Anda di halaman 1dari 82

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

MODUL LATIHAN
KELAB KITAR SEMULA
SEKOLAH RENDAH
SELAMATKAN BUMI KITA AMALKAN KITAR SEMULA
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

KANDUNGAN

KATA ALU-ALUAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF i


PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN ii


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM AKTIVITI PROGRAM KITAR SEMULA iii

RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA iv

PELAJARAN 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL

1.1 Definisi 2
1.2 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal 3
1.3 Komponen Pengurusan Sisa Pepejal 5
1.4 Jenis Sisa Pepejal Terkawal
a) Sisa Pepejal Isi Rumah 6
b) Sisa Pepejal Awam 8
c) Sisa Pepejal Import 11
d) Sisa Pepejal Khas 13
e) Sisa Pepejal Institusi 15
f) Sisa Pepejal Komersial 17
g) Sisa Pepejal Pembinaan 19
h) Sisa Pepejal Perindustrian 20

PELAJARAN 2 : 3R

2.1 Definisi 3R 22
2.2 Elemen-Elemen 3R 22
2.3 Cadangan Aktiviti 3R 23
2.4 Halaman Seni Kreatif
2.4.1 Melabel pokok-pokok dengan barangan kitar semula 26
2.4.2 Menghias taman dengan bahan-bahan terbuang 27
2.4.3 Menghias pagar dengan barangan kitar semula 28
2.4.4 Sudut kitar semula dan alam sekitar 29
2.5 Cadangan Program 3R
2.5.1 Gotong-royong dan program khidmat masyarakat 30
2.5.2 Minggu inovasi 31
2.5.3 Pertandingan keceriaan kelas 32
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

PELAJARAN 3 : KITAR SEMULA

3.1 Definisi Kitar Semula 34


3.2 Warna Tong Kitar Semula Dan Kegunaannya 35
3.3 Kraftangan Kreatif Kitar Semula
3.3.1 Mencipta Kolaj 36
3.3.2 Sisa Asah Pensel Warna Yang Berguna 37
3.3.3 Kumbang Di Taman 41
3.3.4 Bunga Straw 42
3.3.5 Merekacipta Pokok Kitar Semula 43

PELAJARAN 4 : PENGKOMPOSAN

Definisi Pengkomposan 45
4.2 Objektif Pengkomposan 45
4.3 Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga 46

PELAJARAN 5 : SISTEM BANK KITAR SEMULA

5.1 Objektif Bank Kitar Semula 50


5.2 Pelaksanaan Bank Kitar Semula 50

PELAJARAN 6 : PROGRAM PERKHEMAHAN

6.1 Objektif Perkhemahan 61


6.2 Jadual Tentatif Perkhemahan 62

7.0 PENILAIAN AKHIR TAHUN 64


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA (Edisi 1)

Modul Latihan Kelab Kitar Semula ini merupakan modul yang pertama diterbitkan
pada tahun 2013. Modul ini merupakan bahan rujukan dan panduan kepada Guru
Penasihat dalam membimbing dan melatih ahli ahli kelab di dalam pelaksanaan
aktiviti aktiviti Kelab KItar Semula.
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

KATA ALU-ALUAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

Isu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam


mungkin adalah perkara yang amat mudah dan remeh bagi
sebahangian kita. Namun sebenarnya ia adalah suatu masalah
yang amat kritikal untuk diatasi dengan pertambahan sampah
yang dijana setiap hari semakin meningkat. Anggaran sisa yang
dijana oleh setiap penduduk Malaysia pada tahun 2013 telah
mencapai antara 30,000 tan 33,000 tan. Dengan itu pengurusan
sisa pepejal dan pembersihan awam perlulah diuruskan secara
bersepadu, cekap dan berkesan bagi menjamin kelestarian alam
sekitar dalam kehidupan kita.
Pengurusan sisa pepejal adalah satu proses dimana sisa pepejal diuruskan bermula
dari penjanaan, penyimpanan, pemungutan, pemindahan, pengangkutan dan pelupusan
supaya ianya diurus dengan sistematik dan teratur. Proses tersebut memerlukan peruntukan
kewangan yang tinggi dan bertambah dari tahun ke tahun. Oleh kerana kos pengurusan
sisa pepejal semakin meningkat, maka program kitar semula perlu dilaksanakan bagi
mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dibuang dipunca.
Transformasi minda masyarakat perlu dilaksanakan bagi mengatasi isu penjanaan
sisa pepejal yang terus meningkat setiap tahun disebabkan dengan peningkatan jumlah
penduduk dan pembangunan yang semakin rancak. Menyedari hal ini, PPSPPA dengan
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju dan meluluskan Modul Latihan
Kelab Kitar Semula digunapakai dan dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan
menengah di seluruh Semenanjung Malaysia.
Modul ini merupakan bahan rujukan dan panduan kepada guru-guru penasihat
untuk membimbing dan melatih pelajar-pelajar untuk menjadi seorang individu yang
mementingkan penjagaan kebersihan persekitaran dan membudayakan aktiviti kitar
semula dalam kehidupan seharian. Disamping itu, memastikan mesej pengurusan sisa
pepejal dan amalan kitar semula dapat diterima oleh pelajar dengan lebih terancang dan
berkesan.
Aspirasi PPSPPA adalah supaya negara kita dapat mentransformasikan minda
masyarakat dan generasi akan datang yang prihatin dan mempunyai kesedaran yang
tinggi dalam kebertanggungjawaban menjaga kebersihan dan alam sekitar yang
mampan.
Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan
merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan PPSPPA di atas
usahasama menerbitkan Modul Latihan Kelab Kitar Semula.

Sekian, Terima Kasih

SELAMATKAN BUMI KITA, AMALKAN KITAR SEMULA

(DATUK AB. RAHIM BIN MD NOOR)


Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

i Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih
dan tahniah kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam dengan kerjasama Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia
atas penghasilan Modul Kelab Kitar Semula. Modul ini
merupakan garis panduan pengajaran serta aktiviti-aktiviti
yang akan dilaksanakan oleh Kelab Kitar Semula di dalam
aktiviti kokurikulum sekolah.

Bersesuaian dengan matlamat penubuhannya, Kelab Kitar


Semula berperanan untuk melahirkan generasi celik bahan di
kalangan generasimuda khususnya murid sekolah. Dengan
terbitnya Modul Kelab Kitar Semula ini diharapkan dapat membantu guru-guru dalam
menjalankan aktiviti alam sekitar di sekolah secara terancang dan sistematik sekaligus
menyalurkan pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan sisa pepejal dan kitar
semula agar mereka dapat membudayakan amalan kitar semula dan kepentingan
penjagaan kebersihan persekitaran di dalam kehidupan seharian.

Pelaksanaan kelab ini juga memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
memperkembangkan potensi murid secara holistik dan bersepadu demi melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Selain itu, saya percaya ianya selari dengan tuntutan untuk melahirkan modal insan
yang berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia dan berketerampilan.

Saya berharap semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Kelab Kitar Semula ini
akan memberikan sepenuh kerjasama dalam menjayakannya.

