Anda di halaman 1dari 8

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Para

hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat duduk masing-masing.

Mohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan

telefon bimbit atau meletakkan telefon anda dalam nada senyap silent

mode bagi melancarkan majlis kita pada pagi ini.

Mohon kerjasama kepada para hadirin agar berdiri semasa perarakan

akademik berlangsung.Kita juga akan menyanyikan Lagu Negaraku. Harap

maklum.

Mengumumkan perarakan masuk Yg Berbahagia Dr. Yahya bin Md. Yatim,

YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1, barisan pentadbir dan

barisan staf akademik Tahun 6 diikuti para graduan yang diraikan bagi

sesi 2016.

Hadirin hadirat diminta berdiri.


Majlis dimulakan dengan Lagu Negaraku..Para hadirin diminta bersedia.

Hadirin hadirat, tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan duduk.

Melati kuntum tumbuh melata

Sayang Merbah di pohon cemara

Assalamualaikum mulanya bicara

Salam sembah pembuka kata

Assalamualaikum Warahmatulla Hi Wabarokatuh dan selamat sejahtera.

Yang Berbahagia Dr. Yahya bin Md. Yatim,

YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1,

Yang Dihormati En Jafar b. Ahman

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Taman Universiti 1,

Yang Dihormati Puan Hajah Arnizam bt Abdul Rahman,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Taman Universiti 1,

Yang Dihormati Puan Haslina bt Md Daud,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Taman Universiti 1,

Yang Dihormati Puan Saadiah bt Khairani,

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, SK Taman Universiti 1,


Barisan Staf Akademik Tahun 6, SK Taman Universiti 1,

Para Graduan SK Taman Universiti 1 Sesi 2016,

Guru-guru seterusnya hadirin hadirat yang dihormati

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas

limpah kurnia dan izinnya dapat kita berhimpun pada pagi ini untuk

bersama-sama menyerikan Majlis Konvokesyen SK Taman Universiti

1 bagi sesi 2016 yang bakal berlangsung sebentar lagi.

Terlebih dahulu saya bagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian tuan puan

meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis yang bersejarah

pada pagi ini.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan para graduan yang telah

berjaya menamatkan sesi persekolahan rendah sehingga ke tahun enam.


Majlis ini juga diharapkan menjadi pembakar semangat kepada para

pelajar untuk menyambung sesi persekolahan menengah 2017.

Tetak buluh kajang sepuluh,

Laksana dititing kias ibarat,

Angkat tangan jari sepuluh,

Doa dipohon biar selamat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Mohd

Firdaus bin Zakaria untuk memimpin bacaan doa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Firdaus atas

bacaan doa sebentar tadi.

Jangan tertawan alpa duniawi,

Hanya indah serupa mimpi,

Duhai pahlawan kasatria pertiwi,

Hulurkan madah kepada kami.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang

Berbahagia Dr Yahya bin Mohd Yatim , YDP PIBG Sekolah Kebangsaan

Taman Universiti 1 untuk mengisytiharkan Majlis Konvokesyen Tahun 6 Kali

ke-4.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr

Yahya bin Mohd Yatim atas pengisytiharan sebentar tadi.

Megah ternama Kota Melaka,

Selat Melaka berair masin,

Majlis bermula tirai dibuka,

Acara Penganugerahan Sijil Konvokesyen.

Hadirin yang dihormati sekalian..

Kini tibalah kita ke upacara Penganugerahan Sijil Konvokesyen kepada

para graduan SK Taman Universiti 1 sesi 2016.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Jafar b.

Ahman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Universiti 1 untuk

menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Dr Yahya bin Mohd Yatim

untuk menyempurnakan majlis konvokesyen dan menyampaikan sijil

kepada para graduan..

Sidang Dewan yang dihormati,


Majlis Konvokesyen pada pagi ini dimulakan dengan kelas 6 Efisien..

Dipersilakan..(Rujuk senarai nama)

Seterusnya, majlis diteruskan dengan kelas 6 Dedikasi.. Dipersilakan..

Seloka bukan sebarang seloka,

Seloka pantun kiasan diri,

Majlis kini berehat seketika,

Saksikan persembahan istimewa ini

Hadirin hadirat sekalian sama-samalah kita menyaksikan persembahan

koir yang akan dipersembahkan oleh kumpulan koir Voice of Desire, SK

Taman Universiti 1 dengan dua buah lagu iaitu Sahabat selamanya dan

Standing In The Eyes Of The World. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan..

Begitulah tadi persembahan hebat kumpulan koir Voice of Desire di bawah

pimpinan En. Alif bin Kamil.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Seterusnya, majlis diteruskan dengan kelas 6 Cemerlang. Untuk itu, majlis

mempersilakan Yang Berbahagia Dr Yahya bin Mohd Yatim, YDP PIBG SK

Taman Universiti 1 dengan diiringi oleh En Jafar b. Ahman sekali lagi untuk

menyampaikan sijil konvokesyen kepada para graduan.

Seterusnya, dari kelas 6 Bakti dipersilakan..

Majlis Konvokesyen diakhiri dengan kelas 6 Amal. Dipersilakan..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Yahya bin Mohd Yatim

atas kesudian beliau menyempurnakan Majlis Konvokesyan sesi 2016.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudian beliau kerana

menyempurnakan upacara penyampaian Sijil Konvokesyen kepada para

graduan, maka majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia

YDP PIBG SK Taman Universiti 1, Dr Yahya bin Mohd Yatim sekali lagi untuk

tampil menerima cenderamata daripada Yang Dihormati En. Jafar b.

Ahman selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih..

Bunga Dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita,


Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi,

Salam perpisahan untuk semua,

Di lain masa berjumpa lagi.

Majlis diakhiri dengan dua buah lagu iaitu Lagu Bangsa Johor dan Lagu

Sekolah. Semua hadirin diminta berdiri.

Diumumkan Yang Berbahagia Dr Yahya bin Mohd Yatim, YDP PIBG SK

Taman Universiti 1, barisan pentadbir dan barisan staf akademik Tahun 6

SK Taman Universiti 1 akan berarak keluar dewan.

Seterusnya para graduan akan berarak keluar dewan.

Anda mungkin juga menyukai