Anda di halaman 1dari 12

SEJARAH SENI LUKIS BARAT

Seni lukis telah wujud sejak zaman pra sejarah. Pada zaman paleolitik dan mesolitik lukisan
dilukis pada dinding-dinding gua dan tidak mempunyai banyak perbezaan. Mereka melukis
berdasarkan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka seperti melakar tentang pemburuan.
Gaya penghasilan adalah begitu neutral dan ada diantaranya mengunakan bentuk-bentuk geometri dan
figura manusia. Namun perubahan berlaku pada zaman neolitik dimana mereka menghasilkan catan
dengan menggunakan warna yang telah dihasilkan sendiri oleh mereka dengan menggunakan bahan-
bahan galian dan mencipta berus. Namun mereka masih menghasilkan catan gua dan subjek-subjek
binatang buas dan aktiviti pemburuan. Imej-imej figura yang dihasilkan juga lebih sempurna dan
realistik. Selepas itu wujud pula seni Maghribi Purba dimana seni yang menggambarkan bagaimana
masyarakat setempat mengaplikasikan seni mereka pada hiasan pada makan dan istana maharaja
mereka. Mereka menghasilkan karya untuk ditempatkan didalam kuil bagi tujuan upacara keagamaan.

Kemudian wujud pula seni Yunani ( Greek) yang tebahagi kepada Zaman Arkaik, Zaman
Klasikal dan Zaman Hellenistik. Pada zaman ini, imej-imej yang seringkali digunakan adalah figura
manusia kerana mengikut kepercayaan mereka rujukan yang paling hampir dan nyata adalah
manusia . imej- imej figura manusia dilukis dengan pelbagai aktiviti-aktiviti setempat. Mereka juga
ada menggambarkan berkisar pada kegagahan dan keperkasaan pahlawan Greek. Kebanyakkan seni
yang dihasilkan adalah berdasarkan kepercayaan dan falsafah keagamaan.

Pengaruh seni Yunani ini diteruskan pula oleh seni pada Zaman Rom. Namun, pada zaman
ini mereka menghasilkan karya berdasarkan sentiment bangsa Rom yang berpegang teguh pada
slogan Rom adalah untuk orang Rom dan apa yang dihasilkan adalah bercirikan kepada masyarakat
Rom sendiri. Ekspresi seni pada zaman ini mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Karya adalah
berdasarkan kemulian, keutuhan dan keteguhan empayarnya. Pelukis-pelukis menggabungkan
pelbagai unsur-unsur dan elemen-elemen tambahan dengan tujuan untuk menampakkan kesan
kemewahan yang berlebihan. Catan dinding adalah merupakan hasil karya yang paling popular seperti
pada dinding istana dan villa mewah.

Zaman kegemilangan seni telah wujud pada Zaman Renaissance. Pada zaman ini karya
yang dihasilkan adalah bersifat sempurna dan ideal. Ia merupakan satu era yang mementingkan
kesempurnaan dan ketepatan dalam menghasilkan karya seni. Kebanyakkan hasil-hasil karya seninya
adalah berdasarkan kepada subjek kajian masyarakat dan aktiviti, keagamaan dan penceritaan
daripada kitab Bible. Pelukis pada zaman ini seolah-olah menjadi penyampai maklumat dengan
menggambarkan dalam bentuk visual supaya mudah difahami dan dihayati oleh semua golongan
masyarakat. Nilai-nilai estetika yang sangat kaya dan tinggi sangat ketara pada setiap karya yang
dihasilkan. Pada ketika ini, golongan atasan dan institusi gereja merupakan golongan yang terpenting
dalam memberikan sumbangan dan ganjaran kepada pengkarya.

Kemudian muncul zaman transisi pertukaran gaya, konsep dan teknik penghasilan
karya seni selepas zaman renaissance pada abad ke-19 yang terbahagi kepada sebelum perang dunia
pertama,seni selepas abad ke-19 dan seni akhir ke-19.. Pada abad ini wujud Era Neo Klasik yang
bermula serentak dengan Zaman Revolusi Perancis 9. Seni pada era ini menekankan bahawa seni dan
revolusi adalah dua perkara utama dalam memperjuangkan demokrasi Perancis. Era ini
menggabungkan gaya dari zaman Klasik Greek dan Zaman Rom. Kebanyakan subjek yang
digambarkan berdasarkan zaman pemerintahan dan zaman kegemilangan empayar rom.Pada zaman
ini pelukis menerapkan mengenai sikap keberanian dan kesanggupan berkorban demi keadilan.
Terdapat juga penggunaan komposisi secara geometri berstruktur.