SELAMAT MAJU JAYA

(DATUK DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF)


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam ii


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

KURIKULUM AKTIVITI PROGRAM KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH


KELAB : KELAB KITAR SEMULA

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.0 Asas pengurusan sisa pepejal


Definisi sisa pepejal 1.1 Memahami definisi sisa pepejal
Hierarki pengurusan sisa pepejal 1.2 Memahami hierarki pengurusan sisa pepejal
Komponen pengurusan sisa pepejal 1.3 Memahami komponen-komponen
Jenis-jenis sisa pepejal pengurusan sisa pepejal
1.4 Mengetahui jenis jenis sisa pepejal
yang dijana

2.0 3R 2.1 Memahami definisi 3R


Definisi 3R 2.2 Memahami elemen elemen 3R
Elemen-Elemen 3R 2.3 Mengetahui cara cara mengamalkan 3R
Cadangan amalan 3R 2.4 Mengetahui cara-cara untuk
Halaman Seni Kreatif 3R mempelbagaikan kegunaan
Cadangan program 3R bahan terbuang
2.5 Mengetahui cara cara melaksanakan
program 3R

3.0 Kitar Semula 3.1 Memahami definisi kitar semula


Definisi kitar semula 3.2 Mengetahui jenis warna tong kitar semula
Warna tong kitar semula 3.3 Menghasilkan kraf tangan kreatif daripada
dan kegunaannya barang-barang kitar semula
Kraf tangan kreatif kitar semula

4.0 Pengkomposan 4.1 Memahami definisi pengkomposan


Definisi pengkomposan 4.2 Memahami objektif pengkomposan
Objektif pengkomposan 4.3 Memahami teknik pengkomposan
Teknik pengkomposan menggunakan menggunakan pasu bunga
pasu bunga

5.0 Bank Kitar Semula 5.1 Memahami konsep pelaksanaan Bank


Pengenalan aktiviti Bank Kitar Semula Kitar Semula
Pelaksanaan Bank Kitar Semula 5.2 Melakukan Bank Kitar Semula
Kepentingan Bank Kitar Semula 5.3 Mengetahui kepentingan Bank
Kitar Semula

6.0 Program perkhemahan 6.1 Memahami objektif perkhemahan yang


Objektif perkhemahan dilaksanakan
Jadual tentatif perkhemahan 6.2 Jadual tentatif perkhemahan yang akan
dilaksanakan berdasarkan kesesuaian
dan kreativiti guru

iii Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB


KITAR SEMULA

KELAB : KELAB ALAM SEKITAR/KITAR SEMULA


PENGENALAN : ASAS SISA PEPEJAL DAN KITAR SEMULA
MATLAMAT : MELAHIRKAN GENERASI YANG MEMENTINGKAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR
DAN KITAR SEMULA

PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN

1 Pelantikan Murid dapat: - Ice Breaking -Siar raya


Jawatankuasa dan -berinteraksi antara - Memperkenalkan
Suai kenal : satu sama lain diri
-mengenali guru - Melantik dan
Mesyuarat: penasihat memilih AJK
-Pendaftaran ahli -memberikan dan - Membuat
-Suai kenal menyatakan perancangan
-Lantikan AJK pendapat aktiviti
-Perancangan -merancang aktiviti
program dengan berkesan

2 Pelajaran 1 : Murid dapat: -Menonton - Siar raya


Asas Pengurusan -memahami tayangan video/ - Gambar/
Sisa Pepejal : maksud sisa slide mengenai Video/Slaid
- Definisi sisa pepejal asas pengurusan - Soalan Kuiz
pepejal sisa pepejal - Penerangan
- Hierarki -Mendapat daripada
pengurusan sisa penerangan pegawai
pepejal daripada guru PPSPPA/Guru
-Mengadakan kuiz
-Menyuai padan
gambar

3 Pelajaran 1 ; Murid dapat: -Gambar/gambar -Siar raya


Asas Pengurusan -memahami slaid/ video yang -Komputer riba
Sisa Pepejal komponen menerangkan
-Penjanaan pengurusan mengenai
-Pengasingan dan sisa pepejal. komponen
penyimpanan pengurusan
-Kutipan dan sisa pepejal
pengangkutan
-Perpindahan dan
rawatan
-Pemerolehan
semula bahan
dan tenaga
-Pelupusan akhir

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam iv


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

4 Pelajaran 1 : Murid dapat: -Mendapat - Siar raya


Asas Pengurusan -memahami penerangan - Gambar/
Sisa Pepejal punca punca daripada guru Video
Jenis Sisa Pepejal sisa pepejal -Menonton
Terkawal dihasilkan tayangan video/
- Sisa Pepejal Isi slideshow berkaitan
Rumah sisa pepejal
- Sisa Pepejal terkawal
Awam -Menyuai padan
- Sisa Pepejal gambar tentang
Import pemahaman murid
- Sisa Pepejal Khas mengenai sisa
- Sisa Pepejal pepejal terkawal
Institusi
- Sisa Pepejal
Komersial
- Sisa Pepejal
Pembinaan
- Sisa Pepejal
Perindustrian

5 Pelajaran 2 : Murid dapat: -Mendapat -Siar raya


3R -mempelajari penerangan -Gambar/video
- Definisi 3R maksud 3R daripada guru -Soalan kuiz
- Elemen-elemen -membezakan -Menonton gambar -Gambar logo
3R elemen reduce, /video yang 3R
- Amalan 3R di reuse dan recycle menerangkan
sekolah dan di -mempelajari elemen 3R
rumah amalan-amalan -Mewarnakan
3R yang dapat logo 3R
dipraktikkan di
sekolah dan di
rumah

6 Pelajaran 2 ; Murid dapat: -Melabelkan pokok -Tin aluminium,


3R -Menanamkan dengan barangan botol plastik,
-Halaman seni sikap bekerjasama kitar semula kadbod,baja,
kreatif 3R -Memperkukuh jati -Menghiasi taman kompos
diri untuk menjadi dengan barangan
manusia yang kitar semula
bertanggung- -Menghiaskan
jawab pada alam pagar dengan
sekitar barangan kitar
-Menjanakan idea semula
kreatif dalam -Membajakan
menggunakan kawasan landskap
barang-barang sekolah
terbuang -Mewujudkan sudut
/taman 3R

v Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

7 Pelajaran 2 : Murid dapat: -Mengadakan -Plastik sampah


3R -mengenal pasti pembahagian -Penyapu
-Gotong-royong bahan yang boleh kumpulan -Tong sampah
dengan dikitar semula dan -Mendapat
menerapkan yang tidak boleh penerangan
elemen dikitar semula daripada guru
pengasingan sisa -pengalaman -Mengambil
amali selain bahagian dalam
daripada aktiviti gotong-
pembelajaran di royong dengan
dalam bilik darjah penerapan elemen
sahaja pengasingan sisa

8 Pelajaran 3 : Murid dapat: -Mendapat -Gambar tong


Kitar Semula -mempelajari kitar penerangan kitar semula
- Pengenalan semula daripada guru -Barangan kitar
mengenai kitar -mencari maklumat -Melihat gambar- semula
semula mengenai bahan- gambar dan tong contoh:
- Bahan bahan bahan yang boleh kitar semula bagi surat khabar,
yang boleh dikitar dikitar semula memperkukuh tin aluminium
semula -mengetahui pemahaman
- Tong kitar jenis-jenis tong kitar -Mengenal pasti
semula semula barang-barang di
- Langkah-langkah -cara-cara persekitaran sama
mengitarkan mengitar ada boleh dikitar
barangan barangan dengan semula atau tidak
dengan betul betul

9 Pelajaran 3 : Murid dapat: -Mendapat -Kulit kerang


Kitar Semula -mempelajari penerangan -Telur
-Mencipta kolaj teknik teknik daripada guru -Batang aiskrim
membuat kolaj -Menghasilkan -Bahan-bahan
- merangsang lukisan berasaskan terbuang
daya reka cipta bahan-bahan
dan kreativiti terbuang

10 Pelajaran 3 : Murid dapat: -Mendapat -Kertas lukisan/


Kitar Semula -merangsang daya penerangan kertas A4/
-Sisa asah pensel kreatif dalam daripada guru manila kad
yang berguna menghasilkan -Melukis lukisan -sisa asah
lukisan yang mengkut kreativiti daripada
menarik -Menampalkan pensel warna
-mempelajari sisa asah pensel yang beraneka
teknik di atas lukisan -pensel warna/
menggunakan yang dihasilkan krayon
sisa asah pensel secara kreatif -gam
dalam lukisan -butang
yang dihasilkan bentuk mata

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam vi


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

11 Pelajaran 3 : Murid dapat: -Melawat ke Pusat Contoh:


Kitar Semula -pendedahan kitar semula -Pusat kitar
-Lawatan ke Pusat kepada keadaan -Menyediakan semula
kitar semula sebenar pusat soalan sebelum komuniti
kitar semula lawatan -Kilang kertas
-melihat sendiri (tanggapan awal) -Kilang plastik
langkah-langkah -Membuat refleksi -Kilang kaca
yang dilakukan -Menyediakan -Pusat kitar
untuk laporan yang semula TESCO
penghantaran terbaik
dan penjualan
barang di pusat
kitar semula
-memahami
kaedah
penghantaran
barangan kitar
semula
12 Pelajaran 3 : Murid dapat: -Mendapat -Ranting kayu
Kitar Semula -menjana idea penerangan -Tin-tin
-Mereka cipta kreatif dalam daripada guru -Tali
pokok kitar semula menghasilkan -Mereka cipta
pokok kitar semula pokok kitar semula
-menghargai mengikut daya
barang-barang kreativiti
terbuang dan murid-murid
menggunakannya
untuk dijadikan
perhiasan
13 Pelajaran 3 : Murid dapat: -Penerangan -Kertas lukisan
Kitar Semula -memperkembang daripada guru -Pensel warna
-Melukis dan daya kreativiti -Melukiskan dan -Warna air
mewarna mewarnakan
bertemakan kitar gambar yang
semula berkaitan dengan
kitar semula
14 Pelajaran 3 : Murid dapat: -Membuat -Bahan-bahan
Kitar Semula -memperkembang pameran pameran
-Hari Kitar Semula daya komunikasi mengenai 3R -Penimbang
dan interaksi -Mengadakan -Kalkulator
-berkongsi ilmu pengumpulan dan -Buku stamp
yang dipelajari jualan barangan -Barang-
dalam kelab kitar semula barang kitar
bersama dengan -melukis dan semula
murid-murid lain mewarna bertema -Kertas lukisan
-memahami cara kitar semula -Pensel warna
penjualan barang -Menyertai kuiz -Warna air
kitar semula - Mengadakan
-meningkatkan pertandingan
semangat kerja keceriaan bilik
berpasukan darjah
vii Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

15 Pelajaran 4 : Murid dapat: Pembahagian -Pasu-pasu


Pengkomposan -mempelajari kumpulan bunga kosong
-Penerangan -Sisa-sisa dapur
-Membuat kompos teknik-teknik
mengkompos daripada guru /sisa-sisa kebun
menggunakan -Membuat kompos
pasu bunga menggunakan -Tanah-1 pasu
pasu bunga dengan
-Air
-mempraktikkan menggunakan pasu
kaedah bunga mengikut
pengkomposan langkah-langkah
ini di rumah yang telah
diterangkan
16 Pelajaran 5: Murid dapat: -Mendapat -Siar raya
Bank Kitar Semula -memahami penerangan -Slaid
perjalanan Bank daripada guru -Garis panduan
Kitar Semula atau pihak yang Bank Kitar
berkaitan
-mengaplikasi Semula
-membuat buku
aktiviti kitar setem -Penimbang
semula dalam -mengenal pasti -Kalkulator
kehidupan stesen penerimaan
seharian barang
-memahami nilai -merancang sesi
yang ada pada penghantaran
sisa pepejal barangan kitar
semula
17 Pelajaran 6 : Mewujudkan -Mengadakan -Plastik sampah
Perkhemahan perasaan bengkel tentang -Penyapu
cintakan alam kesedaran alam -Tong sampah
sekitar di samping sekitar dan teknik
mengumpul penanaman pokok -Khemah
bakau dan -Beg
barangan
pemuliharaan -Makanan dan
kitar semula pantai minuman
-Mengadakan -Bahan-bahan
bicara berirama
-Mengadakan untuk kompos
penerokaan -Barangan
-Memburu harta kitar semula
karun
-mengadakan
Raja rimba
-Resolusi dari rimba
-Mengadakan
program
perkhemahan
di sekitar taman
rekreasi
18 Penilaian akhir Guru dapat : Menjalankan majlis Laporan akhir
tahun -Membuat penghargaan dan aktiviti kutipan
rumusan markah pengiktirafan ahli barangan kitar
kepada ahli kelab kelab dan semula
dan murid-murid murid-murid
yang berjaya berkenaan dengan
dalam kutipan barangan
pengumpulan kitar semula tertinggi
barangan kitar setiap akhir tahun.
semula terbanyak
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam viii
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

FAKTA

GAS RUMAH HIJAU TERDIRI DARIPADA..

- Karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera apabila sisa


pepejal, bahan api, kayu dan barang buatan kayu dibakar.

- Metana dibebaskan semasa proses pembuatan dan


pengangkutan arang, gas asli dan minyak; penguraian
sisa organik ditapak pelupusan sampah dan perternakan.

- Nitrous oksida dibebaskan semasa aktiviti dalam pertanian


dan industri serta pembakaran sisa pepejal dan bahan api.

- Hydrofluorocarbons (HFCs), perfluorocarbons (PFCs), dan


sulfur hexafluoride (SF6) merupakan gas rumah hijau yang merbahaya
disebabkan oleh aktiviti industri. Punca pembebasan HFC adalah dari peti
sejuk, hawa dingin, aerosol dan pelarut. PFCs and SF6 kebanyakan
dibebaskan oleh industri / kilang pemprosesan seperti pembuatan
semikonduktor.

Untuk setiap 3500 tan sampah yang


dihasilkan (satu tan sampah
menghasilkan 150 liter leachate/
air sampah), lebih kurang 525000
liter leachate dihasilkan.

