Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI EKONOMI ISLAM

Islam meletakkan ekonomi sebagai suatu aspek penting dalam kehidupan manusia
kerana ekonomi bukan sahaja menyentuh urusan bagaimana manusia mengatur keperluan
jasmaniah mereka bahkan urusan rohaniah mereka. Oleh itu, aktiviti ekonomi mestilah
berdasarkan nilai-nilai dan akhlak yang digariskan oleh agama untuk kesejahteraan di dunia
dan akhirat. Berikut antara definisi
Ekonomi Islam oleh tokoh-tokoh Islam:-
Menurut As Syahid Syed Mohamad Bagir As Sadr
Ekonomi Islam merupakan mazhab (pemikiran dan ajaran) yang merujuk kepada Islam
secara sepadu berhubung dengan pemikiran dan ajaran juga analisis dan tafsiran yang
berpandukan kepada pemikiran dan ajaran tersebut bagi menyelesaikan masalah-masalah
perekonomian.

2)Menurut Muhamad Al-Mubarak


Ekonomi Islam ialah sekumpulan kaedah yang berhubung dengan milik, amal,pengeluaran
dalam bentuk material dan spiritual, penggunaan dan pengedaran yang berkaitan hak-hak
kehartaan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
3)Menurut Muhammad Abdullah Ar-Arabi
Ekonomi Islam merupakan dasar -dasar umum ekonomi yang disimpulkan daripada Al-
Quran dan As-Sunnah, dan pembangunan perekonomiannya diasaskan kepada dasar-dasar
tersebut sesuai dengan keadaan dan masa.

CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM


Rabbani Berasaskan Al-Quran &
Sunnah
Berakhlak Sebahagian daripada
keseluruhan sistem
kehidupan Islam yang
lengkap
Insaniah Kepentingan individu &
masyarakat dalam
ekonomi sentiasa
diseimbangkan dan
Kegiatan ekonomi
bersifat kebendaan,
tetapi bercorak
kerohanian

Seimbang Ekonomi Islam sentiasa


sesuai sepanjang
zaman

SYARAT-SYARAT MENJALANKAN KEGIATAN


EKONOMI ISLAM

1 Aqidah mestilah betul

2 Niat mestilah betul

3 Kerja yang sesuai dengan tuntutan Islam

4 Cara melakukan kerja mestilah sesuai dengan ajaran Islam.

5 Natijah betul dan bermanfaat kepada semua.

6 Tidak mengabaikan ibadat khusus.


SUMBER-SUMBER HUKUM EKONOMI ISLAM
1 Al-Quran
2 Sunnah dan hadis
3 Ijmak
4 Qiyas dan ijtihad
5 Prinsip prinsip dan hukum yang lain

PRINSIP PRINSIP EKONOMI ISLAM

1) Hak milik
Prinsip ini meletakkan Allah s.w.t sebagai pemilik mutlak ke atas
seseuatu kerana Allah s.w.t ialah Pencipta dan Penguasa ke atas segala
makhluk ciptaan-Nya. Seperti firman Allah :
Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu
dan langit sebagai atap, dan Dia munurunkan air (hujan) dari
langit,lalu Dia menghasilakn dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai
rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-
sekutu bagi Allah, pada hal kamu mengetahui.
( al Baqarah : 22 )
Oleh itu, manusia hanya sebagai pemilik sementara atau pemegang
amanah terhadap harta kekayaaan yang dimiliki dibenarkan untuk menikmati
dan membangunkannya untuk tujuan kebaikan seperti untuk memenuhi
keperluan peribadi dan keperluan.
2) Keadilan Sosial
Ekonomi merangkumi semua aspek seperti dalam bidang
pengeluaran yang mestilah berasaskan pengeluaran yang halal dan
menjauhi jalan-jalan yang haram.
Contohnya, ketidakadilan dalam ekonomi berlaku apabila golangan
kaya menggunakan cara cara yang tidak adil untuk memperoleh kekayaan
dan menindas golongan orang yang miskin dan lemah. Begitu juga dalam
aspek penggunaan umat Islam diingatkan menjauhi daripada sifat bakhil atau
membazir yang dianggap seperti suatu penderhakaan terhadap Allah. Seperti
firman Allah ;
Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara
syaitan dansyaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannaya,
( al Isra : 27 )

3) Integrasi Nilai-Nilai Akhlak


Manusia tidak dibenarkan untuk mengasingkan akhlak Islamiah
daripada aktiviti-aktiviti ekonomi, kewangan, dan perbankan sama ada dalam
bentuk pelaburan dan dan lain-lain. Seperti firman Allah :
Sekiranya, penduduk negeri-negeri itu beriman serta bertaqwa,
tentulah Kami benar-benar akan membuka kepada mereka (semua jenis)
pemberian yang melimpahlimpah berkatnya dari langit dan bumi; tetapi
mereka menolak (kebenaran), lalu Kami timpakan mereka dengan azab
seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan
(Surah al- Araaf:96)

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM


(BAITULMAL)
Baitul Mal merupakan satu institusi kewangan yang terulung dalam
pemerintahan sejarah Islam di zaman dahulu.
Ia juga bertindak sebagai perbendaharaan negara yang mengumpul pelbagai
sumber pendapatan negara seperti zakat, cukai, harta wakaf dan sebagainya.
Baitulmal juga adalah lembaga atau intitusi yang berfungsi sebagai pengamanah
perbendaharaan awam bagi orang Islam. Ia mengendalikan asset yang bertujuan
untuk maslahat umum.

