Anda di halaman 1dari 8

CONTOH RPH GPM -

Tajuk :
Pengurusan dan Pentadbiran PSS ( PPPSS) Merancang dan
melaksana susun atur PSS,
- Membuat tunjuk arah dan panduan penggunaan bahan

Masa : 35 minit (7.30 8.05 Pagi)

Objektif : 1. Memberi maklumat dan arahan kepada pengguna.


2. Menambahkan keceriaan di PSS

Aktiviti : 1. Membuat draf arahan dan panduan


2. Semak draf dan mulakan kerja menaip
3. Laminating .
4. Letak atau tampal pada bahagian berkaitan.

Catatan : - 2 label tunjuk arah dan 1 panduan penggunaan siap dan


di lekat dan dipamerkan.

Tajuk : Organisasi Bahan (OB)


Proses Teknik Bahan Buku

Masa : 70 minit ( 10.50 -12.00 pagi)

Objektif : 1. Memastikan semua buku baru siap diproses mengikut


teknik yang betul

Aktiviti : 1. Semak penerimaan buku


2. Sediakan slip kerja
3. Cap perolehan dan cap hak milik pada bahan
4. Lekatkan kad pinjaman dan slip tarikh pulang
5. Lekatkan label no. panggilan pada buku

Catatan : - Sejumlah 40 buah buku telah siap diproses teknik dari


Syarikat Alam Mutiara ( No Invoice : 43290 )
Contoh Ringkas
Tajuk : Gerakan Membaca dan Literasi Maklumat (GMLM)
Program NILAM

Masa : 70 minit ( 11.25 -12.35 pagi)

Objektif : 1. Memastikan semua pelajar merekod bacaan Program


NILAM.
2. Membuat pengesahan Buku Rekod Membaca.

Aktiviti : 1. Mengalakkan pelajar yang meminjam buku di PSS buat


catatan dalam BRM.
2. Mengesahkan mana-mana buku rekod membaca pelajar.
3. Memastikan bilangan buku bacaan kelompok NILAM
mencukupi di dalam bakul yang disediakan untuk pinjaman
pukal [bulk loan].

Catatan : - GPM membimbing mana-mana pelajar di dalam PSS


membaca dengan teknik yang betul dan membuat catatan.
- Sejumlah 25 buah buku rekod membaca dari tingkatan 5
Ikhlas telah disemak.
- Menambahkan dan menukar ganti buku dari bakul yang
disediakan.[pinjaman pukal]
Anda mungkin juga meminati:
Susunan Kandungan Kerja Kursus Sejarah 2012
Panduan Penghargaan, Objektif ,Kaedah ,dan Rumusan Kajian Kerja Kursus Sejarah
Jadual Peperiksaan Dalaman PPD JJ 2012
LinkWithin

Dicatat oleh Cikgu Zarimah Othman di 8:13 PTG


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

0 ulasan:

Catat Ulasan
Susunan Kerja Kursus Sejarah

1. Muka surat hadapan

2. Soalan Kerja Kursus

3. Jadual perlaksanaan Kerja Kursus

4. Kulit/Label ELEMEN 1

5. Borang Markah Elemen 1

6. Bahan-bahan Elemen 1 mengikut urutan dalam borang Markah Elemen 1

7. Kulit/label ELEMEN 2

8. Borang Markah Elemen 2

9. TAJUK KAJIAN

10. Senarai Kandungan / muka surat

10.1 Penghargaan
10.2 Objektif Kajian
10.3 Kaedah Kajian
10.4 Hasil Kajian
10.4.1 Maklumat Asas Produk Tempatan
-Nama produk
-Kategori (nyatakan mengikut tugasan soalan)
-Nama pengusaha/syarikat/status hak milik
-Lokasi
10.4.2 Latar Belakang
-Sejarah kewujudan
-Punca dan jumlah modal (persendirian/ perkongsian/ bantuan/ pinjaman)
-Pendaftaran perniagaan/lesen perniagaan atau jika tanpa lesen sila

nyatakan sebab
-Tujuan/kepentingan produk
-Keistimewaan/kelebihan/keunikan
(Pilih mana-mana empat aspek)
10.4.3 Kaedah/Cara Penghasilan
-Tenaga kerja
-Senarai bahan
-Senarai peralatan
-Proses/peringkat penghasilan
-Spesifikasi produk (timbangan/sukatan/ukuran)
-Langkah-langkah kawalan mutu
(Pilih mana-mana empat aspek)

10.4.4 Perkembangan Produk


-Rangkaian pemasaran
-Pengiktirafan/sambutan daripada pengguna/penghargaan
-Kemajuan yang dicapai (kapasiti pengeluaran/
kakitangan/
teknologi/keuntungan yang diperoleh)
-Lambang/identiti setempat
-Cabaran dan masalah yang dihadapi
-Potensi produk
-Perancangan masa hadapan
(Pilih mana-mana empat aspek)
10.5 Rumusan Unsur patriotisme yang diperoleh daripada
kajian ini.Iktibar kepada diri calon, bangsa dan negara.

10.6 Lampiran Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lain


yang berkaitan.Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran
yang disertakan.
10.7 Rujukan hendaklah ditulis dengan format yang betul.

11. Label Tugasan 2 / ELEMEN 3

12. Borang markah ELEMEN 3

13. Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang
mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di
bawah.

Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat di
negara kita?
( minimum 5 unsur patriotisme)
Anda mungkin juga meminati:
Panduan Penghargaan, Objektif ,Kaedah ,dan Rumusan Kajian Kerja Kursus
Sejarah

Buat pelajar-pelajar yang dikasih...ini contoh, sila ubah suai ikut kesesuaian...jangan ada yang
share ibu bapa lak..

Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Palong Sebelas (f) ,Puan Rosni Binti Rosli kerana telah memberi sokongan dan
dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih
dengan guru Sejarah saya iaitu ..............................................kerana telah banyak membantu dan
memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya
iaitu ...............................................dan .................................kerana telah memberi saya semangat
dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ............................................ yang telah berbesar hati
memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian tentang produk yang telah
diusahakan dan dipasarkan pada penduduk setempat.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu


.............................dan ......................................yang banyak membantu dan memberi komen
ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh
semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.

Contoh Objektif Kajian :


Melalui kajian ini, saya dapat :

1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak
langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan
satu kajian yang bersifat ilmiah.

2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika


menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk
mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat
dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang
lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai institusi pentadbiran
tempatan yang banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat.

Contoh Kaedah Kajian :

1. Kaedah temu bual

Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual


................................dari ............................................untuk mandapatkan maklumat yang lebih
lanjut tentang kajian ini.

2. Kaedah lawatan dan pemerhatian

Saya telah melawat .................................... untuk mengkaji bagaimana pengusaha tersebut


memproses, dan memasarkan produk tempatan tersebut. Banyak maklumat berguna dapat
diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini.

3. Kaedah analisis dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen dari .................................. untuk memastikan


kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan
kebenarannya.

4. Kaedah penyelidikan perpustakaan

Saya juga turut mengunjungi perpustakaan ...............................untuk menjalankan


penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai
seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

5. Muat turun internet

Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari
laman sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai
rujukan.

6. Kaedah Audio visual

Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat


rancangan .................................... Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi
kajian yang saya lakukan ini.

Contoh Rumusan
Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang perusahaan
menghasilkan produk tempatan yang terdapat di temapat saya khasnya dan di negara kita
amnya. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai barang buatan tempatan ini dalam membantu
ke arah kemajuan ekonomi tempatan dan negara.
Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling
tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk
semangat kekitaan dalam masyarakat.

Akhir sekali, kemajuan ekonomi negara bergantung kepada rakyat yang produktif,kreatif
dan berinovasi. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga produk tempatan dengan
kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara
kita.
Anda mungkin juga meminati: