Anda di halaman 1dari 2

TAZKIRAH BAHASA:

Antara "di antara" dengan "antara",


antara "di dalam" dengan "dalam", dan
antara "di atas" dengan "atas" apakah perbezaannya?

"Antara", "dalam" dan "atas" mempunyai dua fungsi iaitu sebagai kata sendi nama dan sebagai
kata arah. Jika sebagai kata arah, perkataan ini perlu didahului dengan kata sendi nama seperti
"di" dan "ke".

Contoh:
1. Antara Cikgu Palija dan Cikgu N, siapakah yang lebih cantik? ("antara" sebagai kata sendi nama)
2. Rumah pegawai pendidikan itu terletak tengah-tengah kampung, iaitu di antara surau dengan
balai raya.
("antara" sebagai kata arah, perkataan "antara" mestilah berpasangan dengan kata sendi nama
"dengan", bukan "dan")

3. Mereka tinggal di dalam gua. ("dalam" sebagai kata arah)


4. Pelancong Eropah itu boleh bertutur dalam bahasa Melayu ("dalam" sebagai kata sendi nama)

5. Ahmad meletakkan buku itu di atas mejanya. ("atas" sebagai kata arah)
6. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian rakan-rakan untuk membaca catatan ini. ("atas"
sebagai kata sendi nama)

Mudah je...

azkirah bahasa 26022017:

Imbuhan pro-, anti-, pra-, pasca-, dwi- dan banyak lagi adalah antara imbuhan pinjaman yang
terdapat dalam bahasa Melayu.
Cara mengejanya, apabila digunakan dengan kata nama am, ejaannya hendaklah dirangkaikan,
dan jika digunakan dengan kata nama khas, tanda sempang hendaklah digunakan.

Contoh:
prokerajaan (bukan pro-kerajaan, bukan pro kerajaan)
propembangkang (bukan pro-pembangkang, bukan pro pembangkang)
pro-Amerika (bukan pro Amerika, bukan proAmerika)
antidadah (bukan anti-dadah, bukan anti dadah)
anti-Israel (bukan anti Israel, bukan antiIsrael)
prauniversiti (bukan pra-universiti, bukan pra universiti)
prasejarah (bukan pra-sejarah, bukan pra sejarah)
pascasiswazah (bukan pasca-siswazah, bukan pasca siswazah)
pascakolonial (bukan pasca-kolonial, bukan pasca kolonial)
dwibahasa (bukan dwi-bahasa, bukan dwi bahasa)

Mudah, kan?
Ejalah dan gunakanlah tanda baca dengan betul mengikut peraturan yang telah ditetapkan!

1. Abad ke-21 (bukan abad ke 21)


2. Antikerajaan (bukan anti-kerajaan/ anti kerajaan)
3. Bukit bukau (bukan bukit-bukau)
4. Kokurikulum (bukan ko-kurikulum)
5. Memporak-perandakan (bukan memporakperandakan)
6. Mesyuarat Agung Kali Ke IV (bukan Mesyuarat Agong Kali Ke-IV)
7. Prauniversiti (bukan pra-universiti)
8. Pro-Amerika (bukan pro Amerika)
9. Tahun 1960-an (bukan 1960 an/ 1960an)
10. Sampah sarap (bukan sampah-sarap)

Catatan:
Kata bukit bukau dan sampah sarap bukan kata ganda tetapi frasa. Tanda sempang
tidak perlu digunakan kerana perkataan ini sudah mempunyai maknanya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai