Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI : PROJEK 2

NAMA : MUGILAN A/L THAGAM


OPSYEN : PENGAJIAN TAMIL

Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Tamil Nibong Tebal telah diadakan pada
pagi hari sabtu, 10 OKTOBER 2015. Ini adalah temasya sukan sekolah yang pertama
saya ikuti dan turut menjayakannya sebagaimana yang dirancang.
Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan temasya ini, saya dapati ada
beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada kepada warga sekolah atau
masyarakat sekeliling. Antara kelebihannya adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh
guru-guru SJKT Nibong Tebal. Persediaan awal seperti perancangan aktiviti, jadual
latihan, buku program dan sebagainya membantu melancarkan temasya sukan
sekolah.
Perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan. Idea-idea yang
diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari sudut keselamatan murid
semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi mengelakkan berlakunya
kemalangan yang tidak diingini.
Kerjasama kakitangan sekolah dalam bermesyuarat membantu guru yang
dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku program dengan lebih awal dan tidak
membebankan dengan perkara-perkara yang remeh sehingga menyukarkan guru
berkenaan dalam menyempurnakan buku program tersebut.
Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru, ibu bapa dan pihak pentadbiran
sekolah mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang
seronok. Dengan itu, hubungan antara guru-guru, murid-murid ibu bapa dan
masyarakat setempat menjadi lebih rapat dan mesra. Contohnya apabila pihak sekolah
memohon bantuan kecemasan dari SMK TUNKU ABDUL RAHMAN untuk temasya ini,
memandangkan kakitangan sekolah yang tidak mencukupi, dengan jemputan ini, ia
mendatangkan beberapa faedah yang sangat penting bagi menjalinkan satu ikatan
silaturahim antara warga SJKT NIBONG TEBAL dan warga SMK TUNKU ABDUL
RAHMAN di samping mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru.
Kesungguhan guru sebelum temasya ini berlangsung sangat memuaskan.
Latihan yang diadakan pada setiap petang membantu murid-murid agar lebih bersedia
pada hari sukan berlangsung. Kesungguhan guru ini juga menaikkan semangat murid-
murid untuk menjadikan pasukan masing-masing bergelar juara.
Selain itu, temasya sukan ini juga membantu guru untuk mengenalpasti murid
yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu murid berkenaan untuk melangkah
keperingkat yang lebih tinggi, samada peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau
antarabangsa.
Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti
mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan sekolah adalah
antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu majlis. Tenaga pengajar dan
kakitangan pentadbiran yang terhad menyukarkan pihak sekolah mengelola sesuatu
aktiviti sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak sekolah lain.
Selain itu, alatan khemah dan pembesar suara juga menjadi satu masalah
apabila sekolah ingin menganjurkan sesuatu majlis sehingga terpaksa menyewa
daripada pihak luar dengan pembayaran. Namun, kelemahan ini boleh diatasi jika pihak
sekolah sama-sama memandang serius masalah ini dan cuba untuk menyelesaikannya
dengan cara yang baik. Dari segi kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah
beberapa orang guru terutamanya bagi mata pelajaran matematik dan sains, dengan
penambahan ini bukan sahaja masalah kekurangan guru matapelajaran dapat diatasi
malah tenaga mereka ini boleh digunakan untuk majlis-majlis sekolah contohnya
temasya sukan sekolah.
Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah perlu
memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik sebelum sesuatu
aktiviti berlangsung, ini membantu masalah yang mungkin timbul apabila hari
berkenaan.
Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap sekolah,
namun sekolah ini masih lagi menyewa daripada pihak lain. Kekurangan ini perlu diatasi
dengan pembelian segera oleh pihak pentadbir kerana ia sangat penting apabila
sekolah ingin mengelola sesuatu majlis.
Sungguhpun begitu, sepanjang saya di tempatkan di sekolah ini, temasya sukan
kali pertama ini cukup membantu saya dalam mengendalikan sesuatu acara dan
mengadilinya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pengalaman ini
cukup bermakna untuk saya gunakan untuk masa-masa akan datang.