Anda di halaman 1dari 22

Sejarah Olahraga

Sejarah acara larian

Pertandingan olahraga yang terawal melibatkan larian. Dalam Olimpik Kuno


semua acara adalah alrian. Acara stade adalah antara yang mula-mula
dipertandingkan dan ia melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang
stadium yang digunakan . berikutan ini acara larian ulang-alik yang dinamakan dialos
berjarak 384 meter (192m x2) diadakan. Sejerus selepas itu acara jarak jauh 5 000
meter yang dinamakan delichos diadakan.

Pada zaman Olimpik Kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan itu diperbuat daripada ketulan
batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz kaki. Semua atlit
menggunakan blok yang tetap walaupun saiz mereka adalah berbeza. Pagar
permulaan (husplex) digunakan untuk memulakan perlumbahan.

Sebelum 1880an, kemajuan larian olahraga terbantut kerang ketidakselarasan


dalam permulaan larian dan pengambilan masa yang tepat. Keadaan ini menyebabkan
permulaan dengan gaya berdiri diperkenalkan kerana ia dianggap lebih adil.

Dalam tahun 1880an, ramai jurulatih membuat percubaaan dengan cara


memulakan larian. Antara permulaan awal ialah pencil start. Para atlet berlari 20meter
pertama dengan memegang pencil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan
tembakan digunakan. Dan akhirnya wujudlah gaya dekam. Di Scotland, gaya dekam
digunakan pada tahun 1884. gaya dekan ini juga digunakan di Australia. Ia dinamakan
kangaroo start. Hanya pada bahagian kedua abad kelapan belas, bila kasut berpakau
diperkenalkan , barulah acara larian menjadi lebih popular dan sentiasa
dipertandingkan.

Sebelum 1921, kebanyakan pertandingan adalah untuk kaum lelaki.


Sebenarnya, zaman olimpik Kuno menggalakan pertandingan dalan kalangan lelaki
walaupun ado perayaan khas heraean diadakan untuk wanita. Hanya dalam tahun
1921, pertandingan antarabangsa pertama untuk wanita diadakan di Monte Carlos.
Pertandingan diadakan setiap empat tahun sehingga 1934.

Dalam acara 100meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald
Andersson dari Switzerland dalam tahun 1890 denga catatan masa 11.0 saat. Dalam
tahun 1960, Armin Hary dari Germany berjaya mencatat masa 10.0 saat. Pada tahun
1968 , Jim Hines dari Amerika Syarikat Berjaya mencatat masa kurang daripada 10.0
saat hingga 9.9 saat. Untuk wanita, acara 100 meter ini diadakan buat pertama kalinya
di dalam sukan Olimpik pada tahun1928. masa terpantas dicatat pada tahun 1977 oleh
Marlies Gohr (Jerman) denga masa 10.88 saat.
Dalam acara 200 meter, rekod larian pada larian zaman sebelum Olimpik moden
dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Dalam tahun 1887,
Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat masa 22 saat. Selepas itu
banyak lagi masa baru dilakukan sehingga dalam tahun 1966, Tommie Smith mencatat
masa 19.83 saat dan catatan masa ini diperbaharuhi dalam tahun 1979 oleh Pietro
Mennea dengan catatan masa 19.72 saat. Untuk wanita acara ini diperkenalkan dalam
sukan Olimpik pada tahun 1948. Wilma Rudolph (Amerika Syarikat ) mencatat masa
22.9 saat pada tahun 1960 dan Marita Koch (Germany) adalah pelari pertama acara ini
yang membuat catatan masa di bawah 22 saat iaitu 21.73 saat.

Dalam acara 400 meter, Maxie Long (Amerika Syarikat) Berjaya mencatat masa
47.8 saat. Sejak itu masa untuk acara itu diperbaharuhi sehingga 1968 bila Lee Evans
(Amerika syarikat) mencatat masa 43.86 saat. Untuk wanita, Marlene Mathews
(Australia) mencatat masa 57.0 saat dalam tahun 1957. Pada 1974 dan selepas itu
masa acara tersebut dicatat di bawah 50 saat dengan Irena Szewinska (Poland)
mencatat 49.9 saat pada 1974 Marita Koch (Jerman) dan mencatat 48.94 saat dalam
1978.

Dalam acara lari Berpagar pula, pagar yang dilalui sebenarnya merupakan pintu
kandang biri-biri. Larian pada masa itu adalah dengan kaki hadapan bengkok. Pada
tanhun 1886, Arthur Croome daripada England merupakan orang pertama melompat
pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA)
yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik 1990). Pada tahun 1896,
semua acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki
diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada
tahun 1926 dengan jarak 80m. Selepas itu 100m wanita diperkenalkan pada tahnu
1968 dan dikuti dengan acara 400 m pada tahun 1971.

Bagi acara lari berganti-ganti 4 100 meter, pasukan Jerman mencatat masa
42.3 saat dalam tahun 1912 dan masa ini dicatat di bawah 40 saat dalam tahun 1936
oleh pasukan Amerika Syarikat dengan catatan 39.8 saat. Untuk pasukan wanita,
pasukan Jerman berjaya mencatatkan masa 41.37 saat dalam tahun 1985.
OLAHRAGA

Dahulu dan sekarang

Menurut Buku Siri Sukan Amiza, OLAHRAGA:

Mengikut sejarah, orang Greek kuno merupakan bangsa yang mula-mula


mengadakan sukan olahraga. Pertandingan olahraga yang dipelapori oleh orang
greek ini juga membawa kepada kewujudan sukan Olimpik. Dalam budaya kuno,
aktiviti masa lapang seperti pertandingan berlari, membaling dan melompat
menjadi acara utama. Tidak ketinggalan juga aktiviti berbentuk beradu tenaga
seperti gusti dan tinju. Sungguhpun bagitu, pertandingan berlari menjadi
tumpunan utama dalam perkembangan olahraga.

Dalam kurun ke-9 pertandingan berlari menjadi popular di sekolah dan


universiti di Britain. Perkembangan ini menular ke seluruh Eropah dan Amerika
Syarikat. Sukan Olimpik moden kali pertama diadakan di Athens Greek, pada
tahun 1896. Pada setiap Sukan Olimpik, pelbagai jenis sukan yang baru akan
dipertandingkan. Sungguhpun begitu acara olahraga masih menjadi acara
penting dalam sukan olimpik.

Perkembangan Sukan Olimpik moden menghadapi cabara pada abad ke-


20 an. Di antara tahun 70-an dan 80-an banyak negara memulakan Sukan
Olimpik kerana perbezaan politik. Tetapi pada sukan olimpik 1988 di Seoul,
korea dan sukan olimpik 1992 di Barcelona, sepanyol masalah itu sudah
berakhir. Semua negara di dunia telah mengambil bahagian dengan semangat
olimpik yang sebenar.

Bertanding dalam sukan olimpik merupakan impian yang ingin dicapai


oleh setiap ahli sukan. Pertandingan sukan tahunan anjuran Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia (MSSN) bertujuan mencungkit bakat-bakat dalam
kalangan murid sekolah. Disamping itu MSSN dengan kerjasama Majlis Sukan
Negara (MSN) telah melaksanakan program Bakat. Dalam program ini ahli-ahli
sukan yang berbakat di peringkat sekolah diberi latihan yang sistematik. Melalui
Program Bakat, kerajaan berharap akan dapat menghasilkan ahli sukan yang
cemerlang untuk bertanding dalam Sukan Olimpik.
Klasifikasi acara olahraga

OLAHRAGA

Acara-acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu:

1. Acara-acara balapan
2. Acara-acara padang

Acara-acara balapan

Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang
ditandakan . walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi
sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di atas trek, acara-acara balapan
termasuk lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sederhana
dan jauh serta berjalan kaki.

