Anda di halaman 1dari 4

Dari Raub pergi ke Pontian,

Terus pula ke Kuala Perlis,

Harap semua berikan perhatian,

Mohon saya mulakan Majlis.

Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Surah al-fatihah pembuka bicara.


Al-
fatihah

BismilLahirRahmanirRahim.Assalamu`alaikum Wa RahmatulLahi wa
Barakatuh.Yang Berusaha En Radzi Bin Johari selaku pensyarah GERKO
kami,Yang Dihormati Encik Zainal bin Sulaiman,Seterusnya putera puteri
bakal guru cemerlang sekalian.Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan limpahkurniaNya, kita diberikan
kesihatan dan kesempatan untuk bersama-sama menjayakanPertandingan
Malam Kebudayaan K19 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh tahun2010
pada malam ini.
Purnama berseri di malam hari,Kerdipan Kartika bagai suasa,Malam Kebudayaan
dan Santai Asli,Memertabat seni warisan bangsa.

Sarung ketupat berisi inti,

Dibawa budak sambil berdiri,


Kehadiran semua sangat dihargai,

Moga Majlis bertambah seri.


SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERTANDINGANMALAM KEBUDAYAAN K19
TAHUN 2010Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dihulurkan kepada En
Radzi Bin Johari dan EncikZainal Bin Sulaiman atas kesudian untuk
menghadiri Pertandingan Malam KebudayaanK19 bagi tahun 2010 ini
seterusnya menjadi hakim pada malam ini.Hadirin yang dihormati,

Bunga mawar cantik tersemat,

Dipetik gadis di tepi titi,

Doa dibaca memohon Rahmat,

Moga Majlis sentiasa diberkati.


Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah
tanganmengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh saudara
Bin ... Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin, Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Ustaz
.. bin .. atas bacaan doa sebentar
tadi.Hadirin dan Hadirat sekalian,

Negeri Perak aman sentosa,

Pendidikan Gemilang Misi Utama,

Dengan tiada melengahkan masa,


Kita mulakan aturcara pertama.

Majlis dengan ini mempersilakan yang berusaha saudara Muhammad Anas


Bin MohdSalleh, merangkap pengerusi induk Pertandingan Malam
Kebudayaan K19 bagi tahun2010 untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Muhammad Anas


Bin Sallehatas ucapan beliau yang sungguh bermakna sebentar
tadi.Hadirin dan hadirat sekalian,Kini tibalah acara kemuncak pada malam
ini iaitu Pertandingan Kebudayaan bagi unitK19 bagi tahun 2010.Untuk
membuka tirai persembahan pada malam ini, majlis dengan segala
hormatnyamenjemput kumpulan.....................untuk
membuat persembahan.........................Dipersilakan.Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih atas persembahan....................... itu tadi.Majlis
diteruskan lagi dengan persembahan ................................. Persembahan
ini akandisampaikan oleh kumpulan.....................................................Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.Majlis mengucapkan terima
kasih atas persembahan sebentar itu tadi.Seterusnya
persembahan ............................ oleh pelajar dari
kumpulan........................Kumpulan ini akan
menyampaikan ....................................
yangbertajuk...................................................yang diketuai oleh ................
..................Dipersilakan.Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
persembahan yang bertenaga
olehkumpulan...........................sebentar tadi.Hadirin yang
dimuliakan,Majlis pada malam ini diteruskan lagi dengan pesembahan dari
kumpulan yang
terakhiriaitu dari kumpulan ............................................. Mereka akan .......
.................................Marilah sama-sama kita menghayati persembahan
mereka.Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar itu
tadi.Hadirin sekalian, begitulah tadi persembahan oleh para pelajar unit
k19 yang begitubersemangat.

Majlis diteruskan dengan tayangan video yang telah dihasilkan oleh


pelajar unit K19yang bertajuk..................................Sama-samalah
kita menghayati video tersebut.Hadirin yang dimuliakan,Acara seterusnya
ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandinganpada
malam ini.Untuk itu, dijemput Encik Zainal Bin Sulaiman mengiringi Encik
Radzi Bin Johari untukmenyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi
malam ini.
Kelopak menadah embun menitis,Celahan batu tepian perigi,Berakhir sudah madah
puitis,Sampailah waktu berundur diri.Bersarang tempua celahan
mayang,Sayangnya jatuh di tengah paya,Hendak berpisah terasa sayang,Hendak
bersama apakan daya.
Dengan berakhirnya pantun itu tadi maka berakhirlah sudah majlis kita
pada malam ini.Ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang telah
menjayakan majlis pada malamini. Semoga di lain masa kita berjumpa
lagi. Jamuan disediakan di belakang. Kitatangguh majlis kita pada malam
ini dengan tasbih kaffarah dan Surah al-asr.Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai