Anda di halaman 1dari 2

Multimedia merupakan satu perkara yang amat sinonim dengan persekitaran

kita. Televisyen merupakan satu contoh aplikasi multimedia dalam kehidupan,


kombinasi elemen multimedia seperti teks, grafik, video, bunyi dan juga animasi
menghasilkan program-program di televisyen. Namun sejajar dengan
perkembangan teknologi yang pesat, penggunaan multimedia telah diperluaskan
dalam bidang pendidikan, pentadbiran, perbankan, kesihatan dan pelbagai lagi.
Multimedia boleh didefinisikan sebagai gabungan teks, grafik, bunyi, video dan
juga animasi yang akan menghasilkan satu hasil yang berkeupayaan interaktif
yang tinggi. Jika dilihat dari perspektif sebagai penggunam komputer misalnya,
segala paparan komputer itu adalah multimedia. Justeru multimedia merupakan
satu kombinasi yang dapat menarik perhatian sewaktu aktiviti komunikasi
dijalankan
Aplikasi Multimedia dalam Bidang Pendidikan
Pendidikan merupakan satu bidang yang dilalui oleh semua manusia, namun
perubahan teknologi maklumat yang pesat telah membuatkan kaedah
pengajaran di sekolah mahupun di universiti dipertingkatkan lagi dengan aplikasi
multimedia yang mampu menarik perhatian pelajar terhadap sesuatu maklumat
pengajaran. Multimedia juga dapat memudahkan guru untuk menyampaikan
maklumat dengan cara yang berbeza dengan cara sebelum ini. Sebelum ini
bidang pengajaran di sekolah terhad kepada buku teks, carta minda dan
sebagainya, namun dengan elemen multimedia, cara pengajaran itu mampu
berubah dengan penambahan seperti bunyi dan juga animasi.
Multimedia telah memberikan banyak manfaat kepada pembangunan
sistem pendidikan. Kemampuan multimedia memberikan pengajaran secara
persedirian dapat membantu pelajar mengulangkaji subjek yang telah dipelajari,
seterusnya menaikkan motivasi pelajar dengan penjelasan yang menarik . Kini
paparan video bermaklumat juga mampu membuatkan pelajar berfikir secara
kreatif dan kritis terhadap apa yang dilihat kerana interpretasi seseorang
individu itu berbeza antara satu sama lain. kombinasi kesemua elemen itu
mampu membuatkan daya ingatan seseorang pelajar itu meningkat kerana
animasi, warna boleh menjana pemikiran seseorang pelajar.
Aplikasi Multimedia dalam Bidang Perubatan
Bidang kesihatan juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam
kehidupan seharian kita. Di Malaysia sendiri kerajaan telah melakukan pelbagai
usaha dalam menaik taraf sektor perubatan, terutamanya dalam menangani
masalah kekurangan pakar kesihatan. Walaupun kini pertambahan bilangan
doktor di Malaysia dapat dilihat namun masih tidak dapat menampung bilangan
pesakit yang kian bertambah. Justeru dengan perkembangan teknologi
maklumat dan multimedia satu aplikasi perdana telah dilaksanakan iaitu Tele-
perubatan. Teleperubatan ialah suatu sistem yang menguruskan dan
mengendalikan aspek perubatan secara dalam talian. Secara ringkasnya, ia
membolehkan rakyat Malaysia menerima perubatan dari rumah tanpa perlu
pergi ke institusi perubatan seperti klinik atau hospital baik institusi perubatan
kerajaan mahupun swasta. Pesakit hanya perlu memiliki sambungan ke internet
dan pesakit boleh melawati laman web yang menyediakan perkhidmatan
rawatan melalui internet. Lawan web ini akan beroperasi secara fizikal di mana-
mana kawasan dalam negara. Dari lokasi tersebut, doktor yang bertugas secara
dalam talian, akan melayani pesakit yang terhubung dengannya secara
persidangan. Persidangan tersebut adalah dalam bentuk audio dan video. Doktor
tersebut akan berinteraksi dengan pesakit, dan memberi preskripsi ubat pada
pesakit berkenaan. Pesakit tersebut seterusnya boleh pergi ke kedai farmasi
berdekatan untuk mendapatkan ubat berkenaan
Di sinilah dapat kita lihat aplikasi multimedia begitu penting dalam tele-
perubatan. Komputer merupakan alat perkakasan yang membantu doktor dan
pesakit berinteraksi. Komputer juga memerlukan elemen multimedia supaya
segala penerangan dapat diberikan secara jelas dan tepat sambil
meminimumkan masa dan tenaga. Peralatan yang digunakan seperti pengimbas
x-ray, CT scan, MRI dan juga ultrabunyi sudah tentu menggunakan elemen
multimedia iaitu teks, grafik, video, bunyi dan juga animasi dalam memberikan
gambaran kepada doktor untuk melakukan diagnosis.
Dalam bidang teleperubatan juga, kita akan menggunakan doktor pakar yang
berada di luar negara untuk membuat diagnosis terhadap pesakit yang berada di
Malaysia. Doktor pakar dapat melihat gambar pesakit melalui komputernya yang
dipancarkan dari hospital di Malaysia untuk membuat analisis, rujukan dan
cadangan rawatan. Sebagai contoh sewaktu doktor ingin memberi penerangan
tentang keadaan pesakit dengan bantuan gambar tanpa teks atau audio sudah
tentu pesakit membuat pelbagai andaian, begitu juga jika doktor ingin
menunjukkan jenis ubat yang perlu dibeli hanya dengan memberi nama ubat
tanpa gambar juga menyukarkan pesakit ingin mengenalpasti rupa bentuk ubat
tersebut.
Kesimpulan
Kesimpulannya multimedia penting kepada bidang teknologi komunikasi
maklumat serta perkakasannya. Tanpa elemen multimedia sudah tentu sesuatu
maklumat itu sukar untuk ditafsir dengan betul dan juga mampu menaikkan
motivasi dan ingatan manusia dalam menerima satu maklumat.