Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Pembangunan pendidikan yang berkualiti dan juga bertaraf dunia merupakan agenda utama
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan juga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Dalam aspek yang lebih kecil lagi, kualiti sesebuah sekolah dan juga pencapaian akademik
murid banyak bergantung kepada peranan seseorang guru (Den Brok, 2001) (di dalam
Khalip Musa dan Hariza, 2015). Bertitik tolak daripada itu, guru merupakan antara golongan
yang terlibat secara langsung bagi melaksanakan daya usaha dan pendekatan pengajaran
bagi meningkatkan kualiti pendidikan masa kini. Guru perlu menjadi model yang terbaik
kepada pelajar (Bandura, 1977).

Oleh itu, wajarlah bagi seorang guru untuk sentiasa berusaha menjadi lebih kreatif
dan juga inovatif dalam memastikan pembentukan kelas yang mesra budaya dapat
membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berlangsung. Menurut
Goodland (1984) (di dalam Najeemah, 2011), sekolah sangat berpengaruh dalam
perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian, persekitaran sekolah melambangkan satu
komuniti dan diharapkan murid dapat bersosialisasi dengan baik sepanjang menimba ilmu di
sekolah.

Bertitik tolak daripada itu, penulisan kali ini akan mengupas secara kritikal perihal
mekanisme dalam pengurusan bilik darjah yang mesra budaya yang membantu proses
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Mekanisme yang telah dipilih ialah
Persekitaran Sosioemosi Dalam Pembentukan Bilik Darjah Mesra Budaya.

2.0 PERSEKITARAN SOSIOEMOSI DALAM MEWUJUDKAN KELAS MESRA BUDAYA

Bilik darjah dapat dijadikan sebagai suatu tempat belajar yang menarik, membangunkan
minat dan potensi belajar bergantung kepada keadaan iklim bilik darjah yang menunjukkan
adanya aspek keceriaan (Abdullah Sani Yahaya, 2005). Kenyataan ini turut disokong oleh
Noriati A. Rashid (2011) yang mendefinisikan persekitaran bilik darjah bukan sekadar
melibatkan unsur-unsur emosi dan juga hubungan kemanusiaan.

Keunikan satu-satu bilik darjah terletak pada perkembangan sosial yang mana beliau
dengan jelas menyatakan bahawa guru berperanan penting dalam pembinaan kekuatan
emosi yang positif dalam kalangan murid. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa
persekitaran sosioemosi boleh dipengaruhi melalui hubungan guru-murid di sekolah. Kita
acapkali mendengar mengenai hubungan antara guru dan murid dan secara verbalnya kita
mendengar perihal hubungan ini kelihatan mudah. Namun dalam konteks dunia sebenar,
untuk menjalinkan hubungan yang positif antara guru-murid adalah amat sukar. Kenyataan

1
ini disokong oleh Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2016) yang menyatakan
bahawa hubungan guru-murid memerlukan kerjasama kedua-dua belah pihak dan
komunikasi yang baik akan memberi kesan kepada prestasi akademik murid dan juga
keyakinan diri murid.

Kajian How (2007) telah mengemukakan faktor-faktor yang mempengaruhi gejala


ponteng dalam kalangan murid tingkatan dua dan empat di daerah Johor Bahru. Hasil
dapatan kajian mendapati bahawa faktor yang paling dominan dalam mendorong murid
ponteng sekolah adalah disebabkan oleh wujudnya hubungan yang tidak baik bersama
guru. Hubungan antara guru dan murid yang tidak baik ini berkemungkinan timbul
disebabkan oleh wujudnya jurang perbezaan budaya, pendapat dan pandangan yang tidak
boleh diterima antara keduanya yang mendorong murid untuk melakukan perkara di luar
jangka seperti ponteng sekolah.

Melalui kajian tersebut, dengan jelas kita dapat lihat bahawa persekitaran sosioemosi
di dalam bilik darjah juga memberikan pengaruh terhadap pembentukan kelas yang mesra
budaya. Namun, guru yang menghadapi situasi dan permasalahan seperti ini tidak boleh
lepas tangan dan meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada murid. Malah, guru juga perlu
berfikir terlebih dahulu tindakan yang ingin diambil bagi memastikan tindakan tersebut
tidaklah dipengaruhi oleh emosi. Malah, seorang guru sepatutnya lebih peka dengan
kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam kalangan murid di dalam kelas dan berusaha
untuk mengharmonikan kepelbagaian sosiobudaya tersebut.

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2016) menyatakan bahawa salah laku
sering berpunca daripada murid-murid yang ingin mendapatkan perhatian. Konteks ini
adalah selaras dengan Model Akibat Logikal Dreikurs yang mana model ini ada
menyenaraikan beberapa motif berlakunya tingkah laku yang bermasalah dan salah satu
motif tersebut ialah untuk mendapatkan perhatian. Bertitik tolak daripada itu, murid dan guru
mestilah duduk bersama dan berbincang akan peraturan bilik darjah yang ingin ditetapkan.
Kata sepakat yang diperolehi hasil daripada perbincangan yang dijalankan sedikit sebanyak
dapat mewujudkan persekitaran sosioemosi yang baik di dalam bilik darjah.

Seterusnya, guru mestilah bertindak memberikan kesedaran kepada murid perihal


tingkah laku yang diingini sebenarnya akan memberikan kesan yang menyenangkan kedua-
dua belah pihak dan tingkah laku melanggar peraturan pula akan memberikan kesan yang
menyusahkan kedua-dua belah pihak. Perbincangan yang dilakukan antara guru dan juga
murid ini sebenarnya akan membuatkan murid mempunyai rasa kepunyaan dalam bilik
darjah dan sekaligus menimbulkan suasana bilik darjah yang demokratik selaras dengan
apa yang telah digariskan di dalam Model Akibat Logikal Dreikurs. Melalui perbincangan

2
secara individu daripada kedua belah pihak, guru dan murid akan dapat menyeimbangkan
dan meneutralkan kembali emosi yang tidak stabil seterusnya akan dapat menimbulkan
persekitaran sosioemosi yang baik di dalam kelas. Perkara ini juga akhirnya akan dapat
mewujudkan kelas yang mesra budaya.

Dalam aspek yang lain, sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa tugasan
guru era ini semakin mencabar, rencam serta tidak professional dan beban tugas yang
pelbagai ini mungkin akan menimbulkan sama ada implikasi positif mahupun negatif kepada
guru (Mohd Hasani & Mohd Johdi, 2009). Oleh itu, guru perlulah bijak dalam mengurus dan
mengatur masa mereka bagi memastikan segala tugasan tidak menghalang atau
mengganggu salah satu core business mereka iaitu mewujudkan bilik darjah mesra budaya
melalui persekitaran sosioemosi yang baik.

Sehubungan dengan itu, seseorang guru akan sentiasa berhadapan dengan


kelemahan dan juga kekurangan para murid. Bagaimanapun, seorang guru yang baik tidak
akan memperbesarkan kelemahan tersebut. Sebaliknya, menfokuskan kepada tingkah laku
positif yang ditunjukkan para murid dan menggunakan kekuatan tersebut untuk menarik
minat mereka. Dalam konteks pembentukan bilik darjah mesra budaya, Abdul Rahim dan
Siti Norashikin (2010) menjelaskan bahawa aspek perpaduan pelbagai kaum dapat dicapai
melalui kaedah pembelajaran koperatif. Melalui pembelajaran koperatif, seseorang guru
akan dapat menggalakkan komunikasi sesama ahli kumpulan yang pelbagai kaum. Hal ini
demikian, kebiasaannya setiap murid akan gemar untuk berinteraksi antara kaum mereka
sahaja.

Melalui penggunaan kaedah yang betul dan bersesuaian dalam pembentukan kelas
yang mesra budaya ini juga, secara tidak langsung hubungan guru-murid yang baik dapat
dibina. Hubungan guru-murid merupakan aspek terpenting dalam menggerakkan sesebuah
bilik darjah ke arah mesra budaya. Hal ini demikian, Fredriksen dan Rhodes (2004) juga ada
menyatakan bahawa hubungan guru-murid boleh memberikan kesan terhadap
pembelajaran murid dan juga pencapaian akademik murid. Hal ini adalah bertepatan
dengan Model Beyond Discipline Alfie Kohn yang mana model ini memegang prinsip
mewujudkan komuniti bilik darjah yang penyayang dan menghargai antara satu sama lain,
murid mempunyai rasa kepercayaan dalam bilik darjah dan juga melibatkan dirinya dengan
aktif dalam bilik darjah.

Skinner dan Belmont (1993) pula melihat komitmen murid menerusi indikator kognitif,
emosi dan tingkah laku. Mereka berpendapat bahawa murid yang mempunyai komitmen
tinggi akan menunjukkan penglibatan yang berterusan dalam aktiviti pembelajaran yang
diikuti oleh emosi yang positif. Menurut mereka lagi, pelajar akan memberikan sepenuh

3
tumpuan dan juga berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan
yang diberikan. Dalam situasi seperti ini, guru boleh menggunakan pendekatan Model
Modifikasi Tingkah Laku B. F. Skinner yang mana guru boleh menggunakan prinsip
peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku
yang diingini (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2016).

Peneguhan yang diberikan juga dilihat sebagai modus operandi bagi meningkatkan
motivasi murid untuk memberikan komitmen yang tinggi terhadap proses PdP yang
berlangsung. Emosi murid yang bersemangat akan mewujudkan persekitaran sosioemosi
yang baik seterusnya membentuk bilik darjah yang mesra budaya. Kenyataan ini disokong
melalui kajian yang dilakukan oleh Jensen (2013) yang mana kajian tersebut menunjukkan
bahawa persekitaran sosioemosi yang baik, motivasi dan kesungguhan serta prestasi
akademik murid akan meningkat. Manakala, masalah disiplin murid pula akan menurun.

Hal ini selari dengan Model Terapi Realiti yang diasaskan oleh William Glasser yang
menyatakan bahawa kurikulum yang berkualiti akan meningkatkan mutu pendidikan.
Kurikulum yang berkualiti ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan
pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan juga
memberikan peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka topik yang diajar
(Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2016).

3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, bagi mewujudkan persekitaran sosioemosi yang baik bagi


membentuk bilik darjah mesra budaya memerlukan seseorang guru itu untuk mempunyai
asas kepada pengurusan disiplin yang kukuh. Bertitik tolak daripada itu, guru mestilah
membuat tinjauan dan juga pemerhatian secara menyeluruh mencakupi semua aspek
sebelum menjalankan suatu proses PdP. Hal ini demikian adalah untuk memastikan setiap
aktiviti PdP yang berlangsung adalah bersesuaian dengan iklim bilik darjah dan juga
bertepatan dengan minat murid. Oleh itu, diharapkan para guru lebih peka dalam mengatur
strategi bagi mewujudkan bilik darjah mesra budaya di samping dapat persekitaran
sosioemosi yang seimbang bagi memantapkan prestasi akademik murid.

4
5

Anda mungkin juga menyukai