Antara acara-acara yang termasuk dalam acara balapan :

1. Lari pecut 100 meter, 200 meter, 400 meter

2. Lari berganti-ganti 4x100m, 4x200m, 4x400m

3. Lari berpagar 100m (wanita), 110m (lelaki), 400m.

4. Steeplechase 3000m

5. Lari jarak sederhana dan jauh 800m, 1500m, 3000m, 5000m,10 000m

6. Berjalan kaki 20km, 50km

Acara padang

Terdapat dua jenis acara lompatan

a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah

b) untuk jarak jauh iaitu acara lompat jauh dan lompat bergalah
Acara-acara balingan pula terdiri daripada : -

a) Lempar cakera
b) Rejam lembing
c) Lempar tukul
d) Lontar peluru

Acara acara lain

Selain terdapat acara-acara balapan dan padang seperti yang disebutkan di atas,
terdapat juga acara-acara lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga.

1. Decathlon
2. Penthathlon
3. Marathon
4. Merentas desa

Decathlon

Ini merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlit lelaki di mana atlet-atlet
dikehendaki bertanding dalam acara-acara berikut:

1. Lari 100m
2. Lompat jauh
3. Lontar peluru Hari pertama
4. Lompat tinggi
5. Lari 400m

6. 110m lari berpagar


7. Lempar cakera
8. Lompat bergalah Hari kedua
9. Rejam lembing
10. Lari 1500m
Penthathlon

Ini adalah pertandingan untuk atlet wanita. Acara- acara yang dipertandingkan adalah
seperti berikut :

1. Lari pagar 100m


2. Lontar peluru
3. Lompat tinggi
4. Lompat jauh
5. Acara 800m

Marathon

Marathon ialah satu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan. Jarak yang
terpanjang ialah 42.195 km (26 batu, 358 ela). Permulaan dan penamat acara ini
biasanya dilakukan di arena, tetapi perjalanan laluan keseluruhan dijalankan di atas
jalan raya.

Merentas desa

Acara merentas desa adalah satu acara di mana individu dan pasukan berlari mengikut
laluan merentas desa. Pelari- pelari boleh bertanding secara individu dan pasukan
berlari mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau
dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan.
Jarak yang dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2-5 km, 12 km
atau 14.5km. untuk memastikan skor pasukan , selepas larian/ perlumbaan , kedudukan
ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat agregat
terbaik akan diberi kedudukan yang lebih tinggi.

Kadangkala, acara-acara olahraga juga dikumpulkan dalam satu kumpulan


seperti bawah:

1. Lari pecut (sprints)


a) 100m
b) 200m
c) 400m
d) 4x100m lari berganti-ganti
e) 4x200m lari berganti-ganti
f) 4x400m lari berganti-ganti
2. Lari berpagar
a) 100 lari berpagar
b) 110 lari berpagar

3. Jarak sederhana dan jarak jauh


a) 800m
b) 1500m
c) 3000m
d) 5000m

4. Jarak jauh
a) 10 000m
b) Marathon
c) Merentas desa

5. Berjalan kaki
a) 20 km
b) 50km

6. Lompatan
a) Lompat jauh
b) Lompat tinggi
c) Lompat kijang
d) Lompat bergalah

7. Balingan
a) lontar peluru
b) lempar cakera
c) Rejam lembing
d) Lempar tukul

8. Acara beranika
a) Decathlon
b) Penthathlon
Tiga gaya mulaan dekam

1.Gaya peluru (bunch/ bullet)

2.Gaya sederhana (medium)

3.Gaya panjang (elongated)

Melalui percubaan semasa latihan, atlet akan mendapat posisi mulaan yang terbaik
untuk dirinya sendiri.
Jarak blok depan daripada garisan permulaan

Atlet hendaklah cuba mendapatkan jarak yang selesa untuknya dan mengekalkan jarak
itu. Sebagai panduaan kasar, blok depan diletakkan lebih kurang 30-45 sm di belakang
garisan permulaan dan blok belakang lebih kurang 40 sm di belakang blok depan. Blok
depan disudutkan pada lebih kurang 50-60 darjah dan blok belakang lebih kurang 80
darjah.

Jarak kaki di blok mulaan

Jarak kaki pada blok mulaan adalah pilihan peribadi. Atlet harus mencari posisi selesa
yang memberinya kuasa dalam aksi mulaan. Kemudian, tandakan posisi itu supaya ia
boleh digunakan pada masa hadapan.

( Jari- jari kaki belakang berada lebih kurang 30sm daripada jari-jari kaki depan )

LARI PECUT

Lari pecut didefinisikan sebagai berlari dalam kelajuan yang maksimum. Acara acara
lari pecut termasuk 100m, 200m dan 400m.
TEKNIK

Perbezaan-perbezaan semula jadi seperti susuk badan atlit , keseimbangan


anggota, penuilan otot(muscle leverange) dan pembawaan akan menentukan stail/
gaya seseorang individu , tetapi sebenarnya kelajuan pelari bergantung kepada dua
faktor asas :

1. Panjang langkah
2. Kadar melangkah (rate of striding).

Kesepaduan yang betul antara panjang langkah dengan kadar melangkah akan
memberi pelari ritma yang sempurna.

1.Panjang langkah

Panjang langkah seorang atlet pelari ditentukan oleh beberapa faktor :

a) Panjang kaki pelari


b) Kefleksibelan pinggul
c) Kekuatan dan keanjalan otot-otot
d) Jilat pergerakan

Dua perkara yang patut dielak adalah berlari pelepik-pelepik (under-striding) dan
melangkah (overstriding).
Berlari pelapik-pelapik biasanya dilakukan untuk mencapai aksi yang lebih pantas
daripada kaki sehingga menjejaskan kepanjangan langkah. Termelangkah melibatkan
jangkauna ke depan dengan kaki permulihan semasa menyentuh tanah. Ia akan
melambatkan atlet dengan menyebabkan kesan membrek kepada gerakan ke hadapan.

Gaya lari pecut yang baik adalah dengan memanjangkan pinggul, lutut dan sendi
pergelangan kaki, pemancu kaki belakang (rear driving leg) dan mengangkat lutut dan
paha kaki depan. walaupun, faktor-faktor asas melibatkan panjang langkah dan kadar
melangkah yang tetap, berlari adalah suatu aktiviti menyeluruh yang melibatkan kaki,
lengan, tubuh badan, kepala dan semua bahagian anggota yang turut menyumbangkan
kejayaan pergerakannya. Satu analisis ringkas berkenaan pergerakan-pergerakan
pelbagai anggota badan akan memudahkan kefahaman tentang teknik lari pecut.

Aksi kaki

Gaya lari pecut yang baik digambarkan dengan dua aksi yang nyata :

1. pemanjangan pemancu kaki belakang


2. lutut kaki pemulihan dinaikkan

Aksi lengan

Lengan memainkan dua peranan dalam lari pecut. Ia menolong mengimbangkan pelari
dan juga menetapkan langkah kaki.Dalam aksi lari pecut, lengan harus dibengkokkan
pada siku, lebih kurang 90 darjah. Bahu harus ke depan dengan tangan mengendur
dan jari-jari bengkok sedikit. Tangan menghayun ke depan pada paras bahu dan
kebelakang pada ketinggian pinggul.

Condongan badan dan aksi ke hadapan


Kepala dan mata memainkan peranan yang penting dalam condongn badan. Pelari
harus cuba mengekalkan posisi kepada penjajaran lazim dengan tubuh badan dan
bahu dan badan di condongkan ke hadapan.

Relaxation

Perasaan cemas adalah musuh utama seseorang pelari. Pelari yang baik menjadikan
lari pecut nampak senang dan mereka berlari dengan tenang dalam ritma yang licin.
Kualiti-kualiti ini boleh dikembangkan dan dihasilkan melalui latihan.

Mulaan

Permulaan yang betul adalah salah satu asas penting dalam lari pecut yang baik. Pada
aksi permulaan, atlet terpaksa menukar dengan laju daripada satu posisi pegun [sama
ada berdiri atau dekam] kepada satu larian. Semasa atlit cuba mendapatkan kelajuan ,
adalah penting bahawa hasil dari daya tolaknya akan mengarahkanya ke hadapan.
Lebih kuat daya tolakkan kaki dan pencepatan, semakin penting supaya ia
mengekalkan berat badannya dihadapan kaki [tetapi jangan berlebihan]. Kegunaan blok
mulaan membolehkan keadaan ini dicapai denagn bahu dan pinggul berada di hadapan
kaki yang menyentuh blok-blok mulaan.