Sumber : StarMetro : Isnin, 27 April 2009


ASAS PENGURUSAN
SISA PEPEJAL
YANG SISTEMATIK
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

1.1 Definisi

BERDASARKAN AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL


DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007 (AKTA 672)
SISA PEPEJAL Termasuklah

Apa-apa bahan Apa-apa bahan


sekerap atau bahan lain mengikut akta
lebihan lain yang Apa-apa benda yang ini atau mana-mana
tidak dikehendaki dikehendaki undang-undang
atau keluaran yang dilupuskan kerana bertulis lain yang
ditolak yang timbul sudah pecah,lusuh, dikehendaki oleh
daripada tercemar atau pihak berkuasa
penggunaan selainnya rosak untuk dilupuskan
apa-apa
proses

Tidak termasuk buangan terjadual sebagaimana yang diperihalkan di bawah Akta


Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tidak termasuk kumbahan sebagaimana yang
ditakrifkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Tidak termasuk sisa radioaktif
sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984

2 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

1.2 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal

Pelan Perancangan Strategik Nasional untuk Pengurusan Sisa Pepejal (2005)


menggariskan pengurusan sisa pepejal hendaklah berteraskan kepada hierarki
pengurusan sisa pepejal. Hierarki ini terdiri daripada elemen-elemen berikut yang
disusun mengikut keutamaan:

Memilih bahan yang digunakan dengan


1. Pengurangan
bijak bagi mengurangkan jumlah sisa
pepejal yang dihasilkan

2. Guna Semula Bahan atau produk yang digunakan


secara berulang-ulang

3. Kitar Semula Proses penghasilan produk baru


daripada bahan kitar semula

4. Rawatan Insinerator, pengkomposan, MRF,RDF


Perantaran

5. Pelupusan Lebihan sisa pepejal akan dihantar ke


tapak pelupusan sanitari.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 3


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

KINI MASA HADAPAN

PENGURANGAN

GUNA SEMULA

KITAR SEMULA

RAWATAN
PERANTARAAN

PELUPUSAN
AKHIR

Sumber : Pelan Rancangan Strategik Nasional Untuk Pengurusan


Sisa Pepejal (2005)

4 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

1.3 KOMPONEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pengurusan sisa pepejal bersepadu merupakan sistem yang menggabungkan 6


elemen penting yang sejajar dengan konsep pembangunan mapan dari segi kesihatan
awam, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan, nilai estetika, kesedaran awam serta
persekitaran. Eleman yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:

Pengasingan dan Kutipan dan


Penjanaan
Penyimpanan Pengangkutan
Isi Rumah,
Komersial,
Perdagangan &
Institusi

Pelupusan Akhir
Tapak Pelupusan
Sanitari
Perpindahan dan Rawatan
Stesen pemindahan, MRF, RDF,
Pengkomposan & Rawatan Termal

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 5


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

1.4 Jenis Sisa Pepejal Terkawal

Sisa pepejal terkawal sebagaimana yang ditetapkan di dalam Akta 672 adalah
terdiri daripada :-

A) Sisa Pepejal Isi Rumah

Apa-apa sahaja sisa pepejal


yang dihasilkan oleh
sesuatu isi rumah,
dan daripada jenis yang biasanya
dihasilkan oleh atau
dikeluarkan oleh mana-mana
premis apabila dihuni
sebagai rumah kediaman, dan
termasuklah sisa taman.

Contoh Sisa Pepejal Isi Rumah


Sisa makanan, kertas, kadbod, plastik,
tekstil, kulit
sisa taman, kayu, kaca bahan logam
seperti tin aluminium dan sebagainya

6 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Sisa Pukal

Sisa Kebun

Sisa Isi Rumah

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 7


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

B) Sisa Pepejal Awam

Apa-apa sisa pepejal


yang dihasilkan di
tempat awam, yang di bawah
penyeliaan atau
kawalan mana-mana
pihak berkuasa tempatan

Contoh Sisa Pepejal Awam


Sampah yang terdapat di jalan-jalan di bawah senggaraan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sisa landskap, sisa dari
taman permainan, pantai dan kawasan
rekreasi yang lain

8 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Contoh Sisa Pepejal Awam

Sisa Pepejal Sisa Pepejal


Di Kawasan Awam Di Taman Rekreasi

Sisa Pepejal
Di Kawasan Kemudahan Awam

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 9


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Sisa Pepejal Di Kawasan Jalan Awam

Sisa Pepejal di Kawasan Pantai

10 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

C) Sisa Pepejal Import

Apa-apa pepejal yang


dihasilkan oleh negara lain
dan diimport ke negara
kita untuk
diproses
ataupun dilupuskan

Contoh Sisa Pepejal Import


Kertas, kadbod, tin, kaca dan
lain-lain bahan yang diimport dari
luar untuk digunakan oleh industri pembuatan
sebagai bahan mentah dan dikitar semula.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 11


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Contoh Sisa Pepejal Import

Punca Sisa Pepejal Import

Sisa yang telah dihasilkan di negara luar yang diimport ke Malaysia.

12 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

D) Sisa Pepejal Khas

Apa-apa jenis sisa pepejal


terkawal yang ditetapkan
sama ada :-

1. Berbahaya atau boleh


membahayakan kesihatan awam.

2. Sukar untuk diolah,


disimpan atau dilupuskan

Contoh Sisa Pepejal Khas

Tayar terpakai dan bahagian kenderaan yang dibuang

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 13


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Contoh Sisa Pepejal Khas

Punca Sisa Pepejal Khas


Premis perindustrian dan bengkel kenderaan

14 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

E) Sisa Pepejal Institusi

Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh:-

- Mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-mana


undang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk
digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnya bagi rumah
ibadat

- Mana-mana premis yang dihuni oleh mana-mana Jabatan


Kerajaan Persekutuan atau Negeri, Mana-mana Pihak Berkuasa
Tempatan atau mana-mana badan berkanun

- Mana-mana premis pendidikan

- Mana-mana kemudahan jagaan kesihatan termasuklah hospital,


klinik dan pusat kesihatan.

- Mana-mana premis yang digunakan sebagai zoo awam, muzium


awam, perpustakaan awam dan rumah anak yatim

Contoh Sisa Pepejal Institusi

Contoh Sisa Pepejal Institusi

Apa-apa jenis sisa yang dijanakan hasil daripada aktiviti harian institusi yang disebutkan
di atas dan ini adalah tidak sisa pepejal khas yang memerlukan cara pelupusan yang
berasingan.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 15


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Punca sisa Pepejal institusi

Sekolah, universiti, hospital, penjara dan bangunan kerajaan

Punca Sisa Pepejal Institusi

16 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

F) Sisa Pepejal Komersial

Ialah merangkumi sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti


komersial

Contoh Sisa Pepejal Komersial

Kertas, kadbod plastik, kayu, sisa makanan, kaca, logam dan apa-apa jenis
sisa yang terhasil dari aktiviti yang tidak termasuk dalam sisa pepejal

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 17


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Punca Sisa Pepejal Komersial

Stor, restoran, pasaraya, rumah tumpangan,


kedai percetakan, stesen-stesen perkhidmatan
dan sebagainya

18 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

G) Sisa Pepejal Pembinaan

Merupakan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti


pembinaan atau perobohan termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan atau
pengubahan

Contoh Sisa Pepejal Pembinaan

Kayu, papan lapis, konkrit, besi, drywall, permaidani, kadbod, gentian kaca, tanah, dan
lain-lain sisa yang dihasilkan dari aktiviti di atas

Punca Sisa Pepejal Pembinaan

Kawasan pembinaan baru, kerja-kerja pengubahsuaian atau perobohan bangunan


dan sebagainya.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 19


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

H) Sisa Pepejal Perindustrian

Sisa Pepejal Perindustrian

Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti perindustrian

Contoh Sisa Pepejal Perindustrian

Sisa yang terhasil dari proses pengilangan tidak termasuk sisa pepejal khas

Punca Sisa Pepejal Perindustrian

Industri fabrik, industri pembuatan makanan,ndustri ringan, industri berat dan sebagainya

20 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


3R

M O D UL L A T I H A N K EL AB KI TAR SEMU LA SEKOLAH RENDAH


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

2.1 Definisi 3R

3R bermaksud Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan


Recycle (Kitar Semula). Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada
Hierarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak lang-
sung dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal serta jumlah sisa pepejal yang
dihantar ke tapak pelupusan.

