Anda di halaman 1dari 3

PERNYATAAN PROFESIONAL

Nama saya ialah Liang Kien Wah dari PISMP Matematik Ambilan Jun 2014. Saya
telah diberikan tugasan dari unit praktikum untuk menjalankan PBS. Sebelum menjalankan
PBS pada tarikh yang ditetapkan, saya telah mengenal pasti setiap tugasan yang akan
dilakukan semasa PBS selama seminggu pada sekolah. Selain itu, pensyarah juga memberi
taklimat PBS supaya lebih memahami dan menguasai tugasan yang akan dilakukan semasa
PBS dijalankan. Sekolah yang dipilih oleh unit praktikum adalah SK. Rangalau Baru, Tuaran,
Sabah. Dengan itu, saya telah menyediakan banyak bahan supaya boleh mendapat
maklumat yang diperlukan seperti soalan, temu bual, soal selidik, pemerhatian dan lain-lain.

Antara tujuan PBS ini ialah membolehkan kami memahami dan menyesuaikan diri
dengan budaya sekolah serta menghayati kerjaya seorang guru. Melalui PBS ini, saya boleh
memperolehi pengetahuan tentang pengurusan sekolah dan mendapat pendedahan awal
tentang pembelajaran murid. Selain itu, melalui PBS juga boleh membantu saya membina
kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah serta mengumpul
maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah.
Di samping itu, saya juga boleh memahami pengurusan dan strategi pengajaran
pembelajaran, menghayati kerjaya seorang guru dan membina sikap positif terhadap
profesion keguruan melalui PBS. Semasa PBS, saya juga akan membuat refleksi mengenai
tugas dan tanggunjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk
perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

Sebelum menjalankan PBS, saya telah membuat beberapa strategi supaya dapat
menjalankan setiap tugasan dengan lancar dan berjaya. Pertama sekali, saya bertanya
dengan kakak-kakak dan abang-abang senior tentang PBS. Mereka memberitahu saya
bahawa PBS akan mendapat banyak pengalaman yang baru, cara-cara guru mengajar dan
mengawal murid di sekolah dan sebagainya. Selain itu, saya akan mencari maklumat
tentang sekolah tersebut dan mengenal pasti keadaan, kelas dan murid-murid dengan
mengambil gambar. Gambar-gambar yang diambil akan diletak pada lampiran sebagai
bahan bukti. Tambahan pula, saya akan memerhatikan setiap keadaan pada sekolah
tersebut, contohnya aktiviti yang dijalankan pada sekolah tersebut. Di samping itu, saya juga
membuat sesi temu bual dengan guru besar, penolong-penolong kanan, mentor saya, guru-
guru, pekerja am dan murid-murid. Temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan
maklumat tentang pengetahuan seseorang, nilai dan kesukaan. Soal selidik juga telah siap
dibuat dan akan diagihkan kepada murid-murid bagi memudahkan saya mengkajikan
sesuatu perkara dengan terperinci.

Semasa saya menjalankan PBS di sekolah, saya telah melaksanakan semua aktiviti
dan strategi yang telah saya senaraikan dalam masa lima hari. Saya berusaha untuk
mendapatkan maklumat daripada sekolah. Walaupun terdapat kerja lain yang diberikan oleh
sekolah, namun saya masih dapat melaksanakan tugasan PBS kerana saya telah mengurus
masa dengan baik. Selain saya dapat menyiapkan tugasan saya dalam lima hari, saya juga
dapat menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru besar dan juga guru-guru lain.
Tugasan-tugasan yang diberikan oleh sekolah telah saya rekodkan dan kumpulkan sebagai
bahan bukti apa-apa yang telah saya lakukan di sekolah semasa saya menjalankan PBS.

Selepas saya melaksanakan PBS, saya akan menganalisis setiap data dan
memastikan kekuatan dan kelemahan isu-isu yang difokuskan dan memberi cadangan
untuk menyelesaikan masalah. Selepas itu, saya akan melaporkan semua aktiviti yang
dijalankan untuk laporan akhir.

Sekian Terima Kasih.