Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH RAJA

71350, KOTA , NEGERI SEMBILAN.

Kertas Kerja Latihan Kebakaran


Kali Pertama 2015

1
KERTAS KERJA
LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA 2015

1. Nama Program:
Latihan Kebakaran

2. Pendahuluan:
Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi peraturan keselamatan
bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, pihak hal ehwal murid Sekolah
Kebangsaan Sawah Raja bersetuju untuk mengadakan latihan yang pertama bagi tahun 2015.
Program ini dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya menyelamatkan
diri sekiranya berlaku kebakaran sebenar di sekolah dengan mematuhi arahan keselamatan
yang telah ditetapkan.
.
3.Matlamat:
Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan
pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan
diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.

4. Objektif:
4.1 Pelajar dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat.
4.2 Memberi pendedahan kepada warga SK Sawah Raja tentang bahaya kebakaran
4.3 Membiasakan murid / guru / kakitangan menggunakan laluan keselamatan semasa berlaku
kebakaran.
4.4 Menentukan arahan-arahan kecemasan kebakaran dipatuhi dan dipraktikkan
4.5 Untuk menguji peralatan kebombaan seperti loceng kecemasan, Salur Bantu Mula dan lain-
lain befungsi
4.6 Untuk merekodkan anggaran kerosakkan

2
5. Anggaran Perbelanjaan: RM 20.00

6. Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Sawah Raja.

7. Tarikh & Hari : 31 Mac 2015 (Selasa)

8. Sasaran : Semua pelajar, guru-guru dan staf sokongan SK Sawah Raja

9. Pelaksanaan: 9.1 9.00 pagi : Loceng kecemasan dibunyikan


9.2 Semua warga sekolah bergerak dalam keadaan pantas menutup
tingkap, pintu dan mematikan semua suis.
9.3 Semua warga menuju ke tempat berkumpul mengikut laluan
kecemasan yang ditetapkan
9.4 Murid bekumpul di padang mengikut kelas masing-masing
9.5 Guru kelas merekodkan kehadiran murid
9.6 AJK membuat rondaan dan memeriksa setiap kelas dan bilik
serta persekitaran sekolah
9.7 Guru kelas dan AJK melaporkan situasi kepada pengerusi
9.8 Pengerusi membuat ulasan dan nasihat kepada semua warga
sekolah
9.9. 9.45 pagi : Murid beredar ke kelas masing-masing.

10. Aktiviti: 10.1 Mesyuarat AJK Kerja Program Pengusian Bangunan


10.2 Penyedian Kertas kerja
10.3 Perlaksanaan
10.4 Penilaian

11. Penilaian Program: Dokumentasi Latihan Kebakaran Kali Pertama

12. Sumber Kewangan : Sekolah

3
13. Penutup : Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi

impak yang positif kepada semua guru dan para pelajar supaya mendapat

pengetahuan mengenai keselamatan di sekolah.

4
JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI
En. Bahrim Bin Selamon
(Guru Besar SK Sawah Raja)

NAIB PENGERUSI
En. Muhammad Ikram Bin Muhd Adnan
(GPK HEM SK Sawah Raja)

SETIAUSAHA
En. Khairul Anuar Bin Abd Bar

AHLI JAWATAKUASA

En. Khairiry Bin Abas


Cik Hanis Izzati Bt Baharim
Pn. Arian Bt Zainun
Abd Ghafar Bin Md Rippin
Pn. Khamsiah Bt Hassan

5
JAWATANKUASA PROGRAM

KERTAS KERJA / BROSUR / DOKUMENTASI


En. Khairul Anuar Bin Abd Bar

LOCENG KECEMASAN
En. Khairiry Bin Abas

PENJAGA MASA
Cik Hanis Izzati Bt Baharim

PEMERIKSA BANGUNAN
En. Muhammad Ikram Bin Muhd Adnan
Abd Ghafar Bin Md Rippin

FOTO
En. Khairiry Bin Abas

DISIPLIN DAN KESELAMATAN PELAJAR


Semua guru SK Sawah Raja

6
Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................................. ...................................................

( EN. KHAIRUL ANUAR B ABD BAR) ( EN BAHRIM BIN SELAMON)


Ketua Keselamatan SK Sawah Raja Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sawah Raja

Anda mungkin juga menyukai