Anda di halaman 1dari 13

Guru Sebagai Agen Pembentukan Akhlak Dan Moral Pelajar :

Bagaimana Melaksanakannya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah

Pemasalahan akhlak masa kini menjadi semakin ketara di kalangan pelajar sekolah.
Sering terjadi pelajar terlibat dengan dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran di
tempat hiburan dan pasaraya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas
keluarga di dalam pembentukan akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah
Pendidikan Negara dan melalui penerapan nilai dalam KBSM.Sejak kebelakangan ini,
apabila orang berbicara dan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu
moral di kalangan pelajar atau remaja dibicarakan sebagai satu topik besar. Kalau
pada suatu masa dahulu, zaman sebelum perluasan pengaruh media komunikasi,
terutama sebelum meluasnya pengaruh media elektronik, sedikit sangat orang
yang berbicara dan mempersoal tentang moral. Malah pada zaman itu para
pemimpin, cendiakawan atau orang biasa banyak yang berbicara tentang kepasifan
pelajar-pelajar dan remaja kita. Pelajar-pelajar kita dikatakan kaku dan tidak berani
tampil ke hadapan berhujah untuk membentangkan pendapat. Pelajar-pelajar kita
gagal berkomunikasi dengan baik. Dengan kata lain, pelajar kita tidak agresif dan
berani seperti sekarang.Tetapi keadaan masa kini sudah jauh berubah. Pelajar-
pelajar dan remaja kita sudah menerjah keluar daripada kepompong kepasifan yang
membelenggukan. Era baru dalam pembentukan sahsiah golongan ini terpapar di
hadapan mata kita. Era baru sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang
dulunya pasif, malangnya bukan berubah atau bertukar menjadi manusia yang aktif
malah memaparkan model kerosakan dan keruntuhan moral yang semakin menjadi-
jadi sehingga mengancam masa depan Negara.Di manakah silapnya? Salahkah para
guru mengasuh dan mendidik benih-benih muda ini? Atau apakah Dasar Pendidikan
Negara tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berpengaruh dan
berkesan sehingga dapat mengubah halatuju dan pendirian serta sikap para pelajar
atau remaja kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan menjadi
sebab akibat menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan
jika tidak dibendung secepat mungkin.Tetapi sebelum kita berbicara lebih lanjut
tentang salah silap yang berada di mana-mana, yang memungkinkan berlakunya
kerosakan dan keruntuhan moral, elok kita menyelak sejenak dan menghayati
Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi para pendidik dalam
menghadapi tugas seharian mereka.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.2.0 Moral dan
Akhlak: Latarbelakang IsuSistem Pendidikan Negara sekarang boleh dikatakan
terbaik dan mungkin ia diakui oleh dunia. Walupun wujud sistem dualisme dalam
pendidikan kita namun kelihatan semacam kesepaduan antara ilmu naqliah dan
aqliah. Sistem pendidikan masih menekankan pendidkan moral, nailai dan aqidah
melalui Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan penerapan nilai-nilai murni
dalam pengajaran. Untuk menjayakan pendidikan moral dan nilai dalam sistem
pendidikan negara kita, setiap orang harus berusaha ke arah memperbaiki
kerosakan dan keruntuhan akhlak yang menjadi-jadi, di samping terus menerapkan
nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan tuntutan agama.Isu keruntuhan akhlak
telah menjadi perbincanagn hangat di kalangan masyarakat sekaramg. Isu ini telah
dibincangkan di semua peringkat masyarakat, dari kedai kopi, kaki-kaki lima,
sekolah, IPT hatta di Dewan Negeri dan Parlimen. Ini menunjukkan betapa seriusnya
masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta betapa pentingnya masalah
keruntuhan ini ditangani dengan sebaik-naiknya agar ia tidak menjadi lebih
parah.Keruntuhan akhlak telah berlaku di kalangan pemimpin peringkat atasan
dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, minum arak dan
berpoya-poya. Gejala ini juga terdapat di kalangan remaja seperti pergaulan bebas,
bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan dan lain-lain lagi. Selain itu, keruntuhan
moral di kalangan masyarakat dapat juga dilihat dalam bentuk putusnya hubungan
kekeluargaan, hilangnya rasa kasih sayang serta wujudnya sikap pulau memulau
dan benci membenci terutama di kalangan masyarakat Islam.Gejala keruntuhan
akhlak pada umumnya adalah disebabkan oleh kealpaan dan kelalaian masa
lampau tentang betapa pentingnya Pendidikan Akhlak Islam di ajar, disemai dan
disuburkan dalam diri anak-anak kita. Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhan
akhlak ummah dan moral masyarakat telah diberi perhatian yang serius oleh
kerajaan. Pada hari ini, beberapa program telah dilancarkan yang bertujuan
melahirkan rakyat berakhlak dan bermoral tinggi.3.0 Konsep Moral dan
AkhlakSecara kasar dan pada laras bahasa yang biasa kedua-dua istilah di atas
menampakkan maksud yang sama. Kedua-dua membawa maksud perlakuan atau
tingkah laku yang baik. Walau bagaimanapun kalau dihalusi akan terserlah
perbezaannya.Menurut T.Iskandar (1970) dalam Kamus Dewan mengatakan moral
adalah sesuatu yang berkaitan dengan apa yang betul dan adil. Moral bermaksud
perlakuan baik mengikut norma, peraturan dan ketetapan yang dibuat dan
dipersetujui oleh satu komuniti manusia. Pengertian ini betul untuk komuniti
tersebut, masa tersebut dan lingkungan yang tertentu sahaja. Dengan keadaan
yang lain persetujuan tersebut mungkin tidak berlaku. Dengan kata lain moral
walaupun baik dan betul tetapi tidak universal. Kebiasaannya moral lebih
menekankan perhubungan yang harmoni di antara manusia sesama manusia
(disiplin-disiplin kemanusiaan) dan hubungan yang harmoni di antara manusia
dengan alam sekitar (disiplin-disiplin sains tabii). Moral menekankan kepentingan
dan keselesaan individu serta masyarakat tetapi bersifat peribadi. Moral tidak
membenarkan berlakunya krisis atau pertentangan peribadi. Oleh sebab itulah nilai
moral biasanya tidak dikaitkan dengan Maha Pencipta atau dengan soal-soal
metafizik.Kolhbeg (1981) dalam menghuraikan perkembangan prinsip asas moral
memberi penegasan seperti berikut:..the main factors which have been shown to
correlate with the development of a principled, predictable morality are intelligence,
moral knowledge (that is, knowledge of the rules of a society) the tendency to
anticipate future events, the ability to maintain focused attention, thecapacity to
control unsocialised fantasies, and self-esteem.Goleman (1995) telah memberikan
konsep baru tentang emotional intelligence (EI) atau kecerdasan emosi yang
boleh dikaitkan dengan amalan nilai dan moral individu yang boleh berjaya dalam
kehidupan sejagat atau global village.Moral berbeza dangan akhlak dari segi
sumber yang menentukan sesuatu perlakuan yang baik. Sesungguhnya akhlak
bersumberkan wahyu, iaitu hubungan dengan Maha Pencipta.Firman Allah S.W.T.
yang bermaksud ;Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berakhlak
mulia.Dalam hal yang sama Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya
Sesungguhnya aku diutuskan demi menyempurnakan akhlak. Aishah pernah
ditanya tentang akhlak Nabi SAW maka dia menjawab; Akhlaknya adalah Al-
Quran.Menurut Abdul Raof Dalip (1986), akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan
tatatertib, maruah dan merangkum seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan
daripada dorongan batiniah di dalam diri manusia. Ini bermaksud akhlak berakar
umbi daripada sifat kerohanian yang suci. Dengan ini jelaslah bahawa akhlak
bersumberkan wahyu daripada Maha Pencipta. Justeru, pendidikan akhlak akan
membawa insan semakin dekat dengan Penciptanya.Persoalan akhlak dan moral
ada kaitannya dengan iman. Orang yang beriman kepada Allah ialah orang yang
sentiasa takut untuk melakukan perbuatan yang terlarang di samping mengerjakan
yang disuruh Allah. Iman ini harus dimiliki dan menjadi benteng penghalang
pengaruh-pengaruh negatif. Orang yang beriman ialah orang yang berakhlak mulia
( bermoral dan memiliki nilai murni ), orang yang sentiasa melakukan yang baik dan
menjauhi dosa iaitu tidak melakukan perbuatan negatif yang bertentangan dengan
norma-norma masyarakat.Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian yang serius, maka
pembentukan moral dan insan yang murni akhlak tidak akan berhasil. Walaupun
kita berjaya melahirkan manusia berilmu tinggi namun tanpa disertai pendidikan
moral dan akhlak, kita juga akan melahirkan insan yang akan menjadi perompak,
perogol, pembunuh dan penjenayah yang lain di kalangan orang yang berijazah
atau berpendidikan tinggi.4.0 Moral dan Akhlak Dalam Sistem Pendidikan di
Malaysia. Matlamat pendidikan di Malaysia yang asalnya adalah rujukan daripada
barat telah diubahsuai kepada konsep pendidikan bersepadu. Kurikulum pendidikan
barat yang diasaskan daripada falsafah humanisme menekankan keharmonian dan
keseimbangan di antara manusia dengan manusia, dan di antara manusia dengan
alam sekitar. Kedua-dua hubungan ini adalah perlu dan baik tetapi ia masih berkisar
dan bertitiktolak pada ilmu akal. Mana mungkin ilmu akal semata-mata dapat
memahami hukum alam yang dicipta oleh Maha Pencipta. Justeru, untuk lebih
memahami hukum-hukum alam yang dicipta oleh Tuhan, maka satu lagi dimensi
yang paling penting perlu dimasukkan iaitu hubungan manusia dan alam sekitar
dengan Maha Pencipta. Bagi hubungan dengan Maha Pencipta mestilah dirujuk
kepada ilmu wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan wujudnya kurikulum tiga
dimensi ini, maka ia bolehlah dikatakan sebagai kurikulum
bersepadu.Pengubahsuaian kepada bidang-bidang matlamat pendidikan perlu
dilakukan agar ia bersesuaian dengan konsep bersepadu. Pengubahsuaian ini boleh
dilihat dalam rajah 1 yang ditunjukkan di bawah.KognitifAqidah Akhlak Nilai Murni
AfektifPsikomorRajah 1 : Kesepaduan ilmu Akal dan +ilmu WahyuMatlamat
Pendidikan mestilah dimulakan dengan kekuatan aqidah. Kemurnian aqidah akan
menjelmakan akhlak yang baik. Dari akhlak yang baik ini akan terpancarlah nilai
murni yang akan dimanifestasikan oleh tingkah laku yang baik. Dan seterusnya
dihayati dalam bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh yang demikian,
matlamat pendidikan akan tercapai iaitu dapat melahirkan pelajar yang berintelek,
berakhlak dan bertaqwa.Bagaimana mengaplikasikan konsep sepadu dalam
pengajaran dan pembelajaran? Pengajaran menurut tradisi barat adalah bersifat
sekular. Terdapat beberapa model atau pendekatan pengajaran seperti pendidikan
kognitif, pendekatan aktiviti-aktiviti motivasi dan jaya diri, pendekatan pembinaan
tingkah laku, pendekatan interaksi sosial dan pendekataan penggunaan ilmu. Guru
boleh memilih mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat pendidikan
yang telah ditentukan. Kelima-lima pendekatan ini hanyalah mencakupi ilmu akal..
Ilmu akal mempunyai had dan batasan tertentu. Kekangan ini akan menyebabkan
kita gagal memahami ilmu dengan sebenarnya. Oleh yang demikian setiap
pendekatan atau model pengajaran yang disebutkan di atas mestilah disasarkan
kepada konsep-konsep ilmu wahyu. Ini dapat ditunjukkan oelh rajah 2 di
bawah.Kognitif Motivasi & Tingkah Interaksi PenggunaanJaya Diri Laku Sosial IlmuAl-
Guran Konsep Konsep Konsep KonsepAs-Sunnah Insan Fitrah Keseimbangan
IbadahMODEL (Nilai Murni)AkhlakAqidahRajah 2 Menunjukkan Kesepaduan Dalam
Pendidikan PengajaranSetiap pendekatan pengajaran mestilah dimulakan dengan
aqidah. Seterusnya dikembangkan ke dalam akhlak dan moral. Nilai-nilai moral ini
dihayati ke dalam konsep-konsep daripada ilmu wahyu iaitu konsep insan, konsep
fitrah, konsep keseimbangan dalam hukum-hukum Allah swt dan konsep ibadah.
Konsep-konsep daripada ilmu wahyu ini seterusnya disepadukan dan dihayati ke
dalam kelima-lima pendekatan pengajaran yang akan digunakan iaitu kognitif,
motivasi dan jaya diri, tingkahlaku, interaksi sosial dan penggunaan ilmu.Apakah
tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan? Untuk memastikan matlamat
pendidikan tercapai seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Wawasan 2020, maka: Kepentingan manusia (insan) mestilah
lebih utama dan istimewa daripada kepentingan ekonomi, sains, teknologi dan
industri. Nilai dan harga diri manusia mesti berada pada tempat yang tertinggi.
Dengan cara yang demikian, nilai dan moral dapat dilaksanakan dalam pendidikan
negara. Untuk memastikan wujudnya acuan Malaysia yang berasaskan nilai, guru
dan para pemikir hendaklah bersedia untuk mengubah suai dan menilai semula
seluruh komponen pendidikan supaya benar-benar mengikut nilai, sejarah, budaya,
agama dan tamadun bangsa kita. Kita perlu kembali kepada sumber wahyu yang
hakiki dan benar untuk rujukan nilai kerana niali-nilai ciptaan manusia adalah
bersifat subjektif dan tidak universal. Dalam konteks ini konsep bersepadu adalah
yang paling sesuai diterapkan. Pembinaan acuan Malaysia yang berasaskan moral
dan nilai perlulah dimulakan dengan anjakan paradigma terhadap konsep dan
falsafah ilmu. Kalau dulunya kita bertunjangkan barat dan kini sudah sampai
masanya kita kembali kepada ilmu yang bersifat sepadu di antara ilmu akal dan
ilmu wahyu. Usaha untuk membina acuan Malaysia dengan fokus pembangunan
manusia sebagai agenda istimewa perlulah dilaksanakan serentak dengan konsep
pembinaaan masyarakat madani. Ini bermaksud persoalan moral, nilai dan manusia
mestilah selari dengan konsep Ad-Din sebagai satu cara hidup. Ini bermakna setiap
aktiviti kemajuan negara sama ada pendidikan, ekonomi, pengurusan,,
perundangan, politik, kesenian dan sebagainya mestilah dilaksanakan secara
bersepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu. Inilah asas atau teras pembinaan
acuan Malaysia.Penekanan kepada moral dan nilai direalisasikan dengan
menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib,
dan selaras dengan wawasan 2020 di mana diharapkan masyarakat Malaysia dalam
abad ke-21 akan mempunyai warga yang bukan sahaja mampu berdaya saing
dalam Negara perindustrian, juga menekankan penerapan nilai-nilai murni melalui
pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk kurikulum tersirat, iaitu
kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku di sekolah, yang diharapkan
menghasilkan budaya sekolah yang beretika.Sebenarnya jika dikaji dengan teliti,
pendidikan nilai ini mendasari falsafah pendidikan Negara kita kerana matlamat FPN
adalah untuk menghasilkan insan yang seimbang dari semua aspek iaitu aspek
emosi, intelek, rohani dan jasmani. Tanpa memasukkan program pendidikan nilai
dalam kurikulum, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dari semua segi
tidak akan berhasil. Hanya penerapan nilai dan pendidikan moral sahaja yang
mampu mendidik dan membentuk individu menjadi seorang yang benar-benar
rasional, amanah, bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat mulia
yang lain yang dipersetujui masyarakat.Di antaranya, Taylor (1961) mengemukakan
pandangan bahawa nilai adalah darjah dan peraturan yang secara tergabung
membina cara hidup manusia. Nilai menggariskan iadea-idea dan matlamat-
matlamat hidup. Nilai adalah darjah normative dan peraturan kerana ia menjadi
asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran manusia semasa ia menjadi asas
pegangan yang mempengaruhi pemikiran mnusia semasa membuat pertimbangan
dalam menentukan cara dan gaya bertindak serta bertingkahlaku sebaik-baiknya
untuk mengekalkan kesejahteraan dirinya (dalam Sufean Hussin, 1989).Mengikut
seorang penulis lain dari India, Radharkaman Mukerjee (1965), beliau menyatakan
bahawa nilai terbit daripada keinginan dan motif yang dibentuk serta diperakukan
oleh budaya dan masyarakat. Nilai mengikat indidividu secara halus dan senyap.
Bagi Allporrt (1961) pula, beliau menyebut bahawa nilai ialah kepercayaan yang
mengakibatkan manusia memilih sesuatu tingkah laku. Wiliams (1968),
mentafsirkan nilai sebagai apa saja yang dipegang oleh seseorang yang menjadi
kriteria untuk membuat keputusan bagi memilih tingkah laku dalam angka
mencapai hasrat dan keinginan.Model Pendidikan Nilai 3KModel ini dikemukakan
berasaskan kepada anggapan dan keyakinan bahawa ;I(a) Manusia terbina dari tiga
komponen iaitu akal, roh dan jasad (Al Ghazali (1967) Maslow,A.H. (1954),
Taylor,P.W.(1961), Fathi Yakan (1988).(b) Penerapan nialai adalah satu proses yang
berjalan secara tabie (Abdullah,N.U.(1988), Ismail Jusoh, (1993).(c) Manusia harus
mengenali dirinya dan hubungannya dengan sistem alam dan Pencipta alam (Al
Ghazali (1967), A.A.Maududi (1984). Dengan andaian dan kesedaran di atas maka
model penerapan nilai digambarkan seperti berikut (Rajah 3) .NILAI MURNIINSAN
SEIMBANGTAAT DAN PATUHKEPERCAYAAN KEPADA TUHANPENERAPAN
KEFAHAMAN,KESEDARAN DAN KEYAKINAN (3K)TOPIK PELAJARANRajah 3Model
Penerapan Nilai 3KRajah 3 di atas menunjukkan fasa-fasa yang harus berlaku atau
diwujudkan dalam proses penerapan nilai. Individu yang menghayati niali-nilai
murni akan terbina sekiranya pendidikan yang dijalani itu melibatkan ketiga-tiga
bidang iaitu akal, roh dan jasad. Dalam model 3K di atas, penerapan nilai secara
langsung boleh dilaksanakan melalui mata pelajaran yang diajar dalam kelas (Ismail
Jusoh, 1993). Ia boleh dilakukan semasa membuat rumusan atau penutup
pengajaran.Guru boleh mengaitkan isi pelajaran geografi, apabila belajar tentang
tajuk kejadian hujan, kondensasi, proses sejatan, tekanan rendah dan tekanan
tinggi dan sebagainya. Proses-proses tersebut tidak berlaku secara kebetulan.
Semua kejadian ada Pencipta dan Penguasanya. Begitu juga dalam pelajaran
Biologi, pelajaran mengenai sel, menunjukkan kekuasaan Tuhan. Sel yang seni itu
mustahil wujud dengan sendiri tanpa ada sebab dan akibat disebaliknya. Tindak
blas yang berlaku dalam sel tidak mungkin terjadi tanpa ada kawalan. Siapakah
yang mengawalnya? Hakikat inlah yang patut ditonjolkan dalam pengajaran dalam
rangka memberi kesedaran, kefahaman dan keyakinan (3K) kepada pelajar supaya
mereka dapat menginsafi kewujudan Tuhan.Proses penerapan nilai melalui model ini
boleh dilaksanakan secara langsung atau secara tidak langsung. Secara langsung,
guru boleh menghubungkan terus isi pelajaran dengan nilai kepercayaan kepada
Tuhan yang mana dengan nilai ini akan tersemai nilai-nilai murni yang dihajati
seperti kerjasama, jujur, bersikap positif dan lain-lain seperti yang tersurat dalam
Falsafah Pendidikan Negara.. Proses penerapan ini bukan terhad kepada jangka
masa tertentu (semasa pelajar berada di alam persekolahan), bahkan ianya berjalan
sepanjang hayat dan di setiap tempat. Proses ini juga bergantung kepada
persekitaran, iaitu yang terdiri daripada keluarga, pendidik, masyarakat, media dan
rakan sebaya. Jadi, penerapan nilai yang berkesan hanya terhasil jika terdapat
persekitaran yang positif.Falsafah Moral dan Tingkah LakuFalsaafh yang relevan
kepada profesion keguruan dan perkembangan pendidikan di negara ini ialah
falsafah moral dan tingkah laku. Falsafah ini memerlukan peranan positif dan
konstruktif profesion keguruan ke arah membina moral dan tingkah laku pelajar.
Guru yang baik perlu mempunyai komitmen moral yang tinggi dan menjadikan diri
mereka teladan yang baik kepada pelajar.Contohnya, guru tidak seharusnya
mendenda dan melarang pelajar merokok sedangkan pada masa yang sama guru
merokok di kawasan sekolah dan di mana-mana sahaja.Falsafah moral dan tingkah
laku juga mendasari perkembangan pendidikan, perkembangan profesion keguruan
dan perkembangan institusi sekolah. Bagaimanapun, pengaruh lain seprti agama,
budaya, etika, pemodenan, sekularisme, dasar dan peraturan sekolah seringkali
menimbulkan konflik dan percanggahan dari segi falsafah moral dan tingkah laku.
Oleh sebab itu, pengajaran dan pembelajarn di sekolah sering kali berhadapan
dengan isu kontroversi dan menyulitkan peranan guru serta peranan sekolah
menangani krisis yang berlaku dalam masyarakat.Ideologi buku teks yang
digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia begitu kuat dipengaruhi oelh aliran
falsafah moral dan tingkah laku bagi tujuan mengawal tindakan dan tingkah laku
golongan muda. Pada masa yang sama terdapat unsur-unsur pemodenan dan
revolusi moral dan tingkah laku yang menyebabkan berlakunya tingkah laku baharu
iaitu agresif, konfrontasi, kecenderungan untuk mencabar dan mengkritik dan
sebagainya.Falsafah moral dapat menolak fahaman kebendaan yang menguasai
masyarakat dan memberikan kesan tertentu kepada dunia pendidikan dan profesion
keguruan. Bersifat kebendaan memanglah penting dalam kehidupan, terutama isu
kemiskinan dan kemunduran dalam masyarakat Malaysia yang masih begitu kuat
menghalang berlakunya perubahan dan menjejaskan kualiti pendidikan golongan
miskin. Semangat berusaha kuat untuk mencapai perubahan perlu ditanamkan
kepada anak-anak golongan miskin supaya kemajuan kebendaan dapat membantu
dan membentuk mereka mencapai kehidupan yang lebih baik dan menyediakan
peluang pelajaran dan kemudahan belajar di rumah yang mendorong kemajuan
mereka.5.0 Guru: Agen Pembentukan Akhlak dan Moral.Guru adalah satu golongan
masyarakat yang khas. Atan Long (1980) mendefinisikan guru sebagai satu
golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan secara formal dan
bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat itu. Memang dikatakan
guru memainkan peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai
kerana ketika anak-anak berada di sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan
sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan guru dan ibu bapa sama penting dalam
pendidikan.Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak
didiknya sebagai contoh atau role model. Kalau tidak masakan ada pepatah
berbunyi Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Oleh itu, setiap guru mesti
memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti.
Apa kata kalau guru sendiri tidak dapat menjadi sebagai role model yang baik, bak
kata pepatah tadi, muridnya tentu tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik akan
menjadi lebih biadap lagi.Sebagai role model bukan mudah. Segala gerak geri,
tingkah laku dan perwatakan menjadi ikutan. Cara guru bercakap, berjalan,
berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya diperhatikan. Guru yang baik
disenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini jujur dan ikhlas, segala
tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta bimbingan yang diberikan mudah
diterima.Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada
kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam
pembentukan sahsiah dan mind set seseorang individu pada tahun-tahun formatif
anak-anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhan dan belaian kasih saying
sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka.Guru merupakan orang paling
penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anak-
anak didiknya akan berasa sekolah seperti rumah keduanya. Sekaligus suasana
yang harmonis itu dapat pula membentuk apa yang dikatakan Sekolah tanpa takut
(No fear school). Kalau dapat diwujudkan suasana seperti itu maka sudah tentu
anak-anak didik dapat memperkembangkan potensi dan mengawal emosi secara
menyeluruh dan seimbang. Dan yang pastinya suasana pembelajaran yang
sedemikian dapat membantu guru-guru atau pihak sekolah mewujudkan sekolah
penyayang.Guru juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan dan
bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuan anak-anak didiknya yang
bakal menjadi anggota masyarakat selepas tamat persekolahan, sama ada menjadi
pemimpin politik, pegawai kerajaan, ahli korporat, atau setidak-tidaknya menjadi
isteri atau suami yang berakhlak mulia.Untuk mewujudakan sekolah penyayang
atau sekolah tanpa takut, maka guru seharusnya berupaya menjadi contoh dan
teladan yang baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa,
pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-
anak didiknya. Selain itu, guru juga seharusnya menunjukkan sikap dedikasi dalam
menjalankan tugas sehariannya dan mengamalkan apa yang disampaikan kepada
anak-anak didiknya dengan penuh tanggungjawab dan beretika.Hubungan guru
dengan masyarakat juga menjadi perhatian. Selain mewujudkan sekolah penyayang
guru juga berperanan dalam mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat
setempat. Ini kerana guru telah sekian lama dikanali sebagai pemimpin kecil yang
dapat menyatupadukan masyarakat melalui jalinan mesra dalam pergaulan mereka
dengan masyarakat.Setiap guru harus komited terhadap kerjaya pendidikan,
berperibadi tinggi an bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau keturunan dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam menjayakan pendidikan
moral. Dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, anak-anak didik terdiri daripada
pelbagai keturunan dan fahaman keagamaan. Jadi dalam menangani masalah moral
atau menjayakan pendidikan moral, guru mestilah menjauhi sikap prejudis.
Keikhlasan dan kejujuran patut wujud dalam diri guru dan menampilkan pengajaran
mengikuti aspirasi Negara. Dalam hal ini guru-guru yang dedikasi dan komited
terhadap tugasnya ialah guru yang sejati, berinovatif dan kreatif.Dengan kata lain,
falsafah yang mengemudikan amalan pendidikan di sekolah ialah bahawa semua
guru merupakan guru dalam Pendidikan Moral dan Pendidikan Nilai. Lebih penting
ialah guru diperlukan menerap nilai-nilai murni, sepertimana yang dikenalpasti
sebagai nilai inti (core values) dalam pengajaran mereka masing-masing. Selain dari
itu, guru juga ialah role model, kepada pelajar mereka dan tingkahlaku guru
melambangkan keprofesionalan profesion itu.Dengan penekanan nilai di sekoah,
dan guru diharapkan melambangkan diri sebagai agen pendidikan moral di sekolah,
maka kepentingan Pendidikan Moral dan Nilai dalam profesion perguruan tidak perlu
dipersoalkan.Martabat profesion perguruan biasanya dibayangkan daripada
perspektif bagaimana seseorang guru menjalankan tugasnya iaitu membantu
peajar-pelajar mereka belajar. Tugas guru ialah menyampaikan pengetahuan kepada
pelajarnya, berbentuk isi kandungan yang ditetapkan dalam mata-mata pelajaran
tertentu. Tetapi, lebih dari itu, tugas guru ialah mendidik, dan dengan ini bermakna
membantu perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi
penguasaan ilmu tetapi juga perkembangan individu itu sendiri, pembangunan
insan pelajar itu mengikut lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat
Malaysia. Kejayaan pendidikan sukar diukur tetapi boleh dikatakan adalah
diharapkan lebih dari semata-mata pelajar mencapai dalam peperiksan awam. Yang
penting ialah sama ada guru berjaya memberi: pertama (i) pengetahuan kepada
pelajarnya dengan menanamkan nilai mencari ilmu di kalangan mereka,
menanamkan semangat pembelajaran sepanjang hayat dan kedua (ii)
membentuk peribadi mulia, manusia berilmu dan berketrampilan serta mempunyai
nilai-nilai masyarakat Malaysia, khususnya mencapai matlamat yang dimaktubkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Martabat profesion perguruan juga
dibayangkan dari perspektif bagaimana seorang guru bertindak sebagai seorang
agen moral, dan contoh moral kepada murid-murid mereka. Personaliti guru dan
nilai-nilai tersendiri yang dipamerkan melalui tingkahlakunya, mempengaruhi
peranannya sebagai agen moral dan contoh kepada murid-murid. Dalam
pengajarannya, seorang guru mungkin secara tidak langsung menerapkan nilai
tersendiri dalam situasi pengajaran dan pembalajaran melalui pemilihan isi
kandungan, prosedur dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini akan
membawa kesan yang negatif jika nilai tersendiri tidak selaras dengan nilai-nilai
murni masyarakat Malaysia, seperti yang digariskan dalam panduan penerapan nilai
murni merentasi kurikulum. Kegagalan guru untuk mempraktikkan nilai-nilai yang
seharusnya mereka terapkan kepada pelajar mereka akan merendahkan martabat
profesion itu sendiri.Profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah kepada
berbagai-bagai cabaran baharu. Setengah cabaran adalah berbentuk kebendaan,
intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baru dan isu-isu yang
berkaitan degan masalah etika. Cabaran penting profesion keguruan ialah membina
dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina
kekuatan sendiri serta menentukam masa depan yang bebas daripada berbagai-
bagai krisis sosial dan moral.Fenomena sosial seperti merokok, gangguan seksual,
pesta seks di kalangan pelajar, lari dari rumah, menagih dadah, bergaduh,
gengterisme, mencuri, membuli adalah gejala juvana dan delinkuen yang meluas di
kalangan remaja di sekolah.Masalah ini mencerminkan kelemahan sekolah dan
profesion keguruan dalam membendung dan menangani masalah sosial di sekolah.
Oleh sebab itu, timbul berbagai-bagai penulisan yang mencerminkan kelemahan
sekolah yang dikaitkan dengan masalah sosial seperti sekolah melahirkan jenayah,
sekolah tanpa roh dan watak. Pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan di
sekolah menunjukkan kelemahan peranan guru-guru di sekolah. Dengan bertambah
ramainya guru perempuan, peranan bapa di sekolah semakin lenyap. Kesan
daripada masalah ini ialah meningkatnya masalah disiplin dan sosial di kalangan
pelajar. Wawasan pembangunan dan pendidikan di sekolah tidak berkesan kerana
asas kerangka tindakan pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan.Kualiti
pendidikan yang diterima oleh pelajar-pelajar bergantung kepada kualiti pengajaran
dan ini bergantung kepada guru-guru mereka. Untuk mendapatkan kualiti
pendidikan yang sewajarnya, maka seseorang guru itu mestilah bersikap
professional. Professional bukan bermakna mendapat gaji yang lumayan tetapi ia
termasuk penetapan standard yang tinggi untuk memasuki kerjaya perguruan,
calon guru yang terbaik, persediaan dan pendidikan guru yang berkualiti,
pendidikan berterusan semasa bekerja, suasana kerja yang selesa yang cukup
dengan peralatan mengajar, peluang untuk berinteraksi dengan rakan sekerja dan
boleh membuat keputusanMohd Sani Ibrahim merumuskan bahawa guru yang
professional ialah (Rujuk rajah 4): Guru yang berilmu (content knowledge)o Ilmu
yang berkaitan isi kandungan mata pelajaran, pengetahuan pedagogi, bahan,
kaedah dan teknologi. Guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam
proses pengajaran pembelajaran (Pedagogical knowledge and pedagogical content
knowledge)o Meliputi merancang, mengurus, memilih starategi dan meransang
pengajaran pembelajaran, kemahiran teknologi, kemahiran generik, kemahiran
kaunseling dan menilai p-p Guru yang mempunyai sahsiah yang boleh menjadi
contoh teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Antara ciri-ciri sahsiah
yang perlu dimiliki ialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan
bahasa yang standard dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan
usaha yang dilakukan.o Meliputi taqwa, akhlak, peribadi mulia, komitmen, sopan,
positif dan budaya ilmu.Rajah 4 : Model Guru Yang Profesional6.0 Pembentukan
Akhlak Dan Moral: Aplikasi Di Bilik Darjah6.1 Pendekatan langsung melalui
pengajaran Pendidikan Islam dan MoralPendekatan langsung membabitkan
pengajaran dua mata pelajaran yang khusus di peringkat sekolah rendah dan
menengah, yang bertumpu secara langsung terhadap perkembangan moral, etika,
akhlak, dan pendidikan nilai, iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar
Islam dan Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.6.2 Pendekatan tak
langsungPendekatan tak langsung membabitkan penggunaan mata pelajaran-mata
pelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai alat untuk merealisasikan pendidikan
nilai dan moral. Sebagai contoh, pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
membekalkan peluang atau sumber yang baik bagi pendidikan nilai dan moral. Para
pelajar boleh mengenalpasti dilema moral, penaakulan moral dan membuat
keputusan moral dalam novel dan penulisan sejarah. Pendekatan tak langsung
adalah sebahagiannya berlandaskan andaian bahawa pemahaman tentang manusia
dan kemanusiaan memerlukan perkembangan daya imaginasi dan intuisi yang
membolehkan seseorang meningkatkan kepekaan moral dan kepekaan intelektual
(Gambell 1988).Penerapan nlai murni telah diwajibkan di dalam semua mata
pelajaran. Persoalannya sejauhmanakah guru berjaya mengimplimentasikan
penerapan nilai tersebut dan adakah penilaian dibuat tentang proses dan
produknya. Satu kaedah yang dapat memupuk beberapa nilai murni ialah
pengajaran secara kooperatif. Pembelajaran ini bukan setakat pelajar duduk dalam
kumpulan kecil tetapi kumpulan itu ada semangat kekitaan yang mana murid dapat
bantu membantu ahli kumpulan belajar dan meningkatkan prestasi sendiri dan
kumpulan.6.3 Aktiviti KokurikulumKita maklum bahawa di sekolah masa kini
terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform, persatuan dan kelab
serta sukan permainan. Pada umumnya di sekolah satu hari pada hujung minggu
dikhususkan untuk kegiatan ini dan semua pelajar diwajibkan terlibat. Begitu juga
untuk guru, mereka perlu hadir sekolah pada hari Sabtu. Bila guru tidak datang
maka pelajar pun begitu juga dan akhirnya aktiviti tidak berjalan langsung.
Pengetua / guru besar haruslah berhikmah dan memujuk guru-guru agar memenuhi
tanggungjawab mendidik anak bangsa melalui kokurikulum. Aktiviti ini perlu
dijalankan dengan menarik. Apabila semua pelajar sudah senang hati dan seronok,
mereka tidak akan terfikir atau berpeluang untuk keluar ke tempat-tempat awam.
Dengan cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang meruntuhkan akhlak.6.4
Pendekatan Pendidikan Rasulullah SAWPendidikan Rasulullah SAW bergantung
kepada beberapa faktor. Satu daripadanya ialah objektif pengajaran itu sendiri
sama ada untuk menanam keimanan, mengajar ibadah atau akhlak. Di dalam
mengajar akhlak yang terpenting ialah akhlak beliau sendiri. Perkataan dan
perbuatan beliau adalah contoh untuk diikuti. Beliau mempunyai sifat terpuji iaitu
tabah, pemaaf, pemurah, sopan santun, belas kasihan, rendah diri, adil, amanah,
pendiam, takut dan taat kepada Allah serta banyak beribadat.Rasulullah SAW
mengajar ibadat ialah melalui demontrasi atau tauladan seperti cara beliau
sembahyang, berpuasa dan menunaikan haji. Baginda juga membetulkan kesalahan
yang dibuat oleh pengikutnya dengan cara yang betul. Begitu jugalah di sekolah,
guru-guru hendaklah selalu menggunakan kaedah demontrasi atau tunjukajar selain
daripada kaedah soaljawab dan bertukar-tukar fikiran. Akhlak dan kewibawaan
Rasulullah telah menyebabkan umatnya sayang dan hormat kepadanya. Sahsiah
beginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi kawan dan yang bukan Islam
memeluk Islam. Guru-guru juga dapat menukar akhlak murid dengan dirinya sendiri
dahulu mengamalkan nilai murni yang bakal diterapkan kepada murid. Murid
berada di sekolah selama sebelas tahun dan dari 6-8 jam sehari. Ini adalah masa
yang lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalah model yang sentiasa
diperhatikan oleh murid.6.5 Sokongan daripada Pentadbir sekolahUntuk membentuk
akhlak para pelajar, pihak pentadbir sekolah khasnya pengetua dan guru besar
harus memainkan peranan ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh
menekankannya dengan memberi ucapan mingguan di samping pengumuman yang
lain. Ucapan yang diberi hendaklah yang memberi penekanan kepada moral dan
akhlak pelajar. Dengan cara yang demikian pelajar akan merasa mereka diberi
perhatian. Selain itu program berbentuk pendidikan akhlak diadakan di sekolah atau
di luar sekolah contohnya kem motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat remaja
seperti sukan, nyanyian dan di samping itu diberi pendidikan moral dan agama.6.6
Kepimpinan inspirationalGuru sering dilihat sebagai pemimpin yang penting
dalam memberikan dorongan dan membina watak serta sahsiah pelajar.
Kepimpinan inspirational berperanan memberi dan membina semangat,
mempunyai kekuatan bagi mengubah dan mendorong kejayaan pelajar, dapat
memberi keinsafan dan menanamkan kesedaran diri, memulihkan moral dan
keyakinan diri pelajar, memberi inpirasi serta mengilhamkan perubahan yang
dinamik serta positif kepada pelajar. Golongan pendidik seharusnya mempunyai
inpirasi dan aspirasi yang tinggi untuk memimpin ke arah perubahan. Inpirasi boleh
dicetuskan melalui pemikiran dan idea-idea, sentuhan emosi atau perasaan serta
stail dan gaya kepimpinan yang berpotensi dan berwibawa mempengaruhi orang
lain.6.7 Kepimpinan KerohanianGuru harus mempunyai corak kepimpinan ini kerana
ia penting untuk membina sahsiah pelajar. Kepimpinan kerohanian ialah kepimpinan
yang menekankan soal-soal moral, agama, ibadah, tingkahlaku yang baik, adab dan
hubungan yang bersopan santun. Guru perlu membina sikap toleransi antara kaum
dan budaya dalam kepimpinan pendidikan agar dapat membentuk budaya dinamik
sekolah terutamanya keadaan sekolah yang mempunyai pelajar dan guru berbilang
kaum, agama dan kepercayaan. Peranan kepimpinan kerohanian amat penting
dalam pembentukan watak dan sahsiah seterusnya dapat membina kekuatan moral
di kalangan pelajar dan guru. Tanpa agama dan moral yang baik, pendidikan akan
gagal membentuk warganegara yang mempunyai asas-asas moral yang baik untuk
dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.6.8 Pembelajaran
koperatifPembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang
diperkenalkan dengan meluas sebagai sesuatu strategi pengajaran yang dapat
meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi (Cohen 1994). Pembelajaran koperatif
adalah satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja secara koperatif dalam
sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus.Menurut Slavin (1995) pembelajaran
koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah
secara berkongsi. Beliau menyatakan pembelajaran koperatif membantu pelajar
untuk mengembangkan perasaan satu kumpulan dalam memperkenalkan
keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. Pelajar
akan bekerja bersama-sama, belajar untuk saling memberi dan menerima, bantu-
membantu, berkongsi idea dan mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah.
