Anda di halaman 1dari 2

SUATU ketika dahulu Aleppo dengan penduduk sekitar 2.

3 juta merupakan sebuah bandar raya


terbesar di Syria yang berjaya menambat hati pelancong, bahkan diiktiraf sebagai Tapak Warisan
Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Kini, bandar yang antaranya menempatkan masjid yang hebat pada abad ke-12 dan pasar tertutup
Souk kini musnah.
Aleppo menjadi sebuah kubur besar kepada nilai kemanusiaan akibat keangkuhan kuasa besar iaitu
Amerika Syarikat (AS) dan Rusia. Masing-masing, tidak segan silu mendabik dada menjadi pejuang
kepada kebaikan dalam perang menentang kejahatan.
Kedua-dua bukan apa yang disangka ramai. Contohnya, AS yang lebih berjaya menonjolkan sisi
gelap Rusia bukanlah adiwira seperti yang digambarkan bahkan lebih mengutamakan kepentingan
diri dan tindakannya hanya untuk mengekang pengaruh dan kuasa musuh tradisinya itu.
Dr. Micheal Scheuer, dalam wawancara dengan penulis buku konflik di Asia Tenggara, Fahmi Faiz,
mendakwa negara kuasa besar dunia itu penyokong al-Qaeda (atau kini Daesh), dan dianggap lebih
jahat berbanding Presiden Bashar al-Assad. Menurut Scheuer yang pernah berkhidmat dengan Agensi
Perisikan Pusat (CIA) selama lebih 20 tahun, al-Qaeda merupakan pembekal sokongan kepada
kumpulan pejuang kebebasan yang kebanyakannya kumpulan amatur manakala penglibatan AS
dalam Syria adalah kerana pengaruh Israel untuk melestarikan impian The Greater Israel dengan
dikelilingi musuh-musuh yang dijinakkan.
Malah pada 2007, Jeneral Wesley Clark, seorang jeneral empat bintang AS yang telah bersara
mengakui terdapat gerakan menumbangkan tujuh buah negara dalam masa lima tahun iaitu Iraq,
Syria, Lebanon, Libya, Somalia, Sudan dan diakhiri Iran.
Jelas sekali, Syria adalah mangsa percaturan kuasa besar yang tidak sukar untuk dinamakan dalang-
nya, tidak ubah seperti gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Perang
saudara itu juga pertembungan antara fahaman Syiah dan Sunnah yang gagal didamaikan oleh dunia
Islam tetapi digunakan kuasa asing sebagai senjata melemahkan Islam.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula terperangkap dalam keadaan tidak mampu berbuat
apa-apa. Nasib penduduk di Syria terus tidak terbela malah sekadar menjadi satu lagi peristiwa
dalam lipatan sejarah dunia untuk diingati satu masa nanti.
Pada masa sama, tangan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon juga terikat sekadar mampu me-
ngungkapkan keadaan di bandar Aleppo bagaikan neraka dunia.
Sebenarnya, apa yang berlaku tidak mampu untuk digambarkan lagi, sudah lebih daripada
meruncing.
Gencatan senjata yang dilakukan kini terhenti dan belum lagi diteruskan semula dengan penduduk
awam diibaratkan seperti menghitung saat kematian. Ketika ini, lebih 9,000 daripada 50,000
berjaya dikeluarkan daripada Aleppo untuk dipindah ke kawasan dikuasai pejuang iaitu Idlib, yang
berdepan pelbagai kekurangan makanan dan perubatan.
Rusia pula bersandiwara apabila mengatakan pemindahan orang awam hanya melibatkan pembe-
rontak telah selesai manakala Syria yang dibantu Iran berfahaman Syiah pula mendakwa sebaliknya.
Apa yang berlaku ini memberikan tanggapan wujudnya muslihat.
Bagaimanakah nasib puluhan ribu orang awam, kebanyakan berfahaman Sunni yang belum sempat
dikeluarkan daripada bandar yang musnah akibat perang saudara itu termasuk mereka yang cedera,
orang tua dan kanak-kanak.
Bilangan mereka yang masih terperangkap itu dikatakan tidak termasuk lebih 37,000 orang yang
telah keluar mendapat perlindungan di barat Aleppo atau kawasan pinggir bandar. Malah, terdapat
sekurang-kurangnya 14,700 orang lagi terpaksa berhimpit di dalam rumah-rumah perlindungan
termasuk di kilang pembuatan kapas dalam suasana musim sejuk yang menambahkan kesengsaraan
mereka.
Tanpa bantuan yang disalurkan, mereka bagaikan menunggu kematian apabila kebanyakan hospital
yang besar sudah hancur. Cuma yang tinggal beberapa klinik yang beroperasi secara haram.
Soalnya, dapatkah mereka meneruskan hidup tanpa bantuan perubatan dan makanan?
Malang sekali, pemimpin dunia Islam membisu untuk bertindak tegas dan menghulurkan bantuan
yang diharapkan.
Tanpa tindakan segera yang bersepadu, kita akan sekadar mengulangi satu lagi bencana
kemanusiaan seperti mana di Bosnia.
Biarpun pokok pisang sememangnya tidak berbuah dua kali tetapi kegagalan untuk
menyelamatkan orang awam yang terperangkap di Aleppo bagaikan mengundang berulangnya
pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica ketika Perang Bosnia 1995.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/aleppo-diselubungi-kekejaman-
1.421476#sthash.xzv82lyD.dpuf
Posted by Abu Hatim at 16:59 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Lebih 5,000 keluar Aleppo


