Anda di halaman 1dari 13

PENGHARGAAN

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan Kerja Kursus


Cabaran dan Isu-isu Semasa Dunia saya tepat pada masanya. Dalam
menyiapkan kerja kursus ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah. Namun,
semuanya dapat diatasi dengan bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk


mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Samsudin atas
bimbingan dan tunjuk ajar beliau. Beliau telah banyak memberi sokongan dan
bantuan dari segi idea, maklumat, dan sokongan moral kepada saya dalam
usaha menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu
bapa saya kerana mereka telah memberikan semangat kepada saya dan sering
memberi nasihat serta dorongan dalam bentuk moral dan material kepada saya
selama ini walaupun berjauhan dengan saya.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih diberikan kepada kawan-kawan sekelas
saya yang telah banyak membantu saya ketika menyiapkan kerja kursus ini.
Biarpun kami berlainan tajuk tugasan, namun mereka rela berkongsi pendapat
dengan saya.

Akhir sekali , saya juga ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih
kepada sesiapa yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan kerja kursus ini .Terimalah pantun saya yang berbunyi :

Pulau Pandan jauh ke tengah ,

Gunung Daik bercabang tiga ;

Hancur badan dikandung tanah ,

Budi baik dikenag juga .

1
Konflik Etnik di Afrika

PENDAHULUAN

Konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia.


Kurniaan Tuhan supaya setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-
masing telah dijadikan punca perbalahan antara kaum. Sungguhpun konflik etnik
dan ras telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih
berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini, konflik etnik dan ras tetap wujud di
setiap pelosok dunia.

Etnik merujuk kepada golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi


(Macionis, 1998:215). Golongan dari etnik yang sama akan mempunyai
kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama. Sebagai contoh, di bekas
negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara fizikalnya adalah
sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan agama.
Pada dasarnya ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi
mengelakkan kekeliruan, konsep "kelompok etnik" digunakan bagi merujuk
kepada golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan,
adat resam, bahasa, agama dan sebagainya.

Peperangan telah lama terjadi di wilayah Afrika. Setelah negara-negara di


Afrika terlepas daripada jajahan negara-negara Eropah, negara-negara di Afrika
jatuh pula kepada para pemimpin yang diktator. Konflik etnik di Afrika masih
berterusan sehinnga ke hari ini.

Diskriminasi ras melalui Dasar Apartheid yang telah dimansuhkan pada tahun
1994 di Afrika Selatan, memperlihatkan bagaimana kaum kulit putih yang juga
kaum pemerintah melakukan berbagai-bagai jenis penindasan dan eksploitasi ke
atas kaum bukan kulit putih (Frederickson, 1981).

Berbeza dari keadaan dalam kalangan masyarakat lain seperti Amerika


Syarikat dan Britain, di mana diskriminasi dan prasangka diharamkan oleh

2
pemerintah. Di Afrika Selatan, diskriminasi adalah disokong oleh pihak
pemerintah melalui undang-undangnya. Diskriminasi dan rasisme telah menjadi
satu amalan hidup.

Dalam Dasar Apartheid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai inferior atau
lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dalam bidang politik, ekonomi,
sosial dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi adalah sah dari segi undang-
undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah (kaum
kulit putih) untuk memastikan kekuasaan mereka ke atas kaum majoriti iaitu
kaum kulit hitam.

3
ULASAN

Pengenalan

Tajuk artikel yang telah saya pilih adalah Kemelut yang Membawa Padah.
Penulis artikel terebut ialah Mohd. Saiful Mohd. Sahak. Saya memperoleh artikel
itu di URL :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_11.htm.

Topik utama yang dibincangkan dalam artikel ini adalah berkaitan dengan
konflik Darfur. Tedapat dua isu yang diberi fokus dalam perbincangan artikel
tersebut. Antaranya termasuklah isu tentang kejadian konflik Darfur dan isu
tentang campur tangan Amerika Syarikat dalam konflik Darfur .

Sudan merupakan sebuah negara yang di sebelah utara benua Afrika.. Sudan
memiliki jumlah penduduk yang sangat besar dan didominasi oleh masyarakat
Arab dan masyarakat Afrika. Negara Sudan mengamalkan sistem pemerintahan
federal.

Darfur dalam bahasa Arab bererti bangsa Fur. Penduduk Darfur majoriti
beragama Islam dan dikelompokkan kepada dua kelompok, iaitu kelompok Arab
sebanyak 31% dan kelompok Afrika sebanyak 57%.

Darfur merupakan sebuah wilayah dalam negara Sudan yang diperintah oleh
sebuah kerajaan Islam. Ia dipimpin oleh Presiden Omar al-Beshir dari Parti
Kongres Kebangsaan (NyP).

4
Isu 1: Kejadian Konflik Darfur

Konflik Darfur bermula sejak Sudan mencapai kemerdekaan pada tahun 1956
rentetan pertelingkahan di wilayah itu yang melibatkan lebih daripada 30 suku
kaum, sehingga mencetuskan perang saudara yang berpanjangan sehingga
tahun 1972. Perang saudara di wilayah itu tercetus semula pada tahun 1983
sehingga sekarang.

Punca utama yang menyebabkan tercetusnya konflik Darfur adalah perebutan


laluan perjalanan binatang ternakan. Gaya hidup nomad masih diamalkan di
Darfur. Persaingan antara kumpulan penternak dan petani, rakyat keturunan
Arab dan Afrika telah mencetuskan konflik berdarah. Hal ini demikian kerana
ekonomi di Darfur sangat bergantung kepada pertanian. Maka, terdapat
persaingan yang sangat sengit sehingga menyebabkan konflik apabila hanya
satu sumber sahaja yang mampu untuk diusahakan sebagai sumber ekonomi
utama.

Konflik Darfur juga berlaku akibat daripada pergaduhan sesama penduduk


Islam berlainan etnik antara suku Afrika dengan kumpulan penduduk keturunan
Arab. Hal ini berlaku apabila pihak Janjaweed, iaitu pasukan bersenjata daripada
puak Abbala Rizeigat (Arab Badwi) yang diketuai al-Beshir dengan puak
Zaghawa dan Massaleit mendiami wilayah itu. Ia ditambah dengan konflik di
selatan Sudan yang melibatkan orang Islam dan Kristian yang memberontak
menentang kerajaan Sudan. Pemberontak Kristian yang dipimpin John Garang,
menyebabkan negara wilayah itu terus menjadi porak-peranda apabila berjaya
mengukuhkan kedudukan mereka di selatan negara itu.

Konflik Darfur membawa banyak kesan negatif. Kesan yang paling ketara
adalah kehilangan banyak nyawa yang tidak berdosa. Konflik ini telah
mencetuskan perang saudara yang berpanjangan yang menyebabkan ramai
terkorban. Berdasarkan perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
seramai 300,000 rakyat di wilayah Darfur terkorban dan 2.5 juta yang lain

5
menjadi pelarian. Mereka ditempatkan di khemah-khemah yang didirikan di
kawasan tandus dan berdebu dengan pasir yang berterbangan. tanpa disediakan
kemudahan asas seperti kemudahan air bersih. Pelarian-pelarian ini juga
diancam pelbagai jenis penyakit termasuk malaria, bilharzia (penyakit cacing
Sungai Nil), kepialu, kolera, meningitis dan pelbagai jenis jangkitan kuman lain,
selain masalah kebuluran. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan
kebanyakan pelarian mengalami masalah kesihatan teruk sekiranya tidak
mendapat dana dan kemudahan kesihatan yang mencukupi untuk mengatasi
wabak dan malnutrisi. Malah WHO menyifatkan Darfur sebagai 'Krisis
Kemanusiaan Paling Teruk' di dunia ekoran konflik yang sering berlaku di wilayah
itu. Sebagai akibatnya, kebanyakan pelarian ini turut mati kerana dijangkiti
penyakit.

Implikasi lain yang timbul akibat konflik Darfur adalah wujudnya masalah
sosial. Menurut Penasihat Kesihatan Reproduksi dan Seksual Badan Perancang
Keluarga Antarabangsa Bagi Rantau Asia Tenggara, Sarah Chynoweth
menyatakan bahawa terdapat banyak masalah sosial yang berlaku terutamanya
berkaitan dengan wanita. Hal ini demikian ribuan wanita telah dicabul dan
dijadikan pelacur manakala kanak-kanak pula diseksa dengan zalim . Pendidikan
di Sudan juga tidak dianggap perkara penting kepada pemimpin. Mengikut data
Persatuan Bangsa Bersatu(PBB), 40% rakyat hidup dalam kedaifan dan 18%
hidup menganggur. Hanya 15% penduduk boleh membaca dan 2% sahaja tamat
sekolah rendah.

Antara langkah penyelesaian konflik Darfur adalah mewujudkan laluan


perjalanan yang lebih baik bagi binatang ternakan ketika musim peralihan dari
utara ke selatan, dan selatan ke utara. Laluan sejauh beratus kilometer telah
dibuat dan berpuluh perigi disediakan sepanjang laluan itu. Dengan ini, isu
perpindahan puluhan juta binatang ternakan yang menjadi antara punca
pertelingkahan antara puak Arab dengan Afrika di wilayah terbabit dapat
diselesaikan.

6
Langkah penyelesaian yang lain adalah kerajaan Sudan telah
menandatangani Perjanjian Damai Darfur. Perjanjian ini telah ditandatangani
pada Mei 2005 di Abuja, Nigeria oleh kerajaan Sudan dengan puak-puak yang
bertelingkah. Presiden Sudan, Omer Hassan Ahmed Al-Bashir mahu semua
pihak dipujuk untuk menerima pelan damai tersebut. Majoriti puak telah
menerimanya. Kerajaan Sudan telah bersetuju untuk membina dan
menguruskan penempatan semula penduduk Darfur di kampung masing-masing
selaras dengan Perjanjian Damai Darfur.

Kesimpulannya, konflik Darfur timbul akibat konflik sesama etnik di Sudan.


Hal ini membawa banyak implikasi buruk terhadap negara, iaitu kehilagan
banyak nyawa dan wujudnya pelbagai masalah sosial seperti percabulan wanita
dan tahap pendidikan yang rendah. Namun demikian, langkah seperti
mewujudkan laluan perjalanan yang lebih baik dan Perjanjian Damai Darfur
dapat menyelesaikan masalah ini. Walaupun semua manusia inginkan
perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang
berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk
mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana
dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Sejarah telah
banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik cuma akan membawa
lebih banyak kesan-kesan negatif sahaja. Malaysia merupakan sebuah negara
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, amatlah penting untuk rakyat di
negara kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini supaya sejarah tidak
berulang lagi.

7
Isu 2 : Campur tangan Amerika Syarikat dalam Konflik Darfur

Kekacauan di Darfur bermula akibat ketegangan pada tahun 1970-an, yang


berpunca daripada dakwaan kumpulan penentang yang mengatakan kerajaan
Sudan menyisihkan wilayah Darfur dari sudut pembangunan ekonomi, tetapi ia
menjadi tidak terkawal apabila ada pihak luar yang turut campur tangan. Campur
tangan pihak luar, iaitu campur tangan Amerika Syaikat dalam isu Darfur ini telah
merumitkan lagi keadaan yang sedia ada.

Terdapat beberapa punca Amerika Syarikat campur tangan dalam isu Darfur.
Antara punca yang paling utama adalah untuk menguasai sumber alam dan hasil
mahsul Darfur yang kaya dengan minyak, uranium dan gas, iaitu kekayaan yang
dikatakan menyamai dengan apa yang dimiliki oleh seluruh rantau Afrika. Menteri
Luar Negeri Sudan ketika itu, Muhammad Najib El Khair telah mengatakan
bahawa Amerika Syarikat telah berjaya menemukan sumber minyak di wilayah
tersebut dan pihak mereka telah memberi kepercayaan kepada syarikat-syarikat
dari Asia untuk melakukan operasi cari gali. Oleh itu, tidak mustahil Amerika
Syarikat masih menyimpan minat untuk masuk ke dalam wilayah Darfur
berdasarkan kepentingan hasil-hasil bumi tersebut, terutamanya uranium.

Selain itu, punca lain campur tangan Amerika Syarikat adalah untuk
menggabungkan Sudan utara di bawah satu pemerintahan. Darfur merupakan
pusat kegiatan Islam di Sudan dan wilayah tersebut mempunyai peranan penting
di dalam menyatukan Sudan dengan Afrika dan Islam dengan Afrika. Umat Islam
di Darfur amat gigih untuk melaksanakan sistem Islam secara menyeluruh.
Kecenderungan tersebut tentunya sesuatu yang amat tidak disukai oleh barat
pimpinan US . Hal ini ditentang keras oleh Eropah yang menganggap tindakan
itu sebagai percubaan Amerika Syarikat untuk menguasai Sudan.

Faktor lain yang menyebabkan Amerika Syarikat beriya-iya campur tangan


dalam isu Darfur adalah untuk mengalihkan pandangan dunia terhadap

8
pencerobohan Amerika di Iraq. Setiap minit isu Darfur disiarkan media
antarabangsa, bermakna satu minit kurang tumpuan dunia kepada Iraq.

Sebagai kesan campur tangan Amerika Syarikat dalam konflik ini, puak-puak
yang bertelagah di Darfur telah dipaksa untuk menerima kehadiran pasukan PBB
yang kononnya untuk memelihara kepentingan orang-orang awam dan pelarian.
Hal ini dilakukan oleh Amerika Syarikat menerusi pertubuhan agensi PBB seperti
UNHCR dan Amnesti International. Hal ini penting bagi Amerika Syarikat untuk
mengekalkan pengaruhnya secara berterusan di wilayah selatan Sudan.

Di samping itu, campur tangan Amerika Syarikat telah memberi peluang kepada
Amerika Syarikat untuk menjalankan misi keganasannya. Hal ini demikian
kerana Amerika Syarikat telah mengambil kesempatan untuk membekalkan
senjata dan dana kepada South People Liberation Army (SPLPA). Pada tahun
1999, wakil Amerika Syarikat iaitu Madeline Albright telah menemui John
Garang, pemimpin SPLPA kononnya untuk membincangkan misi kemanusiaan
tetapi hakikatnya adalah untuk membekalkan senjata kepada puak-puak di
Darfur untuk memerangi dan menjatuhkan pemerintah.

Langkah penyelesaian bagi isu campur tangan Amerika Syarikat dalam konflik
Darfur adalah penubuhan Pertubuhan Islam Antarabangsa (OIC). Malaysia
selaku pengerusi OIC akan mewakili 57 buah negara anggota dengan kapasiti
1.2 bilion penduduk Islam di seluruh dunia tentu mampu membantu Sudan dan
tidak membenarkan Amerika dan Britain sewenang-wenangnya campur tangan.
Tentera dari negara-negara Islam, dan juga negara-negara Afrika, boleh
digerakkan sebagai pasukan pengaman di wilayah terbabit. Pihak bertelingkah
harus meletakkan senjata terlebih dahulu dan hadir di meja perundingan.

Langkah seterusnya adalah penubuhan Kesatuan Afrika. Kesatuan Afrika


(AU) merupakan sebuah pertubuhan menggabungkan 53 negara benua Afrika.
Kesatuan Afrika berperanan menjamin demokrasi, hak asasi manusia dan
ekonomi yang mapan dengan menamatkan konflik-konflik kemanusiaan di dalam
benua Afrika.

