkin pernah dibuat
berdasarkan temubual dengan tokoh yang telah meninggal dunia itu .

46
Sebagai contoh , dengan adanya sumber multimedia , kita dapat mengkaji beberapa
aspek daripada sejarah kemerdekaan Malaysia melalui rakaman temuramah dengan
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra ketika hayatnya . Temuramah itu tidak pernah
diterbitkan samada secara bertulis atau dalam lain-lain bentuk . Disinilah dapat kita lihat
kegunaan dan kepentingan sumber multimedia dalam membantu memudahkan
sesebuah penyelidikan .

Selain itu , sumber multimedia juga dapat membantu menjimatkan masa dan kos kajian.
Sebagai contoh , jika kita ingin mengkaji tentang bentuk-bentuk tinggalan arkeologi di
Padang Lawas di Indonesia , tidak semestinya kita perlu ke Padang Lawas untuk
melihat bentuk-bentuk tinggalan arkeologi di situ , kita boleh sahaja melihat gambar-
gambar yang sudah dirakamkan oleh penyelidik terdahulu . Ini sedikit sebanyak akan
dapat membantu memudahkan kajian yang kita lakukan .

Sumber multimedia juga berperana penting apabila misalnya , kita ingin merujuk
bagaimanakah rupa masyarakat Orang Asli pada abad ke-19 , membaca imaginasi
penulis dalam tulisannya iaitu sumber bertulis semata-mata pasti akan menyebabkan
kita sukar untuk mendapat gambaran yang sekurang-kurangnya hampir tepat . Tetapi
apabila kita merujuk sumber multimedia dalam bentuk gambar-gambar Orang Asli yang
dimuatkan dalam buku Isabella Bird misalnya , pemahaman dan penelitian kita akan
lebih menyeluruh dan tepat .

Peristiwa istiadat kemerdekaan misalnya juga , dapat kita melihat bagaimana ramainya
rakyat yang memenuhi Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 itu . Kita juga dapat
melihat bagaimana pakaian kerajaan yang dipakai oleh Tunku Abdul Rahman selaku
ketua menteri yang dikatakan baru direka cipta . Kita juga dapat melihat bagaimana
gelagat Raja-Raja Melayu apabila berhadapan dengan wakil Queen Elizabeth pada
istiadat itu . Gambaran-gambaran sebegini tentulah sukar untuk dihayati jika kita
sekadar merujuk sumber-sumber bertulis semata-mata tanpa melihat sumber-sumber
multimedia.

47
Disinilah dapat kita lihat kepentingan dan kegunaan sumber multimedia dalam
membantu kita untuk mendapat gambaran yang yang lebih jelas dan menyeluruh dalam
menjalankan penyelidikan sejarah yang baik .

Jika kita merujuk terus kepada sumber artifak ataupun sumber berbentuk , kita akan
dapat menilai sendiri sejauh mana kekuatan dan kelemahan sesuatu benda itu . Kita
tidak akan menghadapi kemungkinan tertipu dengan pandangan mata kasar dan tulisan
orang lain yang menggambarkan sesuatu dengan cara yang silap . Sebagai contoh ,
jika ada penulis yang menulis dan mengatakan bahawa kulit Gendang Ibu dan Anak
yang digunakan oleh pasukan Nobat Diraja Kedah adalah diperbuat daripada kulit
wanita mati bersalin , kita yang dapat melihat sendiri Gendang Ibu dan Gendang Anak
itu mungkin dapat mempertikaikan dan memperbetulkan kenyataan penulis itu apabila
kita menilai sendiri adakah benar ianya diperbuat daripada kulit wanita mati bersalin
ataupun tidak .

Melalui sumber artifak ini , kita dapat melihat kekuatan dan kewibawaanya dalam
mengesahkan sesuatu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengkaji lain . Sumber artifak
bersifat nyata.Ianya boleh digalicari , diukur dan sebagainya . Bahasa mudahnya ,
dengan sumber artifak , kita dapat menyentuh dan melihat sesuatu dari pelbagai sudut
dan keadaan. Ini membantu kita melihat sesuatu yang mungkin kita tidak dapat
perhatikan jika merujuk sumber-sumber bertulis semata-mata . Lebih banyak hipotesis-
hipotesis dapat dibuat apabila kita berhadapan sendiri dengan sumber tersebut .
Pertimbangan untuk membuat kenyataan yang lebih tepat adalah lebih banyak . Inilah
kekuatan sumber artifak yang harus kita akui.

Apabila kita hanya merujuk sumber bertulis tanpa melihat sumber-sumber artifak untuk
semakan dan kritikan, tidak mustahil kita akan terikut-ikut dengan pendapat orang lain .
Bukanlah maksudnya untuk kita membuang terus semua rujukan bertulis , tetapi jika itu
sahaja sumber rujukan kita , tidak mustahil kita akan mempercayai dan mengimani
sesuatu yang salah . Sebagai contoh , ada seorang pengkaji arkeologi didalam blognya
menyatakan salah satu candi di Lembah Bujang itu sebenarnya adalah Masjid . Ini

48
kerana katanya , monumen itu lengkap dengan mihrab yang mengadap kiblat . Baginya
monumen itu adalah bukti baru yang menunjukkan kedatangan Islam berlaku lebih awal
sebelum penemuan Batu Bersurat di Terengganu lagi .

Namun kenyataan itu dinafikan oleh seorang ahli arkeologi dari Institut Alam Dan
Tamadun Melayu (ATMA) , Universiti Kebangsaan Malaysia , Dr. Asyaari Muhammad ,
yang pernah membuat penyelidikan di tapak itu . Beliau menyatakan bahawa candi itu
tetap candi yang sebenarnya dan bukan Masjid kerana disekeliling tempat yang
dikatakan Masjid itu penuh dengan arca-arca dan candi-candi yang sezaman dengan
monumen yang dikatakan Masjid itu . Adalah mustahil ditengah-tengah kawasan candi
Hindu dan Buddha yang begitu banyak , terbinanya sebuah Masjid didalam period
masa yang sama .

Disini kita dapat melihat proses kritikan sumber dengan merujuk sumber artifak nyata
dapat menghalang kita terikut-ikut dengan ghairah berkenaan apa sahaja hasil tulisan
pengkaji terdahulu . Kita dapat menyemak dan membuat penilaian sendiri melalui
sumber artifak . Sumber lisan walaupun tidak dapat dinafikan muncul sebagai antara
sumber yang terpenting , namun kaedahnya yang merujuk kepada ucapan seseorang
itu sangat diragui ketulinan dan kebenarannya . Sumber lisan boleh sahaja menjadi
suatu putar belit , penipuan , propaganda , gambaran sewenangnya untuk sesuatu
kepentingan dan refleksi imaginatif penutur lisan itu sahaja .

Dengan tiadanya dokumen dan bukti lain , seseorang yang ditemuramah itu boleh
sahaja memesongkan kenyataan dan fakta dengan pelbagai tokok tambah dan
penipuan untuk menyembunyikan sesuatu hakikat sejarah . Akhirnya sesuatu fakta
sejarah itu terlindung dengan sikap penutur lisan yang bias , subjektif dan tidak amanah
.
Sumber lisan juga dianggap tidak kukuh kerana kemampuan memori otak manusia
sangat terbatas . Sumber lisan bergantung sepenuhnya kepada ingatan si penutur .
Jika seseorang penutur itu terlupa berkenaan sesuatu perkara , maka hal itu tidaklah
dapat kita nilaikan . Ianya jelas merupakan suatu ketempangan dalam penyelidikan kita.

49
Masalah lupa ini mungkin akan lebih menyusahkan ketika suatu informasi disampaikan
ke seseorang, lalu orang itu menyampaikan lagi pada orang lain , maka pasti ada
sesuatu yang berkurang atau bertambah , Akhirnya sesuatu hakikat sejarah yang
diterima sudah tidak tepat dan secara tidak langsung sudah diselewengkan
kebenarannya.

Sumber lisan itu sememangnya lemah dan sukar untuk dibuat pernilaian . Maka hal
untuk memastikan sumber itu benar-benar objektif dan benar juga adalah suatu bentuk
keterbatasan menggunakan sumber lisan dalam penyelidikan sejarah. Bagaimana kita
mahu memastikan bahawa seseorang itu bercakap benar?. Kita tidak dapat menguji
kebenaran percakapan seseorang penutur itu dengan hanya mendengar ucapannya
semata-mata . Kita perlu melakukan semakan dengan menyemak sumber-sumber lain .
Tetapi bagaimanakah jika tiada sumber lain yang boleh dirujuk ? Bagaimana jika
penutur merupakan orang terakhir yang menyaksikan perlaksanaan hukuman mati
terhadap Mona Fendi yang masih hidup misalnya . Tiada lagi orang lain yang boleh
dirujuk melainkan si penutur .

Inilah merupakan salah satu kekurangan sumber lisan apabila penutur merupakan
sumber tunggal yang tidak dapat dibandingkan dengan sumber-sumber yang lain . Ini
akan mendesak kita untuk mempercayai dan menerima kenyataannya tanpa kritik yang
benar-benar mantap . Sumber lisan ialah sumber yang dipertuturkan semata-mata .
Jika ianya ditulis , ianya sudah menjadi sumber bertulis . Jika ianya dirakam , ianya
sudah menjadi sumber multimedia . Sumber lisan ialah sumber nyata yang tidak ditulis
dan dirakam .

Masalahnya ialah , jika sumber lisan itu tidak dirakam dan ditulis , bagaimana kita ingin
meyakinkan pembaca yang membaca karya pensejarahan kita . Bagaimana ingin kita
buktikan bahawa ianya adalah kenyataan yang sebenar yang dikeluarkan oleh
seseorang yang menjadi sumber lisan itu sedangkan mereka tidak berada bersama kita
ketika kita menemuramah sumber itu .

50
Inilah yang menjadi masalah yang besar jika kita menggunakan sumber lisan .
Pembaca pasti tidak akan dapat merujuk secara langsung kepada sumber yang
dipaparkan dan skeptikal dengan tulisan kita. Masalah utama sumber multimedia di
zaman moden ini ialah ianya sangat mudah diselewengkan . Melalui teknologi yang ada
pada hari ini . kita boleh sahaja merakam suara rakan kita dan kita katakan kepada
khalayak bahawa itulah perbualan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-
pemimpin Barisan Nasional Sabah dan Sarawak yang membincangkan soal melompat
parti misalnya .

Contoh lain penyelewengan ialah . Misalnya , dengan menggunakan perisian adobe


photoshop , kita boleh sahaja membuat penipuan kononya mayat Almarhum Tok
Janggut tidak pun digantung dengan kepala ke bawah di palang kayu di Kota Bharu
ketika itu . Sedangkan hakikat sebenar , memang mayatnya diperlakukan sebegitu .
Inilah salah satu masalah berkenaan sumber multimedia .

Samada ianya dipercayai atau tidak bukanlah suatu isu , yang menjadi topiknya ialah
multimedia sangat mudah diselewengkan dan ketulenanya tidak dapat dijamin seratus
peratus . Merujuk kepada kegunaan sumber multimedia dibahagian awal tadi ,
walaupun ia dapat menjimatkan kos dan masa untuk pergi melihat sendiri sumber
sebenar , namun pemerhatian melalui gambar-gambar sahaja pasti tidak memadai
untuk suatu kajian yang objektif.

Ini kerana melalui multimedia , kita cuma dapat melihat visualnya tanpa dapat
menyentuh , meneliti dan melihat keseluruhan bagaimana bentuk sebenar sesuatu
penemuan itu . Ini mungkin akan menimbulkan ketidak fahaman secara menyeluruh
terhadap sumber-sumber berkenaan .Sumber berbentuk ataupun artifak yang sangat
tua biasanya bersifat ekslusif yakni hanya melalui sumber primer sebegini sahaja kita
dapat mengetahui tentang kebudayaan manusia pada zaman lampau yang sangat jauh
meninggalkan zaman kita sekarang .

51
Keterbatasanya dapat dilihat apabila sumber ini terlalu bersifat mutlak yakni tidak dapat
dibandingkan dengan sumber-sumber lain seperti sumber bertulis dan lisan . Ini
bermakna ianya hanya boleh diuji dan dikritik dalam kaedahnya yang tersendiri sahaja .
Ini pasti akan menyebabkan pengkaji membuat andaian-andaian yang pelbagai . Jika
proses penyelidikan yang objektif ingin digunakan , penyelidik perlulah juga merujuk
sumber-sumber lain untuk proses kritikan . Tetapi masalahnya , tiada sumber lain yang
dapat dirujuk keana masalah jarak waktu . Maka , hasil penyelidikan itu tidaklah boleh
dikatakan tepat kerana keputusanya tidak lebih sekadar andaian-andaian yang dibuat
oleh penyelidik .

Permasalahan utama menjalankan penyelidikan menggunakan sumber artifak ialah


sumber sukar untuk dikenalpasti . Mungkin kita sudah menjumpai suatu titik mula untuk
dirungkaikan faktanya tetapi tiada jumpaan-jumpaan lain yang dapat membantu kajian
diteruskan. Sebagai contoh , penyelidikan arkeologi di Pulau Kelumpang , Perak sudah
beberapa kali ditangguhkan kerana tiada penemuan-penemuan baru dijumpai bagi
meneruskan kesinambungan kajian . Pengkaji tidak boleh menggunakan sumber yang
ditemui sahaja jika sumber itu masih belum cukup untuk menggambarkan tentang
sesuatu hal . Maka disinilah kita dapat melihat keterbatasan penggunaan sumber artifak
dalam usaha penyelidikan .

Seperti juga sumber multimedia , samada ianya dapat dikenalpasti atau tidak ,
hakikatnya sumber artifak juga boleh dipalsukan . Ia dapat dipalsukan dengan pelbagai
cara dan kaedah samada memalsukan bahan itu sendiri atau memalsukan cara
penemuan bahan di tapak-tapak kajian. Sebagai contoh , Seseorang yang pandai
membuat gendang gangsa dan pernah pula melihat gendang gangsa lama misalnya ,
boleh sahaja dia mengatakan gendang yang dibuatnya itu adalah gendang gangsa
yang sebenar dari zaman tertentu dan menjualnya kepada pihak muzium atau kepada
sesiapa yang berminat untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda .

Perihal penipuan ini pernah diceritakan sendiri oleh Prof. Madya Mohd Kamaruzzaman

52
A. Rahman yang diberitahu oleh seorang pakar bahan bahawa gendang gangsa di
muzium arkeologi Lenggong , Perak adalah palsu . Penipuan lain ialah seperti menipu
bahawa sesuatu bahan itu ditemui dalam sesuatu tapak galicari arkeologi . Contohnya
kita sengaja meletakkan serpihan tembikar biasa jauh kedalam tanah di tapak galicari
dilakukan . Apabila penggali menggali tapak itu dan menemui serpihan tembikar itu ,
maka pastilah mereka akan membuat pelbagai andaian . Walaupun usaha penipuan itu
pasti akan gagal namun hakikatnya , ianya boleh diselewengkan .

Disinilah kita dapat melihat keterbatasan menggunakan sumber artifak yang nyata
berpotensi untuk menyelewengkan sesuatu fakta sejarah. Setelah melihat apakah jenis
sumber yang terdiri daripada sumber tidak bertulis , kita dapat mengetahui terdapat tiga
bentuk sumber utama iaitu sumber lisan , sumber multimedia dan sumber artifak .
Kemudian kita melihat pula apakah kepentingan dan kegunaan sumber-sumber tidak
bertulis ini dalam membantu usaha pensejarahan . Didalam ruang ini , dibahaskan
secara ringkas kegunaan , keunikan dan kekuatan sumber-sumber tidak bertulis jika
hendak dibandingkan dengan sumber-sumber bertulis .Dalam ruang yang ketiga , kita
melihat pula kelemahan dan kekurangan sumber-sumber tidak bertulis tersebut samada
dari segi kelemahan dari segi bantuan sumber itu terhadap pensejarahan atau
kesukaran memastikan kekuatan sumber itu sendiri .

Kesimpulanya , sumber-sumber tidak bertulis seperti sumber lisan , sumber multimedia


dan sumber artifak ini mempunyai kekuatan dan kekuranganya yang tersendiri . Ianya
juga serupa dengan sumber bertulis yang tidaklah boleh dianggap terlalu berwibawa
jika tidak dikritik dengan sempurna. Sumber tidak bertulis menjadi kuat dan berguna
kerana sumber-sumber ini juga mempunyai kaedah-kaedah penyelidikanya yang
tersendiri dan dijalankan melalui sistem kritikan yang tersendiri . Walaupun ianya lebih
sukar untuk dipastikan tahap objektivitinya , tetapi ianya turut diterima sejarawan
sebagai salah satu cabang daripada sumber-sumber sejarah . Sumber tidak bertulis
juga mempunyai kelemahan yang menyebabkan ungkapannya adakala terbatas dan
boleh diragukan . Ini kerana sumber itu kadangkala mempunyai kelemahan-kelemahan
yang nyata dan tidak perlu dipersoalkan lagi dalam usaha penyelidikan sejarah .

53
3.2 MAKSUD SUMBER-SUMBER SEJARAH

Jelas bahawa semua maklumat kita berhubung dengan peristiwa-peristiwa dan


keadaan-keadaan silam berasal daripada bukti-bukti yang pelbagai jenis. Bukti-bukti ini
dipanggil sumber. Kadangkala ada sejumlah sumber yang baik dan boleh dipercayai
untuk satu-satu peristiwa, misalnya sebagai contoh, peristiwa pemenggalan leher Raja
Charles I di England pada tahun 1649, atau kisah pergerakan tentera Napoleon ke
Russia. Kadangkala ada hanya satu sumber tunggal, yang tidak dapat dipercayai,
misalnya sebagai contoh, dalam kes pengebumian Raja Alaric di dasar sebuah sungai.
Bagi banyak hal yang penting, yang hebat, yang kita mahu ketahui mengenainya,
malangnya tidak ada sumber-sumber bertulis sama sekali, dan kita hanya boleh
meramal saja tentang perkara-perkara itu. Contohnya, kita tidak tahu apa yang orang
Jerman lakukan sebelum Julius Caesar membuat hubungan dengan mereka dan
menemui kecelaruan untuk memberikan satu keterangan ringkas mengenai mereka.
Kita boleh mempelajari sedikit sahaja mengenai bishop-bishop Rom (atau paus-paus)
sebelum zaman Maharaja Constantine kerana sedikit sekali rujukan tentang mereka
yang datang kepada kita.

Walau bagaimanapun, beberapa pihak yang membaca dan mengkaji sejarah, pernah
bertemu dengan sumber primer (primary sources), atau sumber pertama (first-hand
sources); mereka mendapat maklumat mereka itu pada tahap kedua (second hand).
Adalah lebih senang untuk membaca apa yang sejarawan moden Edward Gibbon
katakan mengenai Constantine daripada merujuk sendiri kepada tulisan Eusebius,
Eutropius atau penulis-penulis purba yang daripada merekalah Edward Gibbon perolehi
maklumat tersebut. Tambahan pula, Gibbon telah mengkaji dan membandingkan
dengan cermat semua sumber primer, dan mungkin berhujah bahawa beliau telah
memberikan satu keterangan yang lebih benar, lebih lengkap dan lebih menarik
mengenai jangka masa tersebut berbanding dengan keterangan yang boleh ditemui
dalam mana-mana tulisan salah seorang daripada mereka (penulis-penulis purba) itu.
Karya "Kemerosotan dan Kejatuhannya (Constantine) Dalam Empayar Rom" sudah
pastinya merupakan satu karya yang mendapat tempat yang paling tinggi; tetapi

54
meskipun begitu, itu hanya satu laporan daripada laporan-laporan orang lain. Oleh itu,
ia bukanlah satu sumber primer, tetapi satu sumber kedua atau sumber sekunder.

Masalah Pengetahuan Kedua:

Kebanyakan pengetahuan mengenai sejarah yang bersifat terkini di antaranya,


bagaimanapun, adalah bukan berasal daripada sumber kedua seperti Gibbon dan
penulis-penulis berwibawa yang setaraf dengannya; ia datang daripada pembacaan ke
atas buku teks, kisah-kisah eksiklopedia, drama dan makalah dalam majalah. Buku
panduan dan makalah popular biasanya ditulis oleh orang yang mengetahui sedikit
sahaja atau tidak ada pengetahuan langsung tentang sumber-sumber primer; ia
sekurang-kurangnya adalah sumber peringkat ketiga (third-hand), sekalipun jikalau ia
berasaskan pada keterangan-keterangan sumber kedua yang terbaik. Sebagai satu hal
yang berkaitan dengan fakta, ia biasanya "ditampal" bersama-sama daripada buku-
buku panduan atau makalah-makalah yang lebih tua dan mungkin empat, lima atau
enam kali jauhnya daripada sumber asal pengetahuan tersebut.

Adalah sangat terkenal bahawa lebih kerap satu-satu laporan itu diturunkan dari mulut
ke mulut, semakin kurang kebolehpercayaan dan ketepatannya. Perincian-perincian
yang tidak penting yang menarik imaginasi akan diperbesar-besarkan, sementara
pertimbangan-pertimbangan yang asas (fundamental) mudah dilupakan, jika ianya tidak
menarik dan lazim berlaku. Sejarawan, seperti juga orang lain, kadangkala gemarkan
kisah-kisah yang baik (menarik) dan mungkin disesatkan oleh sesetengah khabar angin
palsu yang, sekali mula beredar, akan menjadi lebih jauh dan lebih jauh daripada
kebenaran melalui setiap pengulangannya.

Contohnya, seorang sejarawan yang terkemuka Gereja Eropah, Kardinal Baronius yang
menulis kira-kira pada tahun 1600, telah membuat kenyataan-kenyataan, berdasarkan
bukti-bukti yang tidak cukup, bahawa apabila menjelang tahun 1000, penduduk Eropah
pada umumnya telah percaya bahawa dunia akan kiamat. Robertson, seorang
sejarawan Scotch yang sangat popular pada abad ke-18, telah mengulangi kenyataan
itu dan mengemukakan pendapat itu untuk menghuraikan suasana panik yang ngeri

55
yang telah menggundah-gulanakan orang-orang yang berdosa apabila tahun yang
dahsyat itu (tahun 1000) digambarkan.

Penulis-penulis yang kemudian, termasuk beberapa orang yang sangat terkenal, telah
menerima, bahkan menghuraikan dengan panjang lebar keterangan Robertson itu.
Walau bagaimanapun, kira-kira 30 tahun lalu, seorang sejarawan Perancis mengatakan
bahawa sebenarnya tidak ada asas yang cukup untuk dongengan itu. Bagi pembabad-
pembabad masa itu, tahun 1000 secara jelasnya bukannya lebih luar biasa daripada
tahun 997 atau tahun 1003. Kisah tentang suasana panik ini yang diturunkan sampai
zaman sekarang sebagai fakta sejarah selama beratus-ratus tahun, memberikan satu
gambaran yang hebat mengenai betapa bahayanya mempercayai sumber kedua. [Nota
(1998): Dalam kes ini revisionisme sejarah telah melengkapi satu pusingan - sekarang
ada sebilangan sejarawan yang memikirkan bahawa tahun 1000 mempunyai beberapa
kepentingan dari sudut budaya.

Soalan Yang Ditanya Mengenai Sebuah Karya Sejarah:

Salah satu daripada soalan-soalan yang pertama-tama untuk ditanya ketika


mempertimbangkan sebuah karya sejarah ialah, "Di manakah penulis itu memperolehi
maklumat tersebut?" Adakah penulis itu telah menyalin begitu saja kenyataan-
kenyataannya daripada karya-karya yang lebih mudah diperolehi dalam satu bahasa
yang lazim dengannya, meskipun kenyataan-kenyataan itu tidak boleh dipercayai dan
telah ketinggalan zaman (out of date); atau tidak puas hati dengan sumber-sumber
yang tidak pasti, adakah penulis itu telah lazim dengan penyelidikan-penyelidikan yang
lebih terkini oleh sarjana-sarjana terkemuka dalam lapangannya, dalam apapun bahasa
ia ditulis; atau lebih baik lagi, adakah ahli sejarah telah membuat satu kajian sendiri ke
atas bukti asal tentang peristiwa-peristiwa dan keadaan-keadaan dibincangkan itu?

Contohnya, sebuah buku kecil atau sebuah makalah mengenai Charlemagne mungkin
ditulis selepas membaca buku "Charles The Great" karya Hodgkin, "Alcuin" oleh West,
dan satu atau dua buku lain yang mudah diperolehi mengenai subjek tersebut. Dari segi
yang lain, penulis itu mungkin berpaling kepada Perancis raya atau Jerman raya yang

56
mengikat persetiaaan terhadap pemerintahan Charlemagne dan tahu dengan semua
makalah yang ada mengenai subjek itu dalam jurnal-jurnal sejarah atau dalam
perbincangan- perbincangan dalam persatuan-persatuan akademik. Setiap sejarawan
yang saksama, walau bagaimanapun, akan ingin pergi lebih jauh dan secara langsung
untuk melihat bukti dan menarik kesimpulan-kesimpulan sendiri. Seorang sejarawan
yang bagus akan menoleh kepada sumber-sumber itu sendiri dan membaca dengan
cermat "Sejarah Biara-biara Lorsch" (the Annal of the Monastries of Lorsch), "Sejarah
Kehidupan Charlemagne" (the Annal of the life of Charlemagne) oleh setiausahanya
bernama Einhard, dan "Sejarah Einhard" (the Annal of Einhard). Satu penyelidikan yang
sedemikian juga akan menghalusi semua undang-undang yang banyak itu yang
diluluskan pada zaman pemerintahan Charlemagne dan "merundingi" semua penulis
pada zaman itu yang merujuk kepada maharaja tersebut dan kepada peristiwa-
peristiwa umum. Dengan cara ini, kepakaran akan memperolehi semua yang masa
silam telah serahkan kepada kita mengenai subjek ini dan semua yang diketahui
mengenai perkara itu. Oleh kerana itu, sejarawan-sejarawan yang sangat dipercayai
adalah orang-orang yang memeriksa sumber-sumber itu sendiri, tetapi pada masa yang
sama mengambil faedah daripada cadangan-cadangan, kritikan-kritikan dan
keterangan-keterangan yang dibuat oleh sarjana-sarjana lain yang juga telah mengkaji
dokumen-dokumen asli itu.

57
3.3 CIRI-CIRI SUMBER SEJARAH

Selain daripada artifak budaya dan fizikal seperti tembikar,tulang-tulang dan sebagainya
terdapat dua kategori bukti sejarah yang amat luas iaitu dokumen bertulis dan dokumen
lisan. Dokumen bertulis berasal dari manusia yang mempunyai sikap bis, prejudis,
persepsi yang selektif dan memori serta tinjauan yang terhad. Dokumen bertulis adalah
penting sama ada diperolehi secara langsung atau tidak langsung. Kemhiran ahli
sejarah amat perlu membezakan antara maksud yang jelas atau meksud yang tersirat
tentang sesuatu dokumen. Ciri-ciri dokumen bertulis ini adalah sebahagian daripada
sistem komunikasi manusia masa lampau dan masa kini yang terdiri dari rangkaian
elemen-elemen mengikut persekitaran dan masa perkembangan sesuatu masyarakat.

Ahli sejarah perlu bersifat kritis untuk mengenal pasti siapa penulis dokumen sama ada
menetukan kedudukannya atau peranan individu tersebut pada masa itu. Melalui
kaedah perbandingan ini dokumen dapat dibandingkan oleh ahli sejarah untuk melihat
variasi, percanggahan dan persamaan. Perbandingan yang dilakukan oleh ahli sejarah
dapat mendekati reality sejarah yang sebenarnya. Selain kuantiti, kualiti dan bukti akan
dapat memastikan kepentingan sesuatu pendekatan atau kaedah. Contohnya seorang
saksi dianggap bersifat objektif adalah lebih penting daripada tiga saksi yang
mempunyai saksi sendiri. Keadaan ini akan menyebabkan terdapat ahli sejarah
menyatakan interpretasi sesuatu dokumen lebih hamper daripada reality sejarah yang
sebenar.

Mengesan keaslian Sumber

Kebolehan ahli sejarah mengesan sumber dan keaslian sumber bergantung kepada
beberapa banyak dan kekerapan seseorang ahli sejarah terdedah dan menggunakan
sumber-sumber sejarah. Ini bermakna semakin banyak sumber sejarahyang dirujuk
bermakna semakin tinggi kemahiran ahli sejarah menggunakan sumber sejarah
terutamanya sumber sejarah. Dalam kajian terhadap sumber sejarah, keaslian sumber
sejarah boleh dibahagikan kepada tiga klasifikasi iaitu keaslian sumber,kandungan
sumber dan tujuan pengkajian sumber. Salah satu ciri yang dikaitkan dengan sumber

58
ialah kandungan maklumatnya masih bersifat asli. Ahli sejarah perlu prihatin dengan
aspek penelitian dan sikap memeriksa setiap sumber yang digunakan akan banyak
memberi kelebihan kepada ahli sejarah. Secara tidak langsung mereka akan dapat
menggunakan sumber-sumber sejarah yang benar-benar asli dan mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang tinggi dalam menghasilkan penyelidikan danpenulisan sejarah.

Masa dihasilkan

Ahli sejarah akan cuba memastikan sumber yang diruju adalah sumber yang dihasilkan
dua peringkat iaitu sumber sezaman ataupun sumber yang telah lama wujud. Sumber
boleh diperolehi dari kumpulan pertama, di mana seseorang yang hidup pada satu
zaman akan menceritakan sesuatu peristiwa secara naratif (bercerita). Contohnya
pengalaman seseorang buruh paksa Jepun di Tanah Melayu adalah dianggap sebagai
sumber sezaman yang boleh digunapakai oleh pengkaji-pengkaji sejarah dalam
menulis peristiwa sejarah berkenaan dengan pendudukan jepun di Tanah Melayu.
Perkara yang paling penting semasa menilai sumber adalah aspek membuat
pertimbangan dan perbandingan ke atas sumber-sumber tersebut.

Tempat dihasilkan

Seorang ali sejarah juga harus peka kepada tempat ataupun Negara di mana sesuatu
sumber itu diperolehi samada dari dalam negeri atau sumber dari luar negeri. Ahli
sejarah harus merujuk siapakah yang menghasilkan sumber tersebut misalnya adakah
ia melibatkan kumpulan penduduk sesebuah Negara atau mereka yang mengembara
dari satu tempat ke satu tempat yang lain, atau seseorang yang tinggal di luar Negara.
Namun begitu wujud masalah kepada ahli sejarah yang gagal untuk mendapatkan
dokumen yang lengkap di tempat asal atau Negara asal kerana dokumen dan catatan
tersebut telah terhapus serta dipindahkan ke tempat yang lain. Masalah untuk
mendapatkan sumber-sumber sejarah akan timbul sekiranyan sumber-sumber sejarah
akan timbul sekiranya sumber-sumber sejarah yang diperlukan sebagai bahan
penyelidikan sejarah gagal diperolehi oleh ahli sejarah.

59
Sikap penulis

Semasa menggunakan sumber-sumber sejarah, ahli sejarah perlu merujuk sikap


pengarang atupun penulis sama ada mereka bersikap bias atau tidak terhadap sesuatu
peristiwa yang dicatatkan. Bukan semua ahli sejarah yyang menyelidik dan menulis
mengenai satu-satu Negara terdiri daripada penduduk asal Negara tersebut. Terdapat
pengkaji-pengkaji yang menulis tentang suatu peristiwa sejarah sesebuah Negara
adalah terdiri daripada pengkaji dari luar. Sebagai contohnya banyak penulisan sejarah
mengenai sejarah Malaysia dilakukan oleh sarjana-sarjana barat seperti J.M Gullick,
L.Y. Andaya, J. Kennedy, C.N. Parkinson. W.R. Roff, K.G Tregonning, R.Pringle,
F.Swettenham, R.J Wilkinson, R.O. Winstedt dan L.A. Mills. Tugas ahli sejarah
tempatan perlu membuat penilaian semula ke atas peristiwa-peristiwa sejarah yang
dihasilkan oleh sarjana barat kerana terdapat di kalangan mereka memberi tafsiran
yang tidak jelas tentang sejarah Malaysia. Ini adalah disebabkan oleh pengetahuan dan
idea serta data-data atau rekod-rekod yang diperolehi mereka berdasarkan
pengalaman dan maklumat daripada masyarakat setempat.

3.4 SUMBER PRIMER (AWALAN)


Definisi
Sumber primer adalah sumber awalan yang sangat menarik untuk ditafsir dengan cara
yang tersendiri oleh kalangan ahli sejarah. Sumber primer memberikan pengkaji
sebagai punca pertama untuk memahami sesuatu peristiwa yang telah lepas. Ianya
juga merupakan alat (tools) yang penting kepada ahli sejarah untuk membina
pentafsiran dan pernyataan yang boleh menyokong penulisan mereka dengan tepat.
Sumber primer berfungsi sebagai bukti kepada ahli-ahli sejarah yang amat berguna
dalam membina tafsiran serta membina hujah-hujah untuk menyokong tafsiran tersebut.
Dalam pengertian ilmu sejarah sumber primer juga dikenali sebagai sumber awalan,
sumber pertama, sumber utama dan sumber sezaman (first-hand sources).

3.4.1 CIRI-CIRI SUMBER PRIMER

60
Louis Gottschalk menyatakan perkataan asli (original). Ciri sumber primer ialah ianya
asli boleh menggelakkan ahli sejarah membuat tafsiran yang tidak tepat. Sumber juga
dikatakan asli. Kandungan sumber primer masih baru dan dihasilkan oleh idea yg
kreatif. Sumber primer tidak diterjemahkan ke bahasa lain dan kekal tulisan asal.
Sumber awal yg belum ditafsir. Teksnya yang sebenar,tdk diubahsuai dan ditokok
tambah.

Ianya juga sumber maklumat pertama yg diperolehi. Satu bahan ahan mentah yg belum
diproses ataupun mengalami perubahan secara fizikal. Sukar diperolehi kerana
terhad,sulit,terhapus,milik peribadi. Ahli sejarah melihat sumber primer berdasarkan 2
aspek iaitu cuba melihat sumber primer dalam keadaan tanpa disalin
semula,diterjemahkan dan dihalusi yg diperolehi secara terus daripada penulis
Sumber itu dapat memberikan maklumat yg awal merujuk kpd persediaan semasa
penyelidikan dilakukan.

Pegumpulan dan dapatan sumber primer iaitu seperti surat perseorangan, Al quran,
Kitab agama, Dokumen, Rekod kerajaan-kementerian ,jabatan pejabat kerajaan Artifak
arkeologi-tapak arkeologi,muzium,arkib Lisan-tokoh politik,ahli sejarah,tokoh sejarah.
Penggunaan sumber primer memberi pemahaman yg terus drp sumber asal. Ia juga
membina pemahaman tentang peristiwa dan bukti ahli sejarah gunakan utk membina
tafsiran dan membias hujah serta menyokong tafsiran sbg bukti apabila menjawab
soalan dan membian hujah masa lampau Mesti ditafsirkan ,cuba fahami apa yg
dimaksudkan.mengambarkan apa yg sumber itu beritahu apdd masa lampau juga untuk
mentafsir sumber primer kita seharusnya berfikir mengenai soalan apabila memeriksa
sumber.
Ahli sejarah perlu melakukan personal study terhadap sumber ini. Di manakah mereka
boleh mendapatkan sumber primer ini. Adakah diperolehi daripada salinan kenyataan
yang asal ataupun dari kaedah dapatan yang lain. Penggunaan sumber primer oleh ahli
sejarah perlu menggunakan metod yg betul. Ahli sejarah perlu mahir dengan kaedah
penyelidikan sejarah dan mempunyai ilmu dalam bidang ini.

61
Penyelidik akan cuba membuat analisis sumber dr pelbagai sudut terutama merujuk
sumber itu dihasilkan,di mana dan siapa yg menghasilkannya. Ahli sejarah yg paling
reliable adalah mereka yg memeriksa sumber-sumber dan mengambil peluang tentang
semua kritikan dan pandangan yang dibuat oleh lain-lain ilmuan yg mengkaji dokumen
tersebut. Ahli sejarah yg mengkaji sumber ini bukan bertujuan mengumpulkan fakta
tetapi cuba mengkaji makna asal sumber itu dgn membuat pertimbangan dan kritikan
ke atas sumber itu.

Masalah pemprosesan sumber primer ialah seperti sumber primer pada zaman lampau
sukar dikenalpasti ,dokumen yang tidak tersusun sebaliknya dokumen ini dikumpulkan
dalam gedung ,bilik gelap dan berhabuk. Sumber ini ditulis dengan lalai ,penuh dengan
kesalahan,sukar dibaca. Ahli sejarah terpaksa melakukan banyak kerja dgn hasil yang
sedikit. Apabila ahli sejarah gagal menggunakan sumber primer mereka akan merujuk
kepada sumber kedua yang banyak. Ahli sejarah tidak boleh berpuas hati dengan
penggunaan sumber kedua sedangkan sumber primer itu masih ada dan belum dikaji.
Ahli sejarah terpaksa melakukan lebih banyak kerja. Sumber primer ini disampaikan
secara lisan secara kerap menyebabkan semakin tidak tepat penyelidikan yg dilakukan
ahli sejarah

Kepentingan sumber primer.

Kebenaran sejarah-penggunaan sumber primer oleh ahli sejarah dapat menjelaskan


tentang kebenaran sejarah daripada sudut keabsahan,vadility dan ketepatan fakta
sejarah. Ahli sejarah dapat menghasilkan penyelidikan yang berkualiti. Penulisan ahli
sejarah yang menggunakan sumber primer akan dijadikan rujukan utama kepada ahli
sejarah apabila mereka melakukan kajian sejarah. Penggunaan sumber ini dgn kaedah
yg betul akn dpt menggelakkan kesilapan dan kesalahan fakta sejarah.

62
Gambar 5 menunjukkan Diari tulisan tangan Aminuddin Baki
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Gambar 6 menunjukkan tulisan tangan Zaba


Sumber: Arkib Negara Malaysia

63
Gambar 7 surat perjanjian dalam tulisan jawi
Sumber: Arkib Negara Malaysia

3.5 SUMBER SEKUNDER (KEDUA)

Definisi
Menurut Louis Gottchack-sumber sekunder adalah sumber yang berbentuk catatan
Mohd Yusuf Ibrahim- sumber sekunder adalah kajian/penulisan yg telah dihasilkan oleh
seseorang mengenai sesuatu peristiwa. Ia diperolehi daripada sesiapa sahaja yang
tidak disaksikan,seseorang yang tidak hadir semasa kejadian itu berlaku. Dikenali sbg
sumber kedua ,sumber bukan sezaman. Ahli sejarah akan mencari sumber kedua yang
reliable sebagai rujukan. Mereka dpt memahami dan menyesuaikan sumber primer dgn
sumber sekunder yg digunakan.

3.5.1 CIRI-CIRI SUMBER SEKUNDER

Didasarkan kpd kajian terhadap sumber utama . Sumber mentah yang diproses ahli

64
sejarah semasa malakukan penyelidikan atau penulisan. Sumber yang telah ditafsir.
Sebagai sumber rujukan,bandingan,petikan utk mengukuhkan pandangan atau tafsiran.
Sumber yang telah mengalami perubahan fizikal iaitu berbentuk sumber mentah kepad
bentuk penulisan sej(buku,jurnal dan artikel). Mudah diperolehi,tidak sulit,diterbitkan
semula,bukan milik peribadi.

Pemerosesan sumber sekunder. Proses pentafsiran fakta dpt membantu menentukan


aspek vadility,reliable,absolute. Ahli sejarah perlu mempunyai peraturan untuk menguji
kebenaran sumber sekunder yang digunakan.Peraturan ini boleh membantu seseorang
ahli sejarah untuk melakukan penyelidikan dan penulisan sejarah dengan sempurna. Ia
juga sebagai satu koleksi fakta dan menggunakan satu sumber sekunder jika anda
perlu mencari satu jenis maklumat tertentu dgn cepat.Contohnya Bilakah Genghiz Khan
hidup? Sebagai satu sumber bahan latar belakang yang berlaku pada masa itu,sebelum
itu.Ia juga sebagai satu tafsiran banyak sumber sekunder menyediakan tidak hanya
maklumat tetapi cara makna kepada maklumat. Kita harus menggunakan satu sumber
sekunder jika ingin fahami bagaimana seseorang ahli sejarah memberi makna kepada
satu peristiwa. Tugas yang sangat penting dalam membaca sumber sekunder,mencari
dan memahami tafsiran pengarang tertentu. Bagaimana pengarang tertentu meletakkan
fakta bersama supaya ia mempunyai makna.

Masalah sumber sekunder ialah seperti dipersoalkan kualiti dan


pensejarahannya,dikaitkan sebagai gunting dan lekat tanpa melibatkan tafsiran
terhadap fakta-fakta sejarah yang digunakan. Ahli sejarah yang membuat laporan
dengan sumber lisan akan mancatatkan data yang kurang tepat kerana data yang
penting ditinggalkan. Ahli sejarah lebih berminat dan banyak menggunakan sumber
sekunder berbanding sumber primer.sumber sekunder mudah diperolehi. Ahli sejarah
yang guna sumber ini tidak melakukan interpretasi,menterjemahkan dan
menganalisiskan sumber. Hasil sejarah yang bersifat objektif untuk kebenaran
sejarah ,bukan peribadi. Berlaku pemalsuan fakta . Ahli sejarah gagal menghuraikan
hipotesis-hipotesis dalam karya sejarah. Ahli sejarah lebih kemukakan fakta,tapi tak

65
memberi kenyataan(tafsiran). berlaku percanggahan fakta dan merujuk lebih daripada
satu sumber.

Klasifikasi keaslian sumber.


Keaslian sumber masa yang dihasilkan, tempat dihasilkan. sikap penulis terhadap
sumber. Masa dihasilkan merupakan sumber sezaman contohnya sejarah melayu-
kerajaan melayu Johor, sumber yang telah lama wujud .contohnya perjanjian pangkor
1874. Kumpulan pertama orang yang hidup dalam suatu zaman. Melalui penceritaan
contohnya mangsa perang Jepun Sumber naratif Kumpulan kedua tidak hidup pada
zaman tersebut. Menjadikan percakapan-percakapan peristiwa lepas sbg saksi sumber
sezaman-generasi ke generasi. kurang tepat dihasilkan seseorang semasa hidupnya
dan selepas peristiwa itu dilaporkan. Dinilai melalui aspek pertimbangan.
Contohnya Herodotus-Perang Parsi. tempat dihasilkan Tempat atau negara di mana
sumber diperolehi dalam negeri atau luar negeri.
Kreadibiliti sumber
Merujuk siapa yang menghasilkan sumber tersebut. Contohnya penduduk sesebuah
negara,mereka yang mengembara ke merata tempat yang tinggal di luar negara. Sikap
penulis,pengarang atau sejarawan perlu ada pengetahuan tentang data-data atau rekod
yang diperolehi. Tujuan sumber dihasilkan oleh pengarang, Sejarawan perlu
menggunakan mata atau telinga sebagai saksi kepada peristiwa lepas yang terjadi.
Maklumat yang di terima secara langsung mahupun tidak langsung.

