Anda di halaman 1dari 22

TIMSS dimulakan pada tahun 1995 dan berlangsung sehingga hari ini.

TIMSS akan
dijalankan setiap 4 tahun dan penyertaan bagi setiap tahun berubah bergantung
kepada kesanggupan dan kemahuan sesebuah negara untuk mengambil bahagian.
Malaysia tidak mengambil bahagian pada tahun yang pertama iaitu tahun 1995
tetapi mula mengambil bahagian pada tahun yang kedua, 1999 dengan pelajar dari
gred 8 atau Tingkatan 2. Semasa TIMSS mula dijalankan di Malaysia, negara kita
tidak menghantar bagi menguji pelajar gred 4 kita atas faktor-faktor tententu. 150
buah sekolah diserata pelusuk semenanjung dan Sabah serta Sarawak dipilih secara
rawak bagi memastikan ujian dapat dijalankan secara adil Menurut laman web
rasmi TIMSS tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengukur prestasi pencapaian
matematik dan sains para pelajar dari Gred 4 dan Gred 8(Tingkatan 2) di peringkat
antarabangsa. Objektif lainya adalah untuk membuat penilaian pencapaian pelajar
antarabangsa bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dalam matematik dan
sains
TIMSS mementingkan keadilan dan kebolehpercayaan sistem ujian mereka yang
dijalankan disemua negara yang terlibat. Sudah pastu IEA mempunyai sebuah
sistem dan cara pemilihan sampel yang sesuai. Jika di Malaysia populasi yang dipilih
adalah murid tingkatan2 disemua jenis sekolah di bawah KPM. IEA menggunakan
teknik Stratified Multi Stage Cluster Sampling yang membuat pemilihan sekolah
yang menyertai disaring dengan beberapa kriteria. Beberapa saringan dibuat yang
mengambil kira kawasan( semenanjung utara, barat, selatan dan barat), sekolah
bandar, luar bandar, dan jenis-jenis sekolah. Pemilihan sampel murid pula diambil
secara rawak. Sebuah kelas dipilih dari satu tingkatan didalam sekolah tersebut
untuk menjalani ujian. Pihak KPM tidak boleh terlibat secara langsung didalam
pemilihan sekolah bagi mengelakkan berlaku pemilihan yang tidak adil.
Selain cara pemilihan sampel, cara pengujian dan instrumen ujian perlu
dijalankan dengan secara adil dan teliti. IEA menggunakan beberapa instrumen
didalam TIMSS iaitu buku ujian, soal selidik murid, soal selidik guru dan soal selidik
sekolah.. Buku ujian yang dibina mengandungi 12 jenis yang berlainan tetapi setara
tahapnya. Buku ujian disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia dan berbentuk
aneka pilihan dan terbuka. Ia juga disediakan dalam dwi-bahasa , Bahasa Inggeri
dan Bahasa Malaysia bagi memudahkan pelajar yang diuji menjawab soalan yang
disediakan. Setiap negara yang mempunyai bahasa rasmi mereka selain dari
bahasa inggeris juga akan disediakan dwi-bahasa. Soal sedlidik pula terbahagi
kepada soal selidik murid, guru dan sekolah. Soal selidik murid menekankan
tentang sikap dan konsep kendiri murid terhadap matematik dan sains, harapan ibu
bapa dan aktivit murid didalam dan diluar sekolah.. Soal selidik guru matematik
pula ditanya tentang latar belakang guru tersebut dan proses pengajaran dan
pembelajarannya didalam kelas. Selain itu, pihak sekolah juga diberi boring soal
selidik yang menekankan bilangan staf, enrolmen, peralatan, kemudahan sekolah
dan jumlah masa pengajaran.
Jadual 1 dibawah menunjukkan Benchmark atau tahap yang disediakan IEA
untuk menilai tahap sesebuah negara. Benchmark tersebut terbahagi kepada 4
kategori Low, Intermediate, High dan Advance Benchmark. Untuk kelas yang
terendah pelajar hanya mempunyai asas sedikit tentang asas pengetahuan
matematik. Bagi kelas sederhana pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang
mereka belajar dan bagi kategori tinggi pelajar dapat mengaplikasikan kefahamana
dan pengetahuan dalam pelbagai situasi yang lebih kompleks. Bagi benchmark
yang tertinggi pelajar sudah boleh mengorganisasikan dan membuat kesimpulan
serta menyelesaikan soalan bukan rutin.

