Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN................................................................................................... 2
1.1.
PENGERTIAN IMAN

1.1.
PENJELASAN IMAN

2. KONSEP IMAN..................................................................................................... 4
3. PERKARA YANG MEROSAKKAN IMAN..................................................................6
1.2.
KEPERCAYAAN

1.1.
PERCAKAPAN

1.1............................................................................................ PERBUATAN
............................................................................................................... 7
4. KESIMPULAN....................................................................................................... 8
5. LAMPIRAN........................................................................................................... 9
1. PENDAHULUAN

1.1. PENGERTIAN IMAN

Terdapat 2 maksud iman menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka (2004) iaitu
pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya dan
pegangan teguh di hati untuk menjauhkan diri daripada sebarang kejahatan melalui
ketetapan hati dan kekuatan batin.

Iman berasal daripada Bahasa Arab iaitu merupakan kata dasar kepada
- yang bermaksud percaya dengan yakin (Cholilurrochman, 2014). Menurut
istilah, iman bererti :

Maksud : Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan


mengamalkan dengan anggota badan.
Pengertian iman menurut hadis Rasulullah SAW (Al-Albani, H. Iqbal., & H. Mukhlis BM.,
2005) ialah :

:
:


()

Maksud : Dari Ibnu Hajar Radhiyallahu Anhu beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda: Iman adalah Pengetahuan hati, pengucapan lisan dan pengamalan dengan
anggota badan.
(H.R. Ibnu Majah dan At-Tabrani)

1.1. PENJELASAN IMAN

Membenarkan dengan hati ialah pengetahuan hati iaitu yang membicarakan


tentang keyakinan. Keyakinan dengan sepenuh hati tentang kewujudan Allah melalui
utusan-Nya Rasulullah SAW. Hal ini penting kerana hati merupakan pusat suatu keyakinan
di mana perbentukan jasad dan rohani berlaku. Oleh itu, orang yang beriman akan
menerima segala yang diwahyukan Allah SWT melalui Rasulullah SAW dengan penuh
keyakinan.

Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu,
maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras
hukumannya.
(Surah Al-Hasyr: 7)

Mengikrarkan dengan lisan pula ialah pengucapan lisan ( ) dengan mengucapkan


dua kalimah syahadah setelah memperolehi keyakinan dan kepercayaan yang kukuh
terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW :

Maksud : Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku
bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.

. Terdapat 2
Mengamalkan dengan anggota badan dalam Bahasa Arab ialah
amal yang perlu dilakukan secara bersama iaitu hati mengamalkan keyakinan manakala
anggota badan melakukan mengamalkan ibadah-ibadah yang bersesuaian. Para ulama
bersepakat bahawa amal perlu dimasukkan dalam pengertian iman kerana bertambah atau
berkurangnya iman turut berkait dengan tambah dan kurangnya amal ibadah. Antara ulama
yang berpendapat sedemikian ialah Al-Imaam Ibnul-Qayyim al-Jauziy (Ash-Shalaah wa
Hukmu Taarikihaa, hal. 35) :

.
: .


.
:

Maksud : Hakikat iman terdiri dari perkataan dan perbuatan. Perkataan ada dua : perkataan
hati, yaitu itiqaad; dan perkataan lisan, yaitu perkataan tentang kalimat Islam (mengikrarkan
syahadat ). Perbuatan juga ada dua : perbuatan hati, yaitu niat dan keikhlasannya; dan
perbuatan anggota badan. Apabila hilang keempat hal tersebut, akan hilang iman dengan
kesempurnaannya. Dan apabila hilang pembenaran (tasdiiq) dalam hati, tidak akan
bermanfaat tiga hal yang lainnya.

