Anda di halaman 1dari 2

Tarikh : 24 Rejab 1436H

13 Mei 2015.
Ibu Bapa/ Waris Pelajar
IPG Kampus Tuanku Bainun

SUMBANGAN UNTUK PROGRAM IHYA RAMADHAN


DAN AKTIVITI-AKTIVITI SURAU AL-GHAZALI IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Ihya Ramadhan, Institut


Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun telah merancang beberapa program
Ihya Ramadhan bagi tahun 2015/1436H. yang bertujuan untuk menghidupkan bulan
Ramadhan ini dengan amal ibadat dan amalan-amalan murni.

3. Untuk pengetahuan tuan/ puan di antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti
Majlis Berbuka Puasa Beramai-ramai (ifthar), Tazkirah, Ceramah Ramadhan, Tadarus al-
Quran dan sebagainya.

3. Sehubungan itu bagi menjayakan majlis yang melibatkan pelajar-pelajar IPG


Kampus Tuanku Bainun, sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan amat dialu-alukan.

4. Sumbangan tersebut boleh disampaikan melalui anak/tanggungan tuan/puan


untuk diserahkan kepada bendahari Jawatankuasa Surau Jumaat al-Ghazali atau
melalui bank-in ke dalam akaun Maybank Islamic Cawangan Prai, Pulau Pinang
(557166-310483).

5. Hanya Allah jua yang mampu membalas keikhlasan dan sumbangan derma
tuan/puan, apatah lagi untuk tujuan amalan pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

MOHD SAAT BIN ABAS


Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Tuanku Bainun

Nama dan alamat pengirim.


..

..

..

.. Tarikh :

Bendahari,
Jawatankuasa Surau Jumaat al-Ghazali
Institut Perguruan Tuanku Bainun
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

SUMBANGAN UNTUK PROGRAM IHYA RAMADHAN TAHUN 2015/1436 H.

Tuan,

Saya............
Ibubapa/Waris kepada pelajar .........
menyumbang sebanyak RM tunai / kiriman wang/ cek/ bernombor
untuk menjayakan Program Ihya Ramadhan & Aktiviti-aktiviti surau
peringkat Institut tuan.

Semoga dengan sumbangan ikhlas yang anda berikan akan menerima ganjaran
daripada Allah. Sesungguhnya segala sumbangan yang diberikan kami dahulukan
dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( )

Anda mungkin juga menyukai