Selepas itu wujud pula Era Romantisme Era ini lahir melalui kesedaran dan kuasa manusia.
Pada era ini lukisan berdasarkan perasaan dan emosi adalah lebih penting daripada alasan mengapa
karya itu dihasilkan.Kebanyakan karya yang dihasilkan pada era ini bertemakan pada kebebasan
bersuara dan hak kebebasan individu. Subjek subjek yang menjadi pilihan dalam karya adalah
keindahan alam semula jadi, kehidupan masyarakat luar Bandar, masyarakat bawahan, figura figura
yang erotik dan juga sumber-sumber peninggalan sejarah. Pelukis pelukis pada zaman ini ialah
Francisco Goya, John Constable, Thomas Cole, Robert S.Duncanson dan Eugine Delacroix.

Kemudian wujud pula Era Realism iaitu karya yang dihasilkan berdasarkan ideology, erotik
da juga nostalgia. Sesuatu karya menampilkan subjek dalam suatu karya sebagaimana tampil dalam
kehidupan sehari-hari tanpa tambahan atau interpretasi tertentu. Karya seni yang dihasilkan
memperlihatkan kebenaran, tanpa menyembunyikan apa apa walaupun perkara yang buruk. Pada
era ini pelukis sudah berani mempamerkan hasil kerja yang ,mereka telah hasilkan untuk berkongsi
pengalaman dan idea dengan masyarakat setempat.

Perubahan paling besar pada pelukis yang menghasilkan catan adalan pada Era
Impressionisme. Lukisan yang dihasilkan berdasarkan apa yang dilihat di depan mata dan bukan
imaginasi yang ditafsirkan oleh minda.Pelukis menghasilkan catan berdasarkan objek sebenar tanpa
melakukan penambahan atau pengubahsuaian. Subjek utama yang dilakarkan adalah landskap dan
alam semula jadi kerana mereka berpendapat alam semula jadi adal ciptaan yang tiada
tandingannya.Pada era ini cahaya merupakan unsur yang sangat penting dalam penghasilan karya
kerana dapat menimbulkan mood dan suasana sesuatu keadaan. Prinsip impressionisme ialah cahaya
adalah penentu sesebuah keadaan dan suasana. Selain itu, mereka mengharamkan penggunaan warna
hitam didalam karya kerana bagi mereka hitam adalah bukan warna. Pelukis terkenal era ini ialah
Claude Monet,Pierre August Renoir, Camilllie Pisaro, Edgar Degas, Mary Cassat dan Auguste Rodin.

Lanjutan daripada zaman impressionisme ialah Era Post-Impressionisme. Pelukis tidak


membuat peniruan tetapi mencipta bentuk. Subjek utama yang menjadi pilihan adalah landskap,
figura manusia, alam benda dan aktiviti seharian masyarakat setempat. Mereka lebih menumpukan
kepada penilaian bentuk(form). Penggunaan warna yang kontras, penggunaan garisan kontur yang
jelas pada rupa dan sapuan berus yang tepat adalah antara ciri-ciri utama catan era ini. Penggunaan
kaedah titik-titik warna iaitu pointillisme digunakan secara bertindih di antara satu sama lain yang
menghasilkan catan. Terdapat juga penggunaan sapuan berus yang agresif disamping penggunaan
warna yang tidak di campur. Kebanyakan sapuan warna yang asli serta bertindih antara satu sama lain.
Selain itu juga warna yang pekat digunakan bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan. Antara
pelukis-pelukis terkenal pada era ini ialah Vincent Van Gogh, Paul Gauguin, George Seurat, Paul
Cezanne, Henri de Toulouse-Lautrec, Edward Munch dan Henri Rousseau.

Apabila selepas perang dunia pertama muncul pula Era Fauvesme yang bermaksud hidupan
liar. Liar dalam konteks ini merujuk kepada sapuan berus serta warna dan garian yang agresif pada
catan yang dihasilkan.Fauvesme adalah aliran yang menghargai ekspresi dalam menangkap suasana
yang hendak dilukis. Tidak seperti karya impresionisme, pelukis fauves berpendapat bahawa harmoni
warna yang tidak terpaut dengan kenyataan di alam tetapi lebih memperlihatkan hubungan peribadi
seniman dengan alam tersebut.mereka menggunakan warna-warna asal yang tidak bercampur san
sapuan berus yang agresif. Warna-warna yang dipakai jelas tidak lagi disesuaikan dengan warna pada
semulajadi, tetapi mengikuti keinginan peribadi pelukis.Penggunaan garis dalam fauvesme
disederhanakan . Akibatnya bentuk benda mudah dikenali tanpa harus mempertimbangkan banyak
detail.Pelukis era ini ialah Henri Matisse dan Andre Derain.
Selepas itu muncul Era Ekspresionisme iaitu pelukis meluahkan perasaan dan ketidakpuasan
hati dalam bentuk visual untuk dikongsi bersama-sama masyarakat. Pada era ini pelukis menghasilkan
karya dengan meluahkan perasaan yang ada pada dirinya dan mewakili masyarakat terhadap
ketidakpuasan hati, rasuah, penindasan, kemiskinan dan juga keganasan. Penggunaan sapuan berus
yang kasar digunakan bagi menunjukkan masyarakat pinggir Bandar yang mewah dan berkuasa.
Warna warna yang digunakan adalah warna utama yang tidak dicampur dengan warna lain dan
sapuan berus yang agresif. Mereka telah menggunakan unsur simbolik ( nonreprentational) bagi
menggantikan imej dan subjek. Pelukis terkenal ialah Wassily Kandisky dan Ludwig Kirchner.

Kemudian pula wujud pula era yang lain pada seni akhir abad ke-19. Ketika ini muncul Era
Kubism. Kuibism bermaksud pemecahan imej ataupun bentuk asal kepada bentuk kiub yang
dipermudahkan kepada bentuk abstrak. Era ini dikenali sebagai ibu kepada semua jenis seni abstrak.
Konsep kuibism ini adalah untuk membebaskan bentuk daripada rupa semula jadi dan mengubah
kepada satah-satah dari pelbagai jenis sudut pandangan. Terdapat 3 ciri utama konsep kuibism ini iaitu
cahaya dan bayang, konsep permukaan/latar belakang dan objek dari sudut yang pelbagai pandangan
dan pengamatan serta menggambarkan bahagian yang terlindung. Tema yang biasa digunakan adalah
berkisar pada realiti kehidupan dan fakta yang sebenar. Pelukis pada zaman ini tidak menghasilkan
karya yang bersifat revolusi, politik, propaganda ataupun mengkritik seseorang. Mereka
menggambarkan imej yang digunakan dalam sudut pandangan 360. Namun mereka banyak
dipengaruhi oleh pelukis zaman Impressionisme dan Post-Impressionisme. Pelukis terkenal seperti
Pablo Picaso dan Georges Braque.

Setelah itu muncul Era Futurisme pada abad ini. Era Futurisme ini adalah merupakan
kesinambungan dari era kuibisme. Pelukis menekankan tentang pergerakan manusia dan mesin.
Mereka menggambarkan kembali mengenai keindahan dan kecanggihan teknologi. Pengalaman
tentang pergerakan manusia seharian, masa dan elemen ruang telah diubahsuai menjadi satu
pergerakan yang berulang ulang dalam satu hasil karya. Pelukis langsung tidak mempedulikan
tentang penggunaan warna dalam proses penghasilan catan. Mereka berpendapat apa yang penting
adalah gambaran pergerakan berbanding elemen-elemen seni visual. Pelukis pelukis terkenal pada
zaman ini ialah Giomcomo Balla, Marcel Duchamp, Umberto Boccioni dan Etienne-Jules Marey.

Seni pada abad ke-20 pula merupakan kesinambungan penambahan dan perkembangan era
seni daripada abad ke-19. pada abad ini wujudlah Era Dadaisme. Era Dadaisme merupakan
permulaan kepada catan yang dihasilkan untuk tujuan memprotes secara terbuka terhadap kekejaman
yang berlaku semasa perang dunia pertama. Da, Da bermaksud Ya,Ya(Yes,Yes). Pelukis pada era ini
meluahkan apa yang mereka rasa bukannya gaya individu seperti era sebelumnya.Mereka berpendapat
era ini bukannya satu tempat pengkarya belajar untuk menghasilkan catan tetapi adalah untuk
memberikan amaran tegas disamping menidakkan unsur-unsur nilai dan menidakkan kebiasaan serta
spekulasi. Ianya satu bentuk luahan yang dihasilkan melalui semua bentuk seni.Pelukis era ini
menolak semua unsur-unsur di sekeliling. Mereka hanya menerima nilai-niali moral, sosial ,politik,
dan nilai-niali estetik sahaja. Di antara objek yang digunakan bagi menghasilkan karya adalah figura
manusia dan alam benda.Era Dadaisme juga merupakan lanjutan idea dan penghasilan karya daripada
era kuibisme. Teknik photomontage yang dicetuskan pada era kuibisme telah diterokai dan
dikembangkan dengan kretif. Pelukis pada era ini ialah Maechel Dunchamp dan Hannah Hoch.

Lanjutan daripada era Dadaisme ialah Era Surrealisme. Pada tahun1920 sekumpulan penulis
dan pelukis telah berkumpul dan mengadakan satu seminar tentang minda di bawah sedar. Bertolak
dari situlah wujudnya era surrealisme ini. Maniefesto era ini adalah setiap catan yang dihasilkan
adalah berdasarkan pada idea dan pemikiran di bawah sedar, di alam mimpi dan juga di alam
fantasi.Pelukis yang terkenal pada era ini ialah Salvador Dali dan Joan Miro.. Kedua-duanya
mempunyai pendekatan dan gaya individu yang berbeza. Biasanya imej dan objek yang digunakan
agak sukar dikenali. Namun karya yang dihasilkan juga membincangkan mengenai perasaan terhadap
apa yang berlaku pada ketika itu. Pendekatan yang digunakan pada era ini ialah reprensentasi
Surrealisme (representational Surrealism) dan abstrak surrealisme (abstract Surrealism).

Kemudian muncul Era Seni Pop yang merupakan satu era yang menggunakan imej dan
subjek yang popular dan terkini. Perkataan pop itu adalah merupakan singkatan daripada popular.
Catan yang dihasilkan pada era ini kebanyakkannya menjurus kepada bentuk periklanan dan
komersial. Pelukis menggunakan cetakan sutera saring dan air-brush sebagai media untuk
menghasilkan karya. Seni pop juga menekan perkara seperti popular, kos sederhana, bersifat
sementara, lucu, seksi, gimik dan perniagaan.Kebanyakkan catan yang dihasilkan menggunakan imej-
imej yang di ambil dari budaya popular dalam masyarakat harian. Penggunaan warna-warna yang
cerah merupakan ciri-ciri lain yang terdapat pada catan. Selain itu juga pada era ini hasil karya
berbentuk komik, jenama barangan yang terkenal, papan tanda iklan, surat khabar dan lain-
lain.Pelukis-pelukis popular pada era ini adalah Richard Hamiliton,Andy Warhol, Jasper Johns dan
Roy Lichenstein.

Sejurus kemudian muncul pula Era Seni Minimilisme dimana penggiat seni menghasilkan
karya mereka dengan mengurangkan dan mengecilkan imj saiz utama yang mereka gambarkan.
Kebanyakan catan yang dihasilkan tidak mementingkan imej yang digunakan sebaliknya mereka lebih
mementingkan unsur psikologi dan simbol. Penggunaan warna pada era ini adalah sangat terhad. Pada
era ini pendekatan minimal value iaitu menggunakan ton putih sahaja sebagai nilai pada catan yang
dihasilkan. Namun begitu, kebanyakkan karya-karya yang dihasilkan pada era ini sukar untuk
ditafsirkan pengertiannya.Diantara pelukis terkenal pada era ini adalah Frank Stella, Donald Judd dan
Kashmir Malevich.

Seni oriental

Ciri-ciri tamadun India.


Bermotifkan figura manusia serta ada unsur-unsur flora dan fauna.
Dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu zaman tamadun Harappa, zaman vedik, zaman awal Buddha dan
seterusnya zaman india islam.
Seni India biasanya mempunyai kaitan dengan agama dan dikatakan mampu menyumbang kepada
pembangkitan spiritual, intelektual melalui proses meditasi yang mampu mengawal pemikiran jiwa
dan tubuh badan.
Sejarah zaman-zaman pengaruh india.
Tamadun Harappa.
Tamadun India yang tertua berkdekatan dengan Sungai Ravi di utara India.
Selain daripada itu tamadun India juga mempunyai tamadun lain selain tamadun Harappa iaitu
Mohenjo daro.
Tamadun Harappa terkenal dengan arcanya. Contohnya seperti acuan cap kerajaan Harappa yang
berukuran 2 inci diperbuat daripada batu yang diukir. Kemudian corak-corak Harappa yang lain-lain
hasilkan melalui tanah liat yang diukir. (ms 23)
Selain itu arca yang diperbuat daripada kuprum, berbentuk perempuan juga dibina yang
melambangkan tuhan ibu yang dianggap membawa kesuburan. (ms25)

Zaman Vedik.
Pada tahun 1750 harappa didatangi oleh pendatang Nomad dari Iranian. Kaum ini dipanggil kaum
Aryan.
Era kaum Aryan ini dipanggil zaman vedik. Pada zaman ini munculnya kitab kaum Aryan yang
dipanggil kitab veda.
Kedudukan kaum Aryan terbahagi mengikut kasta dan peraturan juga digubal bagi menjaga
keharmonian dan keamanan.
Kaum Aryan percaya kepada hukum karma.

Zaman agama hindhu Buddha


Pada zaman ini hasil seni tampak yang terkenal ialah arca.
Arca hindu Buddha yang terkenal ialah loving couple yang menunjukkan pasangan kekasih yang
penuh dengan sifat-sifat yang mempamerkan kasih sayang. (ms30)
Selain itu arca patung Buddha juga diperbuat dalam keadaan duduk dan berdiri. Kedudukan ini
bergantung kepada kepercayaan pengganut Buddha iaitu apabila patung itu dalam keadaan berdiri ia
memberi makna rehat yang membawa ketenangan. Manakala apabila patung itu dalam keadaan duduk
ia membawa kepada meditasi.
Posisi tangan Buddha amat penting ia membawa kepada maksud rehat dan ketenangan. (ms31).
Selain itu seni bina stupa juga terlihat pada zaman ini. Antara stupa yang terkenal ialah great stupa di
sanchi. (ms27)

Zaman Hinduisme
Mempunyai hasil seni yang berkaitan dengan dewa-dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.
Mengikut keprcayaan hindu Brahma dianggap pencipta, Vishnu sebagai pemulihara dan siva sebagai
pemusnah.
Kebiasaannya dewa Vishnu dijadikan sumber inspirasi untuk karya seni kaum hindu dan dipuja ketika
upacara sembahyang dan berdoa. (ms36)
Dipercayai dewa Vishnu mempunyai isteri bernama Sri Lakhsmi.
Kuil hindu banyak dibina hasil dari ilmu seni dan seni bina. Contohnya seperti kuil durga dan
Kandariya Mahadeva. (ms41,42)

Zaman India Islam.


Apabila agama islam mula tersebar. Banyak penganut agama hindu yang telah memeluk islam.
Pada masa itu ada perbalahan antara kaum muslim dan penganut hindu.
Oleh itu putera hindu telah mengurangkan kuil-kuil utara india.
Oleh sebab ini banyak penganut hindu yang memeluk islam dan menjadi india muslim.
Karya-karya berteraskan islam juga turut dihasilkan. Tetapi masih mempunyai unsur-unsur seni india.
Contoh seni bina pada zaman ini ialah Taj Mahal yang telah dibina oleh Shah Jahan khas untuk
isterinya yang tercinta iaitu Muntza Mahal. Taj Mahal ini telah banyak menerapkan unsur seni islam
dan juga seni india (Mughal)
Di pintu masuk Taj Mahal dihiasi dengan ayat Quran dan corak-corak arabes.
Karya seni Mungal/Mughal juga dapat dilihat pada zaman ini. Datuk kepada Shah Jahan ialah orang
yang pertama menghasilkan karya seni mungal. Seni mungal lebih kepada 2 dimensi dan tidak
menitik beratkan fom yang boleh menjadikan sesuatu karya itu seperti rupa sebenar.
Catan manuskrip agama hindu yang telah terhasil pada zaman ini dipanggil rajput. Ia lebih kepada
abstract. Ia bermotifkan kerajaan yang berdikari dan mempunyai peraturan yang mengawal rakyat.
Seni Islam

Pengenalan

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa
yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan
sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak,
sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan
manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu
yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan
melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan
konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang
berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan
rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.

Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah disebabkan
oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama. Walau bagaimanapun seni
masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral. Seni juga boleh dibahagi
dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah
bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada
mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni
dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk
kemasyarakatan, politik dan akhlak.

Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran,
misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu
berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat
menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya
iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam
Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang
dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah
semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru
itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan
memberi kepuasan melalui pancaindera. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat
bahagian utama :

Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan sebagainya.

Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni
pakaian dan sebagainya.

Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater,
filem dan sebagainya.

Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan
prosa.

Konsep Seni Menurut Perspektif Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan
bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam.
Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di
mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang
disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang
bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."

Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala
yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk
yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga
dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang
terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan
manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian
dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.

Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak,
iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses
pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin
dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an
Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak
masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua
aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan).
Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga
seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.

Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai
persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap
segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt.

2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika,


kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.

3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan
kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang
mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.

4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan
SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang
membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.

5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga
makhluk.

Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk
masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan.
Antaranya:

(a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut
boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan
masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah
swt tersebut.
(b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat
Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-
ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.

(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak
diperlukan oleh manusia.

(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :

Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab


asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah.

Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul)
dan yang batil (salah).

Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan
yang lain.

Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas
tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.

Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu,
batu dan lain-lain.

Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali,
tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari.
Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak
menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas
boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul
Adawiyyah.

Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak
bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).

Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan
kesombongan.

(e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

Matlamat Kesenian

Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun keseronokan. Islam
telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah
juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah
demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira
ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk membawa
kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam dibentuk untuk
melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab.

Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian
kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal
dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan
jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi
seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan
rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.

Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa
manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan
keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah
untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan
satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat
menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan
sahaja emosi.

Bidang-bidang Kesenian Islam

a) Tulisan Khat

Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan
cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah
yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah
mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada
subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-
kata bijak pandai (hukama').

Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni
ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada
kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai
lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi
keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan
digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

Kepentingan Seni Khat

1. Ia mempunyai kaitan denganpeningkatan tahap tamadun itu sendiri. Sebab itu ia merupakan hasil
aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.

2. Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad s.a.w agar umat Islam membaca dan menulis
ayat-ayat al-Quran dengan baik. Dan dengan cara ini difikrkan untuk memudahkan lagi mereka
mempelajari dan menghafalnya.

3. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya.

4. Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah
kamu mengindahkan seni khat keran ianya narata kunci rezeki".

5. Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan
merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Jenis-jenis Seni Khat

Tamudun Islam kaa dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya
mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini.
Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.
Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai
bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul.

Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran),
nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.

Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan
keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan

Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia
banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan
surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.

Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat
menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.

Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara meluas emasa
pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat
rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai
hiasan.

Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya , rumit
penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya.

Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah
dengan tanda-tanda syakal.

c) Lukisan dan Arca ( Ukiran)

Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk
perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran eni halus inijuga terdapat pada
perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus
ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak
diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak dan
tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang.
Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat
dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan
sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawag, lampu dan bentuk-bentuk
geometri pada kubah dan lain-lain.

Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera pada
helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk
araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna
yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita.
Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda
bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.
Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan pencerahan di Eropah.
Bincangkan pengertian Renaissance dan sumbangannya di Eropah.

Pengenalan :

Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tetutup dari sudut ekonomi,politik dan sosial
serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja. Rakyat pula pada ketika itu terpaksa
bergantung kepada golongan bangsawan.

Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman berlku perubahan sikap dam
membuka minda serta membawa fahaman baru.

Isi-isi :

Pengertian Renaissance :

Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan
semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi
aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah
sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.

Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga
pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah
melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.

Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah.

Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru
Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme

Anda mungkin juga menyukai