Gambar 8 contoh sumber sekunder

66
3.6 KEPENTINGAN SUMBER SEJARAH
Sejarah adalah hakikat yang merujuk kepada masa yang sudah lepas. oleh itu untuk
mengkaji sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku dimasa lepas adalah amat sukar
bagi pengkaji yang berbeza zaman dengan sejarah tersebut dalam pensejarahan.
apabila dikatakan sejarah ditulis kembali bermaksud tafsiran ahli sejarah itu tentang
sesuatu peristiwa atau perkembangan yang berlaku dahulu. Dalam hal ini tidak mustahil
berlaku berbagai- bagai tafsiran dan percanggahan dalam pensejarahan itu sendiri.
oleh itu, perspektif Malaysia penting dalam penulisan sejarah kita. ini kerana
masyarakat Melayu itu sendiri mempunyai sejarah yang lebih tua dan gemilang yang
perlu dikaji oleh penulis tempatan itu sendiri. Para sejarahwan hari ini perlu memikirkan
kembali pengertian dan konsep sejarah yang sesuai dengan alam sejarah masyarakat
Melayu terutama zaman tradisional sebelum kedatangan penjajah barat. Penulis-
penulis seperti Raja Chulan, pengarang Misa Melayu, Tun Sri Lanang (pengarang
Sejarah Melayu) dan Raja Ali Haji (pengarang Tuhfat Al Nafis) adalah antara penulis
sejarah yang banyak membekalkan pengetahuan mengenai masyarakat Melayu
tradisional, adat istiadat di istana, peranan raja dan lain-lain lagi. Kelahiran karya-karya
mereka ini mencerminkan keupayaan penulis Melayu yang memperlihatkan kepekaan
dan kreativiti tanpa meminjam unsur-unsur luar sama ada pada isi mahupun bentuknya
sebagai model3. sehinggakan penulis-penulis barat seperti R.O. Winstedt yang
mengkaji sejarah bangsa Melayu merujuk secara menyeluruh akan hasil-hasil
histrografi ini.

3.6.1 KEPENTINGAN DARI PERSPEKTIF MALAYSIA

Kebanyakan penulis-penulis asing terutama dari barat melihat konsep sejarah yang
terdapat di kalangan masyarakat melayu lama sepenuhnya dari pandangan dan
kacamata, norma hidup Barat sedangkan tanpa memahami masyarakat, mereka tidak
dapat menilai dengan baik hasil budaya yang dilahirkan oleh masyarakat Melayu. Oleh
itu, ia menunjukkan pentingnya menggunakan perspektif Malaysia dalam penulisan

67
Sejarah kita kerana penulis Barat ini membuat penilauan rendah terhadap hasil tulisan
orang tempatan. contohnya, J.C.Bottoms menganggap sejarah bagi orang Melayu tidak
lebih daripada hiburan, campuran kebanaran dan legenda, khayalan dan fakta dan
hiburan dan pengajaran Manakala Roolvink dan R.O.Winstedt menolak karya para
penulis Melayu zaman tradisional yang memasukkan unsur mitos dan lagenda dengan
alasan ia menyimpang daripada ciri-ciri sejarah yang mementingkan rasional, objektif
semata-mata. walaupun pada dasarnya sejarawan memelihara keperibadian disiplin
tetapi sejarah bukanlah suatu bidang akademik yang statis, bagi masyarakat di negara
yang mundur dan sedang membangun mereka tidak berpeluang menumpukan
perhatian kepada perkara yang esoteric dengan demikian dimana-mana perlu, ahli
sejarah cuba mengaitkan convention lama dengan keperluan zaman
sekarang6 kepekaan penulis tempatan seperti Khoo Kay Kim dan zainal Abidin Wahid
berpendapat bahawa penggunaan mitos dan lagenda adalah satu kaedah mengkritik
raja dan membina semacam kuasa keTuhanan, satu sifat luar biasa pada seseorang
Raja. Melalui kaedah ini kita dapat menganalisis bagaimana sistem pemerintahan
dahulu yangdapat melahirkan satu disiplin kepatuhan kepada raja dan saling
menghormati sesama mereka. begitu juga Bukhari Joharai yang mengarang Taj Us-
Salatin yang mengandungi panduan tanggungjawab seorang raja memerintah dengan
adil.8 sebaliknya R.O.Winstedt, mengkritik ianya kurang baik dan sangat kurang nilai
sasteranya. Ini disebabkan beliau sebagai seorang Kristian mengecam karya ini yang
mengandungi ajaran Islam didalamnya.

Secara keseluruhan pada tempoh kurun ke-16 hingga perang Dunia ke II didapati lebih
banyak sejarah Malaysia ditulis oleh orang-orang barat seperti Portugis dan British
berbanding penulis tempatan. Oleh kerana kebanyakan penulis barat terdiri daripada
ahli tadbir bagi puak kolonialis,menyebabkan mereka lebih menitikberatkan penulisan
menganai kedatangan mereka ke negara yang dijajah telah membawa bersama
kemajuan dan banyak menulis sejarah kejayaan bangsanya daripada menceritakan
sejarah perkembangan masyarakat itu sendiri. Dalam tahun 1920-an penulis Melayu
menggunakan Sejarah Melayu melalui kegemilangan Melaka bertujuan melahirkan

68
kesedaran kepada masyarakat Melayu dari pelbagai aspek terutama sebagai alat bagi
memupuk perpaduan Melayu. Antara penulisnya ialah Ahmad Abdullah melalui
tulisannya sepertu Darah Melaka, Keris Melaka, Melayu tak'kan Hilang 11ini
menunjukkan para sarjana Melayu telah menyedari pensejarahan lama ini sebagai
bahan asas untuk pengkajian sejarah Melayu. selain itu usaha Abdul Hadi Haji hassan
dan Buyong adil menghasilkan Sejarah Alam Melayu sebagai buku sejarah untuk
penggunaan murid-murid di sekolah Melayu.

Selepas perang dunia ke II, kebanyakan penulisan Melayu berbau politik seperti Dr.
Burhanuddin al Helmi menerbitkan 'Sejarah Peerjuangan Kita'. Manakal Ibrahim Yakob
adalah orang pertama yang menulis sejarah politik moden orang Melayu melalui
Bukunya ' Sejarah dan Perjuangan di Malaysia' dan jadi rujukan oleh penuntut sejarah
dan merupakan perangsang kepada sarjana akademik yang mengkaji dengan lebih
menadlam kegiatan politik orang melayu, sekurang-kurangnya dapat menggambarkan
suasana sezaman membantu memahami keadaan dahulu dengan menggunakan
perspektif Malaysia. Penubuhan Jabatan Sejarah di Universiti Malaya membawa
perkembangan lebih ramai orang tempatan menceburkan diri dalam penulisan sejarah
Malaysia yang sebelum ini dimonopoli oleh orang Barat . Para mahasiswa menulis
tentang sistem pentadbiran, perkembangan ekonomi, tokoh politik dan raja-raja Melayu.
Keadaan ini membolehkan pensejarahan Malaysia diperkayakan sehingga
menghasilkan tidak kurang daripada 150 buah kajian sejarah tetapi sehingga amas kini
kebanyakan daripada kajian-kajian itu tidak diterbitkan. Tidak mustahillah keadaan ini
menyebabkan kita kekurangan sumber untuk terus mengkaji pensejarahan Malaysia
mengikut perspektif negara ini.

Lewat 1960-an hingga 1970an, mahasiswa aliran Melayu memperkayakan lagi


pensejarahan Melayu iaitu penulisan atau pengkajian tentang sejarah masyarakat
melayu dalam bahasa Melayu manakala generasi tua yang berpengalaman banyak
membantu malah ada juga yang bersama-sama memperbanyakkanlagi penulisan
sejarah ini seperti Misbaha Haji Mohd. salleh haji Awang, 'Sejarah Terengganu dan

69
Othman Abdul Hamid, Salasilah Tok Abdul jabar Tok Othman, Johor Bahru.Sekiranya
generasi hari ini berminat dalam perkara-perkara yang dahulunya kurang diutamakan,
itu bukan kesalahan bahkan ini akan memperlengkapkan lagi pensejarahan Malaysia
dan menyelidiki pensejarahan yang telah dikaji oleh sarjana Barat.

3.6.2 KESIMPULAN

Tidak dinafikan tulisan sarjana barat mengenai Alam Melayu amat penting dalam
pengkajian sejarah kita. Kota boleh menggunakan penulisan mereka sebagai
perbandingan dengan sumber tempatan yang sezaman dengan mengkaji dan mencari
kesesuaian dengen pensejarahan kita tanpa mengabaikan fakta-fakta sejarah malah
menghargai peranan mitos, lagenda, syair dan sebagainya dalam
pensejarahamn melayu lama dan mengkajinya berdasarkan Perspektif malaysia. Setiap
generasi melihat masalah dengan kacamata sendiri. manakala tugas ahli sejarah
berusaha memahami dengan perspektif yang tepat dan bersesuaian dengan
masyarakat yang dkaji kerana pengkajian ini bersangkut paut dengan keadaan yang
mula-mula muncul dimasa yang telah berlepas.

3.7 MASALAH PENGGUNAAN SUMBER DALAM PENYELIDIKAN


SEJARAH

Pengenalan
Secara umumnya, penyelidikan adalah tugasan saintifik yang membawa berbagai-bagai
cabaran. Antaranya adalah menghasilkan dapatan kajian yang sesuai dan
memperlihatkan keupayaan penyelidik mempersembahkan hasil kajian. Pada
hakikatnya penyelidikan adalah bagi mencari jawapan atau menyelesaikan masalah
dengan jawapan benar atau sekurang-kurangnya dapat mengetahui kebenaran yang
logik melalui pemikiran yang mempunyai kesinambungan dengan fakta empirik.
Penyelidikan juga mempunyai cabang-cabang yang amat luas dan tidak terbatas.
Antara cabang-cabang penyelidikan yang utama dan diberikan tumpuan ialah

70
penyelidikan pendidikan, penyelidikan sains, penyelidikan sosial, penyelidikan sejarah
dan sebagainya. Walaupun bidang-bidang penyelidikan tersebut kelihatan berbeza,
namun konsep asas ilmu penyelidikannya tidak jauh berbeza. Justeru tumpuan khusus
dalam perbincangan ini adalah mengenai langkah-langkah yang dijalankan dalam
penyelidikan sejarah.
Definsi penyelidikan sejarah ialah penyusunan sistematik yang membabitkan kajian dan
penilaian data yang berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa lampau. Penyelidikan
sejarah mengkaji punca, kesan ataupun corak (trend) peristiwa dan secara tidak
langsung menganalisis apa yang berlaku pada masa kini, seterusnya membuat ramalan
apa yang bakal berlaku pada masa akan datang melalui kajian. Kajian sejarah juga
boleh dianggap sebagai suatu proses membina semula perkara yang berlalu secara
sistematik dengan mengumpul, menilai, mengesah dan mensintesiskan fakta bagi
menemukan rumusan yang dipertahankan. Penyelidikan sejarah merupakan salah satu
aktiviti penting yang dapat menyumbangkan kepada penemuan dan penulisan sejarah
terutama yang baru supaya ia dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Penulisan dan
jumpaan perkara sejarah amat bergantung kepada usaha-usaha penyelidikan yang
dilakukan oleh para sejarawan. Kajian sejarah yang baik adalah melibatkan kajian
secara sistematik, mempunyai objektif, kaedah pengumpulan data serta analisis, dan
memastikan sumber yang digunapakai adalah sahih serta terhindar daripada sebarang
pemalsuan. Dalam erti kata yang lain penyelidik sejarah sewajarnya beretika.

Etika Penyelidikan Sejarah


Penyelidikan sejarah adalah merupakan proses yang dinamik dan interaktif, ia berlaku
berdasarkan kepercayaan dan kerjasama mereka yang terlibat dalam penyelidikan.
Hubungan penyelidik, kumpulan penyelidik dan partisipan adalah penting. Mengurus
hubungan ini secara bertanggungjawab ialah merupakan isu sebenar berkaitan dengan
etika. Menurut Othman Lebar (2007), terdapat beberapa peringkat isu etika dalam
proses penyelidikan. Antaranya adalah etika dalam penyataan masalah kajian, etika
dalam penyataan tujuan dan soalan kajian, etika dalam pengumpulan data, etika dalam
analisis dan interpretasi data, serta etika dalam menulis dan menyebarkan hasil kajian.
Etika penyelidikan dalam penyelidikan sejarah penting bagi mengelakkan sesuatu

71
penyelidikan itu dipengaruhi unsur-unsur bias, melakukan kesilapan, memalsukan fakta,
melakukan penyelidikan separuh jalan, kekaburan bukti, serta kekurangan bahan atau
sumber. Justeru untuk memperteguhkan kedudukan hasil penyelidikan ini, etika yang
ketat perlu dipatuhi bermula dari awal hingga berakhir penyelidikan tersebut.

Langkah-langkah Penyelidikan
Dalam penyelidikan sejarah, terdapat beberapa langkah utama yang perlu dilaksanakan
oleh seseorang penyelidik. Antara langkah-langkah penyelidikan tersebut, penyataan
masalah, mengemukan hipotesis, membuat rujukan sumber, menentukan kaedah,
menentukan strategi dan teknik, menjadualkan kerja, menganalisa dan
menginterpretasi data, dan melaporkan hasilan. Oleh yang demikian berikut adalah
huraian mengenai setiap peringkat atau disiplin yang perlu ditempuhi oleh setiap
sejarawan yang menjalankan penyelidikan.

Penyataan masalah
Penyelidikan sejarah bukan bermakna penyelidik menjalankan projek yang baru, lain
dari yang lain dan penting. Tujuan penyelidikan sejarah adalah menghurai,
menerangkan, menjelaskan dan membuat tanggapan dan bukannya mengemukakan
yang baru. Begitu juga, jelas bahawa projek-projek penyelidikan tidak dimulakan
daripada titik permulaan tetapi penyelidik telah diransangkan oleh idea-idea serta
penyelidikan-penyelidikan yang telah dilakukan oleh orang lain. Sewajarnya penyelidik
memulakan penyelidikannya dengan membaca penyelidikan-penyelidikan lain yang
sama dengan lingkungan minatnya, lazimnya dia dapat sesuatu yang baru yang perlu
dilakukan untuk memperbaiki penyelidikan sedia ada ataupun untuk memperbaharui
penyelidikan lama. Bertitik tolak dari situlah seseorang penyelidik menyatakan masalah
kajiannya dan bertindak memulakan penyelidikan tersebut. Contoh penyataan masalah
adalah mengenai teori kedatangan Islam ke Malaysia, sama ada penyebaran melalui
mubaligh-mubaligh Islam yang datang ke Melaka, atau penyebaran Islam oleh pelayar-
pelayar China melalui Terengganu.