2. KONSEP IMAN

Akidah berasal daripada Bahasa Arab,


, yang bermaksud ikatan atau
sangkutan atau sesuatu penyimpulan. Menurut Hasan Al-Banna (Majmuah ar-
rasail) :

Maksud : Aqaid (bentuk jamak dari aqidah) adalah beberapa perkara yang wajib di yakini
kebenaranya oleh hati, mendatangkan ketentraman jiwa, menjadi keyakinan yang tidak
bercampur sedikit pun dengan keragu-raguan.

Akidah menurut istilah bererti kepercayaan yang pasti kepada individu yang mengambil
keputusan. Keputusan tersebut bersifat muktamad serta tiada syak wasangka dan keraguan
atas keputusan yang diambil tanpa mengambil kira sama ada akidah itu betul atau salah.
Dari keterangan di atas, dapat dinyatakan bahawa akidah Islam ialah ketetapan hati dan
jiwa yang membenarkan apa sahaja yang disampaikan oleh Allah SWT melalui Rasulullah
SAW dengan meyakini tentang (Rahayu, 2014) :

Keimanan kepada Allah


Keimanan kepada Malaikat
Keimanan kepada Kitab-kitab
Keimanan kepada Rasul-rasul
Keimanan terhadap hari Akhirat
Keimanan kepada Qada dan Qadar

6 ciri di atas merupakan rukun iman yang menjadi sendi tegaknya iman. Di dalam al-Quran
turut dinyatakan tentang rukun iman :

Wahai orang-orang yang beriman. Tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya
(Muhammad) dan kepada Kitab (Al Quran) yang diturunkan kepada RasulNya, serta kitab
yang diturunkan sebelumnya. Barangsiapa ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,
Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasulNya, dan hari kemudian, maka sungguh orang itu telah
tersesat sangat jauh.
(Surah An Nisa : 136)

Dalam hadis daripada Umar r.a., malaikat Jibril yang menyerupai seoang lelaki telah
bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. mengenai iman :

Katanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal Iman. Rasulullah s.a.w. menjawab: Iman
itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah, dan malaikat-Nya, dan segala kitab-Nya,
dan para Rasul-Nya, dan engkau beriman kepada takdir baik-Nya dan jahat- Nya. Dia
berkata: Benarlah engkau!
(HR. Muslim)
3. PERKARA YANG MEROSAKKAN IMAN
Nawaqidhul iman ialah sesuatu yang dapat membatalkan iman seseorang.
Iman seseorang boleh menjadi rosak melalui 3 ciri iaitu kepercayaan, percakapan
dan perbuatan.

1.1. KEPERCAYAAN
Tiada keyakinan terhadapa Keesaan dan kekuasaan Allah SWT :

Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di


dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan
membinasakan kita selain masa, dan mereka sekali-kali tidak
mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah
menduga-duga saja.

(Al-Jatsiyah : 24)
Percaya bahawa ada kuasa lain yang dapat membantu selain Allah SWT :

Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. Dan berhala-
berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan
sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua
telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air
itu tidak dapat sampai ke mulutnya. Dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu,
hanyalah sia-sia belaka.
(Ar-Rad : 14)

Keraguan terhadap kewujudan makhluk dan perkara-perkara ghaib seperti


malaikat, syurgda dan neraka, dan sebagainya.

Berkeyakinan bahawa petunjuk Allah SWT iaitu al-Quran dan Sunnah


merupakan panduan yang tidak sempurna.

1.1. PERCAKAPAN
Mendustakan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah :

Dan jika mereka mendustakan kamu, maka sesungguhnya orang-orang


yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya); kepada mereka
telah datang rasul-rasulnya dengan membawa mukjizat yang nyata, zubur,
dan kitab yang memberi penjelasan yang sempurna. Kemudian Aku azab
orang-orang yang kafir; maka (lihatlah) bagaimana (hebatnya) akibat
kemurkaan-Ku.
(Fathir : 25-26)

Menyatakan bahawa syariat Islam tidak dapat diaplikasikan pada setiap


zaman kerana percaya bahawa kitab-kitab hanya diturunkan untuk
manusia pada zaman Rasul-rasul dan bukannya untuk zaman selepas
kewafatan Rasul-rasul.

Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara


yang diketahui umum.

1.1. PERBUATAN
Bertakwa atau menyembah Tuhan selain daripada Allah :

Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat
mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan,
dan mereka berkata: Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi
Allah. Katakanlah: Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak
diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) dibumi? Maha Suci Allah dan
Maha Tinggi dan apa yang mereka mempersekutukan (itu).
(Yunus: 18)

Membantu orang musyrik atau menolong mereka untuk memusuhi orang


muslim :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang


Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka
adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu
mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu
termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang zalim.
(Al-maidah : 51)

4. KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa Iman itu perlu diyakini dengan mantap, dizahirkan
melalui percakapan serta diaplikasikan secara fizikal. Iman merupakan sebuah
aspek yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Tanpa iman, manusia
boleh jauh tersasar daripada tujuan kehidupan kerana senang dipengaruhi oleh
anasir-anasir jahat. Tidak dinafikan, iman seseorang itu boleh bertambah dan
berkurang. Akan tetapi, sebagai seorang Muslim kita perlulah memastikan iman
kita tidak sentiasa berkurang dan perlu sentiasa berikhtiar untuk
memperkukuhkan iman.

Hal ini kerana, jika kita membiarkan tahapan iman berkurang, ia boleh
menyebabkan akidah kita terpesong. Jika seseorang melakukan salah satu
daripada tiga ciri yang merosakkan iman (rujuk Bab 3), secara sedar dan yakin,
dia telah melakukan dosa besar iaitu murtad ("Bab 6 Perkara Yang
Merosakkan Iman", 2011). Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan
iman ialah syirik, kufur, riddah, khurafat, sihir dan nifak. Firman Allah:

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik sebaliknya Dia mengampuni


dosa-dosa selainnya pada sesiapa yang Dia kehendaki.
(An Nisa': 116)

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memperbaiki iman kita. Antara
cara yang boleh dilakukan ialah apapun yang dilakukan mestilah berlandaskan
al-Quran dan Hadis sahih. Cuba untuk memahami dengan hati dan akal tentang
maksud setiap kata-kata yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita, nescaya
kita akan lebih mengetahui perkara yang sentiasa menjadi persoalan (seperti
tujuan kewujudan manusia) dan juga memberikan ketenangan. Tambahan juga,
kepercayaan kita terhadap Allah akan semakin diperkukuhkan. Justeru, kita akan
lebih bersemangat untuk melakukan kebaikan dengan hati yang ikhlas.
5. LAMPIRAN

Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. (2004) (17th ed., p. 261). Kuala Lumpur.

Cholilurrochman, C. (2014). KONSEP IMAN DALAM AL-QURAN DAN PENDIDIKAN


KARAKTER. Eureka Islam. Retrieved from
http://eurekaislam.blogspot.my/2016/05/konsep-iman-dalam-al-quran-dan.html

Al-Albani, M., H. Iqbal., & H. Mukhlis BM.,. (2005). Shahih Sunan Ibnu Majah (1st
ed.). Jakarta: Pustaka Azzam.

Rahayu, S. (2014). Pengertian Dan Tujuan Akidah.


Seputarpengertian.blogspot.my. Retrieved from
http://seputarpengertian.blogspot.my/2014/08/pengertian-dan-tujuan-
akidah.html

Qutb, S. BAHASA MELAYU (EDISI LENGKAP). TAFSIR FI ZILALIL QURAN. Retrieved


from https://tafsirzilal.wordpress.com/bahasa-melayu-edisi-lengkap/

Bab 6 Perkara Yang Merosakkan Iman. (2011).


Imandanpersoalannya.blogspot.my. Retrieved from
http://imandanpersoalannya.blogspot.my/2013/06/bab-6-perkara-yang-
merosakkan-iman.html

Anda mungkin juga menyukai