Posisi mulaan

Walaupun mulaan dekam digunakan dalam acara-acara lari pecut dan lari berpagar,
atlet-atlet muda yang tidak mempunyai koordinasi pergerakkan yang diperlukan untuk
melakukan mulaan dekam dengan baik, harus menggunakan permulaan berdiri.

Pelbagai posisi mulaan


1.Mulaan berdiri

a) atlet meletakkan sebelah kaki berhampiran garisan permulaan.

b) Kaki belakang berada pada 30-45 sm di belakang.

c) Badan condong ke hadapan, berat badan diletakkan di kaki hadapan.

2.Mulaan dekam

Terdapat tiga posisi mulaan yang digunakan untuk mulaan dekam. Perbezaannya
adalah jarak daripada garisan permulaan ke blok pertama dan jarak antara blok- blok.

Tiga gaya mulaan dekam


1.Gaya peluru (bunch/ bullet)

Lutut kaki belakang lebih kurang bertentangan dan sebaris dengan jari-jari
kaki depan.

Gaya sederhana

Kaki belakang berada di belakang, dan lutut lebih kurang sebaris dengan pergelangan
kaki depan.

Gaya panjang
Menentukan kaki tolakan.
Jika seorang atlit menyepak bola dengan kaki kanan, dia adalah pengguna kaki
kanan(right-footed) dan kaki kirinya adalah kaki tolakan.

Apabila menggunakan blok mulaan letakkan kaki tolakan di blok hadapan dan kaki
sepakan (kicking foot) di blok belakang.

Latihan untuk mulaan

1.Mula berdiri

Pada isyarat ke garisan:


a) Atlet meletakkan sebelah kaki berhampiran garisan permulaan.
b) Kaki belakang berada pada 30- 45sm di belakang.
c) Tubuh badan condong ke depan, lebihkan berat badan di kaki depan.

Pada isyarat sedia


a) Atlet memindahkan berat badan ke jari-jari.
b) Lengan lengan dibengkokkan pada kurang sudut tegak.
c) Lengan bertentangan pada kaki yang mendahuluhi di hadapan,bersedia untuk
berlari.
Pada isyarat, lari atau isyarat bunyi.
a)Atlet lari pecut seberapa cepat yang boleh daripada garisan penamat.

1.Mulaan dekam

Pada isyarat ke garisan:


a) Atlet berundur dan meletakkan kaki-kakinya di atas blok.

b) Atlet berada dalam posisi ke garisan.


Pada isyarat sedia
c) Atlet menaikkan pelvisnya, lebih tinggi sedikit daripada bahu yang hamper selari
dengan tangan

Pada isyarat, lari atau isyarat bunyi.

d) Atlet memecut ke hadapan, menolak kuat dengan kaki tolakkan hadapan(kaki kiri)
dan membawa kaki belakang.(lutut kanan mendahuluhi ke hadapan) pada masa
yang sama.
e) Lengan kiri dibawa ke hadapan semasa lengan kanan dihayunkan ke belakang.

f) Atlet mengambil langkah pertama dengan kaki kanannya sambil mengekalkan tubuh
badan rendah.
g) Langkah-langkah permulaan haruslah pendek. Langkah pertama yang panjang akan
menghalang momentum ke hadapan. Jadi, pastikan langkah-langkah adalah pendek
dan berat badan ke hadapan.
h) Atlet memecut dengan langkah panjang dan cepat.
i) Menghayun lengan sekuat daripada bahu.
j) Siku dibengkokkan pada sudut lebih kurang 90 darjah.
k) Tubuh badan direndahkan untuk 8-10 langkah yang pertama sebelum bergerak ke
posisi lebih tegak.

l) Atlet menolak ke depan, kearah panah dan bukakan kearah garisan titik.

