Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS PERSARAAN USTAZAH AZIZAH DAN CIKGU NOR HANA

Tarikh :- 21 Novemer 2016 ( Isnin ) - 9.00 pagi 1.15 petang

PERKARA BUTIRAN
9.15 pagi
Rehat Semua murid dan guru rehat.

10.00 Majlis dimulakan.

10.10 Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam sehati


sejiwa.

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis


akan dimulakan sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Hjh. Azizah bt.


Udin dan Pn. Che Nor Hana bt. Omar dengan diiringi dif-dif
jemputan berarak masuk ke dewan. Dipersilakan mengambil
tempat.

Ucapan Biji selasih boleh dimakan


aluan Menjadi perisa sedap terperi
pengacara Selamat datang saya ucapkan
majlis Semoga majlis tambah berseri

Pagi nan indah penuh gemilang


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Mari jayakan Majlis Selamat Tinggal Sayang
Sempena persaraan Ustazah Azizah dan Cikgu Hana

Yang Diraikan, Ustazah Pn. Hjh. Azizah bt. Udin,


Yang Diraikan, Cikgu Pn. Nor Hana bt. Omar
Yang Berusaha, En. Mohd Noor bin Omar, guru besar SK Kg
Baharu Serada,
Yang Berusaha, Tn.Hj.Mad Harun bin Ibrahim, YDP PIBG SK Kg
Baharu Serada,
Yang Dihormati, guru-guru penolong kanan,
Yang Dikasihi, rakan-rakan guru dan Yang Disayangi murid-
murid cemerlang KABARUS sekalian.
______________________________________________________________

Hadirin yang dimuliakan

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Agar majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah kita sama-


sama menadah tangan mengaminkan doa agar majlis
berlangsung dengan jayanya. Untuk itu majlis mempersilakan
al-Fadil Ustaz Tn. Hj. Aziz bin Sulaiman memimpin bacaan
Doa doa. Dipersilakan.

Amin.amin..amin ya Robbal Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada al-Fadil Ustaz Tn. Hj. Aziz bin Sulaiman atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

Warga dewan yang dimuliakan,


10.20
Pertama-tama sekali marilah kita mengucapkan syukur
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya jua, maka
kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini untuk
meraikan Ustazah Azizah bt. Udin dan Cikgu Nor Hana bt.
Omar, sempena majlis Selamat Tinggal Sayang.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu pejuang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah ungkapan yang boleh kita perkatakan atas segala


bakti dan sumbangan yang dilakukan oleh Yang Diraikan, Pn.
Hjh. Azizah bt. Udin dan Pn. Che Nor Hana bt. Omar
sepanjang perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan yang
berakhir di SKKBS.

Memang benar, pepatah mengaktakan, Patah Kan Tumbuh,


Hilang Kan Berganti. Tetapi adakah yang yang tumbuh atau
yang berganti nanti sama seperti Ustazah Azizah dan Cikgu
Hana?

Seperti mana yang kita ketahui, Ustazah Azizah dan Cikgu


Hana merupakan seorang guru yang memainkan peranannya
yang tersendiri dalam bidang tugasnya sebagai seorang
pendidik di sini. Beliau banyak membantu dan
menyumbangkan tenaga bersama-sama membangunkan
kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang. Wajahnya
yang sentiasa ceria dan murah dengan senyuman
menyenangkan banyak pihak.

Sesungguhnya dengan ketiadaan mereka berdua sempena


persaraannya, sangat-sangat kita rasai. Maklumlah bukan
sehari dua kita bersama-sama dengan Ustazah Azizah dan
Cikgu Hana. Hanya doa yang mampu kita panjatkan, semoga
kalian berdua terus dirahmati Allah dan dapat menjalani
kehidupan seharian dengan bahagianya bersama ahli
keluarga pada hari-hari mendatang.

Hujung daksina merimbun celagi,


Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.

Alangkah dinginnya menjelang senja,


Mentari terbenam diufuk barat
Doaku ikhlas untuk kalian sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.

Selamat bersara kami ucapkan kepada Ustazah Azizah dan


Cikgu Nor Hana , semoga ukhwah persaudaraan akan kekal
selama-lamanya. InsyaAllah.

10.30 Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,

Gigih berusaha adik Imran


Menghafaz al-Quran hingga berjaya
Mari hayati bacaan al-Quran
Semoga kita mendapat manfaatnya.
Bacaan al-
Quran Seterusnya majlis mempersilakan Aizat Muhaimin bin Azman
untuk memperdengarkan alunan suci ayat-ayat al-Quran Nul
Karim. Dipersilakan.

10.40 Terima kasih diucapkan kepada Aizat Muhaimin atas alunan


bacaan ayat-ayat suci al-Quran itu tadi.

Warga dewan yang dikasihi sekalian,


Ucapan
Wakil Tak elok jika ada antan tiada lesungnya
Murid Tak lengkap jika ada dayung tiada perahunya
Tak sempurna majlis jika tiada yang berbicara

Untuk itu majlis menjemput Muhammad Aniq Zharfan bin


Mazuki bagi mewakili semua murid untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Muhammad Aniq Zharfan atas


ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
10.50
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan
Ucapan Yang Dihormati En. Azahar bin Ngah mewakili semua guru
Wakil untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya
guru dipersilakan.

11.00 Terima kasih diucapkan kepada En. Azahar atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.
Ucapan
Wakil PIBG Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha, Tn. Hj. Md.
Harun bin Ibrahim, YDP PIBG SKKBS untuk menyampaikan
ucapan mewakili AJK PIBG dan ibu bapa murid- murid Sekolah
Kebangsaan Kampung Baharu. Dipersilakan.

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh Yang


11.10 Berusaha Tn.Hj. Md. Harun bin Ibrahim selaku YDP PIBG
pagi SKKBS. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan


Ucapan Yang Berusaha En.Mohd Noor bin Omar, Guru Besar SKKBS
Guru untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya
Besar dipersilakan.

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh Yang


Berusaha Encik Mohd Noor bin Omar, Guru Besar SKKB. Majlis
11.20 pagi merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan tersebut.
Tayangan
Slaid Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,

Sekarang marilah pula kita saksikan tayangan slaid gambar-


gambar menarik mengenai orang yang diraikan, Ustazah
Azizah bt. Udin / Cikgu Nor Hana bt. Omar. Sama-sama kita
saksikan.

Begitulah tayangan slaid yang ditayangkan mengenai


Ustazah Azizah. / Cikgu Nor Hana. Diharap semua telah
terhibur dengan tayangan tersebut.

Seterusnya saya akan bacakan bingkisan biodata Ustazah


Azizah bt. Udin / Cikgu Nor Hana bt. Omar. Sebelum itu,
majlis mempersilakan Yang Diraikan Ustazah Azizah bt.
Udin / Cikgu Nor Hana bt. Omar bersemayam di atas
singgahsana. Dipersilakan

( rujuk lampiran )

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,


Ucapan
Yang Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang
Diraikan Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang
Tak lengkaplah acara jika tamu yang dirai tidak berbicara.

Seterusnya tibalah detik-detik yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan Ustazah Azizah / Cikgu Nor
Hana . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Ucapan Ustazah Azizah / Cikgu Nor Hana

Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan Ustazah


Azizah / Cikgu Nor Hana atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi. Semoga ucapan yang beliau sampaikan tadi
menjadi ingatan dan kenangan terindah bagi kita semua.
____________________________________________________________

Persembah Sekarang dipersilakan Muhammad Aniq Zharfan bin Mazuki


-an membuat persembahan khas untuk Ustazah Azizah dan
Cikgu Nor Hana. Adik Aniq Zharfan akan menyampaikan
sebuah lagu Kaulah Bintang Hatiku. Dipersilakan
_____________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada adik Aniq atas persembahan


Acara yang disampaikan tadi. Semoga Kak Zah dan Kak Hana
potong terhibur dengan persembahan tadi.
pulut
kuning Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Mohd
Noor bin Omar, Guru Besar SKKBS , YDP PIBG, GPK mengiringi
Yang Diraikan Ustazah Azizah dan Cikgu Nor Hana untuk
upacara memotong pulut kuning sebagai simbolik
menyambut ulang tahun kelahiran dan persaraan.
Dipersilakan

Makan umbut bersama keladi


Keladi di masak oleh Pak Tua
Selamat menyambut Hari Jadi
Ikhlas daripada kami semua.

Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi


Ustazah Azizah dan Cikgu Nor Hana, Allah Selamatkan
Kamu.....

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah dan


11.45 cenderahati sebagai tanda kenangan dan penghargaan buat
insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Ustazah Azizah dan
Penyampai Cikgu Nor Hana.
an
Hadiah Untuk itu, majlis mempersilakan Encik Mohd Noor bin Omar,
dan Guru Besar SKKBS sekali lagi mengiringi Yang Diraikan
Cendera- Ustazah Azizah dan Cikgu Nor Hana untuk menerima
hati cenderahati kenang-kenangan. Dipersilakan

Kita mulakan acara penyampaian cenderahati daripada :

1. Pihak pengurusan : Encik Mohd Noor bin Omar ( Guru


Besar )
2. PIBG + Kelab Guru : Tn.Hj. Md Harun bin Ibrahim ( YDP
PIBG )
3. Pihak pejabat : Pn. Rosnizah bt. Zainal
4. Tahun 6B
5. Tahun 6C
6. Tahun 5B
7. Tahun 5C
8. Tahun 4B
9. Tahun 4C
10. Tahun 3B
11. Tahun 3C
12. Tahun 2B
13. Tahun 2C
14. Tahun 1B
15. Tahun 1C
16. PPKIBP
17. Pra Sekolah

Seterusnya acara penyampaian cenderahati daripada individu


yang berhajat untuk berbuat demikian. Dipersilakan ( Pra
Sekolah, PPKIBP, Th.1, Th.2, Th.3, Th.4, Th.5 dan Th.6

Terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang telah


menyampaikan hadiah atau cenderahati itu tadi. Semoga
ianya menjadi kenangan abadi kepada Yang Diraikan
pada hari ini iaitu Ustazah Azizh dan Cikgu Nor Hana.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian

Acara Sekarang tibalah pula acara bergambar antara guru-guru


bergambar dengan Yang Diraikan sebagai kenangan terakhir sebelum
persaraan. Untuk itu majlis mempersilakan semua guru dan
kaki tangan KABARUS tampil ke pentas.
Persembah Sebelum acara bersalaman dilangsungkan, marilah kita
-an Silat sama-sama saksikan persembahan silat yang akan
dipersembahkan oleh Kumpulan Silat KABARUS khas untuk
tontonan Yang Diraikan Ustazah Azizah dan Cikgu Nor Hana.
Dipersilakan..

12.15 Acara terakhir pada majlis kali ini ialah acara bersalaman
Acara ber- dengan Yang Diraikan Ustazah Azizah dan Cikgu Nor Hana.
salaman
Sukacita saya ingatkan kepada murid-murid sekalian, selepas
sahaja kamu bersalam dengan Ustazah Azizah dan Cikgu
Hana , sila beratur di tempat yang telah ditetapkan
sepanjang jalan untuk mengiringi perarakan perpisahan.

Untuk itu dipersilakan murid-murid ..

Penutup / Bersurai

Hadirin hadirat yang dihormati sekelian,

Sempurnalah sudah majlis Persaraan Mantan GPKHEM SKKB pada


hari ini. Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih
atas kesudian semua untuk terus bersama sepanjang majlis pada
pagi ini. Kemaafan jua dipinta seandainya sepanjang
mengacarakan majlis kali ini terdapat tutur kata atau tingkah laku
yang tidak menyenangkan mana-mana pihak. Akhir kata terimalah
serangkap pantun daripada saya......

Kalau ada jarum yang patah,

Jangan disimpan di dalam peti;

Majlis persaraan selesailah sudah,

Jumpa lagi di lain kali.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah


matullahi wabarakatuh.

JMSKKBS877STS2016

Anda mungkin juga menyukai