Ahli-ahli kumpulan dalam pembelajaran koperatif terdiri daripada pelajar yang
mempunyai kebolehan dan sosioekonomi yang berbeza, berbeza etnik, jantina dan
pencapaian akademik. Setiap pelajar dalam kumpulan boleh meningkatkan
pencapaian, meningkatkan harga diri pelajar, memiliki kemahiran berkolaborasi
sesama rakan dan pergaulan sekitarnya.Kaedah pembelajaran ini memerlukan
usaha guru melatih murid bekerja dalam kumpulan dengan betul, iaitu bersikap
mahu mendengar pendapat orang lain, memberi pengukuhan, menjadi pemimpin /
ketua yang demokratik, membantu rakan sekumpulan dan berusaha mendapat
kejayaan. Guru harus bersedia memupuk semangat kekitaan terlebih dahulu
sebelum mengajar perkara akademik. Kajian Kooperatif di Amerika (Nor Azizah
1992) dan di Malaysia (Jamilah Karim 1992), Ida Fadil (1995) menunjukkan bahawa
beberapa nilai murni dapat dipupuk seperi sayangkan sekolah dan rakan-rakan,
bekerjasama, berani bersuara dan berinteraksi antara kaum. Kajian Yee Cheng Teik
(1995) menunjukkan di dalam kaedah Matematik kaedah ini dapat empertingkatkan
kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah dan meninggikan pencapaian.7.0
PenutupPengajaran dan pemupukan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar
merupakan tugas suci (mission) sekolah sejak zaman berzaman. Namun dewasa ini,
baik di negara barat ataupun di negara timur persoalan ini jugalah yang menjadi isu
hangat kerana ternyata sekolah begitu berjaya mencungkil dan mengembangkan
hamper seluruh potensi yang ada pada diri pelajar yang bersifat kognitif dan
psikomotor tetapi kurang mampu untuk turut sama mempertingkatkan nulai-nilai
moral dan akhlak. Sejaka zaman dahulu lagi iaitu para filosof Greek, golongan
skolastik dan ahli-ahli fikir tradisional tanpa merasa jemu membuat penegasan
bahawa fungus utama pendidikan adalah ke arah membangun peribadi diri,
khususnya aspekaspek yang berkaitan dengan perkembangan moral dan akhlak.Di
samping kepentingan peribadi, perwatakan dan sahsiah guru yang menjadi role
model kepada murid-murid yang memberi sumbangan yang besar dalam
menerapkan budaya moral dan akhlak yang baik, peranan Pendidikan Moral dan
Agama Islam itu sendiri juga tidak boleh dipertikaikan. Secara teori, kerangka
konseptual, matlamat dan organisasi kandungan, kurikulum Pendidikan Moral di
Malaysia adalah sesuatu yang ideal, lengkap dan senpurna.Pelaksanaan Pendidikan
Moral menuntut sekolah menyempurnakan dua tanggungjawab yang besar dan
berat iaitu yang pertama:sekolah terpaksa mengajar nilai-nilai murni kepada peljar
yang mana nilai-nilai tersebut tidak di ajar di rumah dan kedua: demi untuk
menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan, sekolah
mesti berperanan sebagai caring moral communities yang boleh membantu
kanak-kanak yang terabai dan sugul dari rumah agar mereka dapat dimotivasi dan
dipupuk minat mereka kepada pelajaran, dapat mengawal perasaan marah dan
kecewa, serta dapat merasai bahawa diri mereka sebenarnya masih disayangi dan
berpotensi menjadi insan yang bertanggungjawab.Dalam menjayakan pendidikan
moral dan akhlak sepenuhnya, semua pihak mesti melakukan reformasi terhadap
diri masing-masing serta memandang ke hadapan dengan fikiran yang terbuka dan
positif, mengamalkan cara hidup yang bermoral, berhemah tinggi serta sanggup
menjadi model dalam masyarakat. Guru terutamanya amatlah penting memahami
bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada kehidupan
manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesion keguruan yang
bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
Di samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapat
merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta mencapai Wawasan 2020.

Bibliografi

Abd.Rahim Abd Rashid (2005) Profesionalisme Keguruan : Prospek dan


Cabaran.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan PustakaPendidikan Moral dan Nilai
(1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan.Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi.Shahrin
Awaludin & Kamaruzaman Abd. Ghani (2003). Pendidikan Rohani DalamSistem
Pendidikan Negara : Satu Pemikiran Semula. Pemikiran Dalam PendidikanFakulti
Pendidikan, UKM. BangiZainab Hanim et.al (2004) Penggunaan Kaedah
Pembelajaran Koperatif (PK)Dalam Pengajaran Matematik : Penyelidikan Di Sekolah
Rendah.Jurnal Pendidikan 29 m.s 105 124. Fakulti Pendidikan, UKM. BangiZarin
Ismail (1998) Pendidikan Moral di Sekolah : Apa Dualisme Dan Dikotominya?
Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.Fakulti Pendidikan. UKM, Bangi.

Anda mungkin juga menyukai