Anda di halaman 1dari 8

NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI 818461

SCHOOL-BASED CURRICULUM DEVELOPMENT

TAKE HOME QUIZ (20 marks)

1. How do you define SBCD in Malaysian contexts? (2 marks)


Di Malysia, pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) adalah bahagian utama yang

bertanggungjawab merancang dan membangun kurikulum persekolahan untuk peringkat

prasekolah, rendah dan menengah dan pembangunan kurikulum di Malaysia turut

dikenalpasti sebagai satu proses yang komprehensif yang melibatkan; proses analisis

tujuan@matlamat, proses reka bentuk satu kurikulum@program, proses pelaksanaan

kurikulum@program dan seterusnya proses penilaian.


Di sekolah, Kurukulum yang tersedia ini akan di guna pakai di sekolah

kemudiaannya sebagai satu garis panduan untuk melancarkan proses perkembangan

kurikulum. Proses-proses yang tersenarai dalam pembangunan kurikulum akan enjadi

titik tolak untuk menyelesaikan masalah-masalah disekolah. Program-program yang

dirancang di peringkt sekolah juga adalah bermatlamat untuk memastikan kurikulum

yang telah diberikan oleh pihak pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) terlaksana.

2. Discuss factors that facilitate SBCD. Provide your own examples. (4 marks)
Terdapat beberapa faktor yang merangsang SBCD. Faktor-faktor tersebut adalah tahap

kepuasan, penurunan kuasa (empowerment) dan pengetahuan@kemahiran.

Tahap Kepuasan

Tahap kepuasan diklasifikasikan sebagai satu status@keadaan yang mana sesorang

individu berasa puas dengan hasil yang diperoleh, ataupun tahap kesanggupan untuk meluangkan

masa dan tenaga untuk sesuatu aktiviti atau tidak. Keadaan ini juga akan menyebabkan sesorang

individu boleh mempengaruhi sesuatu aktiviti yang dirancang secara terus atau atau tidak. Jadi,

dalam konteks kurikulum, memahami tahap kepuasan pelajar terhadap kurikulum semasa dan

1
NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI 818461
kemampuan tahap penguasaan pembelajaran mereka adalah satu perkara yang penting dan

menjadi tuntas untuk memastikan keberlangsungan kurikulum dan pembelajaran semasa adalah

berjaya.

Sebagai contoh program Mari Berbahasa Inggeris yang dijalankan di sekolah sebagai

salah satu program contoh dalam SBCD. Perlaksaan program ini lebih menekankan kepada

kemahiran berbahasa Inggeris. Hal ini adalah kerana kemahiran berbahasa Inggeris adalah

penting pada masa sekarang terutama semenjak terlaksananya PPSMI yang telah dirancang oleh

peringkat tertinggi satu ketika dahulu. Pada mula PPSMI diperkenalkan lagi, Mata pelajaran

Sains dan Matematik telah menekankan aspek penggunaan dua Bahasa dan lebih menekankan

penggunaan Bahasa Inggeris.

Program ini adalah projek nadi kepada sekolah dan perlaksanaanya sentiasa dipantau

kebersananya. Maka, perlaksaannya adalah sentiasa konsisten dengan memastikan objektif untuk

mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran terlaksana. Program ini dilaksanakan di

peringkat sekolah dan disebabkan merupakan projek yang mempunyai matlamat untuk

menghasilkan pelajar yang mempunyai kemampuan berbahasa Inggeris yang baik, maka pelajar

yang terpilih untuk terlibat dengan projek ini akan menggunakan bilik Bahasa Inggeris secara

maksima. Hal ini adalah kerana bilik tersebut adalah lengkap dengan fasiliti yang diperlukan

seperti LCD dan system suara. Tahap kepuasan kemudiaan dinilai setelah pelajar mampu

menjawab soalan lisan Bahasa Inggeris dengan baik dan lancar.

Penurunan Kuasa (empowerment)

Penurunan kuasa dikenalpasti sebagai sesorang itu memegang tampuk kuasa. Sebagai

contoh pihak pentadbiran menurunkan kuasa dan memberi kepercayaan kepada panitia dan guru

mata pelajaran untuk menjalankan sesuatu aktiviti seperti aktiviti pemantapan akademik.

2
NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI 818461
Setelah diberi kepercayaan dan kuasa, guru-guru dianggap akan menjadi lebih kreatif dan

bertanggungjawab terutama dalam meastikan program tersebut adalah berjaya. Guru-guru atau

individu yang diberi kepercayaan ini akan berasa lebih bebas dan kreatif untuk mengatasi risiko-

risiko yang mendatang.

Contoh program yang dilihat sebagai guru yang telah diberi kepercayaan penuh adalah

program peningkatan akademik seperti ceramah motivasi. Guru yang bertanggungjawab bebas

untuk menjemput individu yang dianggap mahir dan berkemapuan dalam menyampaikan

ceramah selain lebih bersifat kreatif dalam memastikan program tersebut akan berjalan dengan

lancar dan boleh memberi kesan terbaik kepada pelajar.

