Anda di halaman 1dari 8

PERADUAN MEREKA CIPTA BAHAN KESEDARAN AWAM

BERKAITAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN


PERKONGISAN FAEDAH (ABS)

Pengenalan:

Akses dan perkongsian faedah (ABS) merujuk kepada cara di mana


sumber biologi/genetik dan pengetahuan tradisi berkaitan sumber
biologi boleh diakses, dan bagaimana faedah yang terhasil daripada
penggunaannya dikongsi secara adil dan saksama antara pemberi
sumber dan pengguna sumber.

Maklumat lanjut mengenai ABS boleh diperoleh daripada laman web


berikut:

www.nre.gov.my dan https://www.cbd.int/abs/

TUJUAN

Tujuan peraduan diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran awam


mengenai akses kepada sumber biologi dan perkongsian faedah (ABS).
Selain itu, peraduan ini juga diadakan bagi mencungkil bakat,
pengetahuan dan kreativiti individu dalam mereka cipta bahan
kesedaran awam berkaitan ABS. Bahan kesedaran awam yang terpilih
akan digunakan oleh Kementerian ini dalam program, latihan dan
seminar berkaitan ABS.

SPESIFIKASI BAHAN KESEDARAN AWAM BERKAITAN ABS

1. Bahan kesedaran awam yang dihasilkan hendaklah dapat


menerangkan mengenai konsep ABS supaya mudah difahami oleh
semua lapisan masyarakat.

2. Bahan kesedaran awam boleh dalam bentuk video (animasi atau


real shot), brosur, leaflet ataupun booklet mengikut kreativiti
masing-masing.
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Aras 12, Wisma Sumber Asli, No. 25 Persiaran Perdana, Precint 4, 62574 Putrajaya
www.nre.gov.my
3. Reka cipta mestilah asli dan mudah difahami serta tidak
mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif
dan boleh menyinggung mana mana pihak.

4. Reka cipta hendaklah tidak terlalu rumit tetapi simplistic dan


profesional.

Video

5. Jangka masa video mestilah sekurang-kurangnya 1 minit dan


boleh sehingga maksimum 5 minit.

6. Video mesti dihantar dalam format yang mudah dimainkan seperti


AVI, MPEG dan sebagainya beserta 'raw file'.

Brosur, leaflet ataupun booklet

7. Brosur/leaflet/booklet perlu dihantar dalam format JPEG/PDF


(resolusi tinggi) beserta fail asal (raw file) seperti format .psd,
.pub, .ai dan sebagainya.

8. Peserta dibenarkan untuk menggunakan sebarang jenis perisian


(software) bagi menghasilkan brosur/leaflet/booklet.

SYARAT- SYARAT PENYERTAAN

1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

2. Peserta hendaklah memastikan keaslian


video/brosur/leaflet/booklet yang dicipta terpelihara. Pihak
penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat
sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hak cipta
video/brosur/leaflet/booklet tersebut.

3. Setiap karya yang dihantar akan menjadi hak milik penganjur.


Pihak penganjur berhak untuk mengubah, menggunakan semula
mana-mana bahagian atau keseluruhan karya bagi tujuan
kesedaran awam.

4. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) juga


mempunyai hak untuk mengubah kandungan
video/brosur/leaflet/booklet.

5. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang


dikemukakan tidak asli/diciplak.
2
6. Setiap peserta boleh menghantar maksimum 2 penyertaan.

7. Hanya satu pemenang dipilih dan keputusan adalah muktamad.

8. Pemenang bagi peraduan ini akan menerima hadiah wang tunai


sebanyak RM5,000. Hadiah saguhati iaitu sebanyak RM500
setiap seorang akan diberikan kepada 3 karya terbaik yang lain.
Sijil penyertaan juga akan diberikan kepada peserta peraduan.

9. Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Januari 2017. Penyertaan yang


dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

10. Setiap penyertaan mestilah disertai dengan borang penyertaan


yang mesti diisi lengkap dengan butiran peserta. Borang
penyertaan boleh diperoleh daripada laman www.nre.gov.my.

11. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang


diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak
asli/diciplak.

12. Pemenang akan dihubungi melalui surat / telefon / e-mel dan


penghebahan melalui laman web Kementerian ini. Walau
bagaimanapun, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar (NRE) berhak untuk tidak memilih pemenang di
kalangan peserta peraduan sekiranya diputuskan bahawa tiada
peserta yang layak untuk dianugerahkan sebagai pemenang.

13. Penyertaan hendaklah dikemukakan bersama borang penyertaan


seperti di
Lampiran A

14. Sila emelkan penyertaan kepada:


En. Gan Cin Keong ganck.nre@1govuc.gov.my

15. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada laman web


www.nre.gov.my atau boleh berhubung dengan En. Gan Chin
Keong (talian : 03-8886 1431)
3
Lampiran
A

Borang Peraduan Mereka Cipta Bahan Kesederan Awam


berkaitan ABS
( Sila gunakan satu borang untuk setiap penyertaan )

Saya mengesahkan bahawa *video/brosur/pamplet/booklet yang


dikemukakan adalah ciptaan saya yang asli dan spesifikasi dan syarat-
syarat penyertaan telah dipatuhi sepenuhnya.

Nama (seperti di dalam


K/P) : .......................................................................

No. Kad
Pengenalan : ..................................................................................

Alamat Pejabat : .................................................

................................................

................................................

Alamat Rumah : ................................................

................................................

................................................

Telefon (P) : .........................................

Telefon (R) : .........................................

Telefon (H/P) : ......................................

E-mel : ...................................................

Tarikh : ..................................................

Tandatangan : ......................................

* Sila potong yang tidak berkenaan


4

Anda mungkin juga menyukai