Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG

Bil AGENDA TEKS


1. Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat
jemputan dan ibu
bapa diiringi (Yang Dipertua PIBG)
(Pengetua), Guru-
Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SMK Hwa Lian

Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


2. Pengacara Majlis Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat
.

Yang Berbahagia
_________________________________
Yang Dipertua PIBG SMK Hwa Lian

Yang Berusaha .
Pengetua SMK Hwa Lian

Yang Dihormati ..
Naib Yang Dipertua

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin


serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-.. tahun 2017 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SMK Hwa Lian, turut
sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada Yang Berhormat .
kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan
pada hari ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah


3. tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


.. atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh


guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan
murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang
cemerlang.

Laporan Pengetua Seterusnya, majlis menjemput


4. (pengetua SMK Hwa Lian) untuk menyampaikan laporan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


..atas pembentangan laporan
sebentar tadi.

5 Ucapan YDP PIBG Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan YDP


PIBG SMK Hwa Lian ..bagi
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Majlis mengucpkan terima kasih kepada
..ata ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan
6. YB ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat
.dan seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Hwa Lian Kali
kali ke .. bagi tahun 2017.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada
atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala
amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan ambil
tindakan bersama.

Persembahan Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh pelajar


7. Pelajar ..
Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pelajar


atas persembahan istimewa itu
tadi.

8 Gimik Penyerahan Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan YB


Wang BAKAP .diringi Yang Berbahagia
.(YDP PIBG) dan
..(Pengetua) untuk
menyempurnakan gimik penyerahan wang BAKAP.
Dipersilakan

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,


dipersilakan .. untuk menyampaikan
sedikit cenderahati kepada YB
..

Terima kasih diucapkan kepada


Atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.
Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,
9. maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
SMK Hwa Lian, kali ke- bagi tahun 2017. Selepas ini guru
tingkatan dan ibu bapa boleh bergerak ke kelas masing-
masing untuk penyerahan wang BAKAP

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SMK Hwa Lian merakamkan


penghargaan terima kasih kepada YB
.atas kesudian meluangkan masa
pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru
dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai