Anda di halaman 1dari 4

Skrip Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2014.

Tarikh : 20 Ogos 2014


Tempat: Tapak Perhimpunan, SKKB
Masa : 8.00 12.10 Tgh Hari.

BIL SEGMEN SKRIP CATATAN


1 Pelajar dan Assalamualaikum w.b.t , salam merdeka dan salam
guru 1 Malaysia.
berkumpul
Pada hari ini, kita berkumpul di Tapak
Perhimpunan, SKKB ini demi satu tujuan yakni
2.00-2.30 ptg untuk menyemarakkan Pelancaran sambutan Bulan
Kemerdekaan Negara kali ke-57.

Pada hari ini kita akan bersama-sama menjayakan


majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan
pelbagai acara menarik antaranya:

Memulakan acara pada pagi ini, marilah kita sama-


sama menyaksikan pengusungan bendera Malaysia
yg diusung oleh 6 orang murid Tahun 5 diiringi
oleh paluan kompang serta pembawa-pembawa
bendera Malaysia.
.

2 Ketibaan Assalamualaikum w.b.t


Demikianlah tadi upacara pengusungan dan upacara menaikkan bendera
Pengetua
Malaysia. Terima kasih kita ucapkan kepada adik-adik atas kerja sama dan
Kanan Para pelajar dan guru dipersilakan berdiri bagi
semangat yang ditunjukkan.
menghormati ketibaan Tuan Pengetua Kanan, para
2.30-2.35 ptg penolong kanan dan para guru.

i) Nyanyian lagu Negaraku


ii) Nyanyian lagu 1 Malaysia(lagu tema)

Para hadirin dijemput duduk.

3 Tayangan Assalamulaikum w.b.t


dokumentari
Detik Kepada Tuan Pengetua Kanan SMTKK, Tuan Haji
Kemerdekaan Abd Aziz bin Samshuddin, Penolong Kanan, En
1957 Abdul Rahim b Jailani, Penolong Kanan HEM, En
Jamal bin Syed Ramly, Penolong Kanan
Kokurikulum, En Rosli bin Ahmad Ramly, Guru-
2.35-2.40 ptg guru Kanan, Para Ketua Panitia, Ketua-ketua
Bengkel, Pengurus Projek Sambutan Bulan
(Durasi :
4:30) Tuan-tuan dan puan-puan.

Dengan tema kemerdekaan Di sini lahirnya


sebuah cinta. Kini, kita telahpun merdeka selama
57 tahun. Pada usia 57 tahun kemerdekaan negara
pelbagai peristiwa pahit manis telah negara kita
lalui. Pelbagai cubaan dan cabaran telah kita
rempuhi dengan semangat satu Malaysia. Meskipun
telah jauh kita berjalan , namun janganlah kita
melupakan sejarah perjuangan generasi terdahulu.
Sebagai tanda kita mengingati dan menghargai
perjuangan mereka.

Begitulah tadi tayangan dokumentari Detik


Kemerdekaan 1957 sebagai pembuka minda.
Semoga kita dapat menghayati dan menghargai
detik tersebut sebagai detik penting dalam sejarah
negara.
4 Bacaan Doa Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini
dijemput al fadhil ustaz ______________________
2.40-2.45 ptg Untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Al fadhil ustaz.


5. Ucapan Hadirin yang dihormati
pelancaran
Bulan Kini kita sampai ke acara seterusnya. Majlis
Kemerdekaan. dengan segala hormat menjemput tuan Guru Besar
SKKB, Pn Zuraidah Borhan untuk memberikan
sepatah dua kata dan seterusnya melancarkan
2.45-3.00 ptg Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah
bagi tahun 2014, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar kerana


sudi menyempurnakan pelancaran sambutan Bulan
Kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2014.
Semoga dengan itu, akan bersemaraklah semangat
cintakan negara pada setiap sanubari warga SKKB.
6 Tayangan Hadirin sekalian.
perdana filem
Bukit Kini kita sampai kepada acara kemuncak pada hari
Kepong ini dengan tayangan perdana filem Bukit
Kepong. Marilah kita sama-sama saksikan dan
3.00-4.30 hayati filem arahan dan lakonan Tan Sri Jins
petang Shamsuddin ini. Saya ingin mengingatkan kepada
para hadirin semua jawapan kepada soalan kuiz
(durasi : 1 jam kita pada hari ini terdapat di dalam filem ini.
30 minit) Malahan saya juga ingin mewarwarkan bahawa
pada hari ini juga kita akan membuat cabutan
bertuah selepas tayangan filem ini. Tiket cabutan
bertuah itu merupakan borang kuiz yang akan
hadirin hantar selepas tayangan nanti.

Begitulah tadi hebatnya filem Bukit Kepong.


Diharapkan filem tersebut memberikan kesan
kepada hati kita untuk lebih menghargai
kemerdekaan yang sedang kita kecapi kini.
7 Ucapan Hadirin sekalian,
Pengurus Seterusnya, majlis mempersilakan PK KoKu /S/U
Projek Bulan pengurus projek sambutan Bulan Kemerdekaan
Kemerdekaan untuk memberikan sedikit makluman kepada
hadirin berkenaan pengisian program sepanjang
4.30-4.45 ptg Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada PK KoKu /S/U atas


maklumat tadi. Maka marilah kita sama-sama
menjayakan setiap program yang telah pihak
sekolah sediakan untuk pelajar sekalian.
8 Cabutan Kini kita sampai kepada acara yang ditunggu-
bertuah. tunggu, yakni acara Cabutan Bertuah. Untuk itu
majlis menjemput Penolong Kanan, En Abdul
4.45-5.00 ptg Rahim Jailani untuk mengiringi Tuan pengetua
kanan untuk menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.

Dipersilakan tuan pengetua untuk mencabut 3


borang bertuah murid dan 3 borang bertuah guru.

Cabutan Bertuah :
i) 3 cabutan bertuah murid.
ii) 3 cabutan bertuah guru.
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan
Penolong Kanan.
9 Penutup dan Begitulah tadi meriahnya majlis pelancaran
bersurai. sambutan Bulan Kemerdekaan ingatlah ini baru
sahaja permulaan. Diharapkan sambutan ini akan
5.00-5.10 ptg sentiasa bersemangat dan hangat sepanjang
sambutan bermula pada hari ini hinggalah pada
penutupnya pada...25........September 2014.

Sebagai penutup majlis, hadirin dipersilakan berdiri


untuk kita sama-sama menyanyikan dengan penuh
semangat lagu Tanggal 31 yang dipopularkan oleh
allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad dan lagu
Jalur Gemilang. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai