Anda di halaman 1dari 7

1

Menggunakan Gaya Bahasa yang Sesuai Semasa Membuat Pembelian

Contoh jawapan : Aktiviti 2 (BT. Hlm. 230)

Encik Ramli : Saya tidak dapat memenuhi hasrat Encik Eric tetapi
setakat diskaun lima peratus bolehlah.

atau

Encik Ramli : Maaf, harga pencetak ini tidak dapat dikurangkan


lagi tetapi saya akan hadiahkan Encik Eric 12
keping disket.

atau

Encik Ramli : Kerana Encik Eric tidak mengapalah, saya berikan


diskaun 10 peratus tetapi bila hendak membeli
peralatan komputer yang lain datanglah ke kedai
saya.

Contoh jawapan : Aktiviti 3 (BT. Hlm. 230)

Saya : Berapakah bayaran untuk mendapatkan seorang


pembantu rumah warga asing?
Rakan : Dari negara mana?
Saya : Kemboja.
Rakan : Kos untuk mendapatkan pembantu rumah dari Kemboja
agak tinggi sedikit, iaitu RM4300.00
Saya : Mengapakah mahal sangat?
Rakan : Pembantu rumah dari Kemboja telah mendapat latihan
yang sempurna. Mereka boleh memasak, mengemas
rumah, membasuh dan boleh menjaga bayi.
Saya : Berapa pula gaji bulanan mereka?
Rakan : Gaji bulanan mereka cuma RM370.00
Saya : Kalau begitu, bolehkah kos itu dikurangkan kepada
RM4000.00 sahaja?

2
Rakan : Minta maaf, itulah kos yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi
percayalah, syarikat kami sentiasa memantau dan
memberikan tunjuk ajar kepada pembantu-pembantu
rumah agar mereka sentiasa cekap dan berdisiplin.
Saya : Jika begitu, silalah uruskan permohonan saya.

Menyusun Ungkapan dan Ayat Semasa Berurusan (BT. Hlm. 230)

Cadangan jawapan: Aktiviti 1 (BT. Hlm. 230)

Puan Nor Hayati : Selamat pagi Encik Riduan.


Maaf kerana terpaksa menunggu.
Riduan : Selamat pagi.
Puan Nor Hayati : Ada apa-apa masalah yang boleh saya bantu?
Riduan : Saya ingin tahu tentang baja yang syarikat kami
tempah tempoh hari.
Puan Nor Hayati : Sebenarnya baru sebentar tadi saya menghubungi
syarikat pengangkutan untuk urusan penghantaran
baja tersebut.
Riduan : Bilakah dijangkakan baja tersebut sampai ke ladang
kami?
Puan Nor Hayati : Jangan bimbang Encik Riduan, jika tiada apa-apa
halangan, baja tersebut akan sampai pada petang
ini.
Riduan : Terima kasih.
Puan Nor Hayati : Sama-sama.

Cadangan jawapan: Aktiviti 2 (BT. Hlm. 231)

Isi-isi Penting Perbualan

Kumpulan 1: Menempah pakej pelancongan di dalam negeri.


- tempat tujuan
- tempoh masa melancong
- kemudahan pengangkutan
- kemudahan tempat penginapan
- kemudahan makan minum
- pemandu pelancong
- harga pakej untuk orang dewasa dan kanak-kanak
- cara pembayaran tunai/kad kredit/cek

Kumpulan 2: Membeli telefon bimbit


- harga
- jenis

3
- fungsi
- jaminan
- kelebihan/keistimewaan
- potongan harga

Kumpulan 3: Membeli tiket bas/kapal terbang


- destinasi
- masa
- harga tambang
- diskaun untuk kanak-kanak dan warga emas
- cara pembayaran
- insurans

Kumpulan 4: Mengubahsuai rumah


- bahagian rumah yang hendak diubahsuai seperti dapur, bilik dan
tempat letak kereta
- harga
- kualiti barang
- jangka masa siap
- pemasangan bekalan air dan elektrik
- pembuangan/pembersihan
- kaedah pembayaran

Kumpulan 5: Melanjutkan pelajaran ke luar negara


- pilihan nama negara
- bidang/kursus
- nama universiti
- kelayakan memohon
- jangka masa belajar
- pengiktirafan
- bayaran
- sumber kewangan
- tempat tinggal
- borang permohonan

Mendraf Kerangka Edaran (BT. Hlm. 232)

Cadangan jawapan: Aktiviti 2 (BT. Hlm. 233)

Pendahuluan:
golongan pelajar aset terpenting bagi melahirkan saintis
berwibawa.
mereka bakal penerima Hadiah Nobel

Ayat topik 1
Program penggalak Sains dan Teknologi (PPST)
Huraian
landasan mencapai cita-cita negara menjelang tahun 2020

4
pelajar melihat kebolehan diri sendiri dalam bidang sains
kerajaan menyediakan imbuhan
Contohnya:
menawarkan biasiswa
menyaksikan acara penyampaian Hadiah Nobel di
Sweden

Ayat Topik 2
mendampingkan pelajar dengan ahli sains Malaysia
Huraian
saintis negara memberikan bimbingan
membentuk sikap dan minda pelajar ke arah mencintai
sains dan teknologi
Contohnya:
menjalankan kajian dan penyelidikan di universiti tempatan

Ayat topik 3
meningkatkan minat pelajar terhadap bidang sains dan
teknologi
Huraian:
pelajar diberi pengetahuan asas dalam bidang Sains,
Matematik, Fizik, Kimia, dan Biologi
dilatih dari segi komunikasi, interaksi, dan penggunaan
bahasa yang sesuai
Contohnya:
program Ekspedisi Antartika
program Angkasawan Pertama Malaysia
Penutup:
masyarakat perlu banyak membaca dan menyelidik
khasnya dalam bidang sains dan teknologi
untuk menjana alam dan manusia untuk mewujudkan
industri baharu berteraskan pengetahuan

Cadangan jawapan: Aktiviti 3 (BT. Hlm. 234)

(a) Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar memberikan tumpuan yang
sewajarnya kepada golongan pelajar dalam melahirkan saintis yang setanding
dengan saintis di negara-negara maju.
(b) Kerajaan telah memberikan pelbagai galakan kepada bakal saintis di Malaysia.
Antaranya ialah menawarkan biasiswa, membawa mereka menyaksikan
penyampaian Hadiah Nobel di Sweden, dan memberikan peluang kepada
pelajar berdamping dengan saintis tempatan khasnya di institusi pengajian awam
tempatan.
(c) Antara pengetahuan asas yang perlu dimiliki oleh bakal saintis ialah pengetahuan
dalam bidang Sains, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi di samping kemahiran
dari segi komunikasi, interaksi, dan pengetahuan bahasa.
(d) Pada pendapat saya, Malaysia perlu memiliki saintis yang berwibawa kerana
untuk sekian lama kita mengimport hasil teknologi dari luar negara. Oleh itu, kini

5
sudah tiba masanya kita mengeksport hasil teknologi kita ke negara-negara
lain pula.
(e) Pada hemat saya, kemungkinan saintis Malaysia menerima Hadiah Nobel
menjelang Tahun 2020 adalah cerah kerana pada masa ini banyak saintis negara
kita telah memenangi hadiah dalam bidang penemuan, penyelidikan dan inovasi
di peringkat antarabangsa.

Cadangan jawapan: Aktiviti 4 (BT. Hlm. 234)

Setelah 17 tahun Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST) dilaksanakan,


Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyedari bahawa pelajarlah bakal
saintis negara dan bakal penerima Hadiah Nobel. Oleh itu, kerajaan telah menyediakan
pelbagai kemudahan kepada para pelajar seperti menyaksikan penyampaian Hadiah
Nobel di Sweden dan berdamping dengan saintis tempatan. Jelas PPST berupaya
meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi khasnya setelah program
Ekspedisi Antartika dan program Angkasawan Pertama Malaysia dilaksanakan. Selain
itu, penguasaan mereka dalam subjek Sains, Matematik, Komunikasi dan Interaksi,
dan Pengunaan Bahasa diperteguhkan. PPST diharapkan berupaya menjadikan
masyarakat mencintai sains dan teknologi ke arah memakmurkan manusia dan alam.

Membina Perenggan yang Koheran (BT. Hlm. 238)

Cadangan jawapan: Aktiviti 2 (BT. Hlm. 238)

Media elektronik merujuk kepada televisyen, telefon, mesin faks, dan komputer.
Sesungguhnya media elektronik memainkan peranan penting dalam era
ledakan teknolgi maklumat ini. Berbanding dengan media cetak, media
elektronik dapat menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan dan pantas.
Oleh itu, sebarang peristiwa penting di mana-mana ceruk dunia dapat ditonton
secara langsung.

Selain itu, teknologi internet dapat menjadikan dunia semakin kecil.


Misalnya, seseorang yang memerlukan maklumat tertentu hanya perlu menekan
beberapa butang dan selepas itu semua informasi yang diperlukan akan berada
di depan mata.

Contoh ayat:

(1) Sesungguhnya campur tangan kerajaan dalam mencegah


kegiatan cetak rompak amat diperlukan.
(2) Prestasi kerjanya semakin meningkat berbanding dengan
ketika dia mula-mula bekerja dahulu.
(3) Program Latihan Khidmat Negara diwujudkan untuk
memantapkan disiplin pelajar. Oleh itu, semua pelajar yang
terpilih untuk menyertai program tersebut diwajibkan untuk
menyertainya.

6
(4) Internet telah menjadikan maklumat sentiasa berada di
hujung jari kita. Selain itu, internet juga memudahkan kita
dalam urusan-urusan lain seperti pembayaran bil,
pemindahan wang dari akaun, dan sebagainya.
(5) Pelbagai aktiviti boleh dilakukankan semasa cuti
persekolahan misalnya, melancong ke tempat-tempat
menarik, mengadakan perkhemahan, berkunjung ke
pameran-pameran yang berkaitan dengan teknologi
maklumat, dan lain-lain.
(6) Setelah ayam cukup masak, angkat lauk tersebut dan
masukkan ke dalam mangkuk yang sederhana besar.
Selepas itu, letakkan sayur-sayuran campur sebagai
hiasan lauk anda.

Cadangan jawapan: Aktiviti 3 (BT. Hlm. 238)

Para petani disarankan supaya sentiasa mengikut nasihat dan bimbingan


pegawai pertanian. Selain itu, para petani mestilah bersikap terbuka dan
sanggup menerima perubahan dari semasa ke semasa. Di samping itu, petani
mestilah rajin berusaha.

Lebih penting lagi, petani digalakkan menggunakan peralatan moden


seperti jentera pembajak, pam air, dan sebagainya. Sementara itu,
penggunaan tanah secara maksimum, penggunaan bijih benih bermutu di
samping memastikan kebersihan kawasan ladang dan saliran adalah asas
utama kejayaan dan kemajuan seseorang petani.

Menggunakan Bahasa yang menarik (BT. Hlm. 239)

Cadangan jawapan: Latihan 1 (BT. Hlm. 239)

1. bimbang tersalah pilih


2. terlalu gembira
3. keluhan yang amat sangat
4. kehidupan yang menderita
5. buruk sangka
6. kisah lama yang sukar dilupakan
7. sudah hilang upaya
8. keseorangan
9. keras hati
10. larut malam
11. waktu senja

Anda mungkin juga menyukai