Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT LINUS 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (F)


KALI PERTAMA.
Tarikh : 5/2/2015
Hari : Khamis.
Masa : 1:30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat.
Kehadiran : Lampiran

1. Ucapan pengerusi

1.1 Ucapan terima kasih di atas kehadiran guru dan pentadbir. serta memberi
laluan kepada Guru Besar untuk memberi ucapan sepatah dua
kata.

1.2 Mesyuarat diadakan untuk membincangkan perancangan strategik


sepanjang tahun bagi mengurangkan jumlah murid LINUS dan masalah-
masalah yang dihadapi oleh guru-guru LINUS

2. Ucapan Guru Besar.

2.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan dapat
bersama-sama menjalankan Program LINUS Sifar di SK Palong 8 (F).

3. Pembentangan rekod LINUS SK Palong 8 (F) 2014.

3.1 SKP 8 (F) telah mencapai sifar linus bagi murid-murid tahun 3, 2014
- Tahun 3, 2015 murid linus.

K1 - K2 K3 - K12

Matematik 0 3

Bahasa Melayu 0 7

Bahasa English 4 25

- Tahun 2, 2015 murid linus.

K1 - K2 K3 - K12

Matematik 0 12

Bahasa Melayu 0 14

Bahasa English 12 12

- Tahun 1, 2015 murid linus belum diuji.

: Makluman

4. Pengajaran dan pembelajaran

- Guru hendaklah mengajar mengikut modul yang dibekalkan oleh


kementerian.

- Setiap murid LINUS yang telah dikenal positif , telah disediakan modul
masing-masing.

- Guru digalakkan kerap menguji murid dengan soalan saringan yang ada
(tahun lepas) berulang kali.

- RPH untuk murid LINUS aktiviti dan latihan hendaklah berbeza dengan
murid yang menguasai kemahiran
: Guru matapelajaran

5. Murid bermasalah.

5.1- Guru yang mengajar LINUS hendaklah mengenal pasti murid yang benar-
benar bermasalah.

5.2- Murid yang bermasalah dengan kehadiran adalah dipertanggungjawabkan


kepada guru matapelajaran untuk mendapatkan salinan surat amaran
yang dikeluarkan oleh GPK Hem untuk tindakan selanjutnya.

5.3- Pihak pentadbir hendaklah membuat lawatan mesra terhadap keluarga


murid tersebut untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi.

: Guru besar, Semua GPK, Penyelaras linus dan Guru LINUS

6. Saingan lisan/bertulis.

6.1 - Lakukan saringan secara berperingkat dan mengikut keselesaan guru.

- Guru hendaklah membimbing murid semasa saringan dijalankan

- Keputusan saringan dan kertas saringan hendaklah di simpan


hingga akhir tahun.

- Keputusan saringan.

: Guru LINUS

7. Aktiviti.
7.1- Untuk meningkatkan penguasaan murid linus . aktiviti yang dijalankan
ialah.

1. Kelas pemulihan.

2. Latih tubi mengikut modul yang disediakan

3. Klinik LINUS Bahasa Inggeris (jumaat selepas waktu persekolahan)

4. Celik konstrak.

: Semua guru, Guru pemulihan

8. Perkara berbangkit.

8.1 - Melantik penyelaras Linus bagi setiap subjek

Matematik : En Shukor Bin Ahmad

Bahasa Melayu : Pn Wan Hartini bt Wan Hamat

Bahasa Inggeris : Pn Hafizah bt Mohd Sakmi

8.2 - Puan SitiKhadijah memaklumkan tiada murid PPKI yang masuk ke


kelas perdana

8.3 - Penyelaras LINUS memaklumkan supaya semua guru LINUS


menggunakan modul yang telah dibekalkan.

: Guru LINUS

9. Ulasan pentadbir.
9.1- Ucapan terima kasih kepada semua guru kerana SKP 8 telah Berjaya
mencapai sifar linus bagi murid tahun 3, 2014 dan berharap pencapaian
sebegini dapat di kekalkan pada tahun ini.

10. Penutup.

- Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 3:30 petang.

Disediakan oleh,

____________________
(EN ABD MANAN BIN MOHD SAHRIF)
Guru Pemulihan
SK Palong 8 (F).

Disemak oleh,

____________________

Anda mungkin juga menyukai