Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF SURAU SEKOLAH


2017

SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU

JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU


SEKOLAH SUKAN NEGERI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA
MELAKA
TAHUN 2012

KERTAS KERJA
MENAIKTARAF SURAU SEKOLAH ( 2012 )
1.0 MUQADDIMAH

Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau
menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan yang dilaksanakan di sekolah seperti Solat
Berjemaah Solat Zuhur Tahun 6, Kem Bestari Solat, Program Solat Hajat & Bacaan Yassin Tahun 6,
Amali Pengurusan Jenazah, Kelas Tasmik Al-Quran, Program-program motivasi seperti Kem Sahsiah
Diri, Kem Kepimpinan dan lain-lain.

Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif objektif program yang
dijalankan di surau. Maka program untuk menaiktaraf surau Sekolah Kebangsaan Seri Machap telah
mula dijalankan mulai tahun 2015. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Lembaga Surau
Sekolah untuk mencari dana dan memperbaiki prasaran di surau.Walau bagaimana pun , masih
terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki , maka usaha menaiktaraf surau sekolah SMK Seri Kota
perlu diteruskan lagi.

2.0 MATLAMAT

2.1 Program menaiktaraf ini dapat menjadi medan dakwah yang selesa bagi warga Muslim
SMK Seri Kota.
2.2 Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik .
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap kepada pelajar-pelajar
Islam terutama pelajar-pelajar asrama SMK Seri Kota , Sekolah Sukan Negeri Melaka.

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif Program Menaiktaraf Surau ialah :

3.1 Memasang penghawa dingin di Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota , Melaka.
3.2 Memperbaiki stor surau agar penyimpanan barang dan peralatan lebih teratur .
3.3 Memperbaiki tandas dan bilik mandi surau agar lebih selesa dan kelihatan bersih serta
kemas.
3.4 Mengelakkan surau daripada serangan anai-anai.

4.0 NAMA PROGRAM

Program menaiktaraf Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota , Melaka.

5.0 TEMA

SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU .

6.0 JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU

Pengerusi : En. Othman bin Sagap ( Pengetua )


Timb. Pengerusi : En. Abdul Ghani b Ahmad ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : En. Baharim Md. Yassin ( GPK HEM )
En. Zaiman bin Husin ( GPK Ko Ku )
: Pn Lili Basmi ( GPK Tingkatan 6 )
Penyelaras : Pn. Hjh Puspa Adam (GKMP Kemanusiaan )
Setiausaha : Pn. Hjh Noorlizah Eusoff
AJK
: En. Mohd. Fairos b. Jaafar
: En. Mohd. Rizal b. Abd. Rauf
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA JUMLAH

1 Penghawa dingin RM 10,000.00

2 Tingkap Sliding RM 4,000.00

3 Menaiktaraf stor RM 3,000.00

4 Menaiktaraf tandas RM 3,000.00

5 Rawatan anai-anai RM 2,000.00

JUMLAH RM 22,000.00

8.0 SUMBER PENDAPATAN

8.1 Kutipan derma daripada guru-guru dan pelajar SMK Seri Kota
8.2 Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta

9.0 PENUTUP

Akhir kalam , adalah diharapkan agar Program Menaiktaraf Surau ini berupaya mencapai objektif
yang telah digariskan demi menjaga kepentingan pelajar-pelajar dalam meningkatkan syiar Islam.
Sumbangan Tuan / Puan boleh dibuat secara tunai / cek atas nama Bendahari Tabung Surau SMK
Seri Kota / akaun Bank Muamalat 0401-0025831-72-9 . Semoga sumbangan Tuan / Puan diberkati
Allah , Insya Allah.

Sekian , Wassalam .

Disediakan oleh , Disahkan oleh :

.................................... ..............................

Kertas Kerja Cadangan Pembesaran Surau Al Khairiah MRSM P


Chepa. Kelantan
1. OBJEKTIF

Tujuan kertas kerja ini diadakan adalah untuk memaklumkan mengenai usaha untuk
membesarkan ruang solat di bangunan Surau Al-Khairiah, Maktab Rendah Sains MARA,
Pengkalan Chepa.

Kertas kerja ini menjelaskan betapa pentingnya pelaksanaan projek ini dan seterusnya
sokongan daripada semua pihak berhubung dengan usaha pengumpulan dana untuk
mencapai tujuan tersebut.