20 Disember 2016 12:28 AM

BEIRUT 19 Dis. - Selepas berjam-jam, malah berhari-hari menanti di sebalik cuaca sejuk dan
kekurangan bekalan makanan, lebih 5,000 penduduk Aleppo yang terkepung ekoran konflik di
wilayah berdarah itu mampu melafazkan kesyukuran apabila berjaya dipindahkan.
Jumlah itu termasuk anak-anak yatim, sekali gus menjadi jumlah keseluruhan yang dipindahkan
12,000 orang setakat ini.
Menurut seorang pegawai perubatan, Dr. Ahmad Dbis, proses pemindahan di bahagian barat wilayah
itu berjalan lancar sebaik sahaja 20 buah bas tiba untuk membawa mereka keluar dari wilayah yang
dianggap oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon sebagai ne-
raka dunia itu.
Menurut Ahmad, 25 buah bas lagi tiba kira-kira dua jam selepas itu.
Ketika orang awam dipindahkan ke tempat selamat, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu sedang membincangkan untuk menghantar pengawas yang akan menyelia pemindahan
keluar secara besar-besaran.
Semalam, lebih 30 buah bas padat dengan warga Aleppo terpaksa menunggu hampir semalaman
sebelum meninggalkan wilayah itu ketika cuaca sejuk semakin memburuk.
Bagaimanapun, hanya lima buah bas yang memuatkan kira-kira 350 penduduk dibenarkan melepasi
pusat kawalan terakhir di Aleppo selepas campur tangan Rusia dan Turki.
Sementara itu, puluhan bas lain dikatakan gagal digerakkan dan terpaksa menunggu beratus-ratus
lagi penduduk yang dijangka dipindahkan dari dua kawasan perkampungan di barat laut Syria.
Ketua Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR), Rami Abdel Rahman pula mengesahkan, kira-
kira 500 penduduk telah meninggalkan Fua dan Kefraya di Idlib ketika ini.
Dalam perkembangan berkaitan, lima lelaki bersenjata dilaporkan bertindak membakar lima buah
bas yang sepatutnya digunakan untuk mengangkut penduduk di Idlib.
Jelas Rami, ekoran insiden itu, proses untuk membawa lebih ramai penduduk Idlib keluar dari
wilayah tersebut terpaksa ditangguhkan.
Beberapa rakaman video yang dimuat naik ke dalam media sosial menunjukkan, lelaki-lelaki
berjambang yang memegang senjata menjerit kegembiraan selepas membakar bas-bas tersebut
sebelum mereka sampai ke perkampungan berkenaan.
Media-media tempatan kemudian menyifatkan perbuatan kejam itu sebagai keganasan bersenjata
iaitu istilah yang digunakan oleh semua penentang Presiden Syria, Bashar al-Assad yang dipercayai
mendalangi serangan itu.
Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan draf
resolusi berkaitan pengawasan proses pemindahan penduduk Aleppo itu semalam.

Anda mungkin juga menyukai