Rumusan
Rumusan
Walaupun terdapat banyak perkara atau teknik-teknik dapat dipelajari oleh saya
dalam tempoh latihan itu,namum begitu,saya masih percaya terdapat banyak perkara yang
belum dipelajari dan dikuasai sepenuhnya oleh saya kerana skop aktiviti bagi setiap
bahagian adalah sangat komplek dan sukar untuk dipelajari keseluruhannya dalam masa
yang begitu singkat.
Setelah menjalani latihan industri selama dua bulan ini di YaaHu Advertising,
saya sebagai seorang pelajar UPSI telah mendapat banyak pertolongan dan layanan serta
sokongan yang baik daripada semua pihak di firma ini.Ini telah menyebabkan latihan
industri saya dapat dijalankan dengan lancar.Namun begitu,saya ingin menyediakan
ruangan ini untuk memberi cadangan yang saya rasa dapat membantu para pelajar yang
akan menjalani latihan industri pada masa yang akan datang.
CADANGAN KEPADA PELAJAR
Pihak firma haruslah menyediakan satu jadual waktu yang sesuai dan lengkap
untuk para pelatih.Ini adalah untuk memastikan pelatih dapat mempelajari semua
kemahiran yang dapat dipelajari daripada firma tersebut. Ini juga dapat memberikan satu
pembahagian masa yang mencukupi untuk para pelatih membelajari kemahiran
tersebut.Pihak firma harus juga mempertimbangkan setiap tugas yang hendak diberikan
kepada pelajar bersesuaian dengan tahap pelajar.Pelajar yang menjalani latihan bukan
untuk membuat kerja sampingan tetapi untuk belajar apa bidang yang diceburi dan kaitan
dengannya.
Selain itu,bayaran elaun amat dihargai dan hendaklah bersesuaian dengan taraf
hidup masyarakat sekeliling.Firma juga harus prihatin pada pelajar yang tinggal
berjauhan dan kesukaran untuk mendapatkan tempat tinggal.Pihak firma harus
mengadakan perundingan atau perbincangan dengan para pelatih dari semasa ke
semasa.Ini membolehkan para pelatih dapat mengemukakan masalah-masalah yang
dihadapi dan dapat diatasi dengan mudah dan secepat mungkin.Perbincangan dan
perhubungan yang lebih erat perlu diwujudkan di antara pihak firma dengan pihak
Universiti.Ini dapat memudahkan pihak firma dapat menempatkan para pelajar ke
bahagian-bahagian yang berkaitan dengan apa yang dipelajari dari Universiti.
Di samping itu,pihak firma seharusnya mengadakan lebih banyak aktiviti
mingguan mahupun bulanan bagi merapatkan hubungan sesama pekerja.Firma boleh
memperbaiki keadaan kadar pusing yang tinggi ini kerana kadar pusing yang tinggi akan
menyebabkan syarikat kekurangan staf-staf yang berpengalaman dan berkelulusan tinggi
serta berkebolehan.