Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami : KGKT/SMKSP/17(05)
Tarikh : 17 MAC 2017

Kepada,

Guru Besar,
SJKT Ladang Sungai Samak,
36500 Ulu Bernam, Perak.

Tuan,

UNDANGAN KE MAJLIS JASAMU DIKENANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.


2. Dimaklumkan bahawa Kelab Guru dan Staf SMK Seri Perkasa dengan kerjasama PIBG SMK
Seri Perkasa akan mengadakan majlis JASAMU DIKENANG sempena persaraan Pengetua SMK Seri
Perkasa iaitu En. Ahmad Teridi bin Shahudin.
3. Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
3.1 Tarikh : 25 APRIL 2017
3.2 Hari : Selasa
3.3 Masa : 10.00 pagi
3.4 Tempat : Dewan Besar SMK Seri Perkasa.
4. Sehubungan itu, tuan dijemput hadir ke majlis tersebut sebagaimana tarikh dan masa yang
ditetapkan. Diharapkan dengan kehadiran tuan dapat menyerikan lagi majlis itu nanti. Bersama-sama ini
dilampirkan Borang Maklum Balas Kehadiran yang perlu dikembalikan sebelum 31 Mac 2017 (Jumaat)
untuk tindakan kami selanjutnya.
5. Kerjasama dan sokongan yang tuan berikan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

______________________________
(SHAHRUL ZAMAN BIN HANAFIAH)
Pengerusi,
Kelab Guru dan Kakitangan,
SMK Seri Perkasa
BORANG MAKLUM BALAS KEHADIRAN
MAJLIS PERSARAAN EN AHMAD TERIDI BIN SHAHUDIN
(PENGETUA SMK SERI PERKASA)

U:P : URUSETIA JEMPUTAN: Pn. Saeidatul Hayah bt Md Tarmizi 0134146886


Pn. Norazlinda bt Mazanan 0195432235

Saya Pengetua / Guru Besar dari ......................................................................................


akan / tidak hadir pada majlis tersebut.

Tandatangan,

..........................................

*Sila hantar borang maklum balas selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Mac 2017.

Anda mungkin juga menyukai