Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014


_________________________________________________________________________

1.0 TUJUAN

Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu


program penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Melalui
kegiatan kokurikulum diharapkan guru pelatih yang melibatkan diri dalam unit
beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) akan menjadi pemangkin kecemerlangan
di bidang kurikulum dan kokurikulum. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan
dalam bidang kokurikulum. Melalui kegiatan kokurikulum diharapkan guru pelatih
yang melibatkan diri dalam unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) akan
menjadi pemangkin kecemerlangan di bidang kurikulum dan kokurikulum. Oleh itu,
perkhemahan ini amatlah bermanfaat sebagai persediaan kepada guru-guru pelatih
PISMP Semester 6 Ambilan Jun 2014 khususnya dan seterusnya dapat
mempraktikkan segala kemahiran yang ada dan telah dipelajari pada masa hadapan.

2.0 LATAR BELAKANG

Program Perkhemahan Unit Beruniform ini merupakan program yang


diwajibkan kepada guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2014 untuk memenuhi
kehendak kurikulum unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS).Dalam program
ini, guru pelatih didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan,
bekerjasama, dan tanggungjawab terhadap profesion perguruan, masyarakat serta
negara. Perkhemahan Unit Beruniform adalah penting. Aktiviti seperti ini harus
dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan murid di
samping dapat menambahkan pengetahuan murid dan mendedahkan mereka
kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan adalah satu aktiviti yang dapat menenangkan fikiran
para guru pelatih dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan
kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aktiviti
yang berbentuk outdoor ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka
dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar. Oleh itu, sebagai bakal
guru, guru - guru pelatih PISMP Semester 6 Ambilan Jun 2014 harus mempunyai
pengalaman dalam aktiviti perkhemahan. Dengan ini, guru - guru pelatih dapat
menjalankan aktiviti perkhemahan di sekolah pada masa hadapan dengan baik dan
teratur.

3.0 OBJEKTIF

4.1 Menguasai ilmu dan kemahiran asas pengurusan dan pentadbiran Kadet
Remaja Sekolah (KRS).

4.2 Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, pengalaman pengurusan dan


pentadbiran KRS dalam merancang, mengurus, mengendali serta
melaksanakan aktiviti KRS di institut dan sekolah.

4.3 Membentuk sikap yang positif, proaktif, berbudaya dalam menjalankan tugas
keguruan mempunyai semangat kekitaan dan sedia berkhidmat untuk
masyarakat.

4.4 Di akhir kursus diharapkan semua guru pelatih yang menganggotai KRS
berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda KRS.

4.0 ANJURAN

4.1 Unit Kokurikulum IPGKSAH

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 PISMP Semester 6 Ambilan Jun 2014

6.0 BUTIRAN PROGRAM

6.1 Tarikh : 10 April 2017 (Isnin) - 13 April 2017

6.2 Masa : 7.30 pagi 1.00 petang

6.3 Tempat : PULAKO IPGKSAH, Kedah


7.0 JUMLAH PESERTA

7.1 Peserta : 25 peserta

7.2 Pensyarah/Fasilitator : 4 orang

Jumlah : 29 orang

8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Tanggungan IPG Kampus Sultan Abdul Halim


8.2 Perbelanjaan sendiri

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Seperti dalam Lampiran A

10.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM

10.1 Seperti dalam Lampiran B

11.0 SENARAI PESERTA PERKHEMAHAN

11.1 Seperti dalam Lampiran C

13.0 PENUTUP

Program Perkhemahan Unit Beruniform ini merupakan salah satu komponen


latihan yang sangat penting dan perlu didedahkan kepada guru pelatih. Diharapkan
program ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada bakal guru untuk
menjadi guru yang berkaliber dan berdedikasi dalam semua aspek serta dapat
membentuk jati diri, semangat bekerjasama, nilai-nilai murni serta ketahanan fizikal
dan mental selaras dengan pelaksanaan program.

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan berkesan. Semoga segala pengalaman di dalam aktiviti perkhemahan ini akan
membantu guru pelatih untuk menganjurkan sebarang aktiviti semasa di sekolah
kelak.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ __________________________
(MAGENTHIRAN A/L SALVARAJO) (TN. HJ. YAKATH ALI BIN S.M.
HABIB MOHAMED)

Setiausaha, Pensyarah Penyelaras,


Perkhemahan Unit Beruniform, Pertandingan Hoki LimaSebelah,
lPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani, 08000 Sungai Petani,
Kedah, Darul Aman. Kedah, Darul Aman.

Tarikh : Tarikh :