Low Intermediate High International Advanced

International International
Benchmark International
Benchmark Benchmark
Benchmark
(400) (475) (550) (625)
Gred 4
Pelajar Pelajar boleh Pelajar boleh Pelajar dapat
mempunyai mengaplikasikan mengaplikasikan mengaplikasikan
sedikit pengetahuan asas pengetahuan dan kefahaman dan
pengetahuan Matematik dalam kefahaman dalam pengetahuan dalam
asas soalan yang menjawab soalan. pelbagai konteks
Matematik. mudah. soalan yang
kompleks dan dapat
menjelaskan setiap
jawapan yang
diberikan.
Gred 8
Pelajar Pelajar dapat Pelajar dapat Pelajar boleh
mempunyai mengaplikasikan mengaplikasikan mengorganisasikan
sedikit pengetahuan asas kefahaman dan dan membuat
pengetahuan Matematik dalam pengetahuan kesimpulan daripada
mengenai soalan yang dalam pelbagai maklumat, membuat
nombor bulat mudah. konteks situasi generalisasi dan
dan titik yang kompleks. menyelesaikan
perpuluhan, soalan bukan rutin.
operasi dan
graf asas.
Jadual 1

Bagi memastikan keadilan dan kebolehpercayaan ujian ini pihak IEA merangka
pentaksiran berdasarkan dua domain. Domain yang pertama adalah domain
kandungan. Domain kandungan dibahagikan kepada nombor 30%, algebra 30%,
geometri 20% dan data and chance 20%. Seterusnya domain kognitif pula terbahagi
kepada pengetahuan 35%, aplikasi 40% dan penaakulan 25%. Domain kognitif yang
paling tinggi adalah aplikasi. Pelajar di Malaysia hanya mahir pengetahuan tetapi
tidak menguasai aplikasi pengetahuan itu.

PISA

PISA dianjurkan oleh satu pertubuhan negara-negara maju dan membangun iaitu
Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang bertujuan
mengukur pencapaian murid berumur 15 tahun ke atas dalam domain literasi
matematik, literasi sains dan juga literasi bacaan untuk menilai pengetahuan dan
kemahiran remaja untuk menjadi ahli masyarakat yang berjaya. Pada asalnya OECD
ditubuhkan untuk mentadbir rancangan penstrukturan semula negara Eropah
selepas Perang Dunia Kedua. PISA dilakukan atas desakan negara-negara ahli untuk
mendapatkan data yang relevan dan boleh dipercayai tentang pengetahuan dan
kemahiran pelajar serta system pendidikan negara mereka.

Pada pertengahan tahun 1990, OECD mula merancang pembentukan PISA

dan kemudiannya dirasmikan pada tahun 1997. Namun begitu, pelaksanaan PISA
buat pertama kalinya diadakan pada tahun 2000. Tempoh pelaksanaan PISA adalah
selang tiga tahun sekali bermula pada tahun 2000 dan diikuti tahun 2003, 2006,
2009 dan 2012. Malaysia mula menyertai PISA pada tahun 2009 iaitu tahun
keempat pelaksanaannya. Pada PISA 2015 yang bakal dijalankan pada bulan Jun
2015 ini merupakan penyertaan Malaysia buat kali ketiga. Ketika PISA pertama kali
diadakan, sebanyak 43 negara telah mengambil bahagian antaranya Amerika
Syarikat, United Kingdom, Australia, Korea Selatan, Jepun dan juga beberapa negara
lain.