Pengetahuan@kemahiran merancang SBCD

Di sekolah, guru-guru digalakkan untuk membiasakan diri dengan kepentingan

mengenengahkan kurikulum dan membangunkan SBCD melalui isi kandungan, kriteria dan

contoh, strategi pengajaran dan pembelajaran, dasar pengajaran dan pembelajaran dan mod

penilaian.

Contoh dari aspek pengetahuan dan kemahiran SBCD adalah individu yang dianggap

berkemahiran seperti guru pakar Bahasa Inggeris dari sekolah elit diundang untuk

menyampaikan ceramah peningkatan akademik di sekolah.

Faktor Sumber

Faktor ini adalah faktor paling penting dalam memastikan kelancaran perjalanan program.

Hal ini adalah kerana struktur pembangunan program adalah input yang menyokong SBCD.

Sumber ini merangkumi belanjawan, masa, dan kuasa individu.

Sebagai contoh sumber wang suwa digunakan dalam memastikan perjalanan program

peningkatan akademik berjalan lancar.


3
NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI 818461

3. Select ONE case of Asian countries and ONE case of European countries fromse the

book given. Compare those two cases selected and discuss the differences between cases.

In what way do you think we could adapt ideas of the cases to improve our education?

(14 marks)

Secara umumnya, perlaksanaan SBCD diseluruh dunia adalah hampir sama. Namun

disebabkan oleh faktor tertentu seperti faktor kepadatan penduduk dan keadaan ekonomi negara,

masih terdapat perbezaan dari segi perlaksanaan SBCD di setiap negara didunia. Perbezaan akan

menjadi lebih ketara jika dilihat pada perlaksanaan SBCD di Eropah dan Asia. Hal ini adalah

kerana kebanyakan negara di Eropah adalah negara maju dan mempunyai kedudukan kewangan

yang lebih kukuh berbanding negara-negara di asia yang dilihat lebih bersifat kepada negara

dunia ketiga yang masih bergelut dengan keadaan ekonomi dan mempunyai kepadatan penduduk

yang tinggi.

Maka, bagi menjawab soalan ini, saya memilih Hong Kong sebagai wakil asia dan

Netherland sebagai wakil di eropah. Di Netherland, sistem pendidikan memberi 3 jenis

kebebasan iaitu kebebasan untuk memilih sekolah, kebebasan untuk membangunkan polisi

sekolah dan kebebasan terhadap organisasi. Manakala di Hong Kong, pembangunan kurikulum

adalah masih berpusat walaupun banyak perkara diuruskan oleh sekolah sendiri. Bagi

mendapatkan perbezaan yang lebih jitu, perbandingan dari segi kes yang berlaku dalam

perlaksaan SBCD di kedua-dua negara akan cuba diperjelaskan. Penjelasan akan dibuat

mengikut 4 faktor SBCD sedia ada.

4
NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI 818461
a. Tahap kepuasan.

Netherland

Kolej Stella Maris

Pada asasnya, pada tahun 2006, pihak atasan akan memilih seramai 3 ketua kumpulan

dari kalangan kumpulan pengajar dan pemimpin sekolah untuk merangka dokumen asas yang

bercirikan pembelajaran yang aktif, bebas dan dan koperatif selain menawarkan modul dan

projek asas yang lengkap.

Ketelitian yang diterapkan ini menyebabkan kepuasan hati yang menjadi tuntas kepada

mencapai tahap kepuasan dalam pembangunan SBCD di Kolej Stella Maris.

Pada tahun 2007, guru-guru secara sukarela menghasilkan modul dan projek asas

menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi di kolej ini.

Menjelang September 2007, pembelajaran aktif telah berjaya dibangunkan dan

dilaksanakan di kolej dan seterusnya menyebabkan dan menjadi faktor kepada keputusan yang

baik.

Hong Kong

Junior-secondary Chinese Language Pilot Scheme,2002

Berdasarkan skema yang telah dirancang ini, tahap kepuasan masih mengalami kegagalan

meskipun setelah SBCD dilaksanakan. Hal ini adalah kerana, meskipun guru-guru diberi kuasa

oleh pihak atasan untuk memilih sendiri bahan bantu mengajar ataupun buku teks tersendiri

untuk disesuaikan dengan kemahiran pelajar, namun guru-guru masih mengalami masalah tidak

mencapai tahap kepuasan apabila masih berdepan dengan masalah bahasa perantaraan misalnya.

Di peringkat ini, pelajar banyak menekankan penggunaan bahasa Cina dan sukar untuk

menerima bahasa yang cuba diajar meskipun disekolah. Maka disebabkan faktor ini, guru banyak

bergantung pada buku teks yang dibekalkan oleh pihak kerajaan.