2.2 Elemen-Elemen 3R

Pengurangan (Reduce)

- Memilih bahan digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang
dihasilkan

Penggunaan Semula (Reuse)

- Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana
masih boleh digunakan lagi.

Kitar Semula (Recycle)

-Proses penghasilan produk baru daripada bahan kitar semula.

22 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

2.3 Cadangan Aktiviti 3R

PENGURANGAN (Reduce)

REDUCE
Fikir Dulu Sebelum Buang

Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi
pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan.

Cadangan:

Beli barangan mengikut keperluan dan bukan mengikut perasaan.


Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua
belah halaman kertas semasa membuat cetakan.
Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel
elektronik.
Elak beli barangan yang dibalut dengan bahan yang tidak boleh dikitar
semula
Guna beg guna semula semasa membeli belah
Gunakan bekas makanan sendiri
Gunakan bateri yang boleh dicas semula

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 23


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

REUSE
PENGGUNAAN SEMULA (Reuse)

Daripada sentiasa membuang barang, fikirkan cara-cara untuk menggunakannya


semula. Dengan mengguna semula barangan, anda boleh mengurangkan ruang yang
diperlukan bagi tapak pelupusan sampah dan memulihara sumber-sumber semulajadi.

Cadangan:
Gunakan belakang kertas terpakai atau belakang sampul surat sebagai
catatan nota. Gunakan semula pakaian lama (contohnya baju, tuala) untuk tujuan
pembersihan Dermakan buku lama, perabot dan pakaian kepada orang yang
memerlukan atau badan kebajikan daripada dibuang Guna semula bekas plastik dan
kaca sebagai pasu untuk tanaman Gunakan bekas terpakai (contohnya bekas plastik
dan kaca) untuk menyimpan barangan.

24 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

PLEASE RECYCLE

RECYCLABLE ONLY

KITAR SEMULA (Recycle)


Kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula
barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan bahan-bahan mentah.
Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang
dibeli dan cara untuk mengitarnya semula.

KITAR SEMULA MENGIKUT JENIS BARANG


Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca.
Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga
boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.

BELI PRODUK YANG BOLEH DIKITAR SEMULA


Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang
boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.

BELI PRODUK YANG DI BUAT DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA


Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk
tersebut.

MENGHASILKAN KRAFTANGAN DARIPADA BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA


Anda boleh menghasikan kraftangan daripada barangan yang biasanya dibuang.
Satu botol plastik boleh menghasilkan satu bekas pensel yang cantik.

TONG KITAR SEMULA DAN PUSAT PENGUMPULAN


Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran
dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 25


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

2.4 HALAMAN SENI KREATIF 3R

2.4.1 MELABEL POKOK-POKOK DENGAN BARANGAN KITAR SEMULA

Objektif :Memberi pengetahuan kepada umum mengenai


nama- nama pokok-pokok

Aktiviti : Menampal barangan kitar semula seperti kadbod keras, dan


botol-botol plastik pada kawasan sekitar pokok-pokok

Peralatan : Botol minuman plastik dan kertas kadbod

26 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

2.4.2 MENGHIAS TAMAN DENGAN BAHAN-BAHAN TERBUANG SEPERTI BOTOL


PLASTIK, TIN ALUMINIUM DAN TEMPURUNG

Objektif : Mencantikkan taman sekolah dengan bahan-bahan


terpakai

Aktiviti : Mewujudkan papan tanda daripada bahan terbuang


menerangkan nama taman

Peralatan : Botol minuman plastik dan kertas kadbod

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 27


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

2.4.3 MENGHIAS PAGAR DENGAN BARANGAN KITAR SEMULA

Objektif : Mewujudkan landskap yang lebih menarik di sekeliling


sekolah

Aktiviti : Memperindahkan pagar contoh dengan barangan kitar semula


sepanjang pagar membentukkan nama sekolah

Peralatan : Contoh botol minuman plastik,tin dan lain-lain

28 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

2.4.4 SUDUT KITAR SEMULA DAN ALAM SEKITAR

Objektif : Supaya murid-murid celik minda berkenaan dengan


kempen kitar semula dan memelihara alam sekitar

Aktiviti : Membangunkan atau mewujudkan sudut, lorong, galeri, bilik,


dan rumah kitar semula

Peralatan : Cat

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 29


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

2.5 CADANGAN PROGRAM 3R

2.5.1 GOTONG-ROYONG DAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Objektif : Meningkatkan hubungan antara pihak sekolah dengan


masyarakat

Aktiviti : Mengadakan hari gotong-royong pihak sekolah, murid-murid,


ibu bapa dan komuniti di sekitar sekolah

Peralatan : Plastik sampah, penyapu, tong sampah

30 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

2.5.2 MINGGU INOVASI

OBJEKTIF:

1) Murid dapat melahirkan idea dan kreativiti yang tersendiri

PELAKSANAAN:

1) Pembahagian kumpulan
2) Pembentangan dari setiap kumpulan mengenai barang yang telah
direkacipta

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 31


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

2.5.3 PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA

OBJEKTIF:

1) Melahirkan pelajar yang kreatif


2) Mengurangkan kos untuk menceriakan kelas

PELAKSANAAN:

1) Menghasilkan barang hiasan menggunakan barang-barang 3R

32 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


KITAR
SEMULA
RECYCLE
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

3.1 DEFINISI KITAR SEMULA

Kitar Semula ialah proses penghasilan produk baru daripada bahan kitar
semula Diantara bahan-bahan yang boleh dikitar semula adalah surat khabar,
majalah-majalah, buku-buku dan risalah, kertas putih dan bercampur, kadbod
(termasuk kotak tisu,kotak kasut, dan kotak kadbod lain),botol,tin aluminium,
botol plastik,dan lain-lain

Bayangkan jika berpuluh-puluh juta helai kertas di kitar semula, ia dapat


menyelamatkan hampir 75,000 juta batang pokok balak di Brazil dan Filipina. Ini
menjimatkan kos penebangan pokok-pokok dan mengimbangi ekosistem dalam
bumi.

