Anda di halaman 1dari 7

PERKEMBANGAN BIDANG ILMU BERMULA DARI ZAMAN DAULAH KHULAFA UR

RASHIDIN SEHINGGA ZAMAN DAULAH ABBASIYAH

Oleh:

Ahmad Farid Bin Abdul Karim


PISMP Sejarah Ambilan Jun 2015
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

1.0 Pernyataan Masalah


Dalam menjalankan kajian ini, terdapat dua permasalahan yang telah ditimbulkan
iaitu apakah perkembangan bidang ilmu yang dicapai pada zaman Daulah Khulafa Ur
Rashidin, Umaiyah, dan Abbasiyah serta apakah golongan pemerintah memainkan peranan
dalam mencapai kemajuan bidang ilmu bagi setiap zaman.

2.0 Objektif Kajian


Kajian ini juga memperuntukkan pengkaji untuk mencapai objektif yang telah
dinyatakan dibawah iaitu:
2.1 Menganilisis perkembangan bidang ilmu yang dicapai pada zaman Daulah
Khulafa ur Rashidin
2.2 Menganilisis perkembangan bidang ilmu yang dicapai pada zaman Daulah
Umaiyah
2.3 Menganilisis perkembangan bidang ilmu yang dicapai pada zaman Daulah
Abbasiyah
2.4 Membandingbeza perkembangan bidang ilmu daripada zaman Daulah Khulafa ur
Rashidin sehingga Daulah Abbasiyah

3.0 Sumber Rujukan


Terdapat pelbagai sumber rujukan yang telah digunakan dalam menjalankan kajian
ini iaitu buku, majalah, jurnal dan internet. Kesemua sumber ini digunakan sepenuhnya
dalam menjalankan kajian ini.

4.0 Metadologi Kajian


Metode yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah metode kajian
perpustakaan dan pemerhatian. Metode ini juga digunakan amat bersesuaian bagi
mencapai objektif kajian serta memudahkan pengkaji untuk menjalankan kajian.

5.0 Laporan Kajian/ Dapatan Kajian

5.1 Pengenalan
Pendidikan berperanan penting dalam membina tamadun manusia. Menerusi
pendidikan, lahir para pemikir dan pelaksana yang membina dan mengembangkan
tamadun. Tamadun satu bangsa tidak akan wujud seandainya sistem pendidikannya
tidak mampu membina cendiakawan yang dapat menghasilkan pemikiran asli yang
bernas untuk membina bangsanya. Sesuatu bangsa tidak akan maju sekiranya
sistem pendidikan yang digunakan adalah sistem yang dipinjamkan dari luar. Oleh itu
untuk membina tamadun bangsa melalui pendidikan, memerlukan pemikiran dan
penilaian semula terhadap seluruh aspek pendidikan yang ada agar benar-benar
sesuai berteraskan kehidupan dan budaya kita.1

5.2 Perkembangan bidang ilmu semasa Khulafa ur Rashidin


Perkembangan pendidikan Islam pada zaman pemerintahan Khulafa ur-Rashidin
bermula dengan zaman Abu Bakar As-Siddiq. Pada zaman ini, pembaharuan yang
ditekankan ialah mengumpul ayat-ayat Al-Quran. Hal ini dilakukan kerana ramai
tahfiz telah mati syahid semasa berperang dengan golongan nabi palsu dan ayat-
ayat Al-Quran pula diajar dengan cara hafalan pada zaman Nabi Muhammad SAW.2
Zaid bin Thabit telah diperintah untuk melaksanakan tugas ini kerana beliau pernah
menjadi penulis wahyu pada zaman Nabi Muhammad SAW dan beliau telah menulis
semula diatas pelepah kurma, kepingan batu dan lain-lain bahan penulisan.

Selain itu, pada zaman Abu Bakar As-Siddiq, pembaharuan yang dilakukan ialah
penyebaran hadis dan antara tokoh-tokoh hadis adalah seperti Abu Hurairah, Aisyah
dan Abdullah bin Umar. Seterusnya, masjid juga dijadikan sebagai institusi
3
penyebaran ilmu pengetahuan dan bukan hanya tempat ibadat semata-mata.
Beliau menghantar guru seperti Zaid bin Abdullah bin Saad untuk mengajar Al-Quran
dan hadis di sekitar masjid Madinah. Pengajaran pendidikan yang digunakan adalah
berdasarkan sistem halaqah dimana guru berada ditengah dan dikelilingi pelajar-
pelajarnya.

Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab pula, perkembangannya dapat dilihat


menerusi pembinaan madrasah dan perpustakaan. Beliau juga menyusun semula
kaedah pembelajaran dan pengajaran Islam mengikut kesesuaian. Hal ini bertujuan

1 Tajul Ariffin Noordin. 1993. Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

2 Abdul Rahman Abdullah. 2007. Sejarah Dan Tamadun Islam. Pustaka Darussalam Sdn.
Bhd.:Kedah.

3 Haron Din. 2007. Islam Rujukan Efektif Akhlak Mulia. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.
untuk mengelakkan salah faham mengenai ibadah dan iman.4 Beliau juga telah
melantik guru untuk mengajar isi Al-Quran dan akidah. Bahasa arab juga dijadikan
bahasa rasmi diseluruh negara dan jajahan takluknya, disamping mengekalkan
bahasa ibunda suku kaum masing-masing. Selain itu, Khalifah Umar juga
memerintahkan supaya ilmu nahu (tatabahasa) Arab disusun supaya mudah
mempelajari bahasa arab. Tambahan pula, terdapat kelas-kelas bacaan Al-Quran
diseluruh wilayah Islam. Khalifah Umar mengirimkan guru-guru berpengalaman
disetiap wilayah. Kota Basrah dijadikan sebagai pusat pengajian Islam begitu juga
dengan di Kufah. Ilmu tauhid dan kebudayaan disebar dengan meluas dan dapat
menambah ilmu pengetahuan rakyat.

Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, beliau menyambung pendidikan sedia ada
dengan meriwayatkan hadis-hadis sebanyak 146 buah.5 Akibat terdapat
percanggahan dalam tentera Islam mengenai pembacaan Al-Quran, beliau
mengarahkan Zaid bin Thabit menyalin semula Al-Quran sebanyak enam kali. Al-
Quran akhirnya dibukukan dan dipanggil Mashaf Uthmani dan digunapakai sehingga
ke hari ini. Seterusnya, pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib berlaku perkembangan
pendidikan seperti usaha pendidikan agama. Khalifah Ali dianggap pengasas ilmu
nahu dan beliau mewujudkan dasar-dasar pendidikan.

5.3 Perkembangan bidang ilmu semasa Daulah Umaiyah


Khalifah-khalifah Bani Umaiyah melakukan perluasan kuasa untuk meluaskan syiar
Islam dan seterusnya mengembangkan pendidikan Islam. Mereka juga memainkan
peranan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan turut berminat tentang
pencarian ilmu pengetahuan. Pada zaman ini juga, pemerintahnya iaitu Muawiyah
bin Abu Sufian sering mengadakan majlis ilmu dan menjemput ulama, sasterawan
dan ahli sejarah untuk menerangkan sejarah bangsa Arab melalui syair-syair Arab,
cerita-cerita Parsi dan sistem pemerintahan kerajaan Parsi. Usaha ini juga telah
mendorong berkembangnya syair-syair Arab dan munculnya buku Akhbar al-Madin6.
Usaha perkembangan ilmu pengetahuan juga dapat dilihat apabila Khalifah Al-Walid
menjadikan bandar Kufah sebagai pusat perkembangan ilmu. Pada zaman Khalifah
Umar bin Abdul Aziz pula, Damsyik dan Basrah muncul sebagai pusat
perkembangan ilmu pengetahuan Islam.

4 Ahmad Fauzi Hj. Morad & Ahmad Tarmizi Talib. 1998. Tamadun Islam. Kuala Lumpur :
Masadah (M) Sdn. Bhd.

5 Zawawi bin Ahmad. 1984. Struktur Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam. 1(1): 41-51.

6 (buku tentang raja-raja dan sejarah orang-orang kuno).


Masjid dan sekolah dibina sebagai institusi perkembangan islam dengan
menekankan pengajaran ilmu Al-Quran, hadis, bahasa, geografi, sains, matematik,
perubatan, dan sebagainya.7 Ketika inilah, lahir beberapa imam terkemuka seperti
Imam Abdul Malik di Hijjaz dan Imam Hanifa di Iraq. Ilmu falsafah juga muncul
sebagai satu bidang ilmu yang penting pada zaman tersebut dimana ia banyak
menggunakan akal untuk berhujah. Ilmu ini ditekankan dan diajar kepada umat Islam
untuk melawan fahaman Yahudi dan Nasrani yang telah meresap ke dalam
masyarakat pada zaman pemerintahan Bani Umayyah. Cendikiawan Islam telah
menggunakan ilmu falsafah bagi menyampaikan hujah yang lengkap dan mantap
serta bukti yang kukuh.

5.4 Perkembangan bidang ilmu semasa Daulah Abbasiyah


Kerajaan Abbasiyah (750-1258M) ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan
terhadap pemerintahan kerajaan Umayyah. Pendidikan telah berkembang pesat di
zaman kerajaan Abbasiyah sama ada ilmu agama mahupun ilmu-ilmu keduniaan.
Para khalifah menunjukkan usaha yang sangat tinggi dalam bidang pendidikan
termasuklah mendirikan pusat-pusat pengajian seperti membina perpustakaan iaitu
Baitul Hikmah di Baghdad. Khalifah juga memberi pelbagai kemudahan untuk
menetap di Baghdad, perbelanjaan tetap dan kedudukan istimewa kepada golongan
cerdik pandai. Bidang penterjemahan juga bermula dengan ilmu mantik sehingga
tertubuhnya Sekolah Tinggi Penterjemahan yang pertama di dunia. Buku-buku
falsafah, sains, matematik, perubatan dan astronomi daripada pelbagai bahasa
diterjemah ke dalam bahasa Arab dan kesannya lahirlah pelbagai ilmu pengetahuan
dan tokoh-tokoh dalam bidang tersebut.

Sistem pendidikan yang digunakan juga adalah tersendiri di mana ia mempunyai tiga
peringkat pengajian iaitu rendah, menengah dan tinggi. Peringkat permulaan atau
rendah yang bertempat di kuttab atau pondok. 8 Kurikulum peringkat rendah ialah
mempelajari al-Quran, sirah Rasulullah SAW, membaca, menulis, puisi dan ilmu
hisab. Di peringkat menengah, ilmu yang diajar ialah ilmu tafsir, hadis, kalam,
tasawwuf, bahasa, usul fiqah, sejarah, geografi dan sebagainya. Pada peringkat

7 Mohd Mokhtar b. Shafii. 2003. Masjid Sebagai Pusat Pendidikan dan Penjanaan Ummat
Cemerlang. Jurnal Pendidikan Islam. 10(3) 41-56.

8 Nasruddin Yunos & Mohamad Taha. 2003. Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia A.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
tinggi pula ialah pengajian di universiti yang memberi tumpuan kepada
pengkhususan ilmu antaranya ialah matematik, astronomi, geometri, kimia, zoologi
dan perubatan.

5.5 Perbandingan perkembangan bidang ilmu antara Zaman Khulafa ur


Rashidin, Daulah Umaiyah dan Daulah Abbasiyah
Perkembangan bidang ilmu yang telah dinyatakan diatas menunjukkan bahawa
setiap zaman mempunyai tahap pencapaiannya yang tersendiri. Seperti yang kita
sedia ketahui pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam membentuk
sebuah tamadun yang gagah di mata dunia. Tamadun Islam juga membuktikan
bahawa ia juga merupakan sebuah tamadun yang sangat hebat pada satu ketika
dahulu. Perbandingan yang dapat dilihat pada zaman Khulafa ur Rashidin ialah
setiap khalifah membuktikan bahawa bidang ilmu yang mereka telah capai adalah
berbeza. Pada zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah jelas terlihat bahawa beliau
amat mementingkan ilmu berkaitan Al-Quran di mana beliau telah mengumpul ayat-
ayat Al-Quran dari para tahfiz.9 Seterusnya Umar bin Khattab pula menjadikan masjid
sebagai sebuah pusat penyebaran agama Islam. Ini menjelaskan bahawa masjid
bukan sahaja untuk beribadat malahan ia juga digunakan untuk pusat keilmuan.
Ketika pemerintahan Uthman pula, beliau telah membukukan Al-Quran dan
menggelarkannya sebagai Mashaf Uthmani. Sumbangan Saidina Uthman ini telah
memberikan manfaat kepada semua umat Islam yang ada di seluruh dunia. Sayidina
Ali juga turut membuktikan beliau juga mampu menyumbang sesuatu untuk
kemajuan ilmu pada ketika itu di mana beliau telah mengasaskan pelbagai dasar-
dasar pendidikan yang sesuai. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap khalifah
mempunyai pelbagai pencapain dalam bidang ilmu ketika memerintah umat Islam.

Selain itu, kita juga dapat melihat perbandingan perkembangan ilmu ini daripada
zaman Daulah Umaiyah. Pada zaman ini, pemerintahnya sangat mementingkan ilmu
pengetahuan dan banyak melahirkan tokoh-tokoh yang terbilang dalam setiap
bidang. Antara bidang ilmu yang sering ditekankan ialah ilmu falsafah. Ilmu falsafah
ini menjadi penting kerana terdapatnya fahaman dari anasir-anasir luar yang ingin
menjatuhkan umat Islam. Oleh hal yang demikian pihak pemerintahan menekankan
penguasaan bidang ilmu tersebut. Syair juga mendapat tempat ketika pemerintahan
Daulah Umaiyah ini. Bagi zaman Daulah Umaiyah ini, pendidikan adalah sangat
berbeza jika dibandingkan pada zaman Khulafa ur Rashidin di mana ia telah

9 Mohd Yusuf Ahmad (2003) Pengajian Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
mencapai satu tahap yang memuaskan. Pelbagai bidang ilmu telah dipelajari oleh
umat Islam pada ketika itu bukan sahaja ilmu keagamaan malahan ilmu duniawi.

Zaman Daulah Abbasiyah merupakan zaman keemasan bagi umat Islam dalam
bidang pendidikan. Pendidikan pada zaman ini telah memberi kesan kepada umat
seluruh dunia. Pada zaman inilah tertubuhnya sebuah sekolah khas dalam bidang
penterjamahan, dan ia merupakan sebuah kejayaan yang amat besar bagi umat
Islam. Zaman ini juga membuktikan bahawa pendidikan memerlukan sebuah sistem
supaya pedidikan itu dapat berjalan dengan sempurnanya. Sistem pendidikan yang
diamalkan pada zaman Daulah Abbasiyah telah digunapakai sehingga ke hari ini. 10
Sistem yang dimaksudkan ialah mempunyai peringkatnya yang tersendiri iaitu
peringkat rendah, menengah dan tinggi.

Kesimpulannya, sememangnya setiap zaman mempunyai pelbagai pencapaian yang


telah mereka kecapi dan memberikan manfaat kepada umat manusia.
Perkembangan ilmu yang bermula dari zaman Daulah Khulafa ur Rashidin
sehinggalah zaman Daulah Abbasiyah ini memberikan gambaran yang jelas bahawa
bidang ilmu pendidikan ini sangat ditekankan oleh golongan pemimpin bagi
membentuk sebuah tamadun yang ulung. Setiap perubahan yang berlaku adalah
untuk membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai ketinggian intelektual serta
mempunyai akhlak yang baik seperti yang telah diterapkan di dalam agama Islam.

6.0 Rujukan

Abdul Rahman Abdullah. 2007. Sejarah Dan Tamadun Islam. Kedah: Pustaka Darussalam
Sdn. Bhd

10 Mustafa Haji Daud (1991) Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors.
Ahmad Fauzi Hj. Morad & Ahmad Tarmizi Talib. 1998. Tamadun Islam. Kuala Lumpur:

Masadah (M) Sdn. Bhd.

Haron Din. 2007. Islam Rujukan Efektif Akhlak Mulia. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd

Mohd Mokhtar b. Shafii. 2003. Masjid Sebagai Pusat Pendidikan dan Penjanaan Ummat
Cemerlang. Jurnal Pendidikan Islam. 10(3) 41-56.

Mohd Yusuf Ahmad. 2003. Pengajian Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mustafa Haji Daud. 1991. Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors.

Nasruddin Yunos & Mohamad Taha. 2003. Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia A.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tajul Ariffin Noordin. 1993. Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Zawawi bin Ahmad. 1984. Struktur Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam. 1(1): 41-51.