Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN

PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWASPUSAT SUMBER SEKOLAH 2017

ATURCARA TINDAKAN

KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum wth dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha Pn. Siti Hawa Bt Abdullah, Guru Penolong Kanan


Kurikulum, Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan , Guru-guru
Cemerlang, Guru-guru dan guru pelatih dan seterusnya murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada ke hadrat Illahi kerana pada pagi ini dapat bersama-
sama berkumpul di majlis perhimpunan ini bagi menyaksikan Majlis
Penyampaian Watikah dan Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas
Pusat Sumber bagi sesi persekolahan 2017.

Untuk makluman semua, Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan ini


adalah gabungan bersama Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber
Sekolah.

BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput dan dipersilakan Ustaz
Zailani B Md Nor untuk membacakan doa.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Zailani B Md Nor


diatas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN GPK
Bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini, dengan rasa takzim dipersilakan
Pn. Siti Hawa Bt Abdullah, Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk
menyampaikan ucapan.
GB berucap
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kepada Pn. Siti Hawa Bt
Abdullah atas ucapan sebentar tadi

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Watikah Pelantikan bagi


Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Dengan ini dipohon kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber
Sekolah untuk bersedia .

Majlis dengan ini menjemput En Hamizon B Mohd Aris, Guru Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid untuk mengiringi Pn Siti Hawa Bt Abdullah uttuk
menyampaikan Watikah perlantikan kepada Pengawas Sekolah Dan
Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Dengan hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan _________________

PERLANTIKAN KETUA DAN PENOLONG KETUA PENGAWAS


SEKOLAH DAN PUSAT SUMBER

Majlis diteruskan dengan perlantikan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas


Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Pemilihan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas Sekolah dan Pengawas


Pusat Sumber Sekolah adalah berdasarkan hasil mesyuarat JawatanKuasa
Disiplin Sekolah dan melalui penglibatan murid semasa Kursus Kepimpinan
Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah diadakan.

Ketua Pengawas Sekolah:___________________________


Penolong Ketua Pengawas Sekolah: ________________________________

Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah:_____________________________


Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber
Sekolah:________________________________________

Pihak majlis merakam jutaan terima kasih kepada Pn. Siti Hawa Bt Abdullah
atas Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat
Sumber Sekolah sebentar tadi.

BACAAN IKRAR

Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar yang akan disampaikan oleh
Ketua Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah sebagai
tanda kesungguhan mereka bagi melaksana dan memikul amanah yang
diberikan dalam membantu pengurusan Disiplin dan Pusat Sumber Sekolah

Dipersilakan.

BERSURAI

Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi maka berakhirlah majlis


Penyerahan Watikah dan Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat
Sumber Sekolah bagi sesi persekolahan 2017. Semoga dengan pelantikan ini
akan dapat memotivasikan para Pengawas Sekolah danPengawas Pusat
Sumber Sekolah untuk melaksana dan menjalankan tugas yang
diamanahkan

Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Guru Besar, guru-
guru Penolong Kanan , guru-guru serta murid-murid sekalian atas kerjasama
dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Sekian Terima Kasih