34 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

3.3 KRAFTANGAN KREATIF 3R

3.3.1 MENCIPTA KOLAJ

OBJEKTIF:
1) Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif

PELAKSANAAN:
1) Menghasilkan lukisan berasaskan bahan-bahan terbuang

36 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

3.3.2 SISA ASAH PENSEL WARNA YANG BERGUNA

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:


1. Sisa asah dari pensel warna
yang beraneka
2. Manila kad, kertas A4
3. Pensel warna/ krayon
4. Gam
5. Butang bentuk mata/
atau apa-apa butang yang sesuai

Sebelum aktiviti bermula, pastikan sisa


asahan dari pensel-pensel warna telah
dikumpulkan. Jika kanak-kanak mengasah
pensel-pensel warna yang masih elok
sudah pasti ini akan menjadi satu
pembaziran pensel-pensel warna yang
masih elok. Jadi, pastikan guru telah
meminta kanak-kanak mengasah pensel
warna mereka (yang memang perlu
diasah) ke dalam bekas tertentu
beberapa hari sebelum aktiviti berjalan.
Tunjukkan cara mengasah terlebih dahulu
bagi memastikan sisa yang diasah itu tidak
terlalu pendek. Sisa sisa asahan kemudian
dipilih dan dikumpulkan.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 37


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

LANGKAH-LANGKAH:

Lakarkan bentuk seekor ikan di atas


beberapa keping kertas manila kad. Jika
hendak lebih mudah lagi lakarkannya di
atas sekeping kertas A4 dahulu kemudian
difotostat untuk diagihkan kepada
kanak-kanak. Pastikan ruang dalam
badan ikan itu luas supaya kanak-kanak
lebih mudah dan bebas mencorakkan
ikan mereka. Namun terpulang kepada
guru samada hendak kanak-kanak
menjalankan aktiviti ini secara individu,
berpasangan mahupun berkumpulan.

Bimbing kanak-kanak untuk mulakan


dengan menampal pada bahagian
badan berhampiran ekor terlebih dahulu.
Seterusnya penuhkannya dengan
menampal secara bertindih-tindih
mengikut bahagian. Cara ini akan
membuatkan bahagian sisik ikan yang
terhasil akan lebih kemas dan menarik.

38 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Setelah berjaya memenuhi seluruh baha-


gian badan ikan, bahagian sirip dan ekor
akan diwarnakan dengan pensel warna

Sudahkan hasil kerja dengan melekatkan


butang mata pada ikan dan kemaskan
bentuk ikan yang terhasil.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 39


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Hasil kerja ini boleh digunakan sebagai kad ucapan ataupun hiasan dinding. Secara
tidak langsung melalui projek ini guru berjaya menggalakkan kanak-kanak untuk kitar
semula bahan-bahan terbuang.

40 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

3.3.3 KUMBANG DI TAMAN

BAHAN-BAHAN:

1. Sudu plastik
2. Marker hitam dan merah
3. Kad manila (lebihan kertas keras)
4. Gunting
5. Gam UHU

LANGKAH-LANGKAH

a) Potong tangkai sudu plastik. Tinggalkan untuk bahagian kepala


sahaja.
b) Lukis bentuk sayap kumbang di atas kepala sudu.
c) Kemudian lukis beberapa bulatan yang kecil untuk
menggambarkan badan kumbang dengan menggunakan
marker warna hitam.
d) Warnakan seluruh sayap dengan marker warna merah.
e) Tekapkan kepala sudu di atas kad manila dan lukiskan
bulatan mengikut bentuk sudu.
f) Potong manila kad kecil-kecil untuk dibuat kaki kumbang.
Kemudian tampalkan kaki tersebut di kad manila yang telah
dipotong mengikut bentuk sudu tadi.
g) Warnakan kaki kumbang dengan marker hitam.
h) Tampal kaki kumbang dengan menggunakan gam UHU.
I) Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 41


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

3.3.4 BUNGA STRAW

BAHAN-BAHAN :

1. Penyedut minuman (straw)


2. Beg Plastik (pelbagai warna)
3. Pita pelekat berwarna hijau
4. Gunting

LANGKAH-LANGKAH :

a) Potong bucu plastik mengikut segitiga.


b) Ambil 5 plastik yang telah dipotong dan cantumkan untuk
dijadikan kelopak bunga.
c) Kemudian lekatkan plastik yang sudah menjadi kelopak
menggunakan pita pelekat yang berwarna hijau.
d) Lekatkan kelopak yang telah bercantum itu pada straw.
e) balut straw dengan pita pelekat hijau untuk dijadikan
tangkai bunga.

42 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

3.3.5 MEREKACIPTA POKOK KITAR SEMULA

OBJEKTIF:

1) Menjana idea kreatif dalam menghasilkan pokok kitar semula


2) Meningkatkan semangat kerjasama berpasukan

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 43


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

44 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

4.0 Pengkomposan

Terdapat pelbagai jenis kaedah pengkomposan tetapi di sini hanya dinyatakan


satu kaedah sahaja iaitu pengkomposan menggunakan pasu bunga.

4.1 Definisi Pengkomposan

Pengkomposan adalah cara semulajadi untuk mengitar semula bahan organik.


Ianya satu proses di mana bahan organik yang mudah reput diuraikan oleh
mikroorganisma dalam kehadiran oksigen. Hasil proses ini adalah kompos yang
bermanafaat kepada alam sekitar sebagai baja semulajadi untuk berkebun
dan berladang.

Oleh itu, anda boleh menggunakan baja kompos ini kepada pokok
buah-buahan atau sayur sayuran anda bagi menghasilkan hasil tanaman
organik yang bermutu tinggi, bernilai dan baik untuk pengguna mengamalkan
pemakanan yang sihat.

4.2 Objektif Pengkomposan

Mengurangkan kuantiti sisa pepejal ( sisa organik ) yang perlu dilupuskan


di tapak pelupusan sampah dan membantu memanjangkan jangka
hayat tapak pelupusan sampah.

Mengubah bahan organik yang boleh mereput menjadi bahan yang


stabil.

Menyediakan nutrient yang boleh menyuburkan tanah.

Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran dan penjagaan alam


sekitar.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 45


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

4.3 Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga

Bahan Untuk Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga

Pasu-pasu bunga kosong Sisa-sisa dapur

Sisa-sisa kebun Tanah 1 pasu

46 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

4.3.1 Langkah-Langkah Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga

- Letakkan selapis batu kerikil di dasar pasu bunga untuk tujuan peredaran udara.

- Tambahkan selapis tanah (lebih kurang 2 inci) ke atasnya. Masukkan sisa-sisa


dapur dan daun kering (sekiranya ada).

- Lapisan hijau diselang-selikan dengan lapisan bahan kering dalam kadar yang sama
tebal. Proses ini diulangi sehingga ruang itu hampir penuh.

- Tutup lapisan ini dengan selapis tanah (rengangkan). Semua lubang dan celah
hendaklah ditutup dengan tanah untuk mengelakkan serangga perosak dan haiwan
seperti lalat, lipas, kucing, dan anjing daripada menggali sisa-sisa makanan dalam
kompos.

- Isipadu tanah hendaklah 20% daripada isipadu sisa-sisa buangan. Ulang proses ini
setiap hari sehingga pasu bunga itu penuh. Gunakan pasu lain apabila pasu yang
pertama itu sudah penuh.

- Kompos anda akan siap dalam masa 4-5 minggu dan boleh digunakan sebagai baja
tumbuh-tumbuhan, pokok dan halaman rumput.

- Anda boleh menggunaka pasu ini sekali lagi untuk mengambus sisa-sisa atau
menggunakan pasu baru. Pasu-pasu ini boleh dihimpunkan di atas pasu-pasu lain,
tetapi kandungan di dalamnya hendaklah selalu lembap.