PISA ditaja, ditadbir dan diselaraskan oleh OECD manakala reka bentuk
ujian, pelaksanaan dan analisis data diwakilkan kepada konsortium antarabangsa di
institusi penyelidikan dan pendidikan yang diterajui oleh Majlis Penyelidikan
Pendidikan Australia (ACER). Tugas umum ACER ialah membangunkan dan
melaksanakan prosedur persampelan dan memantau hasil pensampelan di seluruh
negara. Selain itu, instrumen penilaian PISA juga dibina dan ditapis oleh ACER. Di
samping itu, ACER telah membangunkan sebuah perisian yang dikenali sebagai
KeyQuest untuk membantu pensampelan dan perolehan serta penganalisisan data.
OECD berpendapat bahawa PISA merupakan satu kaedah ujian yang sangat
unik. Hal ini demikian kerana PISA memberi manfaat daripada ciri-cirinya yang
bersifat universal iaitu dilakukan di hampir seluruh negara di dunia dan kekerapan
pelaksanaannya. Terdapat lebih daripada 70 buah negara di dunia yang mengambil
bahagian dalam pelaksanaan PISA setakat ini dan kaji selidik yang diberi setiap tiga
tahun membolehkan setiap negara untuk mengesan kemajuan mereka dalam
memenuhi matlamat utama pembelajaran. PISA juga adalah satu-satunya kajian
pendidikan antarabangsa untuk mengukur pengetahuan dan kemahiran daripada
remaja yang berumur 15 tahun iaitu usia pelajar di kebanyakan negara yang sudah
hampir kepada penghujung tahun wajib persekolahan.

Di Malaysia, sampel kajian dipilih dalam kalangan murid yang berumur 15

tahun ke atas di semua jenis sekolah di seluruh Malaysia. Kaedah pemilihan sampel
sekolah adalah dengan menggunakan kaedah Stratified Multi Stage Cluster
Sampling. Melalui kaedah pemilihan ini, sebanyak 150 buah sekolah dipilih secara
rawak dan kebarangkalian untuk setiap negara menghantar semua sampel yang
terdiri daripada sekolah yang cemerlang adalah sangat tipis. Oleh yang demikian,
satu sampel yang mempunyai kepelbagaian sama ada dari segi latar belakang
sekolah atau latar belakang sosioekonomi dapat dihasilkan sekaligus menjadikan
penilaian prestasi antara negara lebih berkesan. Untuk sampel murid pula,
sebanyak 35 orang murid dipilih secara rawak dengan menggunakan aplikasi yang
dibangunkan oleh ACER iaitu aplikasi KeyQuest.

Keunikan PISA juga dapat dilihat daripada pemeriksaan penguasaan

kurikulum tertentu di sekolah yang menilai keupayaan pelajar untuk mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian utama dan menganalisis,
menjelaskan dan berkomunikasi dengan berkesan di samping mereka meneliti,
mentafsir dan juga menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar tidak boleh
mempelajari kesemua perkara yang mereka perlu tahu hanya di sekolah. Dalam
usaha untuk menjadi pelajar yang mengamalkan kaedah pembelajaran sepanjang
hayat (lifelong learners) yang berkesan, pelajar bukan hanya memerlukan
pengetahuan dan kemahiran tetapi juga kesedaran yang tinggi tentang tujuan dan
kaedah mereka belajar. Oleh yang demikian PISA menguji dan menilai prestasi
pelajar di dalam literasi bacaan, literasi Matematik dan juga literasi Sains di
samping memupuk pelajar tentang motivasi dalam diri mereka, kepercayaan
kepada diri sendiri dan juga strategi pembelajaran.

Sehingga kini, PISA telah menjalankan ujian menggunakan kaedah pensel

dan kertas ujian (pencil-and-paper tests). Soalan ujian terdiri daripada kedua-dua
bentuk iaitu soalan objektif dan soalan yang memerlukan pelajar untuk membina
jawapan mereka sendiri. Bentuk-bentuk soalan selalunya terdiri daripada beberapa
potong ayat yang disertakan dengan gambar, graf atau jadual yang menyatakan
situasi kehidupan sebenar. Setiap pelajar menduduki ujian selama dua jam
tempohnya. Pada tahun 2009 dan 2012, hanya beberapa negara telah memilih
untuk menumpukan masa untuk penilaian berasaskan komputer manakala pada
tahun 2015 pelaksanaan PISA juga akan melibatkan simulasi ujian berkomputer
tanpa ada pengecualian.
Untuk pemilihan soalan PISA, semua negara peserta dijemput untuk
mengemukakan soalan kepada kontraktor atau lebih dikenali sebagai konsortium
antarabangsa. Di samping itu, konsortium antarabangsa juga turut menulis
beberapa soalan dalam masa yang sama. Kemudiannya, soalan-soalan yang
dikemukakan akan dikaji semula oleh konsortium antarabangsa untuk memastikan
soalan tidak bias kepada sesuatu negara. Pemilihan dan penentuan soalan PISA
dilakukan atas dasar sebuat suara dan akan digunakan dalam PISA. Seterusnya,
soalan yang telah dipilih akan dijalankan secara percubaan bagi untuk
mengenalpasti sama ada terdapat soalan yang terlalu sukar atau terlalu mudah
bagi sesebuah negara. Sekiranya terdapat soalan yang terlalu sukar atau terlalu
mudah, ACER bertanggungjawab menggugurkan daripada ujian PISA sebenar.

Instrumen kajian PISA terdiri daripada empat perkara iaitu ujian bertulis,
soal selidik murid, ujian berkomputer dan juga soal selidik pengetua. Bagi ujian
bertulis, masa diperuntukkan kepada pelajar adalah selama 2 jam untuk menjawab
soalan yang terdiri daripada item-item aneka pilihan dan juga soalan terbuka. Item-
item tersebut disusun dalam kumpulan berdasarkan teks yang menggambarkan
situasi dalam kehidupan sebenar. Ujian berkomputer pula merangkumi sebanyak 18
hingga 20 soalan berbentuk penyelesaian masalah. Murid akan menggunakan
komputer untuk membuat simulasi sebelum menjawab soalan PISA. Soal selidik
murid dilakukan untuk mengkaji latar belakang murid, persepsi dan juga sikap
murid terhadap subjek Sains, Matematik dan juga kemahiran membaca. Selain itu,
soal selidik ini juga menilai tahap motivasi dan amalan strategi pembelajaran murid.
Soal selidik pengetua pula bertujuan mengumpul maklumat berkenaan
sekolah.Maklumat soal selidik membantu negara untuk melihat perkaitan antara
keputusan PISA dengan faktor yang mempengaruhinya seperti jantina, perpindahan
sekolah, latar belakang sosioekonomi, sikap pelajar tentang sekolah dan
pendekatan pembelajaran yang digunakan.

Setiap negara peserta mesti menyediakan sampel sekurang-kurangnya

5000 pelajar. Namun begitu, sekiranya negara tersebut mempunyai bilangan
penduduk yang sedikit, maka keseluruhan kohort akan diuji manakala bagi negara
yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai, maka sampel lebih besar
diperlukan untuk perbandingan antara wilayah. Untuk penskalaan data pula,
markah diskalakan supaya purata setiap domain adalah 500 dan sisihan piawai
adalah 100. ACER telah melantik beberapa orang penanda ujian PISA yang
ditauliahkan bagi setiap negara untuk menanda skrip jawapan PISA menggunakan
panduan yang telah ditetapkan oleh pakar PISA. Penandaan skrip disilang periksa
oleh pakar lain bagi meminimumkan kesalahan yang dilakukan ketika melakukan
penandaan. Data akhir akan dihantar ke OECD untuk menentukan kedudukan PISA
bagi negara yang mengambil bahagian.
PISA tidak diberikan markah secara kolektif sebaliknya markah diberi untuk
setiap subjek dan kedudukan negara-negara disenaraikan mengikut skor purata
setiap domain. Malaysia mula menyertai PISA pada tahun 2009 dan berada pada
tempat ke-57 daripada 74 negara peserta dengan skor sebanyak 404. Skor min
antarabangsa pada tahun 2009 ialah 458 dan hal ini menunjukkan pencapaian
Malaysia masih di bawah tahap memuaskan dan perlu lebih banyak
penambahbaikan. Pada tahun 2012, Malaysia berada pada kedudukan ke-52
daripada 65 negara peserta dengan skor 421 berbanding skor antarabangsa iaitu
sebanyak 494. Berdasarkan kedudukan dan skor yang diperoleh Malaysia, terdapat
banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan agar tahap pendidikan Malaysia
berada setaraf dengan negara-negara lain seperti China, Singapura, Korea Selatan,
Jepun dan juga Finland.

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PRESTASI MALAYSIA

Dalam kajian Kementerian Pendidikan, kedudukan yang tersorot berbanding negara-

negara lain, disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu:

Sikap Murid
Dalam hal ini, ramai murid yang menyertai PISA tidak bersungguh-sungguh
menjawab soalan PISA kerana mereka menganggap penilaian ini tidak penting. Oleh
yang demikian, semasa pelaksanaan ujian PISA dijalankan, banyak soalan yang
tidak dijawab oleh murid.

Format Soalan PISA

Jika dilihat dan diteliti, soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan
pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan
peperiksaan awam adalah lebih ringkas dan berdasarkan rajah serta jadual. Oleh
sebab itu, pelajar lebih menunpukan perhatian kepada perperiksaan awam dan
kurang serius ketika menjawab soalan-soalan ujian PISA. Juga bentuk jawapan
dalam Perpereksaan Awam tertumpu kepada jawapan pilihan dan tidak banyak
berbentuk penulisan seperti dalam ujian PISA.

Keutamaan Guru
Faktor penyumbang yang seterusnya adalah keutamaan guru yang mana
kebanyakan guru lebih mengutamakan untuk menghabiskan sukatan mata
pelajaran dengan cepat dan mereka tidak mengambil masa untuk memahamkan
murid dengan konsep. Guru juga menggunakan banyak jalan pintas iaitu menyuruh
murid supaya menghafal terutamnya melalui latihan latih tubi. Oleh sebab itu,
murid hanya menghafal tetapi tidak memahami konsep.

STRATEGI BAGI MENGATASI MASALAH KEMEROSOTAN PISA

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Sejak beberapa tahun yang lepas Kementerian Pendidikan berusaha menangani
masalah kemerosotan ini, salah satunya dengan mengenalkan Sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah(PBS). Sistem PBS ini telah agak lama diperkenalkan di
peringkat antarabangsa dan banyak dikaji dan dibincang di Bangsa-bangsa bersatu.
Ianya telah dilaksanakan di banyak negara di dunia termasuk negara-negaru maju
seperti Australia, Britain, Hong Kong dan juga mulai diperkenalkan di Singapura.
Pada masa kini pentadbiran sistem PBS dipermudahkan lagi dengan adanya sistem
telekomunikasi dan ICT yang canggih di sesebuah negara. Tujuan utama sistem PBS
ialah untuk menambah-baik hasil daripada institusi pendidikan negara. Ianya
bertujuan mengeluarkan graduan-graduan yang lebih baik bukan sahaja dari segi
akademik, tetapi juga di segi akitiviti ko-kurrikulum disamping mengumpul data
tentang kelebihan dan kelemahan seseorng pelajar. Ia bertujuan mengubah sistem
sekarang yang berorientasikan peperiksaan kepada yang lebih berorientasikan
prestasi seseorang pelajar berasaskan pentaksiran dibuat diperingkat sekolah.

KSSR/KSSM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada tahun Januari
2011 dan Kurikulum Standarrd Sekolah Menengah (KSSM) pula diperkenalkan pada
tahun 2017. KSSR dan KSSM ini merupakan elemen baru iaitu inovasi dan kreativiti
dengan subek keusahawanan dan teknologi maklumat komunikasi (ICT).

i-Think
i-Think bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar
ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah
hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi
Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah iaitu 6 buah sekolah rendah
dan 4 buah sekolah menengah sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan
Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian
mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi
pengenalan Program i-Think ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan
masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Kaedah pembelajaran i-Think ialah dengan menggunakan 8 Peta Pemikiran. Peta
Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran
secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh
digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh
digunakan iaitu peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta
dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan akhir sekali ialah peta titi.