ASAS BAITULMAL
1) Zakat Fitrah : Dikenali sebagai sadaqah al-fitr,diwajibkan setahun sekali ke atas
orang Islam yang hidup sepanjang bulan Ramadhan sehingga hari pertama syawal.
Ia bertujuan untuk menyucikan diri dan hati, dan mengembirakan hati fakir miskin
pada Hari Raya. Zakat ini dikeluarkan sebanyak segantang daripada barang-barang
yang mengeyangkan seperti gandum dan beras
2) Zakat Harta : Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang penting dalam
berbagai-bagai sektor ekonomi seperti tanaman , emas dan perak, perniagaan,
pendapatan, simpanan dan saham.

3) Fai dan Ghanimah : Fai adalah harta yang diperoleh kerajaan Islam daripada
orang bukan Islam dengan jalan damai. Manakala ghanimah pula merujuk harta
yang diperoleh daripada orang bukan Islam daripada hasil rampasan perang.

Hartabenda yang diperolehi dari orang-orang kafir semasa zaman


d.kebangkitan Islam pada suatu masa dahulu. Islam telah menghadkan hak 4/5 dari
keseluruhan harta rampasan untuk tentera yang menang dan 1/5 untuk faedah
masayarkat

4)
SISTEM EKONOMI ISLAM MALAYSIA
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, perkembangan ekonomi umat Islamnya
boleh dibahagi kepada tiga fasa (Zin Mahmud 1999). Pertama, daripada tahun-tahun 60-an
dan 70-an. Kedua, daripada tahun-tahun 80-an hingga hujung alaf lama. Fasa ketiga dan
terbaru ialah pada alaf baru ini. Fasa ini paling menarik kerana sistem ekonomi atau lebih
tepat sistem kewangan kapitalis dunia terpaksa dinilai semula akibat dari krisis ekonomi Asia
pada tahun 1997. Ini memberi peluang untuk model kewangan menurut amalan Islam
sebenar diketengahkan tanpa perlu kepada islamisasi sistem riba kapitalis lagi.
A) Umat Islam di Malaysia mula mencari langkah mengisi dan mencari erti
kemerdekaan terutamanya dari segi ekonomi dan politik apabila merdeka pada tahun
1957.Aktiviti ekonomi tahun-tahun 60-an dan 70-an berkisar kepada soal membangunkan
umat Islam dalam bidang ekonomi. Ketika itu, umat Islam di seluruh dunia masih teramat
mundur dalam bidang ekonomi.
B) Seperti di kebanyakan negara, untuk menentukan bahawa ekonomi negara
bergerak ke arah kemakmuran dan kemudiannya Bank Negara ditubuhkan. Di Malaysia,
Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 26 Januari 1959. Antara lain Bank Negara
Malaysia memainkan peranan dalam memandu ekonomi negara ke arah pertumbuhan,
tahap pengangguran yang rendah, kestabilan harga, imbangan dalam pembayaran
peringkat antarabangsa yang baik, menghapuskan kemiskinan dan menstrukturkan
masyarakat (Bank Negara 2002). Dalam melaksanakan tanggung jawab Bank Negara itu,
perkara utama yang mesti dibuat ialah membekalkan matawang dan menjaga nilainya.
C) Ekonomi di Malaysia amat ketara dikuasai oleh orang bukan Islam. Kebanyakan
negara-negara umat Islam lain juga baru mencapai kemerdekaan dan cuba berusaha
membangunkan negara masing-masing tanpa perlu memikirkan tentang label-label Islam
dalam segala usaha ekonomi. Ini mungkin kerana tiada apa yang dimiliki untuk 'diislamkan'
atau diberi identiti Islam.
D) Umat Islam memandang bidang ekonomi dunia dikuasai oleh bukan Islam.
Masalah yang paling besar adalah riba. Akan tetapi umat Islam tidak dapat lari daripada riba
kerana sistem ekonomi dunia dikuasai orang bukan Islam. Maka fatwa yang dipakai ketika
itu adalah bahawa kedudukan ekonomi umat Islam berada dalam darurat. Oleh itu riba yang
asalnya dikenali sebagai bunga ditukar istilah menjadi faedah, dan ia pula dianggap
dibolehkan. Walaupun terdapat tentangan daripada segolongan ulama, tetapi pemahaman
mengenainya adalah begitu (Zin Mahmud 1999). Walau bagaimanapun masalah riba pada
peringkat ini masih lebih bersifat masalah individu seperti sama ada menerima atau tidak
bunga yang diberi oleh bank-bank yang semuanya milik bukan Islam.
Usaha ekonomi Malaysia Islam tertumpu kepada pembangunan dana dan perbankan
bumiputera umpamanya Tabung Haji, Bank Bumiputra, Bank Kerjasama Rakyat dan
Amanah Saham Mara dan seterusnya membawa kepada institusi-institusi seperti Bank
Islam, Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) dan Takaful. Dua institusi diberi di sini
sebagai contoh iaitu Tabung Haji dan Bank Islam.

Anda mungkin juga menyukai