Anda di halaman 1dari 7

ABSTRAK

Di dalam arena politik, pada kebiasaanya individu-individu tidak mampu untuk


bertindak sendiri. Mereka akan saling berinteraksi dengan perkumpulan-perkumpulan sosial
yang lain bagi mencapai matlamat dan keperluan masing-masing. Begitu juga dalam
hubungan antarabangsa, negara-negara perlu berhubung di antara satu sama lain untuk
memenuhi kepentingan serta matlamat Negara. Senario ini dikenali sebagai satu keadaan
yang diistilahkan sebagai saling pergantungan. Dalam proses ini, kemungkinan besar akan
tercetus konflik atau kerjasama serta wujud penggunaan kekerasan atau kerjasama di antara
Negara dalam mengejar matlamat dan keperluan Negara.

Hubungan antarabangsa merupakan cabangan sains politik yang mengkaji hal ehwal
luar negeri serta isu-isu global dalam sistem antarabangsa, termasuk peranan Negara-negara,
pertubuhan antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta perbadanan multinasional
(MNC). Ia merupakan bidang akademik dan dasar awam, dan boleh dianggap sebagai positif
atau normative. Kajian ini bertujuan menganalisis serta membentuk dasar luar negeri bagi
pelbagai Negara. Hubungan antarabangsa sebagai kajian juga menggunakan ilmu pelbagai
bidang seperti ekonomi, sejarah, undang-undang, falsafah, geografi dan sebagainya. Ia
melibatkan jumlah isu yang luas, dari globalisasi serta kesannya terhadap masyarakat dan
kedaulatan negeri ke kemapanan ekologi, percambahan senjata nuclear, nasionalisme,
pembangunan ekonomi, keganasan berbentuk terorisme, jenayah berorganisasi, keselamatan
manusia dan hak asasi manusia.
1.0 PENGENALAN

Konsep kuasa mempunyai pelbagai makna dalam hubungan antarabangsa bergantung


kepada konteks ianya digunakan. Han Morgent pula melihat kuasa sebagai perhubungan di
antara dua aktor dalam mana aktor A mempunyai kemampuan untuk mengawal pemikiran
dan tindakan-tindakan aktor B. Oleh itu, menurut beliau kuasa boleh menjadi apa saja yang
akan membentuk dan mengekalkan kawalan manusia ke atas manusia lain, daripada
keganasan berbentuk fizikal kepada hubungan-hubungan psikologikal melalui mana satu
minda mengawal minda yang lain. Konsep kuasa (power) pada asasnya terkandung dalam
pendekatan realisme. Ia digunakan bagi untuk menerangkan keupayaan aktor-aktor untuk
menggunakan sumber dan aset zahir (tangible) dan tidak nyata (intangible) dalam isu-isu
antarabangsa bagi mencapai tahap kepuasan yang dikehendakinya. Dalam banyak isu Negara
antarabangsa yang melibatkan aktor-aktor sama ada Negara atau bukan Negara yang terdiri
daripada institusi-institusi serta organisasi antarabangsa, ia akan menggunakan apa sahaja
kuasa yang ada padanya untuk mencapai matlamat yang diingini. Menurut Jones (1991) ada
tiga sumber kuasa yang digunakan oleh Negara bagi mencapai matlamat mereka. Pertama,
kuasa semulajadi iaitu merangkumi geografi, penduduk dan sumber alam. Kedua, sosio-
psikologi merangkumi imej Negara itu sendiri, siruasi dalam Negara, sosialisasi politik dan
budaya,kohesi, sokongan rakyat awam bagi Negara dan kepimpinan Negara. Ketiganya,
kuasa sintetik yang merangkumi kapasiti industry dan ketenteraan.

Konsep keseimbangan kuasa pula merujuk kepada kedudukan keseimbangan di antara


Negara dalam politik dunia. Kedudukan ini perlu untuk mengelakkan wujudnya satu kuasa
yang dominan. Keseimbangan tersebut boleh dicapai menerusi keupayaan pertahanan yang
setara di antara Negara-negara dan penubuhan pakatan ketenteraan Negara-negara. Sebagai
contoh, semasa era Perang Dingin, terdapat dua pakatan ketenteraan utama di dunia iaitu nato
yang diketuai Amerika dan Warsaw Pact yang diterajui kesatuan Soviet. Dalam sistem
antarabangsa yang bersifat anarki, terdapat satu lagi konsep yang dipegang oleh golongan
Realis iaitu bantuan kendiri atau (self help). Sistem dunia tersebut telah melahirkan rasa tidak
percaya di antara Negara-negara di dunia. Oleh itu, Negara akan mengutamakan
keselamatannya terlebih dahulu sebelum menerima bantuan atau berinteraksi dengan Negara
lain.
Contoh awal konsep ini adalah untuk ditemui dalam karya-karya Aristotle. Pada 1656
James Harrington dalam bukunya Oceana, telah mengemaskinikan idea tersebut dan
mencadangkan sistem berdasarkan konsep ini. John Locke, dalam "Civil Government, second
treatise" pada 1690, telah membahagikan kuasa kerajaan kepada dua iaitu eksekutif dan
legislatif. Manakala, Montesquieu dalam karyanya "Spirit of the Laws" telah
mengembangkan idea Locke, dengan menambahkan cabang kehakiman. Dikatakan orang
Inggeris mewujudkan kaedah sebenar pembahagian kuasa ini dengan lebih formal, yang
mereka gelar sebagai Instrumen Kerajaan.

