Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PASCA UPSR 2016

1. A. PENDAHULUAN

Setiap tahun Unit Kurikulum dan Ko-Kurikulum dengan kerjasama Jawatankuasa Tahun Enam
Sekolah ini telah merangka dan menjalankan aktiviti untuk murid-murid Tahun Enam. Aktiviti-
aktiviti yang dikelolalakan saban tahun adalah sebagai wadah bagi mengisi masa yang berfaedah
untuk murid-murid setelah mereka menjalani UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus
kepada kesesuaian aktiviti murid yang menepati Falsafah Pendidikan Negara. Dua pengisian besar
yang dimurnikan dalam program tersebut iaitu melibat Aktiviti Dalaman dan Aktiviti Luaran.

B. RASIONAL

Melalui program ini diharap dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dalam mencapai
hasrat agar mereka bersedia dari segi jasmani dan mental sebelum melangkah ke alam sekolah
menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dipupuk dan diterap seawalnya agar sikap
berketrampilan yang ada pada murid dapat dikembangkan untuk menjadi insan yang mempunyai
matlamat dan berwawasan.

C. OBJEKTIF

1. Memberi dorongan dan keyakinan kepada murid agar mereka mampu menyelesaikan sesuatu
masalah.

2. Menyedari bahawa anak-anak adalah generasi yang perlu disemai mengikut peredaran zaman
agar mereka tidak lari daripada landas- landas agama

3. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menggalakkan interaksi social secara
lebih positif.

4. Memupuk semangat bekerjasama dan setia kawan dalam kumpulan di dalam masa yang sama
menerapkan gaya kepimpinan.

5. Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan menonjolkan kreativiti serta kemahiran yang
terpendam.

6. Untuk menarik minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah disamping membasmi anggapan
tempoh belajar telah habis dengan berakhirnya ujian UPSR

D. TEMPOH MASA Sepanjang bulan September dan Oktober 2016


E. SASARAN Murid-murid Tahun 6
F. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATAN BIDANG TUGAS

PENGERUSI Memantau program Mempengerusi dan mengendalikan


mesyuarat

SETIAUSAHA Menguruskan surat menyurat Mencatat dan menyediakan


minit mesyuarat Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa

PENYELARAS PROGRAM Menyusun dan menyelaras program Menyediakan laporan


penuh program

Membentuk jawatankuasa kecil di kalangan guru Tahun 6


untuk membantu aktiviti. Membahagikan kumpulan murid
Menjalankan aktiviti dengan lebih menarik serta mampu
PENYELARAS AKTIVITI memberikan keseronokan kepada murid untuk mencapai
objektif.

Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa


BENDAHARI Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
Menyediakan laporan perbelanjaan

Sentiasa membantu dan memberi kerjasama kepada


Penyelaras Aktiviti. Sentiasa berbincang dan melahirkan
GURU-GURU TAHUN 6 pandangan untuk memurnikan lagi aktiviti agar kelihatan
teratur dan menarik.

1. G. JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatan Nama Pegawai

Pengerusi Tn. Hj Azemi B. Yazid (GB)

(GPK1)

(GPK HEM)

(GPK KO )
N. Pengerusi

En. Jasmi B. Mat Jusoh ( Penyelaras UPSR )


Penyelaras Program Pn. Norlela Yaacob ( Guru Bimbingan dan Kaunseling )

Setiausaha Pn. Azlina Mat zin


Bendahari YM Tg Zaleha

1. H. PENYELARAS AKTIVITI

AKTIVITI PENYELARAS

Permainan Dalaman En. Rosdi Abd Razak

Keceriaan Sekolah Pn. Rahayu Mat Hasan

Permainan Luar En. Ashari Arifin

ICT Pn. Maimunah Abu

Rekreasi Pn. Nik Suhaili Kamaruddin

Akademik Pn. Yuslaini Yusuf

Pendidikan Islam Ustazah Sofiah

Pendidikan Moral Ustazah Suziyana Ibrahim

Motivasi Ustaz Zununi Azhar said


1. I. CADANGAN AKTIVITI PROGRAM ( TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA )
MINGGU TARIKH AKTIVITI

Bola sepak Lelaki & Bola Tampar Perempuan


18.SEP.2016-
1 23.SEP.2016 Catur dan Kuiz

2 25.SEP.2016 Bola Tampar Lelaki & Bola Baling Perempuan


29.SEP.2016
Keceriaan Sekolah/ Gotong royong

Lawatan ke Melaka dan Kuala Lumpur

02.OKT.2016 Program Keceriaan dan Gotong Royong


3 07.OKT.2016 Persediaan Sukan dan Olahraga SKKGB 2016

09.OKT.2016 Akedemik / Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral


4 13.OKT.2016
Bahasa Melayu

-Syarahan / Kuiz / Pantun


Bahasa Inggeris

-Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

Ceramah / Zikir / Doa / Amali Wuduk / Amali Solat

Kebersihan / Halal Haram / Perbincangan Rukun Islam dan Rukun


Iman / Budi Pekerti / Akhlak

16.OKT.2016
5 20.OKT.2016 Minggu Ulangkaji / Ujian Akhir Tahun
DITERUSKAN SEHINGGA AKHIR TAHUN

J. ANGGARAN KESELURUHAN PERBELANJAAN

BI
L PERKARA AMAUN

1
Hadiah Pertandingan RM300

2
Minuman RM100

3
Bahan dan Peralatan RM100

4
Saguhati Penceramah RM300

JUMLAH KESELURUHAN RM800


K. RUMUSAN

Sokongan yang padu oleh semua pihak diharap akan dapat melicinkan tugas jawatankuasa yang
mengelola program ini. Insya Allah akan dapat dijalankan dengan jayanya hasil daripada komitmen
yang tinggi oleh semua pihak.

MURID DIDAHULUKAN KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN

Disediakan oleh

..

En. Jasmi Bin Mat Jusoh

Penyelaras UPSR 2016

Disahkan oleh

..

Tn. Hj Azemi B. Yazid

Guru Besar,

SK Kg Baharu

Anda mungkin juga menyukai