5
NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI 818461
Selain itu, di sekolah menengah rendah juga, guru perlu menyediakan peralatan

pengajaran dan seterusnya berkongsi maklumat dengan guru-guru di sekolah lain terutamanya

sebelum buku teks disediakan. Maka dengan ini, tahap kepuasan menjadi agak goyah apabila

faktor ini dilihat agak memberi kerumitan dalam melaksanakan SBCD disekolah.

Faktor penurunan kuasa (Empowerment)

Netherland

Kolej Stella Maris

Dari aspek ini, tiada penurunan kuasa penuh diberikan kepada pihak yang

dipertangungjawabkan dalam memastikan segala program yang telah dirancang. Misalnya pada

tahun 2006, semasa proses pembangunan dokumen asas, meskipun terdapat kumpulan yang

ditubuhkan untuk membangunkan dokumen asa terbabit, masih ada bersama dengan kumpulan

ini sebagai sokongan dari pihak luar yang turut memberi kerjasama dalam memastikan dokumen

ini berjaya dibina dalam tempoh masa 5 tahun.

Pada tahun 2007, guru-guru diberi pilihan untuk mencipta sendiri bahan untuk

memudahkan mereka mengajar atau guru boleh memilih dari bahan yang sedia ada. Ini

menunjukkan terdapat penurunan kuasa penuh dalam perlaksanaan SBCD di kolej.

Hong Kong

Junior-secondary Chinese Language Pilot Scheme,2002

Melihat dari aspek ini, di peringkat sekolah menengah rendah, guru diberi kuasa penuh

untuk memilih bahan mengajar tersendiri yang dianggap sesuai dengan kemahiran pelajar

mereka. Namun, masalah pertuturan yang banyak menekankan penggunaaan Bahasa Cina

menyebabkan kes tersebut gagal. Hal ini kemudian menyebabkan tiada bahan rujukan khusus

6
NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI 818461
yang boleh dirujuk dalam pengajaran dan pembelajaran menyebabkan perjalanan pembelajaran

menjadi agak kompleks.

Pengetahuan@kemahiran merancang SBCD

Netherland

Kolej Stella Maris

Di kolej, semasa proses pembangunan SBCD, individu yang terpilih untuk merangka

dokumen asas pada tahun 2006 menunjukkan bahawa individu terbabit adalah individu yang

berpengetahuan dan berkemahiran. Guru-guru juga dilihat sebagai individu yang bersesuain

untuk membangunkan SBCD dan memilih bahan untuk pelajar. Namun masih berhadapan

dengan masalah disebabkan faktor kekurangan tenaga pengajar untuk menjalankan tugas ini.

Hong Kong

Junior-secondary Chinese Language Pilot Scheme,2002

Di peringkat ini, guru-guru disokong oleh pihak ilmuan akademik diperingkat universiti

terutamanya semasa proses pembangunan buku teks dan seterusnya pembangunan kurikulum.

Guru-guru di sekolah rintis dalam SBCD juga sentiasa mendapat pemantauan dan panduan

daripada pihak ilmuan yang terpilih. Guru-guru juga dilihat sebagai individu yang berkelakayan

dan berpengetahuan dalam membangunka SBCD. Namun projek masih gagal disebabkan

timbulnya lambakan buku rujukan yang terhasil di pasaran menyebabkan ramai guru memilih

jalan mudah dalam pemilihan buku rujukan untuk pengajaran.

7
NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI 818461

Faktor Sumber

Netherland

Kolej Stella Maris

Melihat dari aspek sumber, di kolej stella maris, sumber SBCD dibagunkan oleh individu yang

terpilih dan dirancang dengan rapi. Namun mengalami masalah kewangan dan ruang yang

dianggap terlalu kecil untuk melaksanakan program dan menyimpan bahan pengajaran

tambahan.

Hong Kong

Junior-secondary Chinese Language Pilot Scheme,2002

Melihat dari aspek ini, kes ini dilihat terus mengalami kegagalan apabila mengalami

beberapa faktor yang menjurus kearah keagagalan. Faktor pertama adalah faktor kekangan masa

dimana pembangunan kurikulum dan bahan menjadi komplek akibat masa yang diperuntukkan

adalah sangat terhad. Seterusnya adalah faktor masalah kekurangan sumber rujukan dan panduan

untuk para guru membangunkan sendiri SBCD seperti yang dikehendaki oleh pihak atasan.

Seterusnya, faktor kegagalan adalah guru-guru itu sendiri yang kurang berkeyakinan dalam

merancang SBCD.

Note:

Use MsWord font 12, double spacing. You can answer either in English or in BM. The

length of your answer must be between 6-7 pages. Make it short and precise.
Submit your answer via Turnitin.
No second submission, please submit as soon as possible to avoid any problems.
All the best.

Anda mungkin juga menyukai