Kajian Susulan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan kajian kes di sekolah yang
mendapat keputusan yang cemerlang pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada
kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai amalan terbaik pengajaran.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan
penanda aras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan
Matematik, Sains dan Membaca. Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan
akan diubahsuai dengan menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang
menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025:
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.
Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam
(Higher Order Thinking Skills) HOTs atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan
Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai
HOTs bermula pada Januari 2013.

Task Force PISA dan TIMSS

Task Force PISA dan TIMSS telah ditubuhkan selepas mendapat arahan YAB Menteri
Pelajaran dalam mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP) dan diketuai
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Task Force ini memberi tumpuan
untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) dalam kalangan murid
dan guru.

RUMUSAN
Secara kesimpulannya, apa yang dapat dilihat ialah prestasi murid Malaysia adalah
lemah, khususnya dalam Matematik, yang mana keadaan ini amat membimbangkan
memandangkan penguasaan dalam mata pelajaran ini dianggap oleh OECD sebagai
kunci kepada masa depan yang positif, kerana ia mempengaruhi keupayaan remaja
untuk mengambil bahagian dalam pengajian tinggi di samping mencapai
pendapatan yang diingini. Tambahan pula, Kajian Kemahiran Dewasa oleh OECD
juga menunjukkan bahawa kemahiran matematik yang lemah akan menghalang
ketercapaian masyarakat kepada gaji yang lebih tinggi serta pekerjaan yang lebih
memuaskan.
Hal ini bermaksud Malaysia sedang menghadapi krisis yang membimbangkan dalam
pendidikan dan sekiranya tidak ditangani, maka ia akan membawa kepada kesan
jangka panjang yang negatif ke atas pembangunan ekonomi.

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan
yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan
memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid
tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-
murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan
menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan
menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di
mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-
guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009
sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah
selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan
Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca,
menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT),
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan
aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian,
fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran
4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam
persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan
peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

*Telah pun melihat sukatan pelajaran KSSR (Bahasa Melayu Tahun 1). Menarik kerana tidak ada
huraian sukatan pelajaran yang mengarut seperti sebelum ini. Aspek seni bahasa juga diperkenalkan
selain pengekalan kemahiran bahasa yang utama. Apa yang pasti, pembaharuan dokumen sukatan
pelajaran juga turut menerapkan aspek sains dan teknologi dalam P & P.
(sumber

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student

Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-
operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun
2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.
PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji
tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains
dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan
hampir seramai 510 000 pelajar terlibat.

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka
(open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice).

Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan
PIRLS.

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science

Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading
Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua
ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam

subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.
Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea,
Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah
negara-negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang
terbaik di dunia, terutamanya sistem pendidikan negara Finland.

Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong
Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi
dalam ujian membaca, Sains dan Matematik.

Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut: Sumber

2009
Matematik - 57 (mata 404)
Sains - 53 (mata 422)
Membaca - 55 (mata 414)

2012
Matematik - 52 (mata 421)
Sains - 53 (mata 420)
Membaca - 59 (mata 398)

Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia,
jelas menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.

Dikatakan ada 3 faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar
yang tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang
berbeza daripada format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan
keutamaan guru dalam menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep
sebenar pengetahuan

KSSR / KSSM
Elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan
teknologi maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM
(Kurikulum Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017.

2. i-Think
Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran
dengan menggunakan 8 Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah
sekolah, dan dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.

3. Kajian Susulan
KPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang
pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan
sebagai amalan terbaik pengajaran.

4. PPPM
Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan
penandaaras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan
Matematik, Sains dan Membaca.
Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan
menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT).

5. Task Force TIMSS dan PISA

Pasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid dan guru.

Mudah-mudahan artikel mengenai PISA dan TIMSS ini, mampu memberi ruang
kepada kita untuk memahami dan menilai semula rasional di sebalik transformasi
pendidikan yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekiranya anda merasakan artikel ini dapat memahamkan orang lain juga mengenai
Ujian PISA dan kaitannya dengan bakal sistem pendidikan negara kita, maka saya
sangat mengesyorkan untuk anda kongsi artikel ini. Terima kasih, semoga kita
sama-sama mendapat manfaat!

TIMSS dimulakan pada tahun 1995 dan berlangsung sehingga hari ini. TIMSS akan