9
Langkah penyelesaian yang lain adalah dengan menyatukan semula kaum
Muslimin Sudan ini dengan Islam, dengan meninggalkan segala perbezaan etnik
dan puak. Hal ini tidak akan dicapai selagi Islam tidak diterapkan secara
sempurna dengan mendirikan semula Daulah Khilafah di negeri kaum Muslimin
yang akan membuang segala rejim jahat seperti rejim Sudan ini. Dengan adanya
penyatuan semua etnik, sudah tentu kuasa luar, seperti Amerika Syarikat tidak
mempunyai peluang untuk campur tangan dalam segala isu yang berlaku di
Darfur.

Kesimpulannya, kekacauan di Darfur dilihat sebagai batu loncatan kepada


Amerika Syarikat untuk masuk ke wilayah tersebut untuk meraih potensi
kekayaan alam di situ di samping dapat mengekalkan pengaruhnya secara
berterusan di wilayah selatan Sudan. Hal ini menyebabkan Darfur dipergunakan
oleh Amerika Syarikat untuk merealisasikan misi keganasannya. Peristiwa ini
memberi iktibar kepada semua masyarakat di dunia bahawa amatlah penting
untuk rakyat sesebuah negara bersatu padu. Hal ini boleh mengelakkan campur
tangan kuasa luar yang boleh membawa implikasi buruk kepada negara
tersebut. Bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

RUMUSAN

10
Konflik etnik merupakan masalah yang kompleks. Konflik etnik di Afrika telah
membuktikan kepada kita bahawa betapa bahaya apabila rakyat sesebuah
negara berpecah belah. Hal ini memberi banyak impak negatif kepada negara
tersebut. Sebagai contohnya, ia boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara.
Hal ini demikian kerana pelabur-pelabur akan menghentikan pelaburan mereka
di negara tersebut kerana risau mengalami kerugian. Bukan itu sahaja, imej
sesebuah negara turut akan terjejas. Isu konflik etnik dan kaum juga boleh
mencetuskan peperangan. Hal ini demikian kerana masing-masing ingin
mempertahankan hak kaum sendiri. Contohnya, peristiwa berdarah yang berlaku
di negara kita, iaitu pada 13 Mei 1969 haruslah dijadikan iktibar supaya sejarah
berdarah itu tidak akan berulang lagi.

Kesan paling buruk apabila berlaku konflik etnik adalah campur tangan kuasa
luar, terutamanya Amerika Syarikat yang suka mengambil kesempatan untuk
memporak-perandakan rakyat sesebuah negara. Campur tangan kuasa luar
akan menyebabkan sesebuah negara kehilangan identiti. Sejarah British
menjajah negara kita wajib dijadikan iktibar.

Pengajaran utama daripada konflik etnik di Afrika adalah kita wajib bersatu
padu demi mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara kita. Usaha
memelihara kedaulatan negara kita merupakan tanggungjawab semua rakyat.
Oleh kerana negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan
budaya berbeza, semua rakyat haruslah mengamalkan sikap hormat-
menghormati antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana perpaduan benteng
kekuatan negara.

11
BIBLIOGRAFI

1. Alo Liliweri. 2005. Prasangka Dan Konflik. Indonesia:PT LKIS Pelangi


Aksara.

2. Nam Nguyen. 2014. Sejarah Setiap Negara Di Seluruh Dunia Dalam


Bahasa Melayu. Nam Nguyen.

12
3. Hermawan Aksan. 2008. From Cat Stevens to Yusuf Islam. Indonesia:
Mizan Pustaka.

4. Puline Pdjiastuti. 2012. Sosiologi SMA/MA KLS XII. Indonesia: Grasindo.

5. Samuel P. Huntington. 2005. Amerika dan Dunia: Memperdebatkan


bentuk baru politik internasional. Indonesia: Yayasan Obor Indonesia.

LAMPIRAN
13