72
Mengemukakan hipotesis
Hipotesis adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau
saranan sementara sebagai penyelesaian masalah. Hipotesis membolehkan penyelidik
mengaitkan teori dengan cerapan. Bukti-bukti cerapan penyelidikan akan menentukan
sama ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau diketepikan. Antara tujuan
mengemukakan hipotesis dalam penyelidikan adalah untuk memberi jangkaan atau
ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji, memberi kenyataan hubungan yang
boleh diuji secara langsung, memberi panduan kepada penyelidikan kerana hipotesis
mewakili objektif tertentu, menentukan kaedah penyelidikan yang harus digunakan,
memberi rangka laporan dapatan serta kesimpulan kajian.

Hipotesis kajian boleh dikemukakan dalam bentuk hipotesis induktif daripada cerapan,
iaitu melalui cerapan penyelidik boleh menentukan susur-galur dan kemungkinan
hubungan yang wujud dan membuat hipotesis bagi menjelaskan hubungan tersebut,
atau hipotesis deduktif daripada teori-teori atau dapatan-dapatan penyelidikan terdahulu
yang boleh memandu penyelidikan ke arah yang lebih umum. Penyelidik perlu
mengemukakan hipotesis untuk memberi panduan bagi pengumpulan data dan infrensi
data, selain itu hipotesis juga dapat menunjukkan sama ada penyelidik mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang yang membolehkan penyelidik
menjalankan penyelidikan dengan berkesan.

Seseorang penyelidik juga perlu mengemukakan hipotesis yang memenuhi ciri-ciri


tertentu bagi membolehkannya diterima sebagai hipotesis penyelidikan. Antara ciri-ciri
tersebut ialah, hipotesis hendaklah dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat,
hipotesis mestilah tekal dengan pengetahuan yang ada, yakni tidak bertentangan
dengan teori dan hukum yang ada, hipotesis hendaklah mempunyai kuasa penjelasan
iaitu keupayaan hipotesis menerangkan fenomena yang dikaji dengan logik, tepat dan
jelas. Seterusnya hipotesis mestilah boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan
kepastian dibuat sama ada bukti-bukti yang diperolehi menyokong atau tidak
menyokong hipotesis yang bersifat sementara itu. Contoh hipotesis dalam penyelidikan

73
sejarah mengenai kedatangan Islam ke Malaysia ialah, Batu Bersurat Terengganu
membuktikan penyebaran Islam ke Malaysia adalah melalui pelayar-pelayar China yang
berurusan di Terengganu.

Membuat rujukan sumber


Sumber merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu
pemikiran atau penulisan. Sumber adalah berbeza dengan ilham kerana sumber tidak
bersifat abstrak ataupun spontan tetapi sumber boleh dirujuk semula apabila
diperlukan. Sebenarnya sumber sejarah telah wujud dalam pelbagai bentuk, ada
sumber ditulis pada kertas, dipahat seperti batu bersurat, diukir pada kayu, buluh,
tulang, tanduk, daun, kepingan logam dan sebagainya. Semua bahan bertulis ini
disimpan sebagai sumber sejarah. Oleh yang demikian, sumber merupakan suatu
unsur yang penting dalam bidang penyelidikan sejarah, kerana tanpa sumber maka
agak mustahil untuk menghasilkan penulisan sejarah yang baik.

Lazimnya sumber dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu sumber pertama yang
disebut sumber primer dan sumber kedua yang disebut sumber sekunder. Sumber
primer ialah sumber yang biasanya belum ditafsir dan diperlengkapkan lagi. Contoh
sumber primer adalah seperti surat tidak rasmi ataupun surat rasmi, catatan dan
laporan harian, diari serta dokumen. Bahan-bahan seperti ini menjadi sumber primer
disebabkan keadaannya sendiri yang merupakan sumber yang pertama mencatat
sesuatu peristiwa yang berlaku. Sejarawan biasanya memilih dokumen-dokumen yang
berupa sumber primer kerana sumber seperti ini memberi maklumat yang benar untuk
dibuat penyelidikan.

Manakala sumber sekunder adalah seperti tulisan atau buku yang ditulis oleh
sejarawan berdasarkan sumber primer atau sumber-sumber lain dan sebagainya.
Sumber sekunder ini merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan dan malahan
andaian yang dibuat seseorang penyelidik terhadap perkara-perkara yang diselidiknya
dengan bersandarkan sumber utama. Sumber sekunder digunakan oleh penyelidik
sebagai rujukan, perbandingan, ungkapan bagi mengukuhkan pandangan serta tafsiran

74
terhadap perkara yang diselidiki mereka. Antara contoh sumber sekunder seperti buku,
majalah, surat khabar, latihan ilmiah, karangan ataupun esei yang menganalisis
sesuatu yang penting serta tesis.
Walau apapun kategori sumber tersebut, yang nyata ia sangat penting dalam sesuatu
penyelidikan sejarah. Seseorang penyelidik dalam usaha menghasilkan sesuatu karya
sejarah mestilah berusaha mendapatkan sumbernya, kemudian memilih sumber
tersebut, mana-mana yang berkaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung
dengan penyelidikannya. Penyelidik juga harus mengkaji serta menganalisis sumber-
sumber yang diperolehi untuk mendapatkan fakta-fakta dan seterusnya melakukan
penulisan serta membuat tafsiran terhadap penyelidikannya.

Tidak kurang pentingnya, sumber yang digunakan adalah sumber yang mempunyai
kesahihannya, supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya pemalsuan sumber.
Pemalsuan bukan sahaja bermaksud mengadakan apa yang tiada dalam sumber yang
asli, bahkan pemalsuan juga merujuk kepada sebarang penambahan atau
pengurangan serta kesilapan dalam menterjemah isi kandungan sesuatu sumber.
Kesahihan sumber dalam erti kata yang lain, adalah bertujuan untuk memastikan fakta
yang diaplikasikan dalam sesuatu penulisan itu sentiasa benar dan layak untuk berdiri
sebagai sumber sejarah. Selain itu, kesahihan sumber adalah untuk memelihara sifat
sejarah sebagai saintifik. Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid (1998), terdapat empat
ciri yang menyebabkan sejarah adalah sains iaitu berdasarkan penyelidikan,
menunjukkan kebenaran, membantu dalam membuat ramalan dan perlu bersifat
objektif. Oleh itu, dalam maksud untuk menjadi sejarah sebagai satu bidang saintifik,
aktiviti kesahihan sumber perlu dilakukan.

Menentukan kaedah, teknik dan strategi


Kaedah penyelidikan atau metodologi adalah merupakan kaedah yang digunakan bagi
membuat penyelidikan sejarah atau peristiwa sesuatu perkara itu berlaku. Ia bermaksud
menggunakan tatacara yang betul mengikut kaedah-kaedah yang ditentukan dalam
menghuraikan sesuatu peristiwa yang berlaku. Kaedah penyelidikan sejarah lebih
memberi tumpuan utama terhadap usaha mencari sumber sesuatu peristiwa dan

75
sumber tersebut haruslah mempunyai autoroti yang dapat dipertahankan. Sebarang
andaian yang dibuat haruslah dibuktikan melalui sumber yang diperolehi.

Secara umumnya terdapat dua kaedah asas persejarahan, iaitu kaedah persejarahan
tradisi dan kaedah pensejarahan moden. Konsep dan kaedah pensejarahan tradisi ini
telah dipelopori oleh Bapa Sejarah Dunia iaitu Herodotus dan Thucydides. Sejarawan
ini telah mengaplikasikan kaedah pemerhatian, temuduga dan rujukan terhadap bahan
bertulis dalam penulisan karya sejarah mereka. Herodotus dalam penulisannya yang
berjudul Perang Parsi yang mengisahkan peperangan antara tentera Athens dengan
Parsi yang berlaku pada tahun 478 SM, telah menggunakan kaedah temuduga dalam
penghasilannya. Beliau juga telah melakukan kajian mendalam dengan melihat sendiri
tempat-tempat yang terlibat dalam peperangan, malah menemubual tokoh-tokoh yang
terlibat dalam peperangan tersebut.

Selain daripada menyaksi sendiri kesan-kesan peperangan di beberapa tempat yang


telah dikunjungi dan menemuduga tokoh-tokoh yang terlibat dalam peperangan,
Herodotus juga telah menggunakan bahan-bahan bertulis dan kesan-kesan
peninggalan lama seperti babad, puisi, epik, karya geografi, etnografi dan perubatan,
dokumen kerajaan, inskripsi, batu bersurat, bangunan dan rumah berhala dalam
penulisannya. Melalui contoh penulisan sejarah Peperangan Parsi telah menunjukkan
bahawa penyelidikan sejarah secara tradisi adalah dengan menggunakan kaedah
pemerhatian, temubual dan rujukan terhadap bahan bertulis klasik.

Kaedah pensejarahan moden pula dipelopori oleh Lepold Von Ranke, yang diberi
gelaran Bapa Pensejarahan Moden kerana beliau telah membawa era baru dalam
bidang pensejarahan sehingga dianggap sebagai pengasas pensejarahan Jerman di
Universiti Berlin. Menurut Arbaiyah Mohd Noor (2002), beliau dikatakan sejarawan
Barat pertama yang telah menekankan kepentingan penggunaan sumber primer dalam
penyelidikan sejarah dan membuat penilaian sumber secara kritikal demi pembangunan
bidang sejarah sendiri. Selain itu, Ranke menyatakan secara jelas bahawa sejarah
seharusnya ditulis dengan sebenar-benarnya tentang apa yang telah berlaku

76
berdasarkan dokumen yang berkaitan dengannya. Ranke juga menyarankan agar
sejarawan tidak melakukan spekulasi, tidak bersikap berat sebelah atau bias, mereka
dan memasukkan unsur-unsur fiksyen ke dalam sejarah.
Oleh yang demikian seseorang penyelidik sejarah boleh memilih untuk menjalankan
penyelidikan secara tradisi yang menekankan aspek pemerhatian, temuduga dan
rujukan bahan bertulis atau membuat penyelidikan secara moden yang menekankan
penulisan yang jelas dan ditulis sebenar-benarnya tentang apa yang berlaku melalui
sumber primer, tanpa spekulasi, bias serta memasukkan unsur-unsur fikysen. Secara
ringkasnya kaedah pensejarahan moden menekankan penulisan sejarah secara tepat
dan objektif.

Menjadualkan kerja
Sesuai dengan sifatnya penyelidikan sejarah yang berbentuk sistematik, maka
penyelidikan sejarah sewajarnya mempunyai jadual kerja yang tersusun. Sesuatu
penyelidikan perlu dirancang dengan teliti. Jadual kerja atau pelan tindakan akan
membantu seseorang penyelidik dalam mendapatkan maklumat dan memudahkan
kerja-kerjanya. Jadual kerja yang rapi juga boleh membantu dari segi menjimatkan
masa serta kos yang diperlukan. Perancangan atau jadual kerja tersebut hendaklah
selari dengan skop penyelidikan, kaedah yang dipilih, kemudahan-kemudahan fikizal
dan situasi pengkaji. Namun jadual kerja yang disusun tidaklah bersifat rigid, malah
ianya tetap boleh diubahsuai mengikut keadaan semasa dan tempat.
Seperti yang telah dihuraikan, sesuatu penyelidikan bertitik tolak daripada penyataan
masalah yang dikemukakan oleh penyelidik. Penyelidik boleh menghuraikan
permasalahan yang utama dan permasalahan sampingan atau yang berkaitan.
Kemudiannya penyelidik melakarkan tuju arah penyelidikan melalui penyataan hipotesis
supaya kerja-kerja penyelidikan tidak tersasar jauh atau sebagai panduan untuk
memulakan penyelidikan sumber. Seterusnya penyelidik juga mengenalpasti kaedah
kajian yang akan dijalankan sama ada secara tradisi atau secara moden. Kenalpasti
sumber-sumber yang boleh membantu dalam penyelidikan, sama ada sumber primer
atau sekunder atau kedua-duanya. Data-data atau maklumat yang diperolehi mesti dari
sumber yang mempunyai tahap kebenaran yang tinggi serta tidak dipertikaikan lagi

77
ketepatannya. Setelah semua sumber atau maklumat diperolehi, penyelidik akan
membuat laporan atau penulisan tersebut. Perlu ditegaskan penulisan laporan
penyelidikan yang baik dan bermutu perlu melalui beberapa draf dan diulang semak
serta dikemaskini setiap kali draf dibuat.

Melalui jadual kerja yang mantap dan dipatuhi, akan menatijahkan penulisan
penyelidikan yang bermutu tinggi. Jadual kerja sebagai pengawal bisu yang sentiasa
membimbing penyelidik dalam menyempurnakan penyelidikannya. Sekiranya tanpa
jadual kerja yang efisyen dan sempurna, kadangkala berlaku penyelidikan separuh
jalan, kerana penyelidik akan kehilangan arah bagai nakhoda tanpa kompas pelayaran.

Menganalisa dan Menginterpretasi data


Sejarah bukanlah hanya sekadar kumpulan bahan-bahan sejarah lama semata-mata,
tetapi kandungannya perlu dikaji, dinilai dan diberi pengamatan yang kritis seterusnya
untuk dijadikan panduan bagi generasi akan datang. Sekiranya sejarawan tidak
memandang sesuatu sumber itu dengan kritis, maka sejarawan itu belum lagi boleh
dikategorikan sebagai sejarawan yang sebenar-benar sejarawan. Menurut Arbaiyah
Mohd Noor (2002), sumber yang telah diuji kebenarannya merupakan perkara yang
amat penting dalam sejarah dan berbeza dengan penulisan sastera yang kreatif, dan
sekiranya sumber itu diterima bulat-bulat maka masyarakat tidak akan dapat menerima
hakikat sesuatu peristiwa sejarah yang telah berlaku itu sama ada benar ataupun tidak
sebagaimana berlakunya pada karya Sejarah Melayu. Bagi sejarawan Barat kritikan
terhadap kebenaran sejarah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kritikan luaran dan
kritikan dalaman. Kritikan luaran bertujuan menganalisis sumber sejarah untuk
mengesahkan akan kebenarannya serta kesahihannya manakala kritikan dalaman
bertujuan untuk menentukan ketepatan atau kerasionalan tentang sesuatu isi
kandungan sesuatu sumber sejarah.

Ramai sejarawan tradisi pada peringkat awal tamadun menulis sejarah tanpa memberi
perhatian terhadap aspek kebenaran dan kesahihan sejarah tersebut. Keadaan ini
berbeza dengan tradisi pensejarahan Islam, dari awal lagi telah memberi perhatian

78
yang sewajarnya terhadap aspek kebenaran dan kesahihan sejarah. Menurut Arbaiyah
Mohd Noor (2002), At-Tarabi antara sejarawan awal selepas Hijrah yang memberi
perhatian terhadap kebenaran sejarah, ketika menulis sejarah nabi-nabi beliau telah
membuat penyelidikan secara lisan dengan bertanya kepada orang-orang yang boleh
dipercayai dan mempunyai ingatan yang cukup kuat. Tabari mengikuti kaedah yang
diamalkan oleh para muhadisun (pakar hadis) dalam mencapai sumber sejarah agar
sejarah yang dihasilkan itu adalah sejarah yang benar-benar jelas dan tepat faktanya.

Berlainan pula dengan sejarawan Barat yang mengatakan kritikan sejarah terutamanya
sumber sejarah telah bermula apabila muncul Bapa Pensejarahan Moden iaitu Leopold
Von Ranke pada abad ke-19. Menurut Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya
(1988), Ranke merasakan bahawa penulisan dan pentafsiran sejarah secara kritikal
dengan membuat kritikan terhadap perkara yang meragukan perlu berjalan seiring.
Melalui usaha beliaulah sejarah telah menjadi suatu disiplin ilmu moden setanding
dengan ilmu-ilmu lain pada abad ke-20. Berikutan itu ramai intelektual Barat mula
meragui kesahihan sejarah Barat yang selama ini ditulis dengan mencampuradukan
unsur-unsur dongeng, mitos dan lagenda untuk menyedapkan lagi peristiwa atau jalan
cerita sejarah itu. Setelah menyelidiki kaedah yang digunakan oleh sejarawan Islam,
mereka cuba memperkenalkan serta mempraktikkannya.

Kritikan amat penting bagi mencari kesahihan sumber dan penyampai sumber tentang
sesuatu peristiwa sejarah. Sekiranya penyampai sumber melakukan pembohongan
maka sumber yang diberi itu adalah sumber yang palsu. Justeru itu jika berlaku
keraguan, maka sejarawan akan cuba mencari bukti-bukti lain. Arbaiyah Mohd Noor
(2002), menyenaraikan empat langkah-langkah yang boleh dilakukan sekiranya berlaku
keraguan. Pertama, mereka akan mengesan semula siapakah yang mengeluarkan
sesuatu sumber tersebut. Kedua, kandungan sumber yang ditulis itu mestilah diuji
terlebih dahulu untuk mengetahui kaitannya dengan fakta-fakta primer yang diketahui.
Sekiranya bercanggah, pemalsuan dapat diketahui. Seterusnya, dokumen-dokumen
yang diperolehi mungkin berhubung dengan tanda-tanda tertentu. Umpamanya,
sejarawan yang menggunakan sumber dokumen tulisan tangan memerlukan satu kajian

79
khusus untuk membuat keputusan sama ada sesuatu skrip itu benar dari segi masa dan
tempatnya. Mereka memerlukan ahli filiologi untuk menentukan atau menilai gaya
bahasa daripada teks yang digunakan. Keempat, Sejarawan boleh meminta
pertolongan daripada pakar dalam bidang teknikal untuk memeriksa bahan yang
digunakan pada masa pengeluaran dokumen tersebut.

Walaupun dikatakan sumber itu mungkin mempunyai kebenaran serta kesahihan dari
sudut kritikan luaran, tepai jika kandungannya diragui ketepatan serta kerasionalannya,
maka sumber itu tidak wajar dijadikan sumber rujukan sejarah. Kerasionalan dan
kebenaran sesuatu sumber itu boleh diteliti bila dihubugkaitkan dengan persoalan
siapa, bila dan di mana, Persoalan siapa berkait dengan diri penulis (subjek) sesuatu
karya sejarah itu. Dengan mengetahui latar belakang penulis, maka kita boleh
mengetahui sama ada fakta yang diberikan itu benar ataupun salah. Jika kita dapati
penulis tersebut seorang pemerintah, ketua atau seorang sejarawan pada zaman yang
sama serta mereka pernah tinggal di tempat atau negara yang sama, kita akan dapat
melihat wujud perbezaan dari segi pendekatan, keterangan dan tafsiran. Mereka akan
menulis mengikut konsep, matlamat, serta idea menereusi kaca mata mereka sendiri.
Maka akan wujudlah bias dalam pentafsiran idea yang sedia ada.

Dalam hal kritikan dalaman ini sewajarnya sejarawan mengambil kira beberapa perkara
penting sebelum membuat penyelidikan rapi, iaitu memahami bahasa, maksud tulisan
penulis dan mengetahui akan ragam, niat serta fikirannya itu sama ada sejarawan itu
prejudis atau mudah terpengaruh dengan fakta-fakta lain atau menulis berdasarkan
fakta sejarah yang benar atau pun tidak. Selain itu, penggunaan bahasa juga sentiasa
berubah-ubah dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Contohnya bahasa yang ditulis
lima atau enam abad yang lampau tentu amat berbeza berbanding dengan bahasa
yang digunakan pada hari ini.

Ketepatan sesuatu sumber bukan sekadar yang telah dibincangkan di atas sahaja.
Terdapat beberapa sumber dan fakta sejarah yang kurang kerasionalannya telah mula
dipertikai oleh beberapa sejarawan lain. Contohnya, kenyataan Arnold Toynbee, Marco

80
Polo seorang pelayar berbangsa Itali telah tiba di negara China sekitar tahun 1271-
1295 melalui Laut Hitam dan Istambul. Toynbee juga menyebut Marco Polo akan
singgah di istana Kublai Khan setibanya di China. Namun kini, kenyataan tersebut
dianggap tidak benar oleh sejarawan moden atas beberapa alasan yang agak rasional.
Antaranya, tiada satu rekod pun kedatangan Marco Polo ke China, tiada satu pun
kenyataan dalam rekod China tentang kedatangannya ke istana Kublai Khai sebagai
tetamu sepanjang ketibaannya di sana. Kedua, Marco Polo gagal membuat kenyataan
tentang budaya makan China dengan menggunakan penyepit, tradisi mengikat kaki
atau teh sebagai minuman kegemaran orang China. Ketiga Marco Polo tidak pernah
membuat kenyataan tentang sahabat-sahabat atau sesiapa yang ditemui sepanjang
pelayaran ke negara China.

Melaporkan hasilan
Setelah berjaya mengumpul segala sumber yang diperolehi sama ada secara tradisi
iaitu melalui pemerhatian, temubual atau bahan sejarah seperti teks, dokumen atau
artifak dan sebagainya, penyelidik meneruskan penyelidikan dengan kritikan luaran
untuk memastikan kebenaran sumber serta kritikan dalaman untuk menentukan
ketepatan serta kerasionalannya, maka langkah seterusnya penyelidik menghasilkan
penulisan sejarah bagi sesuatu yang diselidiknya. Penyelidik yang bertanggungjawab
akan melahirkan penulisan yang berwibawa dan dapat diterima sebagai sesuatu yang
bermutu tinggi. Bagi menjadikan ia bermutu tinggi, adalah menjadi kewajipan penyelidik
untuk menulis berdasarkan kebenaran serta ketepatan fakta dan membuat penghuraian
yang tepat tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur lain. Sebagai ahli sejarah yang terlatih,
penyelidik sedaya upaya akan meminimakan campur tangan pandangannya dalam
sesuatu cerita. Penyelidik perlu menyedari akan integriti yang diwajibkan,
bertanggungjawab terhadap bukti yang dipilih, disusun dan diinterpretasi dan
mengelakkan unsur-unsur personaliti.

Menulis laporan penyelidikan sejarah bukanlah sesuatu yang mudah seperti penulisan
kreatif yang lain. Ia memerlukan perancangan yang teliti serta menulis dalam satu
kerangka yang boleh disemak dan dinilai. Di samping itu pengorganisasian utama

81
sesuatu penyelidikan pada kebiasaannya adalah disusun dalam bentuk kronologi atau
tajuk. Kebanyakan tajuk-tajuk dalam penyelidikan sejarah akan disusun dalam bentuk
kronologi atau susunan topik mengikut perkembangan masa. Dari segi penulisan pula,
penyelidik yang berwibawa akan mengelakkan kelemahan dalam pembinaan ayat dan
perenggan, nahu, ejaan, tanda bacaan, pemilihan perkataan dan lain-lain yang
berkaitan. Penulisan sejarah adalah menekankan terhadap sumber dan pembuktian.
Sesuatu penulisan perlu mengemukakan bukti dan alasan yang ditunjukkan di dalam
nota kaki. Penulisan laporan sewajarnya menggunakan bahasa yang mudah difahami
dan ayat yang dibina biasanya pendek dan jelas. Penulisan laporan yang berkesan
hanya akan tercapai jika penulisan itu dapat difahami oleh para pembaca tidak kira latar
belakang pekerjaan mereka.

Penulisan sejarah memerlukan kerja yang bersungguh-sungguh dengan memaksa diri


untuk memulakan tanpa mengira minat atau inspirasi. Hasil penulisan sejarah yang
baik, kebiasaannya melalui dua atau lebih draf. Draf pertama biasanya panjang dan
ianya akan melalui proses pemotongan dan pengeditan ayat. Semasa menyemak draf,
kaedah cut and paste kadang kala digunakan bagi menjimatkan masa. Dalam semua
peringkat draf, perhatian utama harus ditumpukan untuk mengemukakan bukti-bukti
jelas. Contohnya jika ia memerlukan penjelasan, interpretasi jelas harus diberikan.
Penyelidik perlu sedari, golongan pembaca kepada penulisan sejarah adalah golongan
terpelajar yang berminat dengan disiplin ini. Oleh itu kesalahan-kesalahan remeh dari
segi nahu, bahasa dan ejaan akan mengurangkan minat pembaca untuk membaca
laporan penyelidikan tersebut.

Hakikatnya matlamat utama penulisan sejarah adalah untuk menyampaikan hasil


penyelidikan dalam bentuk yang paling berkesan. Oleh itu, penulisan yang berkesan
perlu tepat, jelas dan disampaikan dalam gaya yang menarik, elakkan kesilapan-
kesilapan kecil yang akan mengganggu konsentrasi pembaca. Menurut Abdul Rahman
Abdullah (1994), ahli-ahli sejarah bersetuju bahawa penulisan sejarah perlu
memberikan perhatian terhadap memperkembangkan penjelasan, berkeupayaan dalam
penyaringan, logik dan konsisten dalam perbahasan adalah merupakan kualiti yang

82
menyumbang kepada penulisan laporan yang berkesan. Tidak kurang pentingnya juga
ialah bentuk penulisan laporan tersebut dikemukakan sama ada dalam bentuk artikel,
monograf atau buku. Ketiga-tiga penulisan tersebut tidak mempunyai perbezaan dari
segi kaedah, gaya penyampaian dan rujukan sumber. Bagaimanapun, perbezaan
utama adalah dari segi saiz atau panjang sesuatu penulisan itu.

Artikel merupakan sebuah penulisan ilmiah yang pendek, kebiasaannya diterbitkan


melalui jurnal atau makalah. Penerbitan jurnal adalah dalam bentuk berkala atau
tahunan. Panjang artikel pada kebiasaannya adalah sekitar 10 000 perkataan atau
ditulis sekitar 20 halaman dengan langkau dua. Sementara monograf merupakan
terbitan ilmiah dalam bentuk tidak bersiri atau berkala mengenai sesuatu tajuk tertentu
atau tajuk yang berkaitan ditulis secara perseorangan. Biasanya monograf merupakan
hasil kerja yang terperinci, dokumentasi terhadap tajuk yang terhad atau mengenai
seseorang. Dalam bidang sejarah monograf merujuk kepada penerbitan sesuatu
penyelidikan mengenai sesuatu kejadian atau peristiwa atau seseorang tokoh. Ia
merupakan hasil kajian yang tidak terlalu panjang tetapi mempunyai cukup maklumat.
Biasanya diterbitkan sekali sahaja dengan jumlah cetakan yang terhad. Sedangkan
buku pula adalah merupakan satu penulisan yang dihasilkan daripada penyelidikan dan
buah fikiran seseorang penyelidik mengenai sesuatu tajuk. Ia diterbitkan dalam bentuk
buku dengan mempunyai halaman yang tebal, tiada had maksimum jumlah halaman
bagi penerbitan bagi sesebuah buku kerana ia bergantung kepada matlamat penulisan
seseorang penulis. Buku mestilah mempunyai tahap ilmiah yang tinggi, mengandungi
sumber rujukan yang lengkap serta membuat perbincangan mengenai sesuatu tajuk.
Buku mengandungi beberapa bab, minimumnya 5 bab dan juga mengandungi
bibliografi serta indeks di bahagian akhir penulisan dan biasanya boleh dicetak atau
diterbitkan berulang kali.

3.7.1 KESIMPULAN
Penyelidikan sejarah merupakan satu bentuk penyelidikan yang rumit kerana
penyelidikan sejarah adalah untuk mempelajari, menggali fakta-fakta serta menyusun
dan menghuraikan hubungan atau kesimpulan berkaitan peristiwa masa lampau.

83
Kerumitan juga disebabkan kuasa pengawasan penyelidik ke atas sampel adalah
terbatas memandangkan pembolehubah bebas berada di luar jangkauan penyelidik
dalam melakukan penilaian dan interpretasi.

Seperti dinukilkan, penyelidikan yang baik mesti melalui langkah-langkah yang telah
ditetapkan secara umum oleh sejarawan terdahulu, seperti pendefinisian masalah,
rumusan hipotesis yang perlu diuji, pengumpulan data yang sistematik, analisis
interpretasi data, membuat kritikan luaran dan dalaman terhadap sumber yang
diperolehi dan seumpamanya. Di samping mematuhi langkah-langkah tersebut faktor
etika dalam penyelidikan juga tidak boleh dipandang enteng oleh para penyelidik
supaya hasil penyelidikan yang dihasilkan bersih dan tulen tanpa sebarang campur
tangan penyelidik. Namun, syabas kita ucapkan kepada sejarawan-sejarawan yang
sentiasa bertungkus-lumus membuat penyelidikan demi penyelidikan yang menjadi
bahan rujukan masyarakat.

4.0 LANGKAH-LANGKAH MEMASTIKAN KESAHIHAN SUMBER

a) FAKTOR KESAHIHAN SUMBER PERLU DIJALANKAN:


Antara faktor yang menyebabkan aktiviti kesahihan sumber perlu dijalankan ialah
bertujuan mengelakakan pemalsuan sumber berlaku.Pemalsuan sumber disini bukan
sahaja bermaksud mengadakan apa yang tiada dalam suimber yang asli bahkan
pemalsuan juga merujuk kepada sebarang penambahan atau pengurangan serta
kesilapan dalam menterjemah isi kandungan sesuatu sumber. Sekiranya berlaku
pemalsuan sumber dalam sesuatu penulisan maka natijahnya akan menimpa pelbagai
pihak sama ada dalam bentuk politik mahupun kemasyarakatan. Kesahihan sumber
dalam erti kata lain adalah bertujuan untuk memastikan fakta yang diaplikasikan dalam
sesuatu penulisan itu sentiasa benar dan layak untuk berdiri sebagai sumber sejarah.