Eksekutif

Perundangan Kehakiman

Tujuan lain DoktrinPengasingan Kuasa ialah:

i. Mengelak daripada berlakunya kezaliman terhadap rakyat disebabkan layanan yang


adil.
ii. Berfungsi sebagai Check and Balance di antara badan-badan pemerintah terhadap
tindakan-tindakan yang diambil.

Fungsi-fungsi badan kerajaan:

i. Badan Eksekutif
Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang.
ii. Badan Perundangan
Membuat dan menggubal undang-undang
iii. Badan Kehakiman
Mengadili dan mentafsir undang-undang.

Pengamalan Doktrin Pengasingan Kuasa boleh dilihat seperti di bawah:


Yang di-Pertuan Agong

Badan Badan Badan

Eksekutif Perundangan Kehakiman

Kesimpulannya, badan-badan kerajaan mempunyai status yang sama dantiada satu pun
diantaranya lebih tinggi daripada yang lain. Setiap badan kerajaan diperuntukkan fungsi dan
tanggungjawab yang berbeza serta tidak boleh wujud pertindihan kuasa.

1.1.1 Badan Perundangan

A. Parlimen
Demokrasi Berparlimen di peringkat persekutuan memperlihatkan
wujudnya dua dewan parliman iaitu Dewan Rakyat (DR) dan Dewan
Negara (DN). Keanggotaan DR adalah dipilih menerusi pilihanraya
manakala DN adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (Perkara 44 dan
45(2)).

B. Dewan Undangan Negeri (DUN)


Dun adalah bertanggungjawab untuk membuat undang-undang dengan
cara berbincang dan meluluskan Rang Undang-Undang di satu-satu negeri
sahaja.

1.1.2 Badan Eksekutif

A. Jemaah Menteri (Kabinet)


Dari segi kefungsian, badan eksekutif adalah bertanggungjawab
untuk melaksana dan menguatkan undang-undang. Badan ini menjalankan
tanggungjawabnya di atas nama Yang di-Pertuan Agong.
B. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)
Menteri Besar (negeri yang mempunyai raja / sultan) atau Ketua
Menteri (negeri yang tidak mempunyai raja / sultan) merupakan ketua bagi
badan eksekutif di peringkat negeri. Di dalam menjalankan tugasnya,
beliau dibantu oleh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

C. Badan Kehakiman
Dari segi kefungsian, badan kehakiman adalah bertanggungjawab
untuk mengadili dan mentafsir undang-undang. Mengadili bermaksud
mentadbir keadilan dari sebarang bentuk pencabulan oleh individu atau
kerajaan. Mentafsir undang-undang pula bermaksud membuat penafsiran
terhadap undang-undang yang telah dibuat berdasarkan kaedah
perundangan.

1.1 Isu permasalahan kajian

Untuk menyelesaikan isu-isu kerajaan/negara secara telus dan adil.


Merangka komponen-komponen kerajaan supaya dapat berfungsi dengan
bebas.
Adanya campur tangan pihak lain untuk urus Negara (ahli politik)
Perbezaan pendapat dan politik akan timbul.
Untuk menyelesaikan masalah kawal imbang kuasa terhadap komponen
kerajaan.

1.2 Persoalan Yang Timbul

Pasaran ekonomi Negara kita sedang mengalami kemelesetan ekonomi.


Sebab utama adalah kejatuhan nilai petroleum yang menjadi nadi utama
ekonomi Negara kita. Disebabkan ini juga, mata wang Negara kita
semakain jatuh.
Dasar Kewangan - Malaysia sedang mengalami kejatuhan mata wang
ringgit. Disebabkan ini, ramai pelabur pelabur asing menarik diri
daripada melabur di Negara kita. Perkara ini, menjadikan ekonomi Negara
kita lebih tertekan dan merudum.
Pasaran Saham - Amerika Selatan mengalami pertumbuhan yang rendah.
Oleh kerana kita adalah negara perdagangan, kemelesetan ekonomi rakan
dagang kita sudah tentu akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi kita.
Kawalan Modal - Walaupun kita dapat kembalikan kuasa menentukan
nilai Ringgit kepada Kerajaan, tetapi nilainya hendaklah dapat membantu
dayasaing barangan buatan kita di luar negara.

1.3 Objektif Kajian

Membincangkan cadangan kuasa lebih menyeluruh untuk mencapai


kestabilan kewangan Negara
Membincangkan cadangan tiada campur tangan dalam rangka kerja urus
tadbir Negara daripada pihak ketiga.
Membincngkan cadangan bagaimana setiap individu memainkan peranan
bagi memastikan komponen kerajaan dapat berfungsi secara bebas.
Memperkukuhkan ketahanan dan daya saing ekonomi negara.
Menyusun semula sektor kewangan dan mempertingkatkan tahap
pengurusan sektor awam dan swasta (good governance).
Mencapai perpaduan nasional.
Mengukuhkan lagi kedudukan imbangan pembayaran dan menjamin
kesejahteraan rakyat.

Anda mungkin juga menyukai