* Bahan Hijau- Kulit buah-buahan, sayur-sayuran, kulit telur, sisa-sisa makana dan
bahan- bahan yang boleh dikompos.
* Bahan Kering- Daun kering, rumput-rumput, kayu-kayan, jerami, serbuk kayu.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 47


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Teknik Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga

Tanah

Daun kering

Sisa makanan

Daun kering

Sisa makanan

Tanah

Batu kerikil

48 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


BANK KITAR
SEMULA
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

5.0 BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH

5.1 Objektif Bank Kitar Semula

Berikut adalah objektif pelaksanaan Bank Kitar Semula di sekolah:

(1.1) Meningkatkan tahap kesedaran, keperluan serta kepentingan kitar


semula di kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah
melalui pendidikan secara teori dan praktikal.

(1.2) Menggalakkan para pelajar mengamalkan konsep dan kaedah


3R melalui program yang dijalankan.

(1.3) Mengajar amalan kitar semula secara betul di kalangan para pelajar.

(1.4) Memupuk dan memperkukuhkan amalan kitar semula di kalangan


generasi muda seperti pelajar sekolah.

(1.5) Memupuk sikap suka menabung di kalangan para pelajar.

50 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

1. Taklimat kepada pihak yang terbabit

Memberi taklimat kepada pihak pengetua sekolah / Guru Besar serta


pihak JPN/ PPD bagi membincangkan perkara-perkara berikut:

(1.1) Menetapkan tarikh, program dan sasaran pelajar pelajar


yang terlibat.

(1.2) Penubuhan jawatankuasa urusetia program iaitu Skuad Bank


Kitar Semula di sekolah.

(1.3) Tatacara pengumpulan barangan kitar semula, perlantikan


vendor bagi mengutip barangan kitar semula, penyimpanan
dan pengagihan hasil jualan.

2. Promosi Bank Kitar Semula di sekolah

(2.1) Pihak sekolah mengadakan taklimat kepada para pelajar


mengenai Bank Kitar Semula.

(2.2) Mengedarkan pamplet Bank Kitar Semula kepada pelajar.


Memasang kain rentang di tempat yang mudah dilihat
oleh para pelajar.

3. Kutipan dan kaedah bayaran

(3.1) Membuka akaun. Dua akaun asas yang perlu dibuka untuk
Bank Kitar Semula di Sekolah iaitu:

(3.1.1) Akaun pelajar. Setiap pelajar yang terlibat dengan


Bank Kitar Semula ini akan dibekalkan denga buku akaun
Bank Kitar Semula. (Seperti lampiran 2)

** SETIAP PELAJAR BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA BUKU INI DENGAN BAIK DAN DIBAWA
SETIAP KALI PROGRAM BANK KITAR SEMULA

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 51


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

(3.1.2) Akaun Skuad Kitar Semula (Hasil jualan kitar semula


setiap pelajar akan dipotong 5% untuk kos pentadbiran
dan pengurusan. Hasilnya akan diserahkan kepada
pihak sekolah)

(3.2) Aktiviti kutipan barangan kitar semula:

(3.2.1) Pelajar membawa barangan kitar semula ke sekolah


setiap minggu pada hari yang telah ditetapkan.

(3.2.2) Skuad Bank Kitar Semula akan mengumpulkan


barangan kitar semula di tempat pengumpulan iaitu
di perkarangan sekolah atau tempat yang telah
ditetapkan.

(3.2.3) Skuad Bank Kitar Semula akan merekodkan maklumat


seperti jumlah berat dan nilai jualan barangan
kitar semula ke dalam buku log.

(3.2.4) Nilai jualan akan ditukarkan ke bentuk setem dengan


nilai RM 0.10, RM 0.20, RM0.30, RM0.50 dan RM1.00
setiap cetakan. Pelajar perlu melengkapkan kad setem
yang disediakan dan memenuhkan satu muka surat
bernilai RM10.00 untuk dimasukkan ke dalam akaun
pelajar.

(3.2.5) Hasil jualan barangan kitar semula dimasukkan ke dalam


akaun pelajar.

52 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

4. Jualan barangan kitar semula

(4.1) Penentuan dan pelantikan agen kutipan samada konsesi atau swasta.
Antara kriteria yang diperlukan:

(4.1.1) Vendor yang menawarkan harga pembelian yang tinggi.

(4.1.2) Dapat memberi perkhidmatan kutipan pada hari yang telah


ditetapkan oleh pihak sekolah.

(4.2) Barangan kitar semula yang telah dikumpulkan oleh Skuad Kitar
Semula dijual kepada agen yang dilantik.

(4.3) Skuad Kitar Semula mendapatkan wang dan resit jualan serta
merekodkan nilai jualan ke dalam buku log.

(4.4) Penyelarasan hendaklah dibuat di antara pihak sekolah, guru,pihak


PPSPPA dan vendor bagi memastikan semua barangan kitar semula
yang dikumpulkan pada hari yang ditetapkan dijual serentak pada
hari yang sama. Ini boleh mengelakkan masalah ketiadaanruang
bagi penstoran barangan kitar semula di sekolah.

(4.5) Rekodkan jualan ke dalam buku log.

(4.6) Hasil jualan barangan kitar semula akan disimpan oleh pihak sekolah.

5. Pengeluaran wang hasil jualan barangan kitar semula

(5.1) Pengeluaran wang hasil jualan barangan kitar semula daripada akaun
pelajar bergantung kepada keputusan yang dipersetujui oleh pihak
sekolah.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 53


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

(5.2) Pelajar perlu mengemukakan buku akaun Bank Kitar Semula semasa
proses pengeluaran wang.

(5.3) Guru bertanggungjawab akan merekodkan jumlah wang yang


dikeluarkan dan tarikh pengeluaran di dalam buku akaun bank
pelajar berkenaan. Segala maklumat pengeluaran berkenaan perlu
direkodkan secara kemas dan betul di ruangan catatan di dalam
buku akaun tersebut.

(5.4) Jumlah wang yang dipohon dan buku akaun bank akan diserahkan
kepada pelajar berkenaan.

6. Kemaskini data dan laporan

(6.1) Mengemaskini maklumat belian, jualan, serta urusan pengeluaran


wang jualan barangan kitar semula.

(6.2) Menyediakan laporan penyata bulanan bank kitar semula.

7. Pemantauan program

(7.1) Mesyuarat penyelarasanJawatankuasa Skuad Kitar Semula diadakan


setiap enam bulan sekali bagi membincangkan permasalahan serta
cadangan penambahbaikan untuk Bank Kitar Semula di sekolah.

(7.2) PPSPPA negeri menganalisis program dan mengatasi masalah yang


berbangkit bagi tujuan penambahbaikan.

(7.3) PPSPPA negeri menghantar laporan kepada Bahagian Kitar Semula


dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA pada minggu pertama
setiap bulan.