2. LATAR BELAKANG

Sejarah Islam menunjukkan bahawa masjid / surau / musolla memainkan peranan penting
sebagai pusat ibadat, pembangunan ilmu, pembinaan keperibadian dan peradaban Islam
secara menyeluruh. Kebanyakan pembinaan masjid atau surau pada masa kini adalah disusun
atur berhampiran dengan bangunan-bangunan pentadbiran, pusat-pusat perniagaan dan
kawasan-kawasan perumahan, sekolah-sekolah di sekitarnya supaya ia menjadi focal point
atau arah tuju.

Objektif pembinaan Surau Al-Khairiah adalah untuk memenuhi tuntutan Kementerian


Pelajaran Malaysia yang telah menetapkan surau-surau sekolah bukan sahaja sebagai tempat
pelajar menunaikan sembahyang, tetapi lebih daripada itu ia berperanan sebagai Makmal
Pendidikan Rohani. Melalui semua aktiviti yang berbentuk kurikulum dan ko-kurikulum dapat
dilaksanakan di dalam surau sekolah bagi melaksanakan teori-teori yang diajar di dalam bilik
darjah dan juga aktiviti-aktiviti pendidikan Islam. Fungsi ini dapat dihuraikan dengan lebih
terperinci seperti berikut :
1. Tempat ibadat sembahyang untuk pelajar-pelajar, guru-guru dan
kakitangan sekolah yang beragama Islam
2. Tempat mengadakan latihan amali mengenai ibadat seperti mengambil
wuduk, sembahyang, pengurusan jenazah, amali haji, bersuci dan lain-
lain ibadat fardu.
3. Tempat latihan membaca al-Quran, bertadarus, menghafal dan
mengkhatamkan al-Quran
4. Tempat syarahan, ceramah dan kuliah agama terutama selepas
sembahyang maghrib dan subuh bagi sekolah-sekolah berasrama
penuh seperti Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa.
5. Tempat mengadakan majlis-majlis hari kebesaran Islam seperti majlis
Maulid Nabi, Maal Hijrah, Isra Mikraj dll.
6. Tempat sembahyang Jumaat jika diperlukan

3. SURAU AL-KHAIRIAH

Pada peringkat awal penubuhan MRSM, surau kayu dibina untuk memberi ruang kepada
pelajar dan guru-guru melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan. Pada ketika itu surau hanya
mampu untuk menampung bilangan jemaah seramai dua ratus orang sahaja. Memandangkan
Maktab Rendah Sains MARA saban tahun menerima bilangan pelajar yang agak ramai, maka
pada tahun 1990 surau ini telah dinaik taraf ke surau baru. Namun keluasannya hanya boleh
memuatkan bilangan jemaah seramai enam ratus lima puluh orang sahaja dalam sesuatu
masa. Apabila Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu dinaik taraf kepada Maktab Rendah
Sains MARA PKP (Program Khas Pendidikan) pada tahun 1995, secara tidak langsung
pengambilan pelajar telah meningkat dari enam ratus lima puluh pelajar kepada tujuh ratus
lima puluh pelajar untuk dua tingkatan (empat dan lima). Memandangkan bilangan pelajar
yang begitu ramai, keluasan surau sedia ada tidak lagi mampu menampung bilangan jemaah
seperti yang sepatutnya.

4. MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENGKALAN CHEPA

Bermula dari awal cadangan pembinaan Maktab Rendah Sains MARA pada tahun
1968, kerajaan telah bersetuju dengan konsep penubuhannya pada tahun 1970,
maka pada tahun 1971 MRSM sulung dibina di atas tapak 10 ekar,di Lorong
Green, Seremban, Negeri Sembilan dan diberi nama MRSM Seremban.

Pada tahun 1972, MRSM kedua dibina di tapak seluas 17 ekar di Pengkalan
Chepa. Sederet bangunan papan sebagai bilik darjah, sederet lagi untuk makmal
dan asrama maka lahirlah satu nama dalam senarai institusi pendidikan tanah
air, MRSM Kota Bharu.
Berpegang kepada motto 'Berdisplin, Berilmu, Beramal' serta dengan azam
kental digenggam, dengan harapan sejuta janji maka menapaklah 149 orang
pelajar bersama 20 orang kakitangan pada pertengahan bulan Januari 1973,
MRSM Kota Bharu bersama pelajar sulungnya.

Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains dan teknologi diketengahkan,


ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai.Pelajar-pelajar MRSM ini
seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental
dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

Pada tahun 1975, dalam masa 2 tahun sahaja persekitaran lopak,kusam


berlubang, berbukit bukau dan berpasir, telah berubah wajah apabila bangunan-
bangunan siap dibina. Pada ketika itu ia merupakan mercu tanda yang
membanggakan pekan Pengkalan Chepa. Pada 12 Ogos 1975, MRSM ini telah
disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah DYMM Al Sultan Yahya Petra
D.K,S.P.M.K.

Kini MRSM Pengkalan Chepa telah berusia 40 tahun.

5. CADANGAN PEMBESARAN SURAU AL-KHAIRIAH

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang disebutkan di atas, cadangan pembesaran Surau


al Khairiah ini adalah di atas dua tujuan utama iaitu :

a) Untuk membolehkan lebih ramai pelajar bersembahyang jemaah dan melaksanakan aktiviti
kerohanian setiap hari dengan selesa
b) Untuk membolehkan aktiviti-aktiviti keagamaan yang disertai oleh bilangan peserta yang
melebihi seribu orang jemaah pada satu-satu masa dapat dilaksanakan dengan sempurna
dan selesa. Contohnya solat hajat bersama ibu-bapa dan para tetamu.

6. ANGGARAN KOS DAN JANGKA MASA PEMBINAAN

Fasa 1

Adalah dianggarkan pembinaan bangunan baru yang mempunyai ruang solat wanita seluas
2550 kaki persegi ini akan menelan belanja RM 260 ribu hingga RM 300 ribu. Jumlah ini
adalah termasuk bayaran khidmat juruperunding (arkitek, jurutera dsbnya), kos merobohkan
bangunan sedia ada dan juga kos pentadbiran. Maklumat kerja-kerja di atas seperti berikut :

B Perkara Kuantiti Harga Jumlah


il (RM)

1 Kerja-kerja awalan L. Sum 7000.00 7000.00


serta kerja-kerja
meroboh tempat
wuduk serta tandas
untuk menerima
tempat solat baru
serta kerja-kerja
berkaitan

2 Kerja-kerja membina 2550kp 70.00 178500.00


dan menyiapkan
bangunan tambahan
untuk tempat solat
serta kerja-kerja
bumbung
menggunakan metal
decking serta kerja-
kerja yang berkaitan
dengannya seperti
arahan daripada
pihak penguasa

3 Kerja-kerja membekal 2550kp 9.50 24225.00


dan memasang jubin
jenis homogenous
dan kerja-kerja yang
berkaitan dengannya

4 Kerja membina 2 2 25000.00 50000.00


bangunan tandas
baru serta tempat
wuduk untuk lelaki
dan perempuan serta
mengandungi 4 unit
tandas seperti di
dalam pelan serta
kerja-kerja berkaitan

JUMLAH KESELURUHAN RM
259725.00

Jangka masa pembinaan adalah dianggarkan selama 4 hingga 6 bulan. Dengan


memperuntukkan masa 6 bulan untuk menyediakan modal kewangan yang mencukupi untuk
kos pembinaan, surau ini dijangka akan dapat digunakan sebelum berakhirnya sesi
persekolahan 2014.

7. RUMUSAN
Dari laporan yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat utama
pembesaran surau al Khairiah adalah untuk memperluaskan kepelbagaian fungsinya sebagai
nadi kehidupan harian masyarakat pelajar Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa
khususnya dan semua warga pendidik, staf sokongan, ibu-bapa dan tetamu secara umumnya.

Dengan terbinanya bangunan ini, adalah menjadi harapan warga MRSM Pengkalan Chepa,
agar kegiatan keagamaan serta peranan surau sebagai makmal kerohanian akan dapat
berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha ini, manfaatnya akan
dikecapi oleh semua pihak, sama ada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat
kehidupan akhirat, Insya Allah.

Sumbangan boleh diserahkan melalui Akaun RHB : NO. AKAUN 2-03053-6000945-8 di


atas nama TABUNG SURAU MRSM PENGKALAN CHEPA.

YANG BENAR

.
(SITI FATIMAH BT HASSAN)
PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBESARAN SURAU
MERANGKAP,
PENGETUA
MAKTAB RENDAH SAINS MARA
PENGKALAN CHEPA
16100, KOTA BAHARU
KELANTAN

Anda mungkin juga menyukai