m) Atlet secara beransur-ansur berubah ke posisi larian biasa, kepala


mengendurdan sebaris dengan bahu. Lengan dihayun kearah larian secara
semula jadi dan relak, lutut diangkat tinggi.

n) Berlari terus melepasi garisan tanpa mengurangkan kelajuan. Jangan melompat


atau menjunam.
Kedudukan blok
Apabila bermula dari lorong lurus, blok-blok mulaan diletakkan di tengah lorong. Apabila
bermula dari bahagian selekoh lorong, blok-blok mulaan diletakkan di sebelah luar
lorong secara tangen kepada garisan permulaan. Melalui posisi ini, atlet boleh berlari
lurus untuk beberapa langkah yang pertama.

Apabila bermula dari bahagian selekoh, posisi posisi mulaan diatur secara berganjak
supaya semua peserta barlari pada jarak yang sama.
Acara 100 meter
Untuk acara 100m, larian ini boleh dibahagikan kepada 4 fasa :
a. Mulaan
b. Penambahan kelajuan (pick up)
c. Pelajuan pelajuan (acceleration)
d. Kelajuan maksimum.

Terdapat 4 peringkat :
a) Permulaan
b) Pelepasan
c) Pertengahan.
d) Penamat

Mulaan
Untuk mulaan, atlet akan menukar dengan cepat lari posisi pegun ke aksi larian.
Tujuannya adalah untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa capet yang
boleh.

Penambahan kelajuan (pick up)


Tujuh hinggah lapan langkah yang pertama dipanggil penambahan kelajuan kerana
posisi yang diambil oleh atlet dalam fasa ini adalah permulaan larian. Ia dipanggil pick-
up kerana terdapat variasi berlebihan dalam kelajuannya pada langkah-langkahnya
dalam jarak pendek atau lebih kurang 10m iaitu atlet maju daripada kelajuan kosong
kepada lebih kurang 9 meter sesaat.

Pelajuan pelajuan (acceleration)


Kelajuan atlet bertambah sebanyak lebih kurang 30-35 meter selepas fasa pick-up.

Kelajuan maksimum
Kelajuan maksimum adalah di mana kelajuan atlet masih terkawal iaitu, dia tidak
terlebih berlari dan aksi lariannya adalah mudah dan licin. Selepas mencapai kelajuan
maksimum, dia harus meneruskan lariannya dengan tenang untuk mengekalkan
kelajuan yang telah dicapai sehingga tamat larian.

Penghabisan
Untuk langkah terakhir, atlet menonjolkan dada ke hadapan semasa lengan-lengannya
tegak ke belakang bagi membolehkan dia menolak point di badannya ke hadapan untuk
menyentuh satah tegak tepi garisan penamat.
Acara 200 meter

Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha sepenuhnya tetapi dalam
keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dan acara 200
meter adalah dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai
keupayaan mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. Untuk acara
200 meter, atlet mesti memperolehi ternik larian yang betul peda jarak 100 meter
pertam akan dilarikan di atas selekoh.

Mulaan

Oleh kerana mulaan dimulakan dari bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan
ditempatkan berhampiran garisan luar yang membatasi lorong larian, supeya mengikut
satu trajektori permulaan yang bertangen pada selekok ; 5 6 meter melepasi garisan
permulaan.

Berlari atas selekoh

Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekohk, daya emparan (centrifugal force)


mudah menyebabkan alet tergelincir keluar. Untuk mengatasi daya ini, atlet akan
condong ke selekoh dan memusingkan sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu
kiri. Ini akan menolong seluruh badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih
berkoordinasi.
Berlari lorong lurus

Bahagian kedua perlumbaan acara 200 meter dilarikan di atas lorong lurus. Lebih
kurang antara 80 120 meter dari garisan permulaaan iaitu antara bahagian selekoh
dan bahagian lurus, atlet akan mencapai puncak kelajuannya. Dia harus mengekalkan
posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan bahu kiri sedikit mendahului bahu
kanan supaya dia tidak tergelincir tetapi dapat berlari dengan bersahaja menuju ke
lorong lurus dan mengekalkan kelajuan yang telah dicapai.

Anda mungkin juga menyukai