Anda di halaman 1dari 3

KOMEN DAN CADANGAN

Walaupun terdapat banyak perkara atau teknik-teknik dapat dipelajari oleh saya
dalam tempoh latihan itu,namum begitu,saya masih percaya terdapat banyak perkara yang
belum dipelajari dan dikuasai sepenuhnya oleh saya kerana skop aktiviti bagi setiap
bahagian adalah sangat komplek dan sukar untuk dipelajari keseluruhannya dalam masa
yang begitu singkat.

Setelah menjalani latihan industri selama dua bulan ini di YaaHu Advertising,
saya sebagai seorang pelajar UPSI telah mendapat banyak pertolongan dan layanan serta
sokongan yang baik daripada semua pihak di firma ini.Ini telah menyebabkan latihan
industri saya dapat dijalankan dengan lancar.Namun begitu,saya ingin menyediakan
ruangan ini untuk memberi cadangan yang saya rasa dapat membantu para pelajar yang
akan menjalani latihan industri pada masa yang akan datang.
CADANGAN KEPADA PELAJAR

Setiap pelajar haruslah melengkapkan diri masing-masing sebelum menjalani


Latihan Industri.Semasa berada di firma,pelajar haruslah menunjukkan sikap yang baik,
berdisiplin tinggi,rendah diri dan professional,maka pelajar akan diberi kepercayaan bagi
melakukan sesuatu tugas yang akan diamanahkan.
Pelajar haruslah berkomunikasi dengan baik dengan pekerja di firma dan jangan
menunjukkan rasa malu untuk menanyakan sesuatu perkara dalam mempelajari sesuatu
teknik tentang kerja.Sentiasa berbincang dengan pekerja senior atau lain sekiranya
terdapat masalah dan kemusykilan dalam menjalankan tugas.
Selain itu,pelajar haruslah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik,ini kerana
dalam bidang ini banyak penggunaan Bahasa Inggeris dalam membaca pelan dan
rujukkan apabila melakukan kerja.
Oleh itu,sebelum pelajar ditempatkan untuk latihan industri,dia perlu
memperbaiki sebaik mungkin diri dan pertuturan.Pelajar harus berusaha sedaya upaya
untuk membentuk kecemerlangan dirinya.
CADANGAN KEPADA UNIT LATIHAN INDUSTRI

Unit Latihan Industri haruslah memastikan penempatan pelajar yang akan


menjalani Latihan Industri bersesuaian dengan bidang mereka ceburi supaya apa yang
dipelajari dapat dipraktikkan di firma atau sebagainya.Unit Latihan Industri menyediakan
satu jadual atau rangka kerja latihan industri yang lengkap dan senang difaham bagi
memudahkan pelajar menjalankan serta membuat kerja semasa latihan.

Selain itu,masalah kekurangan masa juga merupakan cabaran ketika membuat


tugasan.Tempoh masa untuk menyiapkan projek yang diberikan selalunya adalah singkat.
Maka kerja-kerja merekabentuk,memasang dan mengedit projek selalunya dilakukan
dengan tergesa-gesa dalam keadaan yang tertekan.Tambahan lagi,tempoh masa yang
diberikan ini selalunya tidak mencukupi dan seterusnya projek juga tidak dapat disiapkan
tepat pada masa yang dijadualkan.Maka pihak atasan akan memberi tekanan kepada
pekerja yang berkenaan selepas tempoh masa penghantaran.Ini akan menjejaskan emosi
dan kesungguhan pekerja tersebut untuk melakukan kerja yang diberikan.Untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar mencadangkan supaya pihak universiti
membuat perbincangan menghadapi masalah ini.Masalah masa pula perlu diselesaikan
dengan menambahkan tempoh latihan industri.Perbincangan perlu dijalankan antara pihak
atasan dan pihak yang berkenaan. Dengan ini, projek dapat dijalankan dengan lancar
tanpa tekanan kepada mana-mana pihak.

Anda mungkin juga menyukai