54 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

CARTA ALIR BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH

3. KUTIPAN BARANGAN
1. TAKLIMAT KEPADA PIHAK KITAR SEMULA
YANG TERBABIT

- Membuka akaun setiap


- Taklimat kepada pengetua 2. PROMOSI pelajar dan akaun skuad
/ Guru Besar sekolah PROGRAM
kitar semula.
mengenai: 3R DI SEKOLAH
-Pelajar membawa
~ Penetapan tarikh dan
- Mengadakan barangan kitar semula
program
taklimat kepada ke tempat pengumpulan di
~ Penubuhan
pelajar. sekolah
Jawatankuasa Skuad
- Memasang banner - Skuad Bank Kitar Semula
Bank Kitar Semula
di pintu masuk merekodkan maklumat
~ Tatacara pengumpulan,
sekolah jumlah berat dan nilai
~ Pelantikan vendor,
jualan ke dalam buku log.
penyimpanan barangan
- Nilai jualan akan
kitar semula dan
ditukarakan ke bentuk
pengagihan hasil jualan.
setem dengan nilai
RM 0.10, RM 0.20, RM 0.30,
RM 0.50 dan RM 1.00
-Hasil Jualan akan
dimasukan ke dalam akaun
pelajar

7. PEMANTAUAN
PROGRAM
5. PENGELUARAN WANG 4. JUALAN
HASIL JUALAN BARANGAN BARANGAN
- Mengadakan 6. KEMASKINI DATA KITAR SEMULA
KITAR SEMULA
mesyuarat DAN LAPORAN
penyelarasan Pengeluaran wang - Menjual barangan
Jawatankuasa 3R hasil jualan kitar semula kepada
- Mengemaskini barangan kitar
setiap 6 bulan. vendor yang telah
maklumat belian, semula daripada
- PPSPPA negeri dilantik
jualan serta urusan akaun pelajar
menganalisa - Skuad kitar semula
jualan barangan bergantung
prgoram dan mendapatkan
kitar semula. kepada keputusan
mengatasi masalah wang da resit jualan
- Menyediakan yang dipersetujui
berbangkit. serta merekodkan
- PPSPPA negeri oleh pihak nilai jualan ke
menghantar sekolah. dalam buku log.
laporan
kepada Ibupejabat
PPSPPA pada
minggu pertama
setiap bulan.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 55


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

MUKA DEPAN BUKU BANK KITAR SEMULA

BUKU STAMP BANK KITAR SEMULA

NAMA SEKOLAH : SK TAMAN MEDAN


NO. AKAUN : BKSSKTM 260510 0450
NAMA PELAJAR :
TAHUN :

TANDATANGAN PENGESAHAN TANDATANGAN PENGESAHAN


ANGGOTA PPSPPA PENJAGA

( ) ( )

56 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

CONTOH BUKU LOG BANK KITAR SEMULA

> >

> >

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 57


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

CONTOH BUKU AKAUN PELAJAR ( 'STAMP BOOK')

58 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

GAMBAR AKTIVITI BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH

Gambar 1: Gambar 2:
Antara barangan kitar semula yang Pelajar menghantar barangan kitar
berjaya dikumpul oleh pelajar sekolah semula ke tempat pengumpulan

Gambar 3: Gambar 4:
Skuad Bank Kitar Semula sedang Pelajar sedang beratur untuk
menimbang barangan kitar semula mendapatkan kad setem untuk
yang dibawa oleh pelajar. dimasukkan ke dalam buku akaun

Gambar 5: Gambar 6:
Jumlah nilaian jualan Skuad Bank Kitar Semula
ditukarkan ke dalam bentuk setem memasukkan data ke dalam sistem

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 59


PROGRAM
PERKHEMAHAN
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

6.0 PROGRAM PERKHEMAHAN ALAM SEKITAR DAN KITAR SEMULA

6.1 Objektif Perkhemahan

Objektif : Mewujudkan perasaan cintakan alam sekitar di samping


mengumpul barangan kitar semula

AktivitI : Mengadakan program perkhemahan di sekitar


taman rekreasi

Peralatan : -Plastik sampah


-Penyapu
-Tong sampah
-Khemah
-Beg
-Makanan dan minuman

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 61


MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

6.1 JADUAL TENTATIF PERKHEMAHAN

ATURCARA
Jumaat
3.00 3.30ptg PENDAFTARAN
3.30 4.30 ptg PENGENALAN DAN UNDANG-UNDANG
4.30 5.00 ptg SOLAT ASAR & MINUM PETANG & PEMASANGAN KHEMAH
5.00 6.30 ptg PERMAINAN DINAMIK (1)
6.30 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB, KULIAH, SOLAT ISYAK
9.00 11.30 mlm PENCIPTAAN / PERSEMBAHAN / PERBINCANGAN KUMPULAN
11.30 12.00 mlm MINUM MALAM DAN TIDUR

Sabtu
5.00 7.00 pg SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH
7.00 8.30 pg SENAMAN & SARAPAN PAGI
8.30 10.00 pg PERMAINAN DINAMIK (2) Bengkel 3R
10.00 10.30 pg MINUM PAGI
10.30 1.00 ptg PERMAINAN DINAMIK (3) LDK sayangi flora dan fauna
1.00 2.00 ptg MAKAN TENGAHARI, SOLAT ZOHOR
2.00 4.30 ptg PERMAINAN DINAMIK (4) Treasure Hunt
4.30 5.00 ptg MINUM PETANG & SOLAT ASAR
5.00 6.30 ptg PERMAINAN DINAMIK (4)- Explorace
6.30 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB, KULIAH DAN SOLAT ISYAK
9.00 11.30 mlmPERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN
11.30 12.00 mlm MINUM MALAM DAN TIDUR

Ahad
5.00 7.00 pg SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH
7.00 8.30 pg SENAMAN / KAWAD DAN SARAPAN PAGI
8.30 10.00 pg PERMAINAN DINAMIK (5) Raja dan Ratu Rimba
10.00 10.30 pg MINUM PAGI
10.30 11.30 pg PERMAINAN DINAMIK (6)- Aktiviti sosial (gotong royong
bersihkan hutan/ pantai)
11.30 12.30 T/hariRUMUSAN AKTIVITI
12.30 2.00 ptgMAKAN T/HARI / BERKEMAS / SOLAT ZOHOR
2.00 ptg PROGRAM TAMAT DAN BERTOLAK BALIK

Nota :
Semua permainan yang terlibat merupakan permainan motivasi. Di akhir setiap aktiviti guru akan
menerangkan kepada semua peserta apa pelajaran yang mereka dapat dalam setiap permainan tersebut.
Guru akan kaitkan beberapa aspek iaitu diri sendiri, keluarga, guru, rakan-rakan dan sekolah.

62 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


PENILAIAN
AKHIR TAHUN
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

7.0 PENILAIAN AKHIR TAHUN

Objektif : Membuat rumusan markah kepada ahli kelab dan murid-murid


yang berjaya dalam pengumpulan barangan kitar semula terbanyak

Aktiviti : Menjalankan majlis penghargaan dan pengiktirafan ahli kelab dan


murid-murid berkenaan dengan kutipan barangan kitar semula
tertinggi setiap akhir tahun.

Peralatan : Laporan akhir aktiviti kutipan barangan kitar semula

64 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


4

IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
1-800-88-7472
w w w. a d u a n s i s a . m y

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAM


Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Wisma UOA Pantai, Tingkat M, 2, 3 Dan 4,
No. 11 Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83A),
59200 Kuala Lumpur
Tel : 03-2245 9292 | Fax : 03-2245 9293/9394 | Website : www.ppsppa.gov.my

Anda mungkin juga menyukai