Selain itu, aktiviti kesahihan sumber adalah perlu untuk memelihara sifat sejarah
sebagai sains. Konsep sejarah yang diasaskan oleh Bapa Pensejarahan Moden iaitu

84
Leopold von Ranke yang berbunyi seperti sebenarnya berlaku (wie es eigentlich
gewesen) telah membentukkan konsep pensejarahan yang dikenali sebagai sejarah
yang saintifik. Terdapat empat ciri yang menyebabkan sejarah adalah sains iaitu
berdasarkan penyelidikan, menunjukkan kebenaran, membantu dalam membuat
ramalan dan akhirnya perlu bersifat objektif. Oleh itu, dalam mencapai maksud untuk
menjadikan sejarah sebagai suatu bidang yang bersifat saintifik, maka aktiviti kesahihan
sumber perlu dilakukan. Sekiranya aktiviti kesahihan sumber tidak dijalankan, maka ciri
ketiga dalam empat ciri yang menyebabkan sejarah bersifat sains telah gagal
dicapai. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan R.G.Collingwood yang
mengatakan bahawa sejarah tidak dapat ditulis dengan saintifik kecuali sejarahwan
dapat menggambarkan kembali di dalam akalnya akan tindakan atau pengalaman
orang-orang yang hendak dikaji berdasarkan sumber-sumber yang mencukupi dan
benar serta asli.

Selanjutnya, kesahihan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan


sesuatu sejarah itu mampu menyumbangkan kegunaan kepada masyarakat. Empat
kegunaan utama sejarah ialah guna rekreaktif, inspiratif, instruktif dan
edukatif. Kegunaan sejarah dalam edukatif sememangnya memerlukan sesuatu
penulisan sejarah yang berlandaskan sumber yang sahih agar matlamatnya untuk
memberikan iktibar kepada masyarakat dapat dicapai. Manakala sejarah dalam
kegunaan inspiratif adalah bertujuan untuk menjadikan sesuatu tokoh atau watak dalam
sejarah sebagai inspirasi kepada generasi akan datang dan bukannya hanya sekadar
daya imaginasi penulis. Sejarah untuk kegunaan instruktif dapat membantu dalam
menyampaikan sesuatu pengetauhan tentang peristiwa silam seperti teknik pelayaran
dan startegi peperangan. Ternyata untuk mencapai maksud sejarah yang dapat
menyumbangkan kegunaan kepada masyarakat, maka aktiviti kesahihan sumber perlu
dilakukan dalam cara yang selayaknya.

b) KAEDAH PENSEJARAHAN TRADISI:


Dalam bahagian ini, saya akan mengemukan konsep dan kaedah pensejarahan yang
digunapakai oleh kebanyakan sejarahwan tradisi dalam menulis karya mereka. Untuk

85
mencapai maksud itu, saya akan menampilkan konsep dan kaedah pensejarahan yang
diaplikasikan oleh Bapa Sejarah Dunia iaitu Herodotus dan Thucydides.Sejarahwan ini
telah mengaplikasikan kaedah pemerhatian, temuduga dan rujukan terhadap bahan
bertulis dalam penulisan karya mereka. Herodotus dalam penulisannya yang berjudul
Perang Parsi telah mengunakan kaedah temuduga dalam penghasilannya.Sewaktu
beliau menulis berkenaan dengan kebangkitan Empayar Parsi, beliau telah melawat
negara tersebut beserta dengan negara-negara yang dikuasainya. Hal yang sama juga
diaplikasikan sewaktu beliau menulis tentang perang Parsi. Beliau telah
melawat Mesir,Syria, Mesopotamia, Scythia, Cyrene dan bekas medan petempuran
untuk mendapat gambaran tentang perang tersebut. Semasa melawat kawasan
tersebut, beliau juga telah mengkaji berkenaan cara hidup dan kebudayaan masyarakat
di negara tersebut. Manakala Thucydides pula telah melawat negara-negara yang
bersekutu dengan Athens serta negara yang menganggotai Liga Peloponnesia semasa
beliau hidup dalam buangan. Beliau dilihat telah mempraktikan kaedah yang telah
digunakan oleh aliran Hippocrates iaitu memerhati sendiri fenomena-fenomena yang
penting untuk mengesan sifat dan kesannya. Contohnya, beliau telah menyeledik
wabak penyakit Pus yang menimpa rakyat Athens pada tahun 430S.M. Beliau juga
telah menghadiri perhimpunan Athens yang membahaskan tentang dasar dan taktik
peperangan.

Selain itu, Herodotus dan Thucydides juga menggunakan kaedah temuduga. Herodotus
dan Thucydides mengatakan bahawa temuduga bukan sahaja merupakan cara yang
paling berkesan untuk memperoleh bukti yang asli dan benar tetapi juga dapat
memeras ingatan saksi. Herodotus memperoleh sumber oral dengan menghubungi
saksi-saksi tanpa mengira latar belakang politik mahupun sosial. Disamping itu, beliau
juga menemui ketua politik dan tentera serta paderi di pusat keagamaan yang terkenal
seperti di Dephi, Olympia, Delos dan Apollo. Di Mesir dan Babylonia, Herodotus telah
mendapat maklumat tentang adat resam, kepercayaan, sejarah dan perayaan
penduduk tempatan. Manakala Thucydides pula telah menemui para
pemimpin Athens yang berpengaruh seperti Pericles, Cleon dan Alcibiades. Thucydides

86
juga telah menemui rakan-rakan dalam angkatan tentera Athens untuk mendapatkan
maklumat tentang startegi dan taktik peperangan Liga Delos.
Sementelahan itu, Herodotus dan Thucydides juga telah menggunakan bahan-bahan
bertulis dan kesan-kesan peninggalan lama seperti babad, puisi, epik, karya geografi,
etnografi dan perubatan, dokumen kerajaan, inskripsi, batu bersurat, bangunan dan
rumah berhala dalam penulisan karya mereka. Semasa mengkaji semula sejarah awal
negara, Herodotus dan Thucydides menggunakan babad-babad yang memberi
maklumat tentang asal-usul bangsa-bangsa di Yunani, Mesir, Babylonia dan
Parsi. Tulisan seperti karya-karya Hecataeus dan tulisan pakar perubatan dari aliran
Hippocrates telah memberi keterangan kepada Herodotus dan Thucydides tentang
alam fizikal dan penyakit yang menyerang manusia. Thucydides juga menggunakan tes
Perjanjian Perdamaian Nicias pada tahun 421 S.M.

c) KAEDAH PENSEJARAHAN MODEN:


Secara mudahnya, pensejarahan moden dilihat telah dipelopori oleh Lepold von
Ranke. Beliau dilihat telah berjaya menegakkan idea Thucyidides iaitu sejarahwan perlu
bersikap kritis terhadap sumber-sumber yang digunakan bagi mewujudkan
kebenaran. Dalam teras kaedah sejarah Ranke, beliau membuat kenyataan tentang
masa dengan menggunakan petikan dari sumber-sumber utama. Menurut Ranke,
My understanding of leading ideas is simply that they are the
dominant tendencies in each century. These tendencies, however, can
only be described; they can not, in the last resort, be summed up in a
concept.
Penulisan Ranke telah menggunakan kaedah dan pendekatan yang terpisah daripada
penulisan sejarah sebelumnya. Beliau sanggup menghuraikan dan mendedahkan
lunas-lunas yang mendukung pendekatannya kepada sejarah melalui buku sulungnya,
Histories of the Latin and Germanic Nations from 1494-1514. Hal ini telah juga
diperjelaskan oleh Tholfsen apabila membicarakan tentang pendekatan Ranke semasa
menghasilkan Sejarah Eropah:
He exploited potentialities of historian thinking primarity through the
medium of narrative, which the fashioned into a formidable instrument of

87
analysis, enabling him not only to describe sequences of events but also
to show underlying forces and the contextsin which they operated.He
put all his emphasis on action movement change
Ranke menekankan penulisan sejarah yang berlandaskan kepada persembahan fakta-
fakta tulen demi mencapai iltizam penulisan kajian sejarah yang memaparkan kembali
kejadian masa lalu sebagaimana ia benar-benar berlaku. Hal ini membawa maksud
bahawa seseorang sejarahwan itu haruslah menulis secara tepat dan objektif. Menurut
Ranke lagi, untuk mencapai penulisan sejarah wie es eigentlich gewesen (seperti
sebenarnya berlaku) merupakan matlamat utama beliau dalam usaha mengenalpasti
dan menghuraikan asas-asas sejarah. Bagi beliau persembahan fakta-fakta adalah satu
hukum agung walaupun ianya tidak perlu ataupun tidak menarik. Sejarah menurut
Ranke juga mestilah berlandaskan bukti sahih dan bukannya daya imaginasi semata-
mata seperti mana yang dilakukan oleh penulis-penulis beraliran sastera. Untuk
mencapai maksud ini, Ranke telah mengemukakan dua pendekatan sejarah yang
cukup berpengaruh iaitu kaedah quellinkritik atau quellenforschung iaitu kaedah
penyelidikan saintifik dan penilaian krirtis terhadap sumber-sumber sejarah dan
pendekatan yang kedua ialah historicism yang menekankan nilai sikap setiap
sejarahwan dalam mengkaji sesuatu sejarah.

d) KRITIKAN SUMBER:
Kritikan sumber bermaksud proses penafsiran bukti iaitu satu ujian untuk mendapatkan
kebenaran dan bukanlah satu pendirian yang secara mental tentang sesuatu isu. Dalam
erti kata lain, kritikan sumber ialah satu proses menentukan ketulenan sesuatu sumber
melalui kajian dan penyelidikan tetapi bukan berdasarkan pengetauhan yang sedia
ada. Mengikut Marc Bloch, kritikan sunber adalah kaedah menguji kepintaran sesuatu
sumber kerana adanya kesangsian terhadap faktanya dan pendapatnya disetujui oleh
R.G.Collingwood dan kaedah itu disifatkan oleh beliau sebagai sejarah
kritikal. Kepentingan kritikan sumber adalah untuk menentukan ketulenan bukti atau
sumber, mengelakkan mendapat sumber palsu dan memperoleh maklumat dan fakta
yang tepat. Kritikan sumber ini dibahagikan kepada dua iaitu kritikan
luaran (Authenticity) dan kritikan dalaman (Credibility).

88
e) KRITIKAN LUARAN ATAU AUTHENTICITY:
Krtitikan luaran adalah usaha mengesahkan ketulenan atau keaslian sesuatu sumber
asli dari sudut luarannya. Sebelum kritikan luaran dijalankan, umur dokumen atau
sumber perlu dianggarkan terlebih dahulu. Kemudian, dua persoalan perlu dicetuskan
iaitu daripada bahan apa ia dihasilkan? dan daripada bentuk apa ia dihasilkan?. Contoh
bahan tersebut ialah pelepah kurma, kulit kayu, kulit binatang dan lain-lain
lagi. Kemudian, bahan yang digunakan akan dipastikan sama ada sezaman dengan
sumber tersebut ataupun tidak. Contohnya, dokumen yang menggunkan kertas
sebelum abad-15 adalah palsu kerana kertas hanya didapati pada abad ke-
15.Manakala bahan pula adalah seperti manuskrip, surat, jurnal dan
dokumen. Seterusnya, formatnya akan dipastikan sezaman dengan umur sumber
tersebut.

Kaedah yang digunakan dalam kritikan luaran ialah ujian kimia, ujian bahasa, ujian
tulisan tangan, ujian bahan-bahan yang digunakan. Ujian kimia adalah kajian yang
dapat menentukan umur atau tarikh sebenar sesuatu dokumen.

Ujian kimia boleh dilakukan dari segi keadaan kertas, dakwat dan cap yang
digunakan. Contohnya, manuskrip jurnal yang disimpan oleh Frank Swettanham yang
mengandungi catatan dari bulan April 1874 hingga Febuari 1876 telah disahkan
ketulenan oleh pakar dengan mengujikajikan kertas dan dakwat yang digunakan
berumur lebih kurang 100 tahun iaitu sama jangka masa antara manuskrip jurnal itu
ditulis dengan tarikh kajian dilakukan.

Ujian bahasa tuirut dilakukan bagi menentukan ketulenan sesuatu dokumen melalui
pengesahan dari segi bahasa. Gaya bahasa yang digunakan akan berubah dari segi
sudut nahu, struktur ayat, ejaan, istilah, tanda bacaan, imbuhan dari semasa ke
semasa. Seperti yang dinyatakan oleh G.J. Garraghan: Gaya tulisan Latin oleh Livy
yang bertarikh abad yang pertama tidaklah serupa dengan gaya tulisan Latin Einhard
pada abad ke-9.

89
Selain itu, bagi mengesahkan dokumen yang ditulis dengan tangan boleh dijalankan
ujian tulisan tangan. G.J.Garrahan telah menyatakan bahawa tulisan tangan merupakan
satu ciri yang tersendiri. Contohnya, dengan membandingkan tulisan tangan di Buku
Harian Hitler yang dijumpai oleh Gerd Heidemann dengan dokumen lain yang ditulis
oleh Hitler, dipastikan Buku Harian Hitler itu adalah palsu.

Ujian terhadap bahan-bahan yang digunakan turut boleh dilakukan bagi memastikan
bahan-bahan yang digunakan tidak ketinggalan zaman dengan sumber itu
dihasilkan. contohnya, Buku Harian Hitler palsu itu telah dijalankan ujikaji atas bahan-
bahan yang digunakan dan mendapati bennag-benang polyester dan bahan pelekatan
yang digunakan tidak wujud lagi pada zaman Hitler, maka disimpulkan bahawa Buku
Harian Hitler itu adalah yang dipalsukan.

f) KRITIKAN DALAMAN ATAU CREDIBILITY


Selepas kritikan luaran, ahli sejarahwan perlu lagi memastikan kemunasabahan
keterangan atau kewarasan isi kandungan sesuatu sumber iaitu menjalankan kritikan
dalaman ke atas sumber itu. Ahli sejarah perlu menafsirkan isi kandungan dalam
dokumen atau sumber yang disahkan tulen. Tafsiran sumber ini adalah bersandarkan
kepada lunas-lunas kerasionalan iaitu sesuatu tindakan yang dikaji itu boleh ditafsirkan
secara rasional dari keterangan si pelaku ataui saksi dengan menanyakan persoalan
siapa, bila dan mana. Sesuatu yang bertentangan dengan hukum alam tidak harus
dipercayai seperti unsur mitos, lagenda dan dongeng. Seterusnya, apabila wujud dua
bukti yang bercanggah, ahli sejarah perlu membuat keputusan tentang mana yang perlu
diterima, yang mana perlu ditolak berdasarkan penilaian secara menyeluruh dan
seimbang semua bukti yang wujud.

g) CONTOH KRITIKAN SUMBER YANG PERNAH DILAKUKAN:


Pada awal tahun 1983, Stern, sebuah majalah Jerman mengumumkan Buku Harian
Hitler telah dijumpai oleh Gerd Heidemann. Buku Harian yang dikatakan mengandungi
tulisan tangan Hitler telah menimbulkan kesangsian kepada seorang sejarahwan yang

90
bernama Ver Since David. Beliau menimbulkan dua persoalan iaitu mengapa Stern
mengatakan bahawa Hitler dapat menulis di dalam diarinya tanpa sebarang perubahan
pada bentuk tulisannya pada 20 Julai 1944 sedangkan pada tarikh yang sama, Hitler
terpaksa berjabat tangan dengan tangan kiri iaitu selepas berlakunya peistiwa
bom?. Kedua, mengapa di dalam dokumen itu juga bersama Buku Harian Hitler wujud
pertentangan yang mempunyai kepala surat dan pantun yang palsu?. Hal ini telah
menyebabkan pakar-pakar dari Arkib Persekutuan Jerman Barat menjalankan ujian
kimia ke atas bahan-bahan yang digunakan seperti dakwat, kertas, bahan penjilidan
dan pelekat dan akhirnya didapati Buku Harian Hitler itu adalah palsu.

Selain itu, di Eropah, dokumen Donation of Constantine telah dikatakan dikeluarkan


atas nama Maharaja Constantine oleh seorang paderi Rom pada abad ke-8 bagi
mengukuhkan suatu teori gereja iaitu paus-paus agama Katolik mempunyai hak yang
meluas terhadap tanah di Eropah. Pada abad ke-14, Lorenzo Valla telah
mengungkitkan kesahihan dokumen itu. Beliau telah mempersoalkan beberapa perkara
iaitu beliau berpendapat adalah tidak munasabah dokumen itu dijumpai di Decretum
dan beliau juga tidak percaya bahawa Maharaja Constantine sanggup memberikan
empayarnya kepada paus-paus sementara hal itu ditentang oleh anak, keluarga dan
rakan-rakannya. Lorenzo Valla mempersoalkan adakah relevan Maharaja Constantine
bertinda sedemikian rupa.Maka Lorenzo Valla terus mengkaji dan mendapati mustahil
dokumen itu ditulis pada abad ke-4 iaitu semasa zaman pemerintahan Maharaja
Constantine sedankan format dan isi kandungannya dilihat sudah ketinggalan
zaman. Justeru itu, dokumen itu akhirnya dianggap sebagai dokumen palsu.

91
4.1 KESIMPULAN

Jelasnya, aktiviti kesahihan sumber sememangnya perlu dilakukan dalam setiap


penulisan dan pengkajian bidang sejarah. Hal ini kerana, dengan melakukan kesahihan
sumber dan kritikan sumber itu, maka ahli sejarah dapat menghindarkan hasil penulisan
dan penyelidikan mereka daripada sebarang unsur pemalsuan sumber.Perkara ini
sememangnya perlu untuk menjadikan sejarah sebuah bidang yang bersifat ilmiah dan
siantifik. Hal ini selari dengan konsep yang dipegang oleh Bapa Pensejarahan Moden
iaitu Leopold von Ranke iaitu wie es eigentlich gewesen (seperti sebenarnya berlaku).

92
5.0 KESIMPULAN

Ramai dikalangan ahli sejarah mengenali sumber-sumber sejarah tetapi sukar untuk
melakukan proses mentafsir sumber-sumber sejarah dengan baik dan sistematik.
Perkara ini berlaku disebabkan ahli sejarah bebas memberikan tafsir dalam bidang
sejarah berdasarkan peristiwa-peristiwa sejarah yang dirujuk. Sekiranya perkara ini
tidak diatasi maka ramailah ahli sejarah yang akan membuat tafsiran yang salah
terhadap fakta-fakta sejarah. Tugas mentafsir sejarah oleh sejarawan memerlukan
kemahiran dan kepakaran yang tinggi supaya ahli sejarah dapat memberikan tafsiran
fakta yang tepat danmempunyai kebenaran sejarah. Dikalangan ahli sejarah yang
menjalankan penyelidikan,mereka berhadapan dengan pelbagai sumber seperti sumber
primer dan sumber sekunder. Pada tahap ini dikatakan pengetahuan ahli sejarah
tentang sumber adalah diutamakan supaya mereka dapat memilih,mengkelas dan
mengguna sumber secara sistematik. Dalam bidang penyelidikan sejarah kebanyakkan
ahli sejarah memberikan tumpuan ke atas kajian terhadap sumber primer dan sumber
sekunder. Namun demikian kepentingan sumber visual dan sumber internet dalam
bidang ilmu sejarah tidak boleh diketepikan kerana kedua-dua sumber itu memainkan
peranan yang sama penting dengan sumber primer dan sumber sekunder. Pada
dasarnya sumber visual pun banyak membantu ahlisejarah untuk menterjemahkan
peristiwa-peristiwa sejarah yangerlaku pada masa lampau seperti memberi gambaran
yang tepat terhadap keterangan tokoh-tokoh yang tidak pernah dilihat dan dibuktikan.

93
6.0 RUJUKAN

R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican, 1985.

Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997,

Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan
Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan mentafsir sumber sejarah:

Ahmad Fawzi bin Mohd Basri, Sejarah Tingkatan 1:Buku Teks: Dewan Bahasa dan
Pustaka 2002

94
7.1 REFLEKSI
NORZAI SHAHIDA BT KAMARUDIN

821202-05-5420

PPISMP SEM 1 BAHASA MELAYU AMBILAN KHAS GSTT

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih memberi ruang untuk saya bernafas
sepanjang melakukan tugasan kerja kursus pendek (kkp) bagi mata pelajaran
Sejarah,Pengantar Sejarah ini, pelbagai halangan dan rintagan telah saya tempuhi.
Antaranya, saya menghadapi masalah kekurangan masa. Ini kerana semua tugasan
termasuk matapelajaran-matapelajaran lain telah diberikan kepada kami pada waktu
yang sama. Segala tugasan yang dilakukan telah disiapkan dalam keadaan tergopoh-
gapah. Ini adalah kerana pembahagian masa dan komitmen saya antara belajar dan
komitmen saya pada keluarga amat memberi kesan kepada saya untuk menyiapkan
tugasan ini.

Pelbagai cara dan kaedah saya lakukan bagi menyelesaikan masalah ini. Atas
dorongan dan bimbingan pensyarah Pn.Siti Fatihahbt Abdullah, tugasan ini telah
berjaya dilaksanakan dengan lancar atas penerangannya sepanjang waktu
pembelajaran di dalam kelas. Di situ, saya mengambil kesempatan untuk mengajukan
pelbagai masalah yang telah saya hadapi. Selain daripada itu, ucapan terima kasih
yang tidak terhingga juga ingin saya rakamkan kepada rakan-rakan atas kesudian
meluangkan sedikit masa bagi melakukan perbincangan berkumpulan bagi
memantapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pihak Institut atas menyediakan
rangkaian internat tanpa wayar. Ini telah membantu saya untuk berusaha mencari
maklumat.

Dengan siapnya tugasan ini saya telah sedar bahawa apa sahaja yang saya lakukan ini
adalah untuk masa depan saya dan anak-anak. Saya perlu melakukannya dengan
seikhlas hati kerana inilah masa depan saya dan saya perlu menghargai apa sahaja
yang telah diberikan kepada saya kerana tidak mudah peluang ini diberikan kepada

95
seseorang. Saya mengharapkan diri saya agar sentiasa belajar daripada kesilapan dan
pengalaman tentang bagaimana untuk menghadapi masalah yang mendatang.
NORSAADAH BINTI LOKMAN
830321-05-5364
PPISMP SEM 1 BAHASA MELAYU AMBILAN KHAS GSTT
Alhamdulillah, akhirnya tugasan ini dapat juga disiapkan walaupun menghadapi
pelbagai rintangan, halangan dan masalah yang ditempuhi. Pada awalan menerima
tugasan ini, terlalu banyak masalah yang dihadapi, antaranya ialah kesukaran mencari
maklumat berkaitan tugasan sejarah yang diberikan.

Bukan itu sahaja, antara kekangan lain yang dihadapi, ialah tarikh serahan tugasan
yang diberikan dengan tugasan-tugasan lain, mempunyai tarikh yang sama atau tarikh
yang hampir, ini menyebabkan pelbagai tugasan yang perlu dihantar dahulu bercelaru.

Selain itu, masa atau tempoh menyiapkan tugasan agak terhad, memandangkan saya
terpaksa berulang-alik dari rumah (Kuala Pilah) ke Institut Pendidikan Guru Kampus
Raja Melewar (Seremban) yang mengambil masa 1jam perjalanan, dan ditambah pula
dengan situasi yang mempunyai anak kecil (berusia 2bulan), sering meragam serta
menyusu badan, membuatkan saya mengalami tekanan ketika ingin menyiapkan
tugasan ini.

Mujur ada rakan-rakan, ibu bapa dan suami yang memahami serta rakan-rakan yang
banyak berkongsi maklumat dan pandangan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan
oleh Pn Siti Fateha bt Abdullah. Setelah bahan-bahan tugasan diperolehi, terdapat
masalah lain pula yang timbul, apabila maklumat yang diperolehi agak mengelirukan
dan sukar difahami dan bukan semua bahan yang diperolehi boleh digunakan
menyebabkan saya terpaksa membuat berkali-kali carian agar menemui bahan yang
benar-benar diperolehi memenuhi kriteria yang diperlukan.

Semasa proses membuat tugasan ini (setelah bahan diperolehi), saya menghadapi
kekangan yang lebih besar lagi, apabila anak sering meragam dan menyebabkan

96
banyak masa yang boleh dimanfaatkan untuk membuat tugasan terpaksa diambil untuk
menguruskan anak, sehingga ada satu masa, saya terpaksa menaip tugasan sambil
menyusukan anak.

Tetapi, setelah bertungkus lumus, akhirnya tugasan ini dapat juga disiapkan.
Alhamdulillah, terasa lega dan hilang sedikit bebanan dalam menyiapkan tugsan yang
diberikan.

97
ROBBYATUL KHADZEELAH BTE MOHAMED KHAIR
840411-05-5412
PPISMP SEM 1 BAHASA MELAYU AMBILAN KHAS GSTT
Sepanjang melakukan tugasan kerja kursus pendek (kkp) bagi mata pelajaran sejarah,
pelbagai halangan dan rintangan telah saya tempuhi. Antaranya, saya menghadapi
masalah kekurangan masa dimana saya masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri
dalam pembelajaran disini dari segi masa belajar yang panjang dan kegiatan
kokurikulum yang diwajibkan kepada setiap pelajar .Pada awalannya saya dihantui
perasaan terkejut , risau , runsing , keliru dan sedih yang sentiasa bermain-main
difikiran apabila tugasan-tugasan untuk setiap matapelajaran yang diambil , diberi oleh
pensyarah pada waktu dan minggu yang sama.Tidak tahu mana satu tugasan hendak
dimulakan dahulu kerana tarikh hantar setiap tugasan juga berdekatan .Perasaan risau
sering menghantui dan diselit pula dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan .

Walaupun tugasan ini dibuat secara berkumpulan namun masing-masing mempunyai


masalah masing-masing dan sukar juga untuk membuat perbincangan. Selain itu masa
kami untuk berbincang tersukat kerana terlalu banyak tugasan kumpulan yang
memerlukan perbincangan.Secara peribadinya saya amat risau akan tugasan sejarah
ini kerana banyak rujukan yang perlu kami buat bagi memastikan tugasan ini
sempurna .Tetapi kerana sokongan rakan-rakan kumpulan yang tidak henti-henti
memberi nasihat dan perkongsian ilmu Alhamdulillah masalah ini dapat kami atasi.

Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan bahan rujukan dan sumber. Ini
kerana, dengan masa yang suntuk, ia telah menghadkan perjalanan saya untuk
berkunjung ke perpustakaan bagi mencari sumber dan bahan rujukan.Semua perasaan
mula hilang satu persatu setelah tugasan pertama dibuat bersama-sama rakan
seperjuangan . Semangat yang berkobar tiba - tiba datang ketika membuat tugasan .
Saya juga mula belajar untuk menyusun masa dan belajar untuk tidur lambat .
Perkongsian ilmu dan maklumat yang dikongsi bersama-sama rakan-rakan amat
membantu dan serba sedikit mengurangkan bebanan.

98
Akhirnya, Alhamdullilah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
atas limpah dan kurniaNya, memberi saya kekuatan sepanjang melakukan tugasan ini,
sekaligus dapat menyelesaikan segala masalah yang telah saya hadapi dengan
jayanya . Atas dorongan dan bimbingan pensyarah Pn Siti Fatehah , tugasan ini telah
berjaya dilaksanakan dengan mengambil penerangannya sepanjang waktu
pembelajaran di dalam kelas. Selain itu saya juga membuat perbandingan dengan
tugasan bagi matapelajaran yang lain . Sedikit sebanyak boleh digunakan dalam
tugasan ini.

Seribu penghargaan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terbabit yang
banyak membantu dalam menyelesaikan tugasan ini iaitu kepada Pensyarah Pn Siti
Fatehah , kepada ahli keluarga terutama buat suami Mohd Nor Fazrin yang sangat
memahami dan memberi bantuan dari segi kewangan dan nasihat . Akhir sekali buat
rakan-rakan satu unit yang sama-sama berkongsi ilmu.Tidak lupa juga kepada pihak
Institut atas menyediakan rangkaian internat tanpa wayar. Ini telah membantu saya
untuk berusaha mencari maklumat .

Jadi, secara tuntasnya dengan tugasan yang diberikan, saya mengharapkan kepada
diri saya sendiri agar sentiasa belajar daripada pengalaman tentang bagaimana untuk
menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan tenang dan tanpa beremosi. Tugasan ini
telah menguji kecekapan saya dalam mengemukakan fakta, buah fikiran dan
pandangan dengan menggunakan bahasa yang tepat, tersusun dan kemas. Segala
pengetahuan yang saya peroleh dari tugasan ini akan cuba saya aplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang akan saya hadapi pada masa depan kelak.
Insyaallah. Sekian, terima kasih.

99

Anda mungkin juga menyukai